Anda di halaman 1dari 2

Teks Ucapan Ketua Program (Dannish)

Terima kasih saudari pengerusi majlis.


Yang berusaha, Puan Siti Najah Raihan Sakrani – Pensyarah Fakulti Komunikasi & Pengajian Media
UiTM Kampus Alor Gajah, Melaka
Yang dihormati, Encik Mohammad Arif Haron, Penolong Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (SKMM) Negeri Melaka,
Yang dialu-alukan, Puan Anisafina Maidin selaku Koordinator Program MC242,
Barisan jawatankuasa SULAM, rakan-rakan pelajar FKPM UiTM Alor Gajah serta hadirin yang dikasihi
sekalian.

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.

Saya, Muhammad Dannish Farish bin Mohd Nasir selaku Ketua Program SULAM 2021/2022, terlebih
dahulu ingin bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia serta taufik dan inayahnya,
kita dapat sama-sama berkumpul pada pagi ini bagi mendengar taklimat tentang “Fake News”.
Seperti yang kita sedia maklum, program ini merupakan salah satu jalinan antara Fakulti Komunikasi
dan Pengajian Media UiTM Kampus Alor Gajah, Melaka dengan Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia, bagi menjayakan program SULAM di bawah kod subjek COM540 Media Law,
Regulations and Ethics.

Fake News atau berita palsu merupakan salah satu isu yang sangat sering muncul di media massa
pada masa kini. Kesahihan sesuatu berita seringkali menjadi tanda tanya terutamanya apabila ia
mula tersebar luas melalui media sosial dalam masa yang sangat pantas. Adalah tanggungjawab kita
sebagai seorang pengguna untuk sentiasa memastikan kesahihan sesuatu berita sebelum
dikongsikan kepada masyarakat. Seiring dengan cogan kata popular “Tak Pasti, Jangan Kongsi”,
pelbagai inisiatif telah digerakkan oleh SKMM dan badan-badan kerajaan dalam membudayakan
menyemak kesahihan sesuatu maklumat terlebih dahulu sebelum dikongsi kepada orang lain.
Antaranya, wujud portal Sebenarnya.MY yang merupakan pusat sehenti bagi pengguna menyemak
kebenaran sesuatu berita yang tular. Portal ini juga turut memberikan maklumat lain seperti cara
menangani “Fake News” dan “Troll” serta membudayakan penggunaan Internet secara berhemah
dan beretika.

Oleh itu, diharapkan agar program pada pagi ini dapat memberi banyak ilmu pengetahuan baru
kepada hadirin sekalian. Semoga segala ilmu yang diberikan dapat kita manfaatkan dengan baik.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai