Anda di halaman 1dari 1

Membincangkan punca-punca dan kesan-kesan konflik persempadanan dan tuntutan

bertindih.

Terdapat dua konflik persempadanan iaitu antara Malaysia dengan Singapura serta antara
Malaysia dengan Indonesia.

Punca-punca konflik persempadanan dan tuntutan bertindih antara Malaysia dengan


Singapura adalah disebabkan tuntutan pemilikan Pulau Batu Putih. Hal ini demikian kerana
penyingkiran Singapura dari Malaysia pada tahun 1956 serta melibatkan pemimpin. Salah
faham dan persengketaan dalam penafsiran perjanjian persempadanan dan undang-undang
laut antarabangsa (kedudukan sempadan maritim yang tidak jelas) telah berlaku. Selepas
perbicaraan di Makhamah Keadilan Kebangsaan, Singapura dijadikan pemilik Pulau Batu
Putih. Disebabkan pelbagai helah telah dibuat oleh Singapura untuk mempertahankan
tuntutan seperti memburukkan kerajaan Malaysia dan mewujudkan suasana yang tegang
sebagai provokasi kepada Malaysia, maka berlakulah kemerosotan hubungan antara
Singapura dengan Malaysia.

Selain itu, punca-punca konflik persempadanan dan tuntutan bertindih antara Malaysia
dengan Indonesa adalah disebabkan tuntutan pemilikan Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan. Isu
perebutan ini menjadi bertambah gawat apabila berlaku pertembungan kepentingan ekonomi
antara kedua-dua buah negara berkaitan hak eksplorasi industri minyak di kawasan tersebut.
Akhirnya, Isu ini dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Keputusan yang dikeluarkan
memberikan hak kedaulatan wilayah Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan kepada Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai