Anda di halaman 1dari 16

NAMA: MUHAMAD ZULFADZLE BIN FAUZI

NO MATRIK:M202069946
SUBJEK: KEMAHIRAN MENOLONG
TUGASAN:PROSES MENOLONG
PROGRAM: IJAZAH SARJANA MUDA KAUNSELING
NAMA PENSYARAH: PUAN HIKMAH BT MUBARAK ALI
PENGENALAN

Model kaunseling mempunyai peringkat atau fasa tersendiri dalam menjalankan sesuatu proses
menolong. Dalam erti kata lain kaunselor perlu membantu klien berdasarkan fasa tersebut
sehingga mencapai matlamat klien. Dalam setiap fasa tersebut kaunselor akan mengaplikasikan
teori atau kemahiran yang tertentu bagi menerokai masalah klien. Iai dijalankan mengikut langkah
tertentu tanpa disedari oleh klien. Dengan adanya pembahagian fasa, kaunselor boleh membantu
menyelesaikan permasalahan klien dengan mudah. Disamping itu juga sesuatu sesi dapat
dijalankan dengan lebih lancar dan konsisten kerana kaunselor dapat mengetahui kelemahan diri
pada tahap tertentu dan juga dapat memperbaikinya untuk sesi yang akan datang. Fasa dan
model kaunseling adalah berbeza mengikut pandangan tokoh-tokoh. Walau bagaimanapun,setiap
fasa perlu dikendalikan dengan baik supaya tidak berlaku urusan yang tidak selesai dalam diri
klien.
MODEL DALAM KAUNSELING

FASA DAN PROSES DALAM KAUNSELING

Dalam sumber-sumber yang dinyatakan oleh para tokoh, fasa


atau tahap model kaunseling adalah berbeza-beza namun
terdapat juga persamaan pada tahap tertentu kerana ia adalah
tahap penting yang perlu dilalui oleh kaunselor ketika membantu
klien menyelesaikan permasalahan.
MODEL KAUNSELING
BRAMMER
MODEL BRAMMER :
MENURUT BRAMMER ( 1999), MENYATAKAN BAHAWA PROSES
KAUNSELING MEMPUNYI LAPAN PERINGKAT, IAITU TIGA FASA. FASA
PERTAMA IALAH SEBELUM PROSES KAUNSELING IAITU PERINGKAT PRA
PERSEDIAAN, FASA KEDUA PULA IALAH SEMASA PROSES KAUNSELING
( PERINGKAT PENYEDIAAN, KEMASUKAN, PENETAPAN/PENJELASAN,
MENSTRUKTUR PERHUBUNGAN, PENEROKAAN, PENGUKUHAN DAN
OERANCANGAN ) MANAKALA FASA KETIGA IALAH SELEPAS PROSES
KAUNSELING IAITU PERINGKAT PENAMATAN
FASA 1
(PERINGKAT PRA PERSEDIAAN

• Dalam peringkat ini, perkara-perkara yang perlu dititik


beratkan oleh kaunselor adalah mengkaji latar belakang
klien. Segala maklumat peribadi klien harus dikumpul secara
teratur dan sistematik untuk memudahkan kaunselor tersebut
memhami persoalan sebenar kliennya.

• Ditahap ini kaunselor tersebut perlu membentuk hubungan


yang baik dengan klien dan seterusnya member
pertolongan. Pada awal sesi, kaunselor tersebut haruslah
menjadikan klien lebih selesa sepanjang sesi tersebut.
Kaunselor tersebut perlu menyatakan tujuan pertemuan
dengan jelas dan menunjukkan perlakuan yang sentiasa
pihatin dan sedia membantu klien.
“ • Tempat sesi kaunseling dijalankan

Sebelum memulakan sesi kaunseling, kaunselor haruslah


memikirkan dan menyediakan tempat serta menentukan
masa yang sesuia untuk berbincang bagi mengelakkan


sebarang gangguan semasa sesi berlangsung. Tempat
yang selesa dan menarik akan menggalakkan klien tersebut
merasa selesa untuk menghadiri sesi kaunseling dan
seterusnya sesi tersebut dapat dijalankan dengan jayanya.

DUA KOMPONEN PENTING YANG


• PERLU DIAMBIL PADA
Tahap kemampuan TAHAP
kaunselor INI klien
dengan :

• Sebelum memulakan sesi kaunseling, kaunselor perlu mengambil kira tahap kemampuan sama ada dirinya mahupun klien. Sebagai contoh,
kaunselor yang kelihatan letih akan menimbulkan rasa kurang yakin klien terhadap kaunselor. Selain itu, kaunselor harus peka pada tahap
kemampuan klien. Klien juga mungkin kelihatan lemah ataupun tidak memberi kerjasama semasa sesi berlangsung. Dengan ini, tahap
kemampuan kedua-dua pihak ini harus dititik beratkan sebelum memulakan sesi agar proses kaunseling dapat diajalankan dengan lancar.
• Apabila kaunselor dengan klien masing-masing bersedia untuk memulakan sesi, persetujuan antara kedua-dua pihak adalah diperlukan bagi
memulakan proses kaunseling. Seperti yang dikatakan oleh Brammer pada tahun 1973, menganggap persetujuan ini adalah sebagai satu
kontrak antara kaunselor dengan klien serta sebagai tanda persetujuan untuk memulakan sesuatu proses kaunseling. Persetujuan antara
kontrak ini, akan berubah paa bila-bila masa mengikut kehendak dan keadaan klien itu sendiri.
FASA 2

• Setelah memastikan peringkat pra persediaan berjalan dengan lancar,


perkhidmatan kaunselor boleh memasuki fasa kedua iaitu, “semasa proses
kaunseling”.

• Dalam fasa ini, beberapa peringkat terlibat iaitu peringkat penyediaan dan
kemasukan, penetapan, penstrukturan, perhubungan, penerokaan,
pengukuhan dan perancangan.
PERINGKAT PENYEDIAAN DAN
KEMASUKAN

Di tahap ini, temubual secara minima antara kaunselor dan klien akan berlaku.
Sewaktu memulakan temubual, seseorang kaunselor itu hendaklah menggunakan
soalan-soalan yang menakutkan serta mempamerkan perlakuan seperti ingin
membantu. Umpamanya perbuatan pertentangan mata dan kedudukan tubuh
badan kaunselor tersebut hendaklah disesuaikan. Jarak kedudukan antara kaunselor
dan klien juga perlu diberi perhatian bagi memudahkan proses komunikasi. Tambahan
daripada itu, keadaan tempat juga merupakan satu perkara penting dalam
permulaan hubungan antara klien dan kaunselor. Ini amat penting kerana suasana
bilik yang tenang akan memberangsangkan serta menggalakkan klien untuk
meluahkan perasaannya
PERINGKAT PENETAPAN/PENJELASAN

1: Pada peringkat ini kaunselor akan cuba mendapatkan gambaran yang jelas tentang persoalan serta permasalahan yang
dihadapi oleh klien serta menentukan matlamat kaunseling yang diperlukan mengikut kehendak klien. Biasanya dua cara
boleh digunakan iaitu:
• Jika klien mudah bercakap dan meluahkan perasaan kaunselor akan terus mendorong klien untuk terus bercerita
• Jika klien tersebut sukar untuk bercerita, maka kaunselor hendaklah bijak mengemukakan soalan-soalan yang terbuka
agar menggalakkan klien tersebut untuk bercerita.

2: Kaunselor hendaklah mengelakkan pendekatan “ soal selidik” kepada klien kerana ini akan menyebabkan klien terasa
terancam dan takut. Kaunselor haruslah mahir menggunakan pendekatan psikologi yang boleh menimbulkan suasana
selesa, kasih sayang, hormat dan terbuka. Kaunselor juga hendaklah menunjukkan sifat-sifat seorang pendengar yang baik
dan kritikal serta membantu kllien jika menghadapi keadaan tersekat-sekat sewaktu meluahkan pengalaman dan perasaan.
Kaunselor juga harus menggalakkan klien untuk menghurai dan menentukan penyataannya tentang bentuk dan jenis
pertolongan yang dikehendaki. Di tahap ini kaunselor juga harus mengamati dan menentukan siapa yang sedang
menghadapi permasalahan tersebut iaitu sama ada diri klien itu sendiri ataupun melibatkan diri orang lain. Kaunselor juga
harus mencungkil kehendak sebenar kllien dan menetapkan matlamat sebenar klien
PERINGKAT PENSTRUKTURAN

• Diperingkat ini kaunselor dan klien akan menetapkan sama ada hubungan mereka ini
boleh diteruskan atau tidak. Kaunselor harus menilai dirinya sendiri sama ada beliau
berkemahiran membantu klien, memenuhi harapan, berasa selesa dengan klien tersebut
dan selanjutnya perlu atau tidak mengadakan kontrak kaunseling dengan klien. Bagi pihak
klien perlu menentukan sama ada kaunselor tersebut boleh dipercayai atau tidak dan
bersediakah klien melibatkan diri serta menerima syarat-syarat yang dikenakan oleh
kaunselor.
• Tahap penstrukturan ini akan menentukan sifat, batasan dan matlamat perhubungan
menolong. Kontrak kaunseling akan dibuat pada peringkat ini iaitu persetujuan antara
kaunselor dan klien bagi berusaha mencapai matlamat yang ditentukan serta
bertanggungjawab untuk menepatinya. Dengan adanya kontrak ini, klien akan berasa
lebih komited menjalankan sesuatu tindakan untuk mencapai matlamat-matlamat yang
telah ditetapkan.
PERINGKAT PERHUBUNGAN

• Dalam peringkat ini, matlamat utama kaunseling adalah untuk


mengeratkan perhubungan antara kaunselor dan klien.

• Perhubungan yang terbina dengan baik melalui keyakinan dan rasa


selamat yang dirasai oleh klien semasa sesi kaunseling.

• Pada peringkat ini kaunselor harus mewujudkan suasana sekeliling dan


tingkah laku yang meyakinkan serta menunjukkan kemesraan.
PERINGKAT PENEROKAAN

Pada peringkat ini kaunselor akan semakin mengenali klien terutama dari
segi pendirian, matlamat dan juga strategi yang bakal diambil untuk
membantu klien. Antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh
kaunselor ialah mengeratkan hubungan agar perasaan yakin, percaya dan
selamat timbul dipihak klien. Yang kedua menggalakkan klien meneroka
masalah dan perasaannya abgi mencapai kesedaran kendiri. Ketiga,
kaunselor boleh memutuskan sama ada akan meneruskan hubungan sesi
kauseling ini atau menghentikannya atas sebab-sebab tertentu. Keempat
pula, kaunselor boleh member panduan kepada klien tentang kemahiran-
kemahiran yang perlu bagi mencapai matlamatnya
PERINGKAT PERANCANGAN

Peringkat perancangan merupakan satu peringkat ketetapan dan kata


muktamad kepada rancangan tindakan yang khusus. Kaunselor seboleh-
bolehnya harus menolong klien merancang strategi-strategi yang harus diambil
termasuk langkah-langkah pelaksanaan strategi tersebut. Peringkat ini merupakan
peringkat memperjelaskan matlamat yang diharapkan oleh klien dan
menyesuaikan tindakanya yang bakal diambil.
FASA 3

(Peringkat Penamatan)
Peringkat ini merupakan tahap pencapaian keputusan. Diperingkat ini juga
hasil atau pencapaian klien akan dirumuskan, jika msih terdapat matlamat-
matlamat yang tidak dicapai, maka sebab-sebabnya harus dikenalpasti.
Dapat dirimuskan bahawa peringkat penamatan ini merupakan peringkat
penilaian kaunselor terhadap keberkesanan strategi atau teknik yang telah
diaplikasikan kepada klien. Sebaliknya jika ia tidak berkesan mungkin sesi dan
tindakan susulan akan diteruskan. Walaupun proses kaunseling telah
ditamatkan ini tidak bererti hubungan antara kedua-duanya akan terputus.
Sebaliknya kaunselr harus mengikuti perkembangan klien yang dibantunya.
RUMUSAN

Secara keseluruhan, model kaunseling adalah satu proses yang dapat dibahagikan
kepada beberapa peringkat sehingga mencapai penamatan. Secara umumnya, proses
kaunseling ini bermula dengan membina hubungan, membuat penstrukturan,
penerokaan, mengenalpasti masalah, mencari alternative, melaksanakan pemilihan
dan penamatan. Pembahagian peringkat dilakukan secara tidak langsung oleh
kaunselor tanpa disedari oleh klien. Ia banyak membantu kaunselor memahami klien
dengan sebaik mungkin. Kaunselor dapat menyelami ruang dalaman dan membantu
mereka menyelesaikan masalah mereka. Dalam hal ini, kaunselor perlu mengambil
berat tentang perkara ini bagi menjadikan sesuatu sesi berjalan dengan produktif.

Anda mungkin juga menyukai