Anda di halaman 1dari 21

 Apa yang dimaksudkan dengan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan?

Penyediaan persekitaran kerja yang kondusif dan langkah-langkah berjaga-jaga yang berpatutan unutk
mencegah orang yang bekerja daripada tercedera atau mendapat kesan kesihatan akibat aktiviti kerja
yang dijalankan.

 Bagaimana cara mengurus keselamatan dan kesihatan di tempat kerja?

Mengurus keselamatan dan kesihatan di tempat kerja agak berbeza dengan mengurus aspek perniagaan
lain. Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) memerlukan komitmen pemunya
perniagaan atau majikan untuk melakukan 3 langkah di bawah :

i. Pernyataan Dasar KKP


ii. Perancangan termasuk pelaksanaan HIRARC, latihan, arahan dan audit
iii. Tindakan pembaikan

 Apa jenis penyataan dasar yang diperlukan bagi aspek keselamatan dan kesihatan?

Penyataan dasar keselamatan dan kesihatan adalah satu penyataan secara bertulis yang menyatakan
dengan ringkas komitmen berikut :

 Majikan untuk menyediakan keselamatan, kesihatan dan kebajikan kepada pekerja semasa
bekerja melalui peraturan dan prosedur yang ditetapkan.
 Pihak pekerja untuk mematuhi prosedur kerja dan peraturan untuk memastikan keselamatan
diri sendiri.

Ia perlu diletakkan di tempat yang boleh dilihat oleh para pekerja.

 Bagaimanakah majikan boleh mengurus aspek keselamatan dan kesihatan tempat kerja dengan
mudah?

Majikan boleh mulakan dengan melakukan aktiviti mengenalpasti hazad/bahaya bagi semua proses
kerja. Selepas itu, majikan perlu melakukan penaksiran bagi setiap risiko yang dikenalpasti
danmengambil tindakan yang sepatutnya untuk mengawal risiko berkenaan. Proses ini dinamakan
HIRARC.

 Adakah saya mempunyai kaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan?

Ya. Semua "orang yang sedang bekerja" di dalam sektor Pengilangan; Perlombongan dan Penguarian;
Pembinaan; Pertanian; Perhutanan dan Perikanan; Utiliti; Pengangkutan; Penyimpanan dan
Komunikasi; Perdagangan Borong dan Runcit; Hotel dan Restoran; Kewangan, Insurans, Harta Tanah
dan Perkhidmatan Perniagaan, Perkhidmatan Awam dan Berkanun diliputi oleh Akta Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514).

 Siapa yang bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja?

Majikan, pekerja, orang yang bekerja sendiri, perekabentuk, pengilang, pengimport, pembekal loji /
bahan bertanggungjawab mempunyai kewajipan masing-masing untuk memastikan keselamatan dan
kesihatan di tempat kerja terjamin.

 Apakah kewajipan majikan ke atas pekerjanya?

Majikan dikehendaki melindungi keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang bekerja
melalui langkah-langkah berikut:
 Menyediakan dan menyenggara loji dan sistem kerja selamat;
 Menyusun langkah-langkah bagi menjamin keselamatan dan kesihatan dalam penggunaan,
pengendalian, penanganan, penyimpanan dan pengangkutan loji dan bahan;
 Menyediakan maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan bagi pekerja baru dan pekerja lama;
 Menyediakan dan menyenggara persekitaran pekerjaan yang selamat tanpa risiko kepada
kesihatan; dan,
 Menyediakan kemudahan bagi kebajikan mereka yang sedang bekerja.
 Apa pula kewajipan majikan dan orang yang bekerja sendiri ke atas orang-orang lain yang
berada di tempat kerja selain para pekerja mereka?
 Memastikan orang-orang lain yang berada di kawasan kera tidak terdedah kepada risiko
keselamatan dan kesihatan akibat pengusahaan seperti bahaya jentera / loji.
 Memberi maklumat berkaitan cara menjalankan pengusahaannya untuk pengetahuan orang-
orang lain selain pekerja yang mungkin terdedah kepada risiko ketika pekerja sedang bekerja.
 Bagaimana tanggungjawab pekerja di tempat kerja?

Setiap pekerja mempunyai kewajipan untuk:

 Memberi perhatian yang munasabah bagi mengelakkan kecederaan kepada diri mereka atau
orang lain semasa menjalankan aktiviti kerja mereka,
 Bekerjasama dengan majikan dan orang lain untuk memenuhi peruntukan undang-undang.
 Apakah hak pekerja terhadap majikan dalam aspek keselamatan di tempat kerja?

Pekerja dilindungi daripada didiskriminasi, dicederakan atau diubah kedudukan oleh majikan
sekiranya:

 Membuat sesuatu aduan mengenai keadaan atau perlakuan tidak selamat di tempat kerja,
 Menjadi ahli jawatankuasa keselamatan dan kesihatan,
 Menjalankan tugas sebagai ahli jawatankuasa keselamatan dan kesihatan.
 Bilakah masa yang sesuai untuk majikan menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan dan
Kesihatan di Tempat Kerja?

Majikan perlu menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja apabila
mempunyai 40 orang atau lebih pekerja atau diarahkan oleh Ketua Pengarah JKKP.

 Apakah fungsi Jawatankuasa tersebut?

Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan berfungsi untuk:

 Mengkaji semula langkah-langkah keselamatan dan kesihatan di tempat kerja,


 Menyiasat aduan atau apa-apa perkara yang berkaitan yang dibangkitkan,
 Sentiasa berunding dengan majikan mengenai isu berkaitan keselamatan dan kesihatan di
tempat kerja.
 Perlukah majikan melantik Pegawai Keselamatan dan Kesihatan?

Ya. Majikan yang termasuk di bawah kelas atau jenis industri yang diwartakan di bawah Akta
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 mestilah menggaji seorang yang kompeten untuk bertindak
sebagai Pegawai Keselamatan dan Kesihatan.

 Apa peranan Pegawai Keselamatan dan Kesihatan?

Pegawai ini berperanan untuk memastikan pematuhan Akta dan menggalakkan persekitaran kerja yang
selamat dan sihat di tempat kerja.

 Apa hukuman yang boleh dikenakan ke atas majikan sekiranya gagal memastikan keselamatan,
kesihatan dan kebajikan pekerja di tempat kerja?
Majikan yang gagal memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerjanya adalah melakukan
suatu kesalahan, apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000.00 atau penjara tidak
melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

KEMALANGAN DAN ADUAN

 Bagaimana cara memberitahu tentang kemalangan atau penyakit di tempat kerja?

Majikan mestilah memberitahu pejabat JKKP terdekat mengenai apa-apa kemalangan, kejadian
berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang telah terjadi atau mungkin akan terjadi di
tempat kerja melalui telefon, faks, borang JKKP 6 atau JKKP 7.

20

 Di manakah saya boleh mendapat Borang JKKP 6, JKKP 7 dan JKKP 8 termasuk jadual yang
berkaitan?

Kesemua borang dan boleh didapati daripada laman web JKKP. Sila klik di sini.

 Satu syarikat mempunyai banyak cawangan di seluruh negara. Bagaimanakah syarikat ini perlu
menghantar Borang JKKP 8?

Setiap cawangan perlu menghantar satu Borang JKKP 8 ke Ibu Pejabat JKKP.

PROSES PEMBAGASAN PASIR / KELENGKAPAN PERLINDUNGAN DIRI (KPD)

 Apakah peraturan-peraturan yang berkuatkuasa ke atas kelulusan proses pembagasan pasir?

Kelulusan proses pembagasan pasir tertakluk di bawah Akta Kilang dan Jentera, 1967 dan peraturan-
peraturan berkaitan yang dibuat di bawah akta dan salah satu daripada peraturan tersebut adalah
Peraturan-Peraturan (Habuk Galian) Kilang dan Jentera, 1989.

 Apakah prosedur untuk memohon kelulusan proses pembagasan pasir?

Pemohon hendaklah mengemukakan semua dokumen dan maklumat yang boleh diperolehi dari laman
sesawang JKKP. Permohonan hendaklah dihantar ke ibu pejabat JKKP. Sila klik SINI.

 Adakah bayaran dikenakan untuk permohonan proses kelulusan pembagasan pasir ini?

Tiada bayaran dikenakan setakat ini.

 Adakah prosedur untuk memohon kelulusan alat kelengkapan perlindungan diri (kpd)?

Pemohon hendaklah mengemukakan semua dokumen dan maklumat yang disenaraikan dalam
kelulusan alat kelengkapan perlindungan diri yang boleh diperolehi dari laman web JKKP. Sila
klik SINI.

PENGANDUNG TEKANAN TAK BERAPI

 Apa itu Pengandung Tekanan Tak Berapi (PTTB)?


Pengandung Tekanan Tak Berapi (PTTB) bermaksud sesebuah bekas tertutup yang mempunyai
tekanan lebih besar daripada tekanan atmosfera sama ada dalam bentuk gas atau campuran gas-gas dan
termasuklah juga pengandung yang berada di bawah tekanan stim yang dihasilkan dari dandang stim
dan sesuatu pengandung di bawah tekanan cecair dan gas atau kedua-duanya, dan sebarang
pengandung tekanan yang bahagian dalamnya mempunyai tekanan di bawah tekanan atmosfera
(hampagas).
Contoh-contoh pengandung tekanan ini adalah seperti bekas udara, penukar haba, penyucihama,
pengandung-pengandung di loji petrokimia, tangki simpanan LPG, pengandung-pengandung untuk
proses rawatan air dan sebagainya.

 Mengapakah sesuatu PTTB itu perlu diperuntukkan tekanan kerja selamat sebelum ia boleh
digunakan ?

PTTB adalah merupakan suatu peralatan yang berisiko tinggi dan berpotensi untuk mendatangkan
bahaya kerana kandungannya mempunyai tekanan. Sebarang kesilapan pada rekabentuk atau
pembinaan boleh menyebabkan letupan atau kerosakan pada PTTB. Beberapa kes kemalangan seperti
letupan keatas PTTB pernah berlaku dan mengakibatkan kerosakan dan kemusnahan kepada harta
benda, persekitaran atau kehilangan nyawa. Oleh yang demikian, pembinaan PTTB ini perlulah
dikawal dengan sebaik mungkin dan sistematik bagi menjamin keselamatan manusia, harta benda dan
persekitaran. Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah diberi tanggungjawab untuk
membuat kawalan ke atas rekabentuk, pendaftaran dan pemeriksaan berkanun ke atas PTTB.

Bagi PTTB yang diimpot, adakah perlu Badan Berkuasa Memeriksa yang diiktiraf dilantik bagi
mengawal selia proses rekabentuk, pembinaan dan pengujian keatas PTTB ini?

Bagi PTTB impot, sekiranya hasil darab tekanan reka bentuk (psi) dengan garispusat dalam (inci)
melebihi 3000 psi.in, ia perlulah disemak, diselia dan disahkan oleh Badan Berkuasa Memeriksa yang
diiktiraf seperti yang dinyatakan dalam Jadual Keempat Peraturan-Peraturan (Dandang Setim dan
Pengandung Tekanan Tak Berapi) Kilang dan Jentera, 1970.

Berapakan bayaran proses yang dikenakan untuk kelulusan rekabentuk dan peruntukan
tekanan kerja selamat yang dibenarkan ke atas sesebuah PTTB?

Caj bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM50.00 bagi suatu kelulusan rekabentuk dan
peruntukan tekanan kerja selamat ke atas PTTB.

FIRMA YANG KOMPETEN

 Apakah prosedur untuk memohon pendaftaran sebagai Syarikat Kompeten (Cth: Pembuat
Dandang Stim, Pengandung Tekanan Tak Berapi, Kontraktor Gas Dll)?

Pemohon hendaklah mengemukakan semua dokumen dan maklumat yang disenaraikan dalam panduan
permohonan pendaftaran sebagai syarikat kompenten yang dimohon. Panduan permohonan pendaftaran
tersebut boleh diperolehi dari laman web JKKP. Permohonan hendaklah dihantar ke ibu pejabat JKKP.

PELANTAR KERJA ANGKATAN KREN

 Apakah Pelantar Kerja Angkatan Kren?

Pelantar kerja angkatan kren ialah kelengkapan yang digunakan oleh pekerja untuk membuat kerja,
sama ada disangkutkan pada cangkuk kren atau pada kepala bum kren.
 Adakah pelantar Kerja Angkatan Kren boleh digunakan untuk membuat kerja pada ketinggian
yang biasanya tidak boleh dicapai melalui Perancah atau 'Aerial Platform'?

Penggunaan pelantar kerja angkatan kren biasanya dilarang. Disyorkan semua kerja dijalankan
menggunakan perancah pegun apabila sesuai. Walau bagaimanapun, jika menggunakan kaedah lain
untuk sampai ke lokasi kerja yang tinggi didapati lebih membahayakan atau tidak sesuai, maka
platform kerja angkatan kren boleh digunakan untuk membuat kerja.

 Adakah apa-apa kelulusan diperlukan daripada Pihak Berkuasa untuk menggunakan pelantar
Kerja Angkatan Kren?

Kontraktor/pengguna hendaklah mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan


Pekerjaan, Malaysia tentang penggunaan pelantar kerja angkatan kren. Mereka hendaklah mematuhi
keperluan yang ditetapkan dalam garis panduan (GARIS PANDUAN SISTEM PLATFORM
PELANTAR KERJA ANGKATAN KREN) sebelum menyerahkan permohonannya.

ORANG YANG KOMPETEN

 Adakah terdapat panduan penulisan untuk laporan OYK/OYB Higien Industri?

Ada. Sila klik di sini.

 Apakah syarat-syarat kelayakan & prosedur untuk Pendaftaran OYK/OYB Higien Industri?

Sila Klik disini.

 Apakah tanggungjawab OYK/OYB Higien Industri setelah menjalankan kerja-kerja


pemonitoran / penaksiran / pemeriksaan & pengujian di tempat kerja?

a. Menyediakan laporan dalam tempoh 30 hari selepas selesai pemonitoran / penaksiran / pemeriksaan
& pengujian dijalankan.
b. Membentangkan keputusan & cadangan kepada majikan selepas laporan disiapkan. Tarikh
pembentangan laporan kepada majikan hendaklah dimaklumkan ke Pejabat JKKP negeri yang
berkenaan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum laporan dibentangkan.
c. Menyerahkan laporan dalam tempoh 30 hari selepas selesai kerja pemonitoran / penaksiran /
pemeriksaan & pengujian dijalankan, kepada Pengarah JKKP negeri berkenaan dan Ketua Pengarah
JKKP.

 Adakah bayaran dikenakan untuk proses permohonan OYK/OYB Higien Industri?

Tiada bayaran dikenakan setakat ini.

 Di manakah boleh memperolehi senarai OYK/OYB Higien Industri yang berdaftar dengan
JKKP?

Sila klik di sini.

 Dimanakah pemohon boleh mendapatkan borang / senarai semak bagi permohonan pendaftaran
/ pembaharuan OYK/OYB Higien Industri?

Sila klik di sini.

 Apakah syarat-syarat yang perlu dipatuhi untuk memperbaharui kompetensi sebagai (OYK
Pendedahan Bising / Pengapit / Juruteknik Higien 1 / Juruteknik Higien 2 / Pengapit IAQ)?
a. Sila klik di sini.
b. Menghadiri kursus secara berterusan (CEP) dalam bidang Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan dan mengumpul sekurang-kurangnya 30 mata kredit
setahun. Jumlah yang terkumpul dalam masa 3 tahun mestilah tidak kurang
daripada 90 mata kredit. Sila klik disini.

 Apakah syarat-syarat yang perlu dipatuhi untuk memperbaharui kompetensi sebagai Penguji
Gas Bertauliah (AGT) dan Penyelia Kemasukan (ES)?

Menghadiri kursus Latihan semula (refresher course) bagi Bekerja Selamat di Ruang Terkurung
untuk Penguji Gas Bertauliah dan Penyelia Kemasukan.

 Apa peranan Pegawai Keselamatan dan Kesihatan?

Pegawai ini berperanan untuk memastikan pematuhan Akta dan menggalakkan persekitaran kerja yang
selamat dan sihat di tempat kerja.

KEJURUTERAAN FORENSIK

 Bilakah Bahagian Kejuruteraan Forensik (BKF) telah ditubuhkan?

Bahagian Kejuruteraan Forensik ditubuhkan pada 16 April 2007.

 Apakah perkhidmatan yang ditawarkan oleh BKF?

Bahagian Kejuruteraan Forensik menawarkan khidmat kepakaran di dalam aspek kejuruteraan forensik
kepada pegawai penyiasat di peringkat negeri untuk membantu menyelesaikan siasatan kes
kemalangan, kejadian berbahaya dan penyakit pekerjaan.

 Berapakah seksyen teknikal di bawah Bahagian Kejuruteraan Forensik?

Terdapat lima (5) seksyen di bawah BKF iaitu Seksyen Kejuruteraan Mekanikal, Seksyen Kejuruteraan
Pembinaan, Seksyen Petrokimia, Seksyen Higen Pekerjaan dan Seksyen Makmal Ujian.

 Adakah BKF mempunyai makmal ujian?

Tidak, buat masa ini tiada kemudahan makmal ujian untuk bahagian ini.

 Bagaimanakah BKF menguji dan menganalisa sampel atau barang kes?

Buat sementara waktu, semua sampel dan barang kes dihantar ke agensi kerajaan seperti Agensi
Nuklear Malaysia, Jabatan Kimia dan universiti tempatan berkenaan untuk diuji dan dianalisa.

 Berapa lama tempoh bagi ujian/analisa barang kes diambil?

Buat masa ini, tiada tempoh ditetapkan dan bergantung kepada kesediaan agensi yang telah dilantik
kerana terdapat bilangan agensi berkebolehan yang terhad dalam menjalankan ujian tersebut.

KILANG DAN JENTERA

 Bagaimanakah cara menduduki kilang dan menggunakan jentera buat pertama kali?

2 langkah mudah adalah:


i. Mendapatkan Kebenaran Memasang Jentera dengan mengemukakan borang JKJ 105 beserta
dokumen berkaitan kepada pejabat JKKP terdekat.
ii. Memberitahu JKKP bahawa akan menduduki kilang buat pertama kalinya melalui borang JKJ
101selepas mendapat Kebenaran Memasang Jentera.

 Adakah perlu mendapatkan Kebenaran Memasang Jentera setiap kali memasang jentera
berperakuan kelayakan dan pepasangan baru?

Ya. Mana-mana jentera berperakuan kelayakan dan pepasangan baru yang hendak dipasang di dalam
premis kilang hendaklah mengemukakan borang JKJ 105 dan JKJ 106 kepada pejabat JKKP terdekat.

 Apakah jentera yang memerlukan sijil perakuan kelayakan?

Jentera berperakuan kelayakan termasuk dandang stim, pengandung tekanan tak berapi dan mesin
angkat seperti lif penumpang, lif barang, tangga bergerak dan kren.

 Berapa lama proses pendaftaran kilang dan jentera?

Proses pendaftaran kilang dan jentera akan mengambil masa 20 hari daripada tarikh penyerahan borang
dan dokumen berkaitan yang lengkap kepada pejabat JKKP.

 Apa akan berlaku selepas dokumen diserahkan kepada pejabat JKKP?

Selepas semua dokumen disemak oleh pegawai JKKP, satu pemeriksaan awalan ke atas premis dan
jentera akan dilakukan. Seterusnya ujian yang berkaitan akan dilakukan ke atas jentera berperakuan
kelayakan terlibat.

GHS DAN CLASS

 Bilakah Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Peraturan Pengelasan,


Pelabelan dan Helaian Data Keselamatan Bahan Kimia Berhazard 201X (CLASS) akan
diwartakan di Malaysia untuk menggantikan Peraturan Pengelasan, Pembungkusan dan
Pelabelan Bahan Kimia Berbahaya (CPL 1997)?

Peraturan CLASS dijangkakan akan diwartakan dalam masa terdekat setelah mendapat
kelulusan Menteri Sumber Manusia. Buat masa ini, draf Peraturan CLASS ini sudah berada di pihak
Jabatan Peguam Negara dan akan diwartakan pada bila-bila masa bagi menggantikan perundangan
CPL 1997.

 Apakah persediaan yang telah dilakukan oleh pihak JKKP sebelum Peraturan CLASS
diwartakan?

Pihak JKKP telah menjalankan beberapa Kursus Penguatkuasaan Peraturan CLASS terhadap
pegawai-pegawai di pejabat negeri dan menjalankan kajian Kesedaran dan Pematuhan Pembekal
Bahan Kimia terhadap Peraturan Pengelasan, Pembungkusan dan Pelabelan Bahan Kimia
Berbahaya (CPL) 1997 dan Peraturan Pengelasan, Pelabelan dan Helaian Data Keselamatan
Bahan Kimia Berhazard (CLASS) 201X terhadap semua pembekal bahan kimia di Malaysia bagi
mengukur tahap kesediaan pihak industri akan pewartaan Peraturan CLASS nanti. Selain itu, bantuan
input teknikal, ceramah dan kepakaran juga diberikan dengan kerjasama UNITAR dan CICM untuk
membantu pelaksanaan Peraturan CLASS di tempat kerja dapat dijalankan dengan berkesan.

 Apakah menjadi tanggungjawab JKKP dalam melaksanakan GHS menerusi Peraturan CLASS
201X di Malaysia bagi sektor pengguna (consumer sector)?
Tidak, JKKP hanya bertanggungjawab menguatkuasakan Peraturan CLASS yang melibatkan bahan
kimia di tempat kerja dan industri sahaja.

 Siapakah yang perlu mematuhi Peraturan CLASS apabila diwartakan kelak dan bagaimana
dengan skop pemakaiannya?

Pembekal bahan kimia untuk penggunaan di tempat kerja merupakan pihak yang perlu mematuhi
Peraturan CLASS apabila diwartakan kelak. Dari aspek skop pemakaian, Peraturan CLASS ini tidak
terpakai ke atas semua bahan yang telah tertakluk di bawah perundangan yang dinyatakan di bawah:

1. Bahan radioaktif - Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984


2. Buangan terjadual - Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan
Terjadual) 2005
3. Kosmetik - Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984
4. Bahan kimia yang digunakan untuk penyelidikan dan pembangunan saintifik atau untuk
tujuan percubaan, yang tidak dijual di pasaran dan tidak melebihi 5 kg.

 Siapakah pembekal yang tertakluk di bawah Peraturan CLASS?

Pembekal ditakrifkan sebagai:

0. Pembekal utama – orang yang merumus, mengilang, mengimport, mengitar semula, atau
merumus semula bahan kimia
1. Pembekal subsidiari – orang yang membungkus semula, mengedar, atau meruncitkan bahan
kimia berhazard

Bahan kimia: unsur kimia, sebatian atau campuran daripadanya, samada asli atau tiruan.

 Apakah tanggungjawab pembekal utama dan pembekal subsidiari menurut Peraturan CLASS
201X?

Tanggungjawab pembekal utama dan pembekal subsidiari menurut Peraturan CLASS 201X
adalah:

Pembekal Utama Pembekal Subsidiari


I. Melakukan Pengelasan Hazard I. Pelabelan
II. Pelabelan II. Helaian Data Keselamatan (SDS)
III. Helaian Data Keselamatan (SDS) III. Pembungkusan
IV. Pembungkusan
V. Inventori Bahan Kimia

 Adakah pengelasan bahan kimia di bawah Peraturan CLASS wajib dibuat oleh pengelas bahan
kimia yang berdaftar dengan JKKP?

Tidak. Peraturan CLASS 201X menetapkan pengelasan bahan kimia boleh dibuat oleh sesiapa
sahaja tetapi hendaklah pengelasan dibuat berdasarkan format dan pengelasan yang betul seperti yang
terdapat dalam ICOP CLASS. Walaubagaimanapun, bagi memastikan pengelasan yang dibuat benar-
benar memenuhi kehendak peraturan, JKKP amat mencadangkan agar seorang pengelas bahan kimia
telah mendapat latihan yang secukupnya dalam bidang pengelasan.

 Apakah perbezaan utama mengenai kewajipan pembekal bahan kimia antara Peraturan CPL
1997 dan Peraturan CLASS 201X?
Perbezaan utama mengenai kewajipan pembekal bahan kimia antara Peraturan CPL 1997 dan Peraturan
CLASS 201X ialah kewajipan menyediakan inventori bahan kimia.

 Saya adalah pembekal bahan kimia, sekiranya syarikat saya ingin melindungi maklumat sulit
bahan kimia yang dibekalkan, apakah maklumat yang boleh digugurkan daripada label dan
SDS?

Pembekal boleh menggugurkan nama bahan kimia dan kepekatan ramuan campuran dari Helaian
Data Keselamatan (SDS) dan juga label bahan kimia, TETAPI maklumat tersebut
hendaklahdigantikan dengan:
– nama bahan kimia --> guna nama generik bahan kimia
– kepekatan ramuan --> guna julat kepekatan
Bagi tujuan perlindungan keselamatan dan kesihatan pekerja, maklumat boleh diberikan kepada:

 Doktor Kesihatan Pekerjaan (OHD)


 Orang yang menggunakan/mengendalikan bahan kimia

sekiranya permintaan untuk mendapatkan maklumat tersebut dibuat secara bertulis dan
maklumat yang diperolehi digunakan bagi tujuan perlindungan keselamatan dan kesihatan
pekerja.

 Berapa lamakah tempoh peralihan daripada Peraturan CPL 1997 kepada Peraturan CLASS
201X bagi semua bahan kimia?

Tempoh peralihan kepada Peraturan CLASS 201X ialah 1 tahun bagi bahan kimia tunggal dan 3
tahununtuk campuran.

 Di manakah saya boleh membuat rujukan untuk mendapatkan keterangan lanjut tentang
kaedah pengelasan bahan kimia?

Untuk mendapatkan keterangan lanjut tentang kaedah pengelasan bahan kimia, anda boleh membuat
rujukan melalui:

0. Buku Kod Tataamalan Industri Peraturan CLASS (ICOP CLASS)


1. Terjemahan Buku Ungu Sistem Terharmoni Global bagi Pengelasan dan Pelabelan Bahan
Kimia (GHS)
 Adakah mereka yang membuat terjemahan label dan SDS perlu berdaftar dengan JKKP atau
mana-mana agensi?

Tidak. Walaubagaimanapun, bagi memastikan kualiti terjemahan memenuhi kehendak yang


ditetapkan, maka JKKP amat mencadangkan agar individu yang membuat terjemahan telah mendapat
latihan yang secukupnya dalam bidang penterjemahan.

 Apakah yang dimaksudkan dengan maklumat sulit perniagaan (CBI) di dalam Peraturan CPL
1997 dan Peraturan CLASS 201X?

Maklumat sulit perniagaan (CBI) di dalam Peraturan CPL 1997 dan Peraturan CLASS 201X
bermaksudsuatu sistem yang mengandungi maklumat-maklumat yang:-
 Tidak boleh diketahui oleh para pesaing di dalam industri,
 Melindungi hak harta intelek dan perniagaan.
 Apakah maklumat yang wajib diletakkan pada label?

Maklumat yang perlu ada pada label:

0. Pengecam bahan kimia


1. Nama, alamat dan no. tel pembekal
2. Kata isyarat
3. Pernyataan hazard
4. Piktogram hazard
5. Pernyataan berjaga-jaga

Selain itu, maklumat tersebut mestilah disediakan dalam dua bahasa iaitu Bahasa Kebangsaan dan
Bahasa Inggeris. Maklumat juga mesti boleh dibaca secara mendatar.

 Jika saya sudah mematuhi Akta Racun Perosak 1974 bagi produk racun perosak, adakah saya
masih perlu mematuhi Peraturan CLASS? Bagaimana pula dengan bahan kimia industri dan
bahan kimia yang digunakan di makmal?

Ya. Bagi produk racun perosak yang sudah mematuhi Akta Racun Perosak 1974, ia masih perlu
mematuhi Peraturan CLASS iaitu keperluan menyediakan Helaian Data Keselamatan (SDS) dan
keperluan maklumat sulit perniagaan (CBI) SAHAJA.
Bagi bahan kimia industri, ia juga perlu mematuhi kesemua keperluan yang terkandung dalam
Peraturan CLASS iaitu keperluan pengelasan, pembungkusan, pelabelan, inventori, SDS dan CBI.
Bagibahan kimia yang digunakan di makmal untuk tujuan R & D yang tidak dipasarkan, tidak
melebihi 5 kg dan mempunyai maklumat yang lengkap mengenai keselamatan penggunaan
adalah DIKECUALIKAN daripada Peraturan CLASS ini. Bagi bahan kimia yang digunakan di
makmal yang tidak memenuhi ciri-ciri seperti di atas adalah perlu mematuhi Peraturan CLASS ini.

 Adakah perlu perumus semula menghantar inventori kepada pihak JKKP?

Ya. Pihak perumus semula juga perlu menghantar inventori kepada pihak JKKP kerana ini adalah
tanggungjawab bagi pembekal utama.

 Apakah senarai laman web yang boleh kami rujuk untuk dijadikan panduan untuk memahami
Sistem GHS dan Peraturan CLASS 201X ini?

Berikut adalah senarai pautan laman web yang boleh anda rujuki sebagai panduan untuk memahami
Sistem GHS dan Peraturan CLASS 201X ini:

0. http://www.dosh.gov.my
1. http://www.unitar.org/cwm/ghs/
2. http://www.miti.gov.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.section.Section_b252804d-
c0a81573-11901190-d5e4e71c
3. http://www.unece.org/trans/danger/publi/ghs/ghs_welcome_e.html
4. http://www.osha.gov/dsg/hazcom/ghs.html
5. http://ec.europa.eu/enterprise/sectors/chemicals/classification/index_en.htm
6. http://www.ccohs.ca/oshanswers/chemicals/ghs.html
 Berapakah saiz piktogram pada label mengikut Peraturan CLASS?

Saiz piktogram pada label mestilah sekurang-kurangnya 1/15 daripada saiz ukuran label atau
mempunyai keluasan tidak kurang daripada 100 mm2 (1cm x 1cm)

 Adakah piktogram pada label harus mempunyai garisan tepi berwarna merah mengikut
Peraturan CLASS? Bolehkah garisan tepi itu diwarnakan dengan warna hitam sahaja?
Mengikut Peraturan CLASS, piktogram pada label harus mempunyai garisan tepi berwarna MERAH
sahaja bagi menyeragamkan pelabelan.

 Adakah label mengikut Peraturan CLASS 201X tidak wajib pada bungkusan luaran sekiranya
terdapat piktogram Cadangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pengangkutan Barang
Berbahaya (UNRTDG) pada bungkusan luaran tersebut?

Ya, label mengikut Peraturan CLASS 201X adalah tidak wajib pada bungkusan luaran sekiranya
terdapat piktogram UNRTDG pada bungkusan luaran tersebut.

 Adakah Helaian Data Keselamatan (SDS) yang disediakan mengikut Peraturan CLASS 201X
dan GHS mesti terdiri daripada 15 elemen?

Tidak, Helaian Data Keselamatan (SDS) yang disediakan mengikut Peraturan CLASS 201X dan GHS
mesti terdiri daripada 16 elemen.

 Bilakah pengilang dan pengimport perlu mengemukakan Inventori bahan kimia kepada Ketua
Pengarah JKKP?

Pengilang dan pengimport perlu menyediakan Inventori bahan kimia dan dihantar kepada Ketua
Pengarah JKKP dalam tempoh masa tiga (3) tahun selepas Peraturan CLASS 201X diwartakan.

 Saya mengimport sekurang-kurangnya 90 kg Isobutanol sebulan dari Indonesia. Adakah saya


perlu menghantar inventori kepada Ketua Pengarah JKKP?

Ya, anda perlu menghantar inventori kepada Ketua Pengarah JKKP kerana jumlah Isobutanol yang
diimport melebihi 1 tan (1000 kg) setahun

 Adakah Kod -H wajib diletakkan pada label?


 Saya masih keliru tentang label, saya pernah mendapat beberapa contoh sampel label CLASS
daripada JKKP semasa seminar / bengkel yang dihadiri. Walau bagaimanapun, bolehkah kami
menghasilkan rekabentuk label sendiri?

Sampel yang didapati hanyalah satu contoh label yang mematuhi GHS dan Peraturan CLASS. Anda
boleh menghasilkan rekabentuk label anda sendiri selagi ia memenuhi keperluan minimum di bawah
Peraturan CLASS.

 Bolehkah satu label mempunyai dua nama syarikat yang berbeza?

Ya, anda boleh meletakkan dua nama syarikat yang berbeza pada label,tetapi maklumat mengenai
syarikat tempatan adalah wajib diletakkan.

 Kami ingin mengesahkan adakah pengecualian notifikasi EHS untuk bahan-bahan seperti
produk yang diberikan sebagai sampel percuma, ubat-ubatan, agrokimia, dan produk
semulajadi. Adakah bahan-bahan ini boleh dikenakan pengecualian daripada notifikasi EHS
atau tidak?

Untuk pengetahuan, kami tidak terlibat dalam notifikasi EHS. Adalah lebih baik sekiranya anda boleh
mengajukan pertanyaan terus mengenai notifikasi EHS kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS). Berikut
adalah pautan laman web berkenaan notifikasi EHS JAS https://www.e-ehs.doe.gov.my/.

 Adakah semua label mesti menunjukkan nama produk?

Ya, semua label mesti menunjukkan nama produk.

 Untuk campuran, adakah perlu untuk meletakkan formula campuran pada label?
Untuk campuran, tidak perlu untuk meletakkan formula campuran pada label, tetapi adalah wajib untuk
menyenaraikan bahan-bahan yang terdapat dalam campuran pada label.

 Pelanggan kami ingin mengimport bahan kimia dari EU ke Malaysia, sebagai bahan dan
campuran/ formulasi / Biosaid. Apakah status perundangan Malaysia kini (contohnya sistem
Peraturan REACH yang telah diperkenalkan, sistem kebangsaan atau tiada sebarang sistem
langsung)?

Mengenai aspek perundangan bagi bahan kimia berbahaya yang masuk ke Malaysia, seperti yang kami
maklum, JKKP hanya menguatkuasakan Peraturan Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan
Kimia Berbahaya kepada Kesihatan 2000 (USECHH 2000) dan Peraturan Pengelasan, Pembungkusan
dan Pelabelan Bahan Kimia Berbahaya 1997 (CPL 1997) di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan 1994. Maklumat mengenai peraturan-peraturan ini boleh didapati di laman web
kami http://www.dosh.gov.my/doshv2/ di bawah tab perundangan.

 Apakah prosedur untuk mengimport bahan kimia ke Malaysia? (Cth. Hanya penyenaraian
inventori atau pemberitahuan/ pendaftaran, memerlukan lesen import dan lain-lain)? Apa yang
perlu dilakukan untuk memastikan pematuhan?

Jika anda ingin mengimport bahan kimia ke Malaysia, mungkin beberapa lesen diperlukan. Anda boleh
merujuk pautan http://www.miti.gov.my/cms/index.jsp untuk mengetahui lebih lanjut tentang
peraturan perdagangan di Malaysia. Walau bagaimanapun, dari sudut peraturan JKKP sebagai
pengimport anda perlu mematuhi Peraturan Pengelasan, Pembungkusan dan Pelabelan Bahan Kimia
Berbahaya 1997 (CPL 1997) di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Berikut
adalah tugas pembekal/ pengimport mengikut Peraturan:

0. Untuk mengelaskan bahan kimia berbahaya mengikut sifat khusus risiko yang terlibat
berdasarkan pada kategori bahaya dalam Jadual I.
1. Untuk memastikan bahawa bahan kimia berbahaya dibekalkan dalam bungkusan yang
memenuhi kehendak seperti yang ditetapkan.
2. Untuk memastikan bahawa bungkusan itu mula-mula dikedap sedemikian rupa supaya bila
sahaja bungkusan dibuka, pengedapnya pecah dan tidak boleh dibaiki.
3. Untuk memastikan bahawa tiap-tiap bungkusan dilabel dengan maklumat yang ditetapkan
dengan jelas serta tidak boleh dipadam.
4. Untuk menyediakan suatu Risalah Data Keselamatan Kimia terbaru bagi setiap bahan kimia
berbahaya yang dibekalkan.
 Apakah maklumat yang diperlukan pada SDS? Adakah data Pendaftaran, Penilaian, Kebenaran
& sekatan Bahan Kimia (REACH) boleh digunakan?

Risalah Data Keselamatan Kimia hendaklah mengandungi maklumat yang berikut:

0. Keluaran bahan kimia itu sendiri termasuk nama tred atau nama biasa bahan kimia itu dan
pengenalan syarikat dengan butiran tentang pembekal;
1. Kandungan bahan yang secara jelasnya mengenal pasti bahan kimia berbahaya bagi maksud
menjalankan penilaian bahaya;
2. Pengenalpastian bahaya
3. Langkah-langkah pertolongan cemas
4. Langkah-langkah pemadaman kebakaran
5. Langkah-langkah bagi menangani pelepasan tidak sengaja
6. Pengendalian dan penyimpanan
7. Kawalan pendedahan dan perlindungan diri (termasuk kaedah yang boleh digunakan bagi
mengawasi pendedahan di tempat kerja)
8. Sifat fizik dan kimia
9. Kestabilan dan kereaktifan
10. Maklumat toksikologi (termasuk laluan mungkin untuk masuk ke dalam badan dan
kemungkinan adanya sinergisme dengan bahan kimia atau bahaya lain yang dihadapi semasa
bekerja)
11. Maklumat ekologi
12. Maklumat pelupusan
13. Maklumat pengangkutan
14. Tarikh penyediaan Risalah Data Keselamatan Kimia

Pembekal hendaklah mengkaji semula dan menyemak Risalah Data Keselamatan Kimia dari semasa ke
semasa apabila maklumat baru tentang sesuatu bahan kimia berbahaya tertentu didapati. Semua
maklumat yang dikehendaki pada Risalah Data Keselamatan Kimia hendaklah ditulis dalam bahasa
kebangsaan dan bahasa Inggeris. Adalah boleh untuk menggunakan data REACH selagi ia tidak
berbeza dari kehendak peraturan ini.

 Adakah terdapat sebarang sekatan penggunaan bahan kimia tertentu di Malaysia?

Di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Larangan Penggunaan Bahan) 1999
{P.U.(A)303], ia hanya melarang bahan-bahan berikut dari penggunaan tertentu:

0. 4-Aminodiphenyl; Benzidine; 2-Naphtylamine; 4- Nitrodiphenyl


1. Benzene (untuk tujuan pembersihan dan penyahgrisan)
2. Karbon disulfida; karbon tetraklorida dan n-Hexane
3. Fosforus putih
4. Crocidolite

Perintah ini mula berkuatkuasa sejak 2 Ogos 1999.

 Selepas Peraturan CLASS diwartakan, bolehkah kami terus menggunakan label yang sedia ada
hingga habis sebelum mencetak dan menggunakan label CLASS?

Bagi permasalahan menghabiskan dahulu label yang anda ada sekarang sebelum bertukar ke label
CLASS, akan ada satu tempoh tenggang (satu tahun) bagi industri untuk mematuhi Peraturan CLASS
selepas diwartakan (kemungkinan besar akan diwartakan pada tahun 2013). Oleh itu, kami percaya
tempoh satu tahun (atau mungkin lebih bargantung pada tarikh Peraturan diwartakan) merupakan
tempoh masa yang cukup lama bagi anda untuk menghabiskan kesemua label yang ada sebelum
bertukar ke label CLASS. Tetapi tempoh tenggang ini mungkin berbeza tertakluk kepada sebarang
perubahan akhir Peraturan.

 Bilakah masa bagi pelaksanaan Peraturan CLASS di Malaysia?

Malaysia akan melaksanakan sistem GHS melalui pengisytiharan Peraturan Pengelasan, Pelabelan dan
Helaian Data Keselamatan Bahan Kimia Berhazard 201X (CLASS). Buat masa sekarang, jabatan ini
sedang menunggu keputusan dari Jabatan Peguam Negara tentang tarikh pewartaan Peraturan CLASS
yang sebenar.

 “Buku Ungu” versi manakah yang digunapakai di Malaysia dalam menguatkuasakan Peraturan
CLASS?

Peraturan CLASS akan menggabungkan elemen-elemen daripada “Buku Ungu” Semakan Edisi
Ketiga, dan mengekalkan bahagian- bahagian tertentu daripada Peraturan Pengelasan, Pembungkusan
dan Pelabelan Bahan Kimia Berbahaya 1997 (CPL 1997).

 Adakah terdapat mana-mana rujukan tempatan mengenai GHS? Bagaimanakah untuk


mendapatkannya?

Ya, anda boleh merujuk kepada laman web JKKP (di bawah tab Isu-Isu Kimia) untuk berita terkini
dan garis panduan mengenai peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan di Malaysia dan “Kod Amalan
Industri mengenai Pengelasan Bahan Kimia dan Komunikasi Hazard” sebagai dokumen sokongan .
Anda juga boleh mendapatkan bahan-bahan dan maklumat terkini dengan menghadiri seminar dan
kursus yang disediakan oleh JKKP, NIOSH atau CICM.
 Apakah “building block” GHS bagi Malaysia?

“Building block” GHS adalah berdasarkan kepada “ Buku Ungu” : Tidak semua kategori hazard akan
digunapakai, walaupun kesemua kelas hazard digunapakai. Kami akan mengumumkan semua
kandungan dalam Peraturan CLASS termasuk “building block” apabila Peraturan telah diwartakan
kelak.

 Apakah had pemisah untuk GHS di Malaysia?

Penggunaan had pemisah adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.5.1 di dalam “Buku Ungu”.

 Apakah format SDS di Malaysia sekiranya Peraturan CLASS diwartakan?

Terdapat keperluan di mana pembekal perlu memastikan bahawa maklumat dalam SDS disusun
mengikut aturan yang telah ditetapkan, sama seperti yang telah dinyatakan dalam perenggan 1.5.3.2
“Buku Ungu” atau dalam Peraturan CLASS. Maklumat tersebut hendaklah ditulis dalam Bahasa
Kebangsaan (Malaysia) atau Bahasa Inggeris.

 Apakah kriteria pengelasan untuk campuran/ persediaan di Malaysia?

Sehingga kini, kami masih menggunakan Peraturan Pengelasan, Pembungkusan dan Pelabelan Bahan
Kimia Berbahaya 1997 (CPL 1997) sebagai kriteria pengelasan untuk campuran/ persediaan di
Malaysia. Walaupun sekarang kami sedang berusaha ke arah pelaksanaan Sistem Terharmoni Global
bagi Pengelasan dan Pelabelan Bahan Kimia (GHS), tetapi masih sehingga saat ini, semua industri di
Malaysia perlu mematuhi Peraturan CPL 1997 sehingga tarikh tertentu yang akan diumumkan dari
masa ke semasa.

 Di dalam Peraturan Pengelasan, Pembungkusan dan Pelabelan Bahan Kimia Berbahaya 1997
(CPL 1997), kriteria pengelasan untuk campuran/ persediaan tidak digariskan. Adakah ia
menggunakan kaedah pengiraan yang sama seperti EU?

Ya, oleh kerana Peraturan CPL 1997 tidak menggariskan kriteria pengelasan untuk campuran/
persediaan, kami menggunakan kaedah pengelasan/ pengiraan yang sama seperti EU. Untuk maklumat
lanjut, anda boleh merujuk kepada pautan ini.

 Kami ingin mendapatkan penjelasan mengenai pelabelan GHS kerana syarikat kami telah
melaksanakan pelabelan GHS untuk produk kami sejak Tahun 2008. Adakah terdapat apa-apa
isu berkenaan perkara ini kerana Peraturan CLASS masih belum diwartakan?

Walaupun Peraturan CLASS masih belum diwartakan, seharusnya tidak menjadi isu atau masalah jika
syarikat anda telah melaksanakan pelabelan GHS, walau bagaimanapun kerana Peraturan CLASS
masih belum diwartakan, semua industri MASIH PERLU untuk mematuhi Peraturan CPL buat
masa ini. Oleh itu, sila pastikan syarikat anda masih mematuhi Peraturan CPL buat masa ini, walaupun
anda telah melaksanakan pelabelan GHS untuk produk anda.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh merujuk kepada pautan ini.

 Bolehkah JKKP menyediakan senarai perunding/ konsultan yang diiktiraf oleh JKKP yang
boleh melaksanakan penaksiran karsinogenik di Malaysia?

Oleh kerana penaksir yang menjalankan Penaksiran Risiko Bahan Kimia kepada Kesihatan (CHRA)
juga melakukan penaksiran karsinogenik, anda boleh merujuk kepada senarai terkini Orang Kompeten
untuk Penaksir CHRA yang berdaftar dengan JKKP. Anda boleh merujuk kepada pautan ini.

 Saya telah merekabentuk 2 jenis label yang akan dicetak pada pembungkusan produk kami.
Satu adalah dalam Bahasa Inggeris, dan satu lagi adalah dalam Bahasa Melayu. Oleh kerana ini
adalah kali pertama saya membuat rekabentuk label, saya berharap anda boleh membantu saya
untuk melihat sama ada draf in

Perbandingan telah dibuat dengan Perenggan 1.4.10. 5,2 [Purple Book GHS 3rd Edition], dan didapati
konsisten dengan kehendak perenggan tersebut.
Adalah diingatkan bahawa anda masih perlu mematuhi dengan sepenuhnya Peraturan-Peraturan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan iaitu Peraturan Pengelasan, Pembungkusan dan Pelabelan Bahan
Kimia Berbahaya 1997 (CPL 1997) untuk bahan kimia yang dibekalkan di negara ini. Perlaksanaan
Sistem Terharmoni Global bagi Pengelasan dan Pelabelan Bahan Kimia (GHS) di Malaysia hanya akan
dibuat apabila perundangan berkaitan dipersetujui oleh Menteri dan diwartakan.
Untuk maklumat lanjut berkenaan garis panduan perlabelan bahan kimia berpandukan peraturan CPL,
sila rujuk pada pautan berkenaan.

 Menurut Peraturan CLASS, adakah wajib untuk mempunyai latar belakang putih untuk label?

Kecuali pada piktogram, warna-warna boleh digunakan pada kawasan lain di label untuk melaksanakan
keperluan pelabelan yang lain, seperti contoh penggunaan band racun perosak, untuk kata isyarat dan
pernyataan hazard atau sebagai latar belakang kepada kata tersebut.

 I am a chemical supplier. If my company want to protect the confidential information of the


supplied chemicals, what information can be excluding in the label and SDS?

Suppliers may exclude the chemicals name and concentration of the chemical ingredients of a
mixture in the Safety Data Sheet (SDS) and the chemicals label, BUT the information must be
replaced with:
– Chemicals name --> use generic name of the chemicals
– Concentration of the ingredients --> Use concentration range
For the purpose of worker’s safety and health protection, information can be given to:

 Occupational Health Doctor (OHD)


 People who use/ handling the chemicals

if the request to get the information done in written form and the information obtained is used
for the purpose of worker’s safety and health protection.

 Adakah sebarang kemungkinan untuk mempunyai hanya satu sahaja Sistem Pengurusan Bahan
Kimia (bukannya dilakukan secara berasingan seperti EHSNR oleh JAS dan CIMS oleh JKKP)
kerana industri perlu mengemukakan maklumat bahan kimia berbahaya yang sama kepada
kedua-dua pihak berkuasa tempatan?

Buat masa ini, kami sedang berusaha sedaya upaya ke arah mempunyai satu sistem bersepadu bagi
pengurusan bahan kimia. Walau bagaimanapun, kami tidak boleh menjamin apa-apa pada masa ini
berikutan isu ini masih di peringkat perbincangan.

 Sila bantu saya untuk memahami bahawa nama bahan kimia boleh tidak dipaparkan , TETAPI
nama generik masih perlu dipaparkan. Adakah ini betul?

Anda adalah betul mengenai pilihan menggunakan nama generik untuk ramuan pada label hanya jika
kandungan kepekatan ramuan adalah di bawah kepekatan kadar pemisah: pilihan ini adalah untuk
pembekal sekiranya, antara lain, nama ramuan tersebut di bawah “maklumat komersial yang sulit”.

 Adalah pelabelan masih mengikut CPL 1997 buat masa kini?


 Apakah berita terkini mengenai Peraturan CLASS 201X? Bilakah tarikh sasaran bagi
penguatkuasaannya?
Kami menjangkakan untuk Peraturan diwartakan menjelang Tahun 2013. Walau bagaimanapun, kami
tidak boleh memberikan anda tarikh yang tepat kerana kami sendiri tidak mengetahuinya.

 Adakah laman web Sistem Pengurusan Maklumat Bahan Kimia (CIMS) masih berfungsi? Saya
telah cuba untuk masuk beberapa kali di laman web ini: http://www.cims.gov.my/, tetapi gagal.
Sila bantu saya.

Untuk permasalahan di laman web CIMS, buat masa ini kami mempunyai masalah dengan sistem
pelayan kami dan ia masih sedang diselenggara. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang
dihadapi.

CHRA

 Saya membuat kerja-kerja pengecat untuk klien saya di industri minyak dan gas. Siapakah yang
bertanggungjawab untuk menjalankan penaksiran risiko kimia kepada kesihatan?

Kamu adalah dikira sebagai seorang sub-kontraktor. Menurut Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan 1994, sub-kontraktor adalah sebagai majikan. Sebagai majikan langsung, kamu perlu
mengikut kehendak Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan
Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya kepada Kesihatan) 2000, termasuk melaksanakan
penaksiran risiko kimia kepada kesihatan.

 Syarikat kami telah menggunakan asid sulfurik dalam kuantiti yang sedikit. Adakah kami perlu
membuat penaksiran risiko kepada kesihatan?

Ya, asid sulfurik adalah bahan kimia mengakis dibawah Peraturan-peraturan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan, Pembungkusan dan Pelabelan Bahan Kimia Berbahaya) 1997.
Adalah menjadi tanggungjawab majikan atau pemunya untuk melakukan penaksiran risiko kepada
kesihatan (CHRA), walaupun kandungan penggunaan bahan kimia adalah sedikit.

 Semenjak menjalankan perniagaan didapati perniagaan syarikat kami kurang menguntungkan.


Bolehkah pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan memberikan syarikat kami
perlanjutan masa untuk melakukan penaksiran risiko kimia kepada kesihatan?

Pihak majikan perlu menulis surat kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, untuk
memohon pelanjutan tempoh masa melakukan penaksiran risiko kimia kepada kesihatan. Adalah
dinasihatkan supaya kes menjalankan aktiviti keselamatan dan kesihatan (KKP) (termasuk penaksiran
risiko) dimasukkan dalam bajet menjalankan perniagaan.

 Bilakah masa berikutnya yang perlu dilakukan penaksiran risiko kimia kepada kesihatan.
Selepas penaksiran yang pertama dilakukan?

Penaksiran risiko kimia kepada kesihatan perlu dilakukan semula jika:-

i. Terdapat perubahan yang ketara dalam kerja yang berhubung dengannya penaksiran itu dibuat, atau
ii. 5 tahun telah berlalu sejak penaksiran terakhir, atau
iii. Telah diarahkan oleh Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, atau Pengarah Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaaan.

USECHH

 Adakah bahan kimia tambahan (additives) gred makanan, diklasifikasikan sebagai bahan
berbahaya dibawah Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan
dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya kepada Kesihatan) 2000?
Ya. Bahan kimia tambahan adalah diklasikasikankan bahan kimia berbahaya kepada Kesihatan kerana
tidak dikira sebagai makanan dan tidak dikecualikan daripada Peraturan-peraturan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan, Pembungkusan dan Pelabelan Bahan Kimia Berbahaya) 1997.

MAJOR HAZARD

 Siapakah yang perlu mematuhi Peraturan CIMAH?

Aktiviti-aktiviti Industri yang mana memproses, menggunakan, mengeluarkan atau menyimpan bahan-
bahan berbahaya yang tersenarai di dalam jadual 1 dan 2, mesti mematuhi Peraturan CIMAH kecuali
pepasangan nuklear, pepasangan di bawah angkatan tentera, suatu kenderaan atau vesel yang
mengangkut bahan berbahaya ke atau dari tapak suatu aktiviti industri dan suatu aktiviti industri yang
melibatkan atau mungkin akan melibatkan suatu kuantiti bahan berbahaya yang mana sama atau kurang
sepuluh peratus kuantiti ambang bahan berbahaya.

 Apa yang perlu saya lakukan sekiranya terdapat bahan berbahaya di pepasangan saya?

Anda mesti membuat pemberitahuan berkenaan kuantiti bahan berbahaya dengan menggunakan
Borang Pemberitahuan Aktiviti Industri (JKKP 5), dan menyerahkan borang tersebut ke Bahagian
Major Hazard, Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan, Putrajaya.

 Apakah yang mesti saya lakukan jika pepasangan saya dikelaskan sebagai sebuah Pepasangan
Bukan Bahaya Besar?

Anda perlu menyerahkan Dokumen Demonstrasi Operasi Selamat (DOS) ke JKKP.

 Adakah terdapat garis panduan untuk membantu pemilik pepasangan untuk menyediakan
Dokumen Demonstrasi Operasi Selamat?

Ya, JKKP telah menerbitkan dua garis panduan yang di namakan Garis Panduan Penyediaan
Dokumen Demonstrasi Operasi Selamat (Am) dan Garis Panduan Penyediaan Dokumen
Demonstrasi Operasi Selamat(Penstoran Gas Petroleum Cecair Di Dalam Selinder).

 Apakah yang mesti saya lakukan jika pepasangan saya dikelaskan sebagai sebuah Pepasangan
Bahaya Besar?

Pemilik Pepasangan Bahaya Besar mesti menyerahkan tiga dokumen yang dinamakan sebagai Laporan
Aktiviti Industri, Pelan Kecemasan Tapak dan Risalah Maklumat Kepada Umum.

LUAR PANTAI

 Apakah skop penguatkuasaan JKKP ke atas aktiviti luar pantai?

Buat masa ini, JKKP menjalankan penguatkuasaan hanya merangkumi aktiviti-aktiviti kelulusan
pemasangan dan kelulusan pengendalian talian paip untuk tujuan penghantaran petroleum.

 Adakah semua talian paip petroleum luar pantai di bawah kawalan JKKP?

JKKP menjalankan pemeriksaan dan ujian ke atas pemasangan talian paip baru, pengantian dan
membaikpulih yang merangkumi skop talian paip-talian paip berikut:

a. talian paip petroleum cecair diantara kemudahan-kemudahan pengeluaran, loji memproses gas asli,
stesen-stesen servis, terminal-terminal (laut) dan tempat-tempat penghantaran dan penerimaan yang
lain.
b. talian paip yang mengangkut gas asli daripada saluran alat pemisah atau perangkap di telaga-telaga
minyak hingga ke saluran keluar pasangan set meter terminal.

 Adakah kontraktor-kontraktor pemasangan talian paip perlu mendapat berdaftar daripada


JKKP?

Kontraktor-kontraktor yang terlibat dengan pemasangan talian paip petroleum perlu berdaftar dengan
JKKP sebagai kontraktor gas.

 Adakah jentera berperakuan yang hendak dipasang di pelantar minyak atau gas perlu
mendapat kelulusan rekabentuk?

Mana-mana jentera berperakuan yang di bina oleh pembuat tempatan perlu mendapat kelulusan
rekabentuk dan dikenakan ujian hidrostatik, manakala jentera berperakuan yang diimport buat masa ini
tidak perlu mendapat kelulusan rekabentuk tetapi perlu menyimpan segala dokumen pembinaan dan
sijil ujian dari pembuat untuk tujuan pemeriksaan.

 Adakah peruntukan undang-undang iaitu OSHA, FMA dan PSMA terpakai ke atas kapal-kapal
yang digunakan untuk memproses minyak (FPSO/ FSO)?

FPSO dan FSO adalah tertakluk terhadap peruntukan dibawah undang-undang OSHA, FMA atau
PSMA apabila kedudukannya tetap dan hanya digunakan untuk memproses atau menyimpan minyak
atau gas.

KESIHATAN PEKERJAAN

 Bagaimanakah cara untuk mendaftar sebagai Doktor Kesihatan Pekerjaan dengan pihak
JKKP?

a. Muat turun borang pembaharuan dari laman sesawang www.dosh.gov.my


b. Isikan borang berkenaan.
c. Lengkapkan pihak JKKP dengan dokumen dan keterangan berikut:
i. Dua keping gambar berwarna terbaru ukuran paspot.
ii. Resume terperinci mengenai pengalaman kerja dalam bidang Keselamatan & Kesihatan
Pekerjaan termasuk senarai nama penyelia dan orang rujukan.
iii. Salinan sijil-sijil kehadiran seminar, kursus, kolokium dan lain lain aktiviti berkaitan kesihatan
pekerjaan yang telah dihadiri (perlu disahkan).
iv. Salinan kelayakan akademik dan profesional (perlu disahkan).
v. Salinan Perakuan Amalan Tahunan (perlu disahkan).
vi. Salinan kad pengenalan (paspot bagi warga asing dan perlu disahkan).
vii. Alamat tempat kerja, no tel bimbit, no telefon pejabat dan alamat emel terkini.
d. Hantar permohonan ke alamat:
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia,
(Kementerian Sumber Manusia)
Aras 2, 3 & 4, Blok D3, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62530 Putrajaya

 Adakah Doktor Kesihatan Pekerjaan (Occupational Health Doctor) sama dengan Pakar
Kesihatan Pekerjaan (Occupational Health Physician)?

Doktor Kesihatan Pekerjaan adalah BUKAN PAKAR KESIHATAN PEKERJAAN KECUALI telah
diwartakan sebagai Pakar dalam bidang Kesihatan Pekerjaan oleh Jabatan Kesihatan Awam, Pejabat
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Kementerian Kesihatan Malaysia, menurut
Perintah 27, Bab F, Perintah Am pelantikan Pegawai Perubatan sebagai Pakar.
 Di mana kita boleh menghubungi jabatan yang berkenaan untuk pewartaan sebagai Pakar
Kesihatan Pekerjaan?

Alamat jabatan yang berkenaan untuk pewartaan Pakar Kesihatan Pekerjaan adalah:
Unit Kualiti dan Piawaian,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 8, Blok E10, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 W.P. Putrajaya
Tel: 03-88834022 Fax: 03-88834017

 Bagaimanakah cara untuk memperbaharui sijil DKP?

a. Muat turun borang pembaharuan dari laman sesawang www.dosh.gov.my


b. Isikan borang berkenaan.
c. Sertakan sekali:
i. Dua keping gambar berwarna terbaru ukuran paspot.
ii. Salinan sijil-sijil kehadiran seminar @ kursus berkaitan dengan kesihatan pekerjaan yang telah
dihadiri (perlu disahkan).
iii. Salinan Perakuan Amalan Tahunan (perlu disahkan).
iv. Laporan Pengawasan Perubatan yang telah dibuat 3 tahun sebelum pembaharuan ini.
v. Sijil CME yang dihadiri berkaitan Kesihatan Pekerjaan 3 tahun sebelum pembaharuan ini (perlu
disahkan).
vi. Sijil asal DKP yang telah luput.
d. Hantar permohonan ke alamat:
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia,
(Kementerian Sumber Manusia),
Aras 2, 3 & 4, Blok D3, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Putrajaya

 Apakah jenis-jenis kelayakan untuk membolehkan tuan didaftarkan sebagai DKP?

i. Sarjana Kesihatan Masyarakat (Occupational Health) UKM 4 tahun.


ii. Sarjana Sains Kemasyarakatan (Occupational Health) UKM 18 bulan.
iii. Diploma Siswazah Kesihatan Pekerjaan/DSKP, UKM.
iv. Sarjana Kesihatan Masyarakat (Occupational Health) USM 4 tahun.
v. Sarjana Kesihatan Masyarakat (Occupational Health) UM 4 tahun.
vi. *Masters of Science (Occupational Health), London.
vii. *Masters of Science in Occupational Medicine, Singapore.
viii. *Masters of Medicine (Occupational Medicine/Public Health), Singapore.
ix. *Masters of Public Health (Occupational Medicine), Wisconsin USA.
x. *Masters in Occupational Health, Philippine.
xi. *Diploma in Industrial Health from any University in United Kingdom.
xii. *Post Graduate Diploma or Masters of Health Science (Occupational Medicine, Health & Safety),
Edith Cowan, Perth Australia.
xiii. *Diploma in Industrial Health, Singapore.
xiv. *Diploma in Industrial Health, Otago New Zealand.
xv. *Diploma in Industrial Health, Toronto, Canada
xvi. *Diploma in Occupational Health, Sydney, Australia.
xvii. *Associate, Member or Fellow of the Faculty of Occupational Medicines, Royal College of
Physicians of London.
xviii. *Licentiate Member or Fellow of the Faculty of Occupational Medicines, Royal College of
Physicians of Ireland.
xix. Telah berjaya menamatkan kursus Kesihatan Pekerjaan yang di luluskan Ketua Pengarah dan
telah lulus peperiksaan DKP yang dikendalikan oleh pihak NIOSH Malaysia, Bangi.
* Calon DIWAJIBKAN hadir kursus peraturan USECCH 2000 yang dikendalikan oleh pihak NIOSH
Malaysia, Bangi.

 Berapakah bayaran untuk proses pendaftaran dan pembaharuan?

Tiada bayaran dikenakan setakat ini.

 Bagaimanakah sijil yang telah siap dihantar?

DKP boleh mengambilnya dari JKKP Ibupejabat atau JKKP Cawangan Negeri.

 Apakah faktor-faktor yang menyebabkan Ketua Pengarah MENOLAK PERMOHONAN atau


MENARIK BALIK pendaftaran Doktor Kesihatan Pekerjaan?

i. Didapati terdapat salah laku, salah amalan dan kecuaian atau melanggar etika-etika perubatan atau
telah disenaraihitam oleh Majlis Perubatan Malaysia.
ii. Telah terbukti dikenakan denda di bawah Akta atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya.
iii. Mengemukakan maklumat atau keterangan palsu/salah kepada pihak JKKP, majikan dan kilang
(DKP boleh dikenakan tindakan mahkamah jika didapati memberikan maklumat/keterangan
palsu).
iv. Mengemukakan maklumat/keterangan tidak lengkap.
v. Memaksa atau menghasut pihak kilang / majikan membuat ujian-ujian tidak perlu bagi tujuan
mendapat keuntungan di pihak DKP (terdapat konflik kepentingan diri sendiri).
vi. Tidak dapat memberi justifikasi secara jelas kenapa ujian-ujian tidak berkenaan dijalankan
(Justifikasi mesti diperolehi daripada buku-buku rujukan dan Jurnal Kesihatan
Pekerjaan/Persekitaran yang boleh dipercayai).
vii. Didapati gagal menjalankan kerja - kerja sebagai DKP seperti dalam peraturan USECHH 2000 dan
Garispanduan Pengawasan Perubatan.
viii. Ingkar memberi kerjasama dengan para pegawai JKKP (Kementerian Sumber Manusia) apabila
diminta.
ix. Didapati tidak aktif menjalankan kerja-kerja keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
x. Telah berhenti sebagai Pengamal Perubatan.
xi. Gagal dalam sesi temuduga oleh pegawai-pegawai JKKP.
xii. Didapati tidak layak untuk didaftarkan sebagai DKP.
xiii. Atas sebab-sebab tertentu, tertakluk atas arahan Ketua Pengarah JKKP.
xiv. Telah meninggal dunia.

MAJLIS NEGARA BAGI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

 Apakah Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan?

Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP) di bawah Kementerian Sumber
Manusia adalah sebuah badan tertinggi yang bertanggungjawab menentukan hala tuju dan dasar negara
berhubung dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Malaysia. Ia ditubuhkan oleh Menteri
Sumber Manusia pada tahun 1995 mengikut kehendak Seksyen 8, Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan 1994, (Akta 514).
MNKKP ditubuhkan bertujuan sebagai usaha berterusan pihak kerajaan untuk menjadikan semua
tempat kerja di Malaysia selamat di samping meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerja
seterusnya menjadikan amalan kerja selamat dan sihat sebagai sebahagian daripada budaya rakyat
Malaysia, yang mana pelaksanaannya adalah berlandaskan kepada proses tripatisme.

 Apakah fungsi Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan?


MNKKP menjalankan fungsi-fungsinya dengan membincangkan, mengkaji dan menyiasat melalui
proses tripatisme dan seterusnya mengemukakan cadangan-cadangan kepada Menteri Sumber Manusia,
berhubung dengan perkara-perkara yang selaras dengan Akta 514, bagi tujuan meningkatkan tahap
keselamatan dan kesihatan di semua sektor industri dan, tanpa menjejaskan keluasan makna peruntukan
Akta 514, dalam hal-hal berkenaan: Iaitu

i. Perubahan yang dianggapnya wajar bagi perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan;
ii. Pemajuan pentadbiran dan penguatkuasaan perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan;
iii. Menggalakkan hubungan kerjasama perundingan antara pihak pengurusan dengan buruh tentang
keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja wanita, orang-orang cacat dan golongan-golongan
lain dalam masyarakat;
iv. Penubuhan kaedah-kaedah kawalan yang mencukupi bagi kimia industri di tempat kerja;
v. Penganalisian statistik mengenai kematian dan kecederaan yang berhubungan dengan pekerjaan;
vi. Pengadaan kemudahan penjagaan kesihatan di tempat kerja;
vii. Penggalakan Pembangunan dan penerimaan melaui undang-undang tataamalan industri yang
berhubungan dengan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerjaan;
viii. Pembangunan rancangan dan kemudahan pemulihan untuk membantu orang-orang yang cedera di
tempat kerja.

 Siapakah ahli-ahli yang menganggotai Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan?

MNKKP ditubuhkan di bawah kehendak peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan,
1994. Mengikut Akta ini, keanggotaan Ahli MNKKP adalah terdiri daripada tidak kurang daripada dua
belas (12) orang dan tidak lebih daripada lima belas (15) orang yang dilantik oleh Menteri Sumber
Manusia. Keanggotaan adalah terdiri daripada:-

i. tiga (3) orang daripada organisasi yang mewakili majikan


ii. tiga (3) orang daripada organisasi yang mewakili pekerja
iii. tiga (3) orang atau lebih daripada Kementerian atau Jabatan yang tanggungjawabnya adalah
berhubungan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan
iv. tiga (3) orang atau lebih, yang daripadanya sekurang-kurangnya seorang wanita daripada organisasi
atau badan professional yang aktiviti anggotanya adalah berhubungan dengan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan dan yang pada pendapat Menteri Sumber Manusia boleh menyumbang kepada
MNKKP

 Apakah syarat-syarat untuk menganggotai MNKKP?

Seseorang atau organisasi boleh mencalonkan anggotanya untuk menganggotai Majlis Negara bagi
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, sekiranya tidak memenuhi syarat-syarat berikut:-

i. seseorang yang didapati atau diisytiharkan tak sempurna akal


ii. seseorang yang bankrap
iii. seseorang yang telah disabitkan atas apa-apa kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau
keburukan akhlak, atau apa-apa kesalahan yang berhubungan dengan keselamatan dan kesihatan
pekerjaan di bawah mana-mana undang-undang yang dibuat dengannya.
iv. Seseorang yang tak dapat atau tak upaya melaksanakan fungsi sebagai anggota Majlis Negara bagi
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

 Di manakah rayuan boleh dibuat bagi menyelesaikan isu-isu orang terkilan yang membuat
rayuan terhadap sesuatu perintah yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah JKKP?

Rayuan boleh dikemukan kepada MNKKP dan akan dibawa ke dalam mesyuarat MNKKP. Keputusan
rayuan yang dibuat akan dimaklumkan kepada perayu sebaik saja ahli mesyuarat telah
memutuskannya.

Anda mungkin juga menyukai