Anda di halaman 1dari 2

A.

Morfologi
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata adjektif dan dua kata ganda.
Pengangguran merupakan salah satu permasalahan sosioekonomi yang terus menghambat negara
ini. Setiap tahun, beribu-ribu orang siswazah menarnatkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi
(IPT) dengan harapan menggunung untuk mendapatkan kerjaya yang setimpal; namun, tidak
semuanya bernasib baik. Pengangguran bukan sahaja terdiri daripada siswazah lepasan ijazah, tetapi
siswazah ijazah kedua (sarjana, PhD), pelajar lepasan diploma daripada kolej-kolej, pelajar lepasan
institusi-institusi kemahiran dan juga pelajar lepasan sekolah menengah.
Sikap terlalu memilih kerjaya menyebabkan peningkatan masalah pengangguran dalam kalangan
siswazah. Hal ini menjadikan siswazah sanggup menunggu pekerjaan yang eksklusif dan bergaji.
Keadaan ini bertambah buruk apabila siswazah mempunyai interpretasi terlalu tinggi terhadap prasarana
kerja seperti kredibiliti syarikat, fleksibiliti waktu bekerja, jarak, infrastruktur dan sistem pengangkutan
yang baik. Ada juga sesetengah siswazah yang tidak optimistik dalam memilih bidang kerjaya.

B. Sintaksis
Berdasarkan petikan di bawah, tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif.
Guru membentuk murid untuk menjadi warganegara dan rakyat yang berguna kepada negara. Selain
itu, guru telah banyak melahirkan warganegara yang cinta akan negara untuk membangunkan negara.
Oleh itu, kita haruslah mendoakan guru pada setiap hari kerana jasa guru tidak ternilai dan harus
dikenang sampai bila-bila.

C. Penyuntingan .
Petikan di bawah mengandungi tiga belas kesalahan bahasa.
Iklim bilik darjah yang konklusif amat penting dalam diwujudkan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan. Dalam hal ini, iklim bilik darjah amat bergantung kepada penstrukturan
kelas malahan memberi perhatian pada pembangunan potensi murid secara holistik dan bersepadu
dalam mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni seperti yang dituntut dalam falsafah
pendidikan kebangsaan.
Setiap murid-murid mempunyai kelebihan yang tersendiri dan berbeza di antara satu dengan
yang lain. Sehubungan dengan itu, percampuran murid cemerlang dan murid lemah dalam satn kelas
yang sama tanpa diskriminasi jurang kepandaian mampu memperlihatkan pelbagai implikasi yang
positif terhadap budaya pelajaran murid berdasarkan kelebihan yang mereka miliki.
Percampuran murid dalam satu kelas tanpa mengambil kira keupayaan akademik mampu
meningkatkan motivasi pembelajaran di kalangan murid. Melalui usaha ini juga sebarang
peningkatan dalam pencapaian pendidikan secara langsung dapat meningkatkan imej dan harga diri
murid yang buruk.
Sistem kelas campur lebih adil dalam membentuk iklim bilik darjah yang positif. Murid
lemah tidak lagi berhadapan dengan label negatif aldbat pencapaian mereka yang rendah dalam
peperiksaan. Pelaksanaan kelas campur juga menyediakan ruang pergaulan yang baik antara murid
cemerlang dan murid lemah di dalam bilik darjah. Pada masa yang sama, murid yang lemah dapat
mernbangunkan sikap yang positif terhadap ilmu dan memberi perhatian yang lebih serius kepada
kerja sekolah. Sehubungan dengan itu, bagi merealisasikan semua inspirasi yang digariskan dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, peranan dan tanggungjawab guru
ialah penting. Guru perlu menterjemahkan sessi pengajaran dan pembelajaran menjadi aktiviti yang
berkualiti yang mampu menarik minat serta penglibatan yang tinggi dalam kalangan murid.

Brainergy Tuition Centre


1
FORM 4
Salah Betul

D. Bahasa Melayu Standard


Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut
dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
Maka ia pun singgah di luar kota pada kampung segala Jawa. Maka Kertala Sari pun menyamarkan
dirinya kepada segala jawa yang banyak itu. Maka Kertala Saxi pun sedia kala berjalan keluar masuk
bermain-main segenap kampung orang kaya-kaya dan saudagar. [6 markah]

E. Peribahasa
Dialog di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa sahaja, kemudian
berikan peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa tersebut.

Ibu: Suzi, jagalah diri baik-baik ketika kamu berada di rantau orang. Di sana nanti sesuaikan diri
dengan budaya dan adat resam mereka. Ikutlah nasihat orang tua-tua, iaitu masuk kandang
kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.
Suzi: Terima kasih, ibu. Saya akan sematkan nasihat ibu itu dalam hati saya.
Ibu: Di luar negara nanti ibu berharap Suzi belajar rajin-rajin sehingga berjaya mendapat segulung
ijazah, bak kata peribahasa alang-alang berdakwat, biarlah hitam.
Suzi: Saya tidak lupa akan nasihat ibu itu.
Ibu: Satu lagi, jangan lupa pulang ke kampung halaman bagai ikan pulang ke lubuk setelah tamat
pengajian di luar sana.

Brainergy Tuition Centre


2
FORM 4

Anda mungkin juga menyukai