Anda di halaman 1dari 5

EPPM 4213 SEMINAR PERAKAUNAN PENGURUSAN

SEMESTER 2

2020/2021

TAJUK :

PENGURUSAN KOS KONTEMPORARI

PENSYARAH:

PROF MADYA DR SOFIAH MD AUZAIR

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO. MATRIK

NURUL IZZWANI BINTI AHMAD YUSRI A167986

FATIN NADHIRAH BINTI TAJUDIN A168139

NAJWATUL FARHANA BINTI SHARIDAN A168165

NOOR AMIRA BINTI KAMAL A168171

NURUL ADLEINA BINTI OMAR A168172

HUSNA NAJIHAH BINTI MOHD ZIN A168447

NURDALILAH YASMIN BINTI MOHD NIZAR A172135


Definisi

Pengurusan kos kontemporari merupakan suatu sistem pengekosan yang dilaksanakan


oleh perniagaan atau organisasi sebagai strategi dalam pengawalan kos-kos yang dilibatkan.
Pengurusan kos kontemporari ini mempunyai perbezaan dengan sistem pengekosan tradisional
dimana semasa proses pengawalan kos, pelbagai aspek yang dilibatkan termasuklah pasaran,
pelanggan dan peningkatan berterusan. Pengekosan kos kontemporari terbahagi kepada tiga iaitu
kos kitaran hayat produk, pengekosan sasaran dan pengekosan kaizen.

Jenis-jenis Pengurusan Kos Kontemporari

Pengekosan Kitaran Hayat Produk

Pengekosan kitaran hayat produk terdiri daripada tindakan yang diambil supaya
produk dapat direka, dikembang, dihasil, dipasar, diedar, dikendali, dikekal,diservis dan
dilupuskan supaya keuntungan kitaran hayat dapat dimaksimumkan. Terdapat tiga
pandangan terhadap pengekosan kitaran hayat produk; pemasaran, pengeluaran dan usia
boleh guna. Bagi pemasaran, ia merangkumi empat peringkat jualan produk iaitu
pengenalan, perkembangan, kematangan dan penurunan. Bagi pengeluaran, ia
merangkumi kos mengikut aktiviti antaranya adalah kos pengeluaran, kos logistik dan
kos penyelidikan dan pembangunan. Pandangan untuk usia boleh guna pula merangkumi
kos pembelian, kos operasi, kos penyelenggaraan dan kos pelupusan.

Penggunaan pengekosan kitaran hidup memberi banyak kebaikan kepada


sesebuah syarikat terutamanya dalam proses pembuatan keputusan yang lebih efektif.
Antara lain manfaat yang dapat daripada kos kitaran hidup adalah pengekosan kitaran
hidup akan membolehkan syarikat memilih produk yang paling menguntungkan yang
akan dibuat. Ini akan membantu memaksimumkan kekayaan pemegang saham serta
prestasi pengurusan. Ia juga membolehkan perbandingan dari satu produk ke produk yang
lain. Perbandingan keuntungan tahunan tidak cukup kerana mengabaikan kos R&D dan
juga kos luar jangka yang akan berlaku selepas jangka hayat produk. Selain itu, pengiraan
kos seunit produk akan menjadi lebih tepat, walaupun semua perbelanjaan sejak R&D
hingga kos pemulihan termasuk dalam produk, keuntungan setiap produk akan lebih
realistik daripada kaedah tradisional. Seterusnya, pengurusan akan dapat melihat
anggaran penuh, yang merangkumi jangka hayat produk; semua perbelanjaan dan
pendapatan disertakan sehingga semua maklumat. Oleh itu, kaedah ini akan
membolehkan pihak pengurusan memberi tumpuan kepada masa depan syarikat jangka
panjang daripada memenuhi sasaran jangka pendek dan mendapat bonus yang tinggi.

Walau bagaimanapun, setiap kaedah akan terdapat kekurangnya yang menjadi


kesan kepada sesebuah organisasi. Antara keburukan penggunaan pengekosan kitaran
hidup adalah tidak flexibel ketika perubahan pasaran. Kitaran hidup mengharapkan
pasaran sama persis dengan produk untuk dikembangkan, dihasilkan, dan dijual ke
pasaran. Tetapi semuanya berubah dari semasa ke semasa, dan ini akan memberi kesan
kepada kehidupan sesuatu produk. Oleh kerana tren, pelanggan mungkin memerlukan
produk yang berbeza pada saat organisasi mencapai pasaran. Produk tersebut mungkin
lebih pendek kerana pesaing terus memasukkan produk yang serupa atau lebih baik ke
pasaran. Dengan semua perubahan ini, keadaan sebenarnya akan berbeza dengan
jangkaan, dan ini akan mempengaruhi rancangan strategik sesebuah organisasi. Selain itu,
Kaedah ini sangat bergantung pada anggaran pendapatan yang diterima dari penyelidikan
pasaran dan pengalaman masa lalu. Sekiranya ada yang salah dengan angka penjualan,
keseluruhan sistem tidak akan berfungsi. Oleh itu, produk tersebut akan mengurangkan
keuntungan atau malah membuat kerugian kepada syarikat.

Pengekosan Sasaran

Pengekosan sasaran adalah satu sistem dimana sebuah syarikat merancang


terlebih dahulu harga produk, kos produk, dan margin keuntungan yang perlu dicapai
bagi produk baru. Pihak pengurusan mempunyai alat yang boleh memantau produk dari
fasa reka bentuk seterusnya di seluruh kitaran hayat produk. Ia ditakrifkan sebagai alat
pengurusan kos yang paling penting untuk mengurangkan kos keseluruhan produk.
Apabila menentukan harga produk, syarikat perlu mengambil kira harga produk lain yang
sama jenisnya dalam pasaran. Kos sasaran produk dikira dengan harga jualan produk
yang disasarkan kemudian ditolak keuntungan yang dikehendaki.

Antara kebaikan pengekosan sasaran ini adalah:

● Mendorong pihak pengurusan untuk terus meningkatkan proses dan berinovasi


untuk mendapatkan kelebihan kos yang kompetitif.

● Berpusatkan pelanggan kerana syarikat membuat produk dari harapan


pelanggan. Jangkaan ini mungkin dari sudut harga atau ciri atau kedua-duanya.
Oleh itu, nilai produk lebih kepada pelanggan.

● Membantu syarikat dalam mewujudkan ekonomi skala

● Syarikat secara automatik menjadi proaktif dalam menukar peluang pasaran


baru menjadi simpanan sebenar. Ini membantu syarikat dalam memberikan nilai
terbaik untuk wang kepada pihak berkepentingan.
Keburukannya:

● Teknik ini akan mengambil masa yang panjang kerana produk perlu melalui
beberapa perubahan untuk memenuhi kos sasaran.

● Pendekatan ini melibatkan beberapa kumpulan/orang, maka sukar untuk


mencapai kata sepakat.

● Pasukan projek perlu bekerja lebih masa untuk memenuhi kos sasaran.

● Pengurangan kos akan mengurangkan semangat pekerja.

● Kadang kala, pasukan akan memutuskan untuk memilih produk yang berkualiti
rendah untuk memenuhi kos sasaran.

● Mungkin berlaku ketinggalan kos yang penting kerana ingin memenuhi kos
sasaran dan akan mengakibatkan kerugian.

Seterusnya, pengekosan sasaran mempunyai empat peringkat. Peringkat pertama


adalah dengan menentukan harga sasaran yang melambangkan nilai spesifikasi atau
fungsi produk menurut kaca mata pelanggan. Peringkat kedua, margin untung sasaran
ditentukan bagi memenuhi jangkaan kedua dua syarikat dan pelabur. Peringkat ketiga
harga sasaran akan ditolak margin untung sasaran untuk mencapai kos sasaran seunit.
Peringkat terakhir, dengan melaksanakan proses kejuruteraan nilai termasuk menganalisis
setiap komponen keluaran untuk menentukan sama ada boleh mengurangkan kos sambil
mengekalkan fungsi dan prestasi.

Pengekosan Kaizen

Pengekosan kaizen menumpukan pengurangan kos perkilangan semasa fasa


pengeluaran, di mana fokus utamanya adalah penambahbaikkan berterusan. Ia digunakan
bagi membuat perbaikkan kepada satu proses yang melalui amaun yang kecil dan tidak
melalui inovasi yang besar. Langkah-langkah kaizen adalah 1. Mencari peluang
penambahbaikan, 2. Menganalisa kaedah semasa, 3. Menjana idea asal, 4. Bina
rancangan pelaksanaan, 5. Laksanakan rancangan, dan 6. menilai kaedah baru. Proses ini
akan diulang bagi setiap penambahbaikkan yang diperlukan.

Dalam satu contoh, di kilang pengeluaran Toyota mereka mengamalkan kaedah


ini dan berjaya menjimatkan kos pengeluaran dari sudut masa. Di bahagian pemasangan
stereng kereta yang menggunakan skrew diambil secara manual kemudian dipasang
sendiri oleh pekerja, mereka telah melakukan inovasi dengan mengeluarkan skrew secara
automatik mengikut bilangan yang diperlukan bagi setiap stereng kereta dan driller
tersebut dipasang sekali dengan mesin itu dan memudahkan pekerja untuk terus
memasangnya. Hal ini membuktikan bahawa inovasi yang dapat memberikan perubahan
yang lebih baik adalah sesuatu yang bagus walaupun ianya tidak dapat dilihat dalam
impak yang begitu besar.

Perbezaan pengekosan standard dengan pengekosan Kaizen yang pertama adalah


dari segi sasaran pengurangan kos. Bagi pengekosan Kaizen, sasaran pengurangan kos
ditetapkan dan dilaksanakan secara bulanan manakala bagi pengekosan standard,
piawaian ditetapkan secara tahunan ataupun dua kali setahun. Selain itu, perbezaan yang
kedua adalah dari segi analisis sisihan kos yang mana analisis sisihan kos bagi pegekosan
Kaizen melibatkan kos Kaizen berbanding kos sebenar manakala pengekosan standard
mengambil kira analisis sisihan kos sebenar dengan kos standard. Seterusnya, perbezaan
dari segi penyiasatan yang mana penyiasatan akan berlaku sekiranya sasarantidak
tercapai bagi pengekosan Kaizen manakala bagi pengekosan standard, penyiasatan akan
dilakukan sekiranya standard tidak tercapai.

Anda mungkin juga menyukai