Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN GB 

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2019

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh..

Terima Kasih Saudara dan saudari Pengacara Majlis,


Yang Berbahagia Encik Rafizan Bin Rosman (YDP PIBG SK LKTP Tenggaroh 1 )Tuan Pengurus
Felda Tenggaroh 1 En.Isahak Bin A.Bakar selaku perasmi Hari Anugerah Kecemerlangan Dan
Apresiasi Prasekolah dan Tahun 6.
……………………………………………………………………………………………………….
Barisan Guru-guru Penolong Kanan, Guru-guru SKT1, murid-murid yang diraikan dan seterusnya
ibu bapa serta para hadirin yang saya muliakan.

      Izinkan saya melafaz dan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan
limpah kurnia dan inayahNya maka kita dapat berkumpul dalam dewan yang indah ini bagi
melaksanakan satu lagi agenda pendidikan yang diatur oleh pihak pengurusan sekolah. Ucapan
syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Pengelola Majlis ini yang tentunya telah berusaha
dengan gigih supaya majlis ini berjalan dengan lancar dan teratur. Kita sedar, majlis seumpama
ini amat perlu dijalankan untuk memberi makna kepada kehidupan anak-anak yang bakal mewarisi
masa depan negara.

Para hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

      Saban tahun, pihak sekolah tidak pernah lupa mengadakan majlis untuk meraikan kejayaan
cemerlang pelajar-pelajar dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum. Malahan bagi saya,
majlis ini diadakan khusus untuk meraikan para ibu bapa yang sentiasa meletakkan
kecemerlangan dan kejayaan anak-anak sebagai agenda pertama dalam kehidupan mereka. Jadi
pada kesempatan ini saya bagi pihak sekolah ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas
bukan sahaja kepada para pelajar yang bakal menerima anugerah malahan ibu bapa juga para
guru yang menjadi nadi atau tulang belakang sehingga membuahkan kejayaan untuk mereka.

      Sebenarnya, kejayaan seorang pelajar tidak hanya terletak pada usaha dan kesungguhan yang
dimainkan oleh guru semata-mata. Kita sedar, bahawa guru-guru di peringkat sekolah rendah
perlu harus ‘Memberi’, agar para pelajar bersedia untuk ‘Menerima’. Selain insan yang ibarat lilin
yang membakar diri ini, ibu bapa juga perlu sentiasa memainkan peranan penting untuk
mencorakkan masa depan anak-anak mereka. Malahan tuan-tuan dan puan-puan, pada saya yang
paling utama kejayaan adalah terletak pada diri para pelajar itu sendiri, agar sentiasa mempunyai
komitmen dan motivasi diri yang tinggi sekiranya ingin mengecapi kecemerlangan. 

   
Sesungguhnya kita harus sedar bahawa dalam usaha menuju ke puncak, banyak laluan sukar
yang perlu ditempuhi. Pepatah Melayu selalu mengingatkan kita, “Di mana ada kemahuan, di situ
ada jalan”, “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”, “Kalau tidak dipecahkan ruyung,
manakan dapat sagunya.” Oleh itu para hadirin sekalian, marilah kita sama-sama berganding
bahu untuk mencipta kejayaan demi kejayaan buat anak-anak kita. Pada saya, kejayaan anak-anak
tuan-tuan dan puan-puan merupakan satu anugerah kepada pihak sekolah dan ganjaran buat
tuan-tuan dan puan-puan sebagai ibu bapa mereka.

Para hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

      Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua
penerima anugerah pada hari ini. Saya sangat berharap agar kecemerlangan yang ditunjukkan
oleh para penerima akan menjadi pemangkin untuk para pelajar mempertingkatkan mutu
pencapaian mereka dalam bidang akademik dan bukan akademik pada masa hadapan. Anugerah
yang diberikan pada hari ini merupakan penghargaan pihak sekolah kepada para pelajar yang
telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam pembelajaran pada tahun ini. Tahap pencapaian
yang ditunjukkan sudah tentu boleh menjadi contoh serta ikutan kepada para pelajar lain untuk
meningkatkan pencapaian akademik mereka pada masa akan datang.

Para hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

       Saya pasti bahawa seluruh warga dewan pada hari ini sedar, bahawa pelajar-pelajar yang kita
raikan hari ini merupakan waris yang bakal mendukung impian dan harapan Negara. Untuk itu,
saya menyeru kepada hadirin sekalian agar dapat sama-sama berganding bahu meningkatkan
kualiti hidup sihat dalam kalangan anak-anak. Sihat yang dimaksudkan bukan hanya tertumpu
kepada kesihatan tubuh badan malahan kesihatan minda supaya harapan dan impian tuan-tuan
dan puan-puan akan direalisasikan sama seperti harapan dan impian seperti mana yang telah
termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara. Maka saya ingin menyeru kepada diri saya dan
tuan-tuan dan puan-puan sekalian, marilah kita saling bergandingan bagi memastikan para
penerima anugerah ini bakal menjadi sebahagian warna-warna kegembiraan Negara pada masa
hadapan dan bukan merupakan secalit warna kehancuran atas kealpaan dan kelekaan kita.
Insya’Allah.

Anda mungkin juga menyukai