Anda di halaman 1dari 8

KOD DAN NAMA KURSUS:

LMCP1012
PENGANTAR SAINS CITRA

IJAZAH SARJANA MUDA SAINS CITRA DENGAN KEPUJIAN

TAJUK TUGASAN:
PROPOSAL BERTULIS BIDANG PENUMPUAN

NAMA PENSYARAH:
PROF. MADYA DR. NAZRI MUSLIM

NAMA DAN NO MATRIK PELAJAR:


NABIHAH HUSNA BINTI SHARIZAN
A174721
1 Bidang Penumpuan

Pendidikan (Pengajian Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL)) dan Sains
Komputer

2 Analisis Psikometrik

2.1 Psikometrik

Ujian psikometrik telah dijalankan secara atas talian melalui laman web
https://www.16personalities.com.
Berikut adalah keputusan ujian psikometrik;

Individual traits

Mind: This trait determines how we interact with our


Introverted – 51%
environment

Energy: This trait shows where we direct our mental


Observant – 58%
energy

Nature: This trait determines how we make decisions


Feeling – 63%
and cope with emotions

Tactics: This trait reflects our approach to work,


Judging – 53%
planning and decision-making

Identity: This trait underpins all others, showing how


Turbulent – 57%
confident we are in our abilities and decisions

Personality type: “The Defender” (ISFJ-T)


Role: Sentinel (Observant and Judging)
Strategy: Constant Improvement

1
2.2 Analisis Kekuatan

Berdasarkan keputusan yang dipamerkan di https://www.16personalities.com, beberapa


analisis kekuatan telah dikeluarkan seperti;

 Suka membantu
 Berusaha untuk memenangi kedua-dua belah pihak
 Memilih empati daripada menghukum
 Boleh dipercayai dan penyabar
 Seorang yang teliti
 Memastikan perkara yang dilakukan dengan kualiti yang bagus
 Tidak cepat melenting
 Imaginatif dan pemerhati
 Boleh berfikir secara luar kotak
 Tidak terlalu berharap pada logik semata-mata
 Mempunyai imaginasi yang praktikal
 Mendapat dan memberi inspirasi
 Rajin
 Sentiasa mecuba untuk menyelesaikan suatu masalah sehingga selesai
 Dedikasi terhadap kerja atau perkara yang dilakukan
 Sifat altruisme
 Mengutamakan kebajikan dan kebahagiaan orang lain
 Tidak mementingkan diri sendiri
 Suka membantu kawan & keluarga

2
2.3 Analisis Kelemahan

Berdasarkan keputusan yang dipamerkan di https://www.16personalities.com, beberapa


analisis kelemahan telah dikeluarkan seperti;

 Malu atau segan


 Terlalu memikirkan perasaan atau pandangan orang lain terhadap diri
sendiri sehingga kadang-kala tidak mampu untuk membuat keputusan
sendiri dengan mudah
 Sedikit sukar untuk menjadi seorang yang ekstrovert
 Banyak mengambil kira perkara secara peribadi
 Ada sedikit kepayahan untuk membezakan perkara peribadi atau perkara
bukan peribadi
 Pendam perasaan
 Sensitif tetapi jarang tunjukkan perasaan terhadap orang lain
 Mendahulukan perasaan oarang lain sehingga mengabaikan perasaan
sendiri
 Menghala ke arah stres, kekecewaan dan berfikiran negatif
 Sukar untuk mencuba benda baru
 Risau akan perubahan
 Takut diri akan menyesal dengan perubahan yang dibuat
 Sering memikirkan keburukan daripada kebaikan selepas membuat
keputusan

3
3 Justifikasi Bidang Penumpuan

3.1 Penuhi pasaran kerja

 Ramai sahaja graduan di Malaysia yang mengganggur selepas melanjutkan


pelajaran di universiti. Mereka mungkin terlalu memilih kerja atau bidang yang
diceburi ketika di universiti tidak mempunyai peluang kerja yang banyak.
Maka, dengan peluang yang ada sebagai pelajar Sains Citra, saya boleh memilih
bidang dalam sains komputer dan pendidikan TESL kerana kebanyakan kerja di
Malaysia pada masa kini memerlukan kepakaran dalam bidang IT seiring
dengan perkembangan teknologi masa kini serta kebanyakan syarikat
menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara ketika di pejabat atau
ketika berurusan dengan pelanggan.

3.2 Minat untuk mengambil bidang penumpuan dalam pendidikan

 Memandangkan kedua-dua ibu dan bapa saya merupakan seorang guru, maka
sudah menjadi kelaziman bagi saya untuk melihat mereka mengajar murid dari
kecil lagi. Jadi, bermulalah minat untuk menjadi seorang guru. Menjadi seorang
guru tidak semestinya perlu bekerja di sekolah awam, saya juga boleh bekerja di
sekolah swasta atau mana-mana pusat tuisyen yang terkenal. Jika saya
mempunyai rezeki, saya akan cuba untuk melanjutkan lagi pelajaran di
peringkat sarjana untuk menjadi seorang pensyarah pada masa akan datang.

3.3 Sebagai langkah persediaan

 Tidak semestinya jika mengambil bidang pendidikan mesti menjadi guru sahaja.
Dengan kemahiran sains komputer yang dipegang, skop pekerjaan menjadi
semakin besar. Saya juga mungkin boleh bekerja di sekolah tetapi bukan
sebagai guru bahasa semata-mata, tetapi saya juga boleh menjadi guru IT atau
pengatur cara di makmal komputer sekolah tersebut atau bekerja di pejabat
sekolah itu. Langkah persediaan inilah yang akan membantu saya untuk
mendapatkan kerja pada masa akan datang nanti.

4
4 Kursus yang dirasakan perlu diambil

4.1 Senarai 5 kursus Fakulti Pendidikan (FPEND)

1. GGGA1133 Profesionalisme Keguruan & Pembangunan Insan


2. GGGV1113 Social Media in Language Learning
3. SKBE1003 Foundation English
4. SKBP 1013 Introduction to Language Studies and Linguistics
5. SKBE 1023 Structures in Context

4.2 Senarai 5 kursus Fakulti Teknologi & Sains Maklumat (FTSM)

1. TTTK1114 Pengaturcaraan Komputer


2. TTTR1333 Matematik Diskret
3. TTTT1964 Pangkalan Data
4. TTTK1143 Rekabentuk Aturcara & Penyelesaian Masalah
5. TTTM2033 Teknologi Platform

5
5 Sangkutan Industri

5.1 Senarai 3 nama industri

1. Intel Technology Sdn. Bhd.


2. RizQ Islamic School
3. Google Malaysia

5.2 Justifikasi pilihan industri

1. Intel Technology Sdn. Bhd.


Umum mengetahui syarikat Intel Technology Sdn. Bhd sememangnya terlibat dalam
pembuatan perisian komputer secara besar-besaran yang telah diguna pakai oleh
seluruh dunia pada masa kini. Maka, perkara ini merupakan satu peluang yang besar
bagi saya untuk menimba ilmu dan bekerja di Intel Technology Sdn. Bhd yang
bersesuaian dengan bidang penumpuan saya iaitu sains komputer. Tidak hanya
mengharap untuk bekerja sebagai guru namun saya juga berpeluang untuk bekerja di
syarikat besar ini.

2. RizQ Islamic School


Disebabkan bidang penumpuan saya juga merupakan pendidikan TESL, maka pilihan
industri ini mungkin menjadi tempat yang sesuai untuk saya bekerja kerana bukan
sahaja menjadi seorang guru bahasa tetapi dalam pada masa yang sama pakar dalam
bidang sains komputer. Sekolah ini mengambil pendekatan konsep pendidikan play-
based & ICT maka setiap murid akan diberikan gajet untuk kegunaan belajar. Selain
itu juga, Apple Education turut menjadi rakan kongsi bersama sekolah ini dan
penggunaan komputer jenama Apple juga turut digunakan dalam makmal komputer.
Oleh sebab itu, saya amat berbesar hati untuk bekerja di sini.

6
3. Google Malaysia
Sebuah syarikat besar yang begitu popular di kalangan graduan masa kini pasti
menjadi rebutan untuk bekerja. Dengan suasana pejabat yang menarik dan selesa,
sudah pasti saya mahu mengambil peluang untuk bekerja di sana. Selain itu, bekerja
di sini amat sesuai dengan bidang penumpuan saya iaitu sains komputer. Hal ini
demikian kerana Google merupakan sebuah syarikat teknologi yang mengkhusus ke
arah perkhidmatan dan produk yang berkaitan dengan Internet, termasuk juga
teknologi pengiklanan dalam talian, enjin carian, pengkomputeran awan dan perisian.
Oleh itu, dengan ilmu sains komputer yang dimiliki, tidak menjadi satu masalah
kepada saya untuk memohon pekerjaan di syarikat tersebut.

6 Bidang kerja

6.1 Guru Bahasa & IT


6.2 Pengaturcara aplikasi komputer
6.3 Jurutera perisian

Anda mungkin juga menyukai