Anda di halaman 1dari 36

PERISIAN KOMPUTER TOPIK 5

TOPIK 5 PERISIAN KOMPUTER

PENGENALAN
Perisian komputer boleh dibahagikan kepada perisian sistem dan perisian aplikasi. Topik
ini akan memberi tumpuan terhadap perisian sistem dan perisian aplikasi. Perisian
sistem boleh dibahagikan kepada 4 kategori, iaitu sistem pengoperasian, atur cara utiliti,
pemacu peranti dan penterjemah bahasa. Perisianaplikasi pula boelh dikategorikan
kepada pemprosesan kata, hamparan data, pangkalan data dan persembahan . Setiap
kategori ini akan diterangkan dengan lebih lanjut dalam topik ini.

OBJEKTIF
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. mengenal pasti maksud dan peranan perisian sistem;
2. mengenal pasti 4 kategori perisian sistem;
3. mengetahui fungsi dan ciri-ciri sistem pengoperasian;
4. mengetahui kelemahan dan kelebihan sistem pengoperasian; dan
5. mengetahuan kategori perisian aplikasi

5.1 PERISIAN
Apabila orang memikirkan tentang komputer, mereka selalunya memikirkan tentang
perkakasan seperti papan kekunci, monitor, pemproses dan lain-lain. Bagaimanapun,
sebenarnya perisian iaitu set suruhan terancang dan langkah demi langkah adalah
diperlukan untuk menukar data menjadi maklumat yang membuatkan komputer berguna.

Umumnya, perisian boleh dikategorikan sebagai perisian sistem atau perisian aplikasi.
Bagaimanapun, perisian sistem jarang diperkatakan; lazimnya perbincangan berkisar
tentang subset perisian sistem yang dikenali sebagai sistem pengoperasian. Sistem
pengoperasian adalah perisian asas yang terdapat pada semua komputer.

Sebenarnya perisian sistem terbahagi kepada sistem pengoperasian, atur cara utiliti,
pemacu peranti dan penterjemah bahasa. Sistem pengoperasian mempunyai beberapa
fungsi dan ciri-ciri seperti multi tugasan, multipengguna, multipemproses dan lain-lain.
Ada banyak jenis sistem pengoperasian di pasaran dan setiap satu mempunyai kelebihan
dan kekurangan tersendiri. Windows adalah sistem pengoperasian komputer peribadi
yang paling popular dan dibangunkan oleh syarikat Microsoft. Unix pula banyak digunakan
pada sistem pelayan. Linux pula mempunyai beberapa ciri-ciri Unix dan semakin popular
kerana ia adalah sistem pengoperasian yang percuma dan boleh harap.

Perisian komputer dibangunkan dengan bahasa pengatur caraan. Terdapat banyak jenis
bahasa pengatur caraan seperti bahasa imperatif, berorientasikan objek, bahasa
berasaskan logik dan bahasa berasaskan fungsi. Setiap bahasa mempunyai kelebihan
yang tersendiri dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Terdapat beberapa generasi

52 OUM
TOPIK 5 PERISIAN KOMPUTER

bahasa pengatur caraan bermula dari bahasa mesin hingga ke bahasa tabii. Beberapa
bahasa pengatur caraan yang popular seperti C, C++, Java dan lain-lain dibincangkan
beserta dengan contoh atur cara.

Perisian aplikasi digunakan oleh manusia untuk menyelesaikan tugas-tugas tertentu


seperti menyediakan dokumen, menyiapkan laporan, menghasilkan persembahan,
melakukan kira-kira dan lain-lain. Komputer memerlukan arahan dari manusia untuk
melakukan sebarang tugas. Oleh itu, manusia menggunakan perisian untuk mengarahkan
komputer melakukan sesuatu. Terdapat berbagai jenis perisian aplikasi di pasaran dewasa
ini. Antara perisian aplikasi yang paling selalu digunakan adalah pemproses kata, perisian
hamparan, pangkalan data dan perisian grafik. Rajah 5.1 menunjukkan hubungan
komponen komputer, sistem pengoperasian dan perisian aplikasi.

Perisian Aplikasi

Pemproses kata - MS-Word, WordPerfect, Writer

Multimedia - Flash, Director, Authorware

Permainan - Caesar III, Quake, FIFA2001

Komunikasi - Netscape Navigator, Internet Explorer, Opera

Pengkompil - Borland C++

Pangkalan Data - DB2, Foxpro, MySQL

Hamparan Elektronik - Excel, Lotus 1-2-3, Calc

Persembahan - Powerpoint, Impress

Sistem Pengendalian
Sistem Pengendalian
(Unix, Linux, Windows)

Komponen Komputer
RAM, Monitor, Pencetak, Tetikus
Papan Kekunci, CPU,...

Rajah 5.1: Hubungan di antara komponen komputer, sistem pengendalian dan perisian aplikasi

OUM 53
PERISIAN KOMPUTER TOPIK 5

5.2 PERISIAN SISTEM: SISTEM PENGOPERASIAN DAN


BAHASA PENGATUR CARAAN
Perisian adalah arahan yang dilarikan pada komputer. Perisian sistem bertujuan untuk
menghidupkan komputer dan ia terletak di belakang perisian aplikasi. Ia juga menyelaras
komponen-komponen perkakasan dan perisian aplikasi. Perisian sistem membolehkan
pengguna berinteraksi secara terus dengan komputer.

Perisian sistem mengendalikan kerumitan fizikal perkakasan komputer. Antara peranan


utama perisian sistem ialah memberitahu komputer bagaimana menterjemah data dan
suruhan, bagaimana menjalankan peranti komputer seperti pencetak dan pemacu
cakera dan bagaimana menggunakan perkakasan komputer. Perisian sistem terbahagi
kepada empat kategori iaitu sistem pengoperasian, atur cara utiliti, pemacu peranti dan
penterjemah bahasa. Secara ringkas peranan keempat-empat kategori adalah seperti
yang ditunjukkan dalam Rajah 5.2.

Rajah 5.2: Kategori perisian sistem

(i) Sistem pengoperasian adalah atur cara yang menjalankan mikrokomputer anda. Ia
menyelaras sumber, menyediakan antara muka pengguna dan komputer serta
menjalankan aplikasi.
(ii) Atur cara utiliti melaksanakan tugas khas yang berkaitan dengan pengurusan sumber
komputer atau fail. Ia termasuk atur cara yang membantu pengguna mengenalpasti
masalah pada perkakasan, mencari fail yang hilang dan membuat salinan sandaran
data. Dalam erti kata lain, atur cara utiliti berfungsi sebagai pengimbas virus, pengformat
cakera keras, perisian pemampat dan perisian membuat salinan.
(iii) Pemacu peranti adalah atur cara yang direkabentuk khas untuk membenarkan peranti
input dan output berkomunikasi dengan lain-lain sistem komputer.
(iv) Penterjemah bahasa menterjemah arahan pengatur caraan yang ditulis oleh pengatur
cara ke dalam bahasa yang difahami dan diproses oleh komputer. Penterjemah bahasa
akan diterangkan dengan lebih lanjut dalam bahagian bahasa pengatur caraan.
Penterjemah bahasa meliputi pengkompil, penterjemah dan penghimpun.

54 OUM
TOPIK 5 PERISIAN KOMPUTER

Apakah kegunaan utama komputer?

5.3 SISTEM PENGOPERASIAN


Setiap sistem komputer sama ada besar atau kecil mempunyai sistem pengoperasian
dan setiap sistem pengoperasian mempunyai tiga fungsi asas iaitu menguruskan
sumber, membekalkan antara muka dan menjalankan aplikasi seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 5.3. Sumber yang diuruskan sistem pengoperasian termasuklah tetikus,
pencetak, papan kekunci, peranti storan dan ingatan. Antara muka pengguna dibekalkan
oleh sistem pengoperasian apabila sistem membolehkan pengguna berinteraksi dengan
atur cara aplikasi dan perkakasan melalui antara muka pengguna. Sistem pengoperasian
memuatkan dan menjalankan aplikasi seperti pemproses kata.

Rajah 5.3: Tiga fungsi asas sistem pengoperasian

Sistem pengoperasian memantau dan mengawal semua aktiviti pemprosesan di dalam


komputer. Ia menentukan bagaimana Ingatan Capaian Rawak diagihkan kepada
perisian, menetapkan kepentingan tugas-tugas yang perlu dilakukan dan mengawal
aliran maklumat kepada dan dari pemproses. Sistem pengoperasian adalah satu atur
cara komputer yang paling kompleks dan amat penting untuk komputer. Contohnya,
sistem pengoperasian Windows 2000 dikatakan mempunyai 30 juta baris atur cara,
dibangunkan oleh lebih 5000 pengatur cara, memakan masa lebih dari 3 tahun dengan
perbelanjaan hampir RM3.8 billion. Sistem pengoperasian Linux pula mempunyai hampir
2.5 juta baris atur cara dan dibangunkan oleh 150 pengatur cara.

OUM 55
PERISIAN KOMPUTER TOPIK 5

Sistem pengoperasian membolehkan komputer melaksanakan berbagai jenis tugas.

Sistem pengoperasian juga membolehkan komputer menjalankan lebih dari satu tugas
serentak. Sistem pengoperasian membolehkan komputer mengenali pemproses (CPU),
ingatan utama (RAM), papan kekunci, paparan video, pemacu cakera dan sebagainya.
Sistem pengoperasian juga menyediakan kemudahan untuk pengguna berkomunikasi
dengan komputer dan bertindak sebagai landasan untuk menjalankan perisian aplikasi.

Sistem pengoperasian selalunya terdiri dari beberapa program asas. Satu program yang
penting dalam sistem pengoperasian adalah program penyelia. Program ini juga dikenali
sebagai monitor, executive, kernel atau command processor. Sebagai contoh, program
penyelia pada Windows 98 adalah win32.dll dan pada Linux adalah vmlinux.

Sistem pengoperasian selalunya disimpan di cakera keras. Apabila komputer dimulakan,


komputer akan melakukan swa-ujian mula-kuasa atau POST (power on self-test).
Kemudian BIOS(basic input output system) yang terdapat pada ROM(Read Only
Memory) akan mencari sistem pengoperasian untuk dibutkan. BIOS akan mencari
sistem pengoperasian pada sektor MBR(Master Boot Record) di cakera liut. Jika sistem
pengoperasian tiada di cakera liut, BIOS akan mencari sistem pengoperasian di MBR
cakera keras. Sektor MBR mengandungi maklumat tentang sistem pengoperasian yang
ada pada komputer tersebut. Setelah membaca data dari MBR dan berjumpa dengan
program penyelia di cakera keras, BIOS akan memuatkan program penyelia tersebut
ke dalam ingatan utama(RAM). Selanjutnya BIOS akan menyerahkan pengurusan
komputer kepada program penyelia. Pada ketika ini, komputer sudah di bawah seliaan
sistem pengoperasian dan sudah boleh menerima arahan dari pengguna.

Sebahagian sistem pengoperasian akan disimpan dalam ingatan utama sepanjang


masa komputer dihidupkan. Sebahagian ini yang sentiasa berada dalam ingatan disebut
residen (tinggal tetap) dan terdiri daripada program penyelia. Program penyelia akan
mengawal keseluruhan sistem pengoperasian dan memuatkan ke dalam ingatan utama
program-program sistem pengoperasian yang lain dari cakera keras apabila diperlukan.
Program-program sistem pengoperasian yang terletak di dalam cakera keras adalah
bukan residen. Ini dapat ditunjukkan dalam Rajah 5.4.

Rajah 5.4: Kawalan sistem pengoperasian

56 OUM
TOPIK 5 PERISIAN KOMPUTER

Sistem pengoperasian menjadi teras yang membolehkan komputer berfungsi. Ia bekerja


di belakang tabir dan menjadi perantara untuk permintaan dari pengguna dan atur cara.
Ia juga bertindak untuk mengurus dan memacu perkakasan komputer serta membaca
dan menulis data ke atas atau dari pemacu cakera. Apabila pengguna bekerja dengan
satu perisian aplikasi, program penyelia akan memuatkan perisian tersebut ke dalam
ingatan utama sebelum perisian tersebut dilaksanakan. Semasa pengguna
menggunakan komputer, ingatan utama mengandungi program penyelia, perisian
aplikasi yang dijalankan serta data atau maklumat yang diproses. Oleh itu, semakin
banyak ingatan utama (RAM) dalam satu komputer akan membolehkan komputer
berfungsi dengan lebih pantas dan selesa. Jika komputer tidak mempunyai RAM yang
mencukupi untuk melarikan perisian, komputer akan berfungsi dengan perlahan atau
mungkin akan menyebabkan komputer tergantung.

Cetak laman web yang paling bermaklumat dan tulis satu perenggan
yang menerangkan sifat-sifat yang paling penting bagi sistem
pengoperasian tersebut.

5.4 FUNGSI SISTEM PENGOPERASIAN


Amnya, fungsi sistem pengoperasian adalah:
(i) Menyediakan antara muka kepada pengguna untuk menggunakan komputer. Terdapat
dua jenis antara muka: antara muka baris-perintah dan antara muka grafik. Dengan
menggunakan antara muka baris-perintah, pengguna perlu menaip perintah seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 5.6. Contoh sistem pengoperasian berasaskan baris perintah
adalah MS-DOS yang amat popular pada 80-an.

Rajah 5.6: Antara muka baris perintah

OUM 57
PERISIAN KOMPUTER TOPIK 5

Sebagai contoh perhatikan baris perintah di bawah:


C:\> copy c:\myfile a:\yourfile

Baris perintah ini mengarahkan komputer untuk menyalin satu fail dari satu cakera keras
C ke cakera liut A. Anda perlu menggunakan perintah yang jelas semasa menggunakan
baris perintah. Baris perintah ini juga menunjukkan bahawa anda perlu memberitahu
komputer di mana untuk cari fail MYFILE dan ke mana salinan perlu dibuat. Jika anda
tertinggal maklumat penting atau menggunakan format yang salah, mesej kesalahan
akan dipaparkan pada skrin. Amnya, antara muka baris perintah lebih sesuai untuk
pengguna mahir yang telah lama menggunakan komputer dan dapat mengingati
perintah-perintah yang diperlukan. Sistem pengoperasian Unix dan Linux juga
menggunakan baris perintah. Antara muka ini juga disebut sebagai CUI (character user
interface). Lazimnya, sistem pengoperasian berasaskan CUI mempunyai satu lapisan
lain yang bertindak sebagai penterjemah perintah kepada program penyelia. Lapisan
ini dikenali sebagai cengkerang (shell). Contoh cengkerang untuk Linux adalah csh (C
Shell) dan bash (Born Again Shell).

Kini bilangan komputer yang menggunakan antara muka baris perintah semakin
berkurangan. Ianya masih digunakan dalam sistem kerangka utama dan juga sistem
pelayan yang menggunakan platform UNIX. Tren sistem pengoperasian komputer
menuju kepada persekitaran mesra pengguna dan berorientasikan grafik yang
dinamakan antara muka grafik. Antara muka grafik bergantung kepada perisian
berasaskan grafik yang membolehkan teks disepadukan dengan imej grafik.

Antara komponen dalam antara muka grafik (GUI) adalah ikon, kotak dialog dan menu.
Contoh perisian yang menggunakan antara muka grafik adalah seperti BeOS, Macintosh
dan Windows. Pengguna GUI berinteraksi dengan sistem pengoperasian dan lain-lain
pakej perisian dengan menggunakan peranti penuding seperti tetikus dan papan kekunci
untuk memasukkan arahan. Kini pengguna tidak perlu menaip setiap baris perintah,
pengguna hanya perlu membuat pilihan dari paparan pada skrin. Pengguna
menggunakan tetikus untuk memanipulasi ikon, kotak dialog dan menu. Dalam GUI,
ikon adalah imej grafik yang mewakili sesuatu aktiviti pemprosesan. Sebagai contoh,
pengguna mungkin memilih ikon “tong sampah” untuk menghapuskan fail dari storan.
GUI mula diperkenalkan dalam tahun 1983 pada komputer Macintosh. GUI banyak
memudahkan pengguna di mana kini pengguna tidak perlu menghafal dan memasukkan
arahan rumit seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.7.
(ii) Menguruskan perkakasan seperti komponen-komponen input (tetikus, papan kekunci,
pengimbas), output (pencetak, skrin, audio, video), storan sekunder (cakera keras) dan
ingatan utama (RAM). Sistem Pengoperasian berfungsi untuk menyelaras dan menjejaki/
mengikuti atur cara mana yang memerlukan perkakas mana.
(iii) Menguruskan sistem fail cakera keras. Sistem pengoperasian menguruskan perjalanan
data dari komponen input (papan kekunci) kepada output (monitor) dan dari storan
sekunder kepada ingatan utama serta dari ingatan utama kepada storan sekunder.

58 OUM
TOPIK 5 PERISIAN KOMPUTER

Rajah 5.7: Antara muka grafik

(iv) Menguruskan proses atau perjalanan perisian yang lain. Andaikan pelaksanaan satu
perisian sebagai satu proses. Jika pengguna menggunakan tiga perisian serentak
(contohnya, menghasilkan grafik dengan CorelDraw, melayari Internet dengan Internet
Explorer dan mendengar muzik dari Internet dengan RealAudio) maka terdapat tiga proses
yang berbeza sedang dilaksanakan dalam komputer. Sistem pengoperasian
bertanggungjawab agar ketiga-tiga proses tersebut berjalan lancar dan tidak berlaku
apa-apa yang boleh menyebabkan pemprosesan komputer tergantung. Kemampuan
menggunakan tiga perisian serentak dikenali sebagai multi tugasan. Ciri yang amat
penting bagi sistem pengoperasian dalam menguruskan multi tugasan ialah teguh, iaitu
sekiranya berlaku kegagalan pada satu perisian tidak akan menyebabkan komputer atau
proses lain tergantung. Sistem pengoperasian yang mempunyai ciri teguh adalah
Unix,Linux dan BeOS.

OUM 59
PERISIAN KOMPUTER TOPIK 5

Lain-lain fungsi utama sistem pengoperasian adalah seperti berikut :-


(i) Untuk membantu interaksi antara komputer dan pengguna.
(ii) Untuk membantu komunikasi antara komponen-komponen komputer.
(iii) Untuk mengurangkan masa bagi menjalankan arahan pengguna.
(iv) Untuk mengoptimakan penggunaan sumber sistem komputer.
(v) Untuk menjejak semua fail dalam storan cakera.
(vi) Untuk memastikan keselamatan kepada sistem komputer.
(vii) Untuk memantau semua aktiviti sistem dan memberi amaran kepada pengguna tentang
sebarang masalah pada sistem.

Latihan 5.1

1. Nyatakan kelebihan antara muka pengguna bergrafik (Graphical User


Interface, GUI) ke atas antara muka baris perintah (Command line).
2. Nyatakan dua cara membuka fail dengan GUI.

5.5 CIRI-CIRI SISTEM PENGOPERASIAN


Setiap sistem pengoperasian mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Malah kemampuan
setiap sistem juga berbeza. Antara ciri-ciri utama untuk satu sistem pengoperasian
seperti multi tugasan, multipengguna, multipemprosesan, kelompok dan ingatan maya
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.8.

Rajah 5.8: Ciri-ciri sistem pengoperasian

5.5.1 Multi Tugasan

Keupayaan sesuatu sistem komputer untuk mengendalikan lebih dari satu tugasan
pada satu masa secara serentak dikenali sebagai multi tugasan.

Sekiranya suatu sistem pengoperasian hanya membenarkan satu tugasan dilakukan


pada satu masa, sistem tersebut dikenali sebagai sistem pengoperasian tugasan tunggal.

60 OUM
TOPIK 5 PERISIAN KOMPUTER

Multi tugasan membolehkan seorang pengguna melaksanakan satu tugasan baru tanpa
perlu keluar dari tugasan yang sedang dilaksanakan dan menggunakan hasil dari
tugasan kedua dalam tugasan pertama. Contohnya, pengguna boleh menghasilkan
carta dalam perisian hamparan semasa menggunakan perisian memproses perkataan
dan memasukkan carta tersebut dalam dokumen yang sedang ditulis. Multi tugasan
terbahagi kepada dua kaedah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.9.

Rajah 5.9: Multi tugasan

(i) Multi tugasan kerjasama (cooperative multitasking). Multi tugasan kerjasama adalah
satu atur cara yang ditulis agar ia boleh bertanya kepada sistem pengoperasian secara
berkala dari semasa ke semasa sama ada wujud atur cara lain yang perlu menggunakan
pemproses. Sekiranya ada atur cara lain yang memerlukan pemproses, atur cara ini
akan melepaskan pemproses. Contoh sistem pengoperasian dengan kaedah multi
tugasan seperti ini adalah Macintosh dan Windows XP.
(ii) Multi tugasan bantutan (preemptive multitasking). Sistem pengoperasian akan melayan
satu proses yang terdiri dari setiap atur cara atau perisian yang dilaksanakan. Sistem
pengoperasian akan menyelenggarakan senarai proses-proses yang sedang
dilaksanakan. Dengan cara ini sistem pengoperasian menentukan keutamaan
pelaksanaan setiap atur cara. Dengan cara yang sama sistem pengoperasian berkuasa
mencelah dan mengubahsuai keutamaan tersebut, menentukan berapa lama perlu
melayan setiap proses sebelum melaksanakan proses lain dan boleh membantut/
memberhentikan proses yang sedang dijalankan dan menggantikan proses yang lebih
penting pada setiap masa. Contoh sistem pengoperasian yang berkemampuan multi
tugasan bantutan adalah Linux, BeOS, OS/2 dan Windows 2000.

Pengguna selalunya tidak nampak perbezaan yang ketara di antara kedua-dua kaedah
multi tugasan dalam keadaan biasa. Perbezaan ketara mungkin dapat dilihat dalam
aplikasi masa nyata (real-time application). Kaedah multi tugasan bantutan adalah lebih
teguh dan stabil dari multi tugasan kerjasama.

5.5.2 Multi Pengguna

Sekiranya sistem pengoperasian berkebolehan untuk membolehkan lebih dari satu


pengguna mencapai komputer pada satu masa, ia dikatakan mempunyai
kemampuan multipengguna.

OUM 61
PERISIAN KOMPUTER TOPIK 5

Kadang-kala multi tugasan juga disebut sebagai perkongsian masa (time-sharing).


Selalunya, sistem pengoperasian multi pengguna membenarkan multi tugasan. Setiap
pengguna mendapat selang masa yang sama atau disebut juga hirisan masa (time
slices). Contoh sistem pengoperasian berkemampuan multi pengguna adalah Unix,
Window 2000 dan Linux.

5.5.3 Multi Pemproses

Multi pemproses merujuk kepada sistem pengoperasian yang boleh mengendalikan


lebih dari satu pemproses secara serentak. Penggunaan lebih dari satu pemproses
sesuai untuk komputer saintifik kerana komputer jenis ini melakukan pengiraan dan
pemprosesan yang banyak. Oleh itu, komputer saintifik memerlukan sistem
pengoperasian yang boleh menguruskan lebih dari satu pemproses. Contoh sistem
pengoperasian multipemproses adalah Unix (Solaris), Linux, BeOS dan Windows 2000.
Jadual 5.1 menunjukkan sistem pengoperasian dan bilangan maksimum pemproses.

Jadual 5.1: Sistem Pengoperasian dan Bilangan Maksimum Pemproses

Sistem Pengendalian Bilangan Maksimum Pemproses


BeOS 8
Sun Solaris 64
Linux 16
SGI Irix 128

5.5.4 Kelompok

Kelompok (batch) merujuk kepada penggunaan sistem pengoperasian. Pada awal era
komputer, pemprosesan data digunakan secara kelompok. Ini bermaksud data dan atur
cara disediakan secara kelompok untuk diproses oleh komputer. Pengguna tidak boleh
memasukkan data semasa atur cara diproses. Data dan atur cara dikumpul dan
dimasukkan sekaligus untuk diproses oleh komputer. Pemprosesan kelompok ini masih
digunakan sehingga kini di dalam persekitaran sistem kerangka utama. Kini sistem
pengoperasian memproses data secara interaktif, di mana pengguna boleh
memasukkan data semasa atur cara dilaksanakan.

5.5.5 Ingatan Maya

Lazimnya, sistem pengoperasian akan memuatkan perisian aplikasi ke dalam ingatan


utama atau RAM untuk melarikan perisian aplikasi. Jika ingatan RAM bersaiz kecil atau
saiz perisian adalah besar, perisian tersebut mungkin tidak akan dapat ditampung dan
dilarikan. Sebagai langkah penyelesaian untuk masalah ini, sistem pengoperasian akan
menggunakan kaedah ingatan maya. Dengan kaedah ini, sistem pengoperasian akan
menggunakan storan sekunder (cakera keras) sebagai sebahagian daripada ingatan utama.

Dalam kaedah ini, sistem pengoperasian memasukkan sebahagian perisian aplikasi


ke dalam ingatan dan sebahagian ke dalam ingatan maya. Apabila ini terjadi, perjalanan
komputer akan menjadi perlahan kerana capaian dari storan sekunder adalah lebih
perlahan berbanding dengan capaian dari ingatan utama.

62 OUM
TOPIK 5 PERISIAN KOMPUTER

Sebagai contoh, pengguna sering mendapati komputer menjadi perlahan semasa dua
atau tiga perisian dilarikan sekaligus. Ini disebabkan sistem pengoperasian perlu
memindah data dari ingatan utama (RAM) kepada storan sekunder (cakera keras) dan
sebaliknya. Proses pemindahan data ini perlahan, dan sering melibatkan bunyi bising
yang menunjukkan komputer sedang mencapai cakera keras.

Proses memindah data dari ingatan maya ke ingatan utama dan dari ingatan utama
kepada ingatan maya disebut sebagai swap.

Ruang swap pada cakera keras adalah saiz storan yang digunakan sebagai ingatan
maya seperti ditunjukkan dalam Rajah 5.10.

Sistem pengoperasian yang tidak mempunyai kemampuan ingatan maya adalah DOS,
sementara yang ada kemampuan ini adalah Unix, Linux, BeOS dan Windows.

Rajah 5.10: Ruang swap

5.6 PERISIAN APLIKASI


Perisian aplikasi mengandungi atur cara yang dibangunkan untuk memenuhi kehendak
pengguna yang tertentu. Perisian aplikasi terbahagi kepada dua bahagian iaitu perisian
asas dan perisian termaju. Perisian asas adalah perisian yang digunakan untuk
meningkatkan produktiviti pengguna manakala perisian termaju pula adalah perisian
untuk tujuan khusus dan memerlukan kepakaran untuk menggunakannya. Dengan
bantuan komputer, kini anda boleh melaksanakan berbagai operasi yang dahulunya
hanya boleh dilaksanakan oleh pakar yang terlatih. Perisian aplikasi adalah perisian yang
mengandungi aturcara yang dibangunkan untuk memenuhi kehendak tertentu pengguna.

Jika perisian sistem dianggap sebagai perisian “belakang tabir”, perisian aplikasi pula
dianggap sebagai aturcara yang melakukan kerja yang berfaedah seperti menaip,
mengira dan melukis. Perisian aplikasi boleh dibahagikan kepada dua iaitu perisian
asas dan perisian termaju. Perisian asas juga dikenali sebagai aturcara aplikasi tujuan
am. Ia bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran pengguna dengan membantu

OUM 63
PERISIAN KOMPUTER TOPIK 5

pengguna melakukan tugas-tugas lazim. Ia disebut juga pakej pengeluaran. Contoh


perisian asas adalah perisian pemprosesan kata, perisian hamparan, pengurusan
pangkalan data, perisian kelompok, perisian gabungan, komunikasi dan aksesori
atas-meja.

Perisian termaju adalah perisian untuk tujuan khas dan memerlukan kebolehan dan
kepakaran yang lebih untuk digunakan. Perisian ini juga disebut sebagai aturcara
tertentu yang boleh dikategorikan kepada tiga seperti di dalam Rajah 5.11.

Rajah 5.11: Kategori perisian termaju

(i) Aturcara aplikasi perniagaan (business application program) iaitu perisian untuk
menyelesaikan kehendak fungsi perniagaan dan industri seperti perakaunan, jualan,
kewangan, pembuatan, pengurusan operasi dan lain-lain.
(ii) Aturcara aplikasi saintifik (scientific application program) iaitu perisian untuk
melaksanakan tugas pemprosesan yang berkaitan dengan sains seperti sains tabii,
fizikal, sosial, kelakuan, matematik, statistik, kejuruteraan dan lain-lain.
(iii) Aturcara aplikasi lain iaitu perisian selain daripada perisian untuk tujuan perniagaan
dan saintifik. Ini meliputi perisian untuk pendidikan, perubatan dan lain-lain.

5.7 TEKNOLOGI PERISIAN APLIKASI


Semua perisian aplikasi mempunyai ciri-ciri asas seperti tetingkap, kursor, palang tatal,
palang menu, menu tarik-turun, menu bantuan, menu pop timbul, kotak dialog, makro,
tutoran dan dokumentasi. Pada sistem pengendalian Windows, dua jenis teknologi yang
digunakan pada perisian aplikasi adalah DDE and OLE. Rajah 5.12 menunjukkan
teknologi perisian aplikasi.

64 OUM
TOPIK 5 PERISIAN KOMPUTER

Rajah 5.12: Teknologi perisian aplikasi

DDE (Dynamic Data Exchange) adalah teknologi yang membolehkan perisian aplikasi
yang berbeza berkongsi data. Sebagai contoh, data dari perisian pangkalan data MS-
Access boleh dikait/dirujuk ke dalam dokumen perisian pemproses kata MS-Word.
Bagaimanapun, teknologi DDE mempunyai satu kekangan. Pengguna tidak boleh
mengemaskini data perisian pangkalan data melalui dokumen pemproses kata yang
terlibat. Pengguna perlu mengemaskini data perisian hamparan dalam aplikasi
pangkalan data, dan kemudian melaksanakan aplikasi pemprosesan kata untuk
mengemas kini data tersebut.

OLE (Object Linking and Embedding) adalah satu teknologi untuk membaiki
kelemahan DDE. Ia membenarkan pengguna mencipta satu objek dalam satu perisian
aplikasi, sebagai contoh satu jadual dalam perisian hamparan, dan kemudian
membenamkan/memasukkan objek tersebut dalam perisian aplikasi lain, contohnya
perisian pemprosesan kata. Dengan DDE, data tidak dibenamkan ke dalam dokumen,
sebaliknya data hanya dikait/dirujuk ke dalam dokumen.

Di dalam OLE, apabila data telah dibenamkan ke dalam aplikasi tersebut, ia dianggap
sebagai satu objek dan boleh diubahsuai. Bagaimanapun, data (fail asal) sebenarnya
tidak boleh diubah. Jika kita perlu mengubahnya, kita perlu klik dua kali pada objek
tersebut, misalnya jadual perisian hamparan, dan objek tersebut akan dibuka di bawah
perisian aplikasi asal. Perubahan yang dibuat tidak akan mengubah fail asal kerana
OLE hanya memaut perisian dan tidak data.

Teknologi selanjutnya yang diperkenalkan oleh Microsoft adalah COM (Component


Object Model) dan yang paling terkini DCOM (Distributed Component Object Mode).
Contoh yang diberikan melibatkan perisian hamparan dan pemprosesan perkataan,
tetapi pengguna boleh memasukkan/membenamkan apa jua data dalam dokumen
pemprosesan kata seperti audio, video, grafik dan sebagainya.

Windows 95/98/NT juga memperkenalkan OCX (OLE Custom eXtension) iaitu


komponen kecil yang boleh digabungkan untuk membangunkan perisian. Contohnya,
pengguna boleh mengabungkan beberapa OCX untuk membina penyunting atau
perisian hamparan. Teknologi ini telah dinamakan ActiveX pada tahun 1996.

Latihan 5.2

Apakah perbezaan antara perisian asas dan perisian termaju?

OUM 65
PERISIAN KOMPUTER TOPIK 5

5.8 JENIS PERISIAN ASAS

5.8.1 Pemproses Kata

Mereka yang terlibat dalam perniagaan menggunakan pemproses kata untuk


menyediakan maklumat dalam bentuk dokumen seperti memo, laporan, surat menyurat,
minit mesyuarat dan apa-apa sahaja yang perlu ditaip. Pengguna dalam persekitaran
rumah menaip tugasan, surat, jurnal, log wayang gambar dan banyak lagi.

Perisian pemprosesan perkataan membolehkan anda mencipta, sunting, format,


simpan dan cetak teks dan grafik di dalam satu dokumen.

Memandangkan anda boleh menyimpan memo atau dokumen yang anda taip ke dalam
cakera, anda boleh mencapainya di lain masa, mengubahnya, mencetak semula atau
melakukan apa sahaja yang anda mahu dengannya. Bahagian dokumen tersimpan yang
tidak berubah tidak perlu ditaip semula; seluruh dokumen yang telah disemak boleh
dicetak semula seperti baru. Satu tugasan yang sering dilakukan oleh pengguna komputer
adalah penyediaan maklumat dalam bentuk dokumen. Perisian pemproses kata adalah
perisian yang banyak digunakan oleh pengguna. Lima aktiviti penting pemproses kata
adalah kemasukkan maklumat, paparan maklumat, penyuntingan maklumat, storan dan
capaian semula dan cetakan maklumat seperti ditunjukkan dalam Rajah 5.13.

Rajah 5.13: Lima aktiviti pemproses kata

66 OUM
TOPIK 5 PERISIAN KOMPUTER

Konsep pemprosesan kata pada komputer peribadi adalah berasaskan kepada


konsep WYSIWYG (what you see is what you get).

Apa yang dilihat pada skrin adalah bagaimana sesuatu dokumen akan dihasilkan oleh
pencetak – fon, grafik dan sebagainya. Fon merujuk kepada jenis, saiz dan rupa huruf.
Kebanyakan pemproses kata mempunyai ciri-ciri tambahan untuk meningkatkan
keupayaan pemproses kata. Ciri-ciri tersebut adalah seperti penyemak ejaan, penyemak
nahu, thesaurus, makro, isihan dan penggaris idea. Aktiviti yang boleh dilakukan semasa
memproses kata adalah seperti sunting dokumen, cari dan ganti, cantum e-mel, kaki
dan kepala dokumen, nota kaki, fungsi matematik, penjana indeks, penjana kandungan
dan import/eksport dokumen. Anda boleh mencari sebarang perkataan dengan cepat
dalam sesuatu dokumen dengan menggunakan perintah cari dalam pemproses kata.
Perintah ganti pula boleh menggantikan satu perkataan dengan perkataan yang lain.
Selain dari itu, ejaan boleh disemak dengan aturcara penyemak ejaan. Penyemak nahu
pula akan mengecam penggunaan ayat yang kurang tepat, nahu yang salah atau ayat
yang terlalu panjang. Contoh perisian pemproses kata yang terawal adalah Wordstar.
Contoh perisian pemprosesan kata yang meluas sekarang adalah seperti Word Perfect,
Ami Pro dan MSWords.

Dengan pertambahan bilangan fitur dalam pakej pemproses kata, pemprosesan kata
telah menyeberangi sempadan ke kawasan penerbitan atas meja. Pakej penerbitan atas
meja selalunya lebih baik dari pakej pemprosesan kata dalam memenuhi keperluan
penerbitan aras tinggi, khasnya tentang pemilihan huruf dan penghasilan semula warna.
Banyak majalah dan suratkhabar hari ini bergantung ke atas perisian penerbitan atas
meja. Perniagaan menggunakannya untuk menghasilkan akhbar yang kelihatan
profesional, laporan dan risalah untuk meningkatkan komunikasi dan memberikan
gambaran yang lebih baik kepada dunia luar.

Apabila dokumen sedang disunting oleh pengguna, perisian pemproses kata akan
memuatkan satu salinan dokumen dari storan sekunder (cakera keras) ke dalam ingatan
utama (RAM). Semua aktiviti suntingan akan dilakukan pada salinan di ingatan utama.
Ini kerana capaian data dari ingatan utama lebih pantas dari capaian dari ingatan sekunder.
Bila pengguna selesai menyunting, pengguna boleh menyimpan kembali (save) dokumen
tersebut ke dalam storan sekunder untuk menggantikan salinan yang asal.

Dokumen yang dihasilkan oleh perisian pemproses kata komersil seperti Word Perfect
dan MS Words adalah dalam format tertentu dan bukan dalam bentuk teks atau ASCII.
Sebagai contoh, MS-WORD menggunakan format menyimpan dokumen tersendiri.
Oleh itu, dokumen MS-Words tidak mudahalih kerana dokumen tersebut tidak boleh
digunakan pada pelantar selain dari pelantar Windows.

Format pdf (portable document format) adalah satu format dokumen mudah alih.

Ini boleh menimbulkan masalah dalam persekitaran bercampur di mana terdapat sistem
pengendalian Unix, OS/2, BeOS Windows dan Linux di satu tempat. Beberapa kaedah
boleh diambil untuk menghasilkan satu bentuk dokumen yang mudah alih. Di antara
kaedah tersebut adalah dengan menghasilkan dokumen dalam format pdf, ps atau
dalam bahasa penanda seperti SGML, XML atau TeX.

OUM 67
PERISIAN KOMPUTER TOPIK 5

Pengguna boleh menggunakan format ini untuk menghasilkan dokumen mudahalih di


antara sistem pengendalian yang berlainan. Semua bentuk dokumen seperti dokumen
hamparan, persembahan powerpoint, pemprosesan kata dan grafik boleh ditukar kepada
bentuk pdf dengan menggunakan perisian Distiller. Dokumen pdf yang terhasil
mempunyai kemampuan hiperteks, boleh dicetak, boleh dipapar pada komputer tetapi
ia tidak boleh disunting. Format pdf telah diperkenalkan oleh syarikat Adobe.
Kebanyakan artikel yang didapati secara percuma dari Internet terdapat dalam format
postscript atau pdf.

Dokumen dengan format postscript atau pdf boleh dipaparkan dengan


perisian Ghostview yang boleh diperolehi secara percuma di http://
www.cs.wisc.edu/~ghost. Syarikat Adobe memberikan secara percuma
perisian paparan pdf iaitu perisian Adobe Acrobat di http://
www.adobe.com.

Pengguna boleh juga menggunakan format ps (postscript).

Sebenarnya postscript adalah satu bahasa pemerihalan halaman (page description


language) dan banyak digunakan di dalam pencetak laser untuk menghasilkan
cetakan bermutu tinggi.

Contoh dokumen dalam format ps adalah seperti di dalam Rajah 5.14. Dokumen ini
akan menghasilkan satu dokumen yang mempunyai perkataan ‘Selamat datang ke
OUM’ jika dicetak pada pencetak berkemampuan postscript.

/TeXDict 300 dict def TeXDict begin /Ndefdef /Bbind defN


/FMat[1 0 0 -1 0 0]N /FBB[0 0 0 0]N /nn 0 N /IE 0 N /ctr 0 N
4 MB /w0 rmovetoB /lp -4 wB /mp -3 wB /np -2 wB /op
p 1 wB /rp 2 wB /sp 3 wB /tp 4 wB /x0 S rmovetoB /y
aB /bos/SS save NB /eosSS restoreB end

TeXDict begin 39158280 55380996 1000 600 600 (hello.dvi)


@start
/Fa 14 117 dfI116 D E
1 0 bop 639 523 a Fa(Selamat)28 b(datang)e(k)n(e)h(OUM)1926
5255 y(1)p eop
end
userdict /end-hook known end-hook if

Rajah 5.14: Contoh format ps (postscript)

Pengguna boleh juga menghasilkan dokumen mudahalih dalam bahasa penanda seperti
HTML (Hypertext Markup Language), SGML (Standardized Markup Language) dan XML
(Extensible Markup Language). Tujuan utama menghasilkan dokumen dalam bahasa
penanda ialah untuk memisahkan maklumat dengan format dokumen. Konsep ini sama
dengan konsep memisahkan aturcara dengan data dalam pangkalan data. Dengan ini,
format dokumen boleh diubahsuai dengan mudah tanpa melibatkan maklumat yang
terdapat dalam dokumen.

68 OUM
TOPIK 5 PERISIAN KOMPUTER

SGML adalah satu piawai antarabangsa untuk menghasilkan dokumen elektronik yang
bebas pelantar dan bebas perkakasan. Ini membawa maksud bahawa dokumen dalam
SGML boleh digunakan pada pelantar Unix, Windows, Linux dan apa jua pelantar tanpa
sebarang perubahan. Dokumen dalam bentuk SGML juga boleh diubah kepada berbagai
jenis format seperti pdf, CD-ROM, ps, pangkalan data, sistem maklumat, hiperteks atau
apa juga format yang diperlukan dengan mudah. Ia mula diperkenalkan pada tahun
1960an. HTML adalah subset SGML untuk kegunaan Internet. XML dihasilkan untuk
mengatasi kelemahan HTML di mana ia merupakan superset pada HTML dan subset
dari SGML.

Pengguna juga boleh menggunakan perisian TEX untuk menghasilkan dokumen mudahalih
dari dokumen dalam bentuk bahasa penanda TeX. Dokumen berasaskan TeX boleh diproses
untuk menghasilkan dokumen dalam bentuk pdf, ps dan dvi (Device Independence). TEX
banyak digunakan dalam menghasilkan dokumen matematik dan saintis.

Latihan 5.3

1. Apakah yang anda faham dengan konsep WYSIWYG?


2. Senaraikan beberapa ciri tambahan pemproses kata yang anda tahu?

5.9 PERISIAN HAMPARAN


Hamparan yang terdiri dari baris dan lajur nombor, telah digunakan sebagai alat
perniagaan sejak berkurun lamanya. Hamparan yang dihasilkan secara manual rumit
untuk disediakan, dan apabila terdapat perubahan, banyak pengiraan yang perlu
dilakukan semula. Perisian hamparan boleh melakukan pengiraan semula hasil secara
automatik apabila satu nombor berubah. Misalnya, satu tugas hamparan adalah mengira
jarak berasaskan kadar dan masa, perubahan pada kadar akan menyebabkan
pengiraan semula secara automatik yang akan turut mengubah jarak. Kebolehan ini
membolehkan ahli perniagaan mencuba gabungan nombor-nombor berbeza dan
mendapatkan hasil dengan cepat. Kebolehan untuk bertanya “Apa jika…?” dan
kemudian melihat hasil di atas komputer sebelum membelanjakan sebarang sumber
membolehkan ahli perniagaan membuat keputusan yang lebih pantas dan baik.

Secara ringkas, perisian hamparan adalah perisian untuk membuat analisa,


perhitungan, perancangan dan permodelan matematik dalam komputer.

Bagaimana dengan perisian hamparan untuk pengguna di rumah? Kebolehan untuk


memasukkan gabungan nombor dalam cara yang bermakna seperti gabungan bayaran
muka dan kadar faedah untuk belian rumah memberikan gambaran kewangan kepada
pengguna yang tidak dapat mereka hasilkan sendiri. Pengguna di rumah menggunakan
hamparan untuk semua perkara daripada menyediakan belanjawan hingga
menimbangkan sama ada untuk menerima kerja baru hingga menjejak kemajuan di gim.

Ia boleh digunakan untuk mencipta model berasaskan matematik dan lain-lain aktiviti
perniagaan. Kini, perisian ini telah menggantikan kertas hamparan kerja, kalkulator
dan pensil.

OUM 69
PERISIAN KOMPUTER TOPIK 5

Antara fungsi tradisional yang boleh disokong oleh perisian hamparan adalah:
(i) menyimpan data secara automatik
(ii) membuat ringkasan data mentah dan menghasilkan maklumat
(iii) melaksanakan analisis dan meningkatkan perancangan

Kekuatan hamparan ialah ia boleh melakukan pengiraan secara automatik dengan cepat
dan tepat. Oleh itu, ia boleh digunakan untuk melakukan analisis what-if, analisis
kepekaan, keperluan perbelanjaan, ramalan keuntungan, mencipta grafik dan melakukan
simulasi. Sebarang masalah yang melibatkan data yang boleh dimasukkan dalam
bentuk lajur dan baris adalah sesuai untuk hamparan. Contoh perisian adalah Quattro
Pro dan Lotus 1-2-3.

Hamparan terbahagi kepada lajur dan baris. Setiap baris diberi nombor dan setiap lajur
diberi nama. Persilangan setiap lajur dan baris dikenali sebagai sel. Setiap sel
mempunyai alamat rujukan dan alamat tetap. Dalam setiap sel, pengguna boleh menaip
nombor, teks atau formula matematik. Secara asasnya, penyelesaian masalah
menggunakan hamparan boleh dibahagikan kepada empat langkah.
(i) Peringkat takrifan masalah yang meliputi tujuan hamparan kerja, jenis output yang
dikehendaki, jenis input yang perlu diubah, anggapan semasa pengiraan dan jenis formula
yang akan digunakan.
(ii) Peringkat merancang bentangan hamparan kerja yang meliputi bagaimana menyusun
label, data, formula dan suruhan lain untuk kecekapan, kejelasan dan kebolehlenturan
maksimum.
(iii) Peringkat memasukkan hamparan kerja yang melibatkan jenis perintah yang diperlukan
untuk memasukkan, menyunting dan menyimpan nilai, label, formula dan fungsi dalam
bentangan yang dikehendaki.
(iv) Peringkat uji dan guna iaitu peringkat menguji sama ada hamparan menghasilkan
keputusan yang tepat bila data dimasukkan.

Ciri-ciri lain yang terdapat pada hamparan elektronik adalah makro (bahasa aturcara
ringkas yang boleh digunakan untuk mengulangi langkah-langkah yang tertentu), fungsi
matematik, grafik, plot 3-D, fungsi cergas dan integrasi dengan aplikasi lain. Perisian
hamparan untuk Windows 95 mempunyai kemampuan OLE/DDE dengan aplikasi lain.
Rajah 5.15 menunjukkan hamparan elektronik Excel.

70 OUM
TOPIK 5 PERISIAN KOMPUTER

Rajah 5.15: Hamparan elektronik Excel

Latihan 5.3

Nyatakan kegunaan hamparan elektronik dalam perniagaan.

5.10 PANGKALAN DATA


Perisian ini boleh menyimpan data, mengemaskini, memanipulasi, mencapainya,
melapor dalam berbagai pandangan dan mencetaknya dalam banyak bentuk.

Apabila data berada dalam peringkat laporan iaitu bentuk yang berguna kepada
pengguna; data telah menjadi maklumat.

Penganjur konsert, misalnya boleh menyimpan dan mengubah data tentang tarikh konsert
akan datang, tempat duduk, harga tiket dan jualan. Setelah ini dilakukan, penganjur boleh
menggunakan perisian untuk mencapai maklumat, seperti bilangan tiket yang dijual dalam
setiap julat harga atau peratus tiket yang dijual pada hari sebelum konsert.

Perisian pangkalan data berguna untuk sesiapa yang mesti menjejak jumlah fakta
berhubungan yang besar. Sebagai contoh, seorang sukarelawan yang mencari
penderma darah untuk Tabung Darah Negara, menyimpan fail semua penderma dalam
kawasannya supaya dia boleh mencapai nama dan nombor telefon dengan bertanya
soalan berasaskan jenis darah, poskod atau tarikh terakhir derma darah dilakukan.

Perisian sistem pengurusan pangkalan data (DMBS) juga dikenali sebagai


pengurus pangkalan data.

OUM 71
PERISIAN KOMPUTER TOPIK 5

DBMS ialah sistem yang berasaskan komputer untuk mentakrif, memanipulasi,


mengawal, mengurus, menyelenggara dan menggunakan pangkalan data. Pangkalan
data boleh ditakrifkan sebagai;
(i) satu koleksi data serta maklumat dan hubungan antara data tersebut.
(ii) satu koleksi data tentang satu entiti yang berkaitan.

Data boleh melibatkan teks, video, grafik, audio dan lain-lain. Pangkalan data disimpan
pada storan sekunder. Untuk memenuhi sesuatu keperluan organisasi, data perlu
dikumpul, disimpan dan dicapai secara efektif. Pangkalan data boleh membantu dalam
ketiga-tiga proses ini. Ia juga membolehkan data diproses dan dikongsi bersama oleh
pelbagai pihak. Data juga boleh disunting, ditambah dan dibuang dengan mudah.
Pengguna juga boleh melakukan pertanyaan (query) terhadap pangkalan data untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapi. Beberapa istilah penting dalam pangkalan data
adalah entiti, atribut, medan, rekod dan hubungan.

Entiti adalah benda, orang, tempat atau kejadian yang mana data dan maklumat adalah
mengenainya. Contoh entiti adalah seperti universiti, pelajar, pekerja, kereta dan doktor.
Atribut atau medan adalah data atau maklumat yang menerangkan sifat atau ciri-ciri
entiti tersebut. Sebagai contoh, entiti adalah pelajar. Contoh atribut untuk entiti pelajar
adalah nama, alamat, tarikh lahir, kad pengenalan, nombor matriks dan jantina.

Rekod, iaitu koleksi beberapa atribut yang berkaitan untuk satu entiti. Ia juga boleh
memerihalkan sesuatu peristiwa/keadaan, iaitu beberapa medan yang berkaitan tentang
sesuatu peristiwa/keadaan digabungkan secara logikal untuk membentuk rekod. Contoh
satu rekod yang menggabungkan beberapa atribut untuk satu entiti pelajar adalah
seperti berikut;

Nama : Abdullah Adam


Nombor matrik : 789
Kad pengenalan : 770101-01-1111
Alamat : No 7, Jalan Sephia 2, Taman Sephia Permai, Bangi
Tarikh lahir : 1/1/1977

Fail ialah beberapa koleksi rekod yang mempunyai atribut yang sama. Contohnya, fail
pelajar tahun pertama adalah terdiri dari semua rekod pelajar tahun pertama yang
menuntut di Pusat Pengajian Teknologi Maklumat dan Komunikasi Multimedia.

Pangkalan data adalah koleksi beberapa fail yang mempunyai hubungan di antara satu
sama lain. Sumber data utama untuk sesuatu sistem maklumat berasaskan komputer
adalah pangkalan data. Pangkalan data juga bertujuan untuk mengurangkan penduaan
data. Contohnya, pangkalan data pelajar mungkin terdiri dari gabungan fail peribadi
pelajar, fail kursus yang ditawarkan di OUM, fail kegiatan ko-kurikulum dan fail kewangan
pelajar seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 5.16. Rajah 5.17 menunjukkan tahap-
tahap yang berbeza dalam pangkalan data.

72 OUM
TOPIK 5 PERISIAN KOMPUTER

Rajah 5.16: Pangkalan data

Rajah 5.17: Tahap-tahap dalam pangkalan data

5.10.1 Jenis Pangkalan Data

Terdapat empat jenis pangkalan data: hubungan, rangkaian, hirarki dan berasaskan
objek seperti di dalam Rajah 5.18. Pangkalan data jenis hubungan adalah yang paling
banyak digunakan sekarang. Dalam pangkalan data jenis ini, data disusun dalam bentuk
jadual yang mengandungi lajur dan baris. Setiap lajur merupakan satu atribut, dan setiap
baris merupakan satu rekod. Jadual data tersebut juga mempunyai ciri-ciri berikut:
(i) Setiap lajur hanya menerangkan satu sifat sahaja.
(ii) Urutan lajur dan baris tidak mustahak.
(iii) Setiap baris adalah unik.

OUM 73
PERISIAN KOMPUTER TOPIK 5

Rajah 5.18: Jenis-jenis pangkalan data

5.10.2 Organisasi DBMS

DBMS berfungsi untuk menguruskan data dan maklumat yang tersimpan dalam
pangkalan data. Ia boleh dianggap sebagai antaramuka di antara pengguna dan
pangkalan data di mana ia bertindak sebagai fasilitator yang membenarkan pengguna
mencapai dan memanipulasi unsur data terkamir dalam pangkalan data. Contoh DBMS
untuk komputer peribadi adalah seperti MS-Access, dBase V, FileMaker Pro, FoxPro,
Visual Fox Pro dan Paradox.

DBMS berbeza dengan sistem pengurusan fail tradisional di mana pengurusan fail
tradisional adalah satu sistem di mana fail-fail adalah berasingan di antara satu sama
lain. Sebagai contoh, fail pelajar dan fail kursus yang ditawarkan pada setiap semester
adalah berbeza dan tidak mempunyai sebarang hubungan. Ini menyulitkan pemprosesan
fail jika maklumat dari beberapa fail diperlukan. Sebagai contoh, kita mempunyai rekod
serta atribut-atribut berikut:
(i) fail pelajar - nama, matrik, I/C, jabatan
(ii) fail pendaftaranKursusTZ1443 - matrik, nama, jabatan
(iii) fail pendaftaranKursusTU2983 - matrik, nama, jabatan
(iv) fail pensyarahBilik - nama pensyarah, no. bilik

Dengan sistem fail tradisional, kita mungkin menghadapi masalah dalam mendapatkan
senarai nama pelajar berdasarkan jabatan atau senarai kursus yang diambil oleh pelajar
A kerana maklumat-maklumat tersebut berada dalam tiga fail yang berbeza.

Sistem pemprosesan fail tradisional ini mempunyai beberapa kelemahan:


(i) Lewahan data (data redundancy), iaitu atribut data yang sama terdapat dalam fail yang
berbeza.
(ii) Kewibawaan data (data integrity), iaitu data perlu dikemaskini dalam semua fail untuk
memastikan agar data adalah konsisten.
(ii) Kebebasan aturcara dan data (program and data independence), iaitu program
dan data berhubungkait antara satu sama lain.

74 OUM
TOPIK 5 PERISIAN KOMPUTER

DBMS dicipta sebagai satu kaedah untuk menyelesaikan masalah-masalah di atas.


DBMS mempunyai lima objektif utama iaitu:
(i) Ia membolehkan integrasi data dari berbagai sumber fail atau pangkalan data.
(ii) Ia mengelakkan lewahan data.
(iii) Ia juga membolehkan perkongsian data di antara aplikasi yang berbeza.
(iv) Kewibawaan pangkalan data dapat dikekalkan dari segi keselamatan dan
kebolehpercayaan.
(v) Data dalam pangkalan data boleh diubah mengikut keperluan.

Di dalam pangkalan data, setiap fail mempunyai hubungan dengan fail yang lain.
Hubungan di antara setiap fail dilakukan melalui medan kunci (key field). Dalam
pangkalan data, kamus data menyimpan maklumat tentang data dan struktur pangkalan
data. Dalam membina aplikasi pangkalan data, langkah-langkah berikut dilakukan adalah
seperti di dalam Rajah 5.19.

Rajah 5.19: Langkah-langkah membina aplikasi pangkalan data

Langkah-langkah ini lazimnya dibincangkan dengan lebih lanjut dalam kursus Analisa
dan Rekabentuk Sistem. DBMS diperlukan untuk membebaskan data dan aturcara
aplikasi. Ini akan memudahkan capaian dan penyuntingan data, meminimumkan
lewahan data, mentakrifkan data, menguruskan keselamatan data dan menyenggarakan
kekamiran data. Ia boleh ditakrifkan sebagai lapisan perisian yang mengelilingi
pangkalan data. Perisian ini termasuk bahasa pertanyaan, penjana laporan dan utiliti
serta grafik.

Sistem pengurusan pangkalan data mempunyai beberapa kelemahan. Pertama,


perisian ini adalah mahal. Untuk komputer peribadi, perisian DMBS berharga antara
RM1000-RM2500 setiap satu. Perisian ini adalah untuk pengguna tunggal dan
mempunyai had bilangan fail yang boleh dicipta. Contohnya Access, FoxPro, Paradox
dan dBase.

OUM 75
PERISIAN KOMPUTER TOPIK 5

Untuk komputer kerangka besar, seperti perisian pangkalan data yang digunakan untuk
pendaftaran pelajar di UKM, pendaftaran kereta di JPJ atau pendaftaran pesakit di
HUKM, harga perisian DBMS adalah tinggi. Contoh DBMS berkemampuan tinggi adalah
seperti IDMS, DB2, Oracle, Sybase dan Informix. Penggunaan DBMS juga memerlukan
storan sekunder yang besar dan CPU yang berkuasa tinggi. Terdapat juga keperluan
kepada pekerja yang mahir untuk menguruskan sistem DBMS ini. Pekerja yang
menguruskan sistem DBMS dikenali sebagai Database Administrator (DBA).
Pembangunan sistem maklumat berasaskan DBMS ini adalah lebih kompleks,
memakan masa dan lebih tinggi kosnya.

Namun demikian, perisian DBMS merupakan perisian teras mana-mana organisasi


sama ada besar atau kecil untuk menguruskan maklumat. Hampir semua organisasi
besar dalam berbagai industri menggunakan perisian DBMS untuk menguruskan
maklumat. Setengah pihak mengatakan bahawa organisasi tidak akan dapat berfungsi
tanpa satu sistem DBMS yang baik.

Terdapat tiga perhubungan yang boleh wujud dalam pangkalan data hubungan iaitu satu-
ke-satu, satu-ke-banyak dan banyak-ke-banyak seperti yang telah ditunjukkan dalam
Rajah 5.20. Sebagai contoh, kita ambil satu pangkalan data untuk satu perniagaan yang
mempunyai fail pelanggan, fail jualan, fail inventori dan fail pembekal. Perhubungan
satu-ke-satu di mana satu data hanya boleh berhubungan dengan satu data yang lain.
Contohnya, perhubungan fail pelanggan dengan fail jualan. Perhubungan satu-ke-
banyak di mana satu data boleh berhubungan dengan lebih dari satu data lain.
Contohnya, fail pelanggan dengan fail jualan jika pelanggan melakukan banyak
pembelian. Perhubungan banyak-ke-banyak dimana satu atau lebih data boleh
berhubungan dengan lebih dari satu atau banyak data. Contohnya, banyak pembekal
boleh membekalkan lebih dari satu barang.

Rajah 5.20: Contoh hubungan satu-ke-satu, satu-ke-banyak dan banyak- ke-banyak

Terdapat beberapa jenis organisasi pangkalan data. Tiga jenis organisasi pangkalan
data: hirarki, rangkaian dan hubungan akan dibincangkan di sini.

76 OUM
TOPIK 5 PERISIAN KOMPUTER

KLIA

Keberangkatan

Kota
Kota Baharu Kuching Kinabalu Labuan

Ketibaan

MH110 MH139 MH209

Nombor Penerbangan

Jefri Din Chong Kam Kaipakan

Penumpang

Rajah 5.21: Contoh pangkalan data hirarki

Dalam pangkalan data hirarki, rekod disusun atau digabung dalam kumpulan berkaitan
yang menyerupai pokok keluarga, iaitu konsep anak dan bapa. Pangkalan data ini
berfungsi dengan baik jika mempunyai hubungan satu-ke-banyak. Struktur mesti
ditakrifkan lebih awal dan kaku. Setiap anak hanya boleh mempunyai satu bapa dan
tiada hubungan antara anak. Hubungan banyak-ke-banyak tidak boleh dilakukan. Ia mula
diperkenalkan pada tahun 1960an. Rajah 5.21 yang berikut menunjukkan contoh
pangkalan data hirarki.

Dalam pangkalan data rangkaian, setiap anak boleh mempunyai lebih dari satu bapa.
Susunan ini lebih mudah lentur dibandingkan dengan pangkalan data hirarki tetapi ada
had bilangan pautan dan memerlukan takrifan awal sebelum digunakan. Pangkalan data
ini boleh mempunyai semua jenis hubungan. Ia mula diperkenalkan pada tahun 1970an.
Kedua-dua kaedah hirarki dan rangkaian sudah tidak banyak digunakan sekarang. Rajah
5.22 menunjukkan contoh pangkalan data rangkaian.

OUM 77
PERISIAN KOMPUTER TOPIK 5

Ekonomi Sains Komputer Matematik

Mata Pelajaran

Ravi Siti Chong

Guru

Khairul Nurul Razali Lina Ramli

Guru

Rajah 5.22: Contoh pangkalan data rangkaian

Pangkalan data hubungan adalah yang paling mantap dan mudah lentur. Model
pangkalan data hubungan mula diperkenalkan oleh E.F. Codd. Ia tidak memerlukan
takrifan awal struktur pangkalan data. Data disusun dalam bentuk jadual yang
mempunyai lajur dan baris. Nama diberikan kepada setiap jadual dan lajur. Setiap jadual
mempunyai satu lajur yang unik yang dikenali sebagai kunci utama. Kunci utama ini
digunakan untuk menghubungkan jadual yang berbeza. Pangkalan data hubungan paling
banyak digunakan sekarang. Rajah 5.23 yang berikut menunjukkan contoh pangkalan
data hubungan.

Rajah 5.23: Contoh pangkalan data hubungan

78 OUM
TOPIK 5 PERISIAN KOMPUTER

Dalam pangkalan data jenis hirarki, rangkaian atau hubungan, data disimpan dalam
pangkalan data. Aturcara untuk memproses data disimpan secara berasingan di dalam
aturcara di luar pangkalan data. Satu pendekatan baru ialah data dan aturcara disimpan
di dalam pangkalan data secara serentak. Ini dinamakan pangkalan data berasaskan-
objek (object-oriented database). Pangkalan data jenis ini masih belum meluas
digunakan. Kini terdapat juga pangkalan data hubungan berasaskan objek (object-
relational database).

Rajah 5.24 menunjukkan ringkasan kepada empat jenis organisasi DBMS.

Jenis Pemerihalan

1. Hirarki Struktur data dalam nod disusun


seperti pokok terbalik; setiap nod
ibu boleh ada beberapa anak;
setiap nod anak boleh ada hanya satu ibu.

2. Rangkaian Seperti hirarki kecuali setiap anak boleh


ada beberapa ibu.

3. Hubungan Data yang disimpan dalam jadual yang


mengandungi baris dan jalur.

4. Berorientasi Objek Objek boleh termasuk ke dua-dua data dan


perlakuan yang akan diambil terhadap anda.

Rajah 5.24: Ringkasan empat jenis organisasi DBMS

5.10.3 Pelayan - Pelanggan

Kebanyakan DBMS disimpan di komputer pelayan (server). Perisian DBMS akan


menyimpan serta menguruskan data di komputer pelayan. Komputer pelanggan (client)
akan digunakan oleh pengguna untuk mencapai serta memproses data yang terdapat
dalam pangkalan data di komputer pelayan. Kaedah ini dinamakan kaedah pelanggan-
pelayan (client-server). Kaedah pelanggan-pelayan membolehkan pangkalan data
dikongsi oleh lebih banyak pengguna. Contoh DBMS untuk pelayan adalah Oracle,
Informix dan Sybase. Contoh perisian untuk untuk membina perisian antaramuka
pelanggan adalah PowerBuilder. Contoh kaedah pelayan-pelanggan adalah sistem
pendaftaran pelajar di OUM dan sistem pendaftaran pekerja asing di Jabatan Imgresen
Malaysia.

Kaedah pelanggan-pelayan mempunyai beberapa kebaikan:


(i) Pelayan mempunyai fungsi utama sebagai storan dan pemprosesan dilakukan oleh
pelanggan.
(ii) Keselamatan data pada pelayan lebih terjamin.
(iii) Keperluan perkakasan boleh ditambah dengan mudah kepada pelayan.

Pangkalan data boleh disusun dengan tiga cara: terpusat, teragih dan pelanggan-
pelayan. Dalam pangkalan data terpusat, semua pangkalan data organisasi berada pada

OUM 79
PERISIAN KOMPUTER TOPIK 5

satu komputer sahaja, lazimnya sebuah komputer kerangka besar. Kaedah ini
memudahkan pengurusan tetapi mempunyai risiko jika komputer tersebut rosak. Sebagai
contoh di OUM, jika semua pangkalan data tentang pelajar, pekerja, kewangan dan
sebagainya disimpan pada satu komputer, maka kaedah ini dinamakan pangkalan data
terpusat. Rajah 5.25 yang berikut menunjukkan kategori pangkalan data.

Rajah 5.25: Kategori pangkalan data

Dalam pangkalan data teragih (distributed), semua pangkalan data disimpan pada
beberapa komputer yang berada pada lokasi yang berbeza (bangunan, bilik, kawasan).
Sebagai contoh di OUM jika maklumat tentang pelajar Fakulti Bahasa terdapat pada
pangkalan data di Fakulti Bahasa dan maklumat pelajar Fakulti Sains terdapat pada
pangkalan data di Fakulti Sains, maka kaedah ini disebut pangkalan data teragih.
Kaedah ini lebih sulit untuk diselenggarakan.

Dalam pangkalan data pelanggan-pelayan, pelanggan menjalankan aplikasi pangkalan


data dan pelayan melaksanakan sebahagian atau semua DBMS sebenar. Contoh
pangkalan data jenis ini adalah sistem pendaftaran pelajar di OUM.

Terdapat dua cara untuk mencapai data dalam pangkalan data: melalui bahasa
pertanyaan dan melalui aturcara aplikasi seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.26.

Rajah 5.26: Kaedah capaian data

Bahasa pertanyaan (query language) adalah bahasa yang digunakan oleh


pengguna untuk mengambil data dari pangkalan data.

80 OUM
TOPIK 5 PERISIAN KOMPUTER

Dengan bahasa ini, pengguna boleh menambah, menyunting, membuang dan mencapai
pangkalan data. Contoh bahasa pertanyaan adalah SQL (Structured Query Language),
yang boleh digunakan untuk mencapai pangkalan data jenis hubungan. Contoh arahan
SQL adalah;

SELECT OWNERID, ‘is in Orders & Antiques’


FROM ORDERS, ANTIQUES
WHERE OWNERID = BUYERID
UNION
SELECT BUYERID, ‘is in Antiques Only’
FROM ANTIQUES
WHERE BUYERID NOT IN
(SELECT OWNERID FROM ORDERS);

Pengguna boleh juga mencapai pangkalan data melalui aturcara yang ditulis dalam
bahasa aturcara seperti COBOL atau C, dan mengandungi arahan SQL yang
dibenamkan di dalam aturcara tersebut. Kaedah ini dinamakan embedded SQL seperti
di dalam Rajah 5.27

/* example of embedded SQL using C */


#include

EXEC SQL BEGIN DECLARE SECTION;


int BuyerID;
char FirstName[100], LastName[100], Item[100];
main()
{
EXEC SQL CONNECT UserID/Password;
EXEC SQL DECLARE ItemCursor CURSOR FOR
SELECT ITEM, BUYERID
FROM ANTIQUES
ORDER BY ITEMS;
EXEC SQL OPEN ItemCursor;

EXEC SQL FETCH ItemCursor INTO :Item :BuyerID;


while(!sqlca.sqlcode){
EXEC SQL SELECT OWNERFIRSTNAME, OWNERLASTNAME
INTO :FirstName :LastName
FROM ANTIQUES
WHERE BUYERID = :BuyerID;
printf(“%s %s %s”, FirstName, LastName, Item);
}
exit();
}

Rajah 5.27: Contoh embedded SQL

Konsep yang banyak digunakan sekarang adalah gedung data (data warehouse), iaitu
gabungan beberapa pangkalan data yang besar dalam satu organisasi dalam bentuk
yang sesuai digunakan oleh pengguna. Satu gedung data mungkin mengandungi data
yang banyak dan ini mungkin menyukarkan pengguna menganalisa data tersebut.

OUM 81
PERISIAN KOMPUTER TOPIK 5

Ini selanjutnya melibatkan kaedah perlombongan data (data mining) iaitu satu kaedah
menganalisa data yang banyak dengan menggunakan kaedah statistik, pembelajaran
mesin, logik kabur dan kecerdasan buatan.

Latihan 5.4

1. Apakah kebaikan memiliki pangkalan data?


2. Apakah pengurusan pangkalan data?

5.11 PERISIAN MEMPROSES DOKUMEN


TEX adalah satu sistem memproses dokumen untuk menghasilkan dokumen yang
bermutu tinggi. Ia banyak digunakan dalam penerbitan jurnal atau majalah akademik.
Sistem ini sesuai digunakan terutama untuk dokumen yang melibatkan banyak rumus
matematik. Dokumen TEX adalah dalam ASCII yang mengandungi penanda-penanda
seperti sebuah dokumen HTML. Dokumen ini kemudiannya akan diproses untuk
menghasilkan satu bentuk dokumen mudahalih seperti .ps (postscript) atau .pdf
(portable documet format). Rajah 10.19 menunjukkan perisan Ghostview yang boleh
digunakan untuk memaparkan dokumen .ps dan .pdf.

Rajah 5.28: Perisian Ghostview yang memaparkan dokumen postscript

5.12 PERISIAN GRAFIK


Memaparkan grafik kepada ahli perniagaan mungkin nampak merugikan kerana terdapat
cetakan nombor yang biasa dilakukan komputer. Bagaimanapun, graf, peta dan carta
boleh membantu manusia membandingkan data, mengesan ikutan dengan lebih mudah
dan membuat keputusan lebih pantas. Penyelidikan menunjukkan bahawa manusia
belajar lebih banyak maklumat yang dipersembahkan secara visual. Tambahan lagi,
maklumat visual selalunya lebih bermakna dari satu mukasurat penuh nombor. Selain
dari mewakili nombor dan fakta, grafik kerap digunakan oleh ahli perniagaan atau sesiapa
sahaja dengan mesej untuk dihantar sebagai sebahagian dari persembahan.

82 OUM
TOPIK 5 PERISIAN KOMPUTER

Perisian grafik menggabungkan berbagai objek visual untuk menghasilkan


persembahan yang menarik dan menyeronokkan.

Penggunaan perisian grafik yang paling memuaskan adalah kerja yang dihasilkan oleh
artis grafik, mereka yang mempunyai kedua-dua kebolehan artistik dan keupayaan untuk
menggunakan perisian grafik canggih untuk mengungkapkan idea mereka. Artis
menggunakan perisian sebagai alat seni mereka untuk menghasilkan seni komputer
yang mengagumkan. Perisian grafik ialah perisian yang menukar data angka kepada
bentuk paparan grafik seperti carta palang, carta pai, dalan lain-lain lagi. Ia
membenarkan pengguna menghasilkan pelbagai jenis bentuk grafik. Antara jenis perisian
grafik ditunjukkan dalam Rajah 5.29.

Rajah 5.29: Jenis-jenis perisian grafik

(i) Grafik hiasan (decorative graphics): digunakan untuk meningkatkan penghasilan


dokumen dan tidak untuk menyampaikan maklumat. Biasanya tersirat bersama
pemproses kata seperti lukisan klip. Antara contoh perisian grafik hiasan adalah Paint
(didapati percuma dengan sistem pengendalian Windows) seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 5.30, Paint Shop Pro dan Adobe Photoshop.

Rajah 5.30: Microsoft Paint

OUM 83
PERISIAN KOMPUTER TOPIK 5

(ii) Grafik bisnes/analisis (business/analytical graphics): untuk memudahkan data angka


lebih mudah difahami. Contoh grafik sedemikian ialah carta palang, carta pai, carta
kawasan garisan, graf garis, piktogram dan gabungannya. Biasanya diperoleh dengan
menggunakan hamparan atau perisian statistik.
(iii) Grafik persembahan (presentation graphics): grafik digunakan untuk mempersembah
atau membentang data/idea kepada pelanggan atau orang lain. Grafik persembahan ini
mungkin terdiri daripada teks, jadual, lukisan klip, gambar atau grafik niaga. Contoh
perisian adalah Microsoft Powerpoint seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.31,
Freelance dan Harvard Graphic.

Rajah 5.31: Microsoft Power Point

(iv) Grafik ilustrasi (illustration graphics): satu jenis grafik persembahan yang digunakan
secara profesional. Tiga jenis perisian ilustrasi ialah lukisan (drawing), pewarnaan
(painting) dan penyuntingan imej (image editing). Contoh perisian ialah Adobe Illustrator
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.32.

Rajah 5.32: Adobe Illustrator

84 OUM
TOPIK 5 PERISIAN KOMPUTER

(v) Grafik animasi (animation graphics): untuk menambah gerakan ke atas imej dan
lukisan. Contohnya perisian Pixar yang telah digunakan untuk menghasilkan filem Toy
Story dan Toy Story II.

5.13 PERISIAN BERSEPADU


Perisian bersepadu (Integrated Software) adalah koleksi beberapa aplikasi perisian
dalam satu pakej dengan set perintah yang sepunya dan kebolehan bekerja sebagai
satu perisian dan berkongsi data. Objektifnya ialah untuk pengguna melaksanakan
berbagai tugas tanpa perlu berpindah dari satu perisian ke perisian lain. Biasanya
mengkamirkan kebolehan pemproses kata, hamparan, pengurusan pangkalan data,
komunikasi dan lain-lain. Contohnya ialah Microsoft Works, Claris Works. Selalunya
perisian jenis ini kurang berkuasa dibandingkan dengan perisian terasing.

5.14 PERISIAN PELENGKAPAN KELOMPOK


Perisian pelengkapan kelompok (groupware) adalah perisian yang digunakan dalam
rangkaian oleh sekumpulan pengguna yang bekerja dalam satu projek. Biasanya ada
empat jenis iaitu: perisian pelengkapan kelompok asas seperti Lotus Notes, perisian
alir kerja seperti Action Workflow, perisian mesyuarat seperti Vetana’s Group dan
perisian penjadualan seperti MS-Project.

5.14.1 Perisian Set

Perisian set adalah gabungan perisian-perisian yang dijual secara kelompok dengan
harga yang murah jika dibandingkan membeli setiap perisian secara berasingan.
Perisian ini berbeza dengan perisian bersepadu. Contoh perisian adalah seperti
Microsoft Office, Lotus SmartSuite, Novell PerfectOffice dan Sun StarOffice.

CD ROM untuk StarOffice boleh didapati secara percuma dengan


melayari http://www.sun.com.

5.14.2 Perisian Penerbitan Meja

Perisian penerbitan meja (desktop publishing software) ialah perisian yang digunakan
untuk tujuan percetakan atau penerbitan yang lebih maju dari perisian pemprosesan
kata. Ciri perisian ini adalah seperti kemampuan mengadunkan teks dan grafik, berbagai
jenis gaya dan bentangan, boleh mengimport bahan dalam format yang berbeza dan
bahasa pemerihalan halaman (page description language). Contoh perisian penerbitan
meja adalah seperti Microsoft Publisher, Pagemaker, FrameMaker dan QuarkXPress.
Rajah 5.33 menunjukkan contoh antaramuka perisian Pagemaker.

OUM 85
PERISIAN KOMPUTER TOPIK 5

Rajah 5.33: Adobe PageMaker

5.14.3 Perisian Multimedia

Perisian pembentangan multimedia atau pengarangan multimedia membolehkan


pengguna mengabungkan teks, grafik, animasi, video, muzik, suara dan bunyi dalam
persembahan. Perisian ini memudahkan pembangunan perisian berasaskan
multimedia. Contoh perisian multimedia adalah seperti Multimedia ToolBook, Authorware,
Flash dan Director. Rajah 5.34 menunjukkan contoh perisian Flash.

Rajah 5.34: Macromedia Flash

86 OUM
TOPIK 5 PERISIAN KOMPUTER

RUMUSAN
Dalam topik ini, kita telah pun mempelajari dengan lebih dekat berkenaan perisian
sistem. Walaupun perisian sistem jarang diperkatakan, kepentingannya tidak boleh
dinafikan. Sistem pengoperasian mengurus sumber, memberi antara muka pengguna
dan menjalankan aplikasi. Windows, Mac OS, Unix dan Linux adalah sistem
pengoperasian yang selalu digunakan. Selain itu kita juga telah melihat perisian aplikasi
yang sering digunakan bagi meningkatkan produktiviti organisasi mahupun individu
seperti pemprosesan kata, hamparan, pangkalan data dan perisian pelengkap kelompok.

OUM 87

Anda mungkin juga menyukai