Anda di halaman 1dari 18

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI


Kod Dokumen : (OPR/TPU/BP/TERNAKAN/Arnab)
BUKU PANDUAN TERNAKAN ARNAB

Mangga Limau

Koko Kopi

TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI

UNIVERSIT PUTRA MALAYSIA

NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 1 drp 18
KANDUNGAN Muka Surat
Tajuk

1.0 Pendahuluan........................................................ 3

2.0 Biologi Arnab........................................................ 3


2.1 Taksomomi .................................................. 3
2.2 Tabiat........................................................... 3
2.3 Anatomi........................................................ 4

3.0 Baka Arnab............................................................ 4


3.1 Baka tempatan.............................................. 4
3.2 Baka pedaging.............................................. 4-5
3.3 Baka untuk kulit berbulu................................ 5
3.4 Baka untuk bulu............................................. 5
3.5 Pemilihan baka.............................................. 6
3.6 Sistem pembiakan......................................... 7-8

4.0 Perumahan dan Peralatan.................................... 8


4.1 Pemilihan kawasan........................................ 8
4.2 Perumahan................................................... 8-9
4.3 Peralatan...................................................... 9-12

5.0 Pengurusan induk 12


5.1 Kekerapan mengawan...................................
5.2 Program pembiakan...................................... 13
5.3 Tempoh bunting............................................. 14
5.4 Bunting Palsu................................................. 14

6.0 Pengurusan anak arnab......................................... 14


6.1 Pengurusan anak............................................ 14
6.2 Masa penyusuan anak................................... 15
6.3 Ibu angkat....................................................... 15
6.4 Cerai susu...................................................... 15-16
6.5 Penentuan jantina.......................................... 16

7.0 Penyembelihan...................................................... 16

8.0 Penyakit arnab....................................................... 16-18


9.0 Rujukan.................................................................. 18

NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 2 drp 18
1.0 PENDAHULUAN

Arnab ialah ternakan yang istimewa. Ternakan ini mudah dipelihara sama ada
sebagai haiwan kesayangan atau hobi. Arnab juga dipelihara untuk kulit,
daging dan bulu atau untuk pameran dan sebagai haiwan makmal untuk
penyelidikan. Baka sebagai New Zealand White, Californian, Carolina dan
New Simonaire dipelihara sebagai arnab pedaging.

2.0 BIOLOGI ARNAB

2.1 Taksonomi

Klasifikasi arnab adalah seperti berikut :

Kelas : Mamalia
Order : Lagomorpha
Famili : Leporidae
Subfamili : Leporinae
Genus : Oryctolagus
Spesies : cuniculus

2.2 Tabiat

Keadaan persekitaran mempengaruhi tabiat arnab. Dalam keadaan sejuk,


tabiat arnab akan kelihatan lebih aktif dan pengambilan makanan meningkat.
Persekitaran yang panas akan meningkatkan kadar pernafasan melalui paru-
paru bagi mengeluarkan haba pada kadar yang lebih cepat. Arnab menjadi
kurang selesa apabila suhu persekitarannya mencapai 31 ˚C terutama bagi
induk yang bunting dan arnab yang mengalami penyakit paru-paru.

Arnab berkomunikasi melalui pandangan, pendengaran dan juga bau. Arnab


mudah cemas. Jika ketakutan, haiwan ini akan menjerit dengan kuat dan
berlari-lari mengelilingi sangkarnya. Arnab yang diternak menganggap
sangkar kurungan sebagai kawasan jagaan dan ditandai dengan air
kencingnya. Pergaduhan mungkin berlaku jika arnab lain dimasukkan ke
kawasan jagaan. Untuk mengelakkan kejadian ini, arnab perlu dipisahkan dan
dikurung berasingan apabila mencapai umur dewasa bagi mengelak
perkelahian, pembiakan yang tidak dirancang dan kejadian bunting palsu.
Arnab juga mempunyai tabiat suka memilih makanan. Suhu persekitaran turut
mempengaruhi jumlah pengambilan makanan. Pengambilan makanan
bertambah pada waktu sejuk.

NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 3 drp 18
2.3 Anatomi

Arnab dikelaskan sebagai haiwan herbivor bukan ruminan yang mempunyai


perut seperti perut manusia tetapi mempunyai sekum dan kolon yang besar
seperti terdapat pada kuda dan tikus belanda. Arnab betina biasanya lebih
besar sedikit daripada arnab jantan. Terdapat baka yang bergelembir di
bawah dagunya. Tetek arnab yang terletak pada bahagian perut dan dada
berjumlah 6-10. Jika anak yang dilahirkan oleh seekor ibu melebihi 10 ekor,
program ibu angkat hendaklah diadakan. Arnab mempunyai bahagian bibir
atas yang terbelah dan bersambung hingga ke hidung. Beberapa helai bulu
mata yang panjang juga terdapat dibahagian mata. Telinga arnab besar dan
banyak saluran darah. Oleh itu, apabila membawa atau memeriksa arnab,
elakkan daripada memegang telinganya. Kaki belakang arnab lebih panjang
dan lebih kuat daripada kaki depannya. Tapak kaki arnab berbulu dan tebal
bulunya berbeza antara seekor arnab dengan arnab yang lain. Arnab yang
mempunyai tapak kaki yang berbulu lebat dan tebal lebih jarang mengalami
sakit kaki berbanding arnab yang tapak kakinya berbulu nipis dan jarang.

3.0 BAKA ARNAB

Baka arnab boleh dibahagikan mengikut kegunaan iaitu daging, kulit berbulu
dan bulu. Baka arnab juga boleh dikelaskan mengikut saiz badan sama ada
besar, sederhana atau kecil. Saiz badan berkait rapat dengan pencapaian
peringkat mengawan, kesuburan, kadar pertumbuhan dan kadar kematangan.

3.1 Baka Tempatan

Arnab tempatan mempunyai berbagai warna yang bertompok seluruh badan.


Keistimewaan arnab tempatan ini adalah mempunyai lebih ketahanan
terhadap serangan penyakit tetapi kadar tumbesarannya lambat. Baka
tempatan berpontensi untuk pengeluaran daging. Contoh baka arnab
tempatan ialah Baladi dari Sudan, Maltese dari Tunisia dan Creole dari
Guadeloupe. Untuk permulaan boleh juga menggunakan arnab tempatan.
Tetapi untuk pengeluaran komersial adalah digalakkan menggunakan baka
pedaging import.

3.2 Baka Pedaging

Pemilihan baka pedaging biasanya diimport kerana berapa ciri pedaging yang
ada pada arnab import lebih ketara berbanding pada arnab tempatan seperti:

i. Purata bilangan anak peranakan 7-9 ekor.


ii. Purata bilangan anak masa cerai susu 6-8 ekor.
iii. Berat akhir boleh dicapai pada masa umur 2 bulan.
iv. Berat dalam masa dua bulan adalah lebih kurang 2 kg.

NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 4 drp 18
Saiz besar  Baka besar seperti Bouscat Giant White, French Lop,
Flemish Giant dan French Papillon Giant mempunyai berat
badan dewasa yang melebihi 5 kg.
 Banyak dipelihara di Eropah. Sistem pembiakbakaan tulen
boleh diamalkan untuk membiakkan baka ini.
 Dalam program pengacukan untuk meningkatkan saiz baka
sederhana dan kecil, baka besar digunakan.

Saiz  Baka yang popular dipelihara ialah baka sederhana besar


Sederhana dengan berat 3.5-4.5 kg seperti Californian White, New
Zaeland White, Champagne d’argnet, Grand Chinchilla,
Burgandy Fawn, English Silver dan German Silver.
 Di samping mempunyai ciri pertumbuhan tisu otot yang
pantas, baka Champagne d’ Argent juga terkenal dengan
mutu kulit berbulu yang tinggi.

Saiz Kecil  Berat badan antara 2.5-3.0 kg. Baka Himalayan atau Rusia
berasal dari negara China dan berkembang ke Rusia dan
Poland. Baka ini mewarisi kadar pengovulan yang tinggi,
membesar dengan cepat dan mempunyai sifat keibuan
yang baik.
 Kos saraannya rendah berbanding dengan baka saiz besar
dan sederhana. Sesuai diternak untuk menghasilkan
karkas arnab yang seberat 1.0-1.2 kg.
 Terdapat juga jenis yang diternak sebagai haiwan
kesayangan seperti baka Butterfly dan Hotot.

3.3 Baka untuk kulit berbulu

Kulit berbulu (pelt) digunakan untuk membuat hasilan kraftangan seperti baju,
beg, alas tempat duduk dan topi. Antara baka arnab yang menghasilkan kulit
berbulu yang bermutu tinggi ialah Rex, Chanpagne d’Argent, Lilac, Fox,
Polish, Rhinelander dan Marten. Kebanyakan baka ini bersaiz kecil.

3.4 Baka untuk bulu

Angora satu-satunya baka arnab yang diternak untuk pengeluaran bulu. Baka
ini mempunyai gen agresif yang mengawal pengeluaran bulu yang panjang.
Kebanyakan bulu baka Angora berwarna putih. Warna ini mudah diproses dan
dicelup dengan warna-warna lain. Setiap ekor arnab Angora berupaya
mengeluarkan 200-1100 g bulu setahun.

NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 5 drp 18
3.5 Pemilihan baka

Pemilihan ialah proses menghadkan bilangan individu yang boleh dibiak


dalam sesuatu kumpulan pada sesuatu generasi. Bilangan individu yang
dibiak hendaklah bernilai genetik yang lebih tinggi daripada purata nilai genetik
kumpulan tersebut. Terdapat tiga ciri yang bernilai ekonomi yang penting
dalam penternakan arnab iaitu:

Ciri kesuburan  Saiz kelahiran seperinduk


 Umur pertama kali beranak
 Kadar kebuntingan

Ciri pertumbuhan  Berat seperinduk ketika dilahirkan


 Berat seperinduk waktu cerai susu
 Berat disembelih pada umur 11 minggu
 Kecekapan menukar makanan kepada
kenaikan berat badan
 Kandungan lemak dalam karkas
 Berat karkas

Ciri kemandirian  Kadar kemandirian waktu cerai susu


 Tahap ketahanan terhadap beban penyakit
 Tahap ketahanan pada tegasan haba

Keunggulan seekor arnab untuk dijadikan baka induk boleh diketahui daripada
maklumat prestasi individu, induk-induknya sendiri dan adik beradiknya.
Semua maklumat ini boleh digunakan secara bersendirian atau digabungkan
dalam satu indeks pemilihan. Terdapat tiga kaedah pemilihan yang biasa
digunakan.

Pemilihan tandem

Kaedah ini memilih satu ciri pada satu masa. Sesuatu ciri dipilih sehingga
mencapai tahap yang dihajati. Kemudian satu ciri lain akan dipilih pula.

Aras takaian bebas

Aras prestasi bagi ciri yang dipentingkan ditentukan dahulu dan individu yang
tidak melebihi aras bagi mana-mana ciri akan ditakai. Kaedah ini tidak
mengambil kira kebaikan dalam sesuatu ciri bagi menggantikan kelemahan
dalam ciri yang lain.

NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 6 drp 18
Indeks pemilihan

Indeks ini diwujudkan berasaskan timbangan bagi ciri-ciri yang terpilih


mengikut bahagian masing-masing. Indeks ini dikaitkan dengan anggaran
daya keturuanan, nilai ekonomi dan pertalian genetik antara ciri-ciri tersebut.
Kaedah pemilihan ini paling berkesan tetapi agak sukar untuk menghitungnya.
Pemilihan hendaklah dilaksanakan secara teratur dan berterusan bagi
memastikan keberkesanannya.

I = b1C1 + b2C2 + bзCз

Dengan I = indeks pemilihan


b1, b2 dan bз = konstant persamaan regrasi
C1, C2 dan Cз = tahap prestasi bagi ciri 1,2 dan 3

3.6 Sistem Pembiakbakaan

Pengacukan

Pengacukan ialah jenis sistem pembiakbakaan yang diamalkan untuk


menggunakan sepenuhnya kebaikan antara dua atau lebih. Kebaikan yang
ditunjukkan oleh anak kacukan yang dihasilkan bagi sesuatu ciri dinamakan
kecergasan hibrid. Kebaikan ini dihitung sebagai purata peratusan kelebihan
anak kacukan berbanding dengan purata induknya. Jika penternak ingin
mewujudkan arnab yang tahan pada persekitaran tempatan tetapi mempunyai
saiz badan yang sederhana, sistem pengacukan bolehlah diamalkan dengan
mengacukan baka arnab tempatan dengan baka arnab New Zealand atau
Californian (bersaiz badan yang sederhana)

Pembiakbakaan seturunan

Pembiakbakaan seturunan ialah pembiakbakaan antara individu-individu yang


mempunyai pertalian persaudaraan yang rapat. Anak-anak yang dihasilkan
daripada pembiakan tersebut dinamakan baka seturunan. Sistem
pembiakbakaan ini sering diamalkan dalam pembentukan dan perkembangan
peringkat awal sesuatu baka. Jika pembiakbakaan seturunan diamalkan
secara berterusan bagi satu tempoh yang lama, penurunan prestasi akan
dialami.

Pembiakbakaan titisan

Pembiakbakaan seturunan yang dilaksanakan secara perlahan untuk


mendapatkan kebaikannya dan dapat menghindarkan keburukan penurunan
pembiakbakaan seterusnya. Sistem ini melibatkan pembiakan individu-individu

NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 7 drp 18
kepada seekor arnab individu yang terawal oleh sebab keunggulan individu
tersebut.

Pembiakbakaan luaran

Pembiakbakaan luaran melibatkan individu-individu yang tiada pertalian


persaudaraan dan akan meningkatkan variasi genetik atau keheterozigotan.
Kesan sistem pembiakbakaan ini berlawanan dengan kesan sistem
pembiakbakaan seturunan . Sistem pembiakbakaan ini dapat digunakan pada
peringkat awal pembentukan sesuatu kumpulan arnab itu dengan
membiakkan induk betina dengan induk jantan yang terpilih dari kumpulan
lain.

4.0 PERUMAHAN DAN PERALATAN

4.1 Pemilihan Kawasan

Kesesuai ternakan arnab terhadap persekitaran dipengaruhi oleh beberapa


faktor seperti baka, kaedah pemiliharaan dan kadar muatan bagi sesuatu
keluasan lantai. Secara khusus, keperluan arnab terhadap beberapa perimeter
persekitaran perumahan seperti berikut. Beberapa ciri yang boleh dijadikan
garis panduan dalam pemilihan sesuatu kawasan untuk menternak arnab
seperti dibawah:

 Berhampiran dengan pusat jualan dan pemprosesan.


 Jauh dari kawasan industri, perbandaran, perumahan dan aktiviti
ternakan/ ternakan lain.
 Mempunyai kemudahan infrastruktur seperti jalan, bekalan letrik, dan
sumber air yang bersih.
 Peredaran udara yang baik dan memuaskan.
 Dataran tanah membolehkan kedudukan panjang bangsal dibina
secara selari dengan arah terbit/terbenam matahari

4.2 Perumahan

Terdapat beberapa jenis perumahan yang boleh digunakan bergantung pada


saiz pengeluaran. Pendekatan yang digunakan di sini merujuk pada jenis
lantai dan cara pengurusan najis sama ada dalam bentuk kering atau basah.
Kedua-dua sistem tersebut memerlukan cara pengurusan yang berbeza di
samping kelebihan dan kekurangan masing-masing.

4.2.1 Sistem lantai kering

Dalam sistem ini, penggunaan air selain untuk minuman dihadkan bagi
mengurangkan kelembapan dan mengawal pembentukan gas buangan

NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 8 drp 18
(termasuk bau) di dalam kandang. Lantai penting dalam memastikan najis
yang kering, melalui cara penapisan. Takungan penapisan berpasir yang
memisahkan najis daripada air kencing secara penurasan dibuat dibahagian
lantai di bawah setiap baris sangkar. Sistem ini dapat memberikan
persekitaran yang bersih, mengawal pencemaran dan mengurangkan kos
penyelenggaraan harian jika diuruskan dengan betul. Kelemahan pada sistem
ini ialah najis akan sentiasa berkeadaan basah dan menyebabkan masalah
lain jika keadaan saliran tanah tidak baik.

4.2.2 Sistem lantai basah

Lantai konkrik digunakan untuk kandang sistem lantai basah. Lantai dibina
sama ada dengan mencerun ke arah sisi kandang atau longkang kecil dibina
di bawah baris sangkar. Untuk mencuci kandang, air dipancut secara manual
atau mekanikal dengan sistem kawalan automatik. Oleh sebab najis dan air
kencing bercampur, pembentukan gas buangan (NHз) mudah berlaku. Alat
pengalih udara diperlukan bagi mengurangan kesan keracunan gas pada
arnab.

4.3 Peralatan

4.3.1 Sangkar

Sistem sangkar yang baik perlu dalam pemeliharaan arnab secara intensif.
Keperluan sangkar sama ada untuk individu atau berkumpulan ditentukan
mengikut jenis pengeluaran. Bagi pembiakan dan pengeluaran bulu, sangkar
individu digunakan. Sangkar jenis berkumpulan digunakan bagi
penggemukkan anak dengan kadar muatan 8-12 ekor/m². Bahan untuk binaan
sangkar perlu memepunyai ciri-ciri seperti berikut:

 Tahan pada tabiat semulajadi arnab yang suka menggigit bahan seperti
kayu, buluh, getah dan plastik (bahan ini tidak sesuai digunakan)

 Tahan pada karat yang disebabkan oleh air kencing arnab (besi perlu
disalut dengan lapisan pelindung karat sebelum dijadikan sangkar)

 Murah (bahan yang tidak berkarat seperti alumunium dan keluli tidak
sesuai kerana sangat mahal)

Terdapat beberapa jenis sangkar yang boleh digunakan bergantung pada


jenis pengeluaran dan kesesuaian bangunan. Antaranya adalah seperti:

NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 9 drp 18
Sangkar setingkat

Paling mudah dan digunakan secara meluas. Sesuai digunakan untuk


pembiakbakaan.

Kebaikan Kelemahan
 Pembinaan lebih mudah dan  Kadar muatan per unit luas
murah lebih rendah
 Persekitaran lebih baik untuk  Kos pengeluaran bagi setiap
pengeluaran arnab sangkar lebih tinggi
 Pemerhatian terhadap arnab dan
kerja penyelenggaraan menjadi
lebih mudah dan berkesan

Sangkar bertingkat piramid

Juga dikenali sebagai sangkar California. Dibuat bertingkat berbentuk


piramid. Sesuai untuk penggemukkan anak (berkumpulan) dan pengeluaran
bulu (individu). Dalam sistem perumahan terbuka, penggunaan sangkar ini
memerlukan penjagaan yang rapi dari segi kebersihan dan pengudaraan.

Sangkar bertingkat menegak

Sangkar ini lebih kompleks. Setiap sangkar bertingkat menegak dibuat dua
atau tiga tingkat dan dilengkapi dengan takungan najis. Dalam sistem
pengudaraan semula jadi, sangkar jenis ini tidak sesuai digunakan kerana
pergerakan udara tidak boleh dikawal. Oleh itu, pembentukan gas NHз dan
bau di dalam kandang boleh menyebabkan keracunan pada ternakan.
Kenaikan dan kelemahan penggunaan sangkar ini bergantung pada bilangan
tingkat.

Kebaikan Kelemahan
 Kadar muatan tinggi  Ruang untuk membuat
 Sesuai untuk penggunaan pemerhatian terhad dan sukar
sistem mekanik untuk mengawal ternakan
 Kos pembinaan dan
penyelenggaraan tinggi
 Persekitaran kurang bersih
 Penyakit lebih mudah merebak
dan sukar dikawal

NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 10 drp 18
4.3.2 Kotak didik

Kotak didik yang sesuai penting untuk memelihara anak arnab yang baru lahir
sehingga berumur 4 minggu. Tempoh didikan amat kritikal kerana kamatian
mudah berlaku terutama dalam persekitaran yang sejuk. Antara ciri-ciri yang
perlu ada pada kotak didik ialah

 Keluasan lantai yang mencukupi dan selesa


 Dibuat daripada bahan yang baik (penebat haba) dan tidak terdedah
pada persekitaran.
 Mempunyai ruang udara yang baik
 Mempunyai sistem keluar/masuk yang baik untuk memudahkan
pergerakan ibu sacara bebas tetapi menghalang anak daripada keluar
sehingga berumur 2 minggu
 Keadaan gelap sedikit

Bahan yang sesuai digunakan untuk kotak didikan ialah papan, papan lapis
yang tebal dan plastik. Kotak didikan sebaik-baiknya dipasang pada bahagian
hadapan sangkar bagi memudahkan kerja penyelenggaraan dan menjimatkan
ruang. Kotak didikan perlu disediakan seminggu sebelum anak dilahirkan
supaya ibu dapat menyesuaikan dirinya dengan kotak tersebut.

Gambarajah 4-1. Cara meletakkan Gambarajah 4-2. Anak arnab di dalam


kotak didik bagi mengawal kotak didikan
pergerakan anak dan ibu arnab

4.3.3 Bekas makanan

Makanan konsentrat dalam bentuk pellet ialah jenis makanan komersil utama
yang digunakan dalam penternakan arnab. Namun begitu, makanan foraj
(rumput dan silaj) juga diberikan dalam sebilangan sistem pemeliharaan.

NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 11 drp 18
Konsentrat biasanya disediakan dalam bekas separa automatik yang biasanya
dibuat daripada kepingan besi nipis, aluminium, kayu atau plastik. Ukuran
bergantung pada jumlah makanan yang perlu diletakkan, biasanya 100-600 g.
Bekas makanan yang paling mudah berbentuk kotak dan mempunyai penutup
di bahagian atas dan ruang untuk mengambil makanan di bahagian tepi.

4.3.4 Sistem minuman

Keperluan air untuk arnab ialah 2-2.5 kali daripada jumlah pengambilan bahan
keringnya. Seekor arnab dewasa memerlukan 0.45-0.60 liter air sehari.
Jumlah ini bertambah sehingga 2-3 kali ganda bagi anak yang membesar dan
ibu yang menyusukan anak.

Pemberian air yang cukup dan bersih penting. Untuk sistem yang mudah, air
disediakan di dalam bekas yang berbentuk pasu yang dibuat daripada tanah
liat. Air yang disimpan di dalamnya lebih sejuk dan bekas ini tidak mudah
terbalik. Bagi bilangan yang besar, sistem pemberian air secara automatik
perlu diamalkan seperti jenis penitis automatik (nipple) yang disambung terus
pada paip PVC.

Kotak didik

Bekas makanan

Penitis automatik
(nipple)
Induk betina

Sangkar

Gambarajah 4-3. Sangkar dan peralatan ternakan


arnab

5.0 PENGURUSAN INDUK

Dalam pembiakan semula jadi, nisbah jantan dan betina ialah 1:5 atau 1:10.
Kebanyakan ladang komersil di negara barat yang mengamalkan permanian
beradas menyimpan seekor pejantan bagi setiap 25-30 ekor induk betina.

NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 12 drp 18
5.1 Kekerapan mengawan

Arnab jantan dewasa yang subur hanya boleh digunakan sekali dalam masa 3
hari ataupun 3 kali seminggu. Jika pejantan diberi makanan yang bermutu
tinggi dan bertubuh sihat, pejantan ini boleh digunakan untuk mengawan tidak
melebihi 3-4 kali seminggu dan 2-3 kali sehari. Ada juga yang mengsyorkan
pengunaan 2 kali sehari dan kemudian direhatkan selama 3 hari. Pengunaan
pejantan boleh ditingkatkan secara perlahan kepada sekali sehari.
Pengunaan arnab jantan yang berlebihan akan mengurangkan kadar
kebernasan dan kesuburan. Menggunakan seseekor pejantan yang terlalu
kerap boleh menjejaskan keupayaan seksual arnab penjantan tersebut.

5.2 Program pembiakan

Secara am, program pembiakan arnab boleh dibahagikan kepada tiga iaitu:

Program pembiakan  Terhad pada sistem pemeliharaan kecil-kecilan


ekstensif  Induk betina akan dikahwinkan semula selepas
anaknya cerai susu umur 5-6 minggu.
 Bagi baka saiz sederhana umur cerai susu
boleh dipendekan apabila berat badan
350g/ekor.

Program pembiakan  Induk betina akan dikahwinkan semula 2-3


secara separa minggu lepas beranak.
intensif  Induk betina yang bunting masih menyusukan
anak. Anak perlu cerai susu apabila mencapai
umur 4-5 minggu
 Purata kelahiran ialah lima kali/tahun
 Induk betina memerlukan makanan yang cukup
dan seimbang kerana kurang rehat.

Program pembiakan  Induk betina boleh dikahwinkan semula pada 1-


intensif 10 hari lepas beranak.
 Induk betina yang dikahwinkan semula 24 jam
selepas beranak menunjukkan penerimaan
untuk mengawan.
 Dengan selang perkahwinan 33 hari, jumlah
kelahiran maksimum ialah 11 kali/tahun. Namun
begitu, kelahiran 6-7 kali/tahun lebih sesuai.
 Kadar penakaian tinggi dalam setahun
 Penggunaan makanan bermutu tinggi dengan
nutrien yang mencukupi

NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 13 drp 18
Untuk memastikan arnab tersebut sudah mengawan ialah apabila arnab
jantan memanjat arnab betina untuk seketika dan kemudian arnab jantan akan
menurunkan badannya seperti keadaan mengelungsur ke belakang atau
terlentang. Untuk memastikan kebernasan, proses mengawan yang pertama
pada jam 8-10 pagi dan yang kedua boleh dilakukan 5-6 jam selepas proses
mengawan yang pertama, iaitu pada waktu petang.

5.3 Tempoh bunting

Tempoh bunting arnab betina antara 29 hingga 31 hari lagi. Bunting berat
adalah pada minggu keempat kebuntingan. Pada peringkat lni kotak sarang
beranak bolehlah diletakkan dalam sangkar arnab tersebut. Tujuannya adalah
supaya arnab tersebut dapat menyesuaikan dirinya lebih awal dengan kotak
sarang tersebut.

Tanda-tanda arnab tersebut hampir beranak jelas kelihatan pada hari ke 27-29
dimana ia akan berkeadaan gelisah dan kemudian akan mencabut bulu dari
bahagian bawah perutnya serta membuat sarang beranak dari bulu tersebut.
Pada keadaan ini arnab tersebut hendaklah dibiarkan bersendirian dan tidak
diganggu. Makanan dan minuman hendaklah disediakan secukupnya.

5.4 Bunting palsu

Terdapat juga kejadian apa yang dipanggil "bunting palsu", keadaan ini boleh
dikesan pada masa kebuntingan hari ke 12 -17, pada masa itu arnab telah
menunjukkan tanda-tanda hendak beranak dengan cuba membuat sarang dari
bulu yang dicabut. Jika keadaan ini dikesan, arnab betina tersebut hendaklah
dikahwinkan semula.

6.0 PENGURUSAN ANAK ARNAB

6.1 Pengurusan anak

Setelah arnab betina tersebut beranak, pastikan anak-anak arnab berada


dalam kotak sarang supaya tidak kesejukan. Apabila sudah memegang salah
satu dari anak-anak arnab, tangan yang sama hendaklah disapukan untuk
seketika pada hidung ibunya, ini untuk mengelakkan ibu tersebut
menyingkirkan atau membunuh anaknya kerana terdapat bau lain pada badan
anaknya.

Anak arnab yang baru lahir berkeadaan tidak mempunyai bulu, buta dan
pekak. Bulu akan mula tumbuh pada umur seminggu. Sementara mata dan
telinga akan berfungsi pada hari ke 7 hingga ke 10. Pada masa ini makanan

NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 14 drp 18
utama ialah susu dari ibunya. Sehinggalah pada umur umur 14-16 hari anak
arnab akan keluar dari kotak sarang dan mula cuba makan makanan ibunya.

6.2 Masa penyusuan anak

lbu arnab akan menyusukan anaknya pada waktu malam. Biasanya sebanyak
sekali dan paling kerap sebanyak dua kali sahaja. Yang paling penting dalam
pemberian susu ini ialah susu awalan. Oleh kerana pemberian susu hanya
sekali atau dua kali, ini sudah tentu tidak mencukupi terutama disiang hari.
Setiap kali ibu arnab masuk ke dalam kotak sarang, anaknya akan cuba
menyusu tetapi biasanya ibu arnab tersebut tidak akan memberi susu.
Keadaan ini adalah normal dan tidak perlu dibimbangkan.

6.3 Ibu angkat

Sekiranya bilangan anak melebihi bilangan puting susu ini sudah tentu
menimbulkan masalah. Bilangan puting susu biasanya lapan. Oleh itu anak
yang lebih perlu diberi kepada ibu angkat.

Pemilihan ibu angkat ialah dengan memilih ibu arnab yang telah beranak
dalam masa 48 jam dalam masa anak arnab itu lahir. Anak arnab yang
diletakkan pada ibu angkat perlu ditandakan dengan warna pada bahagian
kepala. Susu awalan ini hanya pada tiga hari yang pertama dan mengandungi
antibodi untuk ketahanan badan anak. Oleh itu pastikan anak arnab mendapat
susu awalan tersebut. Susu selepas tempoh tersebut adalah susu biasa.
Kemudian pemberian susu tersebut boleh diteruskan sehingga 2-4 minggu.

6.4 Cerai susu

Anak arnab boleh dibiarkan dalam


sangkar ibunya dari umur sehari hingga
mencapai peringkat cerai susu. Umur
cerai susu ialah umur anak arnab
dipisahkan terus dari ibunya. Biasanya
apabila anak-anak amab berumur 1
bulan. Selepas itu anak arnab boleh
dibuat pemilihan iaitu sama ada untuk
dijadikan baka atau untuk tujuan
pengemukan. Pemilihan untuk dijadikan Gambarajah 6-1. Anak arnab yang
baka hendaklah berdasarkan kepada telah cerai susu setelah berumur 1
rekod prestasi yang dicatit dari masa ke
semasa.
bulan

NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 15 drp 18
Setiap arnab yang dipilih hendaklah dilekatkan tag telinga sebagai tanda
pengenalan individu. Anak-anak arnab ini hendaklah disimpan dalam sangkar
individu ataupun 2 ekor dalam satu sangkar. Setelah dibuat pemilihan untuk
baka, baki anak-anak arnab yang tidak dilpilih akan dijadikan untuk
pengemukan (pengeluaran daging). Anak-anak arnab ini boleh disimpan
dalam sangkar secara kumpulan selama 30-45 hari lagi.

6.5 Penentuan jentina

Penentuan jantina boleh dilakukan dengan menekan secara perlahan


bahagian lubang di atas dubur. Anak jantan akan menunjukkan tanda bonjolan
yang membulat. Sementara anak arnab betina akan menunjukkan tanda
belahan mengarah kedubur. Selain itu, bagi yang jantan, jarak di antara zakar
dan dubur lebih jauh berbanding dengan jarak di antara kemaluan betina
dengan duburnya. Bagi arnab jantan, kerandut zakar akan mula kelihatan
pada umur 4-5 bulan.

7.0 PENYEMBELIHAN

Arnab tidak diberi makan selama 6-10 jam sebelum disembelih. Ini bertujuan
untuk mengurangan kandungan usus dan dengan itu penyembelihan dapat
dilakukan dengan lebih baik disamping dapat mengurangkan pencemaran
pada karkas. Namun demikian, arnab perlu diberikan air minuman yang bersih
secukupnya supaya tidak berlaku penyahhidratan dan penurunan berat badan.

8.0 PENYAKIT ARNAB

Penyakit ternakan memang sukar untuk dihapuskan. Walaubagaimanapun,


penyakit dapat dikurangkan dan dikawal melalui program kebersihan yang
baik. Selain itu, penting juga perumahan yang baik seperti ruang lantai yang
mencukupi, pengudaraan yang baik, tempat kandang yang teduh dan
pemakanan yang seimbang.

Jenis
Gejala Punca Kawalan
penyakit
Selesema  Hidung berhingus,  Jangkitan  Takai atau asing
menggosok-gosok kuman  Rawatan antibiotik
hidung. (Pasteurella pada peringkat
 Hingus cair atau multocida) awal
pekat kekuningan.  Memberi  Sanitasi dan
 Hingus melekat makanan dedak pengudaraan yang
pada bulu kaki yang berbentuk baik
depan. habuk.  Kurangkan gas
ammonia di
kandang

NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 16 drp 18
Jenis
Gejala Punca Kawalan
penyakit
Kanker/  Menggaru telinga  Parasit  Suntik 0.2 ml
Kurap dan Psoroptes Ivomac di bawah
telinga menggelengkan cuniculi kulit
kepala  Membawa  Takai jika sakit
 Terdapat keruping masuk ternakan teruk
berwarna coklat di yang berkurap  Panaskan sangkar
dalam telinga  Sanitasi ladang dengan
 Kepala arnab kurang baik menggunakan gas
senget sebelah sekali seminggu
apabila bahagian untuk
tengah telinga membersihkannya
dijangkiti kuman

Radang  Puting tetek  Serangan  Rawatan antibiotik


Tetek kelihatan kuman pada peringkat
bengkak, Staphylococous, awal.
berwarna merah Pasteurella  Kurangkan
dan hitam. pada kelenjar. pemberian
 Tidak mahu  Sangkar dan makanan dedak
menyusukan anak kotak didik kotor  Jangan pindah
 Jika berlarutan, anak (ibu sakit)
tetek bernanah kepada ibu yang
lain

Kurap kulit  Terdapat kurap  Disebabkan oleh  Rawatan untuk


pada bibir, hidung, Sarcoptes kurap telinga
mata, kepala dan  Sanitasi ladang  Malathion 0.5%
kaki kurang baik. setiap 10 hari pada
 Kulit menjadi hari panas supaya
kering, bersisik bulu cepat kering
dan bulu mula
gugur

Kembung  Perut menjadi  Makanan dalam  Kurangkan angin


besar dan perut menjadi menggunakan
mengandungi masam dan terabload dan
angin mengeluarkan antibload
 Muram, tidak gas  Kurangkan
selesa, sukar pemberian
bernafas dan makanan yang
sembelit berzat

NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 17 drp 18
Jenis
Gejala Punca Kawalan
penyakit
Kutu  Bulu terutama  Sanitasi kurang  Semburkan
pada bahagian baik malathion 0.5%
belakang leher  Membawa setiap 10 hari
akan gugur masuk arnab pada hari yang
yang baru panas. Boleh juga
berpenyakit guna Asuntol

9.0 RUJUKAN

Penternakan arnab MARDI, Jabatan Veterinar Semenanjung Malaysia

NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 18 drp 18

Anda mungkin juga menyukai