Anda di halaman 1dari 1

Cara Mengubah Persepsi Masyarakat Terhadap Identiti Gender dan Peranan Gender

Pada era globalisasi ini, masyarakat memandang identiti dan peranan gender melalui proses
sosialisasi. Walhal, setiap orang boleh mencuba pelbagai benda tanpa mengikut kata masyarakat
tetapi perlu ada had. Identiti gender merujuk tatacara yang memperihatkan aspek
perwatakan,sikap,tingkah laku,hak serta tanggungjawab individu yang diterima oleh masyarakat
manakala peranan gender merujuk kepada peranan-peranan yang dilaksanakan oleh gender
perempuan dan lelaki dalam sesebuah masyarakat menyangkut hak-hak dan kewajiban mereka
seperti pengasuhan anak dan mencari nafkah bagi keluarga. Antara cara untuk mengubah
persepsi masyarakat terhadap identiti dan peranan gender ialah dengan menonjolkan bakat.

● Hebahan kerjaya atau aktiviti kepada masyarakat


- Membuat kempen atau program dan sebarkan kepada masyarakat melalui sosial
media atau media cetak. Contohnya, membuat pertandingan memasak di kalangan
lelaki sahaja.
● Membuktikan bakat yang terpendam kepada masyarakat
- Menonjolkan diri dan memberanikan diri untuk melakukan sesuatu pekerjaan
yang berlainan terhadap persepsi masyarakat. Sebagai contoh, perempuan juga
boleh menjadi saintis,ahli forensik dan juruterbang.
● Pihak syarikat pekerjaan membuka peluang dengan sifat terbuka
- Pihak syarikat seperti syarikat penerbangan boleh membuka peluang pekerjaan
sebagai juruterbang kepada perempuan dengan syarat yang mencukupi seperti
cukup berani berada di atas udara dan mahir dalam jurusan penerbangan.

Dengan cara ini, masyarakat akan membuka mata dan berubah persepsi terhadap gender
masing-masing. Konklusinya, kita semua ada hak untuk melakukan sesuatu perkara yang
bertentangan persepsi gender daripada masyarakat tetapi perlulah mengawal had kekuatan
masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai