Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

TUGASAN KERJA KURSUS


TAHUN AKADEMIK JUN - OKTOBER 2021

Program : PISMP Nama Pelajar:

Kod : PSVK3243 Semester / Tahun:


Semester 1 Tahun 2
Nama Kursus: ASAS
MEMBENTUK DAN MEMBUAT Ambilan : Jun 2020
BINAAN DAN MENGENAL KRAF Kumpulan : Unit V1 dan V2 (Elektif Teras)
TRADISIONAL

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar

1. ePortfolio 1 Julai 2021 30 Julai 2021

2. Penghasilan Produk 5 Ogos 2021 16 Ogos 2021

Hasil Pembelajaran Kursus:


1. Menjelaskan pelbagai jenis aktiviti, alat, bahan dan teknik dalam empat
bidang kegiatan iaitu Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan,
Membentuk dan Membuat Binaan serta Mengenal Kraf Tradisioanl (C2,
A2, PLO1).
2. Menyediakan koleksi setiap bidang kegiatan Pendidikan Seni Visual
untuk menghasilkan sebuah portfolio dengan merujuk pelbagai sumber
terkini (C3, A2, PLO6, LL1).
3. Membina instrumen bagi pentaksiran empat bidang Pendidikan Seni
Visual untuk mengukur tahap kemajuan murid (C6, A4, PLO3, CTPS3).

4. Melaksanakan pentaksiran empat bidang kegiatan Pendidikan Seni


Visual (C4, A5, PLO3, CTPS4).

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1,2 dan 3

Objektif Kerja Kursus:


Pelajar dapat :
1. Menunjukkan kefahaman mengenai pelbagai jenis aktiviti, alat, bahan dan teknik
yang berbeza dalam empat bidang kegiatan iaitu Menggambar, Membuat Corak
dan Rekaan, Membentuk dan Membuat Binaan serta Mengenal Kraf Tradisional
dalam penyediaan ePortfolio.

2. Menjelaskan dengan contoh setiap bidang kegiatan dalam sebuah ePortfolio


dengan merujuk kepada pelbagai sumber terkini serta menghayati nilai yang
terkandung di dalamnya.

3. Menyediakan instrumen pentaksiran bagi empat bidang kegiatan Pendidikan Seni


Visual yang sesuai dengan mengambilkira prinsip dan proses yang telah dipelajari.

Seorang pelajar yang mengambil kursus Pendidikan Seni Visual perlu


memahami dan menguasai empat bidang iaitu Menggambar, Membuat Corak
dan Rekaan, Membentuk dan Membuat Binaan dan Mengenal Kraf Tradisional
dengan baik. Berdasar pengetahuan dan kefahaman, pelajar dapat menyediakan
instrumen pentaksiran yang sesuai dengan setiap bidang. Penghayatan nilai
dalam empat bidang memberi ruang kepada pelajar untuk menjelaskan alat,
bahan dan teknik yang digunakan dalam pelbagai jenis aktiviti.

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

Tugasan 1: ePortfolio (50 markah)

Tugasan ini dijalankan secara individu:

Membuat dokumentasi sebuah ePortfolio dengan menjelaskan bersama contoh


terhadap alat, bahan dan teknik dalam empat bidang kegiatan berdasar kefahaman
proses yang telah dipelajari. Penjelasan perlu merujuk kepada pelbagai sumber
terkini.

i. Mencari maklumat dengan mengemukakan konsep yang jelas berserta contoh-


jenis-jenis aktiviti dalam empat bidang berkenaan.
ii. Membuat penerokaan alat, bahan dan teknik bagi empat bidang kegiatan yang
dihasilkan.

Spesifikasi Kandungan ePortfolio


1. Minimum 30-50 slaid Power Point.
2. Saiz dan font bergantung kepada kesesuaian slaid Power Point yang disediakan.
3. Kandungan ePortfolio:
i Pengenalan tentang empat bidang kegiatan serta alat, bahan dan teknik
sesuai yang digunakan.
ii Jelaskan proses penghasilan yang berkaitan dengan memasukkan empat
bidang kegiatan.
iii Rujukan dari pelbagai sumber terkini.
iv Lampiran
v Rujukan
4. Mengandungi proses penghasilan ePortfolio yang artistik dan kreatif.
5. Muka hadapan ePortfolio merangkumi :
i Nama Pelajar
ii Angka Giliran
iii No.Kad Pengenalan
iv Kumpulan
v Kod dan Nama Kursus
vi Tajuk Tugasan Projek
vii Nama Pensyarah Akademik
viii Tarikh hantar

Tugasan 2 : Penghasilan Produk (20 markah)


Tugasan ini hendaklah dijalankan secara individu.

Menyediakan satu Instrumen Pentaksiran yang sesuai bagi Bidang Menggambar,


Membuat Corak dan Rekaan, Membentuk dan Membuat Binaan dan Mengenal Kraf
Tradisional.

i Memilih satu instrumen yang sesuai bagi setiap bidang kegiatan.


ii Perincikan proses perkembangan kemajuan murid berdasar aktiviti yang
dilaksanakan.
iii Rumusan kriteria kejayaan berdasar instrumen pentaksiran bagi setiap satu
bidang kegiatan.

Spesifikasi Hasil Karya


1. Menggunakan instrumen yang sesuai dengan rubrik yang jelas.
2. Penyediaan instrumen mengandungi elemen untuk menguji kemajuan murid,
mudah, ringkas dan tepat.

Arahan Pelaksanaan Tugasan

1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.


2. Tugasan anda haruslah meliputi perkara berikut :
i Pengurusan grafik yang digunakan hendaklah kreatif dan menarik.
ii Proses perkembangan idea yang kreatif dan asli serta mengikut turutan yang
betul.
iii Produk dihasilkan dengan kemas dan tepat sepertimana yang dicadangkan.
3. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.
4. Rujukan perlulah dari pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak
tugasan (sekurang-kurangnya sumber dari 4 buah buku, 3 internet, 3 jurnal, 2
bahan bercetak yang lain)
5. Amalan plagiat tidak dibenarkan.
6. Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 70%.
7. Keaslian, visual yang berseni dan kreatif serta ketepatan maklumat dari pelbagai
sumber perlu diambil kira dalam menyediakan bahan-bahan yang diperlukan.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

__________________________________ _____________________________
(Nama: DR.SITI HAYATI MOHD YUSOFF) (Nama :DR KASRAN BIN MAT JIDDIN)
Pensyarah / Penyelaras Kursus Pakar Bidang (SME)
Disahkan oleh:

_______________________________
(Nama AZMI :BIN MOHAMAD @ MD JALANI
Ketua Jabatan
)
KetuaJabatan Jabatan Sains Sosial
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh

Anda mungkin juga menyukai