Anda di halaman 1dari 8

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) TASKA

MINGGU : 1 TEMA / SUBTEMA : Alam kehidupan / Buah-buahan KEHADIRAN : 3 orang


HARI : Rabu TARIKH : 1 September 2021

MASA RUTIN/AKTIVITI
8.00 pagi Selamat Datang ke TASKA TAQWA KENARI
• Menyambut ketibaan kanak-kanak
• Bertanya khabar
• Menanda/menulis kedatangan
• Permainan bebas
- Bermain di ruang pembelajaran
- Membaca buku bergambar

8.30 pagi Sarapan pagi


9.00 pagi Gosok gigi dan Bersih diri
PAGI 9.15 pagi Senaman Pagi (Circle Time)
• Nyanyian
- Lagu Negaraku
- Lagu Negeri
- Lagu Anak PERMATA Negara
- Senaman pagi
- Nyanyian Bebas
• Pergerakan Kreatif

9.45 pagi Bermain di Luar (Nature Walk)


• Bermain bola
10.30 pagi Makan buah/snek
11.00 pagi Perkembangan Deria Dan Pemahaman Dunia Persekitaran
- Cuba teka rasa apa
Aktiviti PERMATA (1)

11.30 pagi Bercerita – Apa yang besar


• Permainan bebas di bimbing
• Memilih permainan dari ruang pembelajaran mengikut minat

12.00 tengah hari Makan Tengah hari


TENGAH HARI 12.30 tengah hari Bersihkan diri/Gosok gigi
Menukar pakaian
1.00 petang Rehat dan Tidur
2.30 petang Mandi / Bersihkan diri
3.15 petang Bercerita – The Magical Pencil
3.30 petang Minum petang

PETANG 4.00 petang Perkembangan Kreativiti Dan Estetika


- Mari mengecap tangan dan jari
Aktiviti PERMATA (2)

4.30 petang Refleksi


4.45 petang Permainan bebas / terbimbing
Memilih permainan dari ruang pembelajaran mengikut minat
5.00 petang Waktu pulang – Membawa pulang Log Anak PERMATA Negara
RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) TASKA

Nama Pendidik : Nurul Amylia Natasya Binti Suhaimi

Tarikh / Hari : 1 September 2021 / Rabu

Masa : 11.00 pagi – 11.30 pagi (30 minit)

Umur Kanak-kanak : 2 – 3 tahun

Bilangan Kanak-kanak : 3 orang

Bidang Perkembangan Fokus : Perkembangan Deria Dan Pemahaman Dunia Persekitaran

Pengetahuan Sedia Ada : Kanak-kanak sudah tahu menyebut nama buah iaitu buah
limau dan buah tembikai

Objektif : 1. Kanak-kanak boleh merasa 2 jenis buah yang


berbeza iaitu buah limau dan tembikai dengan lidah
(PERKEMBANGAN DERIA DAN PEMAHAMAN
DUNIA PERSEKITARAN)

2. Kanak-kanak boleh menyebut perkataan “limau”


dan “tembikai (PERKEMBANGAN BAHASA DAN
LITERASI AWAL)

3. Kanak-kanak berasa gembira semasa aktiviti


dijalankan (PERKEMBANGAN SAHSIAH ,
SOSIOEMOSI DAN KEROHANIAN)

Tema : Alam Kehidupan / Buah-buahan

Tajuk : Mari merasa

Tempat / Ruang Aktiviti : Sudut aktiviti luar taska

Bahan : Buah limau , buah tembikai , pisau plastik , bekas plastik ,


papan pemotong

Langkah-langkah Pelaksanaan : 1) Pendidik meminta kebenaran daripada pengusaha


taska untuk membuat aktiviti bersama kanak-kanak.
2) Pendidik membawa kanak-kanak ke tempat sudut
aktiviti luar taska.
3) Pendidik memastikan ruangan yang digunakan
berada dalam keadaan baik , selesa dan bersih.
4) Pendidik meletakkan bahan-bahan yang disediakan
di ruangan yang ditetapkan
5) Pendidik mula bermesra sambil berbual ,
memberitahu dan menjelaskan dengan kanak-
kanak tentang aktiviti pada hari itu.
6) Pendidik memperkenalkan bahan-bahan yang
digunakan iaitu buah limau , buah tembikai , pisau
plastik , bekas plastik dan papan pemotong.
7) Pendidik membuat demonstrasi di hadapan kanak-
kanak cara-cara untuk memotong buah tersebut
dengan menggunakan pisau plastik dan meletakkan
buah tersebut di dalam bekas.
8) Pendidik menggalakkan kanak-kanak untuk
mencuba memotong buah.
9) Selepas itu, pendidik meminta kanak-kanak untuk
merasa 2 buah tersebut dengan lidah dan
membezakan rasa.
10) Sekiranya kanak-kanak TIDAK DAPAT melakukan
aktiviti tersebut dan tidak dapat membezakan jenis
rasa, pendidik perlu membimbingnya.
11) Sekiranya kanak-kanak DAPAT melakukan aktiviti
tersebut, pendidik akan mengucapkan tahniah dan
syabas kepada kanak-kanak tersebut.
12) Setelah itu, pendidik bersama kanak-kanak
membersihkan ruang yang telah digunakan.
13) Pendidik mengucapkan terima kasih kepada kanak-
kanak dan memberi pujian.

Perhatian
1. Keselamatan
Pendidik memastikan bahan yang digunakan tidak
tajam, bersih dan tiada bahan toksid.

2. Kebersihan
Pendidik memastikan lantai sentiasa dalam keadaan
bersih, kering dan tidak licin ketika aktiviti
dijalankan.

3. Kesihatan
Pendidik dan kanak-kanak perlu berada dalam
keadaan sihat ketika melakukan aktiviti.
Refleksi dan Cadangan : • Kelebihan
Aktiviti yang dijalankan mudah difahami oleh kanak-
kanak kerana aktiviti merasa buah-buahan dan
membezakan rasa memudahkan kanak-kanak
dalam melakukannya.

• Kekurangan
Sesetengah kanak-kanak sukar untuk memberi
kerjasama yang baik.

• Penambahbaikkan
Pendidik perlulah menggunakan bahan bantu
mengajar yang lebih menarik untuk memudahkan
kanak-kanak fokus dalam menjalankan aktiviti.
RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) TASKA

Nama Pendidik : Nurul Amylia Natasya Binti Suhaimi

Tarikh / Hari : 1 September 2021 / Rabu

Masa : 4.00 petang – 4.30 petang (30 minit)

Umur Kanak-kanak : 2 – 3 tahun

Bilangan Kanak-kanak : 3 orang

Bidang Perkembangan Fokus : Perkembangan Kreativiti dan Estetika

Pengetahuan Sedia Ada : Kanak-kanak sudah tahu mengecap di atas kertas.

Objektif : Kanak-kanak boleh membuat corak menggunakan tangan


dan jari tangan. (PERKEMBANGAN KREATIVITI DAN
ESTETIKA)

Kanak-kanak berasa gembira semasa melakukan aktiviti.


(PERKEMBANGAN SAHSIAH, SOSIOEMOSI DAN
KEROHANIAN)

Kanak-kanak sering bertanya apabila aktiviti dijalankan.


(PERKEMBANGAN BAHASA, KOMUNIKASI DAN LITERASI
AWAL)

Tema : Kreativiti / seni corak

Tajuk : Jom mengecap

Tempat / Ruang Aktiviti : Sudut pembelajaran

Bahan : Kertas, pewarna makanan biru, merah, hijau , ungu , bekas

Langkah-langkah pelaksanaan : 1. Pendidik meminta kebenaran daripada pengusaha


taska untuk membuat aktiviti bersama kanak-kanak.
2. Pendidik membawa kanak-kanak ke tempat sudut
pembelajaran.
3. Pendidik memastikan ruangan yang digunakan
berada dalam keadaan baik , selesa dan bersih.
4. Pendidik meletakkan bahan-bahan yang disediakan
di ruangan yang ditetapkan.
5. Pendidik mula bermesra sambil berbual ,
memberitahu dan menjelaskan dengan kanak-
kanak tentang aktiviti pada hari itu.
6. Pendidik memperkenalkan bahan-bahan yang
digunakan iaitu kertas, pewarna makanan biru,
merah, hijau , ungu dan bekas.
7. Pendidik membuat demonstrasi di hadapan kanak-
kanak cara untuk membuat corak menggunakan
tangan dan jari.
8. Pendidik meminta kanak-kanak untuk mengecap
menggunakan tangan dan jari masing-masing di
atas kertas.
9. Sekiranya kanak-kanak TIDAK DAPAT melakukan
aktiviti tersebut, pendidik perlulah
membimbingnya.
10. Sekiranya kanak-kanak DAPAT melakukan aktiviti
tersebut, pendidik akan mengucapkan tahniah dan
syabas kepada kanak-kanak tersebut.
11. Setelah itu, pendidik bersama kanak-kanak
membersihkan ruang yang telah digunakan.
12. Pendidik mengucapkan terima kasih kepada kanak-
kanak dan memberi pujian.

Perhatian
1. Keselamatan
Pendidik memastikan bahan yang digunakan tidak
tajam, bersih dan tiada bahan toksid.

2. Kebersihan
Pendidik memastikan lantai sentiasa dalam keadaan
bersih, kering dan tidak licin ketika aktiviti
dijalankan.

3. Kesihatan
Pendidik dan kanak-kanak perlu berada dalam
keadaan sihat ketika melakukan aktiviti.

Refleksi dan Cadangan : • Kelebihan


Aktiviti yang dijalankan mudah difahami oleh kanak-
kanak kerana aktiviti mengecap memudahkan
kanak-kanak dalam melakukannya.
• Kekurangan
Sesetengah kanak-kanak sukar untuk memberi
kerjasama yang baik.

• Penambahbaikkan
Pendidik perlulah menggunakan bahan bantu
mengajar yang lebih menarik untuk memudahkan
kanak-kanak fokus dalam menjalankan aktiviti.

Anda mungkin juga menyukai