Anda di halaman 1dari 2

Arca

David

1623

Gianiorenzo Bernini

Marmar

Deskripsi

Arca di atas dihasilkan oleh Gianlorenzo Bernini pada 1623. Media yang digunakan
adalah marmar. Arca di atas menggunanakan gaya dan stail Baroque. Arca ini
menampilkan figura lelaki yang hendak membaling batu. Figura tersebut sedang berdiri
di atas batu bata. Figura tersebut juga sedang memusing badannya sedikit ke belakang.
Mimik mukanya sedang berada di dalam keadaan yang geram. Hal ini dapat dilihat
pada bahagian mulutnya yang ditutup rapat dan matanya yang seolah-olah
memandang tajam terhadap sesuatu. Kelihatan jelas otot-otot badan, kaki dan tangan.
Rambut figura dapat dilihat kerinting.
Intepretasi/tafsiran

Arca ini memberi simbolik kepada seorang tokoh pejuang yang dinamakan David. Ia
memnunjukkan satu saat yang genting di mana seorang lelaki yang berusia 20 tahun
sedang menentang Goliath iaitu gergasi. Hal ini berkaitan dengan hidup dan mati.
Dalam arca ini, David tidak memakai peralatan berperang yang berat dan hanya
memakai beg sandang kecil pada bahagian badannya. Di tangannya, beliau sedang
memegang batu dan bersedia untuk membuat balingan terhadap gergasi tersebut.
Badannya yang sedang memusing ke belakang menunjukkan beliau sedang
mengumpul tenaga untuk membuat balingan kepada gergasi tersebut dan juga
menunjukkan gergasi tersebut berada jauh sedikit darinya. Ekspresi mukanya pula
menunjukkan kemarahan, bercita-cita tinggi dan sedang menumpukan perhatian
sepenuhnya.

Analisis

Berdasarkan arca di atas, unsur seni yang jelas kelihatan adalah bentuk. Figura lelaki
jelas kelihatan dan otot-otot yang terdapat pada badan jelas menunjukkan seorang
lelaki. Seterusnya adalah jalinan dan garisan. Terdapat jalinan sentuh pada arca ini.
Bagi unsur seni garisan, terdapat garisan beralun pada rambut.

Prinsip yang utama dalam arca ini adalah imbangan. Arca ini menunjukkan imbangan
yang tidak simetri.

Penilaian

Arca yang dihasilkan oleh bernini jelas menunjukkan aksi beremosi dan gambaran yang
dinamik. Gaya dan stail ini terdapat dalam Baroque. Dalam arca ini juga, pengkarya
menunjukkan komposisi figura yang tepat berdasarkan saiz. Otot-otot yang kelihatan
juga menunjukkan aplikasi anatomi manusia dalam arca ini.

Anda mungkin juga menyukai