Anda di halaman 1dari 3

Analisis ayat-ayat al-Quran dengan menghuraikan iktibar daripada mafhum ayat dalam aspek

pendidikan, ekonomi, politik, sosial dan kebajikan.

PENDIDIKAN

Surah al- Baqarah (2: 31) yang bermaksud “Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam akan segala nama
benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu ia berfirman “Terangkanlah
kepadaKu nama benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar.””

Ayat ini jelas menggambarkan bagaimana Allah SWT mengajar Nabi Adam segala nama benda yang
terdapat di dalam dunia ini yang bakal dihuninya. Tujuan pengajaran ini ialah untuk kemudahan Nabi
Adam dan zuriatnya tinggal di dunia sehingga hari kiamat . al-Asma ialah nama-nama sesuatu benda
atau perkara yang mana dengan mengenali atau mengetahui nama sesuatu perkara atau benda
merupakan kunci atau asas kepada pembentukan ilmu kepada seseorang manusia. Oleh yang demikian,
manusia dipertanggungjawab sebagai khalifah atau pemimpin untuk memakmurkan bumi ini kerana
manusia dibekalkan dengan akal yang berpotensi untuk berfikir dan mencari ikhtiar bagi mengatur
kehidupan mereka di dunia ini .

EKONOMI

Allah SWT berfirman dalam surah al-Fajr ayat 20 maksudnya: “serta kamu pula sayangkan harta secara
tamak haloba!”, dan dalam ayat lain Allah SWT berfirman, mafhum nya: “dihiaskan (dan dijadikan indah)
kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, Iaitu perempuan-perempuan dan
anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang
bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu ialah
kesenangan hidup di dunia. dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali Yang sebaik-baiknya (iaitu
Syurga) (surah Ali Imran, ayat 14).

Harta merupakan suatu perkara yang amat penting dalam hidup manusia. Ia adalah teras dalam
kehidupan dan juga sebagai sumber kekuatan sesebuah individu dan ummah sama ada dalam waktu
berlakunya peperangan mahupun semasa damai. Manusia tidak berupaya untuk hidup dengan
kehidupan yang selesa dan tidak mampu untuk mempertahankan diri dan menjaga kedaulatan tanah air
yang diduduki melainkan jika mereka mempunyai harta. Harta tidak dapat dipisahkan dari manusia
mahupun ummah. Allah SWT telah menerangkan dalam al-Quran betapa kasihnya manusia kepada
harta dan mereka senantiasa berkeinginan untuk mendapatkannya sebagaimana mereka ghairah untuk
mendapatkan perhiasan hidup yang lain.

POLITIK

(Al-Imran : ayat 159) Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap
mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari
sekelilingmu. Karena itu ma’afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah
dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka
bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.
(al-Imran)

Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah
ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal
keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat
sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal
kepadaNya.

SOSIAL

SuraH Ali Imran ayat 103 “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah dan janganlah kamu
sekalian berpecah belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu semua ketika kamu bermusuh-musuhan
maka Dia (Allah) menjinakkan antara hati-hati kamu maka kamu menjadi bersaudara sedangkan kamu
diatas tepi jurang api neraka, maka Allah mendamaikan antara hati kamu. Demikianlah Allah
menjelaskan ayat ayatnya agar kamu mendapat petunjuk” (Q.S. Ali Imron ayat 103) .

Ayat-ayat yang telah kita bincangkan jelas menunjukkan beberapa arahan Allah supaya kita benar-benar
melaksanakannya seperti takwa, Islam, berpegang teguh dengan tali Allah, tidak berpecah belah dan
sentiasa zikrullah. Pada hari ini, suasana umat Islam begitu rapuh ukhuwahnya. Hal ini menyebabkan
musuh dapat menguasai umat Islam dari segenap aspek, sama ada politik, kuasa, ekonomi hatta corak
kehidupan yang mereka jalani terpaksa mengikut telunjuk musuh-musuh Islam.

KEBAJIKAN

FIRMAN Allah SWT: "Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal yang baik) untuk mendapat
keampunan daripada Tuhan kamu, dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi,
yang disediakan bagi orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya; yang demikian ialah limpah
kurnia Allah, diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah sememangnya mempunyai
limpah kurnia yang besar." (Surah Al-Hadid, ayat 21)

Kita semua haruslah berlumba-lumba untuk mendapatkan akhirat. Inilah sifat ahli syurga. Mereka
bersungguh-sungguh di dalam beramal dan membuat persediaan untuk akhirat. Mereka ingin maju di
hadapan dalam hal agama dan tidak berasa cukup dengan apa yang telah mereka lakukan. Mereka akan
mencuba untuk memperbaiki amalan mereka dan sentiasa menambah ilmu mereka.

Anda mungkin juga menyukai