Anda di halaman 1dari 13

PENGENALAN

Sarjana Islam seperti Ibnu Haldun, Abu Nasir al-Farabi dan Jurji Zaidan telah
mengetengahkan beberapa pendapat mengenai konsep tamadun. Ibnu Khaldun dalam
kitabnya al-Muqaddimah memperkenalkan dua terminologi al-umran dan al-hadrah dalam
abad ke-14 yang membawa maksud sekumpulan manusia yang tinggal kekal di sesuatu
tempat atau kota atau wilayah dan tanah pertanian yang akhirnya merintis
kemajuan,kemakmuran dan pencapaian yang bersumberkan agama. Abu Nasir al-Farabi telah
memperkenalkan istilah al-Madiniah dalam abad ke-11 Masihi dalam kitabnya as-Siyasah al-
Madaniah. Terminologi ini diambil daripada akar kata Madinah iaitu Negara Islam pertama
yang diasaskan oleh Rasullah s.a.w. Madaniah yang digambarkan oleh al-Farabi ialah
pencapaian umat Islam di kota yang berasaskan wahyu iaitu akidah,syarak dan akhlak. Jurji
Zaidan memperkenalkan terminalogi at-tamaddun dalam abad ke-19 yang terdapat dalam
kitabnya Tarikh at-Tamaddun al-Islami,setebal 5 jilid. Ia merupakan pencapaian umat Islam
yang berpusat di kota dalam bidang kerohanian dan kebendaan yang berasaskan agama.
Menyentuh tentang pencapaian, tamadun Islam telah memberi sumbangan yang besar
terutamanya dalam bidang psikologi, falsafah dan pendidikan.

1
SUMBANGAN INTELEKTUAL ISLAM DALAM BIDANG PSIKOLOGI

Psikologi Islam lebih mementingkan kejiwaan daripada tingkah laku seperti yang
dijelaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w dalam sebuah hadis yang bermaksud, ‘Ketahuilah
bahawa dalam tubuh itu ada sepotong daging,sekiranya ia elok maka eloklah seluruh tubuh
badan itu.Sekiranya ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuh badan pula. Ia merupakan hati’.
Menurut Ab. Alim Abdul Rahim (1994), konsep kejiwaan dalam Islam meliputi empat aspek
iaitu nafs (jiwa), qalb (hati), roh dan aql (akal). Istilah nafs lebih menyatakan unsur
penggerak dan aktiviti biologi. Nafs merupakan kata umum meliputi manusia
kesuluruhannya. Istilah qalb (hati) selalu digunakan berkaitan dengan emosi dan akal pada
manusia. Penggunaan qalb lebih khusus berbanding dengan nafs. Al-Ouran telah banyak
menyentuh keempat-empat istilah yang digunakan ini. Antaranya perkataan al-Nafs disebut
atau diulang sebanyak 367 kali, al-Qalb disebut sebanyak 144 kali, al-Aql disebut sebanyak
49 kali dan al-Roh disebut sebanyak 25 kali.

Antara tokoh psikologi Islam pada zaman keagungan ilmu pengetahuan Islam ialah
al-Kindi, al-Farabi, Ibnu Sina, Ibnu Rusyd dan Imam Ghazali. Menurut Al-Farabi, akal
adalah satu gejala yang mempunyai daya kekuatan yang dapat memancarkan roh. Dalam
daya kekuatan itu terdapat beberapa daya yang lain seperti daya keinginan untuk hidup
(survival instinct), dalam pemeliharaan diri (self defence mechanism) dan pengembangan
zuriat (breeding mechanism). Selain itu terdapat juga daya perasaan dan imiginasi yang
terkandung dalam daya mengenal. Menurut Al-Farabi lagi, akal juga mempunyai dua
bahagian kekuatan lain, iaitu dapat berfikir sesuatu yang berbentuk abstrak yang terpisah
daripada kebendaan yang dapat diinderai, dan daya kekuatan untuk mencari sesuatu yang
dapat memberi faedah,kebaikan dan kesempurnaan jasmani. Al-Farabi berpendapat lagi
bahawa daya kekuatan yang kedua ini akan hancur jasad ditelan bumi sedangkan daya
kekuatan yang pertama akan dibangkitkan bersama roh pada hari kiamat.

Teori al-Farabi ini telah diperkembangkan lagi oleh Ibnu Sina. Menurut beliau
terdapat tiga bahagian roh iaitu roh manusia, roh haiwan dan roh tumbuh-tumbuhan yang
mempunyai daya kekuatan masing-masing. Kejadian roh manusia menurutnya adalah unik
kerana keupayaan roh untuk hidup tanpa jasad. Tetapi mustahil jasad hidup tanpa roh kerana
sekiranya roh memisahkan dirinya dari jasad, jasad akan menjadi mayat. Menurutnya lagi roh

2
haiwan dan tumbuh-tumbuhan penting untuk kehidupan jasad manusia kerana dengan adanya
kedua-dua unsur ini telah membolehkan manusia untuk terus hidup.

Ibnu Rusyd pula, di dalam karya agungnya al-Tahafut menyatakan bahawa roh
membolehkan jasad seseorang itu hidup. Menurut beliau, apabila mati, roh itu akan terus
hidup dalam alam kerohanian yang tidak berbentuk kebendaan. Pada hari kiamat kelak, hanya
roh sahaja yang akan dibangkitkan kembali, sedangkan jasad telah menjadi tanah tetap
musnah. Berbeza pula dengan pendapat ulama Al-Kalam yang menjelaskan bahawa pada hari
kiamat manusia dibangkitkan dalam bentuk roh dan jasad. Selain itu, Imam Ghazali dalam
karyanya Ihya’ Ulumuddin telah membezakan roh dan jasad manusia. Menurut Ghazali,
terdapat tiga unsur di dalam roh manusia iaitu al-qalb (hati), al-nafs (nafsu) dan al-‘aql
(akal). Di dalam hati menurutnya, sifat semula jadinya cintakan kebaikan. Nafsu pula
mempunyai dua unsur kekuatan iaitu kebaikan dan kejahatan yang mempengaruhi hati. Jika
nafsu baik lebih banyak, maka hati akan bertambah baik, tetapi jika nafsu jahat lebih banyak
maka hati akan dikuasai oleh nafsu jahat. Akal pula berfungsi untuk mencari ilmu bagi
membersihkan hati ke arah kebaikan dan kebenaran. Ia juga berfungsi untuk mencari jalan
yang paling berkesan untuk melaksanakan kehendak hati ke arah kebaikan Malah akal juga
berfungsi untuk melaksanakan kehendak hati bagi tujuan kebaikan atau kejahatan.

Al-Ghazali juga menjelaskan bahawa rohanilah yang menguasai jasad manusia.


Segala pancaindera rasa seperti mata, telinga, mulut, lidah, akalnya dan anggota badannya
serta segala organ yang ada dalam diri manusia semuanya tunduk kepada titah perintah
rohani manusia. Al-Ghazali menganggap bahawa jasad manusia dengan segala anggotanya
merupakan tentera kepada hati dan rohani manusia.

3
SUMBANGAN INTELEKTUAL ISLAM DALAM BIDANG FALSAFAH

Kedatangan Islam telah membawa perkembangan yang baharu di dalam falsafah


dunia. Hal ini kerana falsafah Islam mempunyai keistimewaan dan kelebihan yang mengatasi
falsafah sebelumnya. Falsafah Islam diasaskan atas kekuatan wahyu dan akal
memperkukuhkannya. Antara tokoh yang menyumbang dalam bidang falsafah Islam ialah Al-
Kindi, al-Farabi, Ibnu Rusyd, Al-Ghazali, Ibnu Hazm, Ibnu Maskawaih, Ibnu Sina dan
sebagainya.

Al-Kindi merupakan orang pertama dalam Islam membincangkan falsafah sebagai


suatu ilmu yang tersendiri. Beliau telah mengarang sebanyak 263 karya falsafah yang
sebahagian besarnya telah diterjemahkan ke beberapa bahasa Eropah. Falsafah Al-Kindi
membincangkan tentang pertama, adanya Tuhan menyebabkan adanya alam ini, kedua
kegiatan Tuhan berkembang di antara langit dengan bumi, ketiga jiwa bumi adalah daya
penggerak Tuhan, keempat jiwa bumi telah menyebabkan terjadinya langit, bintang dan
planet-planet di angkasa lepas, kelima jiwa manusia merupakan pancaran jiwa bumi, keenam
manusia bersifat dualisme, ketujuh kemerdekaan kekal dan abadi hanya dapat dicapai dalam
dunia akal budi keamanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t dan yang terakhir, orang yang
hendak mencapai kemerdekaan dan kebebesan itu harus memperkembangkan kekuatan
akalnya dengan jalan ilmu ketuhanan dan ilmu tentang alam semesta.

Falsafah Islam mencapai kematangan dengan munculnya ahli falsafah Islam iaitu Al-
Farabi. Nama sebenar beliau ialah Abu Nasr al-Farabi (870-950 M) dan dikenali di dunia
Barat dengan panggilan Alpharabius. Al-Farabi telah mempelajari falsafah daripada Yuhanna
Ibnu Khailan. Pada awalnya beliau sangat berminat dengan falsafah yang dikemukakan oleh
Aristotles sehingga beliau sanggup membaca buku Anima karya Aristotles sebanyak 200 kali
dan Physica sebanyak 40 kali. Beliau menggunakan ilmu falsafah untuk mencari dan
menentukan kebenaran. Beliau berpendapat bahawa kebenaran yang sempurna dan mutlak
adalah berdasarkan kepada akidah Islamiah. Menurut Al- Farabi lagi, seorang ahli falsafah
tidak seharusnya memisahkan dirinya daripada sains dan politik. Sebaliknya perlu menguasai
kedua-duanya untuk menjadi seorang ahli falsafah yang sempurna. Tanpa sains menurutnya,

4
seorang ahli falsafah tidak mempunyai cukup peralatan untuk dieksploitasikan untuk
kepentingan orang lain. Justeru, seorang ahli falsafah yang tulen tidak akan merasai sebarang
perbezaan di antaranya dengan pemerintah yang tertinggi kerana keduanya saling lengkap
melengkapi. Dalam hal ini beliau mencadangkan agar diwujudkan sebuah Negara kebajikan
yang diketuai oleh ahli falsafah. Antara buku-buku yang masyhur ialah seperti al-
Mahaniyatul Fadhilah (bidang politik), Bandar yang Ideal ( al-Madinah al-Fadila) dan
Bandar Kerajaan (al-Siyasah al-Madaniyyah).

Ibnu Rusyd atau nama sebenarnya Abu Al-Walid Muhammad bin Ahmad bin
Muhammad bin Ahmad bin Ahmad bin Rusyd juga turut menyumbang terhadap bidang
falsafah. Beliau lahir di Cordova dan lebih dikenali sebagai Averroes di dunia Barat. Antara
buku-buku yang telah dihasilkan mengenai falsafah ialah Mahadi al-Falasifah dan Tahafut
al-Tahafut. Menurut Mustafa Hj Daud (1991), Ibnu Rusyd telah membuat pembaharuan
dalam bidang falsafah Islam dengan membawa pandangan baru berkaitan Al-Quran. Beliau
telah menjelaskan, “Al-Quran itu diturunkan oleh Tuhan untuk semua manusia.Oleh sebab
manusia mempunyai tingkat-tingkat tertentu, ada yang berilmu, ada yang bodoh, maka
pengertian Al-Quran itu pun, tentu bertingkat pula menurut tingkat mereka.” Aboe Bakar
Atjeh (1979) menyatakan bahawa mengikut Ibnu Rusyd, hidup sendiri dan terasing daripada
pergaulan umum tidak dapat menhasilkan sesuatu yang berfaedah kepada manusia. Azizan
Baharudin (1986) menyatakan Ibnu Rusyd memainkan peranan penting dalam perkembangan
skolatisisme melalui ulasannya tentang tulisan-tulisan Aristotle. Pada pertengahan abad ke 13
Masihi, hampir kesemua karya falsafah Ibnu Rusyd telah diterjemahkan ke bahasa latin dan
telah mempengaruhi ahli pemikir Eropah. Antaranya ialah St. Thomas Aquines.

Selain itu, Al-Ghazali atau nama sebenarnya Abu Hamid Ibnu Muhammad al-Tusi al-
Ghazali merupakan tokoh falsafah Islam yang paling agung. Beliau sangat berminat terhadap
falsafah. Beliau telah berjaya menggabungkan antara falsafah dan tasauf dengan akidah,
syarak dan akhlak. Karyanya yang terkenal ialah Ihya Ulumuddin. Dalam kitab ini beliau
telah menghubungkan ilmu lahir dengan ilmu batin dan ilmu fekah dengan tasauf di bawah
tinjauan falsafah yang mendalam. Menurut Aboe Bakar Atjeh (1979) kitab ini berisi suara
jiwanya yang sudah insaf,dan oleh sebab itu merupakan hasil pengalaman-pengalaman dalam
perjalanannya mencari kebenaran, mencari Tuhan serta kebahagiaan jiwanya. Kitab Ihya
disusun di dalam empat bahagian iaitu Ibadat, Adat, Muhlikat dan Mujiat. Kitab ini
merupakan pandangan al-Ghazali mengenai akhlak hasil daripada penyelidikannya bertahun-
tahun lamanya. Kitab ini banyak diterjemahkan ke dalam berpuluh-puluh bahasa di dunia ini

5
termasuk bahasa Malaysia. Kitab-kitab lain Al-Ghazali ialah Mizan al-Amal, Al-Arbain,
Minhajul Abidin dan banyak lagi.

Tokoh-tokoh dari Andalus juga mempelopori bidang falsafah. Antaranya ialah Ibnu
Hazm yang telah menulis lebih kurang 400 karya mengenai falsafah. Antara yang termasyhur
ialah Ring of The Dove, Kitab al-Taqrib li-Hadd al-Mantiq al-Madkhal ilayh, Jenis Sams dan
Al-Akhlaq. Azizan Baharuddin (1986) menjelaskan Ibnu Hazm menyatakan bahawa mereka
yang bertemankan ilmu dan mengetahui kegunaannya, patut pula menyampaikannya kepada
orang lain dengan cara yang sebaik mungkin. Dia juga mengatakan bahawa falsafah bukanlah
bidang yang boleh dikaji oleh sebahagian orang khasnya mereka yang belum mempunyai
ilmu dan persediaan yang cukup. Ibnu Hazm menganggap falsafah sebagai suatu alat yang
boleh digunakan untuk membela agama.

Tokoh yang lain ialah Ibnu Maskawaih (936-1030 Masihi) yang berasal dari Parsi.
Nama sebenar beliau ialah Ahmad bin Muhammad bin Yaakub dan dikenali dalam dunia
falsafah sebagai nama Abu Ali. Beliau sangat terkenal sebagai ahli falsafah akhlak, terutama
karyanya Tahzibul-Akhlak. Menurut Aboe Bakar Atjeh (1979), menyatakan Ibnu Maskwaih
ialah seorang teoritis dalam hal-hal akhlak iaitu mengupas falsafah akhlakiah serta analisis
pengetahuan. Beliau telah mengupas dengan begitu mendalam tentang falsafah assa’adah
(bahagia) dengan cara ilmiah.

Di samping itu, muncul pula Ibnu Sina ( 980-1037 Masihi). Beliau lebih dikenali
sebagai Avicenna di dunia Barat. Menurut Abdul Rahman Haji Abdullah (1988), falsafah
Islam telah mencapai kesempurnaanya di tangan Ibnu Sina. Ibnu Sina telah menghasilkan
buku al-Shifa’ yang menerangkan dan menghuraikan semua sistem falsafah Yunani dengan
cara yang mudah. Antara karya falsafah beliau dalam falsafah ialah Danesh Nameh ( dalam
bahasa Parsi), Uyun al-Hikmah (bahasa Arab), Mujiz Kahir dan Tis’u rasail fi hikmati wal
tabi’iyyat. Menurut Mustafa Haji Daud ( 1991), isu utama yang dibicarakan oleh Ibnu Sina di
dalam falsafah ialah pertama, membuktikan kewujudan dan keesaan Allah s.w.t dan kedua
membicarakan hal roh manusia dan kaintannya dengan Allah s.w.t.

6
SUMBANGAN INTELEKTUAL ISLAM DALAM BIDANG PENDIDIKAN

Pendidikan meliputi hampir semua bidang aktiviti manusia dan mencakupi


pelbagai bidang yang sama luasnya dengan tamadun manusia seperti politik,
ekonomi, falsafah, seni dan sebagainya. Pakar-pakar pendidikan mengemukakan
pelbagai pendapat mengenai tujuan pendidikan dalam Islam termasuk para pemikir
Islam zaman silam seperti Ibn Khaldun, Al-Ghazali, Al-Farabi dan lain-lain.

Imam Al-Ghazali merupakan salah seorang tokoh pemikir Islam yang sangat
terkenal bukan sahaja dalam kalangan umat Islam, bahkan di kalangan bukan Islam.
Beliau sangat tinggi ilmunya dalam pelbagai bidang seperti falsafah, akidah, fikah,
ilmu kalam, tasawuf, pendidikan, politik dan lain-lain.

Semasa hayatnya, Imam Al-Ghazali telah memperkatakan dan


membincangkan tentang banyak perkara mengenai pendidikan, dalam konteks
kaedah pembelajaran dan penyebaran ilmu. Ilmu serta pendidikan adalah amat
penting bagi sesiapa sahaja di mana-mana tempat di dunia ini. Melalui pendidikan,
individu dapat memajukan diri, negara, bangsa dan agama. Pendidikan perlulah
sentiasa berkembang dalam proses mencari kebenaran ilmu. Pendidikan juga pada
dasarnya merupakan aset terpenting dalam pembinaan tamadun manusia dan
perkembangannya.

Al-Ghazali memegang falsafah yang menyatakan,


"Sebahagian ilmu tidak akan menyerah dirinya kepada kamu sebelum kamu
menyerah sepenuh jiwa raga kepadanya. Apabila kamu telah menyerah sepenuh
jiwa raga kepadanya, sebahagian ilmu diberikan kapada kamu, namun sebahagian
lagi masih belum tentu untuk menerima kamu" (Mahayudin Yahaya, 2001). Melalui
ungkapan ini, Al-Ghazali menekankan bahawa seseorang yang ingin menuntut ilmu
haruslah membersihkan hati mereka daripada pekerti buruk dan unsur negatif.
Malahan kesucian jiwa dan kemuliaan akhlak merupakan asas untuk memperoleh
kesucian ilmu dan keberkatan daripada Tuhan supaya dapat dimanfaatkan untuk diri

7
dan orang lain. Imam Al-Ghazali juga menyarankan agar seseorang menuntut ilmu
secara tertib mengikut keutamaan ( Sivachandralingam S. R. & Ayadurai L., 2001).
Ini bermakna, ilmu yang paling penting haruslah dituntut terlebih dahulu sebagai
bekalan untuk menyempurnakan ilmu akhirat jika sekiranya umur tidak panjang.

Al-Farabi dalam falsafah pendidikannya menekankan bahawa pendidikan


adalah sesuatu yang harus diperjuangkan. Beliau melahirkan idea tentang
pendidikan berdasarkan falsafah yang dibawa oleh Plato dan Aristotel. Melalui
falsafah ini beliau mencuba untuk memperkenalkan suatu kaedah yang mampu
membawa keluar sesuatu bangsa dari sebuah pemikiran yang sempit kepada realiti
kehidupan yang sebenarnya. Dasar pendidikan Al-Farabi adalah bertujuan untuk
mencapai kesempurnaan hidup yang dicapai melalui kebahagaian yang diperolehi.
Dan menurut beliau lagi, untuk mencapai tujuan ini seseorang haruslah berani dan
bersikap terbuka.

Konsep pendidikan yang diperkenalkan oleh Al-Farabi adalah berdasarkan


konsep menurut paradigma Islam. Konsep ini merupakan gabungan antara teori dan
praktikal yang dapat menunjukkan kebenaran yang sebenarnya. Gabungan teori dan
praktikal dalam falsafah Al-Farabi ini adalah gabungan antara aspek demonstratif
dan aspek persuasif yang digunakan dalam kaedah pembelajaran. Dalam perspektif
Al-Farabi, aktiviti pendidikan merupakan penerapan nilai-nilai, pengetahuan
intelektual dan ketrampilan praktikal yang kemudiannya harus dikembangkan
menurut tujuan asalnya iaitu membawa manusia ke arah kesempurnaan.
Kesempurnaan manusia menurutnya adalah proses akhir dalam mendapatkan nilai-
nilai pengetahuan intelektual dan nilai-nilai tingkah laku bermoral. Untuk mencapai
tahap ini, negara harus menyediakan belanjawan khas untuk pendidikan dan Al-
Farabi menetapkan bahawa belanjawan pendidikan diambil dari sebahagian zakat
dan kharaj (pajak tanah).

Ibn’ Khaldun pula menggariskan bahawa pendidikan atau ilmu dan mengajar
merupakan suatu kemestian dalam membangun masyarakat manusia. Ini dapat
dirumus pada pandangannya mengenai tujuan pendidikan iaitu untuk memberi
peluang kepada fikiran untuk aktif dan bekerja kerana ia penting bagi mematangkan
fikiran, memperoleh pelbagai cabang ilmu pengetahuan dan memperoleh pekerjaan

8
untuk mencari penghidupan. Ibn Khaldun menyatakan bahawa maksud pendidikan
adalah transformasi nilai-nilai yang diperoleh dari pengalaman untuk
mempertahankan kewujudan manusia dalam peradaban masyarakat (Mahayudin
Yahaya, 2001). Ini kerana dengan adanya pendidikan manusia berupaya
melestarikan dan mewariskan nilai-nilai yang ada dalam masyarakat agar
masyarakat dapat mengadaptasi kehidupan dengan lebih sempurna.

Menurut Ibnu Khaldun lagi, pertumbuhan pendidikan dan ilmu pengetahuan


dipengaruhi oleh peradaban. Beliau berpendapat bahawa terdapat perbezaan dari
segi sosial hasil daripada kecerdasannya yang diperoleh melalui pengajaran. Ibnu
Khaldun membahagikan ilmu pengetahuan kepada tiga iaitu Ilmu Lisan, Ilmu Naqli
dan Ilmu Aqli. Beliau juga menekankan bahawa terdapat tiga jenis kurikulum yang
perlu diajarkan kepada murid-murid. Pertama, kurikulum yang merupakan alat bantu
pemahaman. Kurikulum ini termasuklah ilmu bahasa, ilmu nahwu, ilmu balaghah dan
syair. Kedua, kurikulum sekunder, iaitu matapelajaran yang menjadi tonggak untuk
memahami Islam. Kurikulum ini meliputi ilmu-ilmu hikmah seperti logika fizik,
metafizik, dan matematik. Ketiga, kurikulum primer iaitu subjek yang menjadi pati
ajaran Islam. Kurikulum ini meliputi semua bidang al-ulum al naqliyah seperti ilmu
tafsir, ilmu hadis, ilmu qiraat dan sebagainya.

KESIMPULAN

Intelektual-intelektual Islam seperti AL-Ghazali, Al-Farabi, Ibn Khaldun, Al-


Kindi, Ibn Rusyd dan ramai lagi telah banyak menyumbangkan ilmu dan falsafah dan
teori dalam dunia Islam dan mengembangkan Tamadun Islam. Sumbangan-
sumbangan tokoh-tokoh ini seharusnya dihargai dan setiap umat manusia amnya
dan umat Islam khususnya perlu mempelajari dan mencontohi para ilmuan ini yang
tidak jemu menimba ilmu dan seterusnya memberi sumbangan yang besar kepada
masyarakat seluruh dunia.

9
RUJUKAN

Abdul Alim Abdul Rahim & Syed Idrus Syed Mat Zin. 1995. Tamadun Islam.
Selangor: Penerbitan Fajar Bakti

Mahayudin Yahaya. 2001. Tamadun Islam. Kuala Lumpur : Penerbitan Fajar Bakti.

Mustafa Haji Daud. 1993. Tamadun Islam. Kuala Lumpur : Utusan Publications &
Distibutors

Sivachandralingam Sundara Raja & Ayadurai Letchumanan. 2001. Tamadun Islam.


Kuala Lumpur : Penerbitan Fajar Bakti.

10
REFLEKSI

DORIA LINDAN ANAK AJANG

Setelah membuat esei mengenai sumbangan intelektual Islam dalam bidang


psikologi, falsafah dan pendidikan, saya mendapat ilmu pengetahuan. Antaranya
saya dapat mengetahui sumbangan intelektual Islam yang agung seperti Ibnu Sina,
Al-Farabi dan Al-Ghazali yang bukan sahaja memberi sumbangan terhadap tamadun
Islam malah kepada dunia barat. Selain itu, saya juga dapat mengetahui bahawa
pencapaian intelektual Islam dalam ketiga-tiga bidang ini adalah bersumberkan Al-
Quran. Saya berasa seronok dan gembira kerana dapat mengetahui sumbangan
intelektual Islam dan ini memberi ilmu pengetahuan yang baru kepada saya.

DAYANG FADZLIN BINTI ABANG IBRAHIM

Alhamdulillah, berkat kerjasama semua ahli kumpulan tugasan ini berjaya


juga akhirnya disiapkan. Saya memanjatkan kesyukuran ke atas Allah swt kerana
dengan berkat kurnia-Nya saya berupaya menyiapkan tugasan ini walaupun pada
awalnya saya merasa agak sukar untuk membuat tugasan ini kerana masalah
kekurangan buku-buku yang bermutu sebagai bahan rujukan. Walaubagaimanapun,
rakan-rakan banyak membantu mengesyorkan buku-buku untuk dijadikan rujukan
dalam mencari maklumat mengenai sumbangan intelektual Islam dalam bidang
falsafah, psikologi dan pendidikan ini.

Dengan adanya tugasan ini, saya dapat mendalami dan menambah


pengetahuan dalam bidang Tamadun Islam walaupun sebelum ini pernah
mempelajari subjek ini semasa di universiti namun pengalaman sepanjang
menyiapkan tugasan ini membuka minda saya tentang besarnya pengaruh dan
sumbangan cendekiawan Islam dalam perkembangan peradaban dan tamadun
manusia yang masih ramai yang tidak mengetahuinya. Kita terlalu menyanjung

11
tokoh-tokoh Barat hingga mengenepikan sumbangan tokoh-tokoh dan ilmuan-ilmuan
yang sebenarnya memberikan sumbangan yang besar kepada tamadun dunia.

Saya berpuas hati dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya dan
mengikut masa yang ditetapkan dan gembira dapat bekerjasama dengan Doria dan
Jantong dalam menyiapkan tugasan ini. Pensyarah juga banyak membantu
menjelaskan dan memudahkan kami untuk menjayakan tugasan Tamadun Islam ini.

JANTONG ANAK BIRAI

Setelah bertungkus lumus selama beberapa hari, saya akhirnya berjaya juga
menyiapkan tugasan ini berdasarkan kemampuan dan keupayaan yang ada. Segala
permasalahan dan halangan yang wujud itu merupakan satu kebiasaan semasa
menyiapkan sesuatu tugasan, dan syukur, kerana atas kerjasama rakan yang
memberikan komitmen yang tinggi.

Dalam menyiapkan tugasan ini, saya merasakan bahawa ketamadunan Islam


sememangnya melahirkan cendekiawan Islam yang berpengaruh dan setanding
dengan tokoh-tokoh intelektual Barat seperti Aristotle dan Socrates. Pemikiran dan
idea-idea tokoh-tokoh Islam seperti Ibnu Khaldun,al-Ghazali sehingga kini masih
menjadi rujukan dan kajian secara ilmiah. Adalah menjadi harapan supaya idea-idea
tokoh-tokoh ini dapat menjadi sumber inspirasi kepada saya dalam masa yang akan
datang.

Dalam menyiapkan tugasan ini, terdapat sedikit permasalahan yang timbul.


Salah satu daripadanya adalah berkaitan dengan penggunaan istilah dan perkataan
Arab yang merupakan bukan satu kebiasaan bagi saya dalam mencari bahan
rujukan. Masalah kedua adalah kesukaran untuk mendapatkan buku rujukan terbaru
dan terkini di perpustakaan. Seterusnya masalah sampingan seperti kekangan masa
yang cukup padat dengan tugasan-tugasan untuk matapelajaran lain.

Saya berpendapat bahawa dalam keadaan masa yang padat dengan


tugasan-tugasan, saya merasakan lebih selesa jika tugasan seterusnya adalah
berdasarkan pembentangan kumpulan sahaja tanpa melibatkan tugasan individu
secara bertulis. Secara kesimpulan, saya berpuas hati dengan hasil tugasan saya.

12
13

Anda mungkin juga menyukai