Anda di halaman 1dari 2

DEFINISI: GURU PENCETUS KREATIVITI,

PENJANA INOVASI
 GURU: Kata GURU merangkumi semua warga pendidik yang
menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi
pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada
pembangunan pendidikan negara.
 PENCETUS: Merujuk maksud peranan untuk menimbulkan
sesuatu ilham/idea atau mengeluarkan sesuatu seperti ilmu.
Guru bertindak sebagai pencetus idea kepada kreativiti dalam
usaha melahirkan generasi intelek.
 KREATIVITI: Didefinisikan sebagai penghasilan idea,
kebolehan untuk mencipta atau proses pemikiran yang
mendorong dalam pencetusan idea baru dan berdaya kreatif.
 PENJANA: Merujuk maksud guru sebagai penggerak atau
perantara yang paling penting dalam proses transformasi ke arah
keberhasilan.
 INOVASI: Didefinisikan sebagai pengaplikasian kreativiti,
pembaharuan, modifikasi, kaedah dan sistem bagi mencari jalan
untuk menghasilkan produk baru dan perkhidmatan yang lebih
baik, bermakna dan bernilai.

Huraian Tema Hari Guru 2014


Tema Hari guru Tahun 2014 dicadangkan iaitu Guru Pencetus
Kreativiti Penjana Inovatif adalah selaras dengan transformasi
pendidikan ke arah membangunkan kemahiran abad ke-21 iaitu
berfikiran kritis dan kreatif serta menggalakkan perkembangan
sahsiah murid yang holistik dan seimbang seperti yang terkandung
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-
2025.

Sistem pendidikan Malaysia berhasrat memastikan setiap murid


mencapai potensi sepenuhnya agar menjadi generasi gemilang iaitu
berpengetahuan dan berkemahiran, pemikiran kritis, kreatif dan
inovatif; kemahiran memimpin, memiliki sahsiah dan nilai serta
semangat identiti nasional. Hal ini sangat relevan dalam PPPM yang
terus mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk
pendidikan seimbang sebagai asas aspirasi setiap murid.

Guru memainkan peranan penting sebagai penggerak agen perubahan


yang sentiasa kreatif dan inovatif, mempunyai keterampilan yang
tinggi dari segi personaliti, mempunyai pemikiran luas dan strategik
serta mampu mencetus ledakan ilmu yang dapat diterapkan kepada
murid bagi membolehkan mereka menghubungkan pelbagai disiplin
ilmu untuk mencipta ilmu yang baharu bertaraf dunia.

Membudayakan inovasi merupakan agenda berterusan dalam


gelombang transformasi pendidikan bagi melahirkan generasi muda
yang bersedia mencapai kecemerlangan dalam persekitaran yang
kompetitif secara global. Keupayaan warga pendidik menyediakan
peluang kepada murid bagi mendapat pengalaman pembelajaran lebih
bermakna, pengalaman pembelajaran dalam menyelesaikan masalah,
kreativiti dan pemikiran kritikal dilihat mampu meningkatkan
kemahiran murid yang dapat berfikir secara kritis dalam konteks
akademik dan persekitaran kehidupan sebenar.

Dunia dan ekonomi yang bersifat global hari ini memerlukan pesaing
yang mampu berfikir dengan lebih kritis dan kreatif dan inovatif.
Justeru peranan guru sebagai penggerak generasi yang intelek dan
berdaya saing perlu menghasilkan kualiti pengajaran yang gemilang
dengan memperkukuh am alan terbaik dalam pendidikan.

Anda mungkin juga menyukai