Anda di halaman 1dari 8

BIODATA

1204965 Lkpl Muhd Faisal bin Ab Rahman telah dilahirkan di selama perak Disember 1995
dan merupakan anak kedua daripada tiga adik beradik. Telah mendirikan rumahtangga bersama
Puan Nur Syazana binti Othman. Mula menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 29
Mei 2019 dengan kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia dan ditempatkan dalam Kor Rejimen
Renjer Diraja. Pasukan mula berkhidmat adalah Batalion Kesepuluh Rejimen Renjer Diraja
sebagai anggota Repalman.

KETERBUKAAN WARGA TENTERA DENGAN MEDIA SOSIAL BOLEH MEMBERI


IMPAK YANG POSITIF DAN NEGATIF KEPADA PERKHIDMATAN
1204965 LKPL MUHD FAISAL BIN AB RAHMAN – 9 RRD

Sinopsis

Media sosial adalah sebagai satu aplikasi yang menjadi perantaraan atau saluran komunikasi
yang dapat menyampaikan maklumat kepada orang ramai dalam masa yang cepat. Pada masa
kini, secara keseluruhannya, media sosial mempunyai tempat di setiap pekerjaan tanpa mengira
usia tua dan muda. Anak kecil seawal usia enam bulan telah pun didedahkan dengan
penggunaan media sosial. Malah, ada yang lahir juga diperkenalkan melalui media sosial
kerana ia menjadi satu trend dalam kalangan masyarakat pada zaman moden ini. Sekiranya kita
mahu mengetahui sesuatu tentang hal ehwal dunia, segala maklumat di hujung jari. Sejarah
awal media massa diperkenalkan pada tahun 1978, papan buletin adalah merupakan aplikasi
terawal keluar, ia berfungsi untuk memuat turun maklumat dan komunikasi melalui surat
elektronik dalam menyebarkan data dan maklumat kepada masyarakat. Friendster dan
MySpace adalah jaringan media sosial yang terawal dicipta untuk perhubungan sosial yang
menggabungkan masyarakat sosial sebelum wujudnya Facebook, Twitter dan Instagram.
Aplikasi-aplikasi itu lebih moden dan mudah untuk digunakan sejajar dengan perkembangan
teknologi. Ianya diperbaharui dari masa ke semasa untuk mencapai tahap keberkesanan
penggunaannya kepada masyarakat dan bukan sahaja dalam hubungan sesama manusia malah
ia juga digunakan dalam bidang perniagaan bagi mempromosikan produk mereka. Realitinya
apa saja yang dicipta mengikut arus pemodenan tentu akan memberi kesan dan pengaruh
kepada kita. Kesan dan pengaruh daripada penggunaan media sosial ini, banyak memberi
impak kepada warga tentera sama ada kebaikan mahupun keburukan dalam kehidupan harian
warga tentera. Kita seharusnya bijak dan profesional dalam menggunakan media sosial sejajar
dengan arus pemodenan dan negara maju agar kita tidak ketinggalan dan tenggelam ditelan
zaman.

Pada era globalisasi ini, kemajuan teknologi yang merentas masa dan jarak yang
dahulunya mustahil tetapi kini tidak lagi dengan wujudnya pelbagai teknologi yang berkaitan
rapat dengan kehidupan kita. Antaranya adalah laman media sosial di mana kita boleh bersosial
atau berhubung dengan seseorang dengan hanya menggunakan teknologi seperti telefon pintar
dan jalur lebar pada bila-bila masa dan di mana sahaja kita berada. Corak perhubungan
manusia sudah tiada penghalang kerana kita mampu menghubungi secara “real time” atau
bermaksud masa sebenar hasil dari kemajuan aplikasi yang telah dibangunkan bagi
memudahkan komunikasi dan perhubungan di antara manusia. Media sosial merupakan salah
satu saluran komunikasi terkini yang membolehkan penyebaran dan perkongsian maklumat
dilakukan dengan cepat dan meluas menerusi Internet. Ia juga membantu individu untuk
menjalinkan hubungan yang lebih erat dengan rakan melalui interaksi secara dua hala. Di
samping kelebihan dan kebaikan tersebut, platform ini juga merupakan satu gudang sumber
maklumat yang boleh dikongsikan bersama pihak musuh, organisasi perisikan, kumpulan
pengganas, penjenayah, penggodam dan lain-lain. Ciri-ciri keterbukaan media sosial hari ini
amat membimbangkan seluruh organisasi tentera, warga tentera dan keluarga tentera. Semua
warga tentera seharusnya berhati- hati bagi memastikan setiap maklumat yang ingin
dikongsikan adalah bersesuaian dan tidak menjejaskan kepentingan keselamatan negara serta
menyentuh imej tentera itu sendiri. Walaupun media sosial ini bukan satu platform rasmi tetapi
penggunaannya oleh warga tentera tidak boleh dinafikan. Keterbukaan warga tentera terhadap
media sosial pada masa kini boleh membawa impak yang positif dan negatif kepada
perkhidmatan baik dari segi kebaikan dan keburukan terhadap perkhidmatan Angkatan Tentera
Malaysia.
(247 patah perkataan)

Pewujudan aplikasi-aplikasi sosial media ini telah memberi pelbagai faedah kepada
penguna-penggunanya. Di antara faedah menggunakan laman sosial adalah kita dapat
berhubung dengan kenalan kita dan keluarga tersayang. Laman sosial seperti Facebook telah
memberikan satu dimensi baru dalam bersosial antara manusia di mana kita boleh berkawan
dan mencari rakan yang telah lama menghilang serta kita boleh berkongsi apa saja yang kita
rasakan sesuai. Ia juga boleh menjadi tempat di mana satu hari atau detik istimewa dalam
hidup kita untuk dikongsikan di laman sosial dan boleh disimpan serta dilihat semula kelak
sebagai memori kita. Selain dari aplikasi Facebook, kita juga boleh berkomunikasi secara terus
dengan penggunaan aplikasi Whatsapp. Dengan adanya aplikasi tersebut warga tentera boleh
menyampaikan sesuatu maklumat kepada orang lain secara cepat dan terus seperti contoh
berita kemalangan, kematian dan lain-lain. Aplikasi Whatsapp ini juga boleh mengeratkan
hubungan kekeluargaan sesama kita dengan panggilan video yang terdapat pada aplikasi
tersebut, ini memudahkan warga tentera sekiranya berada jauh diperantauan menghubungi dan
besua muka dengan orang yang tersayang.
(164 patah perkataan)

Selain itu, laman sosial juga dapat memberikan warga tentera menambahkan ilmu
pengetahuan dari segi pelbagai perkara. Kita dapat bertukar pandangan, cadangan dan
berkongsi ilmu yang baru melalui rangkaian alam maya. Agensi wartawan atau berita juga
menggunakan laman sosial di mana berita-berita terkini atau isu semasa dan terkini dapat
disampaikan secara terus tanpa menunggu siaran berita televisyen. Tambahan pula,
perkongsian ilmu di laman sosial tidak terhad dengan penulisan sahaja, pendekatan seperti
video telah menjadikan laman sosial lebih interaktif dan manfaat kepada semua warga tentera.
Laut ditimba tidak akan kering, begitulah perumpamaan peribahasa melayu di mana pengajian
ilmu pengetahuan tidak akan habis selagi hayat dikandung badan. Laman sosial juga boleh
membawa kita ke dimensi baru di mana kita boleh berkongsi hasil kreativiti kita kepada semua
orang. Dengan hasil itu, siapa yang tahu kita boleh menjadi sebahagian penyumbang kepada
kemajuan negara.
(138 patah perkataan)

Laman sosial juga telah membawa kepada perubahan yang drastik kepada bidang
perniagaan. Warga tentera dapat mempromosi dan memprodukkan barang mereka kepada
golongan sasaran menggunakan kos yang lebih rendah dan mudah. Jika dahulu kos
pengiklanan di televisyen atau papan tanda jalan raya boleh mencecah ribuan ringgit tetapi
dengan kemudahan teknologi hari ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh warga tentera dalam
menguasai cara dan ilmu mempromosikan produk menggunakan laman sosial sebagai contoh
mereka dapat menyampaikan imej produk mereka daripada pelanggan terdahulu tentang
produk mereka sebagai strategi mempromosikan produk di laman sosial media. Dengan adanya
kemudahan ini anggota dapat menambahkan sumber pendapatan semasa dan boleh menjana
pendapatan sampingan yang lebih stabil memandangkan kos sara hidup pada masa kini amat
tinggi.
(116 patah perkataan)

Melalui laman sosial juga, kita dapat mencari kenalan baru dan berkongsi hobi serta
minat yang sama. Mereka boleh menyertai kumpulan atau aktiviti seperti berbasikal yang
dianjurkan oleh kelab atau persendirian di laman sosial media bagi mengisi masa lapang
mereka daripada terlibat dengan aktiviti-aktiviti atau gejala-gejala yang tidak berfaedah.
Sekiranya minat mereka terhadap hobi yang sihat ini menjadi semakin berkembang maka
mereka boleh menggunakan platform media sosial ini untuk berkongsi bakat mereka kerana
mampu menjana pendapatan sampingan anggota itu sendiri. Selain dari itu juga, dengan adanya
pengaruh media sosial melibatkan gaya hidup dan kelebihan tentera yang menular di media
sosial dapat memberikan impak yang besar kepada masyarakat untuk menyertai tentera
contohnya kita dapat lihat peningkatan orang awam yang ingin menceburi bidang ketenteraan
dengan adanya penambahan orang awam menyertai sesi temuduga kemasukan tentera.
Penyebaran melalui media sosial memudahkan masyarakat yang berminat memasuki tentera
menjadi lebih mudah dan cepat. Dengan adanya minat yang mendalam terhadap bidang
ketenteraan ini, ia sedikit sebanyak melahirkan generasi tentera yang berkualiti dan terbaik di
era pemodenan ini.
(169 patah perkataan)

Di sebalik banyak kebaikan dalam media sosial yang dilihat pada hari ini, media sosial
juga memberikan impak keburukan kepada organisasi tentera. Jika disalahgunakan, ia
membinasakan dan elemen perosak kepada organisasi ketenteraan seandainya penggunaannya
melebihi kebaikan. Antaranya, ia boleh merosakkan dan menjejaskan keselamatan negara
dengan adanya penyebaran maklumat yang penting dikongsikan di Media sosial seperti contoh
berkongsi dan menularkan aktiviti dan operasi yang dilaksanakan di kawasan Operasi. Ini
boleh mengakibatkan kebocoran maklumat dan kerahsiaan sesuatu operasi yang sedang
dilaksanakan serta boleh mengundang bahaya sekiranya perkara tersebut diketahui oleh musuh
negara. Media sosial juga boleh membawa keburukan dari segi ketulenan atau kesahihan
sesuatu berita atau maklumat yang dibaca di media sosial. Dengan informasi di hujung jari
warga tentera terdedah dengan pelbagai bentuk berita atau maklumat yang palsu. Sekiranya
pembaca tidak berhati-hati dalam menentusahkan ketulenan sumber berita atau maklumat
tersebut dan kemudiannya berkongsi berita atau maklumat palsu itu, ia akan mengakibatkan
berita atau maklumat tersebut menjadi tular. Sedikit sebanyak perkongsian berita atau
maklumat tidak sahih itu akan menjejaskan atau memudaratkan mana-mana pihak yang terlibat
dengan penularan berita atau maklumat tersebut. Selain menjadi tempat penyebaran berita atau
maklumat palsu, media sosial juga dilihat sebagai medan atau alat untuk menyebarkan fitnah
untuk menjatuhkan atau untuk memalukan seseorang. Perkara ini dilihat sebagai hampir
normal pada masa sekarang dan ini adalah perkembangan yang tidak sihat bagi warga tentera
yang sedang menuju negara maju. Ini merupakan cabaran yang agak susah hendak ditangani
kerana segelintir warga tentera dan ahli BAKAT yang mudah terpengaruh dengan fitnah atau
tohmahan yang terdapat dalam media sosial. Terdapat juga segelintir anggota gemar untuk
melayari laman-laman web yang berunsur negatif seperti laman web pornografi. Ini amat
membimbangkan kerana warga tentera terdedah secara langsung atau tidak langsung kepada
kepada unsur-unsur negatif yang bertebaran di internet.
(289 patah perkataan)
Pergaulan tanpa batasan melalui aplikasi WhatsApp, WeChat dan pelbagai aplikasi
Meet and Greet yang lain turut menyumbang kepada masalah sosial yang dihadapi oleh warga
tentera ketika ini. Warga tentera dilihat sebagai mangsa yang mudah untuk diperdaya oleh
pemangsa-pemangsa seksual bagi pelbagai tujuan yang tidak bermoral. Perkara ini
sememangnya merupakan salah satu cabaran yang nyata bukan sahaja bagi anggota tentera,
malah ahli BAKAT juga terperangkap dalam mainan yang dilakukan oleh pemangsa-pemangsa
dalam media sosial. Lanjutan daripada permasalahan gejala di atas, aplikasi Meet and Greet
yang dinyatakan di atas juga didapati menjadi penyumbang kepada kes-kes perceraian di
kalangan warga tentera. Menurut pakar psikologi dan Dekan Fakulti Pendidikan Universiti
Malaya, Prof Madya Dr Mariani Mohd Nor berkata aplikasi seperti WhatsApp boleh menjadi
platform untuk pasangan meluahkan perasaan marah apabila berhadapan dengan konflik rumah
tangga. Sebab utama bagi kes-kes perceraian tersebut adalah disebabkan oleh pergaulan bebas
tanpa batasan pasangan-pasangan tersebut dalam aplikasi WhatsApp dan sebagainya.
Pergaulan tanpa batasan melalui aplikasi seperti WhatsApp, WeChat dan sebagainya ini akan
mengakibatkan institusi kekeluargaan itu sendiri akan terjejas dan seterusnya akan
mengakibatkan keretakan rumah tangga dan juga perceraian. Kesan daripada perceraian
tersebut bukan sahaja akan menjejaskan pasangan itu sendiri, akan tetapi anak-anak juga akan
terjejas dan juga orang yang terdekat dengan pasangan tersebut juga akan mendapat tempias
daripada perceraian tersebut dan semuanya diakibatkan oleh penyalahgunaan media sosial.
Setiap pengguna media sosial perlulah menggunakan apa-apa aplikasi dengan berhati-hati dan
penuh tanggungjawab bagi memastikan penggunaan media sosial itu tidaklah bertentangan atau
bercanggah dengan tujuan sebenar media sosial itu diwujudkan kerana penyalahgunaan sesuatu
media sosial itu akan memberikan kesan yang sangat jauh (far-reaching effect).
(263 patah perkataan)

Media sosial juga dijadikan sebagai tempat atau medan untuk mengukur populariti
segelintir anggota tentera di laman media sosial. Terma-terma seperti “instafamous”,
“tweeting”, “trending” dan seumpamanya lahir daripada penggunaan media sosial pada masa
kini. Namun, perkara ini secara tidak langsung telah memberikan atau mengakibatkan
segelintir anggota tentera leka dan lalai dengan dunia yang dicipta di alam maya tersebut. Ini
dapat dilihat apabila segelitir anggota tentera menggunakan media sosial berusaha sedaya
upaya untuk menangkap dan memuat naik gambar-gambar mereka yang paling “sempurna”
berpakaian seragam untuk tatapan pengguna media sosial yang lain dan cuba untuk
mendapatkan “likes” seberapa banyak yang boleh. Hakikatnya gejala ini akan menyebabkan
organisasi ketenteraan akan dipandang serong dimata masyarakat. Selain itu, media sosial juga
menyebabkan mereka tidak lagi fokus kepada tugas dan pekerjaan mereka contohnya ada
segelintir anggota tentera yang terlibat dengan “live” di facebook dan media sosial yang lain
sehingga awal pagi sehinggakan mereka melupakan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai
seorang anggota tentera. Imej sebagai seorang anggota tentera juga akan tercemar dengan
adanya segelintir anggota yang terlibat dengan hiburan berpakaian seragam tentera, ini boleh
membuat masyarakat berpandangan serong terhadap tentera. Keadaan ini boleh mencemarkan
displin sebagai seorang anggota tentera dan merugikan diri sendiri.
(195 patah perkataan)

Pengguna Media sosial juga terdedah dengan scammer iaitu orang yang menipu dengan
tujuan memperdayakan untuk mendapatkan keuntungan. Sebenarnya, mereka ini wujud apabila
kita sendiri membuat pendedahan yang bukan lagi privasi. Mereka mengambil kesempatan
setelah mengkaji dan mendapat maklumat daripada aplikasi media sosial yang dimuat turun
tanpa kita sedari. Kebanyakan warga tentera akan tepengaruh dengan janji manis yang
diungkapkan oleh para scammer untuk menjadi kaya akibatnya anggota tentera akan
mengalami kerugian yang besar dari penipuan itu dengan mengkreaditkan sejumlah wang
kepada scammer bagi mendapat keuntungan yang besar sebaliknya mereka tidak tahu yang
mereka sedang di tipu.
(95 patah perkataan)

Pengguna media sosial juga akan terdedah dengan sebarang maklumat yang dihantar
secara online ke rangkaian sosial merupakan public domain. Maklumat di public domain
boleh dikongsi dan diguna pakai oleh semua orang secara percuma. Sesiapa sahaja yang
berkemahiran boleh mengambil maklumat tersebut dengan mudah dan dimanipulasi bagi
sebarang tujuan baik dan jahat tanpa diketahui oleh si penghantar. Maklumat yang dikongsi
di media sosial boleh diekploitasi oleh sesiapa sahaja yang berkepentingan. Segala apa yang
diperbualkan dan apa sahaja maklumat yang dimuat naik ke media sosial boleh dijadikan
sebagai sumber pengumpulan maklumat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab atau
berniat jahat. Perlu difahami bahawa tidak semua pengguna media sosial memahami
mekanisma keselamatan dan implikasi negatif terhadap perkongsian maklumat atas talian.
Apabila maklumat dikongsi secara atas talian, berkemungkinan besar maklumat tersebut akan
diekploitasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab atau berniat jahat untuk kepentingan
mereka. Keadaan ini boleh menjejaskan integriti data dan boleh memberi ruang kepada pihak
yang tidak bertanggungjawab atau berniat jahat untuk cuba mendapatkan akses terhadap
komputer bagi melaksanakan penyuluhan terhadap data-data yang disimpan di dalam
komputer. Pengumpulan Maklumat Strategik Kebanyakan agensi perisikan siber asing
berusaha untuk mengumpul maklumat strategik negara ini melalui platform siber sama ada
sumber terbuka atau aktiviti penggodaman. Maklumat strategik ini akan digunakan untuk
pelbagai kepentingan perisikan mereka atau melancarkan serangan/ancaman siber ke negara
ini jika perlu. Maklumat strategik boleh dikupulkan melalui perkongsian maklumat di media
sosial seperti maklumat peribadi, organisasi, perjawatan atau apa sahaja maklumat di atas
talian. Kebanyakkan pengguna media sosial tidak menyedari tentang ancaman tersebut. Ini
memberi kelebihan kepada pihak musuh untuk mengakses segala maklumat peribadi atau
organisasi yang dikongsi atas talian dengan mudah. Semakin banyak maklumat yang
diperolehi, semakin banyak kesempatan yang boleh diambil ke atas pengguna. Agensi
perisikan siber asing juga boleh menyamar sebagai rakan media sosial yang sentiasa mencuri
maklumat dari pengguna tanpa disedari untuk kepentingan negara mereka. Penyamaran
(Impersonation) Pihak berkepentingan boleh menyamar sebagai seorang rakan yang dikenali
semasa berada di atas talian media sosial. Mereka menggunakan maklumat peribadi orang
lain seperti lokasi, hobi, kegemaran, keluarga dan rakan-rakan untuk menyamar di media
sosial bagi tujuan pengumpulan dan pemintasan maklumat untuk agensi mereka. Mereka boleh
menyamar sebagai rakan yang dipercayai atau cuba mempengaruhi kita bahawa mereka
mempunyai kebenaran untuk mengakses maklumat peribadi orang lain atau sebarang maklumat
terperingkat. Kod Perosak (Malicious Code). Kod Perosak dicipta khusus untuk mengakibatkan
kerosakan, kecurian maklumat, kemusnahan atau kesukaran kepada perjalanan lancar sistem
ICT. Ia merupakan satu platform mudah untuk melaksanakan kejuruteraan sosial (social
engineerin, ekploitasi siber dan juga serangan siber. Tafsiran Kod Perosak termasuk virus,
worm, trojan horsedan logic bomb Kod Perosak mudah disebarkan melalui rangkaian
rangkaian media sosial seperti ketika sedang bersembang (chatting), muat turun sesuatu fail,
perkongsian fail, penggunaan aplikasi yang diragui dan sebagainya.
(448 patah perkataan)

Kesimpulannya, media sosial memberikan kesan dan pengaruh baik serta buruk kepada
warga tentera pada masa kini. Setiap warga tentera pengguna media sosial mempunyai
tanggungjawab masing-masing dalam mengaplikasikan penggunaan media sosial dengan cara
tersendiri. Gunakan kemudahan ini secara seimbang, baik dari segi akademik, fizikal atau
mental dan tidak berlebihan sehingga memudaratkan diri. Media sosial adalah tanggungjawab
semua. Penggunaan laman media sosial dengan bijak mampu memberikan faedah yang
berganda kepada kehidupan kita. Penerapan etika yang baik dan mempelajari pendekatan
interaktif dalam aplikasi-aplikasi media sosial adalah perkara utama dalam memanfaatkan
laman media sosial. Maka, setiap individu warga tentera hendaklah bersama-sama celik ilmu
dalam menggunakan laman sosial media agar kita semua dapat memanfaatkan penggunaannya
dengan sebaik mungkin. Marilah bersama-sama mengatur langkah menjadi warga tentera yang
bijak dalam menggunakan teknologi agar dapat melahirkan negara yang berdaya saing dan
kompetitif dalam kemajuan globalisasi ini seiringan dengan pemodenan.
(141 patah perkataan)

(2265 patah perkataan)

Bibliografi
Azis Misran. May 2015. Garis panduan media sosial angkatan tentera malaysia diakses pada
24 April 2023 daripada https://docplayer.info/45526935-Garis-panduan-media-sosial-
angkatan-tentera malaysia.html

Stephanie Juanita anak Ahlee. 11 Julai 2022. Kesan baik dan buruk media sosial terhadap
masyarakat diakses pada 23 April 2023 daripada https://ikram.org.my/media-sosial-kesan-baik-
dan-buruk-terhadap-masyarakat/

Ipendidikan. September 2019. Kebaikan dan faedah menggunakan laman sosial diakses pada
24 April 2023 daripada https://www.ipendidikan.my/faedah-menggunakan-laman-sosial.html

Fatin Lieyana Bt Muhd HairulZaki 17 Jul 2022. Kebaikan dan Keburukan Media Sosial. 24
April 2023 daripada https://sahih.com.my/kebaikan-dan-keburukan-media-sosial/

Rujukan

1. Perintah Am Angkatan Tentera (PAAT) Bil 1/13 Perintah Pencegahan


Pencemaran
Maklumat ATM Melalui Platform Siber bertarikh 14 Jan 2013.

2. Garis Panduan Tatacara Pemilihan Kandungan Media Sosial MAMPU


bertarikh 12
Oktober 2011.

3. Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU “Amalan Terbaik Penggunaan Media


JaringanSosial”
bertarikh 8 April 2011.

4. Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU “Penggunaan Media Jaringan Sosial di Sektor
Awam”bertarikh 19 November 2009.
5. Garis Panduan Pelaksanaan Blog Bagi Agensi Sektor Awam bertarikh 17 Julai
2009.

6. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2003 iaitu “Garis Panduan
Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di Agensi-Agensi Kerajaan”

Anda mungkin juga menyukai