1) Pada pendapat saya, agama merupakan asas bagi menjaga hubungan sosial dalam
masyarakat berbilang kaum. Pertamanya, saya mengatakan demikian kerana agama
merupakan sebuah sumber nilai moral yang boleh mengajar pengikutnya tentang nilai murni dan tindakan yang betul. Hal ini boleh dilihat melalui ajaran-ajaran pelbagai agama dan keperceyaan mereka. Antara nilai moral yang diajar yang dapat meningkatkan tahap hubungan sosial dalam sebuah masyarakat yang berbilang kaum adalah dalam ajaran agama Buddha dan konfucius. Sikap menghormati setiap kehidupan di dunia ini dan tingkah laku yang amanah dan bersifat baik dipupuk dan digalakkan. Ini amat bermanfaat terhadap hubungan sosial dalam sesebuah masyarakat berbilang kaum kerana jika golongan individu dalam sesebuah masyarakat bertindak bagai ini, konflink antara etnik dapat dikurangkan kerana kaum-kaum tersebut dapat saling memahami dengan lebih baik. Selain itu, agama juga boleh dianggap sebagai asas menjaga hubungan sosial dalam masyarakat pelbagai kaum kerana agama juga memupuk sikap keadilan. Hal ini dikatakan demikian kerana dalam pelbagai agama, sikap keadilan dan tingkah laku yang adil diajar dan dipupuk dalam ajarannya. Misalnya, agama Islam telah mengajar orang islam untuk menggamalkan sikap keadilan dalam pelbagai keadaan. Pihak majikan diajar untuk bertindak dengan adil kepada pekerja mereka supaya perasaan amanah antara majikan dan pekerja dapat dipupuk. Melalui situasi-situasi ini peranan agama sebagai sebuah asa menjaga hubungan sosial dapat ditunjukkan. Tambahan pula, agama juga merupakan asas menjaga hubungan sosial kerana agama dapat mengukuhkan ikatan persaudaraan. Pelbagai agama seperti agama islam dan agama Konfucius mengajar pengikut mereka untuk bersikap dengan budi bahasa dan menjalin hubungan baik antara kaum keluarga dan masyarakat mereka. Ajaran-ajaran ini dapat menjalin hubungan sosial yang kuat antara kaum dan antara golongan individu kerana sifat-sifat ini dapat memupuk sebuah hubungan yang positive antara agama dan kaum. Ini dapat mengurangkan konflik dan perasaan tidak puas hati dalam golongan-golongan stnik dan kaum ini dan menyumbang terhadap keharmonian dalam masyarakat itu. Lain daripada itu, agama juga mengajar pengikutnya untuk bersifat dengan lebih baik dan mengamalkan dasar musyawah. Sikap-sikap ini amat penting terhadap mengukuhkan harmonian dalam masyarakat dan antara kaum kerana ajaran-ajaran ini dapat meningkatkan kepekaan masyarakat terhadap agama dan keudayaan lain. Hal ini kerana, apabila seseorang mengamalkan dasar musyawah, mereka akan lebih berhati-hati dan peka terhadap budaya lain. Tindakan bagai ini dapat menguatkan ikatan sosial dalam sesebuah masyarakat dan ini dapat meningkatkan perpaduan masyarakat dan menyumbang kepada sesebuah masyarakat yang lebih harmoni. Akhirnya, agama merupakan asas bagi menjaga hubungan sosial dalam masyarakat berbilang kaum kerana agama merupakan sumber nilai moral, mengukuhkan ikatan persaudaraan, bersifat dengan lebih baik dan mengamalkan dasar musyawah, mengajar pengikutnya untuk bertindak dengan lebih adil. 2) Pada pendapat saya, bahasa merupakan sebuah alat perpaduan dalam sistem pendidikan kebangsaan kerana bahasa dapat digunakan sebagai alat kommunikasi antara pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum. Hal ini dikatankan demikian kerana melalui bahasa, pelbagai kaum dapat berbual dan berinteraksi antara satu sama lain. Dalam negara Malaysia, Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan ini amat menyumbang terhadap perpaduan dan kesatuan antara kaum kerana sekarang, semua orang dapat kommukasi tanpa dihalang oleh bahasa. Jika dibandingkan dengan era sebelum sebuah bahasa kebangsaan ditetapkan, masyarakat dan golongan pemuda kini lebih bersatu dan berharmoni. Lebih-lebih lagi, bahasa melayu sebagai alat kommunikasi merupakan bahsa perpaduan kerana ia dapat memupuk sikap saling menghormati antara kaum dan juga persefahaman antara budaya kaum lain. Ini kerana kommunikasi antara kaum dimudahkan dan keadaan ini dapat mengeratkan silaturahim antara pelajar yang berasal dari pelbagai kaum dan etnik. Selain daripada itu, Bahsa Melayu dapat meningkatkan perpaduan antara masyarakat malaysia dan antara kaum kerana Bahasa Melayu dapat memupuk semangat patriotisme. Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan merupakan alat perpaduan yang penting ia telah memudahkan interaksi antara kaum dan membenarkan masyarakat malaysia berasa perasaan patriotisme atas bahasa kebangsaan yang merupakan lingua franca negara. Tambahan pula bahasa melayu sebagai bahasa perpaduan dapat menyatukan kaum di Malaysia kerana melalui bahasa ini, rakyat Malaysia dapat mengatasi segregasi dan mengamalkan integrasi antara kaum dan etnik dengan lebih baik. Hal ini kerana, apabila golongan masyarakat dapat berkommunikasi antara satu sama lain dengan baik, isu stereotaip dan perasaan prejudis akan lebih mudah diselesaikan. Hubungan antara kaum dapat menjadi lebih positif kerana masyarakat Malaysia dapat mementang isu diskriminasi dan bekerjasama dengan lebih baik.