Anda di halaman 1dari 4

8 Cara Menurunkan Berat Badan

 Posted by lily
 0 Comment(s)

Ramai orang yang ingin kurus. Tapi tak ramai yang berjaya
menurunkan berat badan. Ya! benar, bila anda mula berhajat untuk
menurunkan berat badan akan datang pelbagai dugaan yang
membuat anda menangguhkan hajat atau membatalkan terus hajat
tersebut. Terutama sekali bagi mereka yang ingin mengamalkan diet
secara sihat. Kunci utama untuk menurunkan berat badan ialah
JANGAN MENGAKU KALAH!

Mindset Diet

Apabila anda berhajat untuk menurunkan berat badan, secara


automatik anda perlu melakukannya dengan penuh kesungguhan.
Jangan sesekali menunda untuk melakukannya!. 

Tetapi banyak juga mampu bertahan diet selama 2-3 hari ataupun
ada yang sampai seminggu tetapi mudah lupa akan komitmen yang
ditetapkan. Jadinya komitmen tersebut akan gagal dan secara
automatik ia tidak akan berjaya! 
Oleh itu, apapun yang ingin anda lakukan mindset itu sangat penting
selain dari mendisiplinkan diri.

Kaji Mengenai Kalori

Tahukah anda semasa tidur kalori akan banyak terbakar? Tunggu! itu
tak bermakna anda boleh tidur sahaja untuk kurus. Anda perlu
melakukan senaman dan pelbagai aktiviti lain untuk membakar lemak
didalam badan.

Sebenarnya apa itu kalori? 

Kalori adalah unit dari energi. Setiap makanan yang mengandungi


energi juga mengandungi kalori. Badan manusia memerlukan kalori
untuk hidup dan jika tubuh tidak mendapatkan energi daripada kalori,
sel-sel dalam tubuh akan mati, termasuk jantung. 

Bagi wanita, 2000 kalori diperlukan setiap hari, manakala lelaki


memerlukan 2500 kalori sehari.  
Jangan makan terlalu cepat

Tahukah anda bahawa dengan mengurangkan pengambilan kalori


dapat menyebabkan anda cepat lapar. Ini merupakan punca terbesar
ramai yang menyerah untuk meneruskan diet.

Cara terbaik yang dapat anda lakukan ialah dengan makan seperti
biasa tetapi secara perlahan-lahan dan sedikit tetapi kerap.

Elakkan makan waktu malam


Jangan amalkan makan di waktu malam. Makanlah 4-6 jam sebelum
tidur. Hal ini kerana, makanan tersebut dapat bertukar menjadi
lemak. Cuba amalkan makan sebelum jam 7/8 malam.

Elakkan mengambil gula berlebihan

Bukan sahaja orang yang mengalami masalah kencing manis sahaja


yang perlu mengelakkan dari mengambil gula secara berlebihan.
Pada dasarnya, semua orang perlu mengurangkan pengambilan
gula. Cuba elakkan minum minuman bersoda kerana ia sangat tinggi
kandungan gula didalamnya. 

Anda mungkin juga menyukai