Anda di halaman 1dari 2

‫مبتداء وخرب‬

MUBTADA’ DAN KHABAR

MUBTADA’ dan KHABAR adalah dua isim yang membentuk susunan Jumlah
Ismiyyah (ayat yang sempurna). Mubtada’ adalah isim yang diterangkan (subjek),
manakala Khabar adalah isim yang menerangkan (predikat). Ayat yang terdiri daripada
Mubtada’ dan khabar disebut Jumlah Ismiyyah. (‫إمسيّة‬ ‫(مجلة‬
Contoh:

‫ْم ََنفِع‬ ِ
ُ ‫اَلْعل‬
‫ََنفِع‬ ِ
Ilmu itu bermanfaat
‫ْم‬
ُ ‫اَلْعل‬
Khabar Mubtada’

‫ُستَاذُ َم ِريْض‬
ْ ‫اَْْل‬ Ustaz itu sakit
‫َم ِريْض‬ ُ‫ُستَاذ‬
ْ ‫ْاْل‬
Khabar Mubtada’

‫َعلِ ُّي غَ ِ ي‬
‫ن‬
‫َعلِ ُّي‬
Ali itu kaya

‫غَ ِ ي‬
‫ن‬
Khabar Mubtada’

‫ـجتَ ِهد‬ َ ْ‫أَن‬


ْ ‫ت ُم‬ Engkau seorang yang rajin
‫ـجتَ ِهد‬
ْ ‫ُم‬ َ ْ‫أَن‬
‫ت‬
Khabar Mubtada’

HURAIAN:
Contoh-contoh di atas adalah jumlah ismiyyah kerana terdiri dari dua isim: yang pertama
disebut Mubtada’, dan yang kedua disebut Khabar.
Contoh Dalam Jumlah (Ayat):

ِ ‫واَرض‬
ٌ‫للا َو ِاس َعة‬ ُ َْ Dan bumi Allah itu luas.
ِ‫ٌللا‬
ٌ ‫ض‬
Kata ُ ‫( ٌاَْر‬bumi Allah) adalah kata benda (isim) yang dirafa’kan yang dijadikan
pokok kalimat atau Mubtada’ dan terletak di permulaan kalimat.
ِ ‫مـح َّمدٌرسو ُل‬
ٌ‫ٌللا‬ ُْ َ َ ُ Muhammad adalah Rasulullah.

Kata ٌ‫ـح َّمد‬


َ ‫( ُم‬Muhammad) adalah kata benda (isim) yang dirafa’kan yang dijadikan
pokok kalimat atau mumtada dan terletak di permulaan kalimat.

Ustazah Nisa
PEMBAHAGIAN MUBTADA’:
Mubtada’ dibahagikan kepada beberapa jenis, di antaranya adalah seperti berikut:
i. Mubtada’ merupakan isim zahir, iaitu kata benda(isim) yang nampak.
ii. Mubtada’ merupakan isim dhomir, iaitu kata ganti.
iii. Mubtada’ merupakan isim isyarah, iaitu kata tunjuk.
iv. Mubtada’ muakhar, iaitu Mubtada’ yang diakhirkan.
Contoh (1):
(a) Mubtada’ berupa Isim Zahir, iaitu kata benda (isim) yang nampak.

ِ
َ ‫للاٌُ َخالقٌ ُك ِل‬
‫ٌش ْي ٌء‬ Allah adalah pencipta tiap-tiap sesuatu.

Perkataan
ُ‫لل‬
ٌ َ‫ ا‬adalah kata benda (isim) yang nampak (isim zahir) dan
berkedudukan sebagai Mubtada’.

Contoh (2):
(b) Mubtada’ merupakan isim dhomir, iaitu kata ganti nama.

‫ُه َوٌ ُُْمتَ ِه ٌد‬ Dia seorang yang rajin

Perkataan ٌ‫ ُه َو‬merupakan isim dhomir (kata ganti nama) berkedudukan sebagai


Mubtada’.

CARA MENENTUKAN MUBTADA’ DAN KHABAR:


Terdapat beberapa cara menentukan Mubtada’ dan Khabar seperti berikut:

1. Mubtada’ dan Khabar selalunya marfu’ (Berbaris hadapan ࣳ /ࣱ)

2. Susunan Mubtada’ dan Khabar adalah jumlah yang dimulai dengan isim dan disebut Jumlah
Ismiyyah. Manakala susunan fi’il dan fail disebut Jumlah Fi’liyyah, iaitu jumlah yang dimulai
dengan fi’il.
3. Jika isim marfu’ didahului oleh fi’il, maka isim tersebut adalah fa’il atau naib fa’il. Dan jika isim
marfu’ mendahului fi’il, maka isim tersebut adalah Mubtada’.
4. Susunan Mubtada’ dan Khabar sentiasa berpadanan, seperti berikut:
a) Jika Mubtada’nya mufrad (single), maka Khabarnya juga mesti mufrad (single).
b) Jika Mubtada’nya mutsanna atau jama’ (dua orang atau lebih), maka Khabarnya juga
mutsanna atau jama’ (dua orang atau lebih).
c) Jika Mubtada’nya muannats atau mudzakkar (perempuan atau lelaki), maka Khabarnya
juga muannats atau mudzakkar (perempuan atau lelaki).

Ustazah Nisa

Anda mungkin juga menyukai