Anda di halaman 1dari 6

Perang Salib Keenam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Lompat ke: pandu arah, cari
[sorok]
 
Perang Salib

Pertama – Rakyat – Jerman 1096 – Tahun 1101


– Kedua – Ketiga – Keempat - Albigensian -
Kanak-kanak - Kelima - Keenam - Ketujuh -
Kelapan - Kesembilan - Baltik dan Eropah
Tengah
Perang Salib Keenam
Sebahagian dari Perang Salib

Frederick II (kiri) berjumpa al-Kamil.


Tarikh 1228 - 1229
Tempat Cyprus, Timur Tengah
Penyerahan secara aman
Jerusalem kepada Frederick II.
Bermulanya ketegangan di antara
Empayar Rom Suci dan Negeri
Hasil
Salib.
Nota: Jerusalem kemudian
dirampas oleh bangsa Turki
Khwarezm.
Jerusalem, Nazareth, Sidon,
Jaffa, dan Bethlehem diberikan
Perubahan
kepada Tentera Salib. Orang
wilayah
Islam mengekalkan Temple
Mount.
Pihak bersengketa
Empayar Rom Suci dan Negeri Salib dan Sarasen
sekutu  Kerajaan
 Empayar Rom Cyprus
Suci  Ibelin
 Kesatria
 Ayyubiyah
Teutonik
Komander
Henry I
Frederick II
John dari Ibelin
Hermann von Salza
Al-Kamil

Perang Salib Keenam bermula pada tahun 1228 sebagai cubaan untuk menawan
kembali Baitulmaqdis. Perang ini berlaku selama tujuh tahun selepas kegagalan
Perang Salib Kelima.

Isi kandungan
[sorokkan]
 1 Frederick II dan pihak Paus
 2 Perang Salib
 3 Warisan

 4 Rujukan

[sunting] Frederick II dan pihak Paus


Frederick II, Maharaja Suci Rom, melibatkan diri secara umumnya dalam Perang
Salib Kelima dengan menghantar pasukan tentera dari Jerman, namun dia gagal untuk
menyertai pasukan tentera tersebut secara langsung meskipun telah diberi galakan
oleh Honorius III dan kemudiannya Gregory IX, disebabkan dia perlu mengukuhkan
kedudukannya di Jerman dan Itali sebelum bertolak untuk melancarkan Perang Salib.
Walau bagaimanapun, Frederick sekali lagi berjanji untuk keluar berperang selepas
dimahkotakan sebagai maharaja oleh Paus Honorius III pada tahun 1220.

Pada tahun 1225, Frederick mengahwini Yolande dari Jerusalem (juga dikenali
sebagai Isabella), puteri John dari Brienne, pemerintah Kerajaan Jerusalem pada
nama, dan Maria dari Montferrat. Frederick kini menuntut kerajaan yang sudah kontot
itu, dan mempunyai alasan bagi cubaan untuk memulihkannya kembali. Pada tahun
1227, setelah Gregory IX menjadi paus, Frederick dan pasukan tenteranya belayar
dari Brindisi ke Acre, tetapi satu wabak telah memaksa Frederick kembali ke Itali.
Gregory mengambil peluang ini untuk mengucilkan Frederick kerana melanggar
sumpah perang salibnya, walaupun ini cuma satu alasan, disebabkan Frederick cuba
mengukuhkan kuasa selama beberapa tahun di Itali sehingga menjejaskan pihak Paus.

Gregory menyatakan bahawa alasan bagi pengucilan tersebut ialah keengganan


Frederick untuk keluar berperang dalam Perang Salib Kelima. Bagi Gregory, perang
salib tersebut cuma satu alasan yang berguna untuk mengucilkan maharaja tersebut.
Frederick cuba berunding dengan paus tersebut, namun akhirnya dia mengambil
keputusan untuk tidak mengendahkannya, dan belayar ke Syria pada tahun 1228 di
sebalik pengucilan tersebut lalu tiba di Acre dalam bulan September.

[sunting] Perang Salib


Frederick tidak terus menuju ke Tanah Suci, sebaliknya dia mula-mula sekali belayar
ke Cyprus yang merupakan jajahan empayarnya sejak penawanannya oleh Richard si
Hati Singa dalam perjalanan ke Acre semasa Perang Salib Ketiga. Maharaja tersebut
tiba dengan niat yang jelas untuk mengukuhkan kuasanya ke atas kerajaan tersebut,
namun dia dilayan dengan mesra oleh pembesar-pembesar tempatan sehinggalah satu
perbalahan tercetus antaranya dengan anggota keluarga Baili Cyprus, John dari Ibelin.
Frederick mendakwa bahawa keregenannya adalah tidak sah dan menuntut
penyerahan jajahan John di tanah besar, Beirut kepada pemerintah empayar.
Bagaimana pun, di sini dia telah membuat satu kesilapan, disebabkan John
menegaskan bahawa kerajaan Cyprus dan Jerusalem menurut perlembagaan adalah
berasingan dan dia tidak boleh dihukum atas kesalahannya di Cyprus dengan
perampasan Beirut. Peristiwa ini mempunyai akibat yang penting terhadap perang
salib tersebut apabila ia mengalihkan puak Ibelin yang berkuasa itu lalu menyebabkan
mereka menentang maharaja tersebut.

Sebagai ibu kota Kerajaan Jerusalem pada nama dan kerusi Kepatriarchan Latin, Acre
berpecah dalam sokongan terhadap Frederick. Tentera Frederick dan Kesatria
Teutonik menyokongnya, namun Patriarch Gerald dari Lausanne menyebelahi pihak
Paus yang bermusuhan dengannya. Apabila berita pengucilan Frederic tersebar,
sokongan umum terhadapnya merosot dengan mendadak. Kedudukan Kesatria
Hospital dan Kesatria Kuil adalah lebih rumit; walaupun mereka enggan menyertai
pasukan tentera maharaja tersebut secara langsung, mereka menyokong perang salib
tersebut apabila Frederick bersetuju untuk membuang namanya daripada perintah-
perintah rasmi. Pada mulanya para pembesar tempatan dengan ghairah menyambut
Frederick, tetapi mereka berwaspada terhadap sejarah pemusatan maharaja tersebut
dan keinginannya untuk berkuasa. Ini disebabkan sebahagian besar oleh layanan
Frederick terhadap John dari Ibelin di Cyprus, dan penghinaannya yang nyata
terhadap urusan perlembagaan para pembesar tersebut.

Meskipun berada bersama-sama dengan pasukan-pasukan kesatria tersebut di atas


kapal, pasukan tentera Frederick hanyalah bayang-bayang pasukan tentera tersebut
semata-mata yang dikumpulkan apabila perang salib itu dilancarkan pada asalnya. Dia
sedar bahawa satu-satunya harapan yang tinggal untuk mencapai kejayaan di Tanah
Suci ialah rundingan penyerahan Jerusalem disebabkan dia kekurangan tenaga
manusia untuk bertempur dengan empayar Bani Ayyubiyah dalam medan
pertempuran. Frederick berharap agar satu tanda kekuatan angkatan bersenjata, satu
ancaman kemaraan ke pantai cukup untuk menyakinkan al-Kamil, sultan Mesir
supaya menghormati perjanjian yang disyorkan yang telah dirundingkan beberapa
tahun dahulunyasebelum kemangkatan al-Muazzam, gabenor Damsyik. Sultan Mesir
itu yang sibuk dengan pembanterasan angkatan-angkatan bersenjata di Syria,
bersetuju untuk menyerahkan Baitul Maqdis kepada orang Frank beserta dengan
koridor sempit ke pantai.

Di samping itu, Frederick menerima Nazareth, Sidon, Jaffa dan Bethlehem. Ketuanan-
ketuanan yang lain mungkin kembali ke dalam penguasaan orang Kristian, namun ada
sumber yang tidak bersetuju. Ini bagaimana pun adalah perjanjian tolak ansur. Orang
Islam masih tetap menguasai kawasan Al Haram Al Sharif di Baitul Maqdis, Masjid
al-Aqsa dan Qubbat As-Sakhrah. Kota-kota di Transjordan kekal dalam tangan Bani
Ayyubiyah, dan sumber-sumber Arab menyebutkan bahawa Frederick tidak
dibenarkan membaikpulih kubu pertahanan Baitul Maqdis. Perjanjian itu yang
disempurnakan pada 18 Februari 1229 melindungi kedamaian sementara selama 10
tahun.

Frederick memasuki Baitul Maqdis pada 17 Mac 1229, dan menghadiri majlis
kemahkotaan pada hari berikutnya. Tidak diketahui samada dia menginginkan ini
ditafsirkan sebagai pemahkotaan rasminya sebagai Raja Baitul Maqdis; walau apa
sekalipun ketidakhadiran patriarch Gerald menyebabkan ia tidak sah. Wujud bukti
yang menunjukkan bahawa mahkota yang dipakai Frederick sebenarnya adalah
mahkota diraja,[1] tetapi apa sekalipun tindakan mengisytiharkan ketuanannya ke atas
Baitul Maqdis adalah satu perkara yang bersifat provokatif. Dari segi undang-undang,
dia sebenarnya hanyalah pemangku bagi anaknya Conrad II dari Jerusalem, satu-
satunya anak Yolande dan cucu Maria dari Montferrat dan John dari Brienne yang
dilahirkan sejurus sebelum pemergian Frederick pada tahun 1228.

[sunting] Warisan
Kerana mempunyai hal-hal yang perlu diuruskan di tanah air sendiri, Frederick
meninggalkan Baitul Maqdis pada bulan Mei. Walaupun dia gagal membuatkan Paus
menarik balik pengucilan, namun kini Frederick telah menunjukkan bahawa satu-satu
perang salib mampu berjaya sekali pun tanpa kelebihan dari segi ketenteraan mahu
pun sokongan pihak Paus. Perdamaian sementara itu yang tidak diterima pada
mulanya berakhir pada 1239; Baitul Maqdis diambilalih oleh orang Turki Khwarezm
dalam satu pengepungan pada tahun 1244.[2]

Frederick telah mewujudkan duluan dalam mencapai kejayaan perang salib tanpa
penglibatan pihak Paus. Perang-perang salib selanjutnya dilancarkan oleh raja-raja
perseorangan seperti Louis IX dari Perancis (Perang Salib Ketujuh dan Perang Salib
Kelapan) dan Edward I dari England (Perang Salib Kesembilan) yang sebenarnya
menunjukkan penghakisan kekuasaan pihak Paus.

[sunting] Rujukan
1. ↑ Crusading and the Crusader States, Jotischky, (Edinburgh, 2004), 225.
2. ↑ Jerusalem (Israel) - Britannica Online Encyclopedia

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Salib_Keenam"


Kategori: Konflik abad ke-13 | Perang Salib

Alatan peribadi

 Log masuk / buka akaun

Ruang nama

 Rencana
 Perbincangan

Kelainan

Pandangan
 Baca
 Sunting
 Lihat sejarah

Tindakan

 Sunting puncak

Cari

Pandu arah

 Laman Utama
 Tinjau
 Hal semasa
 Rencana rawak

Perhubungan

 Tentang Wikipedia
 Portal masyarakat
 Perubahan terkini
 Hubungi kami
 Menderma
 Bantuan
 Kedai Kopi

Cetak/eksport

 Cipta buku
 Muat turun sebagai PDF
 Versi boleh cetak

Alatan

 Pautan ke laman ini


 Perubahan berkaitan
 Laman khas
 Pautan kekal
 Petik laman ini

Bahasa lain

 ‫العربية‬
 বাংলা
 Bosanski
 Български
 Català
 Česky
 Deutsch
 Eesti
 Ελληνικά
 English
 Español
 Euskara
 Français
 Hrvatski
 Italiano
 ‫עברית‬
 Lietuvių
 Македонски
 ‫مصرى‬
 Nederlands
 日本語
 Norsk (bokmål)
 Português
 Română
 Русский
 Slovenčina
 Српски / Srpski
 Suomi
 ไทย
 Türkçe
 中文

 Laman ini diubah buat kali terakhir pada 18:02, 12 Februari 2011.
 Teks disediakan dengan Lesen Creative Commons Pengiktirafan/Perkongsian
Serupa; terma-terma tambahan mungkin terpakai. Lihat Terma-Terma
Penggunaan untuk butiran lanjut.

Anda mungkin juga menyukai