Contoh Contoh Karangan UPSR 2017
Contoh Contoh Karangan UPSR 2017
Soalan:
Guru seumpama ibu bapa kepada murid-murid semasa berada di sekolah. Oleh yang
demikian guru perlu dihormati.Tulis sebuah karangan bertajuk Cara-cara menghormati
guru.
Semasa kita berada di sekolah, gurulah yang menjaga dan mendidik kita. Guru
seumpama ibu bapa kepada kita sepanjang masa kita berada di sekolah. Kerana peranan
yang sebegini besar maka guru amat perlu dihormati sepanjang masa.
Pelbagai cara boleh kita lakukan untuk menghormati guru. Salah satu caranya
adalah dengan mengucapkan salam ketika kita bertemu dengan guru. Seorang guru akan
merasa senang hati apabila murid-murid mengucapkan salam dan mendoakan
kesejahteraanya.
Seterusnya, sikap tekun belajar dan mendengar dengan teliti setiap ajaran guru
ketika berada di dalam kelas juga merupakan satu cara untuk menghormati guru. Guru
akan berasa bahagia dan dihargai apabila kita mendengar dengan teliti ketika mereka
mengajar. Guru kita pasti akan mengajar kita dengan penuh kesungguhan.
Selain itu, kita juga boleh menghormati guru dengan cara bersikap sopan santun
dan berbudi bahasa ketika bercakap dan bertanyakan soalan kepada guru. Murid yang
berbudi bahasa dan bersopan santun juga akan lebih disayangi oleh guru. Sekiranya
kita bersikap biadap ketika bercakap dan bertanyakan soalan kepada guru, sudah pasti
akan membuatkan guru berasa terhina dan tidak dihormati. Oleh yang demikian kita
hendaklah menjaga kelakuan kita ketika bercakap dengan guru.
Di samping itu, jika kita melakukan kesilapan atau terlupa menyiapkan tugasan
yang diberi oleh guru, kita hedaklah memohon maaf. Sebagaimana di rumah, sekiranya
kita tersilap maka kita meminta maaf daripada ibu bapa kita. Demikian juga ketika
berada di sekolah. Murid yang meminta maaf dan mengakui kesilapan yang dilakukan
akan membuatkan guru berasa senang hati dan berasa lebih dihargai dan dihormati.
Kesimpulannya, banyak cara yang boleh kita lakukan untuk menghormati guru.
Oleh yang demikian kita hendaklah sentiasa menghormati guru-guru kita kerana
mereka telah menjalankan tanggungjawab mereka mendidik kita.
KARANGAN CERITA
"PENGALAMAN BERCUTI DI KAMPUNG"
Soalan:
Pada cuti sekolah yang lalu, kamu telah bercuti di kampung datuk dan nenek kamu.
Ceritakan pengalaman kamu sepanjang berada di sana.
Pada cuti sekolah yang lalu, saya telah berpeluang pulang ke kampung datuk dan nenek
saya yang terletak di Pasir Puteh Kelantan. Saya bertolak ke sana pada awal pagi
dengan menaiki bas dari Kota Bharu. Datuk menunggu saya di stesen bas Pasir Puteh.
Setelah berehat dan bersolat Zohor, datuk mengajak saya ke sungai yang
terletak tidak jauh dari rumahnya untuk memancing dan melihat lukah yang ditahannya.
Saya sangat seronok kerana inilah aktiviti yang amat saya tunggu-tunggu. Datuk
mengajar saya teknik memancing ikan di sungai. Saya bersorak kegembiraan apabila
dapat memancing seekor ikan sebarau yang agak besar. Datuk hanya tersenyum
melihat gelagat saya.
Pada sebelah petang pula, datuk mengajak saya ke sawahnya. Sawah datuk
sangat luas. Di sini, saya berpeluang melihat beberapa orang petani bekerja di sawah
mereka. Ada yang sedang merumput, membaja dan membaiki batas-batas sawah.
Datuk mengatakan bahawa padi-padi tersebut akan dituai pada bulan hadapan. Saya
berasa agak kecewa kerana tidak berpeluang melihat kerja-kerja menuai padi.
Keesokan harinya, beberapa orang sepupu saya mengajak saya ke hutan untuk
mencari buluh. Mereka bercadang untuk membuat wau. Saya berasa sangat teruja
kerana ini adalah peluang keemasan kepada saya untuk belajar membuat wau. Sepupu-
sepupu saya mengajar saya menebang buluh, membelah, dan meraut buluh untuk dibuat
wau. Setelah seharian bertungkus-lumus, saya berjaya membuat sebuah wau kucing
yang sederhana besarnya. Wau-wau yang kami buat akan kami terbangkan di padang
berhampiran rumah datuk.
Setelah seminggu berada di rumah datuk dan nenek, ayah dan ibupun datang
menjemput saya pulang kerana cuti akan berakhir tidak beberapa lama lagi. Walaupun
agak keberatan untuk meninggalkan kampung datuk dan nenek, tetapi saya berasa amat
gembira kerana mendapat pelbagai pengalaman menarik pada cuti kali ini.
KARANGAN PERBINCANGAN
"CARA-CARA UNTUK MENGATASI STRES"
Soalan:
Stres amat berbahaya kepada kita jika tidak ditangani dengan betul.
Bincangkan cara-cara untuk mengatasi stress.
Stres atau tekanan ialah gangguan emosi dari segi pemikiran dan fizikal kita.
Hal ini berlaku apabila kita merasa terbeban terhadap sesuatu perkara. Stres
yang keterlaluan amat berbahaya kerana ia memudaratkan kesihatan mental dan
fizikal kita. Oleh sebab itu kita perlu mengatasinya dengan betul.
Antara cara mengatasi stres ialah dengan bangun awal setiap hari. Apabila
kita bangun awal untuk ke sekolah kita tidak akan terburu-buru atau tergopoh-
gapah untuk bersiap dan menguruskan diri. Sekiranya kita bangun lewat, kita
akan merasa tertekan untuk bersiap-siap ke sekolah kerana bimbang terlambat
atau ketinggalan bas.
Selain itu, kita perlu belajar dan tidur di dalam bilik yang selesa dan
kemas. Sekiranya bilik kita berselerak ia akan menyebabkan kita merasa
tertekan dan tidak selesa untuk belajar. Kita juga tidak mendapat tidur yang
cukup dan berkualiti. Sekiranya tidur kita tidak mencukupi maka kita akan
mudah merasa letih dan tertekan.
Di samping itu kita boleh mengatasi stres dengan membuat persediaan awal
untuk menghadapi peperiksaan. Kita akan merasa risau dan bimbang sekiranya
lewat membuat persediaan untuk menghadapi sesuatu peperiksaan. Kebimbangan
sebegini akan menyebabkan stres atau tekanan.
Pada 3 Jun 2017 yang lalu, Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Jalan
Bintang telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Kilang Batik Piasau Jaya yang
terletak di Kawasan Perindustrian Piasau
Lawatan yang disertai oleh tiga puluh orang ahli persatuan dengan diiringi oleh
tiga orang guru ini telah bertolak dari sekolah dengan sebuah bas. Kami bertolak pada
pukul 10.00 pagi dan tiba di kilang batik tersebut pada pukul 10.30 pagi.
Setibanya di sana, kami telah diberi taklimat oleh pengurus kilang tersebut.
Dalam taklimatnya, pengurus kilang iaitu Encik Osman Ahmad mengucapkan terima
kasih atas kesudian kami melawat ke kilang batiknya. Setelah selesai taklimat kami
diiringi oleh dua orang penyelia kilang tersebut untuk melihat cara-cara memproses
kain batik.
Kami sangat terpesona melihat kemahiran para pekerja mencanting dan melukis
batik. Corak-corak batik yang dihasilkan sangat menarik dan bermutu tinggi. Ahli-ahli
persatuan juga mendapat pengetahuan baru apabila diberi peluang mencanting dan
mewarna batik.
Sebelum pulang, Pihak kilang batik telah memberikan cederamata berupa sehelai
kain batik yang dilukis khas untuk Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Jalan
Bintang. Kami amat gembira menerima cenderahati tersebut.
Amar
(AMAR MUHAIMIN)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Jalan Bintang, Miri.
KARANGAN CERITA (PENGALAMAN)
"MENYAKSIKAN MAJLIS PERKAHWINAN"
Soalan:
Kamu dan sekeluarga telah menghadiri satu majlis kenduri perkahwinan sepupu
kamu.
Ceritakan pengalaman kamu sepanjang kenduri perkahwinan itu.
Pada cuti sekolah yang lepas, saya dan keluarga telah menghadiri satu majlis
perkahwinan sepupu saya di kampung. Kami bertolak ke sana sehari sebelum majlis
perkahwinan berlangsung.
Pada awal pagi hari majlis perkahwinan itu berlangsung, saya melihat saudara-
mara sibuk bergotong –royong membuat pelbagai persiapan. Kaum lelaki dan wanita
sibuk memasak makanan dan lauk-pauk yang akan dihidangkan kepada para jemputan
dan rombongan pengantin lelaki. Sesetengah yang lain pula sibuk menghias bilik
pengantin.
Kira-kira pada pukul 3.00 petang, rombongan pengantin lelaki tiba. Ketibaan
mereka disambut dengan paluan kompang dan pertunjukan seni silat. Kemudian kedua-
dua pengantin disandingkan di atas pelamin. Suasana ketika itu sungguh meriah. Saya
dan adik-adik tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama pengantin.
Menjelang senja, majlis persandingan pun tamat. Saya dan saudara-mara yang
lain membantu mengemas meja, pinggan mangkuk dan peralatan yang digunakan. Kami
bekerjasama agar segala-galanya dapat dikemas dan dibersihkan sebelum malam
menjelang.
Kami sekeluarga bertolak pulang menjelang malam. Walaupun letih, saya berasa
seronok kerana dapat menyaksikan satu majlis perkahwinan yang sangat meriah.
KARANGAN PERIBAHASA
“NASI SUDAH MENJADI BUBUR”
Soalan:
Tulis sebuah karangan berdasarkan peribahasa “Nasi sudah Menjadi Bubur”.
Amirul seorang anak tunggal. Bapanya, Pak Razif telah meninggal dunia. Arwah
bapanya meninggalkan banyak harta pusaka seperti tanah sawah dan rumah-rumah
sewa. Amirul dan ibunya Mak Limah hidup mewah daripada hasil harta-harta tersebut.
Sebagai anak tunggal, segala kemahuan Amirul dituruti oleh Mak Limah. Bagi
Mak Limah, tiada salahnya dia menghabiskan wang untuk memenuhi segala kemahuan
Amirul kerana Amirullah tempat dia menumpahkan segala kasih sayang. Banyaklah
perkara yang bukan-bukan diminta oleh Amirul dan ditunaikan oleh Mak Limah.
Mak Limah tidak menyedari bahawa dia melakukan kesilapan dalam mendidik dan
membesarkan Amirul. Sikap Mak Limah ini membuatkan Amirul semakin degil dan
keras kepala. Dia mula melawan nasihat guru-guru di sekolah kerana beranggapan
pelajaran tidak penting. Amirul juga kerap ponteng sekolah dan mula bercampur
dengan remaja yang tidak bersekolah.
Pada suatu hari, ketika Amirul memboncengkan kawannya untuk ke Bandar, dia
telah ditahan oleh polis di satu sekatan jalan raya. Apabila diperiksa, pihak polis
mendapati Amiru tidak memiliki lesen motosikal kerana baru berusia 12 tahun. Selain
itu, rakan Amirul pula memilikki beberapa biji pil khayal. Akibatnya mereka berdua
ditahan dan dibawa ke balai untuk disoal siasat.
Apabila mengetahui hal ini Mak Limah sangat menyesal kerana terlalu mengikut
kehendak Amirul. Namun segalanya telah terlambat. Nasi sudah menjadi bubur.
KARANGAN PERIBAHASA
“BAGAI AUR DENGAN TEBING”
Soalan:
Tulis sebuah karangan untuk menjelaskan maksud peribahasa “ Bagai aur dengan
tebing”.
Pada penghujung tahun lepas, Kampung Pasir telah dilanda banjir besar.
Hujan yang lebat menyebabkan air Sungai Kelantan melimpahi tebing. Banjir
besar ini telah menghanyutkan beberapa buah rumah penduduk. Banyak juga
rumah yang rosak teruk. Ramai penduduk terpaksa berpindah ke sekolah di
Kampung Pasir. Ketika berada di pusat pemindahan, penduduk Kampung Pasir
bekerjasama memasak makanan.
"KARANGAN UCAPAN
“UCAPAN HARI GURU"
Soalan:
Sebagai ketua murid kamu diminta menyampaikan ucapan sempena sambutan hari guru di
sekolah kamu. Tulis ucapan kamu itu selengkapnya.
Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Pengkalan Chepa, guru-guru dan rakan-rakan. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih
atas kepercayaan semua memberikan saya ruang dan peluang untuk berucap sempena
sambutan Hari Guru peringkat sekolah kita.
Jasa dan bakti para guru tidak terbalas oleh kita. Mereka sanggup berkorban masa ,
tenaga dan kadangkala wang ringgit untuk mencurahkan ilmu kepada kita. Setiap pengorbanan
yang mereka lakukan tidak mengharapkan sebarang balasan. Para guru akan berasa gembira
apabila melihat kita mencapai kejayaan. Kejayaan yang kita peroleh adalah kebahagiaan
kepada mereka.
Selain itu, kita juga perlulah sentiasa menumpukan perhatian setiap kali guru mengajar
dan memberi nasihat. Setiap patah perkataan yang diluahkan oleh guru-guru kita sudah tentu
bertujuan untuk memberi ilmu dan panduan yang berguna kepada kita. Percayalah rakan-rakan,
murid yang sentiasa menumpukan perhatian ketika guru mengajar akan mencapai kejayaan
dalam pelajarannya.
Pada hari yang mulia ini saya perhatikan ramai antara kita yang membawa pelbagai
hadiah untuk diberikan kepada guru-guru sebagai tanda penghargaan terhadap jasa mereka.
Hal ini sangat baik kita amalkan walaupun kita sedia mengetahui bahawa para guru tidak
mengharapkan sebarang hadiah daripada kita. Tetapi sebagai murid kita juga ingin menghargai
jasa dan sumbangan para guru kita.
Sebagai mengakhiri ucapan pada pagi ini, terimalah serangkap pantun daripada saya:
Panglima Megat orangnya perkasa,
Menentang musuh dari seberang;
Guru kita banyak berjasa,
Mendidik kita dengan kasih sayang.
Sekian, terima kasih.
KARANGAN SURAT KIRIMAN RASMI
Soalan:
Persatuan Bahasa Melayu sekolah kamu akan menganjurkan pertandingan syarahan
antara kelas. Sebagai setiausaha persatuan, kamu ditugaskan menulis sepucuk surat
kepada guru besar untuk meminta kebenaran menggunakan dewan dan peralatan untuk
pertandingan tersebut.
Tulis surat tersebut selengkapnya.
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Jalan Bintang,
98000 Miri,
Sarawak. 29 MAC 2017.
Tuan,
Memohon Kebenaran Menggunakan Dewan dan Peralatan
4. Kami berjanji akan menggunakan dewan dan peralatan sebaik mungkin. Kami juga
akan membersihkan dewan dan mengemas peralatan selepas digunakan.
5. Besarlah harapan kami agar permohonan kami ini mendapat perhatian yang
sewajarnya daripada pihak tuan. Pertimbangan dan perhatian pihak tuan, kami dahului
dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Nurhusnina
(NURHUSNINA BT ZAIDI)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Jalan Bintang, Miri.
KARANGAN BERFORMAT
"FAEDAH AMALAN BERJIMAT CERMAT"
Soalan:
Tulis sebuah karangan tentang faedah amalan berjimat cermat ini.
Di samping itu, melalui amalan yang mulia ini juga kita dapat menambahkan wang
simpanan kita. Wang simpanan sangat penting dalam kehidupan kita. Orang yang
mempunyai simpanan akan terjamin masa depannya. Wang simpanan juga amat
diperlukan sekiranya berlaku sesuatu musibah kepada kita atau orang-orang terdekat
dengan kita.
KARANGAN SYARAHAN
"FAEDAH AMALAN GOTONG-ROYONG"
Soalan:
Kamu telah mewakili kelas kamu dalam pertandingan syarahan antara kelas. Tajuk
syarahan yang akan kamu sampaikan ialah "Aktiviti Gotong-royong Banyak Faedahnya".
Tulis syarahan kamu itu selengkapnya.
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Pengkalan Chepa, guru-guru penolong kanan, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru
dan rakan-rakan. Pada pagi yang ceria ini, izinkan saya menyampaikan syarahan
bertajuk "Aktiviti Gotong-royong Banyak Faedahnya".
Masyarakat kita pada zaman dahulu banyak melakukan amalan bergotong-royong ini.
Semua kegiatan yang melibatkan kepentingan ramai akan dilakukan secara secara gotong-
royong. Hal ini demikian kerana amalan ini banyak faedahnya.
Soalan:
Baru-baru ini sekolah kamu telah mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah.
Tulis catatan kamu sepanjang sambutan tersebut.
8.00 pagi
8.15 pagi
Semua murid dan guru berdiri tegak. Kami sama-sama menyanyikan Lagu Negaraku,
Lagu Selamat Sultan dan Lagu Sekolahku Berjaya. Setelah selesai menyanyikan lagu-
lagu tersebut, semua murid dan guru dibenarkan duduk.
Kemudian, Cikgu Mazlan yang mempengerusikan majlis meminta semua guru berdiri
di atas pentas untuk menyanyikan lagu Kami Guru Malaysia dan diikuti dengan bacaan
ikrar.
8.45 pagi
Ketua Murid tampil ke depan untuk menyampaikan ucapan. Dalam ucapannya Ketua
Murid mengucapkan terima kasih atas jasa dan pengorbanan para guru. Dia juga
mendoakan kesejahteraan guru-guru.
9.00 pagi
9.30 pagi
Acara sukan yang melibatkan guru-guru dan murid-murid diadakan di padang sekolah.
Guru lelaki bermain bola sepak dan lumba lari dalam guni manakala guru-guru
perempuan pula bermain bola jaring serta berjalan dengan terompah gergasi. Kami
sangat terhibur melihat telatah para guru.
11.00 pagi
Selepas rehat murid-murid dan guru-guru berkumpul semula di Dewan Gemilang. Acara
seterusnya ialah persembahan murid-murid. Ramai murid yang mengambil bahagian
dalam pelbagai acara seperti nyanyian, deklamasi sajak, lakonan dan lawak jenaka.
Suasana dewan agak gamat dengan gelak
ketawa kami melihat aksi-aksi lucu rakan-rakan yang membuat persembahan.
Seterusnya diadakan pula acara pemberian hadiah oleh murid-murid kepada guru-guru.
Inilah kemuncak acara sambutan hari guru pada tahun ini. Murid-murid berebut-rebut
memberikan hadiah kepada guru-
guru. Pelbagai barangan yang terbungkus rapi dijadikan hadiah oleh murid-murid untuk
para guru
Semua acara sambutan hari telah berakhir. Kami semua dibenarkan pulang setelah
mengemas semula dewan dan peralatan yang telah digunakan. Hari ini saya berasa
sangat seronok kerana berpeluang merayakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah.
Kamu menerima sepucuk surat daripada sahabat pena kamu yang bertanyakan tentang
permainan-permainan tradisional yang popular di Malaysia.
28 April
2016
Menemui sahabatku Abdul Rahman yang berada di Palembang, Indonesia. Doa saya
semoga saudara dan keluarga berada dalam keadaan sihat sejahtera selalu. Surat
saudara yang bertarikh 4 April 2016 telah saya terima pada awal minggu yang lalu.
Terima kasih saya ucapkan atas ingatan saudara terhadap saya.
Saudara,
Permainan wau memerlukan kawasan tanah lapang yang agak luas seperti sawah
padi, padang bola, atau tepi pantai. Dalam permainan ini, dua orang pemain diperlukan
iaitu seorang bertindak untuk memegang wau manakala seorang lagi sebagai juru ajung
iaitu akan menerbangkan wau ke udara. Wau akan diterbangkan dari arah bertentangan
dengan tiupan angin. Permainan ini amat popular dalam kalangan kanak-kanak dan juga
orang dewasa lelaki. Kadangkala diadakan juga pertandingan wau antara penduduk
kampung.
Selain wau, permainan gasing juga amat terkenal. Menurut catatan sejarah,
permainan ini telah terkenal semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Banyak
jenis gasing yang terkenal di Malaysia antaranya ialah gasing jantung, gasing uri dan
gasing berembang. Kerja-kerja membuat gasing ini memerlukan kepakaran khas.
Biasanya gasing tradisional diperbuat daripada kayu seperti kayu merbau, leban, jambu
batu , dan kayu asam jawa. Pada masa kini, terdapat juga gasing yang dibuat daripada
plastik. Gasing sebegini popular dalam kalangan kanak-kanak.
Untuk bermain gasing kita memerlukan gasing dan juga seutas tali yang kukuh. Tali
terlebih dahulu dililit pada jambul gasing. Kemudian gasing tersebut dilemparkan ke
tanah sambil menarik tali tersebut ke arah kita.
Terdapat dua jenis permainan gasing yang popular iaitu gasing pangkah dan gasing
uri. Gasing pangkah memerlukan kita memangkah gasing lawan yang sedang berpusing.
Manakala permainan gasing uri pula menguji selama mana sesebuah gasing itu dapat
berpusing.
Saudara,
Bersama surat ini saya ada sertakan beberapa keping gambar tentang permainan
wau dan gasing. Saya berharap agar saudara mendapat sedikit sebanyak gambaran
akan permainan tradisional yang ada di Malaysia. Pada pendapat saya, di tempat
saudarapun ada permainan tradisional yang tersendiri. Jika saudara sudi, bolehlah
saudara menceritakannnya kepada saya.
Sekian dahulu warkah saya pada kali ini. Sampai kita ketemu lagi dalam warkah
yang lain pula. Sampaikan salam saya kepada kedua-dua orang tua saudara.
Sahabatmu yang jauh
azlan
Rakyat negara kita, Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang hidup bersatu padu.
Tulis sebuah karangan tentang faedah hidup bersatu padu dalam kalangan pelbagai
kaum.
Malaysia ialah negara yang unik kerana warganya terdiri daripada pelbagai bangsa dan
suku kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Walaupun setiap bangsa dan suku kaum ini
mengamalkan agama, adat-resam dan cara hidup yang berbeza, namun mereka dapat
hidup dengan semangat perpaduan yang tinggi.
Banyak faedah yang diperoleh apabila rakyat Malaysia hidup dalam keadaan
bersatu-padu. Antaranya ialah kita dapat hidup dengan aman dan tenteram. Kesannya
kita dapat belajar dengan tenang dan selesa di sekolah tanpa rasa bimbang akan
keselamatan diri. Hal sebegini tidak dapat dinikmati oleh anak-anak di sesetengah
negara. Ramai antara mereka tidak dapat ke sekolah kerana bimbang akan keselamatan
diri.
Seterusnya, melalui perpaduan yang jitu, rakyat Malaysia dapat bekerja dan
mencari rezeki dengan baik dan selesa. Hal ini demikian kerana perpaduan yang wujud
dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dapat membantu pihak kerajaan dan swasta
mewujudkan pelbagai kemudahan dan peluang pekerjaan untuk rakyat. Kita juga tidak
berasa takut untuk keluar bekerja di mana-mana sahaja.
Selain itu, perpaduan yang teguh dalam kalangan rakyat juga telah mewujudkan
kestabilan dari segi politik dan ekonomi. Hal ini sudah pasti menarik minat para pelabur
asing melabur dalam pelbagai sektor di negara kita. para pelabur tidak perlu risau akan
mengalami kerugian dalam pelaburan kerana perpaduan yang wujud menjamin keamanan.
Pelaburan ini akan membantu meningkatkan ekonomi negara kita.
Akhir sekali, perpaduan yang wujud dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum juga
telah menarik minat pelancong asing untuk melancong di negara kita. Para pelancong
tidak risau akan keselamatan diri mereka sepanjang berada di negara kita. Mereka
juga dapat menikmati pelbagai budaya yang ada di negara kita. Kedatangan pelancong
asing ini memberi banyak peluang pekerjaan kepada rakyat negara kita seperti dalam
sektor perhotelan, pengangkutan dan bidang kraftangan.
Kesimpulannya, perpaduan kaum yang wujud di negara kita telah banyak memajukan
negara kita dalam pelbagaai bidang. Oleh yang demikian, semua warga perlu memelihara
dan mengekalkan semangat hidup bersatu-padu ini.
Terima kasih diucapkan kepada Tuan pengerusi Majlis, Yang Berusaha Guru Besar,
guru-guru, dan rakan sekalian. Bersempena dengan minggu kesedaran kesihatan ini,
saya akan menyampaikan sebuah ceramah yang bertajuk "Pentingnya menjaga
kesihatan diri.
Aspek penjagaan kesihatan diri yang paling asas ialah menjaga kebersihan diri
sendiri. Kita perlu memastikan rambut, gigi, dan tubuh badan kita sentiasa dalam
keadaan bersih. Tubuh badan yang tidak bersih sudah pasti mudah dihinggapi pelbagai
penyakit seperti penyakit kulit, kepala berkutu dan gigi serta gusi bermasalah.
Tangan yang tidak bersih juga menyebabkan kita mudah mengalami keracunan
makanan. Sekiranya tangan kita kotor, makanan yang kita pegang akan berkuman.
Kuman ini akan masuk ke dalam perut kita apabila kita memakan makanan tersebut.
Akibatnya, kita akan mengalami sakit perut dan cirit-birit yang boleh membawa maut.
Selain itu, kita juga perlu memakan makanan yang seimbang. Dalam hal ini, kita
boleh menjadikan piramid makanan sebagai panduan. Makanan yang seimbang membantu
kita mendapatkan zat, vitamin, dan lain-lain keperluan badan kita agar mencukupi.
Pemakanan yang terkawal juga dapat mengelakkan kita menjadi obersiti.
Bersenam dan bersukan juga amat penting kita amalkan. Melalui bersenam, kita
dapat meningkatkan daya tahan kardiovaskular. aktiviti berjoging dan senaman
berbentuk larian dapat menguatkan jantung. Jantung yang kuat dan sihat amat penting
kepada setiap orang.
Akhir sekali, aspek kesihatan mental juga amat penting diberikan perhatian. Hal ini
demikian kerana kesihatan mental mempengaruhi mutu kehidupan seseorang. Setiap
daripada kita perlu mengelakkan tekanan dan kemurungan. Tekanan yang berlebihan
akan mengundang pelbagai penyakit berbahaya yang lain seperti tekanan darah tinggi,
sakit jantung dan kemurungan.
Oleh yang demikian, amatlah penting kepada setiap orang untuk menjaga kesihatan
diri. Sesungguhnya, orang yang prihatin terhadap kesihatan dirinya akan menikmati
hidup yang berkualiti.
Soalan:
Kamu telah mewakili kelas dalam pertandingan syarahan sempena kempen minggu celik
IT peringkat sekolah. Tajuk syarahan kamu ialah "Kepentingan menguasai komputer
Dan Internet"
Yang Di Hormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Pengkalan Chepa, Encik Hamzah Hassan, Barisan panel hakim yang arif lagi
bijaksana, guru-guru dan rakan sekalian. Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya
ucapkan. Pada pagi yang ceria ini saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang
bertajuk "Kepentingan Menguasai Komputer Dan Internet".
Daripada definisi ini, kita dapat memahami bahawa komputer dan internet sangat
penting untuk kita kuasai. Dengan menguasai komputer kita dapat menyelesaikan
sesuatu tugasan dengan cepat, tepat dan kemas. Pelbagai aplikasi yang datang bersama
komputer dapat membantu kita membuat pelbagai tugasan. Contohnya, kita dapat
mengira, dan menyediakan data yang tepat dan kemas dalam masa yang singkat
menggunakan aplikasi hamparan elektronik seperti Microsoft Office Excel.
Selain itu, dengan penguasaan teknologi ini juga kita dapat berhubung dengan orang
lain di seluruh dunia dengan lebih cepat. Kita dapat menyampaikan berita dan
berbincang tentang sesuatu isu dengan pantas. Dalam hal ini aplikasi media sosial
seperti "Facebook, dan Whatsapp", sangat berguna kepada kita. Murid-murid juga
dapat menggunakan laman-laman sosial ini untuk berbincang dan menyelesaikan sesuatu
tugasan berkaitan pelajaran.
Pelbagai urusan harian juga dapat kita selesaikan dengan cepat dan mudah sekiranya
kita menguasai kemahiran komputer dan internet. Perbankan elektronik, dan
perniagaan dalam talian adalah antara contohnya. Melalui perbankan elektronik, kita
dapat memindahkan wang ke dalam akaun orang lain seperti keluarga dan rakan-rakan
kita dengan cepat tanpa perlu pergi ke bank. Kita juga dapat menjual dan membeli
sesuatu barangan dalam talian. Hal ini sudah tentu menjimatkan masa dan tenaga kita.
Kesimpulannya, pelbagai manfaat dapat kita peroleh jika menguasai komputer dan
internet. Kemajuan teknologi maklumat amat penting untuk kita kuasai sekiranya ingin
maju dan bersaing pada zaman yang serba moden dan bergerak pantas ini.