Anda di halaman 1dari 15

TEMA 1 PENDUDUK PIRAMID PENDUDUK

1.7 PIRAMID PENDUDUK − graf bar yang menunjukkan struktur umur dan jantina penduduk
serta menggambarkan ciri - ciri kependudukan dan sosioekonomi seperti kadar
kelahiran, kematian dan pertumbuhan penduduk semula jadi, komposisi jantina (lelaki
dan perempuan), jangka hayat penduduk, nisbah tanggungan, tahap pembangunan
ekonomi, taraf sosial (kesihatan dan pendidikan) dan tiga kumpulan umur yang dikaji
berdasarkan sesebuah piramid iaitu kumpulan umur muda ( 0 - 14 tahun – tidak
produktif, masih sekolah), penduduk dewasa ( 15 – 64 tahun, produktif, bekerja) dan
penduduk tua ( 64 tahun ke atas, tidak produktif, bersara ) A. PIRAMID PENDUDUK
PROGRESIF.

• • •

Tapak besar /lebar– bilangan penduduk muda ramai akibat kegagalan amalan
perancangan keluarga, kahwin awal, keperluan tenaga buruh manusia, peningkatan
kemudahan kesihatan, kadar kelahiran tinggi. Cerun melengkung/cengkung – kematian
tinggi di semua peringkat umur. Puncak tirus/kecil – warga tua kurang, jangka hayat
pendek. Negara baru membangun – Afrika, India, Malaysia, Filipina, Indonesia,
Pakistan

Piramid progresif adalah berbentuk kon, iaitu puncak yang tajam atau tirus dan
dasar atau tapak yang lebar serta keadaan rerun yang cekung. Setiap elemen terhadap
bentuk piramid ini mewakili ciri-ciri kependudukan yang tertentu.

Disediakan oleh Liong Sing Chan, SMKJO, 2013


TEMA 1 PENDUDUK PIRAMID PENDUDUK

Antara ciri-ciri kependudukan yang utama bagi sesebuah piramid progresif 1. Tapak
piramid yang lebar menunjukkan bilangan penduduk muda yang ramai hasil daripada
kadar kelahiran yang tinggi dan kadar kematian bayi yang rendah. Keadaan ini banyak
berlaku di negara-negara sedang membangun yang sedang mengalami peningkatan taraf
kesihatan, kegagalan amalan perancangan keluarga, kahwin awal, keperluan tenaga
buruh manusia dll 2. Puncak yang sempit/tirus. Jangka hayat penduduk rendah berlaku
kerana kadar kematian golongan tua adalah tinggi. Secara purata jangka hayat
penduduk di negara sedang membangun pada masa kini ialah di sekitar 65 tahun. Sebab
utama jangka hayat penduduk rendah kerana kurangnya kemudahan perubatan dan
kepakaran untuk merawat penyakit. Penjagaan kesihatan seperti pemakanan seimbang,
penjagaan kebersihan persekitaran dan diri masih di tahap rendah. 3. Nisbah
tanggungan. Ciri ini ditunjukkan oleh cerunnya yang cekung. Bilangan golongan
dewasa yang produktif daripada segi ekonomi adalah sedikit berbanding dengan
golongan muda yang terpaksa ditanggung. Saiz keluarga besar menyebabkan taraf hidup
rendah (Pendapatan per kapita rendah). Namun penduduk muda yang ramai merupakan
aset untuk tenaga buruh pada masa akan datang. 4. Komposisi umur/ jantina –
golongan muda tinggi relatif golongan muda dan dewasa, nisbah tanggungan tinggi.
Khususnya di usia persekolahan (perlu perbelanjaan yang tinggi). Pendapatan per
kapita penduduk dan taraf hidup adalah rendah. Ciri-ciri jantina – hampir seimbang
antara lelaki dan perempuan. Jangka hayat tinggi kerana taraf kesihatan meningkat,
pemakanan & gaya hidup sihat. 5. Tahap sosioekonomi yang rendah. Kebergantungan
kepada sektor ekonomi primer iaitu pertanian intensif buruh. Kebergantungan kepada
teknologi tradisional sperti cangkul, haiwan dan tenaga manusia. Pembangunan sumber
alam amat perlahan. Sumber yang banyak hanya tersimpan sebagai stok 6. Tahap
pembangunan sosial yang rendah. Kesan daripada tahap kesihatan dan pendidikan yang
rendah. Namun sesetengah negara mencatatkan peningkatan seperti negara-negara Asia
Tenggara sperti Brunei, Indonesia dan Malaysia. Pembangunan sektor ekonomi moden
mula berkembang di Malaysia, Thailand. Pembangunan sosial mula meningkat di
Malaysia, Indonesia dan Filipina. 7. Kadar pertumbuhan penduduk tinggi – Kadar
kelahiran melebihi Kadar kematian. Piramid penduduk progresif. Negara-negara Asia
Tenggara.

Disediakan oleh Liong Sing Chan, SMKJO, 2013


TEMA 1 PENDUDUK PIRAMID PENDUDUK

B. PIRAMID PENDUDUK REGRESIF/ PERALIHAN

• • • •

Tapak kecil – kadar kelahiran rendah. Cerun cembung – golongan produktif ramai
( golongan dewasa). Puncak lebar – warga tua ramai, jangka hayat tinggi. Negara
maju – Sweden[lebih stabil], Perancis, Denmark, USA, UK, Jerman dan Singapura.
Piramid Perantaraan. Kelahiran sederhana. Penduduk dewasa > remaja. Kurang kematian
semua peringkat umur. Jangka hayat tinggi.

• • • • •

Saiz tapak piramid yang sempit dan puncaknya yang agak tirus menunjukkan kadar
kelahiran dan kadar kematian yang rendah. Faktor-faktor penyebab bentuk piramid
peralihan: 1. Faktor status quo 2. Perkahwinan pada usia lewat atau lambat 3.
Keberkesanan program perancangan keluarga 4. Penglibatan wanita dalam kerjaya
berprofil tinggi 5. Dasar atau polisi saiz keluarga kecil yang dijalankan oleh
kerajaan 6. Kecenderungan setiap keluarga untuk memiliki jumlah anak yang sedikit,
iaitu antara satu atau dua orang sahaja.

Disediakan oleh Liong Sing Chan, SMKJO, 2013


TEMA 1 PENDUDUK PIRAMID PENDUDUK

Puncak piramid yang lebar pula menunjukkan bahawa jangka hayat penduduk adalah
tinggi. Dianggarkan purata jangka hayat penduduk di negara-negara maju ialah 80
tahun ke atas. Di Britain misalnya, kira - kira 3% hingga 5% daripada jumlah
penduduknya mencapai usia 80 tahun ke atas. Purata jangka hayat yang tinggi di
negara-negara maju dikaitkan dengan pelbagai faktor berikut: − Amalan pemakanan
yang seimbang, sihat, dan berzat yang diamalkan oleh penduduk semenjak di usia muda
− Kesedaran yang tinggi kepada amalan hidup sihat dan kualiti penjagaan kesihatan
sepanjang hayat − Kejayaan dalam bidang perubatan yang berupaya mengawal pelbagai
penyakit merbahaya yang menyerang golongan tua. Antara ciri-ciri kependudukan yang
utama bagi sesebuah piramid progresif 1. Saiz tapak piramid yang sempit menunjukkan
bilangan penduduk muda yang sedikit hasil daripada kadar kelahiran yang rendah dan
kadar kematian bayi yang rendah. Keadaan ini berlaku di negara-negara maju yang
mementingkan status quo, gaya hidup masyarakat moden (kosmopolitan), kahwin lewat,
wanita berkerjaya yang berprofil tinggi, dasar kerajaan (Mengecilkan saiz
keluarga), Saiz keluarga kecil. Kos sara hidup tinggi, teknologi perubatan yang
canggih dan lain-lain. 2. Puncak lebar. Jangka hayat penduduk tinggi kerana kadar
kematian golongan tua adalah rendah. Secara purata jangka hayat penduduk di negara
maju pada masa kini melebihi 80 tahun. Sebab utama jangka hayat penduduk tinggi
kerana kemudahan perubatan yang moden dan canggih merawat penyakit kronik seperti
sakit jantung, tekanan darah tinggi, penyakit barah, kencing manis, hepatitis B
dll, Penjagaan kesihatan seperti amalan pemakanan seimbang, kesedaran kepada gaya
hidup sihat dan berkualiti, penjagaan kebersihan persekitaran dan diri masih di
tahap tinggi. 3. Nisbah tanggungan rendah. Ciri ini ditunjukkan oleh cerunnya yang
cembung. Bilangan golongan dewasa yang produktif daripada segi ekonomi adalah
banyak berbanding dengan golongan muda yang terpaksa ditanggung. Taraf hidup tinggi
serta pendapatan per kapita tinggi. Kadar pengangguran rendah. Tetapi, peningkatan
perbelanjaan kerajaan terhadap pembayaran pencen, pembinaan rumah kebajikan orang
tua, menanggung kos perubatan dsb. 4. Tahap sosioekonomi yang tinggi. Perkembangan
pesat sektor ekonomi moden yang intensif modal. Penggunaan jentera ataupun mesin
dalam proses pengeluaran barangan dan perkhidmatan. Semua sumber dapat dijana
dengan sepenuhnya ekoran tahap teknologi yang tinggi. Taraf hidup penduduk tinggi.

Disediakan oleh Liong Sing Chan, SMKJO, 2013


TEMA 1 PENDUDUK PIRAMID PENDUDUK

5. Tahap pembangunan sosial yang tinggi. Kesan daripada tahap kesihatan dan
pendidikan yang tinggi. Kadar celik huruf tinggi seperti Negara Finland. Jangka
hayat tinggi. 6. Kadar pertumbuhan penduduk rendah – Kadar kelahiran kurang ataupun
hampir sama dengan Kadar kematian. Piramid penduduk Regresif. Negara-negara maju.
C. PIRAMID PENDUDUK TERGANGGU

− Boleh berlaku ke atas mana-mana piramid sama ada progresif, regresif, atau stabil
yang menyebabkan perubahan yang ketara ke atas struktur umur dan jantina penduduk.
− Gangguan terjadi akibat peperangan, masalah kebuluran, wabak penyakit, bencana
alam, atau kesan polisi kerajaan seperti dasar saiz keluarga kecil. − Contohnya
piramid penduduk negara Rusia pada tahun 1992 berbentuk genting di tengah kerana
dipengaruhi oleh bilangan kelahiran bayi yang amat kurang ketika perang dunia kedua
(1941-1945). Kadar kelahiran yang rendah pada zaman perang tersebut menyebabkan
penduduk yang berumur antara 45 hingga 49 tahun pada tahun 1992 menyusut dengan
ketara. − Selain itu, bilangan penduduk lelaki yang tua juga adalah sedikit
berbanding dengan golongan perempuan yang tua kerana ramai lelaki yang mati akibat
peperangan dunia kedua tersebut.

Disediakan oleh Liong Sing Chan, SMKJO, 2013


TEMA 1 PENDUDUK PIRAMID PENDUDUK

− Pada masa kini pula, negara Bostwana dilanda wabak AIDS yang serius yang
menyebabkan kadar kematian yang tinggi di kalangan penduduk dewasanya (berumur 40-
an) . Keadaan ini pasti akan mempengaruhi bentuk piramid negara Bostwana.

D. Piramid Mantap/ Stabil - Piramid yang berbentuk tegak/hampir tegak seperti


Jepun, Sweden

Ciri –ciri 1. Kadar kelahiran dan kematian rendah 2. Telah mencapai penduduk
optimum 3. Pembangunan sosio-ekonomi yang mantap 4. Ekonomi sektor perindustrian
dan perkhidmatan 5. Tahap pembangunan sosial tinggi – kadar pembandaran tinggi 1.
Tapak piramid masih lebar tetapi tidak selebar piramid bentuk progresif . Peratus
penduduk muda berumur di bawah 15 tahun masih tinggi. Ini menunjukkan kadar
kelahiran yang tinggi. Bagaimanapun, kadar kematian bayi adalah rendah. Keadaan ini
membuktikan taraf penjagaan kesihatan, sama ada di kalangan bayi atau orang dewasa,
yang bertambah baik. Pada tahap ini, walaupun ada usaha mengawal kadar kelahiran
tetapi kesannya masih belum nyata. 2. Puncak yang tidak begitu tajam pula
menggambarkan peratus orang tua yang masih hidup bertambah ramai. Jangka hayat juga
bertambah melebihi 65 tahun.
Disediakan oleh Liong Sing Chan, SMKJO, 2013
TEMA 1 PENDUDUK PIRAMID PENDUDUK

Keadaan ini juga menggambarkan tahap kesihatan penduduk telah semakin baik.
Kemajuan R & D dan penggunaan peralatan berteknologi tinggi membolehkan penemuan
ubat-ubatan dan vaksin baharu yang mengawal pelbagai penyakit berbahaya. Amalan
pemakanan yang seimbang dan amalan hidup sihat meningkatkan jangka hayat 3. Dinding
cerun sisi yang hampir lurus menunjukkan nisbah penduduk dewasa, orang tua dan
kanak-kanak yang lebih seimbang. Peratus, penduduk dewasa yang boleh diserap ke
dalam tenaga kerja adalah ramai. Ini menunjukkan kadar kematian yang rendah di
kalangan penduduk dewasa. 4. Pembangunan ekonomi mantap dan berkembang maju .
Sektor perindustrian dan perkhidmatan mendominasi sepenuhya pembangunan ekonomi
negara. Pendapatan perkapita dan taraf hidup penduduk tinggi dan kadar pengangguran
sangat rendah. Pembangunan sumber alam dilakukan secara optimum atau dijana
sepenuhnya dengan tahap teknologi yang tinggi 5. Tahap pembangunan sosial tinggi.
Masyarakat di negara-negara ini berilmu, bermaklumat dan mempunyai taraf pendidikan
dan kemahiran yang tinggi. Tenaga professional yang berkemahiran tinggi bukan
sahaja digunakan dalam negara malah dieskport ke negara sedang membangun. Kadar
pembangunan pembandaran yang dialami amat tinggi dan dibangunkan dengan sepenuhnya.
Di sesetengah negara seperti Jepun wujudnya kawasan yang dikenali sebagai
megalopolis. Bezakankan Ciri-Ciri Demografi Antara Malaysia Dengan Singapura Pada
Tahun 2010. Bentuk Piramid Tahun 2010 Malaysia = Progresif Singapura = Regresif
Perbezaan Ciri Demografi: 1. Kadar Kelahiran dan Kadar Kematian − Malaysia 2010 -
Kadar kelahiran tinggi dan kadar kematian rendah . Dibuktikan dengan saiz tapak
piramid yang lebar. Kelompok 0 - 9 tahun paling ramai. Dikaitkan dengan taraf
kesihatan yang bertambah baik mengawal penyakit di kalangan bayi dan ibu yang
mengandung, program perancangan keluarga masih kurang berkesan, amalan perkahwinan
di usia muda masih berlaku. Kemudahan kesihatan/bilangan doktor dan perubatan yang
baik. Kadar mortaliti rendah dan kelahiran hidup tinggi. Dasar 70 juta penduduk
menjelang tahun 2100.
Disediakan oleh Liong Sing Chan, SMKJO, 2013
TEMA 1 PENDUDUK PIRAMID PENDUDUK

− Singapura 2010 - Kadar kelahiran dan kadar kematian rendah . Tapak piramid kecil
golongan muda sedikit. Dikaitkan dengan kesan dasar saiz keluarga kecil era 1970-
an. Tahap pendidikan tinggi, keberkesanan program perancangan keluarga, gaya hidup
masyarakat moden (kosmopolitan), kahwin lewat, wanita berkerjaya, Saiz keluarga
kecil. Kos sara hidup tinggi, teknologi perubatan yang canggih dan lain-lain. 2.
Jangka Hayat/Penuaaan penduduk. − Malaysia 2010 - Jangka hayat masih rendah
berbanding Singapura terutama golongan lelaki. Walaupun berlaku proses penuaan
penduduk (ageing population) tetapi kadarnya masih perlahan. Dikaitkan dengan
kesedaran penjagaan kesihatan di kalangan warga tua, kemudahan rawatan untuk
golongan tua masih terhad berbanding Singapura. Amalan pemakanan kurang seimbang
terutamanya di kalangan lelaki, gaya hidup tidak sihat seperti budaya merokok dll
yang mengurangkan jangka hayat. − Singapura 2010 - Jangka hayat yang tinggi
terutamanya perempuan. Golongan tua yang melebihi 70 tahun adalah ramai /mengalami
proses penuaan penduduk. Dikaitkan dengan peningkatan taraf kesihatan/ kemajuan
dalam bidang perubatan dapat mengawal penyakit kronik seperti kencing manis, darah
tinggi, sakit jantung, penyakit barah dll, Kesedaran tinggi dalam amalan penjagaan
kesihatan, gaya hidup sihat serta pemakanan/ diet yang seimbang di kalangan
penduduk. 3. Nisbah Tanggungan − Malaysia 2010 Nisbah tanggungan tinggi - Kumpulan
umur di bawah tanggungan (0 -19 tahun) masih lagi tinggi berbanding dengan kumpulan
umur dewasa yang produktif (20 hingga 59 tahun). Kumpulan umur di bawah tanggungan
sebahagian besarnya berada di alam persekolahan. Namun begitu nisbah tanggungan ini
tidaklah terlalu besar dan masih boleh ditanggung oleh kumpulan dewasa. Ini
disebabkan oleh peningkatan kualiti hidup penduduk khususnya daripada segi
pendapatan perkapita. Keperluan asas kehidupan adalah tinggi − Singapura 2010 -
Nisbah tanggungan rendah - golongan dewasa yang produktif daripada segi ekonomi
adalah lebih ramai berbanding dengan golongan muda. Tetapi nisbah tanggungan
menjadi tinggi apabila golongan tua bertambah (melebihi 60 tahun) - seperti kos
rawatan, penjagaan, hak istimewa warga emas dll. Keperluan asas kehidupan adalah
rendah. 4. Ciri Jantina dan Struktur Umur
Disediakan oleh Liong Sing Chan, SMKJO, 2013
TEMA 1 PENDUDUK PIRAMID PENDUDUK

− Malaysia 2010 - Secara keseluruhannya jumlah penduduk lelaki dengan perempuan


hampir seimbang di peringkat umur muda dan dewasa. Tetapi kumpulan umur tua (60
tahun dan ke atas) wanita lebih ramai berbanding lelaki. Kadar kematian lelaki
lebih tinggi apabila mencecah umur tua. Ini disebabkan oleh kesedaran penjagaan
kesihatan di kalangan penduduk lelaki lebih rendah berbanding wanita. Golongan muda
lebih tinggi berbanding dengan golongan dewasa berpunca daripada kadar kelahiran
yang tinggi. Golongan tua semakin bertambah. − Singapura 2010 - Pada keseluruhannya
jumlah penduduk perempuan lebih ramai berbanding lelaki. Di peringkat umur muda
menunjukkan keseimbangan antara lelaki dan perempuan. Tetapi di peringkat umur
dewasa (25 tahun dan ke atas) serta umur tua, golongan wanita lebih ramai
berbanding lelaki. Proses penuaan penduduk perempuan lebih tinggi berbanding
lelaki. Golongan dewasa lebih tinggi berbanding dengan golongan muda kerana kadar
kelahiran yang rendah. Golongan tua semakin bertambah. Proses penuaan berlaku.
Huraikan kesan negatif terhadap sosioekonomi negara Malaysia dan Singapura yang
memiliki piramid penduduk pada masa kini. 1. Kadar pengangguran berlaku. −
Malaysia. Aras penduduk tidak boleh ditampung dengan kemampuan sumber alam yang
ada. Peluang pekerjaan yang disediakan tidak sepadan dengan jumlah penduduk. Ini
akan menyebabkan pengangguran. − Singapura. Keperluan tenaga buruh telah
menggalakkan kemasukan migran menyebabkan persaingan peluang pekerjaan dengan
pekerja tempatan. Tawaran gajian yang lebih rendah oleh migran menyebabkan
pengangguran berlaku dalam kalangan pekerja tempatan. 2. Sumber makanan. −
Malaysia. Bekalan sumber makanan seperti sumber pertanian, perikanan, penternakan
tidak sepadan dengan aras penduduk akan menyebabkan berlakunya kebuluran −
Singapura. Pengeluaran sumber makanan yang berlebihan menyebabkan pembaziran sumber
makanan. 3. Kemiskinan dan kemunduran
Disediakan oleh Liong Sing Chan, SMKJO, 2013
TEMA 1 PENDUDUK PIRAMID PENDUDUK

− Malaysia. Pendapatan perkapita yang rendah, kuasa beli akan turun dan menyebabkan
pendapatan negara rendah, taraf hidup penduduk akan menjadi rendah − Singapura.
Para imigran yang datang dari negara jiran telah membentuk golongan miskin di
negara ini dan pengaliran wang keluar apabila mereka menghantar balik wang ke
negara asalnya.

4. Taraf pendidikan/kesihatan − Malaysia. Kadar celik huruf semakin meningkat


tetapi golongan professional masih kurang. Taraf kesihatan bertambah baik tetapi
penularan wabak penyakit masih ada di kawasan pedalaman. − Singapura. Kemasukan
imigran yang ramai menyebabkan peningkatan kadar jenayah dan pembawa pelbagai wabak
penyakit dan budaya yang negatif 5. Bebanan kerajaan sangat tinggi. − Malaysia.
Peruntukan kerajaan terpaksa diberikan kepada kemudahan asas seperti pendidikan,
kesihatan, jaringan perhubungan dll untuk menampung jumlah penduduk yang ramai. Di
samping itu keperluan peruntukan yang khusus untuk menampung kebajikan warga tua
yang semakin bertambah seperti rumahrumah kebajikan, perubatan percuma, faedah
persaraan dan sebagainya. − Singapura. Peruntukan kerajaan terpaksa diberikan
kepada kemudahan asas seperti pendidikan, kesihatan, jaringan perhubungan dll untuk
menampung jumlah penduduk yang ramai. Proses penuaan berlaku dan keperluan
menyebabkan kemudahan perubatan, jaminan keselamatan, pemberian pencen.

Pada pendapat anda, nilaikan negara yang mana satu anda pilih lebih bermanfaat
kepada pembangunan negara dan cadangkan 1 langkah yang boleh kerajaan ambil untuk
penyelesaian masalah kependudukan utama negara tersebut. Fakta Masalah Huraian
(Malaysia) Mengawal kadar Singapura Menggalakkan Markah 2

Disediakan oleh Liong Sing Chan, SMKJO, 2013


TEMA 1 PENDUDUK PIRAMID PENDUDUK

Kependudukan – lebihan penduduk Kurangan penduduk (Singapura)

kelahiran

kadar kelahiran

Pilih 1 negara (1 markah) 1 masalah kependudukan dan penyelesaian masalah


kependudukan [2 markah] Jelaskan Kesan Buruk Terhadap Sosioekonomi Negara - Negara
Yang Memiliki Piramid Penduduk Seperti Negara X Masalah Lebihan Penduduk 1. Kadar
pengangguran yang tinggi – aras penduduk tidak boleh ditampung dengan kemampuan
sumber alam yang ada/ peluang pekerjaan yang disediakan tidak sepadan dengan jumlah
penduduk. Ini akan menyebabkan pengangguran. 2. Masalah kekurangan makanan- Bekalan
sumber makanan seperti sumber pertanian, perikanan, penternakan tidak sepadan
dengan aras penduduk dalam tempoh tertentu menyebabkan fenomena kebuluran 3.
Kemiskinan dan kemunduran/Lingkaran kemiskinan -Pendapatan perkapita yang rendah,
kuasa beli dan tabungan yang rendah menyebabkan kemunduran/taraf hidup penduduk
yang rendah 4. Taraf sosial yang rendah - Taraf Pendidikan yang rendah menyebabkan
kadar buta hurut/ buta ICT yang tinggi/ Taraf kesihatan yang rendah – Penularan
wabak penyakit dan kadar kematian tinggi terutamanya di kawasan pedalaman 5.
Bebanan kerajaan sangat besar - Peruntukan kerajaan terpaksa diberikan kepada
kemudahan asas seperti pendidikan, kesihatan, jaringan perhubungan dll untuk
menampung jumlah penduduk yang ramai. 6. Kualiti hidup yang rendah - pemiiikan
barangan dan perkhidmatan berkualiti terhad, masalah perumahan, pencemaran alam
sekitar yang menjejaskan kesihatan penduduk dll

Disediakan oleh Liong Sing Chan, SMKJO, 2013


TEMA 1 PENDUDUK PIRAMID PENDUDUK

Bandingkan Ciri Bentuk Piramid Progresif Dengan Bentuk Piramid Regresif. 1. Tapak
piramid − Progresif - Tapak lebar menunjukkan kadar kelahiran tinggi dan kadar
kematian kurang. Sebab: Berkahwin awal, kegagalan perancangan keluarga, dasar
kerajaan dll − Regresif - Tapak sempit menunjukkan kadar kelahiran rendah.
Sebab:Dasar kerajaan, berkahwin lewat, wanita berkerjaya dll 2. Puncak Piramid −
Progresif - Puncak sempit/tirus menggambarkan jangka hayat rendah/ kadar kematian
meningkat. Sebab: Teknologi perubatan rendah, pendidikan rendah − Regresif - Puncak
yang lebar menunjukkan jangka hayat penduduk tinggi. Sebab: Amalan pemakanan
seimbang, taraf pendidikan tinggi, gaya hidup sihat, peningkatan teknologi
perubatan 3. Cerun piramid − Progresif - Cerun cekung menggambarkan bilangan
penduduk dewasa dan penduduk muda tidak seimbang. Beban tanggungan tinggi untuk
menanggung golongan muda yang ramai. Keperluan asas tinggi. − Regresif - Cerun
cembung menunjukkan penduduk dewasa yang produktif ramai berbanding penduduk muda
dan tua yang terpaksa ditanggung 4. Struktur umur dan jantina − Progresif -
Struktur umur dan jantina tidak seimbang. Penduduk lelaki lebih ramai daripada
penduduk wanita − Regresif - Struktur umur dan jantina penduduk lelaki dan wanita
hampir seimbang 5. Contoh negara − Progresif - Negara membangun seperti Brazil,
Negara Asia, Afrika dan India − Regresif - Negara maju seperti Perancis, Denmark,
England dan Amerika Syarikat Jelaskan Hubungan Antara Bentuk Piramid Progresif
Dengan Tahap Pembangunan Di Sesebuah Negara
Disediakan oleh Liong Sing Chan, SMKJO, 2013
TEMA 1 PENDUDUK PIRAMID PENDUDUK

1. Negara yang mempunyai bentuk piramid progresif ialah negara sedang membangun.
Contoh, Brazil, India, Malaysia. 2. Tapak piramid yang lebar menunjukkan kadar
kelahiran tinggi menunjukkan bebanan kerajaan sangat besar kerana terpaksa
menyediakan kemudahan asas seperti pendidikan, kesihatan, jaringan perhubungan dll
untuk menampung penduduk muda yang ramai. 3. Puncak yang sempit menunjukkan kadar
kematian penduduk tua yang tinggi disebabkan teknologi perubatan rendah
mengurangkan jangka hayat penduduk. 4. Cerun cekung menunjukkan kumpulan dewasa
sedikit untuk menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara menyebabkan kemampuan
meneroka sumber terhad. Pendapatan perkapita rendah dan kadar kemiskinan meningkat.
5. Bekalan sumber alam tidak mencukupi untuk menampung penduduk muda yang ramai
menyebabkan fenomena kebuluran, kemiskinan dan taraf hidup rendah. Jelaskan Masalah
Sosio Ekonomi Yang Dihadapi Oleh Negara Membangun Akibat ciri demografi sedemikian.
1. Pembangunan ekonomi masih lemah/mundur. Ekoran daripada ketidakseimbangan antara
golongan dewasa yang produktif daripada segi ekonomi yang sedikit berbanding
golongan muda yang tidak produktif yang ramai (nisbah tanggungan tinggi). Misalnya
di Brazil mempunyai lebih daripada 60% penduduknya yang terpaksa ditanggung, di
Pakistan pula hanya 35% sahaja penduduknya terdiri daripada golongan dewasa yang
aktif daripada segi ekonomi. 2. Penduduk masih terbelenggu dengan kemiskinan yang
tinggi. Sektor ekonomi moden khususnya perindustrian dan perkhidmatan sukar
berkembang dengan pesat. Lebih daripada 60% ekonomi negara sedang membangun masih
dikuasai oleh sektor pertanian yang berintensif buruh. 3. Pendapatan perkapita
penduduk yang rendah . Pendapatan kecil terpaksa dibahagikan dengan saiz keluarga
yang besar (nisbah tanggungan tinggi). Ini akan merendahkan taraf hidup penduduk 4.
Pasaran domestik yang lemah. Pasaran domestik yang lemah akibat kuasa beli penduduk
yang rendah. 5. Perbelanjaan untuk keperluan asas menjadi besar. Penyediaan
kemudahan kesihatan, pendidikan, kemudahan perumahan, perhubungan, pengangkutan dan

Disediakan oleh Liong Sing Chan, SMKJO, 2013


TEMA 1 PENDUDUK PIRAMID PENDUDUK

sebagainya bagai menampung keperluan asasi penduduk muda yang ramai sedangkan
kemampuan kewangan negara sedang membangun adalah terhad. 6. Kadar pengganguran
tinggi. Peluang pekerjaan dalam sektor pertanian agak terhad. Sektor ekonomi moden
seperti perindustrian dan perkhidmatan masih lemah perkembangannya. 7. Masalah
sosial. Kadar buta huruf yang tinggi, taraf kesihatan yang rendah yang menyebabkan
mudah merebaknya penyakit berbahaya seperti taun, denggi, malaria, AIDS, SARS dan
lain-lain yang boleh membawa maut. Selain itu masalah peningkatan gejala sosial
seperti jenayah, penyalahgunaan dadah dan lain-lain juga adalah tinggi.

Disediakan oleh Liong Sing Chan, SMKJO, 2013

Anda mungkin juga menyukai