Anda di halaman 1dari 4

Contoh Inovasi dalam pendidikan – MOHD AMIN

Seorang guru mestilah berinovatif dalam pembelajaran mereka bagi menghasilkan


PdP yang lebih menarik dan berkesan.
Ciri-ciri guru inovatif Pemikiran strategik menekuni kurikulum kreatif
mempelbagaikan kaedah pengajaran dan gaya imaginasi yang tinggi untuk
mengenali diri pelajar.Guru juga perlu mempunyai unsur kreatif dalam menilai
keberhasilan yang ingin dicapai.Perlu juga dapat mentransformasikan proses P&P
bagi melahirkan murid yang berdaya saing, berakhlak mulia dan bersemangat waja.
Dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka sesuai dengan misi dan visi
sekolah serta mampu memenuhi matlamat pendidikan negara ke arah meningkatkan
kualiti pendidikan. Sentiasa memikirkan cabaran yang dihadapi oleh murid setelah
mereka melangkah keluar dari sekolah. Menguasai dan peka terhadap
perkembangan dalam bidang pedagogi peranan guru Inovatif

Strategi Pengajaran Inovatif Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2010


memberikan penekanan untuk membangunkan modal insan yang kreatif dan inovatif
begi memenuhi keperluan Negara di abad ke-21. Pelaksanaan elemen kreativiti dan
inovasi dalam pendidikan akan memangkin agenda transformasi Negara. Dalam
konteks pendidikan, kreativiti dan inovasi saling bergandingan bagi memastikan
kedua-dua proses tersebut dilaksanakan dalam Pengajaran dan pembelajaran
(PdP). Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ialah apabila ianya
dapat menyampaikan pengetahuan dengan lebih berkesan dan serasi dengan
wawasan yang diperjuangkan. Ianya juga dapat mencetuskan suasana
pembelajaran dan menggalakkan pelajar untuk terus belajar. Dan juga dapat
menambahbaik apa yang sedia ada pada pelajar. Kaedah dan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan inovatif perlu menjadi amalan guru-
guru sekolah. Pembelajaran yang dirangka dan dilaksanakan dapat
mengembangkan potensi, pembangunan minda, pemikiran kreatif dan inovatif
pelajar. Stail dan pendekatan pendekatan pengajaran juga perlu menarik,
menyeronokkan dan bebas daripada tekanan dan kebimbangan. Kaedah-kaedah
kreatif dan inovatif dapat mencorakkan suasana belajar dan meningkatkan
pencapaian positif pelajar tentang sesuatu yang dipelajari. Kreativiti dan inovasi juga
dapat mencorakkan situasi pembelajaran yang ceria dan berkesan. Pelajar juga
bebas daripada sebarang tekanan emosi, perasaan dan mental. Pembelajaran
kreatif dapat membebaskan pelajar dan guru daripada stress, bimbang dan takut.
Guru juga tidak mengamalkan pembelajaran yang bersifat autokratik dan pasif
sebaliknya lebih bersifat partisipatif dan aktif. Pengaruh kreativiti dan inovasi dalam
organisasi dapat mencorakkan sekolah sebagai institusi pembelajaran yang
menarik, kreatif, inovatif, produktif, fleksibel dan efektif. Pengaruh kreativiti dan
inovatif menjadikan pembelajaran lebih mesra dan mudah didekati. Strategi
pengajaran dan pembelajaran yang bersifat kreatif dan inovatif juga menjadikan
pembelajaran sesuai dengan naluri perkembangan manusia. Sekolah yang kreatif
dan inovatif dapat mendorong perubahan dan kemajuan kognitif, efektif dan
psikomotor murid- murid. Sekolah juga dapat berperanan sebagai organisasi
pembelajaran yang efektif bagi mengembangkan pelbagai kecerdasan (multiple
intelligence) dengan menyediakan pelbagai peluang pembelajaran yang dapat
menggilap dan mengembangkan potensi individu yang berbeza-beza dari segi
kebolehan, minat, kecerdasan dan kecekapan mereka.

Perubahan dinamik yang berlaku di sekolah juga disebabkan oleh kesan positif
pengaruh kreativiti dan inovasi, terutama dari segi kaedah pengajaran. Kaedah dan
pendekatan yang lebih menarik dan berkesan yang berlaku mencerminkan kreativiti
guru dan sumbangan kreatif peralatan, teknologi, stail dan organisasi pembelajaran.
Terdapat kesan positif pengajaran dan pencapaian murid. Guru yang kreatif dan
inovatif mempunyai keterampilan yang tinggi dari segi personaliti, pemikiran
divergen, pemikiran kreatif, pemikiran kritis dan pemikiran strategik. Keterampilan ini
menjadikan guru kreatif dan inovatif adalah guru yang efektif yang sangat penting
kepada perubahan pendidikan dan kemajuan sekolah. Perkembangan Teknologi
Pengajaran Teknologi dalam pengurusan organisasi sekolah boleh mencetuskan
perkembangan dinamik kreativiti dan inovasi. Teknologi bukan sahaja suatu alat
tetapi boleh mempengaruhi sistem pengurusan yang lebih efisyen dan kreatif.
Pengurusan teknologi maklumat dan penggunaan teknologi komunikasi maklumat
(ICT) dapat membina imej baru organisasi inovatif. Ia juga menjadikan organisasi
pendidikan dan pembelajaran sekolah lebih berdaya saing dan menjadi lebih
produktif. Penggunaan teknologi maklumat dan ICT menjadikan pengurusan lebih
canggih dan moden. Usaha bagi meningkatkan masyarakat celik teknologi maklumat
juga belum begitu tercapai disebabkan jurang perbezaan kemudahan teknologi yang
wujud antara sekolah-sekolah, terutama antara sekolah luar bandar yang begitu
ketinggalan dengan sekolah bandar yang lebih terdedah dengan kemudahan ini.
Teknologi maklumat telah banyak digunakan dalam organisasi khasnya dalam dunia
pendidikan. Inovasi organisasi banyak dipengaruhi oleh penggunaan teknologi
maklumat dalam dunia pendidikan. Organisasi dan individu yang menolak inovasi ini
akan ketinggalan. Persoalan yang timbul ialah bagaimana Teknologi Maklumat
dapat menangani dan membantu inovasi sesebuah organisasi. Tidak dapat dinafikan
bahawa teknologi maklumat ialah pemangkin atau alat inovasi dalam sesebuah
organisasi termasuklah dalam sistem pendidikan. Perkembangan Persekitaran
Pembelajaran Komputer telah digunakan dalam proses pendidikan sejak
kebelakangan ini di mana aplikasi komputer digunakan untuk meningkatkan dan
memudahkan pelbagai penyesuaian pelbagai item media dalam proses
pembelajaran, Kurzel et al (2003). Ini menunjukkan peranan teknologi dalam
pendidikan tidak dapat dinafikan. Oleh itu, pelbagai persekitaran pembelajaran
diwujudkan bertujuan untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang
memenuhi kehendak pelajar.
Akses kepada pelbagai perkhidmatan dalam talian menjadi mudah dengan
adanya sambungan internet jalur lebar tanpa wayar seperti 1BestariNet di sekolah
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012), dan boleh dijalankan dengan peranti
digital seperti tablet atau telefon bimbit. Pembelajaran dalam talian boleh dijalankan
di mana-mana pada bila-bila masa dalam persekitaran pembelajaran maya . Murid
tidak terhad kepada ruang bilik darjah atau komputer desktop, tetapi mempunyai
akses kepada maklumat di internet. Repositori pengetahuan di internet termasuk
laman web, blog, video, imej dan juga pembentangan. Memandangkan
perkembangan teknologi yang semakin meluas dalam bidang pendidikan seperti
penggunaan e-pembelajaran, pelbagai persekitaran pembelajaran telah
diperkenalkan, contohnya Virtual Learning Environments (VLE). Kementerian
Pendidikan Malaysia(KPM) telah mengambil langkah bagi memperkasakan generasi
masa depan menerusi internet berkelajuan tinggi dengan melaksanakan projek
1BestariNet.Terdapat juga E-Pembelajaran. Pembelajaran elektronik iaitu
pembelajaran menggunakan komputer .Pelajar belajar sendiri secara interaktif
menggunakan multimedia. Proses penilaian online menentukan tahap kefahaman
pelajar kepelbagaian pembelajaran. Pembelajaran berasaskan Web/ Web-based
learning (WBL) . Instruksi berasaskan Web / Web- based instruction (WBI) . Latihan
berasaskan Web/ Web- based training (WBT) . Latihan berasaskan Internet/
Internet-based training (IBT) . Distributed learning (DL) . Advanced distributed
learning (ADL) . Pendidikan jarak jauh/ Distance learning (DL) . Pembelajaran Atas
Talian /Online learning (OL).
Pengajaran berbantukan computer (CAI) Pengajaran menggunakan komputer
atau perisian yang dibina khusus untuk mencapai objektif pelajaran tersebut
Bertujuan memudahkan proses P&P menggunakan kelebihan ciri-ciri multimedia: –
Teks – Grafik – Animasi – Video – Audio – Interaktif Dibina dengan mengambil kira
keupayaan individu pelajar dan berpusatkan pelajarKebaikan CAI kepada Organisasi
Dalam jangka masa lama akan mengurangkan kos P&P. Staf organisasi mendapat
pengetahuan dan kemahiran bagaimana memenuhi keperluan pelajar yang pelbagai
kualiti dan prestasi akademik meningkat. Inovasi dalam persekitran pembelajaran ini
bertujuan menyediakan pendidikan berteras internet yang berkualiti kepada semua
rakyat Malaysia dengan harapan dapat mengubah platform pendidikan di Malaysia
serta merapatkan jurang digital di antara murid kawasan bandar dan luar bandar .

Reka Bentuk Resos merupakan suatu proses yang sistematik untuk mereka
bentuk, membangun, melaksana dan menilai bahan pengajaran. Proses ini dapat
membantu meningkatkn kualiti dan keberkesanan sistem pendidikan
keseluruhannya. Model Berorientasikana Bilik Darjah merupakan modek reka bentuk
pengajaran berskala kecil. Dalam model ini, guru hanya memilih media yang sesuai
dengan objektif pengajarannya dan guru lebih banyak ditumpukan kepada
pengajaran. Model Berorientasikan Produk melibatkan pembinaan bahan untuk
jangka panjang untuk sesuatu kursus yang besar seperti kursus yang ditawarkan
oleh pendidikan jarak jauh dan universiti maya. Model Berorientasikan Sistem
termasuklah Model IDI (1973), Model IPISD (1975), Model Dick dan Carey (1979),
Model Diamond (1989) dan Model Seels dan Glasgow (1990). Ciri-ciri yang perlu
ada di dalam reka bentuk resos merangkumi kos yang berpatutan, mempunyai
identity kebangsaan, menepati arahan dan kurikulum, bersesuaian dengan
pencapaian murid dan hiasan tidak keterlaluan dan ketapatan teknik. Jenis-jenis
resos pengajaran termasuklah bahan 2D dan bahan 3D, resos pengajaran
berasaskan teknologi ICT termasuklah e-buku, e-majalah, e-portfolio, blog dan
forum. Reka bentuk resos banyak memberi manfaat dan kelebihan kepada guru dan
murid. Antara kelebihan reka bentuk resos ialah memberi banyak sumber maklumat
kepadaguru untuk mengajar. Ini akan menjadikan guru lebih kreatif dan cekap. Guru
dan murid juga boleh mengakses maklumat daripada pelbagai sumber. Guru juga
boleh mempelbagaikan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kepelbagaian
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dapat menarik minat murid untuk
belajar. Di samping itu, guru juga dapat mengemaskini bahan-bahan pengajaran
dengan lebih bersistematik. Reka bentuk resos juga dapat menjimatkan masa guru
untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.
Reka Bentuk Pentaksiran dan Penilaian Reka bentuk adalah corak atau bentuk
sesuatu yang direka, manakala pentaksiran merupakan proses pembelajaran yang
merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, member skor dan
menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi
tujuan tertentu. Terdapat beberapa perkembangan dalam pentaksiran pembelajaran
yang terdiri daripada : a) Pentaksiran Prestasi Menilai keupayaan pelajat dalam
aktiviti atau sesuatu kemahiran yang asli, baharu dan kreatif. Dibuat melalui
pemerhatian, pencerapan serta hasil produk. b) Pentaksiran Berasaskan Portfolio
Merupakan satu bentuk bukti perkembangan pembelajaran. Ia merujuk kepada
prosedur untukmerancang, mengutip, dan menganalisis pelbagai sumber data yang
dimasukkan dalam portfolio. c) Pentaksiran Kendiri Membuat refleksi ke atas
pengalaman atau pembelajaran lepas, dan membuat keputusan yang berkaitan
dengan aktiviti masa depan dan hala tuju yng akan diambil. d) Pentaksiran
Berasaskan Komputer Pengajaran mata pelajaran yang menggunakan perisian yang
dibina khusus untuk mencapai sesuatu objek. Ia merupakan penafsiran
pembelajaran yang disediakan, ditadbirkan dan disemak oleh computer. Pentaksiran
pembelajaran adalah suatu bahagian yang sangat penting dalam mengetahui
matlamat pembelajaran tercapai atau tidak. Ia dapat membantu guru merancang
pengajaran untuk keberkesanan pembelajaran dan memberi manfaat kepda guru
dan pelajar dalam bentuk maklum balasbagi meningkatkan pengajaran dan
pembalajaran. Rumusan Inovasi dan perubahan dalam pendidikan Negara
melibatkan usahaberterusan semua pihak dalam memastikan aspek pengetahuan
dan kemahitan professional diaplikasikan dalam

Pengajaran. Guru harus memastikan proses inovasi dilaksanakan dalam


pengajaran dan pembelajaran terhadap pelajar mereka. Kesediaan guru untuk
melaksanakan sesuatu inovasi adalah persoalan penting yang perlu
dipertimbangkan oleh pihak perancangan pendidikan supaya wujudnya keharmonian
antara pihak pelaksana inovasi (guru) dengan perancang inovasi itu sendiri.
Pelaksanaan inovasi akan tersekat jika pihak berkuasa pendidikan menganggap
inovasi pendidikan sebagai satu kemestian, sedangkan guru melihatnya pada sudut
pandangan yang sebaliknya. Penggunaan inovasi teknologi yang spesifik seperti
inovasi VLE memerlukan satu kecenderungan minat untuk mengetahui, mempelajari
serta berani mencuba inovasi tersebut tanpa rasa ragu-ragu terhadap keupayaan
sistem tersebut, Secara keseluruhannya, guru yang mempunyai tahap keinovatifan
khusus teknologi maklumat yang tinggi akan lebih terbuka berani membuat
keputusan menggunakan inovasi baru lebih awal daripada pengguna lain tanpa
pengambil kira risiko yang mungkin dihadapi. Guru yang mempunyai tahap efikasi
kendiri komputer yang tinggi, maka keyakinan yang terbina dalam diri guru
tersebutdapat meningkatkan persepsi guru, bahawa penggunaan ICT dan teknologi
baru mudah diguna dan berguna untuk mempercepatkan tugas penyediaan bahan
PdP mempermudahkan tugas pengajaran serta mempunyai bahan-bahan sumber
yang ada boleh disesuaikan dengan pengajaran dan pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai