Anda di halaman 1dari 98

Faham Quran - Hafalkata

Nadiyah Elias
Faham Quran - Hafalkata

ISBN: 978-967-14630
Nadiyah Elias
Cetakan Pertama - Januari 2017

Penerbit:
Yayasan Nusrah
63, Desa Tanjung, Jalan Istana
Bandar Darul Aman
06000, Jitra, Kedah
Tel : 012 4221900
E-mel: nadiyahelias@gmail.com
Laman web: www.yayasannusrah.com

Hakcipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini


tidak boleh diterbitkan semula ataupun dipindahkan dalam
sebarang bentuk atau dengan sebarang cara, baik dengan
cara elektronik, mekanikal, penggambaran dan rakaman
semula ataupun sebagainya tanpa mendapat keizinan
terlebih dahulu daripada Yayasan Nusrah.

Buku e-book diedarkan dengan lafaz jualbeli


kepada pihak pembeli. Bersama belian tersebut
pembeli mempunyai hak untuk mengedarkan salinan
tersebut kepada bilangan pengguna yang dipersetujui.

Seandainya anda telah mendapat salinan buku ini tanpa lafaz


hadiah dari pembeli asal, anda boleh membeli hak membaca
dan mengedarkan kepada sahabat lain dengan menghubungi
Yayasan Nusrah di talian di atas.

Nadiyah Elias 2
Faham Quran - Hafalkata

Buku ini dijual atas usaha mengumpulkan dana bagi wakaf


ilmu. Selepas jualan mencapai sasaran bagi projek buku ini,
salinan ebook ini akan diedarkan kepada khalayak ramai
secara percuma. Semua pembeli akan dianggap sebagai
penyumbang saham kepada dana wakaf ilmu ini secara
tidak langsung.

Seandainya anda ingin memanfaatkan buku ini tetapi tidak


mampu, hubungi pihak Yayasan Nusrah untuk mendapatkan
penajaan daripada pihak yang berminat. Pihak kami
memerlukan juga maklumat dari pihak anda untuk
tujuan pengembangan projek wakaf ilmu.

Bagi pihak yang terpaksa menggunakan juga kandungan dari


buku ini dan tidak mampu menghubungi pihak Yayasan Nusrah
walau sudah berusaha, kami menghalalkan juga penggunaan-
nya juga, demi menjaga keberkatan ilmu yang diperolehi.

Semoga semua pihak akan mampu dan sudi menghubungi


kami untuk mendaftarkan diri dan memohon keizinan
penggunaan, di samping membeli hak penggunaan dan
secara tidak langsung memegang saham bagi projek wakaf
ilmu ini.

Dapatkah buku versi cetak dengan harga istimewa. Jika


berminat untuk versi cetak, Whatsapp <FahamQurancetak>
ke no 0124519001.

Nadiyah Elias 3
Faham Quran - Hafalkata

Buku ini telah dibeli hak penggunaannya oleh sahabat Yayasan


Nusrah:

Beliau juga telah mendedikasikan hak pengunaan kepada


saudara dan sahabat yang lain. Mereka adalah:

Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan.


Semoga Alah memberkati penggunaan buku ini.

Nadiyah Elias 4
Faham Quran - Hafalkata

Pra Kata
(Baca Ini Jika Rajin)

Buku ini disusun untuk mereka yang sudah mempunyai


kemahiran membaca atau menqiraatkan Quran, tetapi masih
belum mampu memahami maknanya. Kategori ini merangkumi
kebanyakan dari umat Islam di Malaysia.

Buku ini memperkenalkan kaedah untuk memahami terus


Quran semasa membaca atau mendengarnya - tanpa perlu
merujuk kepada terjemahan. Kaedah ini tidak memerlukan
pengamalnya terlebih dahulu menguasai kemahiran bahasa
Arab. Dengan latarbelakang kosong dalam Bahasa Arab,
seseorang boleh memulakan mengamal kaedah ini, dan akan
mampu terus memahami ayat-ayat Quran yang dipelajari.

Buku ini sesuai bagi individu di semua peringkat kemahiran


Arab, sama ada mereka yang langsung tidak pernah mem-
pelajari Bahasa Arab atau mereka yang sedang mempelajari-
nya. Buku ini boleh juga dirujuk oleh guru Bahasa Arab sendiri
untuk meneroka satu pendekatan baru untuk mengajar
kefahaman Quran.

Mereka yang belum mempunyai asas bahasa Arab boleh


mempelajari Faham Quran melalui kaedah ini secara
menghafal satu-persatu perkataan bagi setiap ayat dari surah
yang ingin difahami. Melalui penghafalan ini, mereka akan

Nadiyah Elias 5
Faham Quran - Hafalkata

mengenali tatacara bahasa Arab secara intuitif; iaitu tanpa


melalui pembelajaran formal. Mereka juga boleh memilih
untuk mengukuhkan pembelajaran kemudiannya dengan
mengambil bengkel nahu secara berguru. Pembelajaran
bahasa Arab pada mana-mana peringkat penghafalan akan
mempermudahkan pelajar menangkap dan menghafal dengan
lebih cepat lebih banyak perkataan, namun ia tidaklah wajib
dilakukan melalui kaedah ini.

Bagi mereka yang mempunyai sedikit latarbelakang bahasa


Arab, kaedah ini akan melancarkan kefahaman bahasa Arab
al-Quran sehingga mereka boleh menghayati ayat-ayat Quran
secara terus semasa mendengarnya. Pelajar yang telah sedia
memahami sebahagian dari ayat-ayat Quran akan dapat
meningkatkan kosakata Quran melalui hafalkata secara
intensif. Ini kerana bagi setiap surah yang mereka pelajari,
mereka hanya perlu memberi fokus kepada kata-kata kunci
sahaja. Pelajar sebegini akan mampu menguasai makna
Quran dalam tempoh beberapa bulan sahaja.

Pendekatan ini adalah dalam konteks pembelajaran kendiri,


iaitu pelajar melakukan semua aktiviti tanpa memerlukan
kelas atau guru. Ini adalah untuk meraikan realiti situasi
sekarang di mana ramai dari kita tidak mempunyai masa
untuk menjadualkan kelas Faham Quran yang tetap.
Memperkenalkan pendekatan ini akan dapat memberi
keyakinan kepada masyarakat untuk lebih memahami Quran
dan memulakan pembelajaran yang sistematik walau dengan
jadual yang sibuk.

Nadiyah Elias 6
Faham Quran - Hafalkata

Pendekatan Hafalkata ini tidak semestinya dijalankan


secara bersendirian atau tanpa guru. Malah sebenarnya,
ia lebih berkesan jika dijalankan dalam bentuk aktiviti
berkumpulan dan sangat berkesan jika sesi pembelajaran
mempunyai guru bimbingan. Anda digalakkan menubuhkan
kelompok pembelajaran. Ia jauh lebih berkesan dari belajar
seorang diri.

Guru Arab al-Quran boleh memilih untuk menggunakan


pendekatan ini dalam pengajaran mereka. Disamping cara
mengajar sedia ada, kaedah ini boleh diintegrasikan bagi
menghasilkan kefahaman yang lebih mendalam dan lancar
di pihak pelajar.

Nota:
Perenggan dalam buku ini sengaja disusun secara justifikasi
sebelah kiri (left justified) untuk tujuan pembacaan yang lebih
selesa.

Nadiyah Elias 7
Faham Quran - Hafalkata

Cara menggunakan Buku Ini


(Baca Ini Dahulu)

Strategi 1:
Baca dahulu buku sehingga tamat - kemudian baru baca
kembali dan amalkan.

Strategi 2:
Baca dan terus amalkan satu persatu.

Strategi 3:
Hadiri bengkel, kemudian gunakan buku ini untuk mengingati
apa yang dipelajari.

Strategi 4:
Baca buku ini serta menonton video panduan di Youtube.
Link youtube:
https://www.youtube.com/watch?v=LiIWap-yvNU

Terdapat peserta yang berjaya mempelajari dan mengamalkan


kaedah ini tanpa menghadiri bengkel.

Strategi 5:
Baca buku ini dan hadir ke bengkel.

Nadiyah Elias 8
Faham Quran - Hafalkata

Isi Kandungan
Pra Kata (Baca Ini Jika Rajin) 5
Cara menggunakan Buku Ini (Baca Ini Dahulu) 8
Isi Kandungan 9
Bab 1: Berbahagia dengan Quran 11
Kempen 1: Kenapa Anda Mesti Belajar untuk
Faham Secara Langsung 13
Membaca Sambil Memahami 14
Kesan Mendengar Tazkirah yang Berulang-Ulang 17
Kempen 2: Anda Mampu Belajar Untuk Memahami
Quran Secara Langsung 19
1) Jaminan dari Allah sendiri melalui kalamNya 19
2) Struktur Quran Yang Mempermudahkan
Pembelajaran Memahami Quran 20
a) Ulang perkataan dan frasa 20
b) Ulang tema penceritaan 21
3) Bahasa Arab Yang Kaya, Padat dan Sistematik 23
a) Keunikan Kata Akar Bahasa Arab 24
Persoalan Kerap Mengenai Belajar Sendiri Faham
Makna Quran 26
Bab 2: Falsafah dan Strategi Belajar 30
Pembelajaran Kendiri Bagi Bahasa 30
Falsafah Pendekatan Hafalkata bagi Bahasa 31
Ciri-Ciri Khas Pembelajaran Hafalkata Bagi Quran 33
Bab 3: Bahan dan Alat yang diperlukan 36
1) Quran terjemahan per kata 37
2) Mushaf Quran tanpa makna
(seeloknya Mushaf resam Uthmani). 38
3) Kad Memori 38
4) 2 Unit Buku nota nipis/ kecil (50 muka surat) 39
5) Peranti yang telah di pasang dengan perisian
Quran 40

Nadiyah Elias 9
Faham Quran - Hafalkata

Bab 4: Langkah Meningkatkan Kosakata Quran 46


Langkah 1: Memulakan Pengambilan Kosakata 47
Cara mencatat dalam Buku Nota Katakerap. 48
Bagaimana untuk Membina Kad 49
Langkah 2: Menghafal Makna Perkataan 55
Langkah 3: Uji, Saring dan Kukuhkan 57
Menguji dan mensaringkan Mengukuhkan 57
Langkah 4: Meniti Makna 61
Langkah 5: Meningkatkan Kelancaran Kefahaman 64
Latihan Melancarkan Kefahaman tanpa
Bantuan Peranti (Versi 2: Secara Manual) 64
Langkah 6: Memahami Ayat Quran yang Didengar 68
tanpa Melihat Mushaf
Langkah 7: Membaca tanpa Lisan (Membaca
dalam Hati) 70

Bab 5: Langkah Sokongan Serta Disiplin Diri untuk 75


Menjayakan Pembelajaran Sehingga Tamat
seluruh Quran
Tips Menguasai Seluruh Quran 75
Jadual Pembelajaran Serta Mendisiplinkan Diri 75
Saranan Urutan Surah 78
Sama-sama Belajar Faham Quran 81
Sedikit Pelajaran Bahasa Arab 83
Menggunakan Terjemahan Per Ayat 84
Bab 6: Apa Selepas Ini/Langkah seterusnya 90
Menyebarkan Kaedah Ini 90
Mempelajari Tafsir Quran Dan Mengajarkannya 91
Menghafal Quran 92
Usaha Berterusan Menghayati Ajaran Quran
Dan Mengamalkan Segala Perintah Allah
Seperti Yang Difahami
93
Akhir Kata 95

Nadiyah Elias 10
Faham Quran - Hafalkata

Bab 1:

Berbahagia dengan Quran

Alangkah Bahagianya Jika Boleh


Memahami Quran Secara Langsung
- Apabila dibacakan Kepada Kita.

Adakah anda mahu memahami Quran secara langsung


semasa membacanya atau semasa diperdengarkan? Adakah
anda mahu mengalirkan air mata terharu, bergetar kulit
kerana gentar, tegak bulu roma kerana gerun, atau bersinar
mata dengan berita gembira semasa ayat-ayat Quran
diperdengarkan? Atau inginkah anda jatuh air mata terharu
mendengar sebahagian dari ayat-ayat Quran yang difahami,
dan dengan air mata inilah mendapatkan keredhaan Allah dan
memadamkan api neraka? 1

Saya yakin jawapannya tentu sekali “ya” kerana anda sedang


membaca buku ini. Jika anda sememangnya memang tercari-

1 Hadith air mata memadamkan api neraka - Rasulullah SAW bersabda:


“Dua mata yang tidak akan disentuh api neraka untuk selama-lamanya;
mata yang menangis karena takut kepada Allah dan mata yang berjaga
malam di jalan Allah”. [HR: Tirmidzi]

Nadiyah Elias 11
Faham Quran - Hafalkata

cari kaedah bagaimana untuk mempelajari bagaimana untuk


memahami Quran, sebenarnya tidak perlu lagi membaca
kempen ini. Jika anda sebegini - teruskan saja ke bab seterus-
nya yang akan memberitahu anda bagaimana anda boleh
mula belajar sendiri Faham Quran supaya selepas ini, insya-
Allah, anda akan mampu memahami Quran semasa membaca
atau semasa ia diperdengarkan.

Namun, mungkin juga anda dari golongan belum pernah


menyimpan hasrat untuk memahami Quran secara langsung.
Mungkin sebelum ini, anda golongan yang berfikir bahawa
sudah memadai jika anda faham Quran secara membaca
terjemahan yang telah disediakan di sebelah tulisan Quran.

Mungkin juga anda pernah menyimpan sedikit angan-angan


untuk dapat memahami Quran secara langsung suatu hari
nanti, tetapi ia sekadar angan-angan kerana anda tidak yakin
sempat menghadiri kelas bahasa Arab.

Jika sedemikian, teruskan membaca disini supaya saya


berpeluang untuk meyakinkan anda. Teruskanlah pembacaan
sehingga anda menjadi yakin.

YAKINKAN DIRI ANDA:-


1
ANDA MESTI BELAJAR UNTUK FAHAM QURAN
SECARA LANGSUNG
2
ANDA MAMPU BELAJAR UNTUK MEMAHAMI
QURAN SECARA LANGSUNG

Nadiyah Elias 12
Faham Quran - Hafalkata

Kempen 1:
Kenapa Anda Mesti Belajar
untuk Faham Secara Langsung

Quran yang mulia adalah hadiah tak ternilai dari Pencipta


kepada hambaNya kerana ia adalah manual kehidupan yang
lengkap, memberi panduan bagaimana untuk selamat di dunia
dan akhirat. Kalam Allah ini wajar kita fahami untuk boleh
diaplikasikan dalam kehidupan kita.

Bagaimana kita mahu mengamalkan pesanan dari Quran


seandai kita sendiri belum faham maksud perkataan yang
terdapat dalam manual tersebut? Bayangkan jika kita seorang
jurutera yang perlu menggunakan satu mesin baru yang
dihantar ke tempat kita. Kita tentu akan merujuk kepada
manualnya. Maka bagaimana akan kita tahu menggunakan
mesin tersebut jika membaca manualnya juga kita tidak
fahami?

Anda mungkin menyatakan, tiada masalah seandainya


tidak memahami Quran kerana kita masih boleh memahami
terjemahannya. Memang benar, terjemahan tersedia ada.
Namun memahami terjemahan tidak akan menimbulkan kesan
sebagaimana memahaminya terus dalam bahasa yang dipilih
oleh Allah untuk Quran. Kita boleh mengambil analogi Quran
sebagai surat cinta. Quran adalah pesanan terus dari Allah
kepada hambaNya. Ia umpama surat cinta dari Kekasih yang
besar. Bagaimana keadaan kita andai mendapat surat dari

Nadiyah Elias 13
Faham Quran - Hafalkata

orang yang kita cintai yang tidak kita mampu untuk baca
atau fahami, sehingga terpaksa kita membawa surat tersebut
kepada pihak lain untuk membacakan dan memberi
penerangan semula kepada kita. Apabila dibacakan dan
diterangkan semula oleh pihak ketiga, hilanglah perasaan
spontan dalam membaca surat tersebut.

Membaca Sambil Memahami

Mendengar bunyian ayat Quran memberi kesan kepada


hati manusia. Ini dapat dirasakan oleh orang yang tidak
memahami maksud Quran, dan memberi kesan teraputik
seperti merasa gentar, ketenangan dan kerinduan, ini
pernah dirasai oleh meraka yang tidak memahami Quran.

Apabila seseorang mengikuti kelas tafsir Quran, mereka


mendapat kesan dari memahami kata-kata Allah. Tetapi
mereka hanya dapat bilamana mereka mengikuti kelas tafsir
Quran sahaja. Dan ketika membaca Quran, mereka hanya
mengetahui sedikit sahaja.

Apabila seseorang itu memahami setiap perkataan dari ayat


Quran, mereka akan mendapat kesan serentak yang sangat
hebat dan menggetarkan jiwa. Kesan ini tidak akan mampu
dirasai oleh individu yang hanya mendengar ayat Quran tanpa
faham, dan perlu bergantung kepada terjemahan yang akan
dibacakan pada waktu yang lain.

Nadiyah Elias 14
Faham Quran - Hafalkata

Analogi membaca Quran dengan memahami makna adalah


perbandingan orang yang duduk di stesen keretapi dengan
orang yang berada dalam bangunan. Orang yang berada di
stesen dapat melihat landasan keretapi. Apabila meluncur laju
keretapi itu, orang tersebut akan merasai gegaran dan angin
kuat yang terhasil dari lajunya keretapi itu, dan dia juga dapat
melihat beberapa gerabak yang melalui di depannya serta apa
yang ada dalam gerabak.

Dibandingkan dengan individu yang duduk dalam bangunan,


dia hanya merasakan sedikit gegaran bangunan ketika lalunya
keretapi di luar bangunan. Dia tidak melihat berapa gerabak
keretapi yang berlalu atau merasakan angin tolakan dari
keretapi yang berlalu. Dia mungkin juga tidak sedar pun
getaran itu disebabkan oleh keretapi. Apabila seseorang
menceritakan kemudian apa yang telah berlaku, cerita
mengenai keretapi itu didengari lama setelah keretapi,
bunyinya, getarannya, dan anginnya telah berlalu. Pasti
kesannya tidak sama dengan individu yang berada di stesen
keretapi menyaksikan dan mengalami datang dan perginya
keretapi tersebut.

Begitulah analogi perbezaan kesan seorang yang memahami


terus apa yang dibacanya berbanding dengan seseorang yang
bergantung kepada terjemahan ayat demi ayat.

Ayat dalam Quran ada menceritakan reaksi yang sepatutnya


kita alami dalam mengalami Ayat Quran yang dibacakan:

Nadiyah Elias 15
Faham Quran - Hafalkata

Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab


Suci al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara
satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya),
yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai
cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau mem-
bacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada
Tuhan mereka menjadi gementar; kemudian kulit badan
mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati
mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci
itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah
petunjuk dengan al-Quran itu kepada sesiapa yang
dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturan-
Nya); dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah
(disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada
sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk
kepadanya.
Az-Zumar 39:23

Hasil mendengar ayat-ayat Quran sepatutnya menyebabkan


seseorang itu merasa terkesan dengan ayat-ayat tentang
ancaman kepada azab yang pedih, tersentuh dengan kisah-
kisah perjuangan nabi, rasul dan hamba-hamba Allah yang

Nadiyah Elias 16
Faham Quran - Hafalkata

soleh, dan pelbagai perasaan yang tidak tergambar bila


diceritakan ni’mat-ni’mat syurga serta ancaman neraka dan
kepanasannya. Ini sepatutnya menyebabkan seseorang itu
akan sentiasa waspada dalam urusan hariannya dan perilaku
akhlak yang baik terhadap Allah dan makhluk lain disekeliling.

Namun, menurut pengalaman anda, adakah anda merasakan


seperti apa yang diceritakan dalam Quran? Atau sebaliknya,
adakah anda tidak merasakan apa-apa semasa membaca
atau mendengar Quran? Ini kerana kita membacanya tanpa
memahami makna.

Kesan Mendengar Tazkirah yang


Berulang-Ulang
Allah telah menurunkan Quran dalam bentuk tazkirah yang
akan dirasakan berulang-ulang kali dalam kehidupan kita
semasa membacanya; peringatan tentang janji dan ancaman
bagi hamba-hambaNya.

Firman Allah : “Dan demikianlah Kami menurunkan


al-Quran dalam bahasa Arab, dan Kami telah
menerangkan dengan berulang kali, di dalamnya
sebahagian dari ancaman, agar mereka bertakwa atau

Nadiyah Elias 17
Faham Quran - Hafalkata

(agar) al-Quran itu menimbulkan pengajaran bagi


mereka”
Taha 20:113

Kesan ini hanya akan dirasai oleh mereka yang faham Quran
apabila mendengar ayat-ayatNya atau membaca Quran.
Bagi mereka yang tidak faham makna ayat-ayat Allah
ketika mendengar atau membaca Quran, mereka masih boleh
mendapat kesan tazkirah dari Quran apabila hadir dalam kelas
pengajian tafsir Quran. Namun daurah Quran dan kelas sahaja
sangat terhad masanya sedangkan pembacaan sendiri boleh
diulang-ulang setiap hari.

Bagi yang telah memahami makna Quran, pembacaan harian


ayat Quran akan berfungsi sebagai tazkirah berulang. Individu
yang menginginkan kesan tazkirah yang berulang harus
berusaha mendapatkan kebolehan untuk memahami
Quran apabila mendengarnya atau membacakannya.

Nadiyah Elias 18
Faham Quran - Hafalkata

Kempen 2:
Anda Mampu Belajar Untuk
Memahami Quran Secara Langsung
Anda mungkin menyatakan anda sememangnya berminat
mempelajari kaedah untuk memahami makna Quran, tetapi
merasakan tidak yakin anda akan mampu mempelajarinya.
Anda mungkin telah pernah cuba mengambil kelas Bahasa
Arab tetapi gagal untuk meningkatkan kefahaman terhadap
Quran. Insyallah, kami akan meyakinkan anda bahawa Quran
sebenarnya mudah sahaja dipelajari bagaimana untuk
memahaminya semasa membaca atau mendengarnya.

1) Jaminan dari Allah sendiri melalui


kalamNya:
Allah telah memberi jaminan kepada hamba-hambaNya
bahawa Quran ini mudah untuk dipelajari. Cuma, perlu ada
keinginan dan kesedaran kepada individu dan umat
masyarakat untuk mempelajarinya. Firman Allah di bawah ini
diulang-ulang sebanyak empat kali dalam surah al-Qamar
menunjukkan kepada kita begitu Quran ini diturunkan untuk
dimudahkan untuk umat manusia, diingat dan dipelajari oleh
sesiapa pun. Allah siap memberi tawaran; “Siapakah yang
berminat untuk mempelajarinya?”

Nadiyah Elias 19
Faham Quran - Hafalkata

Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan


al-Quran untuk menjadi peringatan dan
pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu
mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?
Al-Qamar 54:17,22,32,40

Allah sendiri telah memberi jaminan bahawa Dia telah


memudahkan bagi sesiapa yang mahu mempelajarinya.
Mari kita lihat apakah antara ciri-ciri Quran yang memu-
dahkan pembelajaran bagi yang mahu mempelajarinya.

2) Struktur Quran Yang


Mempermudahkan Pembelajaran
Memahami Quran

a) Ulang perkataan dan frasa

Ulang perkataan ini akan memudahkan pelajar mengingati


makna perkataan. Kebiasaan kita mendapati dalam ayat-ayat
Quran, apabila satu perkataan diperkenalkan, ia akan diulang
dalam tempoh terdekat. Sebagai contoh, lihat ayat 1-2 bagi

surah al-Waqi’ah dibawah. Di mana perkataan ‫ و ق ع‬diulang


sebanyak tiga kali pada ayat berdekatan. Maka, pelajar akan
mendapatkan pengukuhan perkataan yang sama sebanyak
tiga kali dalam tempoh masa yang terdekat. Corak ayat
Quran sebegini membolehkan pelajar mengingati perkataan
yang baru dipelajarinya.

Nadiyah Elias 20
Faham Quran - Hafalkata

Apabila / terjadi / hari kejadian (kiamat), ayat 1


tidak ada / atas terjadinya / kedustaan. Ayat 2

Selain dari perkataan, terdapat juga frasa yang sama yang


diulang-ulang dalam Quran. Frasa-frasa ini bertebaran di
setiap surah dan juga beberapa kali diulang dalam satu surah.
Contohnya frasa ‘mengalir dibawahnya sungai-sungai’-

Terdapat lebih dari 30 ulangan frasa ini dalam seluruh Quran.


Terdapat surah yang mengulang frasa tersebut sebanyak tiga
kali seperti Surah al-Maidah dalam ayat 12, 85 dan 119.

b) Ulang tema penceritaan

Selain dari pengulangan perkataan dan frasa, Allah juga


mengulang- ulang tema penceritaan dan perumpamaan.
Terdapat banyak kisah nabi-nabi, umat yang lalu, malah
mengenai haiwan yang membawa kepada pengajaran dan
peringatan. Struktur penceritaan dan peringatan ini
berulang-ulang pada surah yang berbeza yang mana
ceritanya sama, tetapi diulang-ulang dalam konteks yang
berbeza.

Nadiyah Elias 21
Faham Quran - Hafalkata

Allah juga memberi pelbagai perumpamaan yang mudah


untuk manusia berfikir dan mengambil pelajaran.
Perumpamaan ini adalah salah satu struktur dalam
Quran yang diulang-ulang.

Ulang tema penceritaan dan perumpamaan ini diberitakan


sendiri dalam beberapa ayat Quran:

Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan


berulang-ulang kepada manusia, di dalam al-Quran ini,
dengan berbagai-bagai contoh perbandingan (yang
mendatangkan iktibar); dalam pada itu, kebanyakan
manusia tidak mahu menerima selain dari kekufuran.
Al Isra 17:89

Firman Allah : Dan sesungguhnya dalam al-Quran ini


Kami telah ulang-ulang (peringatan- peringatan),
agar mereka selalu ingat. Dan ulangan peringatan itu
tidak lain hanyalah menambah mereka lari
(dari kebenaran).
Al Isra 17:41

Nadiyah Elias 22
Faham Quran - Hafalkata

Dan sesungguhnya, Kami telah menurunkan kepada


kamu, ayat-ayat keterangan yang menjelaskan (hukum
-hukum suruh dan tegah), dan contoh tauladan
(mengenai kisah-kisah dan berita) orang-orang yang
telah lalu sebelum kamu, serta nasihat pengajaran
bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
An-Nur 24:3

3) Bahasa Arab Yang Kaya, Padat dan


Sistematik

Quran terdiri dengan bahasa Arab yang sangat istimewa


dimana bahasanya adalah bahasa tua yang masih hidup
penggunaannya. Ini selari dengan firman Allah dalam al-Hijr
ayat 9,

yang bermaksud “Sesungguhnya Kami telah menurunkan Adz


Dzikra [Quran] dan Kamilah yang akan menjaganya”.

Sedangkan bahasa lain sudah pun berubah dan ada juga yang
lenyap, tiada lagi petutur hidup seperti bahasa Ibrani, Yunani
dan bahasa Semit.

Nadiyah Elias 23
Faham Quran - Hafalkata

Menurut seorang ahli bahasa, "Bahasa Arab adalah bahasa


yang paling jelas dan paling luas. Lafaznya lebih jelas untuk
menunjukkan satu-satu makna, berbagai bentuk kalimahnya
lebih bervariasi dan sangat banyak, dan permisalan yang
disebutkan lebih indah dan sederhana".

a) Keunikan Kata Akar Bahasa Arab

Perkataan dalam Bahasa Arab dibina daripada akar kata yang


biasanya terdiri daripada tiga huruf. Setiap akar kata ini akan
dicerakinkan menjadi banyak perkataan yang berkaitan secara
gugusan makna. Pelajar yang mempelajari satu akar kata
boleh menguasai lebih daripada lima perkataan. Ini mem-
bolehkan pelajar memahami banyak perkataan dalam tempoh

yang cepat. Contohnya, perkataan ‫ ط ع م‬membawa kepada


maksud makan. Variasi kepada akar ini membawa kepada:

‫طعم‬ Makan

‫مطعم‬ Tempat makan

‫ طعمة‬/‫طعام‬ Makanan

Disamping perkataan yang divariasikan mengikut format, satu


akar kata kadang-kadang mewakili beberapa konsep yang
mungkin tidak berkaitan.

Nadiyah Elias 24
Faham Quran - Hafalkata

“Merasa”, “umpan”, malah “vaksin” juga termasuk dalam


gugusan perkataan ini.

‫طَ ِعم‬ merasa, (sama perkataan dengan makan)

‫طُ ْعم‬ umpan

‫طُ ْعم‬ vaksin

Apabila dipelajari dan diteliti, kaitan antara perkataan tersebut


mungkin ada logiknya menurut gugusan makna. Sebagai

contoh ‫ ق ر ر‬yang bermaksud “sejuk mata”, “bergerak-gerak”,


dan “panas mendidih”. Perkataan itu tidak saling berkaitan,
tetapi gugusan ini ada kaitan dengan pergerakan, sama ada
stabil, tidak bergerak atau sedang bergerak.

Dengan satu akar kata juga, pelajar akan mempelajari


dimensi-dimensi yang berbeza dan saling berkait antara
satu sama lain. Contoh yang lain dalam Quran seperti ‫قوم‬
yang bermaksud “tegak”, “tepat”, “lurus”, “benar”, “lebih
diutamakan”, “lebih kuat”, dan juga bermaksud “kaum” yang
seolah-olah tidak berkaitan dengan maksud-maksud yang
lain. Apabila ada dalam satu konstruk, seorang pelajar boleh
mengaitkan “kaum” dengan perkataan kuat bila sekelompok
manusia bersatu akan menjadi kuat dan kaum itu diutamakan
maka konsep itu akan menjadi sama dengan struktur satu
dimensi itu.

Nadiyah Elias 25
Faham Quran - Hafalkata

Persoalan Kerap Mengenai


Belajar Sendiri Faham Makna
Quran:

Bolehkah saya belajar


mengenai Quran sendiri tanpa
guru?

Hukum belajar Quran sendiri ada dua; boleh dan tidak boleh.
Yang dihukumkan BOLEH adalah belajar teknik mengingat,
teknik belajar, kaedah belajar dan belajar bahasa yang mana
ini termasuk dalam pembelajaran kendiri. Kaedah ini tidak
mengajar seseorang mentafsir Quran secara kreatif, tetapi
mengajar seseorang bagaimana untuk menghafal dan
mengingati terjemah per kata yang telah sedia dipersetujui
dan dicetak dalam naskhah Quran tasir per kata sedia ada.

Yang dihukumkan TIDAK BOLEH belajar tanpa guru adalah


mentafsir Quran, dan bercakap mengenai alam ghaib tanpa
nas dan ilmu yang betul. Untuk mendapatkan kefahaman yang
tepat mengenai ayat Quran, kita perlu bertalaqqi dengan guru
yang telah mempelajari dengan bersistem mengenai tafsir
Quran.

Antara sistem penyampaian tafsir Quran yang terbaik adalah


tafsir Quran bersanad, iaitu seseorang mempelajari mengenai
tafsir dari guru, dan diijazahkan sanad, dari guru tersebut, se-

Nadiyah Elias 26
Faham Quran - Hafalkata

dangkan guru tersebut mendapatkan sanad bertalaqqi dari


gurunya, dan seterusnya sehingga dari sahabat Rasulullah
SAW yang mendapatkan pelajaran terus dari Rasulullah SAW.

Perkara ini mungkin kita rasakan hampir mustahil di akhir


zaman ini. Namun, dengan rahmat dari Allah, ada guru-guru
tafsir yang bersanad di Malaysia, antaranya adalah Tuan Guru
Maulana Abdul Hadi Yaakob, yang membuka pondok Darul
Uloom di Kampung Laklok Jerteh, Terengganu. Maulana ini
telah menjalankan sistem menyampaikan sanad secara
terbuka kepada orang awam tanpa memerlukan pra syarat
berlatar belakang pendidikan agama yang formal.
Alhamdulillah, penulis sendiri telah mendapat sanad tersebut,
yang membolehkan penulis lebih yakin mengintegrasikan
kempen mempelajari tafsir Quran selari dengan pembelajaran
hafalkata ini.

Pembelajaran bersanad ini dilakukan secara daurah tahunan


dalam tempoh 42 hari, iaitu dari 15 Syaaban sehingga 27
Ramadhan. Sementara belum mempunyai kelapangan untuk
mengikuti daurah ini bertalaqqi dan bersanad, anda boleh
terus mengikuti kuliah ini secara mendengar MP3 seluruh
daurah tersebut, dan dengan bantuan kitab nota. Bekalan ini
boleh didapati dari pondok tersebut.

Nadiyah Elias 27
Faham Quran - Hafalkata

Mampukah saya belajar


sendiri tanpa dorongan dan
bimbingan guru?

Tidak semua jenis pembelajaran memerlukan guru yang


rasmi. Dalam kehidupan ini, banyak perkara yang kita pelajari
sendiri tanpa kelas atau guru formal. Antaranya adalah
pembelajaran Bahasa pertama atau bahasa ibunda. Kita
mendengar satu perkataan disebut dalam konteks, kemudian
kita memahami maksud perkataan tersebut. Lama-kelamaan,
kita mendapat himpunan perbendaharaan kata dan
mempelajari nahu bahasa ibunda tanpa kelas formal.

Dalam dunia pendidikan kontemporari juga, belajar sendiri


atau self- learning dianggap satu cabang besar dalam kaedah
pembelajaran. Terdapat kajian yang membuktikan bahawa
pembelajaran kendiri merupakan kaedah utama kita men-
dapat ilmu-ilmu baru. Walaupun belajar dengan berguru itu
selalunya lebih berkesan, pembelajaran kendiri lebih praktikal
untuk sebahagian besar dari ilmu kehidupan yang kita
pelajari.

Contohnya bagi memahami Quran sendiri, tidak ramai orang


yang mampu melapangkan masa mingguan untuk hadir ke
bengkel Bahasa Arab setiap minggu, namun semua orang
mempunyai masa dalam sehari untuk melakukan mentelaah
sendiri dalam jadual masing-masing.

Nadiyah Elias 28
Faham Quran - Hafalkata

Bagaimana kalau saya masih


tidak yakin lagi saya patut
belajar atau mampu belajar
Faham Quran?

Dalam menjalani kehidupan seorang muslim, patut seorang


muslim itu mengetahui Quran dan memahaminya dalam
kehidupan hariannya. Jika tidak yakin dan mampu belajar
Faham Quran, disarankan hadiri bengkel ataupun kelas-kelas
belajar Quran.

Matlamat utama kehidupan ini dan apa saja yang kita lakukan
adalah semata-mata untuk mendekatkan diri dengan Allah
dan mendapatkan keredhaanNya. Seandainya membaca
buku ini adalah dengan tujuan untuk mendapatkan kebolehan
memahami Quran, perbuatan membaca dan ikhtiar meng-
amalkannya akan dikira oleh Allah sebagai amal baik yang
diredhaiNya.

Dengan ucapan bismillah - anda sekarang pelajar Faham


Quran yang akan mempelajari sendiri bagaimana memahami
Quran melalui kaedah hafalkata.

Bahagian seterusnya akan memberitahu anda bagaimana


untuk bergerak sebagai pelajar Faham Quran Kaedah
Hafalkata.

Nadiyah Elias 29
Faham Quran - Hafalkata

Bab 2:

Falsafah dan Strategi Belajar

Bab ini adalah untuk mereka yang berjiwa akademik yang


mahu mengetahui rasional di sebalik pendekatan-pendekatan
yang dipilih dan langkah-langkah yang dicadangkan. Bab ini
akan menerangkan mengenai kedua-dua pendekatan pem-
belajaran yang dicadangkan, iaitu pendekatan pembelajaran
kendiri, dan pendekatan hafalkata.

Seandainya anda kurang berminat dengan perbincangan


akademik - anda tidak perlu mengikuti perbicaraan dalam
bab ini. Teruskan sahaja ke bab seterusnya.

Pembelajaran Kendiri Bagi Bahasa

Terdapat pembelajaran yang memerlukan guru. Namun,


bukan semua cara pembelajaran memerlukan guru. Terdapat
pembelajaran jenis kemahiran yang lebih berkesan dengan
belajar sendiri tanpa guru bimbingan, yang mana pelajar
yang memerlukan masa latihan sendiri untuk lebih berjaya.

Nadiyah Elias 30
Faham Quran - Hafalkata

Falsafah Pendekatan Hafalkata bagi


Bahasa

Pembelajaran bahasa pertama adalah pembelajaran berbentuk


kemahiran yang tidak memerlukan bimbingan guru sepenuh-
nya. Pembelajaran bahasa pertama diperolehi semasa kecil
tanpa guru formal. Ibu bapa dan orang sekeliling menyediakan
pembelajaran secara tidak formal melalui interaksi mereka
dengan bayi. Mereka tidak mengajar bayi atau kanak-kanak
dalam tempoh masa atau menggunakan silibus tertentu.
Kanak-kanak itulah yang mengutip butir-butir pembelajaran
bahasa semasa berinteraksi dengan keluarga.

Pembelajaran bahasa kedua atau pembelajaran bahasa baru


juga tidak semestinya dipelajari secara berguru. Terdapat
orang dewasa yang mengutip kemahiran bahasa kedua hanya
melalui interaksi dengan komuniti pertuturan bahasa tersebut.

Di Malaysia, kita sudah dibiasakan dengan kepercayaan


bahasa Arab hanya boleh dipelajari dalam kelas bersama guru
dan pembelajaran hanya berlaku dalam sesi kelas. Padahal
senario di dunia hari ini menunjukkan bahawa ramai orang
mempelajari bahasa asing secara sendiri melalui program di
internet sahaja. Terdapat banyak laman sesawang yang
menawarkan pakej pembelajaran bahasa-bahasa termasuk
bahasa Arab sendiri.

Penulis pernah melihat video seorang remaja Jepun atau


Korea yang mempelajari frasa-frasa Bahasa Malaysia hanya

Nadiyah Elias 31
Faham Quran - Hafalkata

melalui perisian bahasa dan beliau mampu menyusun kata-


kata dengan baik. Malah terdapat siri video dua orang rakyat
Amerika atau Kanada yang menghasilkan siri video sketsa
rakaman dalam Bahasa Malaysia.

Buku ini mengetengahkan kaedah pembelajaran Faham Quran


dengan memahami kosakata Quran. Pelajar dijangka mampu
membimbing dan mendorong diri sendiri mempelajari kosa-
kata Quran dengan bantuan alat-alat belajar dengan mengam-
bil maksud kosakata dari terjemahan Quran per kata dan
menghafalnya.

Kaedah hafalkata ini boleh juga digunakan oleh seorang guru


dalam kelas konvensional. Namun, buku ini memberi fokus
kepada pembelajaran kendiri untuk memenuhi keperluan
pelajar yang tidak berpeluang mendapatkan guru dan
menghadiri kelas secara berjadual.

Kaedah hafalkata adalah kaedah paling asas untuk mem-


pelajari mana-mana bahasa baru sebelum memahami
peraturan struktur ayat serta nahu bagi satu satu bahasa.
Seseorang perlu terlebih dahulu menguasai sebahagian
dari kosakata asas. Ini paling mudah dipelajari dengan
cara menghafal.

Hanya setelah menguasai kosakata asas, barulah seseorang


mampu mempelajari peraturan yang diajar guru seperti
struktur ayat dan nahu. Sebaliknya peraturan struktur ayat
dan nahu boleh sahaja dipelajari secara spontan dengan
banyak pendedahan kepada ayat-ayat bagi sesuatu bahasa.

Nadiyah Elias 32
Faham Quran - Hafalkata

Secara ringkas, pembelajaran mengenai peraturan struktur


ayat dan nahu susah difahami sebelum sesorang mempunyai
jumlah kosakata asas. sebaliknya, pembelajaran melalui
hafalkata sahaja boleh membawa kepada kemahiran struktur
ayat dan nahu secara semula jadi hanya dengan pembelajaran
hafalkata yang berterusan.

Ciri-Ciri Khas Pembelajaran Hafalkata


Bagi Quran
Bagi kebanyakan bahasa, perkataan–perkataan asas
adalah yang berkait dengan tubuh badan, keluarga dan alam
sekeliling serta fungsi kehidupan asas seperti bangun, duduk,
berjalan, tidur dan makan. Kita akan diajar memperkenalkan
diri dan juga menceritakan aktiviti harian.

Begitu juga dengan pembelajaran bagi Bahasa Arab


komunikasi. Kosakata Arab harian tidak begitu membantu
seseorang memahami Quran. Ini memperkukuhkan mitos
atau salah faham bahawa seseorang perlu menguasai dan
mempelajari Bahasa Arab dalam tempoh yang sangat lama
sebelum mampu memahami Quran dan ia satu pencapaian
yang amat sukar dicapai oleh orang biasa.

Memahami Quran sebenarnya mampu dilakukan dengan


langkah pembelajaran yang ringkas sahaja iaitu menghafal
makna perkataan-perkataan yang ada dalam Quran.
Kefahaman Quran boleh dicapai dalam tempoh jam pertama

Nadiyah Elias 33
Faham Quran - Hafalkata

pembelajaran. Ini kerana perkataan dipelajari menurut ayat


dan surah dalam Quran.

Semua perkataan yang berada di dalam Quran terus dipelajari


dari peringkat permulaan lagi, dan pelajar tidak membazirkan
waktu pembelajaran menghafal kumpulan perkataan harian
yang tidak terdapat dalam Quran.

Walaupun menggunakan bahasa yang sama, cara


pembelajaran peraturan nahu tidak boleh sama. Ini kerana,
kosakata perkataan Quran tidak sama dengan kosakata baha-
sa harian. Corak taburan kekerapan perkataan tidak sama
dengan
bahasa pertuturan harian. Perkataan yang paling kerap
digunakan dalam Quran bukan dari gugusan komunikasi
harian seperti tubuh badan, keluarga dan aktiviti harian,
tetapi lebih menyentuh urusan aqidah.

Contoh perkataan asas Quran adalah Allah, syurga, neraka,


taat, derhaka, iman, kekufuran, serta akhirat. Ia sekali-kali
bukan perkataan harian dalam mana-mana bahasa termasuk
Arab komunikasi, sebaliknya ia adalah kumpulan perkataan
khas yang digunakan oleh umat Islam bagi mereka yang
berinteraksi dengan Quran.

Maka jenis perkataan yang mula dipelajari dalam Quran


adalah unik dan memerlukan pemilihan tersendiri yang tidak
sama dengan Bahasa Arab komunikasi. Cara terbaik
mempelajarinya adalah dengan mengambil perkataan
mengikut susunan ayat dan surah. Apabila habis mempelajari

Nadiyah Elias 34
Faham Quran - Hafalkata

satu-satu ayat - kita akan terus dapat memahami ayat


tersebut. Ia akan memberikan rasa kejayaan yang tidak
terhingga yang akan memacu langkah pembelajaran ayat
seterusnya.

Bab selepas ini akan menerangkan secara terperinci langkah-


langkah yang perlu dilakukan pada masa pertama kali anda
melakukannya. Anda akan merasa kekok dan susah. Namun,
selepas berkali-kali mengulangi langkah yang sama, ia akan
menjadi kebiasaan dan mudah dilakukan.

Nadiyah Elias 35
Faham Quran - Hafalkata

Bab 3:

Bahan dan Alat yang


diperlukan

Selamat datang ke gerbang kefahaman Quran. Anda


mungkin telah terus ke sini selepas membaca muka
surat pertama. Ini bermakna anda seorang yang
sukakan tindakan terus.

Anda juga mungkin telah sampai ke sini setelah


meneliti dan mengkaji penerangan mengenai kaedah ini
dalam bab 1 dan bab 2. Ini bermakna anda seorang
yang teliti dan perlu mengetahui semuanya dahulu
beberapa perkara sebelum memulakan sesuatu latihan.

Kemungkinan juga anda telah sampai ke sini semula


untuk kali keduanya setelah selesai membaca buku ini
sehingga ke akhir.

Walau kecenderungan apa pun diri anda, di sinilah


tempatnya anda mula mengambil tindakan dan
menjalankan latihan secara praktikal.

Nadiyah Elias 36
Faham Quran - Hafalkata

Pembelajaran menggunakan kaedah ini memerlukan beberapa


alat bantuan pembelajaran. Saranan ini adalah untuk situasi
unggul. Seandainya anda tidak memperolehi alat-alat atau
bahan tersebut, anda masih boleh meneruskan pembelajaran
dengan apa yang ada.

Alat dan bahan bantuan adalah seperti berikut:

1) Quran terjemahan per kata

Quran terjemahan biasa memberikan terjemahan makna


secara ayat demi ayat. Pernahkah anda cuba untuk mendapat-
kan makna bagi setiap perkataan, dan kemudian anda dapati
bahawa anda tidak dapat mengenalpasti perkataan manakah
dari ayat Quran yang mewakili perkataan dalam Bahasa
Malaysia? Ini adalah kerana susunan ayat dalam Bahasa Arab
tidak sama dengan susunan Arab dalam bahasa Malaysia.

Quran terjemahan per kata akan memberikan makna bagi


setiap perkataan supaya anda boleh mengenalnya. Ia selalu
diletakkan dalam susunan atas bawah. Untuk memahami
keseluruhan ayat tersebut, Quran terjemahan per kata juga
akan menyediakan makna keseluruhan dalam bahagian
terjemah mengikut ayat. Biasanya ayat-ayat ini diletakkan
di bahagian tepi Quran.

Quran ini akan digunakan sebagai rujukan sahaja dan ber-


fungsi sebagai kamus mudah yang telah tersusun menurut
ayat Quran.

Nadiyah Elias 37
Faham Quran - Hafalkata

2) Mushaf Quran tanpa makna


(seeloknya Mushaf resam Uthmani).
Untuk belajar melalui kaedah ini, anda juga memerlukan
satu mushaf Quran tanpa makna. Mushaf ini akan digunakan
semasa latihan dan ujian memahami tanpa bantuan
terjemahan. Seandainya anda menggunakan mushaf yang
ada terjemahan di sebelah, anda akan terganggu dan
cenderung untuk menjeling ke sebelah untuk mengintai
makna pada masa latihan hafalan dan ujian kefahaman
dijalankan.

3) Kad Memori.

Kad memori akan digunakan dengan kerap dalam latihan

Nadiyah Elias 38
Faham Quran - Hafalkata

menghafal. Ia akan digunakan untuk mencatat perkataan


baru yang dipelajari. Kad ini kelak akan diikat sekumpulan
mengikut surah dan dibawa ke mana-mana. Oleh itu, kad
keras lebih baik dari kertas nipis. Saiz yang sesuai adalah
saiz yang sedap dipegang di tapak tangan, boleh dibaca
tulisannya, dan ringan untuk dibawa seikat ke mana-mana.

Oleh kerana susah untuk mendapatkan kad bersaiz kecil di


kedai alatulis, anda disarankan memotong kad sendiri.
Gunakan kertas A4 dibahagi 4, 8 atau 16 menurut keselesaan.
Setelah memilih jenis kad dan saiz, anda perlu istiqamah
mengguna jenis kad dan saiz yang sama. Seeloknya gunakan
ketebalan 2 helaian (2 sheet/120 Gsm) atau 3 helaian (3
sheet/160 Gsm). Adalah lebih murah dan mudah mencari
kertas A4 untuk dipotong berbanding dengan memotong kad
manila.

4) 2 Unit Buku nota nipis/ kecil (50


muka surat).

Buku ini akan digunakan untuk mencatat perkataan-perkataan


kerap yang dipelajari. Anda hanya memerlukan buku yang
nipis sahaja kerana perkataan yang akan dicatat tidak banyak
- sekadar 50 hingga 100 perkataan sahaja, dan ia akan

Nadiyah Elias 39
Faham Quran - Hafalkata

dijumpai pada awal pembelajaran.

Senarai perkataan kerap ini boleh juga didapatkan di internet


dengan enjin carian. Namun, untuk tujuan pembelajaran awal,
terbaik adalah membina senarai peribadi menurut pengalaman
pembelajaran sendiri.

5) Peranti yang telah di pasang dengan


perisian Quran.
Anda boleh menggunakan mana-mana smartphone, atau
tablet seperti Samsung Tab atau iPad. Terdapat perisian
yang hanya ada dalam sistem iOS sahaja - iaitu di iPhone
atau iPad, manakala terdapat juga perisian yang hanya ada
dalam sistem Android sahaja. Namun, pilihan yang ada cukup
untuk pelajar yang menggunakan mana-mana dari sistem
tersebut.

Perisian Quran membantu melalui dua fungsi:

a. Untuk membaca bacaan qari mengikut pilihan kita bagi


ayat-ayat tertentu yang sedang dipelajari. Bacaan mp3 tid-
ak sesuai untuk kaedah ini kerana kita memerlukan
ulangan bagi ayat tertentu. Aplikasi Quran membolehkan
anda memilih ayat atau beberapa ayat yang boleh diulang
berterusan menurut keperluan.

b. Untuk mendapatkan akar kata serta gugusan makna bagi


perkataan dalam Quran. Dalam perisian tersebut ada
fungsi yang memberitahu kita kata akar bagi perkataan
dalam Quran yang dipelajari. Dengan fungsi ini, kita boleh

Nadiyah Elias 40
Faham Quran - Hafalkata

mem-pelajari kata akar walaupun tiada guru dan belum


pandai menggunakan kamus Arab tradisional.

Jika anda belum memperolehi peranti yang sesuai, anda boleh


menggantikan alat membaca dengan rakaman bacaan sendiri.
Kebanyakan telefon pintar mempunyai fungsi rakaman, anda
tidak perlu membeli perakam suara khas. Anda cuma perlu
membacakan sendiri bahagian ayat Quran yang akan diguna-
kan, atau merakamkan ayat Quran yang akan digunakan dari
mp3 untuk digunakan dalam tempoh awal pembelajaran.
Apabila berpindah ke ayat yang baru, anda cuma perlu
merakam semula beberapa ayat yang bakal dipelajari
pula menurut keperluan.

Fungsi yang menerangkan mengenai kata akar adalah pilihan


dan tidak diperlukan oleh semua orang. Ia adalah langkah
tambahan untuk pelajar yang maju. Bagi mereka yang belum
memperolehi perisian dengan fungsi ini, lupakan dahulu
bahagian mendapatkan kata akar. Ia boleh diusahakan
kemudian dan tidak mencacatkan pembelajaran di peringkat
awal.

Bayan Quran

Bayan Quran adalah aplikasi yang sangat berkualiti tinggi


menandingi aplikasi berbayar. Ia adalah percuma kerana ia
telah diwakafkan oleh seorang insan seperti yang tertulis
di muka surat pengenalan aplikasi tersebut. Antara kekuatan

Nadiyah Elias 41
Faham Quran - Hafalkata

aplikasi ini adalah kerana susun atur (layout) tulisannya sama


dengan Quran resam Uthmani, maka ia akan membantu
pembaca yang bercadang untuk menghafal Quran dan
memerlukan susun atur yang tidak berubah.

Limitasinya adalah kerana buat masa ini, makna perkataan


hanya dalam Bahasa Inggeris. Anda boleh mencapainya
melalui link ini:

https://play.google.com/store/apps/details?
id=com.quranworks.quran&hl=en

MyQuran

Selain dari Bayan Quran, aplikasi MyQuran juga bagus


dipunyai kerana ia mempunyai fungsi tambahan yang berbeza
dari Bayan Quran, antara fungsi tambahannya adalah:

1. Fungsi hafazan bagi mereka yang berminat menghafaz


Quran. Pengguna boleh memilih beberapa potongan ayat
tertentu dan memasangnya dalam pusingan yang
berterusan (loop). Fungsi ini juga boleh digunakan untuk
ulangkaji mentadabbur ayat-ayat yang telah dipelajari
secara hafalkata.

Nadiyah Elias 42
Faham Quran - Hafalkata

2. Ianya mempunyai demo makhraj.

Anda boleh mencapainya melalui link ini:

https://play.google.com/store/apps/details?
id=com.salik.myQuran&hl=en

Quran Word By Word (hanya untuk


iPad dan iPhone sahaja)
Quran Word by Word hanya boleh dimuat turun di iPhone dan
iPad sahaja. Ia tidak boleh dimuat turun di peranti berasaskan
Android. Kelebihan Quran Word by Word adalah kerana ia
mempunyai makna per kata serta makna kata akar dalam
Bahasa Malaysia. Ia amat berguna bagi mereka yang kurang
mahir dalam Bahasa Inggeris. Pembaca boleh membaca
ayat demi ayat dan melihat makna per kata dalam Bahasa
Malaysia, fungsi kata akar juga disediakan dengan menekan
kepada perkataan Quran tersebut. Ia bukan saja memberikan
maksud pada akar kata bagi perkataan tersebut, malah
menyenaraikan kesemua penggunaan kata akar ini bersama
makna bagi seluruh Quran. Ini tidak didapati dalam mana-
mana perisian yang lain.

Kelemahannya perisian ini adalah tulisannya kecil dan kabur.


Capaian Quran word by word boleh dicari berpandukan logo
ini.

Nadiyah Elias 43
Faham Quran - Hafalkata

Anda boleh mencapainya melalui link ini:


https://itunes.apple.com/us/app/quran-
word-by-word/id588198510?mt=8

Meta Quran

Bagi yang hanya menggunakan sistem Android, anda juga


boleh menggunakan Meta Quran bagi menggantikan Quran
Word by Word. Namun Meta Quran tidak mempunyai fungsi
makna akar kata, dan hanya berfungsi sama sahaja dengan
mushaf Quran kertas per kata. Ia lebih sesuai digunakan
sebagai Quran gantian sahaja, iaitu digunakan semasa dalam
perjalanan dan terlupa membawa mushaf sebenar. Ini kerana
belajar dari mushaf kertas lebih berkesan berbanding belajar
dengan membaca dari peranti.

Setiap perisian mempunyai kelebihan dan limitasi tersendiri.


Setakat ini, penulis belum jumpa satu perisian yang terbaik
untuk semua fungsi. Sebaiknya pelajar mencuba semua dari
perisian tersebut, dan kemudian menyimpan beberapa
perisian yang dirasakan berguna.

Penulis sendiri menggunakan Bayan Quran sebagai asas


untuk hampir semua dari penggunaan memandangkan ia
mempunyai susun atur yang sama dengan mushaf resam
Uthmani, iaitu 15 baris. Susun atur yang sama sangat

Nadiyah Elias 44
Faham Quran - Hafalkata

penting bagi mereka yang bercita-cita menghafal Quran.


Bagi memahami makna dan mencari contoh ayat, penulis
menggunakan Quran Word by Word, manakala MyQuran
digunakan untuk memasang bacaan berulang, atau bacaan
berterusan seluruh Quran semasa tidur.

Aplikasi Meta Quran seperti gambar berikut;

Anda boleh mencapainya melalui link ini:


https://play.google.com/store/apps/details?
id=com.ptmetadaya.metaquranword&hl=en

Jika anda sudah mendapatkan semua persediaan tersebut,


anda telah bersedia untuk belajar Tujuh Langkah mempelajari
sendiri Faham Quran melalui kaedah hafalkata. Jangan lupa
membaca “bismillaahi ya awwal” semasa niat untuk
memulakan pembelajaran ini.

Nadiyah Elias 45
Faham Quran - Hafalkata

Bab 4:

Langkah Meningkatkan
Kosakata Quran

Pembelajaran ini terdiri dari Tujuh Langkah yang akan


dijalankan bagi setiap kumpulan perkataan yang diambil.
Untuk tujuan pembelajaran ini, kita mengguna surah Yaasin,
ia dikenali ramai berbanding surah yang lain.

Langkah Pertama memerlukan masa yang panjang untuk


dipelajari dan diamalkan. Namun, langkah seterusnya (iaitu
langkah kedua sehingga langkah ketujuh) lebih ringkas untuk
dipelajari dan diamalkan.

Nadiyah Elias 46
Faham Quran - Hafalkata

Langkah 1

Memulakan Pengambilan
Kosakata

Nadiyah Elias 47
Faham Quran - Hafalkata

Langkah 1:
Memulakan Pengambilan Kosakata
Alat yang diperlukan:

 kad,
 alat tulis
 buku nota nipis (bersaiz besar)
 Quran per kata

1. Baca dan pilih perkataan pertama yang mahu dihafal.


Bagi surah yang dipilih, mulakan dengan ayat pertama.
Kita tidak perlu mengambil perkataan yang sudah
dikenali. Pada peringkat permulaan, setiap perkataan
perlu dipelajari, namun bagi ayat-ayat seterusnya kita
hanya perlu memilih perkataan yang belum kita kenali.

2. Perkataan seperti “Yaasin” merupakan sebutan huruf


sahaja dan bukan perkataan Arab sebenar, maka kita
tidak perlu menterjemah maknanya. Maka perkataan
pertama yang dipilih adalah “wal Quran”.

3. Perkataan “Quran” juga tidak perlu dihafal maknanya


kerana ia sudah menjadi perkataan harian dalam bahasa
Melayu. Walau bagaimanapun, bagi pelajar yang maju,
mereka mungkin seronok untuk mengetahui bahawa kata
akar “Quran” bermakna yang “dibaca dengan kerap”, atau
“yang dibaca-baca”.

Nadiyah Elias 48
Faham Quran - Hafalkata

4. Manakala bagi perkataan “wa” dalam frasa “wal Quran”


(lebih jelas kita pisahkan antara wa dan Quran- wa al
Quran) termasuk dalam golongan kata kerap. Kita boleh
masukkan perkataan-perkataan seperti ini (kata kerap) ke
dalam buku nota dan tidak perlu membuat kad hafalan.

Cara mencatat dalam Buku Nota Katakerap.

Katakerap ini adalah perkataan yang kita akan jumpai secara


kerap dalam Quran tetapi digunakan dengan berlainan maksud
dan tujuan tertentu. Antara katakerap yang terdapat dalam
Quran yang pasti kita akan jumpai adalah seperti “waw, a’la,
min, ila, ‘an” dan lain-lain. Perkataan ini adalah jenis harf’
iaitu kata sendi, dan kita akan mengenali kesemuanya dalam
masa yang singkat.

Bagi nota katakerap catat satu perkataan dalam satu muka


surat. Ini adalah kerana perkataan jenis harf selalunya
mewakili pelbagai makna. Maka satu muka surat nota akan
mempunyai pelbagai makna harf bagi satu-satu perkataan
yang dicatat.

Contohnya, bagi perkataan “wa”, anda akan menjumpai


makna keduanya kelak apabila sampai ke ayat kesembilan.
Walau bagaimanapun, jika anda menjumpai penggunaan
makna harf yang sama, maka anda tidak perlu lagi
memasukkannya ke dalam nota.

Nadiyah Elias 49
Faham Quran - Hafalkata

Contoh bagi perkataan “wa”,

wa 1 (ayat kedua) = demi


wa 2 (ayat kesembilan) = Penekanan (tiada kesamaan dalam
BM)
wa 3 (ayat kesepuluh) = juga bermakna penekanan (tiada
dalam BM), maka ia tidak lagi perlu dimasukkan ke dalam
nota.

* Penggunaan yang sama


maknanya. Tidak perlu
dicatat dalam nota anda.
Ianya dimasukkan ke dalam
buku hanya sebagai contoh.

Contoh nota bagi perkataan ‘wa’ dalam nota katakerap

Bagaimana untuk Membina Kad

Terdapat pelbagai versi kad hafalan. Anda boleh mencuba


kesemua cadangan yang diberikan kemudian memilih versi
yang sesuai dengan anda. Anda juga boleh memilih untuk
mencipta sendiri format kad hafal kata anda menurut
kemudahan anda. Perkara yang paling penting adalah
istiqamah dengan satu format sahaja untuk memudahkan
pembelajaran anda.

Nadiyah Elias 50
Faham Quran - Hafalkata

Versi 1: kad depan belakang

1. Tulis perkataan Arab (kalimah dari Quran) di hadapan,


makna dalam Bahasa Melayu di belakang

2. Tulis akar kata di bahagian bawah kad. Anda boleh


merujuk perisian Bayan Quran atau perisian yang lain
untuk mendapatkan maknanya.

3. Tulis nama surah di bahagian kanan atas supaya kad


ini mudah dikumpulkan mengikut surah. Ini penting untuk
kegunaan masa hadapan kerana kad ini akan digunakan
berulangkali untuk ulangkaji dan ianya akan dilakukan
mengikut surah.

4. Tulis juga nombor siri surah dan ayat untuk memudahkan


merujuk semula ayat Quran ini pada masa hadapan seandai-
nya kita sudah lupa konteks kepada makna perkataan ini.

Nadiyah Elias 51
Faham Quran - Hafalkata

Kemudahan ini penting kerana kaedah hafalkata menekankan


pembelajaran makna perkataan menurut konteks surah dan
ayat.

5. Tulis makna perkataan tersebut di belakang kad. Tujuan


dituliskan pada tempat berbeza perkataan Arab dan maknanya
dalam Bahasa Melayu adalah kerana kita akan menggunakan
kad ini pada dua fasa pembelajaran, iaitu fasa menghafal dan
fasa menguji. Pada fasa menguji, kita memerlukan untuk
melihat perkataan Arab tanpa melihat kepada maknanya
dalam Bahasa Melayu.

6. Bagi pelajar yang maju, tulis semua makna-makna yang


diberikan untuk situasi lain supaya kita bersedia untuk
mengenali perkataan-perkataan ini dalam makna lain
semasa menjumpainya di ayat lain di masa hadapan.

Makna tambahan selain dari yang tertulis dalam Quran per


kata boleh didapati dari perisian Quran bagi setiap perkataan.

Contoh: ‫كفر‬

Contoh: ‫( ك ف ر‬Makna yang berbeza gugusan


walaupun sama akar kata)
‫َك ِّفر‬ Ali-Imran 3:192 hapuskanlah

‫َك َّف َارة‬ al-Maidah 5:89


kaffarah (denda pelanggaran
sumpah)

‫َكاف ًورا‬ al-Insaan 76:5


Sejenis minuman yang bercam-
pur dengan "Kafur",

Nadiyah Elias 52
Faham Quran - Hafalkata

Contoh: ‫( ك ف ر‬Makna yang sama gugusan makna)


dia telah kafir
‫َك َفَر‬ al-Baqarah 2:102
(menjauhi ajaran Allah)

‫َك َفروا‬ al-Baqarah 2:102 mereka yang kafir

‫تَكفر‬ al-Baqarah 2:102 kamu kafir

‫َوكفًرا‬ al-Maidah 5:64 dan kekafiran

kufur (dengan mengingkari


‫َكف ًورا‬ al-Insaan 76:3
kebenaran atau menderhaka)

Apabila terdapat makna yang berbeza gugusan walaupun


akar kata sama, ianya perlu dimasukkan dalam kad sebagai
persediaan untuk yang lain.

Versi 2: kad buka tutup

Dalam menjalankan bengkel, penulis mendapati pelajar


memberi maklumbalas bahawa mereka merasa pening apabila
perlu memusingkan kad depan belakang berkali-kali. Terdapat
pelajar yang membuat inovasi membina kad dua lapis yang
boleh dibuka, dan ditutup- dan tidak perlu memusingkan kad
ke hadapan dan ke belakang apabila menghafal.

1. Ambil kertas A4 biasa dan bahagikan kepada empat.

2. Bagi satu kertas, lipat dua supaya boleh dibuka dari atas.

Nadiyah Elias 53
Faham Quran - Hafalkata

Jika mahukan buka ke tepi- sesuaikan saiz apabila


memotong kertas.

3. Tulis bahasa Arab di muka surat hadapan, dan tuliskan


makna dalam Bahasa Melayu di muka surat dalam.

Contoh gambar kad buka tutup

 Contoh muka depan kad  Contoh muka dalam kad

Anda boleh memilih untuk membina kad bagi satu atau


beberapa ayat dari surah pilihan. Pada peringkat permulaan,
disarankan agar memulakan kitaran pembelajaran dengan 5 -
10 kad kosakata sahaja. Setelah mendapat bilangan kad yang
mencukupi, teruskan ke langkah kedua.

Nadiyah Elias 54
Faham Quran - Hafalkata

Langkah 2

Menghafal Makna Perkataan

Nadiyah Elias 55
Faham Quran - Hafalkata

Langkah 2:
Menghafal Makna Perkataan

Alat/bahan yang diperlukan:

 kad kosakata sahaja

Langkah kedua adalah langkah yang paling ringkas untuk


diterangkan dan paling cepat untuk dijalankan. Dalam
langkah menghafal, anda cuma perlu melihat sambil
menyebut perkataan Arab, diikuti dengan melihat dan
menyebut maknanya dalam Bahasa Melayu pula.

Anda perlu melihat tulisan dengan jelas, dan menyebutnya


dengan suara yang kuat. Ini kerana minda kita lebih mudah
mengingati apa yang kita dengar dengan kuat dan lihat
dengan jelas. Sebab itu tulisan dengan pen dan yang
berwarna terang lebih baik dari tulisan dengan pensil,
dan tulisan yang besar lebih berkesan dari tulisan yang
kecil.

Anda boleh ulangi sebanyak yang mungkin sehingga yakin


sudah mengingati makna bagi perkataan tersebut. Bagi
perkataan yang sudah diingati atau bagi pelajar yang pantas,
pastikan anda membacanya sekurang-kurangnya sebanyak
tiga kali.

Nadiyah Elias 56
Faham Quran - Hafalkata

Langkah 3

Uji, Saring dan Kukuhkan

Nadiyah Elias 57
Faham Quran - Hafalkata

Langkah 3: Uji, Saring dan Kukuhkan

Alat/ bahan:

 kad kosakata sahaja

Langkah ketiga mempunyai tiga peringkat, iaitu menguji,


menyaringkan, dan mengukuhkan.

Menguji dan mensaringkan:

1. Ambil kad-kad yang telah anda bina, kocokkan kad-kad


tersebut supaya tidak lagi menurut aturan yang dipelajari.

2. Ambil kad pertama, baca Arabnya dan sebut maknanya


dari ingatan tanpa melihat kepada jawapan di kad
tersebut. Setelah menyebutnya, barulah anda melihat
jawapan tersebut untuk menyemak jawapan.

3. Seandainya tepat, ucapkan Alhamdulillah dan letak di


sebelah kanan anda. Seandainya salah, ulang latihan
melihat dan menyebut bahasa Arabnya dan melihat
maksudnya secara bergilir-gilir sebanyak tiga kali.

4. Kemudian letakkan kad yang salah di sebelah kiri anda,


teruskan sehingga anda mendapat tompokan kad di
sebelah kanan (yang anda jawab dengan tepat) dan
tompokan anda di sebelah kiri (yang anda jawab salah).

Nadiyah Elias 58
Faham Quran - Hafalkata

Mengukuhkan:

1. Pembelajaran bagi setiap perkataan tidak sekata. Akan


terdapat perkataan yang kita mudah ingat sementara
perkataan lain susah diingati. Selalunya, kita mudah
mengingati perkataan yang boleh digambarkan,
sementara perkataan sendi lebih susah untuk dihafal.

2. Penyaringan yang dilakukan tadi telah mengasingkan


perkataan yang dipelajari kepada perkataan yang senang
diingati dan perkataan susah diingati.

3. Ambil kad yang di sebelah kiri anda dan ulang proses


menghafal hanya bagi kelompok kad tersebut sahaja.

Nadiyah Elias 59
Faham Quran - Hafalkata

Iaitu bagi perkataan yang belum dikuasai.

4. Selepas menghafal, ulang proses menguji dan menyaring


sehingga semua kad dari tompok kiri beralih ke tompok
kanan.

Apabila semua kad telah berkumpul di tompok kanan, kocok


kad tersebut dan ulangi semua proses menguji dan menyaring
seperti ini kerana beberapa perkataan yang tadinya telah
diingati mungkin telah dilupakan semula dalam proses
pembelajaran dan masih memerlukan pengukuhan.

Langkah ketiga hanya akan selesai apabila semua perkataan


difahami dalam sekali ujian.

Nadiyah Elias 60
Faham Quran - Hafalkata

Langkah 4

Meniti Makna

Nadiyah Elias 61
Faham Quran - Hafalkata

Langkah 4: Meniti Makna

Alat/bahan Yang diperlukan:

 Quran mushaf Arab sahaja


 pen, pembaris, atau lidi sebagai
penunjuk

Fasa meniti sangat menyeronokkan kerana pada peringkat ini


kita sudah mula dapat merasakan kebolehan kita memahami
makna Quran yang kita bacakan. Langkah ini dinamakan
‘meniti makna’ kerana kita masih melakukan terjemahan
secara perlahan-lahan, meniti dari kata ke kata.

1. Buka Quran mushaf Arab sahaja di bahagian yang sedang


dipelajari dan bersedia dengan penunjuk.

2. Tunjuk kepada perkataan pertama, bacakan sebutan Arab,


kemudian sebutkan maknanya dalam Bahasa Melayu.
Bacaan dimatikan bagi setiap perkataan dan tidak
disambungkan mengikut ayat. Contohnya: sebut “wal
Quran” (dan bukan “wal quraa”) , dan kemudian sebut
“al hakim” (bukan “nil hakiim”) Amalan sebegini bukan
sahaja menghasilkan sebutan yang betul. Ia juga akan
melatih anda mengenali setiap perkataan dalam Quran
secara terasing.

3. Teruskan meniti perkataan demi perkataan sehingga ke


akhir ayat.

Nadiyah Elias 62
Faham Quran - Hafalkata

Jika anda sudah berjaya sehingga ke peringkat ini- ucapkan


tahniah kepada diri sendiri kerana anda telah berjaya
memahami Quran semasa membacanya. Anda digalakkan
bersyukur kepada Allah kerana memberi anda kekuatan
dan kefahaman sehingga ke peringkat ini.

Seandainya anda menghadapi mana-mana perkataan yang


anda terlupa maknanya, tidak perlu risau. Masih banyak
ruang untuk mengukuhkan hafalan kosakata anda.

Seandainya anda hanya terlupa satu perkataan sahaja,


cara yang mudah adalah dengan mengulang kepada diri anda
perkataan tersebut. Sebutkan sahaja perkataan Arab diikuti
dengan menyebut maknanya dalam Bahasa Melayu. Lakukan
sekurang-kurangnya tiga kali. Kemudian ulang semula latihan
meniti dari permulaan ayat.

Pada peringkat ini, anda dilarang menulis makna perkataan


di atas mushaf Arab sahaja kerana ia akan mengganggu
proses latihan dan ujian kefahaman makna. Ia juga akan
mengganggu latihan kelancaran kelak.

Seandainya anda tidak dapat mengingati banyak dari


perkataan tersebut, adalah lebih praktikal jika anda
mengulang sahaja langkah dua dan langkah tiga iaitu
menghafal perkataan, menguji, menyaring dan
mengukuhkan kosakata.

Nadiyah Elias 63
Faham Quran - Hafalkata

Langkah 5

Meningkatkan Kelancaran
Kefahaman

Nadiyah Elias 64
Faham Quran - Hafalkata

Langkah 5:
Meningkatkan Kelancaran Kefahaman

Alat/ bahan yang diperlukan:

 peranti dengan perisian membaca Quran atau


rakaman bacaan sendiri (Pilih bacaan dengan
tempo paling perlahan seperti Sheikh Basit)
 mushaf Arab sahaja
 pen, pembaris, atau lidi sebagai penunjuk

Setakat ini, anda telah memahami makna ayat Quran


semasa membacanya. Namun, mampukah anda men-
terjemahkan per kata makna Quran semasa mendengarnya?

Semasa kita meniti, kita mengawal kadar bacaan kita


untuk memberi masa fikiran kita menterjemahkan makna
tersebut. Apabila kita mendengar Quran dibacakan, minda
kita terpaksa melakukan terjemahan pada kadar bacaan.
Hanya mereka yang lancar kefahaman sahaja yang akan
mampu melakukan sedemikian. Langkah kelima
bertindak sebagai latihan melancarkan kefahaman sedia ada.

1. Buka mushaf pada ayat yang dipelajari dan bersedia


dengan penunjuk.

2. Mulakan bacaan qari dalam peranti dengan qari pilihan,


iaitu yang mempunyai tempo bacaan yang perlahan.

Nadiyah Elias 65
Faham Quran - Hafalkata

3. Semasa mendengar perkataan disebut oleh qari, penunjuk


diletakkan pada tulisan mushaf tersebut, sambil anda
menyebut makna perkataan tersebut dalam hati. Pastikan
anda tidak menyuarakan perkataan tersebut kerana ia
akan mengganggu fokus pendengaran. Pastikan juga
anda tidak turut membaca bersama qari atas tabiat atau
kebiasaan. Respon langkah kelima ini mungkin
memerlukan latihan untuk membiasakan diri.

4. Latihan ini boleh diulang sehingga anda yakin sempat


memahami makna serentak dengan bacaan qari.

5. Sebagai latihan tambahan bagi pelajar yang maju, anda


juga boleh mengulang latihan ini menggunakan qari
pilihan anda yang menggunakan tempo bacaan yang lebih
laju.

Latihan Melancarkan Kefahaman tanpa


Bantuan Peranti (Versi 2: Secara Manual)

Anda boleh menjalankan latihan ini secara manual jika anda


tidak mempunyai sebarang bantuan alat peranti. Terdapat
juga pelajar yang melaporkan lebih selesa dan mudah belajar
secara manual tanpa bantuan peranti.

1. Buka mushaf pada ayat yang dipelajari dan bersedia


dengan penunjuk.

Nadiyah Elias 66
Faham Quran - Hafalkata

2. Baca satu ayat Quran dan makna secara meniti seperti


dalam langkah keempat.

3. Ulang dengan membacakan ayat Quran tersebut secara


perlahan sambil cuba mengikuti dengan makna dalam hati
mengikut kadar bacaan.

4. Seandainya tidak berjaya mengikuti makna dalam hati,


ulangi dengan menggilirkan antara meniti dan
membacakan sambil memberi makna di dalam hati.

Kebanyakan pelajar menyatakan belajar menggunakan peranti


lebih mudah daripada mempelajarinya secara manual, namun
terdapat juga sebilangan kecil pelajar yang menyatakan
mereka lebih selesa mempelajari secara manual.

Nadiyah Elias 67
Faham Quran - Hafalkata

Langkah 6

Memahami Ayat Quran yang


Didengar Tanpa Melihat Mushaf

Nadiyah Elias 68
Faham Quran - Hafalkata

Langkah 6:
Memahami Ayat Quran yang Didengar
Tanpa Melihat Mushaf

Alat/ bahan:

 Peranti dengan perisian bacaan Quran (dengan


pilihan bacaan qari dengan tempo perlahan)

1. Tutup Quran dan mulakan menghayati ayat tersebut


tanpa melihat mushaf ataupun terjemahnya.

2. Pejamkan mata untuk mendapatkan fokus.

3. Mulakan bacaan qari. Semasa qari membaca, cuba


ikuti makna ayat tersebut mengikut kadar bacaan.

4. Seandainya anda terlepas daripada mengikuti


maknanya, ulangi proses di atas.

Pada masa ini di dalam bengkel, selalunya pelajar akan


terharu, mengalirkan air mata, berseri-seri muka dan
pelbagai reaksi lagi. Mereka melaporkan teruja dan
tersentuh kerana pertama kalinya merasakan ni’mat
mendengar ayat Quran dari telinga terus ke hati.

Nadiyah Elias 69
Faham Quran - Hafalkata

Langkah 7

Membaca Tanpa Lisan


(Membaca dalam Hati)

Nadiyah Elias 70
Faham Quran - Hafalkata

Langkah 7:
Membaca Tanpa Lisan
(Membaca dalam Hati)
Alat/Bahan:

 Mushaf Quran Arab


 pen, pembaris, atau lidi sebagai penunjuk

Apabila kita baru belajar, kita perlu menterjemah perkataan


demi perkataan untuk memahaminya dalam Bahasa Malaysia.
Apabila sudah faham secara lancar, kita akan memahami ayat
Quran tersebut dalam hati tanpa perlu menterjemahkannya ke
Bahasa Malaysia.

Contoh biasa perkataan yang sudah kita faham adalah seperti


“Allah, Quran, Alhamdulillah, Astaghfirullah”. Kita telah biasa
menggunakan perkataan ini dari kecil, dan ianya sudah
masuk ke hati. Kita tidak lagi perlu meminjam perkataan
dalam Bahasa Melayu untuk memahami maknanya dalam
bahasa Arab. Semasa mendengar perkataan tersebut, dengan
sendirinya akan timbul gambar, imej, atau plot video dalam
kepala kita yang tidak memerlukan terjemahan perkataan
Bahasa Malaysia. Perkataan sebegini sudah masuk ke dalam
kosakata bahasa hati.

Tujuan latihan ini adalah untuk mensebatikan perkataan


yang dibaca sehingga difahami dalam hati, tanpa memerlukan
perantaraan Bahasa Melayu lagi. Langkah ketujuh adalah

Nadiyah Elias 71
Faham Quran - Hafalkata

untuk menghilangkan penggunaan perkataan Bahasa Melayu


dari bacaan makna Quran kita.

Fikiran kita hanya mampu fikir satu unit perkataan pada satu-
satu masa. Maka, apabila kita melakukan bacaan tanpa lisan,
mata dan fikiran kita akan secara automatik menterjemahkan
perkataan yang dibaca kepada imej atau makna, tanpa
sempat merujuk lagi kepada perkataan Bahasa Melayu.

1. Buka mushaf pada ayat yang dipelajari dan bersedia


dengan penunjuk.

2. Tunjuk ayat tersebut dan baca dalam hati perkataan


demi perkataan, tanpa menyebut (qiraat) bacaan
Quran.

3. Bagi setiap perkataan yang dibaca dapat difahami,


angguk dan teruskan pembacaan.

4. Seandainya anda mampu memahami seluruh ayat


tersebut, latihan ini telah berjaya. Teruskan dengan
ayat seterusnya.

5. Jika sebaliknya terjumpa dengan perkataan yang


anda lupa maknanya, kukuhkan perkataan tersebut
dengan mengulang kepada diri anda seperti latihan
sebelum ini. Sebutkan perkataan Arab diikuti dengan
menyebut maknanya dalam Bahasa Melayu. Lakukan
sekurang-kurangnya tiga kali. Kemudian ulang semula
dari permulaan ayat.

Nadiyah Elias 72
Faham Quran - Hafalkata

Tahniah!, sekiranya anda telah berjaya mengakhiri Tujuh


Langkah di atas. Apakah perasaan anda sekarang? Adakah
anda merasakan ni’mat memahami Quran? Adakah anda
merasakan ianya mampu anda lakukan?

Bab 4: Langkah Meningkatkan Kosakata Quran

Langkah 1 Memulakan Pengambilan Kosakata


Langkah 2 Menghafal Makna Perkataan
Langkah 3 Uji, Saring dan Kukuhkan
Langkah 4 Meniti Makna
Langkah 5 Meningkatkan Kelancaran Kefahaman

Memahami Ayat Quran yang Didengar


Langkah 6
Tanpa Melihat Mushaf

Membaca Tanpa Lisan (Membaca dalam


Langkah 7
Hati)

Nadiyah Elias 73
Faham Quran - Hafalkata

Bab 5:

Langkah Sokongan Serta


Disiplin Diri untuk Menjayakan
Pembelajaran Sehingga Tamat
seluruh Quran

Tips Menguasai Seluruh Quran

Terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk


membantu anda meneruskan disiplin pembelajaran hafalkata
sehingga anda selesai menguasai seluruh kosakata Quran.
Anda tidak semestinya mengamalkan semua dari saranan-
saranan ini. Namun setiap satu daripadanya akan meningkat-
kan peluang anda memacu diri sehingga selesai.

Jadual Pembelajaran Serta


Mendisiplinkan Diri

Orang dewasa selalunya sibuk dan tidak mempunyai blok


masa belajar yang banyak. Mereka harus bijak menyelitkan

Nadiyah Elias 74
Faham Quran - Hafalkata

peluang belajar dicelah- celah kehidupan. Pecahkan waktu


belajar menjadi tiga bahagian kerana setiap bahagian ini
boleh menggunakan peluang pembelajaran yang berbeza.

Saranan Bagi Langkah 1

Langkah pembinaan kad kosakata memerlukan blok masa


yang panjang. Ia juga memerlukan kita duduk di meja
menggunakan Quran per kata, peranti dan perisian Quran,
kad, serta alat tulis. Peruntukkan sejam atau lebih untuk
langkah ini. Anda boleh melakukannya seminggu sekali
selama satu hingga dua jam. Walaupun pembinaan kad kosa-
kata memerlukan masa yang panjang, ia tidak perlu dilakukan
setiap hari. Bina sebanyak yang boleh kad hafalkata dalam
tempoh tersebut. Kad ini tidak semestinya dihafal pada masa
tersebut.

Saranan Bagi Langkah 2 & Langkah 3

Menghafal, menguji, menyaring dan mengukuhkan boleh


dilakukan sedikit demi sedikit secara sambilan mengikut
kesempatan. Anda boleh mengikat kad tersebut dengan
beberapa gelang getah dan membawanya bersama anda
di dalam poket atau beg tangan. Dalam proses tersebut,
asingkan ikatan getah bagi perkataan yang telah lulus dihafal,
yang sedang dipelajari, dan yang belum mula dihafal.

Nadiyah Elias 75
Faham Quran - Hafalkata

Anda boleh menjalankan latihan ini dalam mana-mana masa


menunggu seperti semasa beratur atau menunggu temujanji.
Anda juga boleh melakukannya sewaktu rehat menunggu
tidur, semasa meneman pasangan menonton televisyen
(pastikan anda memasang earphone atau earplug), dan sema-
sa meneman anak tidur. Menjalankan latihan sebegini mung-
kin akan mengambil masa yang lama atau tidak berjaya
kerana susah mendapat fokus, namun usaha sebegini akan
bertambah baik dengan latihan.

Terdapat laporan positif dari pelajar bahawa mereka berjaya


melakukan sedemikian kerana semangat teruja yang tinggi
untuk menguasai seluruh kosakata Quran dalam tempoh yang
cepat. Seandainya anda tidak suka belajar secara mencelah,
tetapkan masa menghafal kad kosakata pada satu waktu
setiap hari. Masa yang diperlukan boleh sesingkat 10-15
minit sahaja.

Saranan Bagi Langkah 4

Setelah anda lulus memahami makna bagi semua kad terse-


but, anda memerlu-kan satu lagi blok masa yang lain untuk
peringkat melancarkan. Anggaplah aktiviti melancarkan se-
bagai aktiviti susulan yang akan dijalankan secara selari
dengan aktiviti menguasai kosakata.

Maka, sebaik sahaja anda menguasai kemahiran meniti bagi


satu satu kumpulan ayat, elok diteruskan dengan memulakan

Nadiyah Elias 76
Faham Quran - Hafalkata

kitaran baru membina set kad hafalkata daripada ayat-ayat


seterusnya. Ini kerana lonjakan motivasi yang timbul dari
kepuasan dan keseronokan memahami makna akan
mendorong anda bersemangat memulakan kitaran baru.

Kadar yang baik bagi satu-satu kitaran adalah seminggu atau


kurang dari itu. Namun, sebarang pergerakan kitaran adalah
lebih baik daripada usaha terhenti begitu sahaja.

Saranan Bagi Langkah 5 -


Melancarkan Kefahaman

Usaha melancarkan kefahaman hanya memerlukan


Quran mushaf Arab sahaja. Jika anda tidak mahu membawa
seluruh Quran, anda boleh bawa hanya satu muka surat
yang sedang diusahakan sahaja. Buat salinan fotokopi dan
laminate muka surat yang berkaitan. Untuk peringkat awal,
surah Yaasin contohnya, hanya memerlukan 6 keping kertas
yang di laminate. Penggunaannya mungkin selama seminggu
atau beberapa bulan bergantung kepada kadar anda. Kaedah
ini hanya diperlukan bagi surah pertama sahaja. Surah
seterusnya akan diperolehi secara cepat tanpa memerlukan
kita membawa kad pelancar merata-rata. Kad laminate anda
boleh saja disedekahkan kepada sahabat yang lain setelah
anda selesai mempelajarinya kelak.

Nadiyah Elias 77
Faham Quran - Hafalkata

Saranan Urutan Surah

Surah pertama yang perlu anda fahami adalah surah


al-Fatihah. Selepas itu anda patut mempelajari makna bacaan
solat kerana ia komunikasi anda dengan Allah. Dapatkan mana
-mana buku panduan solat untuk mendapatkan makna bacaan
solat, bina kad seperti yang diajar untuk surah tetapi tidaklah
perlu mencari kata akar bagi makna solat di peringkat ini.

Langkah seterusnya adalah menghafal makna bagi beberapa


surah pendek yang anda amalkan dalam solat sebagai bacaan
dalam solat. Namun anda tidak digalakkan mempelajari surah-
surah lain dalam juzuk 30. Ini kerana surah-surah terakhir
Quran, walaupun pendek dan kelihatan mudah, sebenarnya
termasuk dalam kategori yang susah untuk dikuasai.

Antara lonjakan motivasi bagi pelajar adalah apabila mereka


terbaca atau terdengar perkataan yang telah mereka kenali.
Lonjakan ini berlaku terutamanya apabila mereka terjumpa
perkataan yang dikenali didalam ayat yang baru. Untuk
mengoptimakan motivasi ini, adalah lebih berkesan jika pelajar
memulakan usaha dengan surah-surah yang mengandungi
perkataan yang kerap. Dengan ini sedikit pembelajaran akan
menimbulkan rasa kejayaan yang banyak di peringkat awal.

Surah yang mengandungi perkataan yang kerap adalah surah-


surah awal seperti al-Baqarah dan Ali-Imran manakala surah
yang mempunyai perkataan unik terdiri dari surah-surah
terakhir. Selain dari kekerapan perkataan di dalam Quran,

Nadiyah Elias 78
Faham Quran - Hafalkata

cetusan motivasi juga dipengaruhi oleh kekerapan mendengar


surah yang difahami. Contohnya, surah al-Baqarah walaupun
mempunyai perkataan yang berulang tidak akan menjadi
pencetus motivasi yang hebat kerana ia bukan surah amalan
dan jarang diperdengarkan atau dibaca. Pemilihan surah-surah
awal perlu mengambil kira kedua-dua faktor tersebut untuk
mengimbangkan peluang cetusan motivasi daripada
mendengar ayat-ayat Quran yang difahami.

Maka pemilihan yang baik adalah surah-surah lazim yang


mempunyai perkataan sederhana kerap. Anda digalakkan
memulakan pembelajaran dengan surah-surah ini;
 Yaasin,
 al-Waqiah,
 ar-Rahman,
 al-Mulk,
 as-Sajadah

Pengecualian bagi surah-surah penting adalah surah al-Kahfi.


Surah ini tidak digalakkan dipelajari diperingkat awal kerana
ia mengandungi perkataan-perkataan yang jarang ditemui.
Selain daripada itu, ia juga menggunakan struktur ayat
canggih berbanding surah-surah penting yang lain. Maka
surah al-Kahfi seeloknya dihafal hanya selepas pelajar
mempunyai kemahiran menghafal yang tinggi.

Surah-surah yang mengandungi kisah selalunya mudah


difahami oleh pelajar kerana struktur ayatnya mudah dan
perkataan-perkataannya boleh diingat secara gambaran atau
plot cerita, oleh yang demikian anda juga boleh memulakan

Nadiyah Elias 79
Faham Quran - Hafalkata

dengan surah-surah kisah seperti Yusuf, Maryam, Luqman,


Ibrahim dan al-Anbiya’.

Dalam proses pembelajaran, penulis sendiri terkejut gembira


apabila mendapati beliau telah mampu memahami surah
Maryam, Yusuf dan Luqman tanpa latihan formal.

Seandainya anda telah menguasai banyak surah dan yakin


mampu menguasai kosakata seluruh Quran, barulah sesuai
memulakan dari al-Baqarah dan menurut urutan/aturan
Quran sehingga tamat.

Rajah di bawah mengikut aturan dalam proses belajar Arab


al-Quran dan ianya dapat memudahkan kefahaman dengan
lebih sistematik.

Fatihah, bacaan solat serta surah-surah pendek yang


1
dibaca dalam solat

Surah-surah penting (Yaasin, al-Waqiah, as-Sajdah)


2
kecuali al-Kahfi

Surah-surah yang mengandungi banyak penceritaan


3
(Yusuf, Maryam, al-anbiya’)

Urutan surah mengikut Quran hanya setelah bersedia


4
menguasai seluruh Quran.

Nadiyah Elias 80
Faham Quran - Hafalkata

Sama-sama Belajar Faham Quran

Pada peringkat awal menjalankan bengkel hafalkata,


penulis mendapati bahawa kebanyakan pelajar tidak mampu
mengusahakan pembelajaran sendiri selepas bengkel.
Walaupun semasa bengkel mereka teruja dengan kaedah
tersebut dan aktif belajar, kaedah yang sama tidak mampu
dilakukan secara bersendirian di luar bengkel. Tidak kurang
juga yang meminta supaya diadakan bengkel mingguan
sahaja untuk mereka melakukannya dibawah bimbingan
seorang guru.

Pembelajaran dengan bimbingan seorang guru tidak


memerlukan disiplin sendiri. Namun cabarannya adalah
ramai pelajar tidak mampu meluangkan masa yang tetap
untuk hadir ke kelas mingguan dan hadir ke kelas juga
memerlukan disiplin diri. Apa yang selalu terjadi adalah
pelajar mula mangkir kelas dan akhirnya sesi kelas terhenti
kerana guru kecewa atau tidak cukup bilangan pelajar untuk
membayar yuran kelas.

Solusi yang disarankan adalah dengan mengadakan sesi


belajar beramai-ramai tanpa menggunakan tenaga guru luar.

Anda boleh mengajak sekumpulan kawan untuk bersama-


sama saling memberi semangat masing-masing mempelajari
kosakata sama ada secara sesi berkumpulan atau bersendirian
secara serentak atau berlumba-lumba secara bersendirian.

Nadiyah Elias 81
Faham Quran - Hafalkata

Kumpulan perlu juga beroperasi secara maya dan bersemuka.


Melalui kumpulan Facebook atau Whatsapp, kita akan
mendapat berita mengenai usaha dan progres rakan lain.
Kita akan mendapat cetusan motivasi apabila mendengar
progres rakan atau membaca berita bahawa rakan sedang
membuat latihan hafalkata.

Sesekali, kita boleh mengaturkan sesi belajar bersama


di mana seorang ketua mengambil peranan guru atau
fasilitator dan menggerakkan ahli lain melalui langkah-langkah
secara berkumpulan. Fasilitator tidak semestinya mempunyai
kemahiran Bahasa Arab yang lebih daripada rakan yang lain.
Beliau sekadar mengawal disiplin serentak ahli-ahli yang hadir.

Ketidakhadiran ahli lain tidak akan mengganggu semangat


dan progres pelajar lain kerana kumpulan tersebut tidak
memerlukan kutipan yuran. Dua insan bertemu dan belajar
sekali sudah cukup untuk saling mencetuskan motivasi belajar
tanpa memerlukan kehadiran ahli yang lain. Di samping itu,
berita mengenai sesi tersebut apabila dilaporkan dalam
kumpulan sokongan media sosial, akan mencetuskan
motivasi belajar ke atas ahli lain yang tidak hadir.

Nadiyah Elias 82
Faham Quran - Hafalkata

Sedikit Pelajaran Bahasa Arab

Kaedah hafalkata tidak memerlukan pengetahuan


mengenai struktur ayat dan nahu Bahasa Arab. Namun,
sedikit pengetahuan mengenai perkara ini akan membantu
seorang pelajar lebih cepat menghafal perkataan dan
melancarkan kefahaman berbanding dengan mereka
yang tiada pengetahuan langsung.

Hanya sedikit sahaja perlu dipelajari untuk lebih laju


menguasai kosakata seluruh Quran. Ianya boleh dipelajari
dalam bengkel sehari sahaja dan ianya mampu dikuasai oleh
pelajar yang telah menguasai satu surah atau beberapa surah.

Setelah anda menguasai beberapa surah, anda boleh


menghadiri bengkel Bahasa Arab mudah untuk mempercepat-
kan kadar pembelajaran anda. Perkara yang perlu dipelajari

Perkara yang perlu dipelajari hanyalah:

1. Pembahagian tiga kategori iaitu;

kata benda ‫اسم‬


kata kerja ‫فعل‬
kata sendi ‫حرف‬

hanyalah:

Nadiyah Elias 83
Faham Quran - Hafalkata

2. Senarai semua harf yang ada dalam Quran. Ianya


sedikit sahaja dan mampu dikenali dalam masa
yang singkat.

3. Ganti nama ( ‫ ) ضمري‬dan peraturan nahu


mengenainya

4. Peraturan nahu bagi bilangan dan gender

5. Peraturan nahu kata kerja menurut masa

Perbuatan masa lampau ‫فعل ماضى‬


Perbuatan sedia dan masa
akan datang
‫فعل مضارع‬
Kata perintah ‫فعل امر‬

Nadiyah Elias 84
Faham Quran - Hafalkata

Menggunakan Terjemahan Per Ayat

Mushaf terjemahan per kata selalunya menyediakan dua


jenis terjemahan. Terjemahan per kata diaturkan secara
berkembar bagi setiap perkataan atau frasa pendek dengan
susunan Bahasa Arab di atas, dan Bahasa Malaysia di bawah.
Terjemahan per ayat pula diletakkan secara berasingan dalam
Bahasa Malaysia sahaja selalunya di tepi mushaf.

Jika anda membaca kedua-duanya dengan teliti, anda akan


dapati bahawa kedua-duanya sangatlah berbeza. Terjemahan
per kata setia kepada susunan struktur dan jalan pemikiran
Bahasa Arab, manakala terjemahan per ayat disusun dengan
lenggok bahasa serta susunan ayat Bahasa Malaysia.
Terjemahan per ayat disusun untuk membantu kita memahami
ide keseluruhan bagi ayat tersebut, manakala terjemahan per
kata dirumus untuk membantu kita memahami lenggok
Bahasa serta cara berfikir seorang petutur Arab. Sebolehnya
kita hanya menggunakan terjemahan per kata untuk cepat
mendapat minda Arab. Ini kerana setiap pergantungan kepada
terjemahan per ayat akan melambatkan pemindahan kepada

Nadiyah Elias 85
Faham Quran - Hafalkata

minda pertutur Arab.

Namun, apabila perlu, kita boleh bergantung kepada


terjemahan per ayat sebagai bantuan tambahan.

Pada peringkat awal pembelajaran, kita hanya menggunakan


kemahiran terjemahan per kata, iaitu menterjemahkan setiap
perkataan dari Bahasa Arab ke Bahasa Malaysia. Sebenarnya,
kita memerlukan satu lagi kemahiran yang lebih canggih iaitu
kemahiran terjemahan per ayat. Kemahiran ini tidak perlu di-
pelajari lagi diperingkat awal disebabkan oleh dua faktor: iaitu
faktor masa pembelajaran dan faktor ayat yang canggih.

1. Faktor Masa Pembelajaran

Pada peringkat awal, kita mengambil masa yang panjang


untuk menghafal makna bagi setiap perkataan. Ini memberi
masa kepada minda kita untuk membuat penyesuaian sendiri
untuk memahami makna ayat yang berbeza strukturnya.

Contoh ‫ خلق هللا‬secara per kata bermaksud “telah menciptakan


Allah”. Jadi, dalam Bahasa Melayu minda kita membuat
penyesuaian dengan meletakkan perkataan “oleh”, walaupun
perkataan ini sebenarnya tidak ada dalam Bahasa Arab.

Setelah bertubi-tubi menghafal perkataan ‫ خلق‬dan ‫ هللا‬,


minda kita boleh memahami ‫ خلق هللا‬iaitu “telah menciptakan

Nadiyah Elias 86
Faham Quran - Hafalkata

Allah” sebagai “telah menciptakan oleh Allah”, atau “Allah


telah menciptakan”.

Apabila pembelajaran meningkat, kita akan mengambil masa


yang lebih singkat untuk menghafal perkataan baru. Kita juga
akan mempelajari lebih banyak ayat dalam tempoh yang
singkat kerana sudah terdapat banyak perkataan yang kita
kenali di dalam ayat-ayat tersebut. Ini menyebabkan minda
kita tidak sempat membuat penyesuaian bagi struktur ayat
Bahasa Arab yang berbeza dengan struktur ayat Bahasa
Malaysia. Oleh yang demikian, pembelajaran peringkat lanjut
akan memerlukan langkah khas untuk menyesuaikan minda
dengan perubahan struktur ayat.

2. Faktor ayat yang canggih

Dalam Quran, terdapat ayat-ayat mudah yang strukturnya


hampir selari dengan struktur ayat Bahasa Malaysia. Ini boleh
dilihat dalam surah-surah dibahagian awal Quran seperti
al-Baqarah dan Ali-Imran, juga dalam surah-surah yang
banyak penceritaan. Ayat-ayat begini, walaupun panjang,
namun ia mudah difahami seandainya kita sudah memahami
perkataan-perkataannya. Selain dari itu, terdapat juga ayat-
ayat canggih yang mempunyai struktur yang sangat berbeza
dari struktur Bahasa Malaysia. Terdapat juga penggunaan
simpulan Bahasa Arab, bahasa berbunga dan istilah-istilah
yang tiada dalam Bahasa Malaysia yang memerlukan
penghuraian lanjut.

Nadiyah Elias 87
Faham Quran - Hafalkata

Atas dasar inilah, pelajar telah disarankan belajar dengan


mengikuti urutan-urutan surah menurut kecanggihan ayat.
Apabila pelajar mula mempelajari ayat-ayat canggih, mereka
perlu mempelajari secara formal dan mengaplikasikan kaedah
terjemahan per ayat.

Langkah Mempelajari Terjemahan Per ayat

Induksi minda - Sebaiknya sebelum memulakan terjemahan


per kata, dapatkan dahulu gambaran keseluruhan plot atau
jalan cerita bagi satu satu surah. Lakukan ini dengan
membaca makna dalam Bahasa Malaysia sahaja bagi seluruh
surah tersebut. Bagi surah yang terlalu panjang, langkah ini
boleh dilakukan dalam segmen satu atau dua muka surat.

Menguasai makna setiap perkataan – langkah ini telah


diterangkan secara terperinci yang mengambil sebahagian
besar buku ini. Pembelajaran bagi ayat mudah hanya
memerlukan langkah ini sahaja. Seandainya anda telah
mengenali semua perkataan dalam ayat tersebut, tetapi
masih belum memahami atau lancar keseluruhan ayat
tersebut, ini menandakan bahawa ayat ini adalah canggih
dan memerlukan aplikasi pembelajaran terjemahan per ayat.

Bagi ayat yang canggih sebegini, teruskan dengan membaca

Nadiyah Elias 88
Faham Quran - Hafalkata

terjemahan per ayat. Bagi satu ayat baca terjemahan per


ayat. Kemudian baca ayat Quran tersebut. Seandainya ayat ini
tidak terlalu canggih, minda anda akan melakukan
penyesuaian dan anda akan memahami ayat tersebut.

Seandainya anda belum juga memahaminya, anda perlu


memotong ayat tersebut dan melakukannya frasa demi frasa.

Contoh Bagaimana Melakukan Terjemahan


Per Ayat

Surah al-Kahfi 18:42

Ulang giliran membaca frasa Bahasa Malaysia dahulu


kemudian Bahasa Arab. Apabila anda memotong ayat menjadi
frasa anda akan dapati bahawa terdapat frasa-frasa yang telah
anda fahami. Fokus latih tubi hanya kepada frasa yang belum
difahami sahaja. Selalunya frasa yang susah difahami ini,
hanyalah simpulan bahasa atau istilah khas dalam Bahasa
Arab. Maknanya hanya akan difahami setelah membaca
huraiannya dalam tafsir. Setelah difahami penghuraiannya
dalam tafsir, atau diulang berkali-kali dalam latih tubi, frasa

Nadiyah Elias 89
Faham Quran - Hafalkata

Bab 6:

Apa Selepas Ini/


Langkah seterusnya

Seandainya anda sudah menyelesaikan tugasan besar


menguasai kosakata seluruh Quran kelak, anda sudah
mendapat satu pencapaian yang besar. Ia mungkin lebih
bermakna dari kejayaan menghafal seluruh Quran tanpa
memahami maknanya kerana kefahaman terhadap Quran
boleh membantu ke arah meningkatkan iman dan takwa.
Namun, tugas anda tidak selesai di situ sahaja. Terdapat
beberapa usaha lagi yang boleh anda lakukan untuk
meningkatkan lagi kefahaman anda terhadap Quran.

Menyebarkan Kaedah Ini

Kaedah ini boleh disebarkan kepada orang lain tanpa


menunggu anda selesai menguasai seluruh Quran. Malah
ia boleh diajarkan kepada orang lain sebaik sahaja anda
mula mempelajarinya. Tanpa apa-apa pencapaian pun seorang
pelajar sudah mampu menceritakan kaedah ini kepada orang

Nadiyah Elias 90
Faham Quran - Hafalkata

lain sehingga orang lain boleh belajar sendiri melebihi pen-


capaian orang yang mengajarkannya.

Bagi pelajar yang sudah menguasai keseluruhan Quran,


mereka mempunyai tanggungjawab yang lebih menyebar-
kannya kepada orang lain.

«ُ‫» َخ ْي ُرُك ْم َم ْن تَ َعلَّ َم ال ُق ْرآ َن َو َعلَّ َمه‬


Sebaik-baiknya kalian adalah yang mempelajari
Al Quran dan mengajarkannya.
(HR. Bukhari No. 5027, dari Utsman)

Selain dari menyelesaikan tanggungjawab, mereka yang


mengajar orang lain akan mendapat faedah pengukuhan
pembelajaran bagi diri sendiri.

Mempelajari Tafsir Quran Dan


Mengajarkannya

Pendekatan hafalkata memberikan kemahiran kefahaman


sekadar harfiah sahaja, iaitu makna permukaan sahaja.
Untuk memahami Quran secara lebih tepat dan mendalam,
kita harus mengikuti pembelajaran tafsir.

Antara pelajaran tafsir yang ringkas, padat dan menyeluruh


adalah daurah tafsir yang disampaikan oleh tuan guru
Maulana Abdul Hadi Yaakob dari Madrasah Darul Uloom

Nadiyah Elias 91
Faham Quran - Hafalkata

Kampung LakLok Jerteh, Terengganu.

Tafsir ini disampaikan sepenuhnya, bagi setiap ayat kepada


seluruh Quran dalam daurah tahunan yang berjalan selama
42 hari pada 15 Syaaban sehinga 27 Ramadhan, dan beliau
memberi sambungan sanad bagi peserta yang mengikuti
program sepenuhnya. Penulis sendiri telah mengikuti daurah
tersebut secara bersanad dan menyarankan tafsir tersebut
sebagai pembelajaran lanjutan terbaik selepas pembelajaran
hafalkata.

Bagi pelajar yang belum berkesempatan untuk mengikuti


daurah secara bersanad, mereka boleh mendapatkan
rakaman MP3 bagi seluruh Quran yang disediakan oleh
pihak madrasah tersebut. Selain dari itu, pihak madrasah
juga telah menyediakan satu kitab yang mengandungi nota
ringkas kepada kuliah tafsir tersebut mengikut surah.
Untuk mendapatkan rakaman serta kitab nota, anda boleh
menghubungi pengurus program ini, Ustaz Nordin di talian
0139899062.

Anda juga boleh mendapatkan rakaman kuliah tafsir bagi


seluruh Quran melalui saluran (channel) Telegram di telefon
pintar anda. Guna fungsi “Search” dan taipkan perkataan
“@DaurahTafsir2016”.

Nadiyah Elias 92
Faham Quran - Hafalkata

Menghafal Quran

Dalam proses menghafal makna Quran, sebahagian pelajar


mendapati bahawa mereka telah terhafal beberapa ayat
Quran tanpa meletakkan usaha. Sebenarnya, kaedah
hafalkata juga boleh dijadikan satu pendekatan menghafal
Quran. Dengan sedikit langkah-langkah tambahan, seseorang
boleh menggandingkan pendekatan hafalkata dengan mana-
mana kaedah hafazan untuk tujuan menghafal ayat-ayat
Quran.

Andainya dahulu menghafal Quran hanyalah satu impian jauh,


melalui kefahaman makna, kita menjadi lebih yakin ia satu
usaha yang mampu digenggam sehingga berjaya.

Penulis sedang menyiapkan buku yang berjudul Hamlatul


Quran: Menghafal Bersama Makna, juga buku yang lain
berjudul Hamlatul Quran: Kaedah Menghafal Sendiri.

Mohon doa agar penulis mampu menyelesaikan buku-buku ini


dan sahabat boleh mendapat manfaat darinya.

Usaha Berterusan Menghayati Ajaran


Quran Dan Mengamalkan Segala
Perintah Allah Seperti Yang Difahami

Dengan penguasaan makna bagi setiap perkataan yang ada


dalam Quran, mungkin bererti tamatlah usaha pembelajaran

Nadiyah Elias 93
Faham Quran - Hafalkata

hafalkata ini. Namun, tujuan utama Allah menurunkan


Quran supaya manusia mengenali Allah, dirinya, serta
perintah-perintah Allah ke atas dirinya. Seterusnya manusia
hendaklah berusaha berterusan untuk taat kepada perintah
Allah dan menjauhi segala larangan dalam usaha mendapat
keredhaan-Nya. Selain daripada itu, manusia juga ber-
tanggungjawab untuk menyebarkan wahyu atau ajaran
Allah ini kepada manusia lain. Inilah natijah akhir kepada
usaha kita memahami Quran, bahkan ianya proses
berterusan sehingga akhir hayat.

Penulis serta kumpulan sahabat yang bersama mempelajari


dan mengajarkan makna ayat-ayat Quran telah menjalankan
gerakan kempen menghayati serta menyebarkan tabiat dan
gaya hidup menghayati Quran melalui kempen yang dinama-
kan Hamlatul Quran. Untuk bersama dalam gerakan tidak
formal ini, anda boleh mencari di media sosial beberapa
hashtag seperti #hamlatulQuran serta #networkingkesyurga.

Nadiyah Elias 94
Faham Quran - Hafalkata

Akhir Kata
Seandainya anda telah mengikuti buku ini secara praktikal,
anda pasti telah berjaya memahami sekurang-kurangnya
5-10 dari perkataan dalam Quran. Tahniah dan bersyukur
kepada Allah atas ni’mat yang terhebat ini. Kongsikan hasil
praktikal anda bersama keluarga dan sahabat. Ini akan
dapat menambah motivasi anda apabila bersama mereka
dalam memahami dan mencintai kalam Allah ini. Terdapat
hanya lebih kurang 1800 lagi perkataan yang perlu dipelajari
dan insyallah ianya akan mampu dilakukan oleh anda
seandainya anda meneruskan usaha dari hari ke hari.

Seandainya anda orang yang suka membaca sehingga peng-


hujung sebelum memulakan amali, inilah masa untuk anda
memulakannya. Kembali ke permulaan buku ini dan mulakan
dengan bacaan bismillah. Kami mendoakan Allah memberikan
anda kekuatan disiplin diri untuk mencuba semua langkah
yang disarankan dan seterusnya mempraktikkannya sehingga
mampu memahami seluruh Quran.

Seandainya setelah tamat membaca buku ini, anda masih


lagi tidak yakin untuk memulakan pelajaran, anda boleh saja
menghadiahkan buku ini kepada orang lain. Manalah tahu,
orang lain yang dihadiahkan buku ini boleh mengambil
manfaat daripada membacanya dan dapat memulakan
pembelajaran kendiri Faham Quran. Anda akan mendapat
juga tempias keberkatannya.

Nadiyah Elias 95
Faham Quran - Hafalkata

Kemungkinan juga, sahabat yang membaca buku ini yang


akan mengajak kembali anda bersama untuk mempelajarinya.
Kemungkinan juga, mendengar penerangan daripada sahabat
akan lebih berkesan dari membaca buku ini sendiri. Apa pun,
semoga anda beroleh manfaat juga dari tindakan membeli
dan ikhtiar membaca buku ini sehingga ke garis penamat.

Jangan berhenti di sini sahaja. Teruskan lagi usaha anda


sehingga tamat memahami seluruh Quran. Jika anda
berterusan belajar mendalami Quran dan mencari kaedah-
kaedah untuk memahami dan menghayati Quran dalam
kehidupan, adalah tidak mustahil anda akan dapat
menguasai bahagian demi bahagian dari Quran sehingga
mampu memahami setiap perkataan yang ada.

Bagi sesiapa yang mahukan bimbingan secara terperinci,


anda boleh ikuti pembelajaran melalui youtube di link berikut:
https://www.youtube.com/watch?v=LiIWap-yvNU

Jemput bersama kami di grup Facebook dalam:


Azam Belajar Sama-Sama Arab al-Quran Kaedah Hafalkata

Anda juga boleh menghadiri bengkel-bengkel yang dijalankan


atau menganjurkan bengkel ini dengan menjemput penulis
dan pasukan tenaga pengajar sukarelawan.

Hubungi Penulis:
Nadiyah Elias
No. Telefon: 0124221900
Facebook Peribadi: Nadiyah Elias

Nadiyah Elias 96
Faham Quran - Hafalkata

Biodata Penulis

Dr. Nadiyah Elias adalah pensyarah kanan dalam bidang


psikologi dan kaunseling di Universiti Utara Malaysia. Tumpuan
bidang beliau adalah Psikologi dan Kaunseling Islam, regulasi
kendiri serta pembelajaran kendiri.

Beliau mendapat pendidikan dalam psikologi dari peringkat


sarjana muda di California State University, Fresno; sarjana
dalam bidang psikologi kaunseling dari Universiti of Southern
Mississippi, Hattiesburg; serta PhD dalam bidang psikologi
kaunseling dari Universiti Utara Malaysia.

Beliau tidak melalui mana-mana pendidikan formal dalam bi-


dang agama, tetapi telah belajar sendiri ilmu-ilmu agama dari
usrah dan program pengajian umum. Beliau telah mendapat-
kan sanad bacaan Quran dengan bertalaqqi dari Ustaz Yusnaidi
Mohd Sobri (Universiti Utara Malaysia), serta sanad tafsir
Quran dari Maulana Abdul Hadi Yaacob, Darul Uloom, Jertih,
Terengganu.

Beliau telah mengasaskan Kaedah Hafalkata dalam Memahami


Quran menggunakan pendekatan pembelajaran sendiri serta
pendekatan pembinaan kosa kata.

Beliau sedang meneroka Kaedah Menghafal Beserta Makna,


iaitu kaedah menghafal dengan memahami makna terlebih da-
hulu. Kaedah ini juga diiringi dengan pendekatan pembelaja-
ran kendiri.

Dr. Nadiyah Elias juga aktif mengendalikan operasi Yayasan


Nusrah sebagai ahli lembaga pengarah serta pengasas kepada
modul-modul latihan yang dijalankan.

Nadiyah Elias 97
Faham Quran - Hafalkata

Latarbelakang Yayasan Nusrah

Yayasan Nusrah ditubuhkan pada 2010, sebagai yayasan


dakwah dan tarbiyyah. Antara teras silibus yayasan adalah
irsyad diri @ kaunseling Islam, pendidikan Quran, serta pro-
gram latihan dakwah dan tarbiyyah yang lain. Yayasan ini ju-
ga menjalankan klinik kaunseling Islam yang menawarkan
khidmat kaunseling Islam kepada orang ramai secara bayaran
seikhlas hati.

Nadiyah Elias 98

Anda mungkin juga menyukai