Anda di halaman 1dari 34

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN

AMALAN PROFESIONAL

PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN


(PDPP)

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)


(PRKA2031)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

(Berkuat kuasa mulai Ambilan Jun 2020)

ii
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan(PDPP)

1. AMALAN PROFESIONAL

1.1 Pengenalan
Amalan profesional adalah komponen penting dalam kurikulum perguruan yang berlandaskan
hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru, visi dan
misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Institut Pendidikan Guru Malaysia
(IPGM). Amalan profesional di Institut Pendidikan Guru (IPG) adalah landasan untuk pelajar
mempraktikkan ilmu, kemahiran dan teori dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta
menghasilkan teori PdP yang tersendiri.

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional ini digubal sebagai panduan dalam
melaksanakan Amalan Profesional bagi pelajar yang mengikuti Program Diploma
Pascasiswazah Pendidikan (PDPP). Garis Panduan ini mengandungi maklumat berkaitan
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dan pelaksanaan praktikum. Maklumat berkaitan
struktur program, prosedur pelaksanaan, peranan dan tanggungjawab semua pihak yang
terlibat, panduan penggunaan borang serta kaedah penilaian juga dinyatakan secara jelas.

Garis panduan ini perlu dijadikan sebagai rujukan oleh pelajar, pensyarah penyelia, guru
pembimbing, pegawai pembimbing/ pendidik dan pengurus sekolah bagi memahami dan
menghayati peranan serta tanggungjawab masing-masing dalam menjayakan Amalan
Profesional. Di samping itu, garis panduan ini juga dapat membantu pensyarah penyelia dan
guru pembimbing dalam melaksanakan tugas bimbingan, penyeliaan dan penilaian pelajar.

Selain itu, pihak pengurusan Institut Pendidikan Guru (IPG) khasnya Unit Praktikum, pihak
pengurusan sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) perlu menggunakan garis
panduan ini bagi membantu melaksanakan tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran yang
berkaitan dengan Amalan Profesional. Tugas-tugas yang dimaksudkan ini meliputi urusan
pelantikan, penempatan, penyeliaan, pemantauan, rentasan dan penyelarasan Amalan
Profesional.

Garis panduan ini perlu dijadikan sebagai rujukan untuk membantu usaha menjayakan
Amalan Profesional ke arah memberi sumbangan bermakna bagi menyempurnakan Program
Pendidikan Guru kendalian IPG selaras dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013 – 2025.

2
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan(PDPP)

1.2 Matlamat Amalan Profesional

Matlamat amalan profesional adalah untuk membolehkan para pelajar menguasai dan
mengamalkan konsep, prinsip, teori, kemahiran dan nilai yang perlu untuk menjadi
insan guru yang profesional, kompeten dan memiliki sahsiah guru yang unggul. Selain
itu matlamat amalan profesional juga adalah untuk membantu meningkatkan
perkembangan potensi pelajar supaya mereka mempunyai daya tahan diri dalam
menghadapi pelbagai cabaran di sekolah. Matlamat akhir proses pembinaan insan
guru dalam amalan profesional IPG adalah untuk melahirkan guru yang kompeten dan
berjiwa pendidik.

1.3 Objektif Amalan Profesional


1.3.1 Melalui Amalan Profesional pelajar dapat;

1.3.1.1 memupuk sikap positif, meningkatkan daya ketahanan diri dan


mengamal nilai profesional perguruan.
1.3.1.2 membina daya suai, daya tahan, daya saing, daya cipta,
inovasi dan kreativiti.
1.3.1.3 meningkatkan keprihatinan dan kepekaan terhadap murid.
1.3.1.4 menyesuaikan diri dengan budaya sekolah.
1.3.1.5 menyepadukan teori dengan amalan dalam PdP.
1.3.1.6 menguasai strategi, pendekatan, kaedah dan teknik PdP.
1.3.1.7 mengenal pasti dan menyelesaikan masalah PdP, seterusnya
memperkembangkan potensi diri sebagai guru.
1.3.1.8 membuat refleksi, penilaian kendiri dan penambahbaikan
dalam semua aspek tugas guru.
1.3.1.9 membina teori tersendiri, ilmu binaan dan seterusnya ilmu
profesional perguruan.

3
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan(PDPP)

1.4 Konsep Amalan Profesional

Amalan Profesional dibahagikan kepada dua komponen. Kumpulan PDPP melibatkan


komponen PBS dan praktikum seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah:

Amalan Profesional

Pengalaman
Berasaskan Praktikum
Sekolah

Rajah 1.1 Komponen Amalan Profesional

Berdasarkan Rajah 1.1, berikut adalah huraian ringkas bagi setiap komponen tersebut.

a) Pengalaman Berasaskan Sekolah

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) memberi pemahaman awal kepada pelajar


tentang alam persekolahan daripada perspektif seorang guru. Melalui PBS pelajar
dapat memahami sistem pengurusan sekolah, tingkah laku murid, pengurusan bilik
darjah dan tugas sebenar seorang guru.

b) Praktikum

Praktikum ialah latihan mengajar yang merupakan komponen wajib dalam program
pendidikan guru. Praktikum memberi peluang kepada pelajar untuk mengamalkan
pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi sebenar di
bilik darjah dan sekolah. Pelaksanaan praktikum memberi tumpuan kepada proses
PdP dengan bimbingan pensyarah penyelia dan guru pembimbing melalui
perkongsian pintar dan permuafakatan antara sekolah, IPG dan agensi-agensi KPM.

Semasa pelaksanaan Amalan Profesional, keutamaan diberikan kepada penyeliaan


klinikal dan bimbingan. Mekanisme ini memerlukan jalinan kerjasama dan perkongsian
pintar antara IPG, sekolah dan institusi latihan. Permuafakatan yang mantap dan
berstruktur ini dapat membantu perkembangan profesionalisme pelajar.

4
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan(PDPP)

1.5 Kerangka Proses Amalan Profesional

Amalan Profesional di IPG menyediakan peluang bagi pelajar mempraktikkan ilmu,


kemahiran dan teori dalam PdP serta menghasilkan teori PdP yang tersendiri. Hasil
daripada pengalaman, proses refleksi dan penambahbaikan secara berterusan,
pelajar akan menggunakan kreativiti dan inovasi untuk mengintegrasi teori dan praktis
bagi menghasilkan ilmu binaan yang menjadi asas kepada pembinaan ilmu profesional
perguruan mereka seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.2.

Rajah 1.2: Kerangka Proses Pembinaan Insan Guru dalam Amalan Profesional IPG

Berdasarkan Rajah 1.2, menunjukkan bahawa Kerangka Proses Pembinaan Insan


Guru dalam Amalan Profesional IPG merupakan program praktikum yang sistematik,
berasaskan sekolah dan bersifat developmental. Oleh itu melalui proses tersebut
membolehkan pelajar membina, menguasai dan mengukuhkan ilmu profesional
perguruan untuk menjadi guru permulaan yang kompeten dan berjiwa pendidik.

5
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan(PDPP)

Rajah 1.3: Lingkaran Amalan Profesional IPG

Berdasarkan Rajah 1.3, lingkaran bermula dengan pelajar IPG membuat pemerhatian
semasa menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), mempelajari teori
pengajaran dan pembelajaran (pengajaran mikro dan makro), melaksanakan amalan
pengajaran melalui praktikum dan seterusnya mempraktikkan kemahiran kepimpinan
dan pengurusan.

6
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan(PDPP)

1.6 Pelaksanaan Amalan Profesional


Amalan Profesional bagi Program Pendidikan Guru dilaksanakan seperti dalam
Jadual 1.1.

Jadual 1.1: Pelaksanaan Amalan Profesional Bagi


Kumpulan PDPP
Tempoh Pelaksanaan
Program Kumpulan
PBS Praktikum
Tempoh 2 minggu 10 minggu
Arus Perdana Semester *2 *3
Kredit 1 5
Tempoh 2 minggu 10 minggu
Bimbingan dan
Semester *2 *3
Kaunseling
Kredit 1 5
Tempoh 2 minggu 10 Minggu
Pendidikan Khas Semester *2 *3
Kredit 1 5
PDPP Tempoh 2 minggu 10 Minggu
Pendidikan Autisme Semester *2 *3
Kredit 1 5
Modul 1 Modul 2
Tempoh 4 minggu
PAKK TASKA Semester *Sem. 3 -
Kredit 2 minggu 2 Kredit
* Sem2
Tempoh 6 minggu
1 Kredit
PAKK Prasekolah Semester - *Sem 3
Kredit 3 Kredit
* Tertakluk kepada pindaan

1.7 Penilaian Amalan Profesional


1.7.1 Penilaian Amalan Profesional pelajar adalah seperti dalam Jadual 1.2.

Jadual 1.2 : Penilaian Amalan Profesional


Program Kumpulan PBS Praktikum

Arus Perdana 2 minggu 10 minggu


Pendidikan Khas 2 minggu 10 Minggu
B&K 2 minggu 10 Minggu
Pendidikan Autisme 2 minggu 10 Minggu
PDPP
Markah 100%
Modul 1 Modul 2
PAKK TASKA 4 Minggu Tiada
2 minggu
PAKK Prasekolah Tiada 6 Minggu
100% markah tugasan
Markah kerja kursus bidang teras 100% 100%
yang dibuat semasa PBS

7
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan(PDPP)

1.8 Syarat Penentuan Keputusan

1.8.1 Penentuan lulus praktikum adalah berdasarkan kepada kriteria berikut:


1.8.1.1 Pencapaian pelajar dalam Amalan Profesional diputuskan mengikut
gred yang ditetapkan dalam Panduan dan Syarat Penganugerahan
Sijil/Diploma/Ijazah.
1.8.1.2 Markah lulus minimum dalam setiap fasa Praktikum ialah 50 peratus
(50%) dicapai.
1.8.1.3 Tidak melanggar mana-mana peraturan yang berkaitan dengan Amalan
Profesional dan didakwa di bawah Akta 174 serta disabitkan kesalahan.

1.8.2 Penentuan gagal praktikum adalah berdasarkan kepada kriteria berikut:

1.8.2.1 Pelajar tidak memenuhi syarat-syarat seperti yang disenaraikan dalam kategori
lulus.
1.8.2.2 Pelajar menunjukkan sikap yang negatif dan tidak mematuhi teguran dan
bimbingan yang diberikan.
1.8.2.3 Pelajar tidak menulis Rancangan Pengajaran Harian (RPH) sebanyak tiga kali
sepanjang tempoh pelaksanaan praktikum walaupun setelah diberi bimbingan
dan amaran bertulis.
1.8.2.4 Melanggar mana-mana peraturan yang berkaitan dengan Amalan Profesional
dan didakwa di bawah Akta 174 serta disabitkan kesalahan.
1.8.2.5 Rujuk Lampiran 2-7 Carta Alir Mengendalikan Kes Praktikum.

8
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan(PDPP)

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

2.1 Konsep

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan salah satu komponen yang


terdapat dalam Amalan Profesional bagi pelajar Program Diploma Pascasiswazah
Pendidikan (PDPP). Pelaksanaan PBS dapat memberi kefahaman awal atau
meningkatkan pengetahuan sedia ada pelajar tentang alam persekolahan daripada
perspektif seorang guru. PBS juga memberi peluang kepada pelajar untuk memahami
peranan sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan serta melihat peranan guru di
dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian, dokumen, refleksi dan interaksi
dengan guru serta komuniti. Melalui PBS pelajar dapat memahami sistem organisasi
sekolah berdasarkan pengurusan pentadbiran, kurikulum, hal ehwal murid,
kokurikulum, nilai-nilai kepimpinan serta mengenal pasti dasar-dasar pendidikan yang
dilaksanakan di sekolah secara efektif.

2.2 Objektif

Melalui pelaksanaan PBS pelajar dapat;

2.2.1 memahami dan menyesuaikan diri dengan budaya sekolah.


2.2.2 menghayati kerjaya seorang guru.
2.2.3 memperoleh pengetahuan tentang pengurusan sekolah.
2.2.4 mendapat pendedahan awal tentang pembelajaran murid.
2.2.5 memahami pengurusan dan strategi PdP.
2.2.6 membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru, komuniti sekolah dan
masyarakat.
2.2.7 mengumpul maklumat tentang pengurusan dan pentadbiran sekolah
(kurikulum, hal ehwal murid, kokurikulum dan prasarana sekolah) iklim PdP,
budaya sekolah dan masyarakat.
2.2.8 membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis dan
analitikal.
2.2.9 membina sikap positif terhadap profesion keguruan dan kepemimpinan
sekolah.
2.2.10 membuat refleksi dan rumusan mengenai tugas dan tanggungjawab guru.
2.2.11 mendokumentasikan pengalaman yang dilalui selepas pelaksanaan PBS.

9
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan(PDPP)

2.3 Strategi Pelaksanaan

2.3.1 Tempoh

Tempoh pelajar menjalani PBS adalah seperti dalam Jadual 2.1.

Jadual 2.1: Pelaksanaan PBS

Program Semester Tempoh Penempatan

Program Diploma Pascasiswazah SR/SM/Institusi


*2 2 Minggu
Pendidikan (PDPP) Latihan
*Tertakluk kepada pindaan

2.4 Penempatan

Pelajar ditempatkan di sekolah rendah/menengah/Institusi latihan/Prasekolah/TASKA


tertentu dan diuruskan oleh Unit Praktikum IPG yang menawarkan kursus yang
terlibat. Penempatan ini bertujuan untuk membolehkan mereka mendapat
pengalaman dan pendedahan yang pelbagai sebelum mereka ditempatkan di sekolah
untuk menjalani praktikum.

2.5 Prosedur Pelaksanaan PBS

2.5.1 IPG akan memaklumkan kepada semua JPN tentang pelaksanaan PBS.
2.5.2 IPG akan memaklumkan kepada pihak sekolah tentang penempatan pelajar
dan pelaksanaan PBS.
2.5.3 IPG akan menguruskan taklimat pengurusan dan pelaksanaan PBS untuk
pelajar.
2.5.4 IPG menyediakan borang dan dokumen berkaitan PBS untuk tindakan
pelajar.
2.5.5 Pensyarah Jabatan Bidang Teras akan menyedia dan membuat penilaian
kerja kursus pelaksanaan aktiviti PBS kepada pelajar untuk disempurnakan
sepanjang tempoh pelaksanaan PBS. Tiada kerja kursus lain yang boleh
diberikan kepada pelajar selain kerja kursus yang telah ditetapkan.
2.5.6 Penilaian PBS merupakan 100% daripada markah kerja kursus Bidang Teras.
2.5.7 Hasil aktiviti PBS akan dibincang bersama-sama pensyarah yang berkenaan
semasa sesi interaksi kuliah dan sesi refleksi.

10
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan(PDPP)

Jadual 2.2 : Wajaran Markah Kerja Kursus PBS


Semester Tempoh Kerja kursus Penilaian Wajaran Markah Kerja Kursus
 Portfolio 30%
 Laporan pemerhatian
2
2 Bidang Teras Berdasarkan MK 40%
minggu
 Kajian kes 30%

2.6 Aktiviti Semasa PBS

2.6.1 Pelajar dikehendaki menyerahkan melengkapkan maklumat PBS dan


diserahkan bersama-sama kerja kursus kepada Jabatan Bidang Teras.
2.6.2 Pelajar dikehendaki melaksanakan kerja kursus berdasarkan semua aspek
yang dtetapkan oleh Jabatan Bidang Teras dan Unit Praktikum dalam tempoh
pelaksanaan PBS.
2.6.3 Jabatan Bidang Teras perlu menyediakan soalan kerja kursus.
2.6.4 Pelajar perlu menyerahkan kerja kursus kepada pensyarah yang dilantik
untuk dinilai.
2.6.5 Tiada kuliah serta kerja kursus lain diberikan kepada pelajar semasa
pelaksanaan PBS.

2.7 Kehadiran

2.7.1 Kehadiran pelajar dalam PBS adalah 100 peratus.


2.7.2 Pelajar yang tidak hadir kerana sakit atau cedera memerlukan pengesahan
doktor/pegawai perubatan.
2.7.3 Pelajar yang tidak cukup kehadiran perlu melengkapkan tempoh PBS yang
ditetapkan, melainkan mendapat pengecualian daripada Pengarah IPGK
berkenaan. (Rujuk Jadual 4.7)

2.8 Status Pelaksanaan PBS

2.8.1 Pelajar perlu menyempurnakan PBS mengikut struktur program yang telah
ditetapkan sebagai prasyarat menjalani praktikum.
2.8.2 Pelajar perlu menulis pernyataan profesional/kontrak aktiviti (Lampiran 1-1)
sebelum menjalani PBS

11
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan(PDPP)

2.8.3 Pelajar yang telah menjalani PBS perlu memenuhi keperluan berikut:

2.8.3.1 Melengkapkan portfolio individu (Lampiran 1-2, Lampiran 1-3).


2.8.3.2 Melengkapkan rekod pemerhatian (Lampiran 1-4, Lampiran 1-6).
2.8.3.3 Melengkapkan maklumat umum sekolah (Lampiran 1-7).
2.8.3.4 Melengkapkan kajian kes (Lampiran 1-8)
2.8.3.5 Kehadiran pelajar dalam PBS (Lampiran 1-0).
2.8.3.6 Mendapatkan Laporan Perkembangan Pelajar (Lampiran 1-11)
daripada pihak pengurus sekolah.

2.9 Peranan dan Tanggungjawab Pelajar

2.9.1 Menerima maklumat berkaitan pelaksanaan PBS.


2.9.2 Memahami objektif PBS.
2.9.3 Melaksanakan aktiviti PBS.
2.9.4 Hadir ke sekolah pada tarikh yang ditetapkan sepanjang tempoh PBS.
2.9.5 Mematuhi etika keguruan, peraturan IPG dan peraturan sekolah.
2.9.6 Memerhati suasana pembelajaran di bilik darjah, persekitaran dan
kelengkapan sekolah.
2.9.7 Berbincang dengan pihak sekolah tentang aktiviti yang dilaksanakan.
2.9.8 Mendokumentasikan segala hasil aktiviti dan hasil refleksi secara berterusan
dalam portfolio individu.
2.9.9 Menyerahkan kerja kursus PBS kepada pensyarah bidang teras pada masa
yang ditetapkan.

2.10 Peranan Pengurus Sekolah

2.10.1 Memberi taklimat kepada pelajar tentang sejarah, struktur organisasi,


pengurusan, peraturan, disiplin, budaya, komuniti sekolah dan masyarakat.
2.10.2 Bekerjasama dengan pihak IPG dalam menjayakan PBS.
2.10.3 Memberi peluang kepada pelajar membuat pemerhatian persekitaran
sekolah/proses PdP/aktiviti guru.
2.10.4 Membantu pelajar untuk mengumpul maklumat sekolah yang diperlukan
bagi melaksanakan kerja kursus dan aktiviti PBS.
2.10.5 Membantu pelajar menyesuaikan diri dalam komuniti sekolah dan
masyarakat.

12
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan(PDPP)

2.10.6 Mengawasi disiplin dan kehadiran pelajar sepanjang tempoh PBS dan
mengesahkan Borang Kehadiran PBS (Lampiran 1-10).
2.10.7 Melaporkan kemajuan pelajar dengan menggunakan Borang Laporan
Perkembangan Pelajar (Lampiran 1-11).
2.10.8 Memberi bimbingan dan maklum balas yang berterusan kepada pelajar.
2.10.9 Membantu pelajar meningkatkan keperihatinan terhadap alam
persekolahan dan profesion keguruan.
2.10.10 Memastikan pelajar tidak diberi kelas ganti melebihi LIMA waktu
seminggu.

2.11 Peranan dan Tanggungjawab Unit Praktikum / Unit Amalan Profesional.

2.11.1 Memahami, menghayati dan memastikan pelaksanaan PBS mengikut


garis panduan yang ditetapkan dalam GPP Amalan Profesional
2.11.2 Merancang dan mengenal pasti sekolah serta mengurus penempatan
pelajar untuk PBS.
2.11.3 Menghantar surat makluman pelaksanaan PBS kepada JPN/PPD dan
kepada sekolah-sekolah yang terlibat.
2.11.4 Memastikan kerja kursus PBS dilaksanakan pada masa yang ditetapkan
dan masa yang mencukupi diberikan kepada pelajar.
2.11.5 Mengurus pelantikan pensyarah/penyelaras kursus.
2.11.6 Memberikan maklumat kepada pelajar dan pensyarah berhubung dengan
konsep, objektif dan aktiviti dalam pelaksanaan PBS.
2.11.7 Memastikan pelajar hadir ke sekolah mengikut tarikh yang ditetapkan.
2.11.8 Memastikan pelajar melaksanakan kerja kursus PBS dan menyerahkan
portfolio kepada pensyarah yang berkenaan.

2.11.9 Mewujudkan kerjasama dan hubungan profesional antara IPG dengan


sekolah dan institusi terlibat.
2.11.10 Menentusahkan markah kerja kursus pada peringkat Mesyuarat
JKIPIPG/JKIAPIPG
2.11.11 Menyediakan laporan bertulis tentang kes-kes khas pelajar kepada pihak
IPG dengan segera.
2.11.12 Merekod markah dalam BKKP

13
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan(PDPP)

2.12 Peranan dan Tanggungawab Jabatan Akademik

2.12.1 Memahami, menghayati dan memastikan pelaksanaan PBS mengikut garis


panduan yang ditetapkan dalam GPP Amalan Profesional.
2.12.1 Mencalonkan pensyarah/penyelaras kursus yang berkelayakan.
2.12.2 Memastikan pelaksanaan kursus PBS mematuhi Maklumat Kursus.
2.12.3 Memastikan pelajar menerima maklumat berhubung pelaksanaan kerja
kursus PBS
2.12.4 Memantau penggubalan kerja kursus berdasarkan Maklumat Kursus.
2.12.5 Memantau pelaksanaan moderasi kerja kursus berdasarkan Buku Panduan
Pentaksiran terkini.
2.12.6 Memastikan penyediaan dokumen untuk verifikasi kerja kursus.
2.12.7 Memastikan markah direkod untuk diserahkan ke Unit Praktikum.
2.12.8 Memastikan pengisian Entrance dan Exit Survey
2.12.9 Memastikan penyimpanan rekod yang lengkap berkaitan kerja kursus.
2.12.10 ATP pensyarah : Jam interaksi bagi PBS perlu dimasukkan dalam jadual
waktu pensyarah bagi konteks syarahan iaitu 2.5 jam / minggu bagi
membolehkan pensyarah menyediakan soalan kerja kursus, membimbing
dan menanda kerja kursus pelajar (portfolio, laporan pemerhatian, kajian
kes) seperti yang terkandung dalam maklumat Kursus PBS PDPP PRKA
2031.

2.13 Peranan dan Tanggungawab Pensyarah

2.13.1 Menerima lantikan sebagai pensyarah/penyelaras kursus.


2.13.2 Memahami, menghayati dan memastikan pelaksanaan PBS mengikut Garis
Panduan Pelaksanaan PBS.
2.13.3 Menggubal kerja kursus berdasarkan Maklumat Kursus.
2.13.4 Memeriksa dan melaksanakan moderasi kerja kursus.
2.13.5 Menyediakan dokumen untuk verifikasi kerja kursus.
2.13.6 Menguruskan pengisian Entrance and Exit Survey
2.13.7 Menyimpan rekod yang lengkap berkaitan kerja kursus.
2.13.8 Memastikan pelajar membuat kerja kursus dan menyerahkan kerja kursus
kepada pensyarah bidang teras pada tarikh yang ditetapkan.

14
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan(PDPP)

2.14 Penilaian Alternatif bagi PBS dalam Kes-kes Khas

2.14.1 Sebarang perubahan kaedah pentaksiran bagi PBS perlu mematuhi prinsip
utama pentaksiran, iaitu mengukur pencapaian pelajar berdasarkan hasil
pembelajaran yang ditetapkan dalam Maklumat Kursus serta menepati kaedah
pentaksiran yang dibenarkan oleh pihak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
dan Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM)

2.15 Kes Gagal PBS

2.15.1 Kes gagal PBS perlu merujuk kepada prosedur dan peraturan yang telah
ditetapkan di bawah Unit Peperiksaan dan Penilaian dan Garis Panduan
Amalan Profesional.

15
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)

2.16 CARTA ALIR MENGENDALIKAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Tindakan Unit Praktikum


Memaklumkan JPN/PPD tentang pelaksanaan
MULA PBS
 surat kepada JPN/PPD

Tindakan Unit Praktikum


Penempatan pelajar PBS
LANGKAH 1  surat penempatan kepada sekolah
 surat/memo menjalani PBS kepada pelajar

Tindakan Unit Praktikum


Taklimat Pelaksanaan PBS kepada
pelajar
 pelaksanaan PBS
LANGKAH 2
 tanggung jawab pelajar
 dokumen berkaitan

Tindakan Unit Praktikum


Taklimat Pengurusan PBS kepada Ketua
Jabatan Bidang Teras dan Penyelaras PBS
LANGKAH 3 Jabatan
 maklumat kursus
 tanggungjawab Ketua Jabatan Bidang Teras
 mengurus surat lantikan penyelaras PBS
dan pemeriksa kerja kursus PBS
MENGULANG
Tindakan Ketua Jabatan Bidang Teras
 Mencalonkan Penyelaras PBS Jabatan
LANGKAH 4
 Mencalonkan Pensyarah pemeriksa kerja kursus

Tindakan Penyelaras Bidang Teras


i. mengubal kerja kursus mengikut MK
LANGKAH 5 ii. memberi taklimat kerja kursus
iii. memeriksa dan melaksanakan moderasi
iv. dokumen untuk verifikasi
v. menguruskan pengisian EES

Tindakan Pelajar
i. melaksanakan PBS berdasarkan Garis Panduan
LANGKAH 6
ii. menghantar dokumen dan kerja kursus PBS kepada
pemeriksa

LANGKAH 7 Tindakan Pensyarah Pemeriksa


i. menilai kerja kursus pelajar
ii. merekod markah kerja kursus PBS
Tidak

LENGKAP
Tindakan Unit Praktikum
 Membentang markah dan kehadiran
Ya di mesyuarat JKIPIPG/JKIPIAPIPG
 Mengisi markah PBS dalam Sistem iTEMS
TAMAT

15
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)

LAMPIRAN 1-1

PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI


PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

1. Pengenalan

Pernyataan profesional/ kontrak aktiviti merujuk kepada harapan/ aktiviti yang ditetapkan
sendiri oleh pelajar untuk dilaksanakan dalam tempoh PBS. Fokus tertentu perlu
ditetapkan oleh pelajar dalam melaksanakan aktiviti tersebut bagi mencapai objektif yang
diharapkan. Setiap fokus aktiviti hendaklah dapat diukur dan dinilai sendiri oleh pelajar di
peringkat akhir.

2. Tujuan Pernyataan Profesional


2.1 Menyatakan fokus aktiviti yang hendak dilaksanakan dengan jelas

2.2 Membantu pelajar merancang strategi pelaksanaan aktiviti yang difokuskan


dengan sistematik

2.3 Membolehkan pelajar mengukur dan menilai keberkesanan pelaksanaan


aktiviti yang difokuskan

2.4 Menjadi asas dan panduan kepada pelajar untuk membuat tindakan susulan /
penambahbaikan

3. Pernyataan Profesional

3.1 Sebelum PBS


a. Kenal pasti fokus utama kerja kursus.
b. Tujuan kerja kursus.
c. Merancang strategi pelaksanaan.
d. Instrumen penilaian kendiri.

3.2 Semasa PBS


a. Melaksanakan kerja kursus / strategi yang dirancang.
b. Mengumpul dan merekod maklumat.

3.3 Selepas PBS (refleksi)


a. Menilai.
b. Melapor

4. Penilaian Kendiri Terhadap Pernyataan Profesional


a. Pencapaian objektif
b. Cadangan tindakan susulan / penambahbaikan

16
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)

LAMPIRAN 1-2

PANDUAN PENYEDIAAN PORTFOLIO


PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

1. Pengertian Portfolio

a. Portfolio atau profil profesional merupakan koleksi dokumen yang memberi


gambaran tentang seorang profesional dari segi:

i. Pengetahuan
ii. Kemahiran
iii. Pengalaman
iv. Kelayakan
v. Matlamat dan pencapaian

2. Tujuan Portfolio

a. Mendokumentasikan kemahiran dan pengetahuan melalui pengalaman dalam


PBS.
b. Sebagai landasan komunikasi antara pelajar, pensyarah dan mentor untuk
menilai.
c. Perkembangan profesionalisme pelajar.
d. Memberi ruang kepada pelajar membuat refleksi dan mendapat pengetahuan
serta pengalaman baharu.
e. Membudayakan proses pengumpulan maklumat serta dokumen secara sistematik
dan profesional.

3. Ciri-Ciri Portfolio

a. Pelajar mestilah melaksanakan refleksi kendiri pada akhir portfolio.


b. Portfolio mestilah hasil asli daripada pelajar.
c. Mengandungi maklumat yang menggambarkan proses pelaksanaan,
perkembangan dan penilaian dalam melaksanakan setiap kerja kursus.

4. Tanggungjawab Pelajar Dalam Penyediaan Portfolio

a. Menyediakan portfolio yang kemas kini berdasarkan kandungan portfolio.

b. Menyerahkan portfolio kepada pensyarah kursus untuk disemak.

17
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)

LAMPIRAN 1-3
KANDUNGAN PORTFOLIO
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
(Disemak oleh Pensyarah Pemeriksa)

Tandakan
Bil Tajuk Item

1 Maklumat Kursus (MK)
2 Buku Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional PBS
3 Surat Penempatan (Surat Pengenalan Diri)
4.1 Nama IPGK
4.2 Gambar pelajar
4.3 Nama pelajar
4.4 No. Kad Pengenalan
4.5 Alamat tetap
4 Biodata Pelajar
4.6 No. Telefon dan E-mel
4.7 Ambilan dan Pengkhususan
4.8 Tahun dan Semester : Tahun___ Semester__
4.9 Tarikh PBS
4.10 Pensyarah Pemeriksa
Pernyataan Profesional / Kontrak Aktiviti (Pernyataan sebelum, semasa dan selepas
5
PBS) (Lampiran 1-1)
6 Maklumat Umum Sekolah (Lampiran 1-7)
7.1 Carta Organisasi
7.2 Bidang Tugas
7 Kurikulum (pilih satu)
7.3 Takwim kurikulum
7.4 Senarai Program / Aktiviti
8.1 Carta Organisasi
8.2 Bidang Tugas
8 Kokurikulum (pilih satu)
8.3 Takwim Kokurikulum
8.4 Senarai Program / Aktiviti
9 Foto Prasarana Sekolah
10.1 Pemerhatian*
Instrumen Pengumpulan 10.2 Senarai Semak*
10 Data Berhubung Tugasan
(*tanda yang berkenaan) 10.3 Temu bual*
10.4 Soal selidik*
11.1 Perbincangan dengan pengurus sekolah*
Rekod Kolaboratif 11.2 Perbincangan dengan guru-guru lain*
11 (Lampiran 1-4) 11.3 Perbincangan dengan warga sekolah*
(*tanda yang berkenaan) 11.4 Perbincangan dengan wakil komuniti*
11.5 Interaksi dengan murid*
12.1 Perbincangan dengan pengurus sekolah*
Amalan Refleksi 12.2 Perbincangan dengan guru-guru lain*
12 (Lampiran 1-6) 12.3 Perbincangan dengan warga sekolah*
(*tanda yang berkenaan) 12.4 Perbincangan dengan wakil komuniti*
12.5 Interaksi dengan murid*
13 Borang Kehadiran PBS (Lampiran 1-10)
14 Laporan Perkembangan Pelajar (Lampiran 1-11)
15 Kajian Kes (Lampiran 1-8)

18
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)

LAMPIRAN 1-3

Ulasan Pensyarah Pemeriksa:

Tandatangan Pensyarah Pemeriksa : Tarikh:

Nama Pensyarah Pemeriksa :

19
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)

LAMPIRAN 1-4

REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN PBS


(Pengurus sekolah / guru / warga sekolah /wakil komuniti/ murid yang ditemubual)

Tarikh : Masa :

Tajuk / Perkara :

Isi Perbincangan Cadangan Tindakan

Tandatangan yang ditemu bual :

Nama :

Jawatan :

20
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)

LAMPIRAN 1-5

PENULISAN REFLEKSI
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

1. Definisi Refleksi
a. Proses merenung, menganalisis, mencari alasan, cadangan dan tindakan untuk
membaiki diri yang dilakukan secara berterusan.
b. Amalan refleksi merupakan perlakuan memikirkan pengalaman pelajar semula. Ia
memerlukan penerokaan unsur-unsur yang ketara dan tersirat. Proses ini membuat
andaian yang rasional berasaskan fakta melalui pemerhatian, temu bual atau soal
selidik.
c. Refleksi dalam PBS membolehkan pelajar dibimbing untuk menaakul, memilih strategi
pelaksanaan kerja kursus dan seterusnya membuat penilaian kendiri. Amalan refleksi
ini membolehkan pelajar menghayati dan meningkatkan profesionalisme keguruan
secara efektif.

2. Tujuan Refleksi
a. Pelajar dapat mengesan keberkesanan pelaksanaan setiap kerja kursus yang
dilaksanakan.
b. Pelajar dapat menjadikan refleksi sebagai asas untuk menambah baik dan
meningkatkan kualiti setiap kerja kursus secara berterusan.
c. Memperkembangkan keupayaan celik akal pelajar bagi melahirkan kreativiti dan
inovasi dalam setiap tugas yang dijalankan.
d. Meningkatkan kualiti insan guru yang mempunyai ilmu profesional keguruan.

3. Ciri-ciri Refleksi
a. Bermula dengan mengingat kembali.
b. Melibatkan perasaan (domain afektif) terhadap sesuatu.
c. Menentukan usaha secara sedar (conscious effort).
d. Bersedia mengubah sikap, kesedaran diri, amalan dan tingkah laku positif.
(Ciri-ciri di atas perlu ada dalam penulisan refleksi)

4. Amalan Refleksi / Penilaian Kendiri Dalam PBS

Refleksi ialah proses mengkaji semula keberkesanan pelaksanaan PBS oleh pelajar
sendiri untuk mempertingkatkan kemahiran keguruan. Antara garis panduan yang boleh
dilaksana ialah:

4.1 Sejauh manakah keberkesanan pelaksanaan PBS yang dirancang tercapai?


4.2 Apakah kekuatan dan kelemahan yang dapat dikenal pasti?
4.3 Apakah cadangan penambahbaikan daripada kelemahan yang dikenal pasti?

21
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)

LAMPIRAN 1-6

AMALAN REFLEKSI
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar )

22
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)

LAMPIRAN 1-7

MAKLUMAT UMUM SEKOLAH

1. ARAHAN: Lengkapkan maklumat yang disenaraikan dalam borang berikut:

Bil Perkara Catatan / data

1 Nama dan Alamat Sekolah

2 No. Telefon Sekolah


Alamat e-mel / Web
3
Sekolah
Lokasi (Bandar / Luar
4
Bandar)
5 Nama Pengurus Sekolah
6 Nama PK Pentadbiran

7 Nama PK HEM
8 Nama PK Kokurikulum

9 Nama Penyelia Petang


10 Nama YDP PIBG
11 Gred/Tahap Sekolah
12 Bilangan Guru Lelaki:

Perempuan:

Bilangan Guru Mengikut Siswazah:


13
Kelayakan Akademik Bukan Siswazah:
14 Bilangan Kelas

15 Purata Saiz Kelas orang


Lain-
16 Jumlah Murid Melayu Cina India
lain
Lelaki

Perempuan
17 Maklumat-maklumat lain yang menarik perhatian anda tentang sekolah ini

23
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)

LAMPIRAN 1-8

PANDUAN PENYEDIAAN KAJIAN KES

Tajuk Kajian Kes

( dalam huruf kecil , tetapi dimulakan dengan huruf besar bagi setiap perkataan )
(mesti mengandungi halatuju, kumpulan sasaran dan program intervensi/kaedah)

NAMA PENGKAJI
ALAMAT EMAIL PENGKAJI

1. ISU YANG DIFOKUSKAN


 (cth: refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lalu)
a. Ingat kembali pengalaman
b. Apakah isu yang dijadikan fokus sasaran
c. Rujuk refleksi PdP/ temubual/pemerhatian/dokumentasi
d. Reaksi terhadap suasana pembelajaran/ kelas/sekolah

 Masukkan sekurang-kurangnya TIGA tinjauan literatur yang berkaitan dengan isu.

2. PERMASALAHAN KAJIAN

Proses permasalahan kajian iaitu membentuk persoalan mengenai tajuk atau tema yang
berkaitan dengan kajian yang akan dilaksanakan. Permasalahan kajian merupakan isu
atau masalah yang ingin dikaji dalam kajian. Pernyataan masalah kajian boleh
diwujudkan dalam bentuk soalan-soalan terbuka seperti di bawah:

a. Apakah isu?
b. Apakah punca isu?
c. Apa akan berlaku jika isu tidak ditangani?
d. Bagaimana hendak menangani isu?
e. Apakah cadangan penambahbaikan yang akan dilaksanakan untuk
menangani isu tersebut?

3. OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian merujuk kepada sesuatu yang hendak dicapai dan bagaimana hendak
mencapainya. Objektif kajian juga hendaklah jelas dan konsisten serta boleh dikenal
pasti. Selain itu objektif kajian juga menjelaskan tujuan sesuatu kajian itu dijalankan.

3.1 Objektif

a. Boleh diukur
b. Boleh dilaksana
c. Dapat mengubah sikap murid, sikap guru, pengajaran guru dan cara
menghadapi murid

24
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)

Contoh :

1. Mengenal pasti kekurangan dan kelebihan aktiviti pemulihan Jawi yang telah
dilaksanakan.
2. Menghasilkan tatacara atau panduan berkesan bagi pelaksanaan aktiviti
pemulihan Jawi.
3. Menilai perancangan ke arah penambahbaikan proses PdP Jawi.

4. KUMPULAN SASARAN

a. Jumlah murid
b. Kelas
c. Jantina
d. Kaum / latarbelakang murid

Contoh :

Pelajar yang terlibat ialah 35 orang dari kelas 5 Pintar. Kelas ini terdiri daripada 15
pelajar lelaki dan 20 perempuan.....

5. METODOLOGI KAJIAN

5.1 TINJAUAN MASALAH (cara data diperoleh - di bawah ialah contoh cara
data
diperoleh, iaitu pemerhatian /temu bual)

5.1.1 Pemerhatian (tingkah laku murid )tinjauan tingkah laku berdasarkan


rekod anekdot/berterusan

Contoh:

a. murid tidur, berbual dan tidak menumpukan perhatian


dalam kelas semasa guru mengajar jawi.
b. murid tidak menyiapkan latihan jawi yang diberikan

5.1.2 Temu Bual ( untuk mengetahui kenapa murid bermasalah)

Contoh: bosan dengan guru, tidak faham apa yang diajar, tidak
minat belajar, tidak kenal huruf jawi

5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH


( buat analisis data yang diperolah sebelum kajian dijalankan)
mesti ada analisis data selepas kajian di jalankan

5.2.1 Pemerhatian

Contoh :
 5 orang murid tidur semasa guru mengajar subjek jawi
di dalam kelas
 3 orang murid berbual semasa PdP jawi
 10 orang murid tidak menyiapkan latihan jawi yang diberikan

25
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)

5.2.2 Temu Bual


(masukkan nombor / peratus)

Contoh analisis:
 20% bosan dengan cara guru mengajar
 50 % tidak faham apa yang diajar
 30% tidak minat dengan subjek

5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN


(memperkenalkan / menyatakan kaedah atau program yang dijalankan)

5.4 CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN YANG AKAN DILAKSANAKAN


UNTUK MENANGANI ISU

(Bilangan aktiviti bergantung kepada kajian kes masing-masing – yang


penting setiap aktiviti mesti ada penerangan cara aktiviti dijalankan,
pemerhatian dan refleksi setiap aktiviti.)

5.4.1 AKTIVITI 1 – ( nyatakan nama aktiviti)


(Huraikan di bawah ini cara aktiviti dilaksanakan- jika ada gambar masukkan
di bahagian ini)

PEMERHATIAN

REFLEKSI

.
5.4.2 AKTIVITI 2 –

PEMERHATIAN

REFLEKSI

5.5 REFLEKSI KESELURUHAN KAJIAN

(Dalam refleksi keseluruhan masukkan analisis data selepas tindakan


yang dijalankan, buatkan perbandingan dan nyatakan hasil kajian iaitu
impak kepada murid, guru dan proses PdP. Nyatakan sejauh mana
ianya berjaya serta membuat rumusan)

6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

a. Cadangan penambahbaikan untuk kajian seterusnya bagi tajuk yang


hampir sama
b. Cadangan kajian seterusnya bagi topik lain

7.0 RUJUKAN

26
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)

LAMPIRAN 1-9
PR4
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
SULIT
KEMENTERIAN PENDIDKAN MALAYSIA
BORANG PENILAIAN PORTFOLIO PBS
IPG Kampus : SARAWAK

Nama Pelajar : No.K/P :

Program : PDPP Lain-lain : Ambilan :

Pengkhususan :

Sekolah :

RUMUSAN UNTUK PBS KRITERIA PERMARKAHAN MENGIKUT TAHAP


Petunjuk Tahap Tahap 10 % 30 %
(Sila bulatkan angka yang berkenaan) 1 0.0 – 4.9 0.0 – 14.9
Tahap 1 : Lemah
2 5.0- 5.9 15.0 – 17.9
Tahap 2 : Memuaskan
3 6.0 – 7.4 18.0 – 22.4
Tahap 3 : Baik
Tahap 4 : Cemerlang 4 7.5 - 8.9 22.5 – 26.9
Tahap 5 : AmatCemerlang 5 9.0 - 10.0 27.0 - 30.0

ASPEK TAHAP ULASAN


A. KURIKULUM (30 % )
1 2 3 4 5
 Penulisan pernyataan profesional
 Pengurusan sumber manusia Markah A
 Pengurusan akademik
 Pengurusan Hal Ehwal Murid ( / 30 )

B. KOKURIKULUM (30 %)
1 2 3 4 5
 Pengurusan kokurikulum
 Kelab dan persatuan Markah B
 Unit beruniform
 Sukan dan permainan ( / 30 )
 Ko akademik
 1 Murid 1 Sukan

27
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)

C. PRASARANA SEKOLAH (30 %)


1 2 3 4 5
 Maklumat umum sekolah
 Peranan komuniti Markah C

( / 30 )

D. PEMBINAAN PORTFOLIO (10 %)


1 2 3 4 5
 Lengkap dan kemas
 Bukti-bukti yang relevan Markah D

( / 10 )

Jumlah Keseluruhan Markah= (A + B + C + D ) = %

RUMUSAN KESELURUHAN

.......................................................................................................
Tandatangan Pensyarah Pemeriksa

(Nama: )

Tarikh:

28
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)

LAMPIRAN 1-9a

PANDUAN PENGGUNAAN BORANG PR4 (BORANG PENILAIAN PORTFOLIO PBS)


1. Borang PR 4 digunakan untuk membuat penilaian portfolio PBS

2. Empat komponen yang mengandungi aspek-aspek tertentu disediakan sebagai fokus membuat
rumusan. Setiap aspek disediakan tahap yang digunakan sebagai petunjuk pencapaian pelajar.

3. Borang PR4 ini adalah sulit tidak boleh diberikan kepada pelajar.

A. KURIKULUM

Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4 Tahap 5

Maklumat kurikulum Maklumat kurikulum Maklumat kurikulum Maklumat kurikulum jelas Maklumat kurikulum
tidak jelas, tidak teratur, kurang jelas, kurang jelas, tetapi kurang dan teratur , sumber sangat jelas dan teratur,
tidak ada sumber teratur, sumber rujukan teratur, sumber rujukan rujukan sesuai dengan sumber rujukan pelbagai
rujukan, kandungan sangat terhad, terhad, kandungan tajuk, kandungan bahan dan sesuai dengan tajuk,
bahan kurang. kandungan bahan bahan mengikut format mengikut format kandungan bahan kreatif
kurang dan mengikut format

Tidak berinovasi dengan Kurang berinovasi Berinovasi dengan Sangat berinovasi


berbantukan pelbagai dengan berbantukan berbantukan pelbagai dengan berbantukan
sumber dan teknologi pelbagai sumber dan sumber dan teknologi pelbagai sumber dan
teknologi teknologi

B. KOKURIKULUM

Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4 Tahap 5

Maklumat kokurikulum Maklumat kokurikulum Maklumat kokurikulum Maklumat kokurikulum Maklumat kokurikulum
tidak jelas, tidak teratur, kurang jelas, kurang jelas, tetapi kurang jelas dan teratur, sumber sangat jelas dan teratur,
tidak ada sumber teratur, sumber rujukan teratur, sumber rujukan rujukan sesuai dengan sumber rujukan pelbagai
rujukan, kandungan sangat terhad, terhad, kandungan tajuk, kandungan bahan dan sesuai dengan tajuk,
bahan kurang. kandungan bahan bahan mengikut format mengikut format kandungan bahan kreatif
kurang dan mengikut format

Tidak berinovasi dengan Kurang berinovasi Berinovasi dengan Sangat berinovasi


berbantukan pelbagai dengan berbantukan berbantukan pelbagai dengan berbantukan
sumber dan teknologi pelbagai sumber dan sumber dan teknologi pelbagai sumber dan
teknologi teknologi

28
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)

C. PRASARANA SEKOLAH

Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4 Tahap 5

Maklumat prasarana Maklumat prasarana Maklumat prasarana Maklumat prasarana Maklumat prasarana
sekolah tidak jelas, tidak sekolah kurang jelas, sekolah jelas, tetapi sekolah jelas dan teratur, sekolah sangat jelas dan
teratur, tidak ada sumber kurang teratur, sumber kurang teratur, sumber sumber rujukan sesuai teratur, sumber rujukan
rujukan, kandungan rujukan sangat terhad, rujukan terhad, dengan tajuk, pelbagai dan sesuai
bahan kurang. kandungan bahan kandungan bahan kandungan bahan dengan tajuk,
kurang mengikut format mengikut format kandungan bahan kreatif
dan mengikut format
Tidak berinovasi dengan
berbantukan pelbagai Kurang berinovasi Berinovasi dengan Sangat berinovasi
sumber dan teknologi dengan berbantukan berbantukan pelbagai dengan berbantukan
pelbagai sumber dan sumber dan teknologi pelbagai sumber dan
teknologi teknologi

D. PEMBINAAN PORTFOLIO

Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4 Tahap 5


Tidak melengkapkan Kurang berusaha untuk Penyediaan portfolio Penyediaan portfolio Penyediaan portfolio
Portfolio seperti yang mengemaskinikan kemas dan menepati kemas, kreatif dan amat kemas, kreatif dan
ditetapkan portfolio dengan objektif penyediaan teratur serta menepati teratur serta amat
maklumat dan dokumen portfolio PBS objektif penyediaan menepati objektif
baru . portfolio PBS. penyediaan portfolio
PBS.

Tidak berusaha untuk Maklumat yang diberikan Terdapat penambahan Menunjukkan Menunjukkan
menambah maklumat kurang berkaitan dengan maklumat dan dokumen kesungguhan dan kesungguhan dan
dan dokumen yang objektif PBS yang relevan dengan kerajinan dalam proses kerajinan dalam proses
relevan. objektif PBS, tetapi pembinaan portfolio – pembinaan portfolio –
pengolahannya kurang dokumen dan maklumat dokumen dan maklumat
kemas, kreatif dan yang ditambah itu yang ditambah itu amat
teratur. relevan. relevan

29
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)

LAMPIRAN 1-10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK

BORANG KEHADIRAN
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Nama Sekolah :

Alamat Sekolah :

Program : Ambilan :

Tarikh PBS :

Tarikh
Bil Nama Pelajar Pengkhususan

 Ketua kumpulan diminta menghantar borang kehadiran ini ke Unit Praktikum IPG bersama-sama
dengan Laporan Perkembangan Pelajar (Lampiran 1-11) selepas tamat Pengalaman Berasaskan Sekolah
 Ketidakhadiran mesti disertakan dengan sijil cuti sakit atau surat kebenaran daripada Pengarah /
Timbalan Pengarah IPG

Tandatangan Ketua Kumpulan :

Nama : Nombor telefon :

Pengesahan Pengurus Sekolah

Tandatangan :

Nama : Cap sekolah :

Tarikh :

30
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)

LAMPIRAN 1-11

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH


LAPORAN PERKEMBANGAN PELAJAR
(Diisikan oleh Pengurus Sekolah)

Nama Pelajar : No. K.P. :

Program : Pengkhususan : Ambilan :

Tandakan


Sederhana
Aspek Ulasan

Lemah

Baik
a) Penampilan diri

Sahsiah dan b) Pekerti


Perwatakan
c) Keprihatinan

d) Sifat sebagai pendidik

a) Berinteraksi secara beretika

Komunikasi b) Keupayaan berbincang dan


Berkesan: membuat refleksi
c) Keupayaan menyampaikan
idea
a) Keupayaan membina
hubungan positif
Budaya
Profesional b) Usaha untuk mendapatkan
Guru: ilmu dan bimbingan
c) Komited terhadap kerja kursus

Ulasan
Keseluruhan

Nota : Laporan ini perlu dikembalikan ke Unit Praktikum IPG bersama-sama dengan Borang
Kehadiran PBS (Lampiran 1-10) selepas tamat Pengalaman Berasaskan Sekolah

Tandatangan :

Nama : Cap sekolah :

Tarikh :
31
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)

LAMPIRAN 1-12

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


K A M P U S SARAWAK

BORANG KERJA KURSUS PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Nama No.
Pelajar KP

Program Pengkhususan Ambilan


PDPP
(Teras)

Nama Tempoh
Sekolah PBS

TAHAP PENCAPAIAN:
Item Aspek Wajaran Markah Catatan

1. Portfolio individu (Rujuk Lampiran 1-9 PR4) 30

2. Laporan Pemerhatian (Rujuk Lampiran 1-4 & 1-6) 40

3. Kajian Kes (Rujuk Lampiran 1-8) 30

JUMLAH MARKAH

Dengan ini diperakui bahawa pelajar telah Melengkapkan/Tidak Melengkapkan keperluan PBS

Tandatangan Pemeriksa Kerja kursus:

Nama:

Tarikh:

32

Anda mungkin juga menyukai