Muhammad Zahir Bin Mohd Fadle - 2021122340083 - Pa

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 14

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
JOHOR

EDUP 3013
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Nama : MUHAMMAD ZAHIR BIN MOHD


FADLE

No. K/P : 021108-04-0243

Angka Giliran : 2021122340083

Program : PISMP

Ambilan : JUN 2020

Unit : BIMBINGAN DAN KAUNSELING 2

Tugasan 1 : Penulisan Akademik

Nama Pensyarah : EN. MOHAMAD DAUD


BIN ABU YAMIN

Tarikh Hantar : 31 JULAI 2021


PENGAKUAN PELAJAR

Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar: ZAHIR Tarikh : 31 JULAI 2021

PEMERIKSA MODERATOR

Markah Markah

Tandatangan Tandatangan

Cop Cop

Tarikh Tarikh
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS (PROJEK/AMALI)

PEMERIKSA
Kekuatan :

Aspek yang perlu diperbaiki :

MODERATOR
Kekuatan :

Aspek yang perlu diperbaiki :

Tanda tangan Pemeriksa : Tanda tangan Moderator :

Tarikh : Tarikh :
Pengesahan pelajar terhadap maklum balas yang diberikan pensyarah :

Saya *faham dan bersetuju / tidak bersetuju dengan maklum balas yang diberikan oleh pensyarah

Tanda tangan pelajar

..................................ZAHIR................................................
( MUHAMMAD ZAHIR BIN MOHD FADLE )
ISi KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

1. PENGHARGAAN 4

2. 1.0 PENGENALAN 5

3. 2.0 ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA


2.1 lsu Fizikal Sekolah
2.2 lsu Keselamatan Sekolah 6-11
2.3 lsu Disiplin Pelajar

4. 3.0 RUMUSAN 12

5. RUJUKAN 13
PENGHARG AAN

Pertamanya-tamanya dan selama-lamanya, bersyukur ke hadrat llahi atas limpah dan


kurnia-Nya, saya masih lagi dapat menyiapkan tugasan esei kerja kursus EDUP3013
(Falsafah dan Pendidikan di Malaysia) dengan jayanya dalam waktu yang ditetapkan.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah saya, Encik
Mohamad Daud Bin Abu Yamin kerana telah banyak membimbing saya dengan penuh
sabar dalam menyiapkan tugasan yang diberikan kepada saya tanpa rasa letih dan jemu
sehingga tugasan ini berjaya disiapkan.

Selain itu, saya amat berterima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya atas doa,
dorongan dan semangat yang tidak putus-putus diberikan kepada saya. Mereka juga turut
memberi saya nasihat-nasihat yang memberangsangkan sehingga kerja kursus ini siap
dengan suksesnya.

Seterusnya, tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang turut
memberikan pertolongan dan nasihat dalam menyiapkan tugasan ini sehingga saya dapat
menyiapkannya dengan baik. Akhir sekali, saya juga ingin berterima kasih kepada mereka
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan tugasan kerja kursus
saya.

4
1.0 PENGENALAN

Pendidikan menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) adalah perihal atau
perbuatan mendidik manakala dalam portal Wikipedia (2019) pula menyatakan bahawa
pendidikan ini merangkumi proses pengajaran dan pembelajaran kepakaran yang khusus dan
juga sesuatu yang tidak dapat dilihat tetapi lebih mendalam melalui pengetahuan ,
pertimbangan, kemahiran dan kebijaksanaan. George F. Kneller (1971) juga mengatakan
bahawa pendidikan ialah "In its broad sense, education refers to any act or experience that
has formative effect on the mind, character or physical ability of an individual ...In its technical
sense education is the process by which society, through schools, colleges, universities and
other institutions, deliberately transmits its cultural heritage- its accumulated knowledge,
values and skills- from one generation to another ..." (Noriati A. Rashid et.al,2016). Selain itu,
istilah pendidikan dalam Islam adalah lebih meluas, menyeluruh dan merangkumi semua
aspek-aspek kehidupan manusia. Buktinya, aspek kepercayaan (akidah), undang-undang
(syariah), akhlak dan adab, sains dan teknologi, politik dan lain-lain semuanya terkandung di
dalam al-Quran dan hadis. Syed Muhammad Qutb (1992) mengatakan bahawa ianya adalah
merangkumi kehidupan di dunia dan di akhirat dalam satu disiplin yang lengkap.

Pendidikan di Malaysia berperanan untuk melahirkan insan yang beriman, berilmu,


berakhlak mulia, berketerampilan dan sejahtera. Pendidikan yang berterusan dapat
menjadikan seseorang itu berfikir dengan lebih jauh ke depan. Hal ini dapat melahirkan
generasi-generasi muda yang dapat menyumbang kepada kemajuan negara sekaligus dapat
menjadikan Malaysia ini setaraf dengan negara-negara maju yang lain seperti Finland,
Switzerland dan Jepun khususnya dalam bidang pendidikan. Perkara ini selari dengan hasrat
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang ingin menjadikan
Malaysia dalam kelompok satu per tiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa mengikut
ukuran Trends in lntternational Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Programme
International Student Assessment (PISA).

Pihak kerajaan perlu menyediakan pelbagai kemudahan khususnya kepada para


guru dan murid supaya mereka lebih bersedia dalam pengajaran dan pembelajaran. Perkara
ini adalah dalam usaha untuk memajukan sistem pendidikan di Malaysia agar ianya dapat
memberi manfaat kepada guru dan murid itu sendiri. Namun, pendidikan di Malaysia juga turut
mengalami beberapa isu yang menyebabkan kualiti pendidikan masih lagi tidak mampu untuk
berada dalam carta 10 tertinggi di peringkat antarabangsa.

5
2.0 ISU-ISU PENDIDIKAN DAN PENYELESAIANNYA

2.1 ISU FIZIKAL SEKOLAH

Fizikal sekolah yang baik dan lengkap merupakan salah satu elemen yang paling
penting dalam pendidikan di sekolah khususnya bagi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
para guru dan murid. Fizikal sekolah ini merujuk kepada persekitaran, kemudahan dan
kelengkapan yang disediakan oleh pihak sekolah bagi keselesaan guru dan murid. Menurut
Friedrich Froebe! (1837), beliau berpendapat bahawa suasana untuk pembelajaran mestilah
ceria terutamanya di dalam kelas. Sebagai contoh, sesebuah kelas itu mestilah mempunyai
ruang pengudaraan yang baik, dipenuhi dengan warna-warna yang ceria dan saiz kelas yang
luas supaya memudahkan aktiviti yang dijalankan di dalam kelas semasa PdP. Semua
perkara ini amat penting demi meningkatkan minat para pelajar untuk belajar dalam suasana
yang selesa dan kondusif. Kesannya, prestasi murid dan sekolah juga akan terus
meningkat.

Fizikal sekolah yang baik juga termasuklah kelengkapan infrastruktur yang


disediakan oleh pihak sekolah tersebut mencukupi dari pelbagai aspek. Contohnya, bilangan
kerusi dan meja di dalam kelas, kemudahan capaian WiFi yang baik untuk mengakses internet
bagi tujuan pembelajaran, alatan-alatan sukan dan sebagainya. Namun, kebanyakan
sekolah di Malaysia sering mengalami permasalahan yang melibatkan kelengkapan
infrastruktur ini. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Mahyudin Arsat dan Maizura Mohd
Yunus (2008) mengenai "Cabaran guru di sekolah pedalaman di daerah Muar, Johor", hasil
dapatan kajian tersebut mendapati bahawa seramai 36 orang daripada 72 orang guru yang
bersetuju mengenai kekurangan infrastruktur di sekolah pedalaman ini seperti tidak mempunyai
kelengkapan makmal sains yang baik. Hal ini menyebabkan proses PdP gurudan murid
terganggu terutamanya apabila melibatkan topik atau bab yang memerlukan aktiviti amali
seperti eksperimen. Para murid juga tidak akan merasai pengalaman melakukan eksperimen
dan akan menjejaskan proses pembelajaran mereka.

Selain itu, dalam satu portal rasmi My Metro yang ditulis oleh Nur Saliawati Salberi
pada 4 Januari 2020, terdapat satu isu di Melaka pada awal tahun 2020 mengenai
masalah kekurangan kerusi dan meja untuk para pelajar.

6
Menurut kenyataan dalam portal tersebut, sebanyak 40 buah meja dan 90 buah kerusi yang
masih tidak mencukupi bagi para pelajar. Hal ini menyebabkan para pelajar mempunyai
kesukaran sepanjang berlangsungnya proses pembelajaran kerana tiada kerusi untuk
diduduki dan tiada meja untuk menulis isi-isi pembelajaran. Seterusnya, kekurangan
infrastruktur seperti kemudahan capaian internet menyebabkan para pelajar tidak dapat untuk
menyempurnakan proses PdP. Masalah ini sering berlaku di sekolah-sekolah luar bandar.
Hal ini dapat dibuktikan melalui sebuah laman web rasmi Sarawak Voice, penulis
menyatakan bahawa kekurangan kemudahan internet di kawasan sekolah luar bandar ini
menyebabkan para pelajar tidak berminat untuk menjalankan proses PdP secara dalam
talian terutamanya apabila terjadinya wabak pandemik yang melanda negara masa kini. Hal
ini kerana liputan internet yang tidak dapat dicapai sepenuhnya menyebabkan proses
pembelajaran itu menjadi bosan dan tidak menarik.

Oleh yang demikian, pihak-pihak yang bertanggungjawab hendaklah segera dalam


menyelesaikan masalah infrastruktur yang tidak mencukupi ini. Pihak-pihak yang
bertanggungjawab khususnya pihak kerajaan dan pihak sekolah hendaklah peka dan
prihatin terhadap nasib para pelajar yang mengalami kesukaran dalam pembelajaran.
Mereka perlulah membuat tinjauan di setiap sekolah untuk mengetahui keadaan fizikal
sesebuah sekolah dan segera membuat tindakan apabila berlakunya perkara yang
menghalang proses PdP. Pihak sekolah juga hendaklah sentiasa bersedia dalam segala
perkara. Sebagai contoh, kekurangan kerusi dan meja disebabkan oleh pihak pengurusan
sekolah yang tidak bersedia dan tidak peka dengan jumlah kemasukan para pelajar baharu
atau para pelajar yang sedia ada ke sekolah. Pihak sekolah patut membuat pemeriksaan
terhadap setiap kelas yang ada di sekolah tersebut dan melaporkan kepada pihak atasan
seperti Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) sekiranya terdapat sebarang permasalahan di
sekolah tersebut.

7
2.2 ISU KESELAMATAN SEKOLAH

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), keselamatan yang diambil dari
kata dasar selamat bermaksud terpelihara atau terhindar daripada bencana, terlepas
daripada bahaya, aman sejahtera dan tidak mendapat apa-apa gangguan.

lsu ini tidak asing lagi di sekolah terutamanya untuk para guru dan murid. Pada
tahun 2016, terdapat satu kes yang meragut nyawa seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah di
Kelantan. Hal ini terjadi ketika pelajar lelaki tersebut dan rakan-rakannya sedang bermain bola
untuk subjek Pendidikan Jasmani dan tiang gol yang terdapat di padang bola itu secara tiba-
tiba sahaja menghempap mangsa dan menyebabkan kematian. Selain itu, ibu bapa zaman
kini juga sering melaporkan perbuatan guru yang dilakukan terhadap anak-anak mereka
kepada pihak-pihak atasan. Sebagai contoh, pada tahun 2017, terdapat satu kes yang tular di
seluruh Malaysia tentang seorang guru yang menampar anak muridnya kerana kesalahan
disiplin di sebuah sekolah di Negeri Sembilan. Kes ini berlanjutan apabila bapa kepada anak
murid tersebut melaporkan perkara itu dan memfailkan kes tersebut ke mahkamah.

Seterusnya, isu mencabul pelajar yang sering berlaku di sekolah yang dilakukan
oleh tukang kebun, pengawal sekolah dan terdapat juga kes yang melibatkan guru ini
menjadi satu kebimbangan khususnya kepada pelajar perempuan. Menurut statistik yang
dibuat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), kes cabul di sekolah ini semakin meningkat
sebanyak 15.5% pada tahun 2018. Menurut Naib Pengerusi Kanan, Yayasan Pencegahan
Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye, perkara ini adalah satu perkara yang
membimbangkan dan perlu dibendung. Pada awal tahun 2020, terdapat satu kes cabul di
sebuah sekolah di Terengganu yang melibatkan tukang kebun ke atas beberapa orang
pelajar perempuan di sekolah tersebut.

Bagi menangani perkara ini dari terus berlaku, pihak pengurusan sekolah perlu
memastikan segala peralatan-peralatan di sekolah selamat untuk digunakan. Sebagai contoh
kepada kes tiang gol yang menghempap pelajar lelaki itu, pihak pengurusan sekolah
hendaklah sentiasa peka dan memastikan bahawa segala peralatan yang berat dan
membahayakan itu kukuh dan tiada kemungkinan bahawa peralatan-peralatan itu akan jatuh
dan sebagainya.

8
Pihak pengurusan juga perlu bertindak dengan segera apabila terjadinya masalah-masalah
yang berlaku di sekolah dan bukannya hanya membiarkan sahaja perkara itu berlarutan
sehingga terjadinya isu yang lebih besar. Sebagai contoh, isu pencabulan yang berlaku perlu
diambil berat oleh pihak sekolah dengan membuat laporan kepada PPD dan polis supaya
pesalah dapat dikenakan hukuman yang setimpal. lsu yang melibatkan guru dan murid juga
perlu dikendalikan dengan baik dan tidak perlu sehingga menjadi kes di mahkamah. Para
guru dan murid juga hendaklah sentiasa berwaspada dan berhati-hati dengan persekitaran
masing-masing demi menjaga keselamatan diri sendiri.

2.3 ISU DISIPLIN PELAJAR

Setiap sekolah pasti tidak akan terlepas dengan istilah masalah disiplin pelajar.
Disiplin merupakan perkara yang amat penting yang perlu ada dalam diri setiap pelajar untuk
membina sahsiah diri pelajar yang baik. Disiplin juga merupakan panduan kepada
seseorang untuk tidak melakukan perkara yang menyalahi undang-undang ataupun
peraturan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), disiplin didefinisikan sebagai
kepatuhan atau ketaatan pada tatatertib dan peraturan. Disiplin akan menjadikan seseorang
pelajar itu membentuk tingkah laku yang baik, mengelakkan daripada melakukan aktiviti
negatif, dapat melahirkan keterampilan diri yang tinggi dan juga dapat mencari kestabilan
secara mentaliti kepada diri pelajar tersebut.

Banyak isu yang berlaku di sekolah yang melibatkan masalah disiplin pelajar.
Antaranya ialah vandalisme. Terdapat satu kes di sebuah sekolah di Kelantan pada tahun 2019
yang melibatkan masalah vandalisme dalam kalangan pelajar ini. Menurut portal rasmi Sinar
Harian yang ditulis oleh Rosmiza Kasim pada 22 November 2019, pelajar-pelajar tersebut
terdiri daripada pelajar lelaki yang berusia dalam lingkungan 14 tahun. Mereka memecahkan
lapan buah kerusi yang digunakan oleh pelajar yang lain di dalam sebuah kelas dan
dianggarkan mengalami sedikit kerugian. Kesannya, pelajar-pelajar yang lain tidak dapat
untuk belajar dengan selesa akibat kerusi mereka yang telah rosak. Nama baik sekolah juga
akan turut tercemar lantaran perkara tersebut sudah menjadi tular di seluruh Malaysia. lsu
disiplin yang terjadi dalam kalangan pelajar ini adalah kerana tiada penerapan aspek disiplin
dalam diri mereka. Berdasarkan Thomas Hobbes (1889), tanpa peraturan moral, akan wujud
satu keadaan konflik yang tidak berkesudahan dan persengketaan yang mengakibatkan
kehidupan manusia menjadi jahat,bersifat buas dan angkuh.
9
Begitu juga dengan masalah disiplin pelajar yang melibatkan buli. Kes buli ini
memang tidak asing dari dahulu lagi terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah. Naib
Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata
dalam satu portal rasmi Serita Harian, beliau menyatakan bahawa sebanyak 1,054 kes buli
yang dilaporkan sepanjang enam bulan pada tahun 2018. Angka ini menjadi satu perkara yang
membimbangkan. Sebagai contoh, pada tahun 2020, terdapat satu kes buli yang berlaku di
sebuah sekolah di Perlis yang melibatkan tiga orang pelajar Tingkatan 2 yang lebam akibat
dibelasah oleh lima orang pelajar Tingkatan 5. Lima orang pelajar senior yang membuli
pelajar junior itu membuat dakwaan kononnya pelajar-pelajar Tingkatan 2 itu tidak
menghormati mereka sebagai pelajar senior.

Seterusnya, perbuatan merokok juga merupakan isu disiplin pelajar yang


semakin berleluasa di sekolah-sekolah di Malaysia. Buktinya, seramai 1,095 orang pelajar
sekolah rendah dan seramai 68,321 pelajar sekolah menengah yang terlibat dalam isu
merokok di sekolah melalui saringan kesihatan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
pada tahun 2018 . Perbuatan merokok ini bukan sahaja di dalam sekolah malah para pelajar
juga ada merokok di luar sekolah. Sebagai contoh, di Sarawak terdapat satu kes yang
melibatkan empat orang pelajar sekolah yang dikompaun akibat merokok di sebuah premis
makan. Perkara ini bukan sahaja menjadi kebimbangan ibu dan bapa, malah turut menjadi
kebimbangan pihak sekolah.

Bagi mencegah isu disiplin ini dari terus berleluasa terutamanya dalam kalangan
pelajar, pihak kerajaan mestilah menganjurkan kempen "Cegah Vandalisme" di setiap
sekolah-sekolah yang terdapat di Malaysia. Hal ini bagi memberi kesedaran kepada para
pelajar tentang keburukan vandalisme. Selain itu, ibu bapa sangat memainkan peranan yang
penting dalam menerapkan sahsiah yang baik dalam diri anak-anak. lbu bapa sepatutnya
menjadi contoh teladan yang baik supaya dapat membentuk disiplin yang baik dalam diri
anak-anak mereka. Disiplin yang baik dapat menjadikan seseorang pelajar itu menentukan
kejayaannya . Seterusnya , guru-guru juga memainkan peranan yang penting dalam
memastikan pelajar sentiasa berdisiplin dan mengikut segala peraturan yang telah ditetapkan
oleh pihak sekolah. Guru hendaklah menasihati dan menegur perbuatan yang salah jika
dilakukan oleh pelajar-pelajar sekolah.

10
Pihak sekolah juga perlu bekerjasama dengan pihak berkuasa atau pihak atasan apabila
terjadinya kes-kes yang berat seperti buli, vandalisme dan sebagainya. Hal ini supaya pihak
sekolah lebih bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku di sekolah.

11
3.0 RUMUSAN

Semua pihak seperti pihak kerajaan, pihak sekolah dan ibu bapa mestilah
memainkan peranan masing-masing dalam menyelesaikan isu-isu pendidikan yang berlaku
di Malaysia. Sekiranya semua pihak bertanggungjawab dalam menjalankan peranan masing-
masing, maka isu-isu yang sering berlaku di sekolah dan khususnya melibatkan pelajar
sekolah ini dapat dikurangkan dan dibendung dari masa ke masa. Apabila berkurangnya
permasalahan dalam kalangan pelajar di sekolah, maka prestasi pelajar akan meningkat. Hal
ini selari dengan elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang ingin
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi,jasman i, sosial dan
rohani.

Selain itu, prestasi pelajar dalam pendidikan juga akan meningkat dan sekaligus
dapat menaikkan nama baik sekolah. Pendidikan ini penting bukan sahaja dari segi
pembelajaran iaitu menilai siapa yang pandai dan siapa yang sebaliknya, namun pendidikan
juga merangkumi adab, akhlak dan sahsiah yang baik. Sebagai contoh, murid-murid
menghormati dan beradab dengan para guru, menjaga disiplin diri dan masa, sentiasa
menolong orang yang memerlukan bantuan di dalam sekolah mahupun di luar sekolah dan
sentiasa berbudi bahasa tidak kira dengan sesiapa sahaja. Pelajar-pelajar yang mempunyai
sikap sebegini mampu untuk memajukan bidang pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi lagi
dan dapat menjadi tiang seri dan harapan yang besar untuk negara.

12
RUJUKAN

Noriati A. Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkufli Mahayudin & Zakiah Noordin. (2016).
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mundy, K., Bickmore, K., Hayhoe, R., Madden, M. & Madjidi, K. (2008). Comparative
and International Education: Issues for Teachers. Marquis Book Printing Inc.

Wood, K. (2011). Education: The Basics. Taylor & Francis Books.

Mahyuddin Arsat & Maizura Mohd Yunus. (2008). Satu Kajian Cabaran Guru Di Seka/ah
Pedalaman Daerah Muar, Johar. Universiti Teknologi Malaysia.

13

Anda mungkin juga menyukai