Anda di halaman 1dari 2

Peraturan acara lompat jauh

Semua acara padang dan balapan mempunyai undang undang dan peraturan yang tersendiri.
Undang undang dan peraturan ini digubal dan disediakan berdasarkan kesesuaian jantina,
peserta, peralatan dan jenis acara tersebut. Berikut adalah undangundang bagi acara lompat
jauh yang disediakan mengikut kelulusan IAAF:

1. Susunan atau giliran peserta yang akan membuat lompatan perlu ditentukan melalui
undian yang dibuat sebelum pertandingan bermula.

2. Setiap lompatan peserta akan dikira berdasarkan jarak yang paling jauh (daripada
keseluruhan lompatan yang dibuat).

3. Jika terdapat lebih daripada lapan orang peserta, setiap peserta diberi tiga kali percubaan
lompatan. Peserta yang mempunyai lompatan terbaik akan dipilih untuk mara ke pusingan
akhir dan dalam pusingan ini, peserta peserta ini akan diberi tiga lompatan lagi. Tiga lompatan
tambahan akan diberikan jika lebih daripada seorang mempunyai jarak yang sama. Sekiranya
jumlah peserta kurang daripada lapan orang, peserta yang dapat mencatatkan rekod paling
tanpa batal akan dikira sebagai pemenang.

4. Lompatan akan dikira batal jika peserta melakukan perkara perkara berikut.

 Kaki peserta memijak atau menyentuh tanah melebihi papan lonjak yang disediakan.
Penanda plastisin yang diletakkan pada hadapan papan lonjak akan dilihat oleh
pegawai untuk melihat kesilapan ini.
 Kaki peserta menyentuh atau memijak kawasan di luar papan lonjak.
 Menyentuh kawasan pendaratan semasa mendarat pada titik di belakang tapak kaki.
 Berundur melalui kawasan pendaratan selepas habis membuat lompatan.
 Cara atau kaedah lompatan yang digunakan tidak dibenarkan oleh undang undang.
 Peserta menggunakan alat sokongan atau bantuan lompatan.

5. Sekiranya peserta membuat lompatan dari kawasan di bahagian belakang papan lonjak,
perkara tersebut bukanlah satu kesalahan.

6. Peserta tidak dibenarkan untuk menggunakan lorong lompat jauh untuk membuat
percubaan atau latihan ketika pertandingan sedang dijalankan.

7. Ukuran jarak lompatan mesti dibuat pada titik sentuhan yang paling dekat dengan papan
lonjak tanpa mengira titik tersebut diperoleh melalui pendaratan kaki atau sebarang anggota
tubuh peserta.

8. Untuk memastikan lompatan diukur dengan tepat dan betul, permukaan pasir di kawasan
pendaratan hendaklah sama aras dengan permukaan tempat melonjak.

9. Larian peserta hendaklah dalam lorong larian yang telah disediakan.

10. Setelah pegawai memberi isyarat, peserta hendaklah membuat lompatan

Anda mungkin juga menyukai