Anda di halaman 1dari 5

Anak yatim mangsa Covid-19, mereka

juga tanggungjawab kita


By Admin - 12/09/2021

Foto Majalah Pa&Ma

Share this on WhatsApp

Reading Time 6 mins

Oleh Muhammad Taftazany Abd Rahman dan Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli

PANDEMIK Covid-19 yang menyerang negara telah meninggalkan parut yang


mendalam kepada pelbagai pihak. Selain daripada menjejaskan sektor
ekonomi negara, ia turut menyebabkan ramai kalangan anak-anak kecil yang
hilang tempat bergantung dan menumpang kasih sayang.

Sehingga kini, lebih dari 1,517 orang anak-anak kecil yang kehilangan tempat
pautan kasih sayang mereka dengan sekelip mata menjadi anak yatim dan
yatim piatu akibat kematian salah seorang daripada ibu bapa atau kedua-
duanya.

Senario ini sangat menyentuh jiwa kerana mereka terpaksa mengharungi


ujian kehilangan insan yang menjadi pelindung di peringkat awal usia lagi. Ia
UTAMA
akan memberikan kesan jangka panjang sekiranya tidak diberikan perhatian
yang serius oleh pihak yang bertanggungjawab ke atas mereka.

Oleh hal yang demikian, sebagai sebuah keluarga Malaysia secara kolektif,
kita tidak boleh menutup sebelah mata dan mengabaikan nasib anak-anak
yatim yang berada di sekeliling.

Bagi mereka yang bertanggungjawab secara langsung kepada anak-anak


yatim ini, mereka tidak boleh bersikap acuh tak acuh bagaikan melepaskan
batuk di tangga dalam urusan kebajikan dan hak anak-anak yatim. Dalam
Islam, hak-hak anak yatim perlu dijaga dan dipelihara dengan baik. Setiap
anggota masyarakat perlu memainkan peranan dalam hal ini.

Hal ini demikian kerana, Allah SWT telah memberikan penekanan yang serius
pada banyak ayat al-Quran yang memperihalkan kedudukan anak yatim
seperti melalui Surah al-Ma’un ayat 1-2: “Tahukah engkau akan orang yang
mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)? Orang itu ialah yang
menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim”.

Berdasarkan ayat tersebut, orang yang melakukan kezaliman dan


mengabaikan anak yatim termasuk dalam golongan yang mendustakan
agama. Betapa mulianya kedudukan anak yatim dalam Islam.

Dalam ayat yang lain, Allah menekankan tentang keperluan untuk menjaga
hak-hak anak yatim sepertimana dalam surah al-Baqarah ayat 220: “Dan
mereka bertanyakan kepadamu (Muhammad) tentang anak-anak yatim.
Katakanlah, “Memperbaiki keadaan mereka adalah baik!”.

Dalam mentafsirkan ayat ini, Imam al-Tabari dalam kitab Jami’ al-Bayan
menjelaskan bahawa memperbaiki keadaan mereka iaitu anak-anak yatim
adalah dengan menyantuni pelbagai aspek seperti makan minum, pakaian,
tempat tinggal, pengurusan harta pusaka dan juga kebajikan serta kasih
sayang.

Di samping itu, Islam turut memberikan ganjaran yang sangat besar kepada
penjaga anak-anak yatim. Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang
menanggung anak yatim miliknya atau milik orang lain, aku dan dia seperti
dua ini (Nabi SAW mengisyaratkan dengan dua jari baginda SAW) di syurga”.
(Riwayat Muslim)

UTAMA
Hadis tersebut menjelaskan hubungan yang rapat di antara Rasulullah SAW
dengan penjaga anak-anak yatim di syurga kelak. Lantaran itu, secara
asalnya individu yang bertanggungjawab untuk mengambil alih penjagaan ke
atas anak-anak yatim ialah individu yang mempunyai hubungan pertalian
darah.

Secara lebih jelas, dalam hukum fikah, hak jagaan (hadhanah) anak-anak
melibatkan kedua ibu bapa mengikut turutan adalah sebagaimana berikut:

1. Ibu

2. Nenek (ibu kepada ibu) dan ke atas

3. Bapa

4. Nenek (Ibu kepada bapa)

5. Datuk (Bapa kepada bapa)

6. Adik beradik perempuan seibu sebapa

7. Adik beradik lelaki seibu sebapa

Dan terdapat sejumlah lagi pihak-pihak yang dipertanggungjawabkan untuk


menjaga anak-anak yatim sekiranya berdasarkan pertalian darah sama ada
dalam kalangan lelaki atau wanita. Di samping itu, di sebalik mereka yang
bertanggungjawab tersebut, sebagai keluarga Malaysia, secara kolektifnya
tiap ahli masyarakat bertanggungjawab kepada anak-anak yatim.

Malahan negara juga perlu memerhatikan kebajikan anak-anak yatim ini jika
kaum kerabatnya sudah tiada untuk menjaga hak-hak anak yatim tersebut.
Anak yatim tersebut perlu dipelihara oleh institusi jagaan anak-anak yatim
seperti rumah-rumah anak yatim yang terdapat di negara kita kerana anak-
anak yatim tersebut masih tidak mampu untuk menguruskan diri mereka
sendiri dari segenap aspek kehidupan.

Jelasnya, sekira masyarakat benar-benar berpegang dengan hukum Islam


sebagai panduan hidup, tidak akan ada anak-anak yatim yang terabai dan
tercicir hak dan kebajikannya. Malah tidak akan berlaku penderaan fizikal dan
emosi terhadap mereka.

Begitu juga dalam aspek pengurusan terhadap harta anak-anak yatim perlu
diteliti dengan baik kerana ketirisan integriti padanya akan mengundang
ancaman dan kemurkaan Allah SWT. Ini kerana walaupun mereka masih
kanak-kanak, mereka tetap berhak ke atas harta pusaka yang diwariskan
daripada ibu dan bapa yang meninggal dunia.

UTAMA
Hal ini demikian kerana, Allah SWT telah menyebut di dalam al-Quran
menerusi surah al-Nisa ayat 10: “Sesungguhnya orang yang memakan harta
anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh
perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala
(neraka).”

Ayat tersebut menggambarkan kepada kita bahawa orang yang memakan


harta anak yatim secara batil merupakan manusia yang zalim kerana
menindas golongan yang lemah dan tidak mempunyai kudrat untuk membela
diri mereka.

Selain daripada itu, ayat ini juga menerangkan kepada kita akan keharusan
untuk mengambil harta anak yatim untuk menguruskan kebajikannya, namun
bukan secara batil bahkan tidak menzalimi anak yatim tersebut. Justeru,
antara kaedah penjagaan terhadap harta anak yatim tersebut ialah dengan
berjimat-cermat dalam berbelanja dan tidak boros di samping
membelanjakan harta tersebut untuk kemaslahatan anak yatim itu sendiri.

Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT melalui surah al-Nisa’ ayat 6:
“Dan janganlah kamu makan harta anak yatim lebih dari batas kepatutan dan
(janganlah kamu) tergesa-gesa (membelanjakannya) sebelum mereka
dewasa.

Barang siapa (di antara pemelihara itu) mampu, maka hendaklah ia menahan
diri (dari memakan harta anak yatim itu) dan barangsiapa yang miskin, maka
bolehlah ia makan harta itu menurut yang patut.”

Selain itu, para penjaga anak yatim juga digalakkan untuk mengembangkan
harta anak yatim tersebut dengan perniagaan yang menguntungkan hasilnya.
Rasulullah ‫ ﷺ‬bersabda: “Berdaganglah pada harta anak yatim agar ia tidak
dimakan oleh zakat”. Hadis ini menunjukkan diharuskan pengembangan harta
anak-anak yatim.

Lantaran itu, dalam menjamin penjagaan ke atas harta mereka, digalakkan


kepada penjaga untuk mengembangkan harta tersebut sebelum diserahkan
kepada mereka setelah mencapai usia yang selayaknya nanti sepertimana
yang dinyatakan dalam surah al-An’aam ayat 152: “Dan janganlah kalian
mendekati harta anak yatim melainkan dengan cara yang terbaik sehinggalah
anak tersebut sampai kepada tempoh balighnya”.

UTAMA
Tegasnya, anak-anak yatim seperti anak-anak yang lain. Mereka perlu
diberikan perhatian khususnya melibatkan hak-hak mereka dari aspek
keperluan asas seperti makanan, pakaian dan kediaman di samping kebajikan
lain seperti hak mendapat pendidikan, perlindungan dan kasih sayang.

Bahkan dalam hak yang melibatkan kehartaan khususnya harta pusaka, hak
ini perlu dijaga dengan baik, tidak boleh dialihnama, dinafikan hak warisan
atau disalahgunakan harta mereka oleh pihak-pihak yang tidak
bertanggungjawab.

Ternyata sekali, Islam sangat mengambil berat tentang anak-anak yatim


dalam masyarakat. Justeru, dalam mengharungi pandemik ini, setiap pihak
sama ada penjaga yang mempunyai pertalian darah atau tanpa pertalian
darah dengan anak-anak yatim perlu memainkan peranan dalam menyantuni
mereka bagi membina keluarga Malaysia yang bahagia dan sejahtera agar
tidak ada kelompok yang terjejas hak dan kebajikan mereka.

*Muhammad Taftazany Abd Rahman & Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli

Jabatan Fiqh & Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Please follow and like us:

UTAMA

Anda mungkin juga menyukai