Anda di halaman 1dari 21

KAJIAN TINDAKAN

MENINGKATKAN KEMAHIRAN PELAJAR MELUKIS SISTEM FUNGSI PRODUK


MENGGUNAKAN KAEDAH BACELU (BAYANG, CERITA, LUKIS)

NOOR SAADAH BINTI AHMAD FAUZI

SMK BANDAR BARU SUNGAI BULOH


Jalan BRP 1/10a,47000 Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan
ISI KANDUNGAN

Bil. Tajuk Mukasurat


1 Penghargaan I
2 Abstrak 1
3 1.0 Refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lalu 2
4 2.0 Fokus Kajian 3
5 3.0 Objektif Kajian 3
6 4.0 Kumpulan Sasaran 3
7 5.0 Pelaksanaan Kajian 4-15
5,1 Tinjauan Masalah
5.2 Analisis Tinjauan Masalah
5.3 Tindakan Yang Dijalankan
5.4 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian Penilaian
5.5 Refleksi Kajian

8 6.0 Cadangan Kajian Seterusnya 15


9 Bibliografi 16
10 Lampiran
PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Allah s.w.t saya dapat menghasilkan kajian tindakan ini.
Menghasilkan sebuah kajian tindakan adalah sangat mencabar tanpa bantuan daripada
pelbagai pihak. Saya ingin merakamkan penghargaan saya buat barisan para pentadbir
SMK Bandar Baru Sungai Buloh terutamanya tuan pengetua Encik Abd. Rashid Bin
Sarti di atas peluang yang diberikan untuk menghasilkan kajian tindakan ini. Begitu juga
buat Guru Kanan Matapelajaran Bidang Teknik dan Vokasional Pn. Mazlyza Binti
Mohamad dan Ketua Panitia Reka Bentuk dan Teknologi Pn. Rosy Azlizan Binti Yahya
yang banyak memberikan bimbingan dan idea dalam menghasilkan kajian tindakan ini.
Begitu juga dengan rakan guru Reka Bentuk dan Teknologi yang banyak memberikan
idea dalam menjayakan kajian tindakan ini. Saya juga ingin merakamkan penghargaan
buat Pn. Malisah Binti Zainol yang memberikan panduan dan cara menghasilkan
pembentangan dan pelaporan kajian tindakan yang baik. Buat anak murid 2 UPSI yang
tersayang, tanpa mereka sudah pastinya kajian tindakan ini tdak dapat dilaksanakan.
Terima kasih anak-anakku. Cikgu sayang kamu semua. Akhir sekali, buat keluarga
terutamanya ibu saya Pn. Nadzrah Binti Samsudin, suami Mohd Izuddin Shakri Bin
Ibrahim dan anak saya Iman Insyirah Binti Mohd Izuddin Shakri yang menyokong penuh
usaha saya menghasilkan kajian tindakan ini.

I
BACELU: KEMAHIRAN MELUKIS SISTEM FUNGSI PRODUK

MENINGKATKAN KEMAHIRAN PELAJAR MELUKIS SISTEM FUNGSI


MENGGUNAKAN TEKNIK BACELU (BAYANG, CERITA, LUKIS)

NOOR SAADAH BINTI AHMAD FAUZI

SMK Bandar Baru Sungai Buloh, Jalan BRP 1/10a, Bandar Baru Sungai Buloh,
47000 Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-61568849 ; Fax: 03-61576041 ; HP : 019-6013324

ABSTRAK

McNiff (1988) mendefinisikan kajian tindakan sebagai satu pendekatan untuk


memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi
meningkatkan kemahiran pelajar saya dalam menguasai kemahiran melukis sistem
fungsi produk yang merupakan langkah penting dalam bab Penyelesaian Masalah
Secara Inventif bagi pelajar Tingkatan 2 UPSI SMK Bandar Baru Sungai Buloh. Melalui
pemerhatian yang dijalankan pada peringkat awal, saya mendapati pelajar saya lemah
dalam melukis sistem fungsi produk dari segi penggunaan nama komponen yang tidak
tepat, susunan komponen produk tidak mengikut kefungsian yang betul dan objek bagi
produk yang tidak tepat. Ini menyebabkan pelajar saya adakalanya hanya membiarkan
soalan berkaitan melukis sistem fungsi kosong tidak berjawab sama ada ketika latih tubi
mahupun ketika peperiksan atau ujian dijalankan. Kelemahan ini menyebabkan pelajar
saya agak sukar untuk mencapai sekurang-kurangnya TP3 dalam bab ini dan sukar
memperolehi markah yang tinggi dalam Bahagian C dalam peperiksaan. Maka, teknik
BACELU (Bayang, Cerita, Lukis) diilhamkan saya daripada proses aktiviti
membayang, membaca serta melukis dalam memastikan pelajar saya boleh melukis
sistem fungsi produk dengan baik dan tepat. Teknik ini dilihat mampu meningkatkan
daya kemahiran pelajar melukis sistem fungsi produk dengan kaedah yang lebih
menyeronokkan. Teknik ini telah dijalankan dalam satu sesi pengajaran dan
pembelajaran selama 60 minit. Satu ujian pos dijalankan kepada pelajar terlibat bagi
menguji tahap keberkesanan teknik yang digunakan. Hasilnya, pelajar menunjukkan
peningkatan prestasi dalam topik ini. Hasil pemerhatian sepanjang aktiviti dijalankan
pula, pelajar dilihat lebih seronok dan aktif dalam melibatkan diri terutamanya dalam
aktiviti PICK TO SORT. Manakala melalui temubual yang dijalankan kepada pelajar
didapati pelajar menyatakan bahawa kaedah ini membantu mereka memahami topik
yang dipelajari dan menghasilkan lukisan sistem fungsi yang baik

1
BACELU: KEMAHIRAN MELUKIS SISTEM FUNGSI PRODUK

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Melukis sistem fungsi produk ini merupakan satu cabaran kepada saya sebagai
seorang guru untuk memastikan pelajar saya dapat melukis sistem fungsi dengan
baik. Ini kerana topik ini memerlukan pelajar menyaring maklumat, menganalisis
fungsi produk mengikut komponen yang terdapat di dalamnya. Pengajaran
berbentuk aktiviti kumpulan pada asalnya saya lihat amat membantu pelajar, tetapi
hasil dari aktiviti tersebut masih tidak memuaskan hati saya kerana hanya pelajar
yang benar-benar aktif sahaja yang menonjol. Ini amat membimbangkan saya
apabila hasil dari pentaksiran menunjukkan jumlah pelajar yang ramai mendapat
skor yang rendah. Ini merisaukan saya kerana, topik ini adalah merupakan satu
topik yang perlu pelajar aplikasikan dalam bab teknologi serta semasa penghasilan
projek untuk PT3 apabila mereka di Tingkatan 3 nanti.

Pelajar juga sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berkelakuan agak pasif
terutamanya ketika aktiviti berkumpulan. Ada di kalangan mereka hanya duduk diam
dalam kumpulan semasa aktiviti perbincangan dijalankan walaupun topik
perbincangan itu diberikan bimbingan dari guru. Begitu juga ketika aktiviti
menunjukkan hasil kerja pelajar, hanya 2 orang pelajar sahaja yang berani tampil ke
hadapan secara sukarela menunjukkan lukisan sistem fungsi mereka di hadapan
kelas. Manakala pelajar lain pula terus berdiam diri dan perlu dipaksa dan dipujuk
untuk tampil mempamerkan hasil kerja masing-masing. Kurangnya keyakinan
mereka untuk menonjolkan diri dalam aktiviti yang disediakan. Ada dikalangan
pelajar pula mempunyai sikap takut untuk membuat salah dan hanya menunggu
jawapan yang diberikan oleh kawan mahupun dari guru.

Kesukaran ini turut dihadapi oleh rakan guru saya yang lain. Ini mendorong saya
untuk mengetengahkan kaedah pembelajaran yang lebih menarik dan
menyeronokkan.

2.0 FOKUS KAJIAN


2
BACELU: KEMAHIRAN MELUKIS SISTEM FUNGSI PRODUK

Pelajar dilihat tidak dapat menghasilkan lukisan sistem fungsi produk dengan betul
berdasarkan beberapa kriteria iaitu dari komponen produk, fungsi komponen (anak
panah) dan objek. Oleh itu kaedah ini memberikan fokus kepada kemahiran
menghasilkan lukisan sistem fungsi produk dengan betul mengikut kriteria yang
telah dinyatakan.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Berikut adalah objektif yang akan dicapai selepas kajian ini dijalankan:

3.1 OBJEKTIF UMUM


Meningkatkan kemahiran pelajar melukis sistem fungsi produk

3.2 OBJEKTIF KHUSUS


3.2.1 Melatih pelajar kemahiran menyaring maklumat dan menganalisis
dengan menggunakan kaedah yang mudah diikuti
3.2.2 Pelajar boleh melukis sistem produk mengikut kriteria ditetapkan
3.2.3 Mempelbagaikan kaedah pengajaran di dalam kelas
3.2.4 Menambahbaik kaedah pengajaran supaya pelajar melalui
pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini dijalankan kepada 16 orang pelajar 2 UPSI yang terdiri daripada 8 orang
pelajar lelaki dan 8 orang pelajar perempuan yang terdiri daripada pelbagai latar
belakang dari segi tempat tinggal, pekerjaan ibu bapa dan ekonomi keluarga. Kelas
ini merupakan kelas pertengahan dari seluruh kelas tingkatan 2. Pelajar juga
mempunyai pencapaian yang sederhana. Berikut adalah pecahan pelajar mengikut
bangsa:

BANGSA MELAYU CINA INDIA LAIN-LAIN


BILANGAN 13 1 1 1
Jadual 1

2
BACELU: KEMAHIRAN MELUKIS SISTEM FUNGSI PRODUK

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 TINJAUAN MASALAH

5.1.1 Pemerhatian
Kaedah pemerhatian digunakan saya dalam mengenalpasti
masalah yang dihadapi oleh pelajar saya. Kaedah ini digunakan
sebelum kajian dan juga selepas kajian dijalankan. Melalui
pemerhatian yang dilakukan sebelum kajian dijalankan, pelajar
kurang mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan iaitu
pembentangan hasil kerja. Pelajar tidak memberanikan diri untuk
ke hadapan dan hanya dua pelajar sahaja yang memberanikan diri
untuk menunjukkan hasil kerja masing-masing secara sukarela.
Kebanyakan pelajar juga dilihat bersifat pasif dalam memberikan
respon apabila diminta oleh guru. Adakalanya respon yang diterima
mengambil masa yang terlalu lama untuk soalan yang mudah
dijawab secara spontan. Sebilangan pelajar juga tidak mengambil
bahagian dalam aktiviti berkumpulan terutamanya ketika sesi
perbincangan. Pelajar lebih suka berdiam diri walaupun diberikan
bimbingan oleh guru.

5.1.2 Ujian pra dan ujian pos


Sudah pasti ujian adalah satu alat untuk mengetahui sejauh mana
keberkesanan pengajaran seseorang guru. Latihan pentaksiran
bilik darjah (PBD) adalah instrumen yang saya gunakan dalam
ujian pra dan ujian pos. Latihan ini akan melayakkan pelajar
memperolehi TP3 dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Latihan ini
berbentuk soalan subjektif berstruktur di mana ianya menuntut
keupayaan pelajar dalam menganalisis sistem fungsi produk dalam
menghasilkan sebuah lukisan sistem fungsi. Antara kriteria yang
perlu ada dalam sebuah lukisan sistem fungsi produk ini ialah
komponen sistem yang betul, fungsi komponen yang betul
berdasarkan penggunaan anak panah dan objek yang merupakan
penerima kesan dari sistem produk.

5.1.3 Temubual
Temubual telah saya jalankan kepada 16 orang pelajar 2 UPSI
sebanyak dua sesi. Sesi pertama diadakan selepas ujian pra
dijalankan bagi mendapatkan maklumat tentang permasalahan
semasa menjawab soalan pentaksiran, semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran serta mendapatkan kaedah yang sesuai untuk
meningkatkan kefahaman pelajar dalam topik ini. Sesi kedua pula
dijalankan selepas menjalankan ujian pos dengan tujuan untuk
mendapatkan maklum balas kaedah yang digunakan dalam
membantu pelajar memahami topik ini.

2
BACELU: KEMAHIRAN MELUKIS SISTEM FUNGSI PRODUK

5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH

5.2.1 Analisis Pemerhatian

Semasa teknik pembelajaran ini diaplikasikan kepada pelajar, saya


mendapati pelajar saya lebih aktif dalam aktiviti yang dibuat.
Pelajar dilihat memberikan respon yang pantas ketika aktiviti PICK
TO SORT yang merupakan aktiviti menyaring maklumat dan
menganalisis KAD BACE dengan mengelaskan komponen yang
terdapat pada KAD BACE pada Wall PICK TO SORT. Pelajar juga
memberikan respon yang pantas apabila guru meminta pelajar
menyusun komponen mengikut HUKUM BATAS. Di sini saya dapat
melihat pelajar saya aktif dan tidak diam sahaja sepanjang aktiviti
ini dijalankan. Begitu juga semasa saya meminta pelajar saya
menunjukkan hasil lukisan sistem fungsi masing-masing. Semua
pelajar tampil tanpa dipaksa menunjukkan hasil kerja masing-
masing. Ini merupakan perubahan yang sangat positif dan
memberangsangkan sekali.

5.2.2 Analisis Ujian Pra dan Pos

Saya menjalankan ujian pra dan ujian pos kepada pelajar saya.
Ujian pra dan ujian pos ini adalah bertujuan untuk memastikan
keberkesanan teknik yang saya gunakan dalam kajian ini. Terdapat
dua dapatan dari ujian ini yang saya gunakan untuk melihat
keberkesanan BACELU dalam kajian ini. Pertama adalah dari segi
skor yang diperolehi oleh pelajar saya. Manakala, yang kedua ialah
dari segi kualiti jawapan pelajar berdasarkan kriteria lukisan sistem
fungsi yang baik.

A. Skor
Saya telah merekodkan skor pelajar dalam menjawab soalan yang
diberikan kepada mereka. Dapatan dari ujian pra dan ujian pos
berdasarkan skor pelajar adalah seperti yang ditunjukkan dalam
Jadual 2 yang berikut:

Skor UJIAN PRA UJIAN POS


0-2 12 0
3-4 4 2
5-6 0 14

Jadual 2

2
BACELU: KEMAHIRAN MELUKIS SISTEM FUNGSI PRODUK

Berdasarkan jadual di atas, terdapat peningkatan yang ketara pada


skor yang diperolehi oleh pelajar. Di mana, pelajar yang mendapat
skor 5-6 adalah seramai 14 orang dalam ujian pos berbanding ujian
pra. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 100%. Jadual juga
menunjukkan tiada pelajar yang mendapat skor 0-2. Secara
keseluruhan 100% pelajar ini mampu untuk mendapat skor
sekurang-kurangnya pada minima skor 3. Rajah di bawah
menunjukkan dengan lebih jelas perbandingan ujian pra dan ujian
pos berpandukan skor.

PERBANDINGAN BILANGAN PELAJAR


BERDASARKAN SKOR

5-6

3-4
skor

0-2

0 2 4 6 8 10 12 14

ujian pra ujian pos

Rajah 1
B. Kriteria lukisan sistem fungsi
Dari segi kualiti jawapan pelajar melukis sistem fungsi pula, saya
mengukur jawapan pelajar berdasarkan kriteria yang berikut:
i. Komponen yang betul
ii. Fungsi komponen berdasarkan anak panah
iii. Objek- penerima kesan sesuatu sistem produk

Berdasarkan ujian pra dan ujian pos yang dilakukan, kualiti


jawapan pelajar berdasarkan kriteria lukisan sistem fungsi adalah
seperti jadual 3 di bawah:

KRITERIA UJIAN PRA UJIAN POS


Nama komponen 8 2
Fungsi 7 3
Objek 6 0
Jadual 3

2
BACELU: KEMAHIRAN MELUKIS SISTEM FUNGSI PRODUK

Kualiti jawapan pelajar menunjukkan peningkatan dalam ujian pra


berbanding dengan ujian pos. Ini dapat dilihat pada Jadual 3 di atas
terutamanya bagi kriteria fungsi komponen di mana pelajar dapat
menunjukkan susunan kefungsian sistem produk dengan
menggunakan anak panah yang betul. Bilangan pelajar yang tidak
menjawab dengan betul berkurangan kepada 3 orang sahaja
berbanding 7 orang pada ujian pra. Begitu juga dengan kriteria
objek, tiada lagi pelajar yang tidak dapat menyatakan objek dengan
betul di dalam lukisan sistem fungsi. Ini menunjukkan peningkatan
yang sangat ketara. Manakala terdapat 2 pelajar yang masih tidak
dapat menamakan komponen dengan tepat walaupun terdapat
penurunan dari segi bilangan pelajar. Di sini, saya melihat kualiti
jawapan pelajar adalah lebih baik di ujian pos berbanding ujian pra.
Ianya juga menunjukkan pelajar mampu untuk menganalisis sistem
produk bagi menghasilkan lukisan sistem fungsi yang baik. Untuk
lebih jelas lagi, berikut adalah graf perbandingan kualiti jawapan
pelajar berdasarkan kriteria yang ditetapkan.

PERBANDINGAN BERDASARKAN KRITERIA


LUKISAN SISTEM FUNGSI
10
8
6
4
2
0
Nama komponen Fungsi Objek
KRITERIA

UJIAN POS UJIAN PRA

Rajah 2
5.2.3 Analisis Temubual
Temu bual dilakukan saya bersama dengan 16 orang pelajar
secara individu selepas ujian pra dilakukan. Antara soalan yang
diajukan kepada pelajar adalah seperti yang berikut:

1. Adakah anda faham soalan yang diajukan?


2. Adakah anda merasakan topik ini sukar untuk difahami?
3. Jika guru menukar cara pengajaran kepada kaedah berbentuk
permainan, adakah ia mampu membantu kamu untuk
memahami topik ini dengan lebih baik?
4.
Analisis temu bual adalah seperti yang berikut:

2
BACELU: KEMAHIRAN MELUKIS SISTEM FUNGSI PRODUK

RESPONDEN SOALAN 1 SOALAN 2 SOALAN 3


/PELAJAR YA TIDAK YA TIDAK YA TIDAK
1 ●   ●   ●  
2   ● ●   ●  
3   ● ●   ●  
4   ● ●   ●  
5 ●   ●   ●  
6   ● ●   ●  
7 ●   ●   ●  
8 ●   ●   ●  
9   ● ●   ●  
10   ● ●   ●  
11   ● ●   ●  
12   ● ●   ●  
13   ● ●   ●  
14   ● ●   ●  
15   ● ●   ●  
16   ● ●   ●  

Rumusan dari temubual selepas ujian pra menunjukkan bahawa ada


beberapa pelajar yang memahami soalan yang diajukan. Akan tetapi
mereka merasakan topik yang dipelajari ini adalah sukar untuk difahami.
Hasil temubual ini juga menunjukkan kaedah pembelajaran yang
berbentuk permainan boleh membantu mereka untuk memahami topik
yang sukar ini.
Saya juga menjalankan temubual selepas ujian pos dijalankan bagi
mendapatkan maklum balas pelajar berkaitan kaitan yang digunakan
dalam membantu mereka memahami topik ini.
Berikut adalah soalan yang diajukan dalam analisis temu bual selepas
ujian pos.
1. Adakah anda berasa seronok sepanjang aktiviti dijalankan?
2. Apakah aktiviti yang paling anda suka?
3. Adakah kaedah BACELU ini membantu anda melukis sistem fungsi
dengan baik?

Dapatan analisis temubual selepas ujian pos diadakan adalah seperti


berikut:

RESPONDEN SOALAN 1 SOALAN 2 SOALAN 3


/PELAJAR YA TIDAK AKTIVITI YA TIDAK
1 ●   PICK TO SORT ●  

2
BACELU: KEMAHIRAN MELUKIS SISTEM FUNGSI PRODUK

2 ●   SEMUA ●  
3 ●   PICK TO SORT ●  
4 ●   PICK TO SORT ●  
5 ●   PICK TO SORT ●  
6 ●   PICK TO SORT ●  
7 ●   PICK TO SORT ●  
8 ●   PICK TO SORT ●  
9 ●   SEMUA ●  
10 ●   SEMUA ●  
11 ●   PICK TO SORT ●  
12 ●   SEMUA ●  
13 ●   SEMUA ●  
14 ●   SEMUA ●  
15 ●   SEMUA ●  
16 ●   SEMUA ●  

Berdasarkan jadual di atas, maklum balas positif dapat diterima hasil temu
bual yang dijalankan. Pelajar menyatakan keseronokan mereka ketika
menjalankan aktiviti inI terutamanya aktiviti PICK TO SORT. Ini boleh
dilihat ketika aktiviti ini dijalankan pelajar banyak memberikan respon
pantas semasa sesi aktiviti ini walaupun ianya melibatkan proses
menganalisis komponen yang terdapat pada produk. Pelajar juga
menyatakan dalam temu bual bahawa kaedah BACELU ini membantu
mereka untuk memahami topik ini dengan lebih mudah dan membantu
melukis dengan baik.

5.3 TINDAKAN DIJALANKAN

BACELU ini melibatkan 3 aktiviti. Tindakan aktiviti adalah seperti berikut:

a. Aktiviti 1 – KAD BACE

Aktiviti 1 adalah merupakan satu aktiviti yang bertujuan


untuk melatih pelajar saya memahami sistem produk dan
sebagai panduan kepada pelajar untuk memahami
soalan sewaktu pentaksiran atau ujian. Kad BACE
diperkenalkan dalam aktiviti ini. KAD BACE ini
memberikan pembayang bagi sebuah sebuah produk
serta bagaimana sistemnya berfungsi. Ianya
diterjemahkan dalam bentuk cerita. Pelajar akan
diberikan masa untuk membaca dan membayangkan
cerita yang terdapat pada KAD BACE. Aktiviti ini akan
diakhiri dengan guru meminta pelajar meneka nama

2
BACELU: KEMAHIRAN MELUKIS SISTEM FUNGSI PRODUK

produk berdasarkan cerita yang terdapat pada KAD


BACE.

b. Aktiviti 2 – PICK TO SORT

Aktiviti 2 adalah merupakan aktiviti yang digelar sebagai


PICK TO SORT. Aktiviti ini adalah merupakan aktiviti
menyaring dan menganalisis maklumat di mana pelajar
perlu mengenalpasti komponen produk yang terdapat
pada KAD BACE dan mengelaskan komponen tersebut
mengikut beberapa kriteria iaitu nama produk, komponen
produk, kedudukan produk,bahan penyambungan dan
objek. Aktiviti ini dijalankan dengan menggunakan
aplikasi padlet dan guru mencipta WALL PICK TO
SORT. Di sini, pelajar akan memasukkan maklumat yang
diminta oleh guru.

c. Aktiviti 3

Aktiviti 3 pula adalah kemuncak aktiviti bagi kaedah ini.


Pada peringkat ini, pelajar akan menyusun komponen
yang telah dikenalpasti dalam aktiviti PICK TO SORT
mengikut satu kaedah yang saya namakan sebagai
HUKUM BATAS. HUKUM BATAS ini adalah singkatan
bagi perkataan Bawah Ke Atas. Pelajar diminta
membayangkan semula komponen produk tersebut dan
menyusunnya komponen mengikut kedudukan dengan
nombor. Bawah ditentukan pada kedudukan produk.
Dimulan dengan nombor 1. Atas adalah merupakan
objek bagi produk iaitu menunjukkan penerima kesan
bagi fungsi produk. Tujuannya menyusun adalah bagi
membantu pelajar melukis sistem fungsi mengikut
susunan kefungsian komponen yang betul. Setelah itu,
pelajar diminta menghasilkan lukisan sistem fungsi dan
menyemak jawapan dengan guru.

5.4 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN PENILAIAN

Pelaksanaan Aktiviti 1

Aktiviti ini melibatkan penggunakan KAD BACE

2
BACELU: KEMAHIRAN MELUKIS SISTEM FUNGSI PRODUK

I. Pelajar dibekalkan dengan KAD BACE yang mengandungi sebuah


cerita tentang sebuah produk serta beberapa pembayang tentang
produk tersebut.

KAD BACE
Baca cerita tentang saya dan bayangkan saya
Saya adalah sebuah produk yang digunakan oleh manusia untuk duduk
dengan selesa. Saya diperbuat daripada kayu yang keras. Saya diletakkan
di atas lantai oleh tuan saya di dalam rumah bersama dengan si meja.
Saya mempunyai rangka yang kukuh untuk menempatkan penyandar dan
muka saya. Muka saya digunakan tuan saya untuk duduk. Lucu kan.
Rangka saya juga dihubungkan dengan kaki saya. Saya mempunyai 4 kaki.
Semua anggota badan saya di sambungkan dengan menggunakan skru
supaya saya nampak stabil dan kukuh. Ini supaya manusia seperti tuan
saya berasa selesa apabila menggunakan saya.

Siapakah saya?

II. Guru memberikan arahan meminta pelajar membaca dan


membayangkan cerita yang diberikan.

“Saya minta kamu semua untuk membaca cerita ini dan bayangkan
seolah-olah produk ini ada di hadapan awak sekarang”

III. Masa diberikan pelajar selama 3 minit untuk aktiviti ini.


IV. Guru meminta pelajar meneka produk yang terdapat pada KAD BACE
V.
“Siapa boleh teka, produk apa yang diceritakan dalam KAD BACE”

VI. Jawapan pelajar adalah secara lisan dan spontan.

Pemerhatian/Penilaian Aktiviti1
Pelajar memahami arahan yang diberikan oleh guru dengan baik. KAD
BACE yang berwarna dengan tulisan yang besar dan menggunakan
font Comic Sans menarik perhatian mereka untuk fokus pada aktiviti
KAD BACE. Cerita yang ringkas,sedikit elemen lucu dan mudah untuk
difahami oleh pelajar dapat membantu pelajar untuk meneka nama
produk yang diceritakan dalam KAD BACE. Pelajar juga memberikan
respon kepada guru seperti berikut

2
BACELU: KEMAHIRAN MELUKIS SISTEM FUNGSI PRODUK

“Cikgu, saya boleh bayangkan cikgu produk ini”


“Cikgu, simple je ceritanya”
“Cikgu, cerita ni senang faham”

Paling menyeronokkan saya sebagai guru apabila pelajar berlumba


untuk meneka dahulu nama produk sebenar pada KAD BACE.
Suasana sesi pengajaran agak riuh sedikit pada ketika itu tetapi dalam
keadaan terkawal.

Pelaksanaan Aktiviti 2
Aktiviti 2 saya menggelarkan sebagai aktiviti PICK TO SORT
I. Pelajar diminta mengenalpasti dan mengelaskan komponen yang
dinyatakan dalam KAD BACE dengan menggunakan highlight pen
mengikut warna kesukaan mereka.

KAD BACE
Baca cerita tentang saya dan bayangkan saya
Saya adalah sebuah produk yang digunakan oleh manusia untuk duduk dengan
selesa. Saya diperbuat daripada kayu yang keras. Saya diletakkan di atas lantai
oleh tuan saya di dalam rumah bersama dengan si meja. Saya mempunyai rangka
yang kukuh untuk menempatkan penyandar dan muka saya. Muka saya digunakan
tuan saya untuk duduk. Lucu kan. Rangka saya juga dihubungkan dengan kaki
saya. Saya mempunyai 4 kaki. Semua anggota badan saya di sambungkan dengan
menggunakan skru supaya saya nampak stabil dan kukuh. Ini supaya manusia
seperti tuan saya berasa selesa apabila menggunakan saya.

Siapakah saya?
II. Guru memberikan pautan ke WALL PICK TO SORT. WALL PICK TO
SORT ini adalah lembaran kerja dalam bentuk maya menggunakan
aplikasi Padlet.

WALL PICK TO SORT

Siapakah Dimanakah Apakah


Apakah bahan Siapakah
saya? saya anggota
yang yang
diletakkan? badan
menghubungkan menggunakan
BAHAGIAN ATAU SECTION saya?
anggota bahan saya
saya?
NAMA KEDUDUKAN KOMPONEN BAHAN OBJEK
PRODUK PRODUK PRODUK PENYAMBUNGAN PENERIMA

2
BACELU: KEMAHIRAN MELUKIS SISTEM FUNGSI PRODUK

KESAN
PELAJAR MENGISI MAKLUMAT DI RUANGAN INI

III. Pelajar akan menekan pautan padlet yang diberikan untuk ke WALL PICK
TO SORT.
IV. Pelajar diberikan masa untuk menyatakan komponen produk mengikut
bahagian (section) yang terdapat pada WALL PICK TO SORT. Guru akan
memantau aktiviti pelajar ini.
V. Guru akan memberikan komen hasil respon pelajar pada akhir aktiviti ini
berdasarkan beberapa kriteria iaitu nama produk, kedudukan produk,
komponen produk, bahan penyambungan, objek.

Pemerhatian/Penilaian Aktiviti 2
Aktiviti PICK TO SORT melibatkan keupayaan pelajar untuk menyaring dan
menganalisis maklumat yang terdapat pada KAD BACE. Kaedah ini dilihat dapat
menarik minat pelajar melakukan aktiviti menyaring maklumat yang dibaca dan
menganalisis maklumat yang dibaca. Pelajar cepat memberikan respon kerana
ianya melibatkan penggunaan aplikasi PADLET. Pelajar cepat untuk
memberikan respon di WALL PICK TO SORT. Apabila pautan diberikan, pelajar
dilihat segera ke WALL PICK TO SORT mengelaskan maklumat pada setiap
bahagian. Durasi masa yang pelajar ambil untuk menyelesaikan semua
bahagian adalah tidak melebihi 3 minit. Saya sebagai guru berasa seronok
apabila melihat WALL PICK TO SORT hidup seperti sedang membicarakan
sesuatu yang menyeronokkan di ruangan chatting di aplikasi Whatsapp,

Pelaksanaan Aktiviti 3
Aktiviti 3 adalah kemuncak dalam sesi pengajaran ini.
I. Pelajar diminta oleh guru untuk menulis di atas kertas semua dapatan di
WALL PICK TO SORT.

Contoh Senarai Dibuat Oleh Pelajar


Kaki
Lantai
Manusia
Muka
Penyandar
Rangka
Skru

2
BACELU: KEMAHIRAN MELUKIS SISTEM FUNGSI PRODUK

II. Guru menerangkan secara ringkas satu kaedah di panggil HUKUM


BATAS (Bawah ke Atas) di mana BAWAH adalah merujuk kepada
kedudukan komponen produk. Manakala ATAS merujuk kepada objek.
III. Pelajar diminta menyusun kedudukan komponen mengikut nombor.
Nombor 1 adalah kedudukan bagi komponen yang berada pada bawah
sekali. Nombor ini bertujuan untuk memastikan kedudukan setiap
komponen dalam lukisan sistem fungsi mengikut susunan yang betul.
Dalam sesi ini, LANTAI adalah merupakan kedudukan komponen produk
dan MANUSIA adalah objek. Maka LANTAI ADALAH BAWAH DAN
MANUSIA ADALAH OBJEK -ATAS
Contoh Senarai Dibuat Oleh Pelajar

Kaki 2

Lantai – BAWAH 1

Manusia – ATAS 7

Muka 5

Penyandar 4

Rangka 3

Skru 6
IV. Setelah komponen ditentukan mengikut nombor kedudukan yang betul.
Pelajar akan melukis sistem fungsi yang dimulakan dengan LANTAI dan
di akhiri dengan MANUSIA.

CONTOH LUKISAN SISTEM FUNGSI DIBUAT PELAJAR

Memegang

LANTAI KAKI RANGKA MUKA MANUSIA

SKRU PENYANDAR

Setiap anak panah dilukis dengan


melabelkan perkataan memegang

Pemerhatian/Penilaian Aktiviti 3

2
BACELU: KEMAHIRAN MELUKIS SISTEM FUNGSI PRODUK

HUKUM BATAS dilihat berkesan membantu pelajar menyusun komponen produk


mengikut kefungsian betul. Pelajar dilihat mampu menyusun komponen dengan
betul. Ini mendorong keyakinan pelajar untuk melukis sistem fungsi produk
dengan baik. Malah berbanding pada aktiviti sebelum kaedah ini dilaksanakan,
pelajar kini memberanikan diri tampil sukarela untuk menunjukkan lukisan sistem
fungsi masing-masing. Pelajar tidak malu untuk menunjukkan hasil kerja masing-
masing kerana yakin lukisan sistem fungsi yang dihasilkan adalah betul. Ini
adalah perubahan yang sangat positif dalam memastikan pelajar sentiasa
memberi kerjasama melibatkan diri dalam semua aktiviti

5.5 REFLEKSI KAJIAN

Kaedah ini dilihat berjaya memberikan hasil yang positif dalam meningkatkan
kemahiran pelajar melukis sistem fungsi produk dengan baik. Ini dilihat dalam
hasil dapatan ujian pos di mana bilangan pelajar mendapat skor tinggi adalah
lebih ramai berbanding ujian pra. Begitu juga dari segi kualiti jawapan yang
dihasilkan oleh pelajar. Terdapat peningkatan terhadap lukisan sistem fungsi
yang betul mengikut kriteria yang ditetapkan.
Sikap pelajar juga memberikan kesan yang positif terutamanya semasa
aktiviti yang dijalankan. Pelajar lebih aktif melibatkan diri dalam setiap aktiviti.
Kaedah ini juga memperlihatkan keupayaan pelajar menyaring maklumat dan
menganalisis maklumat dengan berkesan. Melalui kaedah ini, pelajar tidak
lagi merasa kesukaran apabila guru meminta pelajar melakukan aktiviti
menyaring maklumat dan menganalisis maklumat.
Saya berasa sangat berpuas hati dengan hasil yang diberikan dalam
menjalankan kajian ini. Saya berjaya membantu pelajar saya menghasilkan
lukisan sistem fungsi yang baik. Ini boleh membantu mereka untuk
menghasilkan inovasi pada penghasilan projek mereka nanti di Tingkatan 3
nanti. Besar harapan saya pelajar saya sentiasa mengaplikasi kaedah ini
dalam memudahkan mereka menghasilkan projek-projek teknologi yang
menarik di masa akan datang bukan sahaja untuk penghasilan projek PT3
tetapi untuk kehidupan mereka di masa depan.

6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Kaedah ini saya akan memperkenalkan kepada pelajar dalam kategori lemah pula
selepas ini. Saya juga akan mencadangkan kepada guru lain untuk menggunakan
teknik BACELU ini kepada pelajar mereka. Penambahbaikan juga saya ingin
lakukan pada penggunaan KAD BACE. Memandangkan pada ketika kajian ini
dijalankan, negara kita berdepan dengan Pelaksanaan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) disebabkan pandemik covid 19, maka KAD BACE ini dihasilkan
secara maya. Adalah lebih menyeronokkan lagi jika KAD BACE ini dihasilkan dalam
bentuk fizikal dengan penggunaan kertas berwarna dan bercorak serta pen
berwarna yang menarik supaya pelajar boleh memegang sendiri kad tersebut. Pasti
suasananya lebih berbeza. Saya juga akan menambahbaik WALL PICK SORT

2
BACELU: KEMAHIRAN MELUKIS SISTEM FUNGSI PRODUK

kepada bentuk fizikal apabila pengajaran secara bersemuka dapat dilakukan nanti.
Saya juga berhasrat untuk menambahbaik kaedah ini untuk dihasilkan dalam satu
aplikasi yang menarik seperti aplikasi pembelajaran yang lain. Sudah pasti kaedah
pengajaran berbentuk mainan aplikasi lebih menarik minat pelajar masa kini.

Bibliografi

Norhidayah Binti Jamil (2019): Pembangunan Produk Reka Bentuk dan


Teknologi Tingkatan 3

Rufe, P.D (2013). Fundamental of Manufacturing 3 rd Edition. United States:


Society of Manufacturing Engineers

Yeoh T.S.,Yeoh T.J.,Song C.L. (2009) TRIZ-Systematic Innovation in


Manufacturing.Malaysia:Firstfruits Sdn. Bhd.

Asnul Dahar Mighat & Anuar Mohamad. (2004): Teknologi Kayu. Skudai:
Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan UTM

2
LAMPIRAN

JAWAPAN PELAJAR AKTIVITI 3


AKTIVITI 2 : PICK TO SORT

TEMUBUAL JAWAPAN UJIAN POS

Anda mungkin juga menyukai