Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN AJK PENDAFTARAN

Perjumpaan pertama telah dijalankan 11 Februari 2019. AJK Pendaftaran telah


dillantik dan diberikan penerangan tentang tugas yang akan dijalankan sebelum, semasa
dan selepas bengkel. Dalam perjumpaan pertama, AJK Pendaftaran yang dilantik adalah
Muhammad Amzar Filza Bin Amran dan Nur Syahidatul Syahidah Binti Mokhtar. AJK
Pendaftaran telah membincangkan perihal template pendaftaran rasmi yang akan digunakan
sewaktu bengkel.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kekangan sewaktu mendapatkan template


pendafatran rasmi. Antaranya ialah Staff Sokongan ULDP IPGKBA memberi template
pendaftaran rasmi agak lewat dan menyebabkan tempoh menambah baik dan mendapatkan
kelulusan Pengerusi menjadi agak lewat. Walaubagaimanapun, AJK pendaftaran telah
berbincang bersama Pengerusi bengkel dan staf sokongan ULDP untuk mempercepatkan
proses menyediakan template pendaftaran.

Sewaktu majlis dijalankan, terdapat beberapa kekuatan yang ditunjukkan oleh AJK
Pendaftaran, antaranya ialah kecekapan AJK dalam mendaftarkan peserta bengkel dan
tidak menyebabkan majlis bermula lewat. AJK Pendaftaran juga ditempatkan di kawasan
yang mudah untuk dijumpai oleh para peserta dan fasilitator bengkel. Oleh itu, tempoh
pendaftaran berjalan dengan lancar.

Walaubagaimanapun, AJK Pendaftaran telah mendepani beberapa kekangan


sewaktu pendaftaran sedang berjalan. Kekangan yang pertama ialah peserta bengkel lewat
dari masa yang sepatutnya dan menyebabkan kaunter pendaftaran dibuka sehingga pukul
10 pagi. Hal ini juga sedikit sebanyak menganggu kelancaran majlis.

Selain itu, AJK Pendaftaran telah diarahkan untuk menyelesaikan hal bayaran yuran
tertunggak dalam kalangan peserta bengkel. AJK Pendaftaran tidak diberikan duit baki atau
resit untuk mencatat bayaran peserta. Tugas ini diberikan secara tiba-tiba tanpa persediaan
daripada pihak AJK Pendaftaran.

Walaubagaimanapun, kekangan yang berlaku pada hari bengkel dijalankan telah


diselesaikan dengan bantuan pelbagai pihak. Pihak AJK Pendaftaran telah membuat
perbincangan Post-Mortem bagi menambah baik kelancaran majlis pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai