Anda di halaman 1dari 13

KOD KURSUS: PIM1034 NO.

AG: 2020112310120

LAMPIRAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPIS,
PAHANG DARUL MAKMUR
PENTAKSIRAN ALTERNATIF DISEMBER 2020

PROGRAM
PPISMP
(Programme)
AMBILAN
JUN 2020
(Intake)
SEMESTER
1
(Semester)
ANGKA GILIRAN
2020112310120
(Index Number )
NO.K/PENGENALAN
020323-08-0155
(Identity Card No.)
KOD KURSUS PIM 1034
(Course Code)
NAMA KURSUS
PENGANTAR ILMU FIQH
(Course Title)
TARIKH
PEPERIKSAAN 28 DISEMBER 2020
(Examination Date)

ARAHAN KEPADA CALON

1. Semua jawapan calon hendaklah ditaip dalam perisian Microsoft Words


menggunakan font Arial 12, serta langkau 1.5 baris. Setiap helaian jawapan
hendaklah dilabelkan dengan nombor angka giliran di sebelah kiri header dan
kod kertas peperiksaan di sebelah kanan header.

2. Calon diingatkan untuk tidak melakukan plagiarisme dan hendaklah mematuhi


peraturan penulisan akademik yang ditetapkan oleh IPG.

3. Calon hendaklah menjawab soalan secara individu dan diingatkan agar tidak
berbincang dan meniru jawapan calon-calon lain.

4. Calon yang GAGAL menghantar jawapan pada masa yang ditetapkan adalah
dikira telah gagal peperiksaan berkenaan.
KOD KURSUS: PIM1034 NO.AG: 2020112310120

BAHAGIAN A

SOALAN 1) (a)

ADAKAH BASMALLAH SEBAHAGIAN DARIPADA ALFATIHAH?

Pendapat mazhab maliki

Malikiyyah dan jumhur fuqaha berpendapat bahawa basmalah bukan sebahagian


daripada Al Fatihah. Mereka berdalil dengan hadits

، } َ‫{ال َح ْم ُد ِ َّلِل ِ َربِ ْالعَالَ ِمين‬


ْ :‫ فَإِذَا قَا َل ْالعَ ْب ُد‬،َ‫سأَل‬
َ ‫ َو ِلعَ ْبدِي َما‬،‫صفَي ِْن‬ َ ‫ص ََلة َ بَ ْينِي َوبَ ْي َن‬
ْ ِ‫ع ْبدِي ن‬ َ َ‫ ق‬:‫قَا َل هللاُ تَعَالَى‬
َّ ‫س ْمتُ ال‬
َ ‫ َح ِم َدنِي‬:‫قَا َل هللاُ تَعَالَى‬
‫ع ْبدِي‬

“Allah Tabaraka Wa Ta’ala berfirman, aku membahagi solat antara Aku dan
hambaku menjadi dua bahagian, setengahnya untukKu dan setengahnya untuk
hambaKu sesuai dengan apa yang ia minta. Ketika hambaku
berkata,’Alhamdulillahi rabbil’aalamiin’. Allah Ta’ala berkata, ‘ Hambaku telah
memujiKu’” (HR. Muslim 395).

Pendapat mazhab syafi’e

Ulama Syafi’iyyah berpendapat basmalah adalah sebahagian daripada Al Fatihah.


Mereka berdalil diantaranya dengan hadits, contohnya hadits ketika
Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam memberitahu para sahabat mengenai ayat yang
paling agung dalam Al Qur’an, beliau bersabda:

َّ ‫ ال َح ْم ُد ِ َّلِلِ َربِ العَالَ ِمينَ ال‬:‫ِي‬


‫س ْب ُع ال َمثَانِي‬ َ ‫ه‬

“ayat tersebut adalah ‘Alhamdulillahi rabbil’aalamiin’ yang terdiri dari 7 ayat” (HR.
Al Bukhari 4474 , 4647).

mereka menghitung lafadz “shiraathalladziina an’amta ‘alaihim ghairil maghdhuubi


‘alaihim wa laadh dhaaliin” sebagai 1 ayat, sehingga basmalah termasuk dalam 7
ayat tersebut. Adapun para ulama yang mengatakan basmalah bukan bagian dari
Al Fatihah menghitung lafadz ini sebagai 2 ayat, yaitu: shiraathalladziina an’amta
‘alaihim sebagai satu ayat, dan ghairil maghdhuubi ‘alaihim wa laadh
dhaaliin sebagai satu ayat
KOD KURSUS: PIM1034 NO.AG: 2020112310120

Dalil lain bagi yang berpendapat basmalah sebahagian daripada Al Fatihah, iaitu
hadis,

َّ ‫ َوبِس ِْم‬, ‫س ْب ُع ْال َمثَانِي‬


ِ‫َّللا‬ ِ ‫ َوأ ُ ُّم ْال ِكت َا‬, ‫آن‬
َّ ‫ َوال‬, ‫ب‬ ِ ‫الرحِ ِيم ِإنَّ َها أ ُ ُّم ْالقُ ْر‬ َّ ‫ بِس ِْم‬: ‫ ْال َح ْم ُد ِ َّلِلِ فَا ْق َر ُءوا‬: ‫إِذَا قَ َرأْت ُ ِم‬
َّ ِ‫َّللا‬
َّ ‫الر ْح َم ِن‬
‫الرحِ ِيم إِ ْح َداهَا‬
َّ ‫الر ْح َم ِن‬
َّ

“jika kalian membaca Alhamdulillahi rabbil’aalamiin maka bacalah bismillahir


rahmanir rahim, kerana ia adalah ummul qur’an, ummul kitab dan 7 rangkaian ayat,
dan bismillahir rahmanir rahim salah satunya” (HR. Al Baihaqi dalam Sunan Al
Kubra 2181, dishahihkan Al Albani dalam Sahih Al Jami’ 729).

hadis ini secara sorih menyatakan bahawa basmalah merupakan bagian dari Al
Fatihah, dan inilah pendapat yang menurut kami lebih rojih. Adapun pendalilan dari
hadis Abu Hurairah yang pertama diambil dari mafhum hadis.

Hukum membaca basmallah

Pendapat imam maliki

Malikiyyah berpendapat tidak disunnatkan untuk membaca basmalah sebelum


qira’ah setelah Al Fatihah. Dan Malikiyyah membolehkan tasmiyah sebelum Al
Fatihah ataupun sebelum qira’ah (Al Mausu’ah Al Fiqhiyyah, 8/87-88).

Pendapat yang masyhur dari Malikiyyah, yang juga berpendapat basmalah bukan
bahagian dari Al Fatihah, mereka mengatakan bahawa membaca basmalah
sebelum Al Fatihah ataupun qira’ah hukumnya makruh. Mereka berdalil dengan
hadits Anas bin Malik

‫ فلم أ َ ْس َم ْع‬، َ‫ وعثمان‬، ‫وعمر‬


َ ٍ ‫ وأبي‬، ‫ صلَّيْتُ مع رسو ِل هللاِ صلى هللا عليه وسلم‬: ‫أنس قال‬
، ‫بكر‬ ُ ‫ِم ْعتُ قتادة َ يُ َحد‬
ٍ ‫ِث عن‬
‫الرحيم‬
ِ ‫الرحمن‬
ِ ِ ُ ‫أحدًا منهم يقرأ‬
ِ‫بسم هللا‬

“aku solat bersama Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam, Abu Bakar, Umar dan
Utsman dan aku tidak mendengar mereka membaca bismillahir rahmanir rahim”
(HR. Muslim 399).
KOD KURSUS: PIM1034 NO.AG: 2020112310120

namun ada riwayat dari Imam Malik bahwa beliau berpendapat boleh, dan riwayat
lain dari Malikiyyah yang mengatakan hukumnya wajib (Al Mausu’ah Al Fiqhiyyah,
8/87).

Pendapat imam syafi’e

Syafi’iyah berpendapat wajibnya membaca basmalah kerana ia merupakan


sebahagian dari Al Fatihah. Dan mengingat membaca Al Fatihah adalah rukun
solat, maka solat tidak sah jika tidak membaca basmalah kerana adanya
kekurangan dalam membaca Al Fatihah. Sebagaimana hadis

ِ ‫صَلَة َ ِل َم ْن لَ ْم يَ ْق َرأْ بِفَاتِ َح ِة ْال ِكت َا‬


‫ب‬ َ َ‫ال‬

“tidak ada solat bagi orang yang tidak membaca Faatihatul Kitaab” (HR. Al Bukhari
756, Muslim 394)

Soalan 2 (b)

Menurut Madzhab Imam syafi’i. Yang kami anuti dan yang dianuti juga oleh Ulama-
ulama besar dalam Madzhab Syafi’i seperti Imam Ghazali, Imam Nawawi, Imam
Ibnu Hajar al Haitami, Imam ar Ramli, Imam Khatib Syarbaini, Imam Zakaria al
Anshari dan lain lain, bahawa hukum membaca doa qunut dalam sembahyang
subuh pada I’tidal rakaat yang kedua adalah sunnat ab’ad. Diberi pahala yang
mengerjakannya dan tidak diberi pahala sekalian orang yang meninggalkannya.

Imam al-Nawawi al-SyafiI di dalam Syarah al-Muhazzab berkata: Qunut dalam


sembahyang subuh selepas mengangkat kepala dari rukuk pada rakaat kedua
adalah sunat tanpa khilaf .

Adapun apa yang telah dinukilkan dari Abu Ali bin Abu Hurairah r.a. bahawa dia
tidak berqunut dalam sembahyang subuh, kerana ia telah menjadi lambang kepada
sekelompok pembuat bidaah, itu adalah sesuatu yang salah. Ia tidak dikira dari
mazhab kami.
KOD KURSUS: PIM1034 NO.AG: 2020112310120

Di dalam menjelaskan mazhab-mazhab ulama’ di dalam menetapkan qunut pada


sembahyang subuh, al-Nawawi berkata:
Mazhab kami mengatakan bahawa qunut itu sunat samada ketika kecelakaan
(nazilah) ataupun tidak. Inilah yang dikatakan oleh kebanyakan para salaf dan khalaf
serta orang selepas mereka. Sebahagian dari mereka yang berpendapat demikian
ialah Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, Usman, Ali, Ibnu Abbas dan al-Barra bin
`Azib r.a. Dan al-Baihaqi telah meriwayatkannya dengan sanad yang sahih. Begitu
juga mereka yang berpendapat demikian ialah dari kalangan tabiin dan orang-orang
selepasnya. Inilah juga mazham imam Malik, al-Hasan dan Abu Daud.

Al-Nawawi berkata:
Mereka ini berhujah dengan hadis Anas r.a.: Sesungguhnya Nabi s.a.w. berqunut
selama sebulan mendoakan kebinasaan atas mereka, kemudian meninggalkannya.
Maka adapun pada sembahyang subuh, beginda masih berqunut sehingga wafat.
(HR jamaah dan dianggap sahih oleh al-Hakim, al-Baihaqi, al-Daruquthni dll.)

Mereka berhujah juga dengan apa yang diriwayatkan dari al-Awwam bin Hamzah,
katanya: Aku bertanya Abu Usman mengenai qunut pada sembahyang subuh, dia
berkata: Selepas rukuk. Aku berkata: Dari siapa? Dia berkata: Dari Abu Bakar,
Umar dan Usman. (HR al-Baihaqi dan dianggapnya sebagai sahih)

Begitulah halnya dengan riwayat al-Baihaqi dari Abdullah bin Muaqqal, katanya: Ali
berqunut pada sembahyang subuh.

Terdapat di dalam Syarah al-Kabir, karya syeikh al-Dardir al-Maliki: Disunatkan


qunut pada sembahyang subuh sahaja.

Di dalam al-Mudauwanah al-Kubra: Waqi berkata dari Fithr dari Atho, sesungguhnya
Rasulullah s.a.w. berqunut pada sembahyang subuh, dan sesungguhnya Abu Musa
al-Asyari, Abu Bakrah, Ibnu Abbas dan al-Hasan berqunut pada sembahyang subuh.

Katanya lagi, diriwayatkan dari Anas bin Malik dan Abu Rafi bahawa kedua-duanya
bersembahyang subuh di belakang Umar, dia berqunut selepas rukuk.
KOD KURSUS: PIM1034 NO.AG: 2020112310120

Di dalam al-Mughni Ibnu Qudamah al-Hanbali:


Malik, al-SyafiI dan para pengikut keduanya berkata: Qunut disunatkan pada
sembahyang subuh pada setiap masa

Dari penjelasan ini, maka menjadi kewajipan kepada umat Islam tidak bertelingkah
di dalam masalah ini dan masalah yang seumpamanya.
Di kalangan para ulamak dan mufti juga berkewajipan agar tidak menimbulkan
pertelingkahan di kalangan umat Islam dengan masalah khilafiyah di dalam fatwa
mengenai masalah furuk yang tidak memberi mudarat terhadap ibadah. Menjadi
kewajipan mereka juga agar tidak melontarkan perkataan `bid’ah’ atas sesuatu yang
diterima oleh umat Islam sebagai sunah yang diikuti.

Soalan 2) (a)

istilah Zakat pendapatan belum diperkenalkan di zaman Rasulullah SAW bahkan


sehingga selama ratusan tahun. Kitab-kitab Fiqih yang menjadi rujukan umat ini pun
tidak mencantumkan pembahasan bab hukum zakat pendapatan dalamnya.

Harus diingati bahawa meskipun di zaman Rasulullah SAW telah ada pelbagai
kerjaya, namun keadaannya berbeza dengan zaman sekarang dari segi
pendapatan. Di zaman itu, pendapatan yang cukup besar dan dapat menyebabkan
seseorang menjadi kaya, berbeza dengan zaman sekarang yang tidak otomatik
membuat pelakunya menjadi kaya, sebagai contoh bertani dan berternak. Bahkan
umumnya petani dan peternak termasuk dalam kelompok orang miskin yang
hidupnya masih kekurangan.

Di segi lain, pekerjaan tertentu yang dahulu sudah ada, tetapi dari segi pendapatan
mendatangkan sejumlah besar harta dalam waktu yang singkat Seperti Doktor,
Arkitek, Komputer Programer, Pengacara, dan sebagainya. Gaji boleh mencapai
ratusan kali ganda daripada petani dan penternak miskin di desa-desa.

Oleh itu, zakat pendapatan merupakan ijtihad ulama masa kini yang nampaknya
memiliki alasan dan dasar yang juga cukup kuat. Akan tetapi tidak semua ulama
sepakat dengan perkara tersebut.

pendapat ulama terbagi menjadi dua:


KOD KURSUS: PIM1034 NO.AG: 2020112310120

Pendapat yang menolak

Mereka berpandangan bahawa masalah zakat sepenuhnya masalah ‘ubudiyah


sehingga segala macam bentuk aturan dan ketentuannya hanya boleh dilakukan jika
ada petunjuk yang jelas dan tegas atau contoh langsung dari Rasulullah SAW. Bila
tidak ada, maka tidak perlu melakukan aturan baru.

Di zaman Rasulullah SAW dan Salafus Saleh sudah ada pekerjaan-pekerjaan


tertentu yang mendapat nafkah dalam bentuk gaji. Namun tidak ada dalil sama
sekali tentang adanya ketentuan zakat gaji atau pendapatan.

Rasulullah SAW bersabda “Barang siapa mengerjakan suatu perbuatan yang belum
pernah kami perintahkan, maka ia tertolak” (HR. Muslim).

Rasulullah SAW juga bersabda “Jauhilah bid’ah, kerana bid’ah sesat dan kesesatan
ada di neraka” (HR. Turmudzi).

Diantara mereka yang berada dalam pandangan seperti ini adalah ahli fiqih
kalangan Zahiri seperti Ibnu Hazm dan lainnya dan juga Jumhur Ulama, kecuali
Mazhab Hanafiyah yang memberikan keluasaan dalam kriteria harta yang wajib
dizakatnya.

Umumnnya Ulama Hijaz seperti Syaikh Abdullah bin Baz, Syaikh Muhammad bin
Shalih Utsaimin, dan lainnya tidak menyetujui zakat pendapatan. Bahkan Syaikh Dr.
Wahbah Az-Zuhaily pun menolak keberadaan zakat pendapatan atas sebab zakat
itu tidak pernah dibahas oleh para ulama salaf sebelum ini. Umumnya Kitab Fiqih
Klasik memang tidak mencantumkan adanya zakat pendapatan.

Pendapat yang menyokong

Pendapat ini dikemukakan oleh Syaikh Abdur Rahman Hasan, Syaikh Muhammad
Abu Zahrah, Syaikh Abdul Wahab Khalaf dan Syaikh Yusuf Qaradhawi. Mereka
berpendapat bahawa semua penghasilan melalui kegiatan kerjaya wajib dikenakan
zakatnya.
KOD KURSUS: PIM1034 NO.AG: 2020112310120

Para Peserta Muktamar Internasional Pertama tentang zakat di Kuwait pada 29


Rajab 1404 H / 30 April 1984 M juga sepakat tentang wajibnya zakat pendapatan
bila mencapai nasab, meskipun mereka berbeza pendapat dalam cara
mengeluarkannya.

Pertama: Ayat-ayat Al-Qur’an yang bersifat umum yang mewajibkan semua jenis
harta untuk dikeluarkan zakatnya, seperti dalam QS. Al-Baqarah (2): 267 “Hai orang-
orang yang beriman, keluarkanlah (dijalan Allah) sebhaagian dari hasil usahamu
yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk
kamu”. Juga seperti dalam QS. At-Taubah (9) :103, , dan QS. Adz-Zaariyat (51) : 19.

Dalam ayat tersebut, Allah menegaskan bahawa segala hasil usaha yang baik-baik
wajib dikeluarkan zakatnya.

Imam Ar-Razi berpendapat bahawa apa yang dimaksud dengan “hasil usaha”
tersebut meliputi semua harta dalam konsep menyeluruh, yang dihasilkan oleh
kegiatan atau aktiviti manusia. Hal ini kerana, nasab ini mencakup semua harta, baik
yang terdapat di zaman Rasulullah SAW, baik yang sudah diketahui secara
langsung, mahupun yang dikiaskan kepadanya.

Muhammad bin Sirin dan Qathadaah sebagaimana dikutip dalam Tafsir Al-Jaami’ Li
Ahkaam Al-Qur’an Juz I : hal. 310-311 menyatakan bahwa yang dimaksud dengan
kata-kata “Amwaal” (harta) pada QS. Adz-Zaariyaat (51) : 19, adalah zakat yang
diwajibkan. Artinya semua harta yang dimiliki dan semua penghasilan yang
didapatkan, jika telah memenuhi persyaratan kewajiban zakat, maka harus
dikeluarkan zakatnya.

Sabda Rasulullah SAW “Menjadi suatu kewajiban bagi setiap orang muslim berzakat
(bersedekah)”. Mereka bertanya, “Hai Nabi Allah, bagaimana yang tidak mempunyai
harta?”. Rasulullah menjawab “Bekerjalah untuk mendapatkan sesuatu untuk
dirinya, lalu bersedekah”. Mereka bertanya “kalau tidak mempunyai
pekerjaan?” Rasul bersabda “Tolonglah orang yang meminta pertolongan”. Mereka
bertanya lagi “Bagaimana bila tak kuasa?” Rasulullah menjawab ”kerjakanlah
kebaikan dan tinggalkanlah kejahatan, hal itu merupakan sedekah”.
KOD KURSUS: PIM1034 NO.AG: 2020112310120

Kedua: pelbagai pendapat para Ulama terdahulu mahupun sekarang, meskipun


dengan menggunakan istilah yang berbeza. Sebahagian menggunakan istilah yang
bersifat umum iaitu “al-Amwaal”, sementara sebahagian lagi secara khusus
memberikan istilah dengan istilah “al-maal al-mustafad” seperti terdapat dalam Fiqh
Zakat dan al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu.

Sekelompok sahabat berpendapat bahawa kewajipan zakat harta perlu dibayar


dengan segera tanpa selam setahun. Diantara mereka adalah Ibnu Abbas, Ibnu
Mas’ud, Mu’awiyah, Shadiq, Baqir, Nashir, Daud, dan diriwayatkan juga Umar bin
Abdul Aziz, Hasan, Zuhri, serta Auza’i.

Pendapat-pendapat dan sanggahan-sanggahan terhadap pendapat-pendapat itu


telah ditulis dalam kitab-kitab, misalnya al-Muhalla oleh Ibnu Hazm, jilid 4: 83 dan
seterusnya al-Mughni oleh Ibnu Qudamah jilid 2 : 6, Nail-Authar jilid 4 : 148, Rudz an-
Nadzir jilid 2 : 41, dan Subul as-Salam jilid 2 : 129.

Ketiga: Dari sudut keadilan yang merupakan ciri utama ajaran Islam penetapan
kewajipan zakat pada setiap harta yang dimiliki akan terasa sangat jelas,
dibandingkan dengan hanya menetapkan kewajipan zakat kepada golongan tertentu
saja yang konvensional. Petani sekarang secara umum kurang keuntungan, namun
tetap perlu berzakat, apabila hasil pertaniannya telah mencapai nasab. Apabila zakat
ini pun bersifat wajib, maka wujudnya keadilan jurang pendapatan

Keempat: Seiring dengan perkembangan kehidupan atau manusia, khususnya dalam


bidang ekonomi, kegiatan penghasilan melalui keahlian dan pekerjaan ini semakin
berkembang dari semasa ke semasa. Bahkan akan menjadi kegiatan ekonomi yang
utama, seperti terjadi di Negara-negara industri sekarang ini. Penetapan kewajipan
zakat kepadanya, menunjukkan betapa hukum Islam sangat peka terhadap
perkembangan zaman.

Dalam Ruuh al-Din al-Islami, hal. 300 Afif Abdul Fatah Thabari menyatakan bahawa
aturan dalam Islam itu bukan saja sekadar berdasarkan pada keadilan bagi seluruh
umat manusia, akan tetapi sejalan dengan kemaslahatan dan keperluan hidup
manusia, sepanjang zaman dan keadaan, walaupun zaman itu berbeza dan
berkembang dari semasa ke semasa.
KOD KURSUS: PIM1034 NO.AG: 2020112310120

BAHAGIAN B

SOALAN 1 (b)

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan tragedi pembunuhan melibatkan seorang pesara
kerajaan dalam satu kejadian rompakan di kediamannya. Kebiasaannya apabila
berlaku kes sebegini, pasti ada segelintir yang mempersoalkan; sebagai mangsa,
adakah kita boleh membunuh perompak tersebut ketika kejadian berlaku? Boleh
dikatakan ada sesetengahnya berpendapat bahawa kita boleh sahaja bertindak
sedemikian atas tujuan melindungi diri. Namun, sejauh manakah ketepatan hujah ini?

Sehubungan itu, peguam jenayah, Mufarwa Farid baru-baru ini mengulas dan
menjelaskan tentang langkah-langkah pertahanan diri yang betul daripada sudut
perundangan.

Ikuti penjelasannya di bawah ini.

Semalam (kelmarin) ada seorang pesara kerajaan yang meninggal dunia dibunuh
perompak. Perompak itu pecah masuk ke rumah Almarhum, mengambil barang
berharga, lalu membunuh Almarhum serta cederakan isterinya. Seperti biasa, ramai
yang buat konklusi tidak tepat berkaitan pertahanan diri. Ada yang kata, kalaulah
kerajaan benarkan tuan rumah bunuh penjenayah, mesti perkara ini tak berlaku. Siapa
kata kerajaan tak benarkan? Orang yang pertahankan nyawa dan harta, kalau dia
membunuh semata-mata nak pertahankan nyawa dan harta, akan terlepas daripada
sebarang tuduhan.Seksyen 99 hingga 106 Kanun Keseksaan dah peruntukkan benda
ni sejelas-jelasnya.

Dalam Seksyen 99 dan 106 tu, terang jelas mengatakan orang yang membunuh
sebab pertahankan diri TAKKAN dihukum. Walau bagaimanapun, pembunuhan itu
ada syaratnya. Syaratnya ialah:

(1) pembunuhan itu diperlukan

(2) pembunuhan itu tak boleh berlebih-lebih.

Apakah maksud pembunuhan itu diperlukan? Maksudnya, kalau pencuri tu buat


tindakan yang bakal membahayakan diri dan harta kita sekeluarga, kita rasa dah takda
KOD KURSUS: PIM1034 NO.AG: 2020112310120

cara lain selain bunuh pencuri tu, maka kita boleh bunuh. Contohnya, pencuri tu ugut
guna pistol. Dia acukan pistol tu kat isteri kita. Dalam situasi ni, dah takda cara lain
lagi nak berhentikan pencuri tu melainkan kita serang dia dan bunuh dia. Contoh lain,
pencuri tu tak habis-habis hayun parang sana sini dan kita takut sangat dia akan
hayun parang tu kat kepala kita. Lepas tu kita campak benda keras kat kepala dia, lalu
mati. Ini syarat pertama.

Syarat kedua pula, pembunuhan tak boleh berlebih-lebih. Apa pula maksud berlebih-
lebih? Maksudnya, bila pencuri tu dah tak mengancam kita, tapi kita masih lagi nak
bunuh. Contohnya, pencuri tu dah lari. Kita tetap kejar dia sampai jauh daripada
rumah, lepas tu kita bunuh dia. Ini tak dibenarkan. Contoh lain, pencuri tu dah tak
berdaya. Kita tikam kaki dia, tikam bahu dia, dia masih hidup, tapi dah tak berdaya
lagi. Kemudian, kita kelar leher dia. Ini tak dibenarkan. Sepatutnya, lepas pencuri tu
tak berdaya, kita boleh ikat pencuri tu, kemudian hubungi polis. Kalau tak mampu ikat,
buatlah macam mana pun bagi pencuri tu tak lari. Tapi, tunggu sehingga polis sampai.

Namun andai kata kita tidak mematuhi syarat yang kerajaan kemukakan tersebut,
maka kita boleh dikenakan hukuman. Contohnya kes yang berlaku kepada Zulkifli
Ismail, 52, yang telah dikenekan hukuman gantung sampai mati akibat membunuh
Zulkefle Abdullah, 40 dan mencederakan seorang orang kurang upaya (OKU) Faizul
Awang, 33, yang kudung kaki kanan, pada 2015.

dikatakan Zulkifli telah menyerang kedua-dua mangsa yang sedang mencari besi
buruk di kawasan sekitar tempat kejadian dan sekiranya tertuduh benar-benar
terancam, sepatutnya telah bertindak menghubungi polis kerana mempunyai telefon
bimbit ataupun meminta bantuan daripada orang ramai kerana rumahnya hampir
dengan jalan raya.

"Tertuduh yang tiba di tempat kejadian telah datang dari arah belakang dan menikam
dada kanan Faizul dan kemudiannya meluru dan menikam dada si mati (Zulkefle). Si
mati cuba melarikan diri tetapi tertuduh bukan setakat mengejar mangsa sehingga 70
meter dengan parang tetapi tidak membenarkan rakannya (Faizul) membantu si mati.

"Saksi juga menyatakan si mati sempat merayu sambil mengangkat kedua-dua


tangannya supaya tertuduh berhenti mencederakannya tetapi tidak dihiraukan,"
katanya.
KOD KURSUS: PIM1034 NO.AG: 2020112310120

Zainal Azman juga berkata mahkamah mendapati tikaman yang dibuat ke atas si mati
dan juga mangsa kedua bukanlah sesuatu perbuatan yang tidak disengajakan ekoran
mempertahan diri tetapi sebaliknya kerana tiada sebarang pergelutan dan provokasi
berlaku sebelum tikaman dibuat dan kecederaan yang dialami juga adalah serius.

Pendakwaan telah dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fadhli Mahmud
dan Syazwani Zawawi manakala tertuduh diwakili peguam Azizul Shariman Mat
Yusoff dan Ariff Azami Hussein.

Kes pembunuhan ini telah mendapat perhatian ramai sebelum ini ekoran tular di
media sosial yang mendakwa Zulkifli melakukan perbuatan tersebut kerana
mempertahankan diri daripada kedua-dua mangsa terbabit yang cuba merompak.

Akhir sekali, membunuh pencuri adalah pilihan terakhir. Selagi kita ada daya untuk
berhentikan pencuri itu daripada mencuri, selagi itulah kita jangan bunuh dulu. Kalau
dah tak berdaya dan pencuri tu makin galak, maka bunuhlah. Tepati 2 syarat yang
disebutkan tadi. Kita bunuh pencuri ini sebab kita nak pertahankan diri sahaja. Kalau
kita bunuh sebab marah atau dendam,maka perkara ini tidak boleh kita lakukan.
bagaimana polis nak beza pembunuhan dendam dengan pembunuhan pertahanan
diri? Antaranya, polis akan lihat kesan pembunuhan. Polis juga akan tengok
bagaimana pembunuhan itu berlaku, sama ada sesuai atau tidak dengan pertahanan
diri. bahagian ni agak teknikal, dan ia bergantung kepada kes. Bergantung kepada
bukti forensik dan dapatan detektif.

Kesimpulannya, hukum Jenayah Islam juga menetapkan syarat-syarat untuk


pertahankan diri ini haruslah diperlukan dan haruslah tidak berlebihan. Tidak ada isu
kerajaan kena pinda atau ubah undang-undang. Undang-undang cantik
menggariskan hak pertahankan diri bersyarat. Kalau tidak bersyarat, mudahlah lepas
ni kita nak bunuh orang. Contonya kita tidak puas hati dengan orang, maka kita suruh
dia datang rumah kita dan kita tikam dia sampai mati. Kemudian,polis datang bagitahu
yang polis sebab dia nak mencuri, jadi kita bunuh dia. Ada sebab kenapa undang-
undang letakkan syarat seperti ini supaya ada pihak yang tidak ambil kesempatan.
Kita nampak undang-undang itu ketat, sebenarnya nak halang daripada disalah guna.
Oleh itu, jika perompak masuk rumah, dia datangkan bahaya, kita dibenarkan bunuh
KOD KURSUS: PIM1034 NO.AG: 2020112310120

dia asalkan tidak berlebihan. Dan ingatlah, membunuh adalah jalan terakhir. Kalau
mampu berhentikan, berhentikanlah tanpa membunuh.

Anda mungkin juga menyukai