Anda di halaman 1dari 7

LAMPIRAN

Ukur Kefahaman Pelajar Guna Sistem Kad


Trafik Light
Idea yang diambil daripada yang seorang guru , menggunakan pendekatan pembelajaran abad 21,
maka terhasil lah Sistem kad atau sistem warna yang menggunakan warna hijau, kuning dan merah.
Ini adalah antara cara mudah bagi mendapatkan respon pelajar tentang kefahaman terhadap topik
yang diajar. Ada kelainan.

Cara penggunaan nya adalah setiap pelajar diberi 1 set kad yang terdiri daripada warna hijau, merah dan
kuning. Warna warna ini mempunyai maksud yang tersendiri. Warna hijau bermaksud pelajar sudah
faham mengenai objektif pembelajaran pada hari tersebut. Warna kuning adalah pelajar masih keliru
dengan pembelajaran. Dan warna merah bermaksud pelajar tersebut langsung tak faham dengan
pembelajaran pada hari tersebut.
Maka semasa sesi penilaian, jika ramai pelajar yang mengangkat warna hijau, guru akan terus fokus
kepada pelajar yang masih kurang faham, iaitu yang mengangkat warna merah dan kuning. Tetapi
jika ramai pelajar yang mengangkat warna kuning bermaksud guru perlu mengulangi semula
pengajaran. Penyoalan boleh dipelbagaikan dan juga direndahkan sedikit arasnya bagi membantu
pelajar membuat kefahaman mereka masing-masing.

Antara perkara lain yang perlu dipertimbangkan jika anda berminat untuk mempraktikkan sistem
traffic light ini di dalam kelas, adalah penilaian bagi pelajar kelas hujung. Kadang-kadang mereka
sendiri pun tak pasti penilaian apa yang sepatutnya. Kemungkinan untuk mereka berpakat ramai-
ramai mengangkat warna hijau tentulah ada. Kerana takut disoal semula oleh guru! ;)

Sebagai penambahbaikan, di cadangkan diletakkan emoticon senyum bagi hijau, sedih untuk merah
dan confuse untuk kuning. Sedikit perkataan yang merangsang dan memotivasikan pelajar juga
dapat diletakkan bagi meningkatkan keyakinan pelajar. Jangan lupa laminate untuk digunakan bagi
tempoh yang lebih panjang. Selamat mencuba!

Anda mungkin juga menyukai