Anda di halaman 1dari 48

7 MASALAH

PEMBELAJARAN & PERKEMBANGAN


KANAK-KANAK YANG
IBU BAPA & GURU PERLU TAHU

TOPIK MENARIK DALAM EBOOK INI :

Tantrum adalah Sejenis Komunikasi


ADHD : Bukan Degil atau Nakal
3 Jenis Kelainan Kanak-Kanak Autisme
Ada Apa Dengan Lewat Bertutur Kanak-Kanak?
Kanak-Kanak Belajar Melalui Imitasi
Masalah 3M dalam Kanak-Kanak
Bonus : Atasi Masalah Ketagihan Gajet
TANTRUM IALAH
SEJENIS KOMUNIKASI
ADAKAH ANAK ANDA SERING
MENGALAMI MASALAH TANTRUM?
Kebanyakan ibu bapa yang memiliki anak dalam lingkungan 2 sehingga 4
tahun pasti pernah mengalami masalah anak tantrum. Anak-anak yang
mengalami tantrum berlarutan akan menyebabkan ibu bapa keliru dalam
mengenal pasti punca dan cara terbaik untuk mengurangkan masalah ini.

Definisi tantrum bukan sahaja bermaksud ledakan emosi yang menyebabkan


mereka mengamuk, namun tantrum merupakan salah satu cara untuk anak-
anak meluahkan perasaan kecewa dalam diri. Dalam erti kata lain,

Tantrum = Sejenis Bahasa


(Melalui Tingkahlaku)

"Terletak kepada kita untuk menghukum mereka melalui pandangan mata


kasar atau memahami isi hati mereka melalui hati kita."

Dalam mengatasi anak-anak yang mengalami tantrum, sesetengah ibu


bapa sering menggunakan teknik seperti penggunaan ayat atau tindakan
yang tegas untuk mendidik anak kerana menganggap masalah tantrum
berpunca dari sikap degil dan manja anak-anak.

7 MASALAH PEMBELAJARAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK YANG PERLU IBUBAPA DAN GURU TAHU | 03
Walhal, tantrum adalah satu cara kanak-kanak meluahkan perasaannya
apabila mereka terperangkap dalam satu situasi yang membuatkan mereka
berasa hilang kawalan. Perasaan mereka menjadi bercampur-aduk seperti
marah dan keliru atau sedih dan serba salah.

Kebiasaannya, kanak-kanak akan menunjukkan masalah tantrum kepada


orang yang paling mereka rapat terutama ibu bapa (orang yang mereka
selesa).

Ibu bapa harus mengambil langkah dengan segera bagi mengelakkan


masalah tantrum berlaku dengan lebih kerap dan berterusan. Selain
daripada mengenal pasti langkah mengawal anak tantrum, ibu bapa juga
seharusnya membawa anak berjumpa psikologis bagi mendapat khidmat
konsultasi untuk mengenal pasti punca tantrum serta langkah seterusnya
yang dinasihatkan oleh psikologis.

TANTRUM VS MELTDOWN

Mahu kawalan terhadap sesuatu objek atau aktiviti


Sebagai tanda protes atau ekspresikan diri (melalui tindakan,percakapan dll)
Hilang kawalan terhadap tindakan diri sendiri
Sensori / deria yang terbeban dengan terlalu banyak informasi

7 MASALAH PEMBELAJARAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK YANG PERLU IBUBAPA DAN GURU TAHU | 04
BUKAN DEGIL ATAU
NAKAL
Attention-deficit/hyperactivity disorder (ADHD) merupakan satu gangguan
perkembangan yang serius. Ia muncul semasa fasa kanak-kanak dan
mungkin berterusan sehingga menginjak dewasa.

Secara mudah, pesakit dengan ADHD diklasifikasikan sebagai tidak teratur


dan tidak dapat menyelesaikan tugas tanpa bimbingan yang berterusan dari
penjaga kerana mereka sering beralih dari satu kerja ke pekerjaan yang lain.
Mereka ini kerap kali mudah terganggu dan mengalami kesulitan menurut
arahan.

ADHD ini boleh berlaku pada kanak-kanak, juga dewasa.

7 MASALAH PEMBELAJARAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK YANG PERLU IBUBAPA DAN GURU TAHU | 06
DATA MENGENAI ADHD

Merujuk kepada data terkumpul dari Centres for Disease Control and
Prevention (CDC), jumlah kanak-kanak di Amerika Syarikat yang
didiagnosis dengan ADHD adalah hampir 6 juta.

Manakala, Attention Deficit Disorder Association telah melaporkan ADHD


sebagai gangguan yang sangat lazim dianggarkan mempengaruhi 5%
hingga 10% kanak-kanak dan 3% hingga 6% orang dewasa di seluruh
dunia.

Pada masa ini peratusan di Malaysia adalah 3.9% dan lebih tinggi berlaku
pada lelaki berbanding perempuan.

Tetapi masih ramai lagi masyarakat di luar sana terutamanya ibu bapa yang
mengabaikan isu ini. Ramai kanak-kanak dengan ADHD didaftarkan dalam
pendidikan arus perdana tanpa bantuan dan program khusus yang
menyebabkan mereka ketinggalan dalam pembelajaran berbanding rakan
seusia. Kesukaran pembelajaran dan psikososial yang dihadapi kanak-
kanak atau dewasa dapat ditambah baik dengan adanya kesedaran,
penilaian dan pengurusan awal.

7 MASALAH PEMBELAJARAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK YANG PERLU IBUBAPA DAN GURU TAHU | 07
FAKTOR PENYUMBANG ADHD

ADHD adalah tiga kali ganda lebih mudah berlaku pada lelaki berbanding perempuan
serta lebih biasa dialami oleh anak pertama. Antara faktor yang terlibat adalah:

GENETIK
Kanak-kanak dengan ADHD adalah dua hingga lapan kali lebih
berkemungkinan mempunyai ibu bapa dengan ADHD.

KELAHIRAN PRA-MATANG
KECEDERAAN KETIKA LAHIR
Lebih daripada dua kali ganda
risiko mendapat ADHD. Kanak-kanak yang mengalami
kecederaan otak traumatik

BERAT RENDAH SEMASA LAHIR


Dua atau tiga kali ganda berlakunya TEKANAN PRENATAL
ADHD.
Tekanan psikologi ibu semasa kehamilan

IBU MEROKOK/MINUM ALKOHOL MENONTON SKRIN PADA USIA


SEMASA HAMIL MUDA (BAWAH 3 TAHUN)
Menaikkan masalah impulsif dan Membawa kepada masalah memberi
perhatian kepada anak yang bakal perhatian pada usia 7 tahun
dilahirkan.

7 MASALAH PEMBELAJARAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK YANG PERLU IBUBAPA DAN GURU TAHU | 08
SIMPTOM ADHD

Tiga gejala utama bagi ADHD ialah tidak memberi tumpuan/perhatian,


hiperaktif dan desakan (impulsivity). Gejala ini berlaku serentak dengan
kekurangan kemahiran insaniah (soft skill) seperti komunikasi sosial yang
membawa kepada masalah pengurusan kehidupan seharian.

Individu dengan ADHD ini seringkali menghadapi masalah jangka masa


panjang dalam pembelajaran, di tempat kerja, dalam institusi
kekeluargaan, kehidupan sosial malahan dalam organisasi.

Kurang daya tumpuan / Tak boleh duduk diam

Mesti wujud sebelum berumur 12 tahun

Tingkah laku ini bukan disebabkan oleh kecelaruan mental

Tingkah laku itu kekal lebih daripada 2 tempat (kelas, rumah, kedai)

Tingkah laku itu wujud selama lebih 6 bulan

Sangat menganggu fungsi sosial dan harian

7 MASALAH PEMBELAJARAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK YANG PERLU IBUBAPA DAN GURU TAHU | 09
JENIS-JENIS ADHD

Dua kategori bagi ADHD dikenali sebagai tidak memberi tumpuan dan
hiperaktif-impulsif. Bagi memenuhi kriteria diagnostik untuk kedua-dua
kategori ini, individu perlu mempunyai 6 atau lebih daripada gejala-gejala
dari salah satu kumpulan kriteria.

KATEGORI 1

Seperti tak beri perhatian apabila bercakap


Tak suka sesuatu yang memerlukan fokus
Tak dapat ikut arahan dan mudah hilang fokus
Sering terlupa barang

KATEGORI2

Memanjat dan berlari semasa situasi kurang sesuai


Terus buat sesuatu tanpa berfikir dahulu
Menjawab terus sebelum habis diajukan soalan
Sukar bermain dalam diam

7 MASALAH PEMBELAJARAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK YANG PERLU IBUBAPA DAN GURU TAHU | 11
TERAPI DAN RAWATAN
ADHD mempunyai beberapa cara pengurusan atau rawatan seperti
pemulihan dalam pendidikan, psikoterapi individu, terapi keluarga dan
dengan pengambilan ubat-ubatan terutama bagi dewasa seperti
Atomoxetine, Amphetamine dan Methylphenidate.

Kanak-kanak atau dewasa yang mempamerkan beberapa kriteria yang


berkaitan, boleh dibawa berjumpa dengan mereka yang lebih professional
bagi melakukan penilaian awal. Diagnosis yang tepat boleh membawa
kepada pilihan rawatan yang lebih baik.

7 MASALAH PEMBELAJARAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK YANG PERLU IBUBAPA DAN GURU TAHU | 12
TIGA JENIS

KELAINAN
KANAK- KANAK AUTISME
APA ITU AUTISME?
Pengenalan secara ringkas dan menyeluruh Autisme, atau nama saintifiknya
Autism Spectrum Disorder (ASD) merupakan sebuah kecelaruan
perkembangan-neuro (neuro-developmental disorder). Mengikut kajian
pakar, Autisme dijelaskan melalui teori “Triad of Impairments”, iaitu 3 jenis
ketidakupayaan ini:

KOMUNIKASI SOSIAL

Susah memahami analogi atau metafora. Contohnya, "Boleh gatal kepala


memikirkan mana nak cari duit”. Mereka akan faham yang kita maksudkan
kepala gatal macam gatal nyamuk.

HUBUNGAN SOSIAL

Konsep bergaul yang asas seperti memandang mata apabila bercakap,


mereka tak mampu atau faham untuk melakukannya, lalu kanak-kanak
Autism dilihat tenggelam dalam 'dunia'nya sendiri.

IMAGINASI TERHAD

Tak mampu nak berimaginasi dengan mainan. Contohnya, mainan kereta


dipegang-pegang, dibaling-baling atau disusun berderet dan bukan
mengikut fungsi kereta.

7 MASALAH PEMBELAJARAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK YANG PERLU IBUBAPA DAN GURU TAHU | 14
10 PETANDA KANAK-KANAK
MEMPUNYAI AUTISME

Tak sensitif nama sendiri


apabila dipanggil
(tiada respons)

Selalu / Suka berseorangan


(berada dalam dunia sendiri)

Tidak memahami kenapa


perlunya ‘eye contact’

Kesukaran memahami emosi /


perasaan orang lain
atau diri sendiri

7 MASALAH PEMBELAJARAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK YANG PERLU IBUBAPA DAN GURU TAHU | 15
10 PETANDA KANAK-KANAK
MEMPUNYAI AUTISME

Marah apabila berlaku


sesuatu perubahan jadual
(rigid)

Lambat bercakap atau tak


bercakap langsung, atau
Echolalia

Minat yang amat mendalam


Selalu melakukan sesuatu
terhadap sesuatu
perbuatan berulang-ulang kali
yang spesifik
(self-stimulation)

7 MASALAH PEMBELAJARAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK YANG PERLU IBUBAPA DAN GURU TAHU | 16
10 PETANDA KANAK-KANAK
MEMPUNYAI AUTISME

Deria yang terlalu/kurang


sensitif (hyper/ hypo
sensitivity)

Tiada / kurang kemampuan


untuk konsep ‘pretend play’

INI HANYALAH PETANDA DAN SIMPTOM AWAL SAHAJA.

Sila berjumpa dengan pihak pakar* untuk mendapatkan


diagnosis yang tepat dan lengkap.

*Pakar = Psikologis Klinikal, Pakar Kanak-Kanak, Psikiatris dll

7 MASALAH PEMBELAJARAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK YANG PERLU IBUBAPA DAN GURU TAHU | 17
ADA APA DENGAN

LEWAT BERTUTUR?
BAGAIMANA NAK TAHU PERKEMBANGAN
BAHASA ANAK MASIH OKAY
ATAU SUDAH LEWAT?

UMUR 0 - 6 BULAN
Mula buat bunyi nada tinggi macam "Aaaaaaaa!!!!" tanpa apa-apa
maksud, tetapi lebih kepada cubaan nak berkomunikasi.

Umur ni juga mula beri respons dengan bunyi persekitaran dia.


Contohnya kita petik jari dari tepi, dia pandang dan mencari-cari
sumber bunyi.

UMUR 7- 11 BULAN
Mula keluar bunyi ringkas (satu patah perkataan sekali sebut)
seperti dada, susu, mama, papa. Walaupun masih pelat, tetapi
masih berupaya untuk sebut.

Mereka mula untuk faham arahan mudah (salam tangan, cium pipi,
bye bye tangan). Umur ni juga mula pandai buat bunyi kenderaan
atau haiwan (mengajuk bunyi/suara sekeliling).

UMUR 1 TAHUN

Mula belajar banyak perkataan baru (10-25 perkataan) dan mula


pandai guna suku kata perkataan yang lebih kompleks. Contohnya,
Makan = Kan. Minum = Num

Umur ni juga mula kenal orang dan pandai panggil nama ahli
keluarga terdekat dan paling familiar. Apabila ditanya mana “papa”,
mampu memahami dan mengenali, mana satu“papa”.

7 MASALAH PEMBELAJARAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK YANG PERLU IBUBAPA DAN GURU TAHU | 19
BAGAIMANA NAK TAHU PERKEMBANGAN
BAHASA ANAK MASIH OKAY
ATAU SUDAH LEWAT?

UMUR 2 TAHUN
Mula dapat sekurang-kurangnya 50 perkataan baru (berkaitan hidup
seharian) dan pandai gabungkan 2-3 patah perkataan sekaligus.

“Adik nak susu.” "Mama, nak balik.” "Papa gi mana?”

Ketika ini juga dah pandai ikut arahan ringkas tanpa bantuan orang
sekeliling (tanpa perlu ditunjuk atau dibantu cara nak buat).
Contohnya, “Ambil susu” , “Tutup pintu” , “Tidur sini.”

UMUR 3 TAHUN
Dapat sebut nama penuh. Pandai bercerita guna ayat yang ada 3-4
patah perkataan sekaligus berdasarkan memori/pengalaman.

“Kawan adik tadi menangis. Bergaduh. Dia nak main. Kawan tak
bagi.”

Umur ni juga dah mula faham soalan 5W1H (Where, When, Why,
Who, What, How). Biasanya kanak-kanak perempuan lebih laju
perkembangan bahasa dia berbanding lelaki.

UMUR 4 TAHUN

Mula pandai guna ayat guna kata hubung / sendi. "Abang lapar
SEBAB tak makan nasi lagi.” "Kakak keluar jalan-jalan DENGAN
adik."

Ketika umur ini juga mula faham konsep dan tahu fungsi sesuatu
objek seharian. Contohnya, kipas untuk waktu panas, kereta untuk
pergi sekolah, tuala untuk lap badan.

7 MASALAH PEMBELAJARAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK YANG PERLU IBUBAPA DAN GURU TAHU | 20
BAGAIMANA NAK TAHU PERKEMBANGAN
BAHASA ANAK MASIH OKAY
ATAU SUDAH LEWAT?

UMUR 5 TAHUN
Pandai guna ayat yang mengandungi lebih daripada 5 patah
perkataan sekaligus.

Juga mula dapat faham arahan kompleks dan berantai.

Contohnya, "Pergi dapur dengan adik, kemudian makan nasi.”


(Dia faham dua arahan sekaligus)
Bahasa dan pertuturan dah seperti orang dewasa.

Ini carta panduan asas sahaja. Kalau awal daripada ini, bagus. Kalau lewat sikit
tak mengapa. Tapi kalau lewat sangat, perlu hantar segera untuk Terapi
Pertuturan untuk 'kejar' balik pencapaian perkembangan.

Lewat Pertuturan ialah satu simptom kepada kecelaruan perkembangan yang


lain seperti Autisme. Tetapi tak semestinya kanak-kanak yang ada Lewat
Pertuturan itu ada Autisme.

Kami di Pusat Pakar Psikologi Jiwadamai ada memberi servis terapi pertuturan
atau apa-apa penilaian psikologi melibatkan Perkembangan Neurologi macam
Autism, ADHD dan lain-lain.

Hubungi 017-269 4852 untuk pertanyaan.

7 MASALAH PEMBELAJARAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK YANG PERLU IBUBAPA DAN GURU TAHU | 21
APRAKSIA
MASALAH PERTUTURAN KANAK-KANAK

Dikenali sebagai Kecelaruan Pertuturan Motor iaitu apabila bunyi


percakapan yang betul tidak dapat dihasilkan oleh kanak-kanak yang
mengalami kecelaruan ini kerana ketidakupayaan mereka untuk
menggerakkan mulut dan lidah walaupun tiada kelemahan pada otot-otot
muka. Kesukaran untuk menyampaikan mesej dari otak ke organ pertuturan
menyebabkan kanak-kanak ini sukar untuk merancang, menyusun dan
menyebut bunyi dan perkataan ketika berkomunikasi.

Kebiasaannya, Apraksia disebabkan oleh kerosakan saraf pada otak yang


berlaku kerana jangkitan, kecederaan kepala, penyakit dan juga faktor
keturunan. Namun begitu, terdapat juga kanak-kanak yang mengalami
masalah ini tanpa faktor penyebab yang diketahui.

Bagi kanak-kanak yang berusia bawah 3 tahun, antara tanda dan simptom
yang dapat dilihat adalah bunyi vokal dan membebel ketika bayi tidak
dihasilkan, sukar untuk menyambung bunyi-bunyi perkataan, lambat
menghasilkan perkataan pertama, mempunyai masalah untuk makan, dan
sebagainya.

7 MASALAH PEMBELAJARAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK YANG PERLU IBUBAPA DAN GURU TAHU | 22
Bagi mereka yang berusia lebih daripada 3 tahun pula, antara tanda dan
simptom Apraksia adalah mereka sukar untur bertutur namun, boleh
memahami apa yang diperkatakan oleh individu lain. Nada suara yang
dihasilkan adalah satu nada (monotonous) atau kurang irama. Pertuturan
individu lain juga susah untuk ditiru serta lidah dan mulut mereka sukar
digerakkan untuk menghasilkan bunyi.

Setiap kanak-kanak mempamerkan simptom yang berbeza. Oleh itu, kaedah


terapi yang bersesuaian dengan tanda-tanda yang ditunjukkan akan
dirancang oleh Terapis Pertuturan Bahasa (TPB) bagi membantu kanak-
kanak dalam menghasilkan bunyi pertuturan seterusnya berkomunikasi
secara efektif.

Selepas kaedah terapi dirancang, ibu bapa boleh membantu anak-anak


dengan menjalankan latihan yang disenaraikan oleh TPB untuk dilakukan di
rumah secara konsisten.

7 MASALAH PEMBELAJARAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK YANG PERLU IBUBAPA DAN GURU TAHU | 23
BAGAIMANA NAK TAHU PERKEMBANGAN
BAHASA ANAK MASIH OKAY
ATAU SUDAH LEWAT?

KEHAMILAN DAN KELAHIRAN


Ibu yang hamil pada usia terlalu muda atau terlalu berusia
Ibu yang mempunyai masalah kesihatan
Ibu yang mengambil alkohol
Bayi pramatang

BIOLOGIKAL
Masalah kesihatan seperti epilepsi
Gangguan perkembangan otak
Masalah pendengaran
Kecelaruan pertuturan motor
Kekurangan nutrisi
Masalah genetik

PERSEKITARAN
Kemiskinan
Penggunaan bahasa oleh individu sekeliling bayi dan kanak-kanak

7 MASALAH PEMBELAJARAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK YANG PERLU IBUBAPA DAN GURU TAHU | 24
APA YANG IBU BAPA BOLEH BUAT DI
RUMAH BERSAMA ANAK-ANAK?
Kanak-kanak kebiasaannya mempelajari sesuatu melalui pemerhatian keadaan
sekeliling. Mereka akan melihat dan meniru apa yang dilakukan oleh individu
lain di hadapan mereka.

Seperti penggunaan bahasa, adalah penting supaya individu yang rapat dengan
kanak-kanak tersebut menggunakan bahasa yang betul agar kanak-kanak
dapat mengikut dengan baik dan membiasakan diri mereka dengan bahasa
tersebut. Berikut merupakan aktiviti yang dapat dilakukan oleh ibu bapa
mengikut umur yang bersesuaian:

0 - 2 TAHUN
Memberi respon apabila anak ketawa.
Bercakap mengenai bunyi haiwan.
Menggunakan isyarat seperti melambai dan menunjuk kepada
sesuatu.
Membaca kepada anak dan bercerita mengenai gambar yang
dipaparkan.
Bercakap dengan anak apabila memandikan, memberi makan
dan memakaikan baju kepada mereka. Menerangkan kepada
mereka apa yang dilakukan oleh anda.
Memberi perhatian kepada anak ketika mereka membuat bunyi
dan bercakap dengan mereka dengan menyebut apa yang
disebut oleh anak.

7 MASALAH PEMBELAJARAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK YANG PERLU IBUBAPA DAN GURU TAHU | 25
APA YANG IBU BAPA BOLEH BUAT DI
RUMAH BERSAMA ANAK-ANAK?

2 - 4 TAHUN
Bercakap dengan jelas apabila berkomunikasi dengan anak-
anak.
Mengulangi apa yang diperkatakan oleh anak-anak untuk
menunjukkan bahawa anda faham apa yang mereka inginkan.
Membantu anak memahami dan menanyakan soalan kepada
mereka dengan menggunakan pendekatan Ya/Tidak.
Guna soalan yang ada pilihan seperti ‘Awak mahu makan ayam
ATAU ikan?’
Bantu anak pelajari perkataan baru seperti anggota badan,
haiwan, buah-buahan.
Bantu anak pelajari irama pertuturan melalui nyanyian lagu-lagu
mudah seperti lagu kanak-kanak.

4 - 6 TAHUN
Memberi perhatian yang penuh apabila anak-anak bercakap.
Mendapatkan perhatian anak sebelum anda bercakap.
Menunjukkan bahawa anda faham apa yang diperkatakan oleh
mereka melalui pemberian pujian.
Memberi peluang untuk anak bercakap dengan berhenti seketika
ketika anda bercakap.
Membantu anak mempelajari perkataan baharu dengan
memberitahu satu perkataan kemudian menjelaskan maksud
perkataan serta memberikan contoh.
Mengkategorikan barang-barang dan mengajar anak untuk
mengenal pasti kumpulan yang bersesuaian.
Membantu anak memahami dan mengikuti arahan.
Menggunakan aktiviti harian untuk mempelajari bahasa seperti
bercakap mengenai makanan atau di mana barang perlu
diletakkan.

7 MASALAH PEMBELAJARAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK YANG PERLU IBUBAPA DAN GURU TAHU | 26
7 MASALAH PEMBELAJARAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK YANG PERLU IBUBAPA DAN GURU TAHU | 27
7 MASALAH PEMBELAJARAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK YANG PERLU IBUBAPA DAN GURU TAHU | 28
MEREKA BELAJAR

MELALUI IMITASI
KANAK-KANAK DAN IMITASI
Pada sekitar tahun 1961, Albert Bandura iaitu seorang ahli Psikologi telah
menjalankan eksperimen yang dikenali sebagai eksperimen patung Bobo (Bobo
Doll Experiment) ke atas sekumpulan kanak-kanak bagi melihat sekiranya
tingkah laku sosial dapat dipelajari melalui pemerhatian dan imitasi.

Dalam kajian ini, kanak-kanak yang terlibat menyaksikan tingkah


laku yang dipamerkan seorang lelaki atau perempuan dewasa
terhadap patung tersebut sama ada tingkah laku yang ganas atau
sebaliknya.

Selari dengan jangkaan awal eksperimen, kanak-kanak yang


menyaksikan tingkah laku yang ganas bertindak secara agresif dari
segi fizikal dan verbal terhadap patung tersebut.

Manakala kanak-kanak yang melihat tingkah laku yang tiada


kekerasan mempamerkan tingkah laku yang sama (tiada
kekerasan). Hal ini sekaligus membuktikan teori pembelajaran
sosial oleh Bandura iaitu kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui
proses pemerhatian dan diikuti imitasi.

7 MASALAH PEMBELAJARAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK YANG PERLU IBUBAPA DAN GURU TAHU | 30
MEMPAMERKAN CONTOH YANG BAIK
Proses pembelajaran bermula sejak bayi lagi di mana mereka memerhati dan
mengikuti apa yang dilakukan oleh individu sekeliling mereka. Imitasi
merupakan salah satu daripada bentuk pembelajaran yang bukan sahaja
digunakan oleh kanak-kanak, malah oleh remaja dan golongan dewasa.

Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa, penjaga serta
golongan dewasa bagi mempromosikan tingkah laku dan contoh yang baik serta
meningkatkan kemahiran anak. Antaranya:

1. Ibu bapa perlu mempamerkan tingkah laku yang mereka inginkan daripada
anak - anak seperti ibu bapa yang meminta anak-anak untuk mengemas
tempat makan selepas waktu makan juga perlu melakukan perkara yang
sama.
2. Menghormati orang lain walau di mana sahaja agar anak - anak dapat
mempraktikkan tingkah laku yang baik itu.
3. Menyedari serta mengakui kesilapan yang dilakukan kemudian meminta
maaf.
4. Mengajar serta menunjukkan contoh kemahiran yang baharu seperti
mengikat tali kasut.
5. Mempraktikkan gaya hidup yang sihat seperti mengambil makanan yang
berkhasiat dan bersenam bersama-sama.

7 MASALAH PEMBELAJARAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK YANG PERLU IBUBAPA DAN GURU TAHU | 31
Antara aksi yang boleh ditiru oleh kanak-kanak adalah seperti kemahiran
kehidupan harian seperti mengemas tempat makan, makan menggunakan sudu
dan garfu serta aksi lain seperti menjelir lidah dan menepuk tangan.

Kajian menunjukkan bahawa kanak - kanak juga mampu mempelajari aksi


baharu daripada individu yang tidak dikenali dan tidak berinteraksi dengan
mereka.
Hal ini menunjukkan bahawa tingkah laku serta contoh yang baik bukan sahaja
perlu dipamerkan di rumah, malah di pelbagai tempat.

Pelbagai lagi aktiviti dan latihan yang dapat dilakukan oleh ibu bapa di rumah
bagi meningkatkan lagi tingkah laku yang baik dalam kalangan kanak-kanak.
Mereka akan melakukan apa yang dilihat, bukan hanya terhad kepada apa yang
disuruh. Oleh itu, contoh yang baik seharusnya dipraktik serta dipamerkan di
mana sahaja.

“Kanak-kanak sememangnya sukar untuk mendengar kata-kata ibu


bapa, tetapi tak pernah gagal untuk meniru perbuatan mereka.”

7 MASALAH PEMBELAJARAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK YANG PERLU IBUBAPA DAN GURU TAHU | 32
MASALAH 3M DALAM
KANAK-KANAK
Pelajar yang mengalami masalah pembelajaran kebiasaannya
mempunyai tahap kecerdasan yang purata atau lebih baik.

Namun, mereka mengalami kesukaran untuk memproses


maklumat yang mempengaruhi pembelajaran. Disebabkan itu,
prestasi akademik sering kelihatan lemah berbanding dengan
keupayaan intektual.

Walaubagaimanapun, kejayaan akademik boleh dicapai dengan


intervensi tertentu.
APA ITU MASALAH PEMBELAJARAN?

Masalah pembelajaran didefinisikan sebagai masalah dalam satu atau lebih


daripada proses asas psikologikal yang melibatkan pemahaman atau
penggunaan bahasa sama ada pertuturan atau penulisan, di mana masalah-
masalah yang dihadapi mengakibatkan:

1. Kebolehan mendengar yang tidak sempurna


2. Kebolehan berfikir yang tidak sempurna
3. Kebolehan bertutur yang tidak sempurna
4. Kebolehan membaca yang tidak sempurna

Ini TIDAK termasuk mereka yang bermasalah pembelajaran akibat daripada


ketidakupayaan penglihatan, pendengaran dan motor, kerencatan akal,
gangguan emosi atau kekurangan dalam persekitaran, budaya atau
ekonomi.

7 MASALAH PEMBELAJARAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK YANG PERLU IBUBAPA DAN GURU TAHU | 35
APA PUNCA ANAK SAYA ADA
MASALAH SUSAH NAK BELAJAR?

Sebagai ibu bapa…


Kenal pasti dan terima masalah

Melibatkan diri

Bercakap dengan guru-guru

Tunjukkan keprihatinan terhadap aktiviti di sekolah

Menggalakkan pembelajaran di rumah

Memberi kerja rumah

Melibatkan anak dalam perancangan aktiviti

Pupuk tabiat ingin belajar dalam diri anak

Galakkan anak menggunakan perpustakaan

7 MASALAH PEMBELAJARAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK YANG PERLU IBUBAPA DAN GURU TAHU | 36
CARA MENANGANI MASALAH
PEMBELAJARAN KANAK-KANAK

Bagi kebanyakan pelajar, kita tidak ketahui apakah yang menyebabkan


sesuatu masalah pembelajaran yang dihadapi seperti disleksia atau
kesukaran menyelesaikan masalah matematik.

Bagaimana pun, para penyelidik perubatan telah mengaitkan sebab-sebab


masalah pembelajaran kepada empat faktor umum;

•Kecederaan otak
•Keturunan atau genetik
•Ketidakseimbangan biokimia
•Persekitaran

7 MASALAH PEMBELAJARAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK YANG PERLU IBUBAPA DAN GURU TAHU | 37
STRATEGI GURU UNTUK MEMBANTU
KANAK-KANAK BERMASALAH
PEMBELAJARAN

Kurangkan beban kerja


Elak berikan arahan yang banyak serentak
Berikan arahan yang jelas dan pandang pelajar ketika memberi arahan
Sediakan salinan nota atau nomborkan setiap baris ayat

Izinkan menulis karangan dahulu, betulkan ejaan kemudian


Membenarkan penggunaan kalkulator
Memberi masa tambahan semasa peperiksaan
Menggunakan pendekatan pelbagai deria, amali/praktikal, bahan grafik

Penilaian yang lebih fleksibel


Berikan masa untuk pelajar menjawab jika soalan diberi secara spontan
Berikan nasihat dan kata-kata positif

7 MASALAH PEMBELAJARAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK YANG PERLU IBUBAPA DAN GURU TAHU | 38
Atasi Masalah

KETAGIHAN GAJET
Dalam Kanak-Kanak
Buat Jadual
HARIAN & DISIPLIN

Setiap hari, tentukan siap-siap bila, kat mana, berapa lama dan kenapa gajet boleh
diberikan kepada kanak-kanak ini. Penting untuk selalu ingatkan mereka tentang ini
berulang kali.

Contohnya, hanya dibenarkan main gajet 10 minit sebelum waktu makan bersama.
Cukup 10 minit, tamat. Gajet disimpan rapi. Jumlah sehari, tidak lebih 60 minit
(maksudnya boleh main 6 kali saja).

Ibu bapa perlu tegas dan mengikut peraturan ini. Tidak boleh mengalah walaupun
anak-anak sudah merengek menangis.

"Tetapi, kalau dah terbiasa main 2-3 jam?"

Turunkan secara perlahan-lahan. Hari ini, kurangkan 10 minit. Esok, kurangkan lagi 10
minit. Lama-kelamaan, semakin berkurang mengikut batas yang dipersetujui tadi.
Kalau tukar mengejut, kanak-kanak pun akan terkejut.

7 MASALAH PEMBELAJARAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK YANG PERLU IBUBAPA DAN GURU TAHU | 40
Jadikan Gadjet
SEBAGAI HADIAH DAN
BUKAN NORMA
KEBIASAAN

Jadikan masa untuk gajet itu sebagai hadiah selepas mereka berjaya buat sesuatu.

Contohnya,

"Kalau abang habiskan nasi ini, boleh main iPad 10 minit sekejap lagi."

"Dah siap kerja rumah baru ibu bagi adik main iPhone ibu."

Pastikan anda memberitahu mereka, bahawa itu hadiah. Supaya mereka seronok dan
akan buat lagi perkara baik yang kita suruh, agar mereka dapat main gajet.

Namun, pastikan ia seimbang dengan tugas la ya? Jangan pula kita bagi mereka main
gajet 4 jam, hanya sebab dapat siapkan kerja sekolah yang cuma perlu jawab 2 soalan
mudah.

7 MASALAH PEMBELAJARAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK YANG PERLU IBUBAPA DAN GURU TAHU | 41
JANGAN Jadikan Gadjet
SEBAGAI CARA
UNTUK DIAMKAN
ANAK
Setiap kanak-kanak itu lumrahnya akan aktif, banyak bertanya, suka melompat sana
sini, "buas" dan "liar", bertenaga sepanjang masa dan kadang-kala akan memenatkan
kita.

Ada ibu bapa yang memberi gajet, agar anak mereka diam. Ada juga yang memberi
ketika anak tantrum, supaya mereka berhenti menangis.

Ini berbahaya kerana,

Kita perlu elakkan beri ganjaran kepada tingkah laku negatif.

Tak mustahil lain kali, bila mereka hendakkan gajet, mereka akan tantrum lagi sekali.

Kerana mereka telah belajar bahawa perbuatannya yang sama di masa lalu diakhiri
dengan hadiah gajet.

Maka mereka akan mengaplikasikannya berkali-kali kerana mereka sangka ianya betul
dan dibenarkan.

7 MASALAH PEMBELAJARAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK YANG PERLU IBUBAPA DAN GURU TAHU | 42
Gunakan Timer
SEBAGAI PANDUAN
Konsep masa dalam kognitif kanak-kanak masih lagi bersifat abstrak.

Mereka belum mampu untuk hadam bahawa "5 minit lagi" itu apa maksudnya. Mereka
tidak mampu untuk ‘quantify’.

Berapa lama lagi sebenarnya "sekejap lagi habis main?"

Di sini, pentingnya ibu bapa untuk mahir menggunakan ‘countdown’.

Andai kita nak beri anak main gajet selama 5 minit, kita tunjuk kepada mereka,
"Adik ada 5 minit untuk main. Nanti jam ini berbunyi, masa habis."

Kemudian, mulakan ‘countdown timer’ tersebut.

Apabila masa semakin menghampiri, kita perlu ingatkan mereka banyak kali.

"Adik ada lagi 2 minit untuk main."


"Lagi 1 minit habis main."

Sehinggalah ke saat nak habis, kita kira sama-sama,

"Okay masa untuk main akan habis dalam 10.. 9.. 8.. 7.. 6.. dan kiralah sehingga habis.

7 MASALAH PEMBELAJARAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK YANG PERLU IBUBAPA DAN GURU TAHU | 43
INI PENTING

Apabila masa mencapai 1 dan HABIS, maka kita perlu tegas dan HABIS. Jangan
mengalah atau memberi peluang untuk panjang lagi masa, hanya sebab mereka
menangis, merengek atau tantrum.

Jangan sesekali mengalah! Sebab sekali kita mengalah, mereka akan belajar bahawa
"peraturan" kita itu tidak lah seketat mana. Mereka akan menang juga bila buat-buat
menangis.

Bagaimana kalau tak ada ‘timer’?

Boleh gunakan persekitaran sebagai panduan.


Contohnya,

"Boleh main iPad sampai ibu habis masak."

Cari konsep yang nampak secara fizikal dan visual, untuk bantu minda mereka
memahami sesuatu yang abstrak seperti konsep masa contoh seperti jam pasir.

7 MASALAH PEMBELAJARAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK YANG PERLU IBUBAPA DAN GURU TAHU | 44
Ibu Bapa Sendiri Perlu
KURANGKAN BERMAIN
GAJET DEPAN ANAK
Dalam didikan, model yang adalah sangat penting. Kanak-kanak memerhatikan apa
yang kita buat.
Apa yang mereka lihat, akan lebih terkesan berbanding apa yang kita nasihat.

Maka, kita sendiri perlu kawal penggunaan gajet kita, sekiranya kita mahu anak-anak
kurang bermain gajet. Sekurang-kurangnya kalau tak mampu, mulakan untuk tidak
bermain di hadapan mereka.

Jangan pula kita jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus!

7 MASALAH PEMBELAJARAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK YANG PERLU IBUBAPA DAN GURU TAHU | 45
7 MASALAH PEMBELAJARAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK YANG PERLU IBUBAPA DAN GURU TAHU | 46
PUSAT PAKAR
PSIKOLOGI JIWADAMAI
Pusat setempat bagi kanak-kanak dengan lewat
perkembangan dan pembelajaran.

Kami menyediakan servis penilaian isu kanak-kanak


hinggalah memberikan rawatan kepada mereka.

Pasukan kami terdiri daripada :

Pakar Perunding Psikiatri melawat


Pakar Psikologi dan Ahli Psikologi Klinikal
Terapis Carakerja
Terapis Pertuturan

7 MASALAH PEMBELAJARAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK YANG PERLU IBUBAPA DAN GURU TAHU | 47
SERVIS UNTUK SEMUA

Kami menyedari kepentingan penilaian dan rawatan awal untuk kanak-kanak lewat
perkembangan dan pembelajaran. Rawatan awal yang diberikan memberi impak
yang besar kepada masa hadapan kanak-kanak ini kelak.

Pada masa yang sama sesi rawatan di Klinik/Hospital kerajaan tidak mampu
menanggung keperluan masyarakat kini. Sebahagian ibu bapa pula tidak mampu
mendapatkan khidmat pusat swasta kerana faktor kewangan.

Pusat Pakar Psikologi Jiwadamai kini menyediakan bantuan kewangan melalui


Jabatan Khidmat Sosial kami.

Untuk pertanyaan lanjut tentang bantuan kewangan atau jika anda ingin menderma
bagi tujuan ini, jemput hubungi Cik Faranadia di 011 – 5863 5414

7 MASALAH PEMBELAJARAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK YANG PERLU IBUBAPA DAN GURU TAHU | 48
Hubungi Kami Untuk Pertanyaan

1 Email
jiwadamaiofficial@gmail.com

2 No Telefon
+6017-269 4852

3 Website
www.jiwadamai.com

Alamat
4
No. 19, Jalan Kristal AS7/AS, Seksyen
7, 40000 Shah Alam, Selangor

5 Instagram
@pakarpsikologi_jiwadamai

7 MASALAH PEMBELAJARAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK YANG PERLU IBUBAPA DAN GURU TAHU | 49

Anda mungkin juga menyukai