Anda di halaman 1dari 9

TAJUK

Ekstrak kulit telur dan serbuk kopi sebagai baja racun


serangga semula jadi. (EKoTeK)
 

ABSTRAK
EKoTeK adalah merupakan singkatan bagi ekstrak kulit telur
dan serbuk kopi sebagai baja dan racun serangga semula jadi.
Kulit telur dan serbuk kopi sering menjadi sisa bahan
buangan yang tidak digunakan lagi namun sebenarnya
mempunyai potensi sebagai baja dan racun serangga jika
diproses dengan cara dan kaedah yang betul.
Masalah yang sering dihadapi ialah kuantiti kulit telur dan
serbuk kopi terpakai yang diperlukan tidak mencukupi untuk
menghasilkan jumlah ekstrak bahan tersebut.
Hipotesis bagi kajian ini adalah untuk memastikan
keadaan pokok menjadi subur selepas 30 hari.
Methodologi yang digunakan ialah dengan kaedah ekstrak
iaitu gabungan serbuk kopi terpakai dan serbuk kulit telur
yang telah dihancurkan dan disimpan di tempat yang kering.
Kesimpulan daripada kajian ini adalah selepas 30 hari
keadaan pokok menjadi semakin sihat dan subur.
PENGHARGAAN

Segulung ucapan terima kasih tak terhingga diucapkan


kepada pihak sekolah khususnya Guru Besar Sk Babagon
Pn. Linda Chin Mui Lan kerana memberi sepenuh
kepercayaan kepada kami bertiga untuk menjalankan
proses kajian yang mengambil masa amat singkat ini. Hasil
daripada kajian ini juga dapat kami sumbangkan keceriaan
lanskap sekolah terutamanya taman herba yang akan
dibangunkan sedikit masa lagi selepas ini. Penghargaan
khusus buat cikgu Khairul merangkap mentor kami semoga
dengan ilmu ini dapat kami amalkan untuk kebaikan
bersama.
Z

PENGENALAN

Tujuan penyiasatan dan kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan


antara jumlah ekstrak bahan dengan keadaan tumbuhan selepas 30
hari.

KEGUNAAN KULIT TELUR

1. Sebagai baja
Kulit telur sangat berguna untuk tanaman. Kulit telur kaya
dengan kalsium yang sangat penting untuk pertumbuhan
tanaman. Ia boleh dilakukan dengan menghancurkan kulit telur
dan taburkan di dalam tanah sebelum menanam. Kemudian
taburkan lagi kulit telur di sekeliling tanaman.

2. Mengurangkan pahit pada kopi.


Tambahkan kulit telur yang dihancurkan ke dalam kopi. Idea ini
akan membuatkan kopi menjadi kurang pahit. Ini adalah kerana
kulit telur itu sendiri kaya dengan kalsium karbonat. Ia
merupakan kompaun yang mengandungi alkali yang mampu
menyerap dan meneutralkan asid semulajadi di dalam kopi.

3. Menghalau serangga perosak tanaman.


Hancurkan kulit telur dan taburkan di sekeliling tanah tanaman.
Bucu tajam pada kulit telur dapat membantu menghalau
serangga perosak.
KEGUNAAN SERBUK KOPI

1. Sebagai kompos
Masukkan hampas kopi dalam tong kompos. Ia sumber bernilai
bagi nitrogen.

2. Kawalan perosak tanaman


Letakkan hampas kopi sekitar tanaman untuk melindungi
daripada siput dan siput tidak bercengkerang.

3. Tanaman yang sukakan keasidan tinggi.


Letakkan hampas kopi di sekeliling pasu tanaman yang
gemarkan asid seperti ros dan gardenia. Hampas kopi akan
meningkatkan keasidan nutrient tanah.

4. Baja
Campur dua cawan serbuk kopi ke dalam 5 gelen air dan biarkan
semalaman. Siram baja buatan sendiri pada tanaman.

5. Sungkupan
Menggunakan kopi sebagai sungkupan membantu mengawal
rumpai dan menggelakkan tanah cepat kering pada musim
panas.

6. Meningkatkan hasil tuaian lobak dan radish


Untuk mendapatkan hasil tuaian lobak dan radish berganda,
ketika menyemai, gaulkan benihnya dengan hampas kopi.
METADOLOGI / PROSES
KAJIAN

1. Langkah pertama kami mengambil serbuk hampas kopi di bilik


guru yang telah digunakan oleh guru- guru sewaktu sarapan pagi.
Kemudian kami menapis kopi itu bersama air menggunakan penapis
supaya serbuk kopi itu tertinggal di penapisan.

2. Setelah bersih, kami mengeringkan kopi itu dengan ketuhar mikro


selama 5 minit. Tujuan mengeringkan kopi menggunakan ketuhar
mikro adalah untuk menjimatkan masa dan struktur serbuk kopi lebih
cantik.
3. Selepas dikeringkan, serbuk kopi hendaklah disejukkan pada suhu
bilik dan diletakkan di bekas yang bersih dan kedap udara.

3. Langkah kedua kami mengambil kulit telur daripada kantin


sekolah dan membersihkan kulit telur itu dengan air yang bersih.
Kemudian, kami mengeringkan kulit telur itu di dalam ketuhar mikro
selama 2 minit.

4. Selepas dikeringkan, kami menghancurkan kulit telur itu sehingga


menjadi kepingan struktur yang kasar. Biarkan kulit telur menyejuk
pada suhu bilik.
6. Kemudian kami mengisar kulit telur itu dengan pengisar sehingga
halus. Selepas itu, letakkan kulit telur itu di tempat yang bersih.

7. Langkah akhir ialah menimbang berat kedua – dua bahan tersebut


secara teliti. Nisbah yang diperlukan untuk ekstrak adalah 8:2 iaitu 80%
serbuk kulit telur dan 20% serbuk kopi terpakai. Akhir sekali, kami
mencampurkan kedua – dua bahan tersebut dan mampatkannya
sehingga padat.

8. Bahan yang sudah diproses boleh digunakan untuk tumbuhan.


Sebanyak 10g serbuk EKOTEK digunakan untuk tujuan pembajaan dan
racun serangga tanaman.
EKSPERIMEN

Jadual perlaksanaan pembajaan dan racun tanaman


menggunakan EKOTEK.

Hari dalam Ekstrak bahan Keadaan tumbuhan


sebulan
Hari pertama 10g Layu
Hari ke 5 10g Layu
Hari ke 10 10g Daun berwarna

kuning
Hari ke 15 10g Daun berwarna

kuning
Hari ke 20 10g Daun berwarna Hijau
Hari ke 25 10g Daun berwarna Hijau
Hari ke 30 10g Daun berwarna Hijau

Jadual 1
HASIL KAJIAN

Hasil dapatan selama 30 hari adalah berdasarkan satu pemerhatian


dalam tempoh 5 hari.

Keadaan tumbuhan tanpa Ekotek

PERBINCANGAN DAN
KESIMPULAN

Selepas 30 hari, kami mendapati bahawa keadaan pokok semakin


subur kerana kombinasi kulit telur dan kopi boleh digunakan untuk

Anda mungkin juga menyukai