Anda di halaman 1dari 1

Laporan Ahli Jawatankuasa Pengacaraan Majlis.

Pada 16 dan 17 Februari, telah berlangsungnya Bengkel Penghasilan Buku Cerita


Kanak-Kanak Islamik anjuran Kalam dengan kerjasama Yayasan Takmir Pendidikan (YTP)
& Gapena. Saya dan juga Saudara Nur Fitri telah ditugaskan untuk menjadi pengacara
majlis sepanjang berlangsungnya program tersebut.

Antara kekuatan yang dapat dinilai selepas berakirnya bengkel tersebut ialah,
persediaan yang lengkap untuk mengecarakan majlis. Seminggu sebelum berlangsungnya
program tersebut, kami telah bertungkus lumus cuba menyiapkan skrip pengecaraan seawal
yang mungkin untuk memastikan majlis berjalan dengan lancar. Skrip tersebut telah
disemak dan diperbetulkan beberapa kali oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi untuk
memastikan informasi yang tercatat di dalam skrip tersebut adalah tepat.

Antara kelemahan yang dapat dikenal pasti adalah, kami para pengaraca majlis tidak
mempunyai nama tetamu kehormat yang terbaru. Hal ini kerana sewaktu kejadian, tetamu
kehormat yang dijangkakan untuk hadir telah berubah kepada individu lain. Ianya telah
menyebabkan keadaan menjadi sedikit kelam kabut kerana kami terpaksa mencari dan
menanyakan dengan sendiri tentang maklumat mereka. Namun begitu, atas kerjasama
rakan sepasukan kami berjaya menyelesaikan masalah tersebut.

Oleh itu, pada masa hadapan, kami berharap agar kejadian yang telah berlaku tidak
lagi berulang. Dengan adanya pengalaman sebegini ianya pasti dapat membantu kami
untuk menjalankan tugas sewaktu di sekolah dengan lebih professional.

Disediakan oleh, 29 Januari 2019

_____________________________
(NAZIRUL AFIQ BIN BADRUL HISHAM)
Ahli Jawatankuasa Pengacara Majlis.

Anda mungkin juga menyukai