Anda di halaman 1dari 15

KOD KURSUS:

PPPH2123

SUBJEK:

PERBANDINGAN AGAMA

TAJUK:

KONSEP NILAI-NILAI MURNI DALAM PERSPEKTIF AGAMA ISLAM DAN


KRISTIAN

PENSYARAH:

DR. NUR FARHANA BINTI ABDUL RAHMAN

PELAJAR:

NURMAZIATUL NATASHA BINTI NORHISHAM

(A178131)

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

USULUDDIN DAN FALSAFAH


KONSEP NILAI-NILAI MURNI DALAM PERSPEKTIF AGAMA ISLAM DAN
KRISTIAN

ABSTRAK

Setiap manusia perlu menerapkan nilai-nilai murni dalam diri masing-masing. Nilai-nilai
murni adalah suatu perkara yang cenderung kepada nilai-nilai moral yang baik. Justeru setiap
agama tidak kisah agama itu samawi iaitu agama yang datang berasaskan wahyu dari Tuhan
ataupun agama budaya iaitu agama yang berasaskan kepada pengalaman tokoh dan kehidupan
mengajar setiap pengikutnya untuk melakukan kebaikan serta mencegah perlakuan yang salah.
Sehubungan dengan itu, kertas kerja ini akan mengkaji tentang konsep nilai-nilai murni dalam
perspektif dua agama terbesar di dunia ini iaitu agama Islam dan Kristian. Oleh yang demikian,
kajian ini akan membahaskan bagaimana kedua agama ini mengamalkan konsep nilai-nilai
murni dalam agama masing-masing.

Kata Kunci: Konsep nilai-nilai murni, Islam, Kristian.

PENDAHULUAN

Nilai-nilai murni adalah suatu sifat yang menjurus kepada kebaikan seperti hormat-
menghormati, baik hati dan pelbagai lagi. Oleh itu, lawan bagi sifat nilai murni ini ialah tabiat
buruk yang patut dijauhi oleh manusia. Banyak kelebihan memupuk nilai-nilai murni dalam
diri yang mana boleh mengawal perkara yang tidak baik, dapat menguruskan pentadbiran dan
pengurusan dengan baik dan pelbagai lagi yang membawa kepada keharmonian. Justeru, semua
manusia memandang tinggi terhadap nilai-nilai murni yang terdapat dalam seseorang individu,
dan semestinya nilai murni ini akan diterapkan dalam diri seseorang sewaktu kecil lagi. Dengan
adanya nilai murni, boleh memupuk hubungan yang baik sesama manusia, alam dan Tuhan.

Oleh yang demikian, bagi membentuk sesebuah masyarakat yang beradab maka nilai
murni ini selalunya diasaskan atau dibentuk oleh sesebuah agama. Setiap agama ingin
melahirkan penganut yang mempunyai akhlak yang mulia serta nilai-nilai murni yang tinggi
dan hal ini menjadi tujuan utama sesebuah agama. Agama menjadi pegangan hidup kepada
setiap manusia dan nilai-nilai murni ini menjadi perkara penting yang harus dipraktikkan oleh
penganutnya. Seperti yang diketahui bahawa nilai murni menjadi ukuran oleh masyarakat
kepada seseorang individu. Jadi bagi mempamerkan sesebuah agama yang baik adalah melalui
penganutnya. Oleh itu, manusia berindak mengikut nilai serta peraturan yang diperintahkan
dan diciptakan oleh Tuhan.

Seterusnya, kajian ini adalah bertujuan untuk menilai konsep nilai-nilai murni yang
diamalkan oleh dua agama terbesar di dunia iaitu Islam dan Kristian. Hal ini kerana pengkaji
ingin melihat perbezaan kedua-dua agama ini dalam memahami serta memupuk konsep nilai-
nilai murni dalam penganut mereka. Kedua-dua agama ini semestinya mempunyai perbezaan
dari segi ajaran, penekanan dan amalannya. Demikian, setiap perkara tersebut mempunyai
nilai-nilai murni yang menjurus kepada nilai-nilai yang baik seperti hormat-menghormati, baik
hati, pemurah dan sebagainya khususnya kepada orang tua dan sebagainya. Oleh itu, agama
adalah pegangan hidup manusia yang mana prinsip serta perkara yang diamalkan mengandungi
nilai dan dijadikan panduan dalam menjalani hidup dan cabaran akan datang.

Islam merupakan agama samawi yang terkandung di dalam Al-Qura’n dan perkataan
Islam berasal daripada perkataan arab yang membawa maksud sejahtera. Islam dari segi istilah
pula membawa maksud menyerah diri kepada Pencipta iaitu Allah SWT yang Maha Berkuasa
dengan mentauhidkanNya dengan penuh keyakinan serta melaksanakan seluruh perintahNya
dan menjauhi laranganNya. Islam juga adalah agama daripada Allah yang mempunyai undang-
undang yang sempurna seterusnya merangkumi penyusunan kehidupan kepada manusia. Oleh
itu, Islam menyuruh pengikutnya sentiasa berpandangan jauh serta mengimbangkan
kepentingan dunia dan akhirat secara seiring. Selain itu, Islam juga adalah sebuah agama yang
diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW untuk menjadi panduan kepada
kehidupan manusia agar menjurus kepada kehidupan yang cemerlang semasa di dunia dan juga
di akhirat.

Selepas itu, amalan dalam agama Islam yang mana Rukun Islam merupakan lima
tanggungjawab yang menyatukan Muslim ke dalam sesebuah masyarakat. Seterusnya dari segi
syariat Islam pula banyak menjelaskan tentang hukum-hukum yang berkaitan dengan hampir
seluruh kehidupan masyarakat. Terdapat empat mazhab dari imam besar yang diikuti oleh
Islam iaitu imam Hambali, Imam Maliki, Imam Syafie dan Imam Hanafi. Justeru, agama Islam
telah berleluasa di seluruh dunia sehinggakan mendapat tempat kedua agama terbesar selepas
Kristian dan merupakan agama yang berkembang secara pesat di seluruh dunia.
Seterusnya, agama Kristian yang mana digelar sebagai agama terbesar di dunia yang
mempunyai ramai pengikut iaitu kira-kiranya 2.1 bilion penganut, atau sepertiga jumlah
penduduk dunia. Agama Kristian adalah agama yang berkait rapat dengan Yahudi dan Islam.
Kristian merupakan agama yang monoteisme dan mempercayai konsep triniti kekuasaan
Tuhan. Selain itu, agama ini berdasarkan kepada kehidupan dan segala ajaran Nabi Isa atau
Jesus dari Nazareth. Kepercayaan triniti adalah sebuah kepercayaan yang termasuk dalam
konsep ketuhanan Kristian. Dalam hal ini mereka percaya bahawa Tuhan itu satu tetapi dalam
bentuk 3 jelmaan yang mana Tuhan anak (Jesus), Tuhan Bapa dan Roh Suci (Roh kudus), yang
mana konsep ini diperkenalkan oleh Saint Paul (Ahmad Iqram 2018).

Kemudian, dalam agama ini mengajar bahawa semua manusia menanggung dosa
mereka sejak mereka lahir dan ia dipanggil sebagai dosa warisan. Hal ini kerana mereka
merujuk peristiwa Adam dan Eva (Hawa) yang telah memakan buah dari pohon larangan di
Taman Eden. Oleh yang demikian, Adam dan Eva itu dianggap berdosa serta dibuang dari
syurga. Bagi mereka, keturunan Adam dan Eva ini sengsara menanggung derita yang dianggap
berdosa sejak lahir. Akan tetapi Kristian menganggap bahawa untuk membersihkan dosa
warisan seluruh umat manusia memerlukan satu pengorbanan yang Agung, iaitu dengan
kematian Anak Tuhan (Jesus) (Ahmad Iqram 2018).

Oleh itu, berdasarkan kedua agama tersebut pasti akan timbul persoalan berkenaan
konsep nilai-nilai murni atau akhlak yang diajarkan dalam agama-agama tersebut. Bagaimana
agama-agama tersebut memahami serta mengamalkan nilai-nilai murni di kalangan pengikut
mereka? Adakah sama cara kedua agama tersebut memahami konsep nilai-nilai murni? Justeru
artikel ini akan membincangkan pandangan tentang konsep nilai-nilai murni dalam agama
Islam dan Kristian.

METODOLOGI

Kajian ini menggunakan metod kualitatif yang mana kaedah kualitatif ini adalah bersifat
kategori, konsep, gambaran, ciri atau tafsiran sesuatu data. Pendekatan kualitatif yang
digunakan dalam kajian ini ialah analisis dokumen. Pendekatan ini melibatkan analisis
berbentuk rujukan buku-buku, jurnal, kertas kerja, artikel dan tesis lepas tentang konsep nilai-
nilai murni dalam perspektif Islam dan Kristian.
KAJIAN LITERATUR

Kajian Lepas Tentang Konsep Moral Menurut Perspektif Islam

Pada era globalisasi ini, isu tentang nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat merupakan
tidak asing lagi. Setiap manusia mempelajari atau mengamalkan nilai-nilai murni daripada
agama yang dianuti. Agama Islam merupakan agama yang mementingkan soal moral yang
terdiri daripada akhlak dan nilai-nilai murni. Menurut Nurul Hudani 2018, dalam Islam moral
dan etika merujuk kepada Akhlak. Akhlak berasal dari kalimah bahasa Arab yang kata akarnya
khuluq bermaksud perangai atau tingkahlaku, tabiat, kepercayaan, pegangan atau agama. Al-
Ghazali mentakrifkan akhlak sebagai “satu gambaran daripada keadaan dalam diri yang telah
sebati, daripadanya akan wujud tingkahlaku yang mudah dicerna tanpa memerlukan
perulangan” (Nurul Hudani 2018). Oleh itu, nilai-nilai murni yang timbul daripada diri
seseorang individu adalah berdasarkan sikap dalam diri dan antara faktornya adalah melalui
agama yang dianuti tersebut.

Menurut Nurul Hudani 2018, dalam Islam, baik dan buruknya sesuatu perlakuan
adalah jelas, iaitu sebarang tingkah laku manusia yang bertujuan mendapatkan keredaan Allah
SWT dikatakan baik dan mulia, sebaliknya semua tindakan yang menyebabkan kemurkaanNya
dikatakan jahat dan keji. Ini kerana matlamat hidup manusia sebenarnya ialah untuk mencari
keredaan Allah SWT (Nurul Hudani 2018). Justeru, Islam mengamalkan konsep amar ma’ruf
nahi mungkar yang mana mengajak kepada kebaikan serta mencegah kemungkaran dan hal ini
dalam agama Islam mengajar nilai-nilai murni yang mulia bagi melahirkan individu yang
cemerlang.

Dalam kajian Nurul Hudani 2018, beliau mengambil pandangan Ibn Khaldun yang
mana menurut Ibnu Khaldun “agama bermatlamatkan ke arah pembinaan akhlak yang baik
sama ada melalui perintah atau pun tegahan”. Individu perlu mempelajari dan mengenalpasti
antara akhlak yang baik dengan yang buruk agar melakukan yang baik dan meninggalkan
yang buruk. Al- Ghazali menjelaskan bahawa etika bersandarkan agama. Mempelajari hukum
dan peraturan agama Islam merupakan etika. Pelaksanaan hukum tersebut seperti sembahyang,
puasa dan zakat merupakan salah satu teori moral beliau. Segala suruhan Allah SWT yang
dilakukan hendaklah bertujuan mendapat keredaanNya dan memperoleh kebahagiaan di
akhirat kelak (Nurul Hudani 2018). Di sini kita boleh lihat bahawa konsep nilai-nilai murni ini
diajarkan dan asas dari sesebuah agama antaranya Islam, yang mana memperoleh akhlak yang
baik adalah dengan mematuhi segala perintah Allah SWT.
Kajian Lepas Tentang Peranan Dan Pemantapan Nilai-Nilai Murni Dalam Membentuk
Insan Cemerlang

Dalam kajian ini penulis iaitu Ahmad Daud Ishak ada menerangkan tentang prinsip serta nilai
dalam Islam. Menurut Ahmad Daud Ishak, Islam tidak memisahkan antara dasar, prinsip dan
ajaran Islam daripada nilai-nilai sejagatnya. Nilai-nilai ini tidak akan berjaya dipraktikkan
sekiranya dasar pengabdian diri (‘ubudiah), Prinsip teras Aqidah dan Syariat Islamiah (‘aqidah
Islamiyyah wa syarai’ Islamiyyah) dan penafsiran amali Islam sebagai cara hidup (Islam nizam
al-hayat) diabaikan dan tidak dijadikan agenda perdana dan umum di dalam masyarakat
(Ahmad Daus). Justeru, dalam Islam perkara penting dalam memupuk nilai murni adalah
berpandukan kepada tiga aspek yang dinyatakan iaitu aqidah, syariah dan akhlak.

Selain itu, menurut Ahmad Daus Ishak bahawa lihatlah Islam apabila
memperjuangkan tegaknya Syariat Islamiah adalah untuk kepentingan keselamatan semua
umat; Islam dan bukan Islam – jauh daripada berorientasikan keuntungan peribadi. Hasilnya
keadilan, keharmonian, saksama dan menunaikan amanah dapat dilaksanakan dengan jaya
kerana hasil akhirnya bersifat sejagat (universality). Daripada prinsip Syariat Islamiah yang
universal itu akan melahirkan keadilan yang sejagat dan menyumbangkan kebaikan dan
keharmonian sejagat. Dengan sendirinya kepentingan diri tercapai sekalipun tidak dijadikan
tujuan asal, kerana melalui Syariat Islamiah, semua manusia akan mendapat hak dan keadilan
Islam (Ahmad Daus). Oleh itu, Islam mengamalkan aspek Syariah yang membawa kepada
keharmonian seterusnya konsep nilai-nilai murni yang disandarkan melalui aspek Syariah
tersebut.

Kemudian, dalam kajian tersebut yang mana menurut Ahmad Daus Ishak, prinsip
nilai Islam ditunjangi oleh prinsip “al-adl wa al -ihsan” iaitu keadilan dan kecemerlangan.
Allah SWT mengungkapkan hal ini: “Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan
berbuat kebajikan, memberi sumbangan kepada kaum kerabat, dan Allah melarang daripada
perbuatan keji, munkar dan permusuhan. Dialah memberi pengajaran kepada kamu agar
kamu mengambil sedar.” (al-Nahl: 90) Maka kesan daripada perlaksanaan tugas dan
tanggungjawab Allah SWT dalam hidup ini, akan mewarisi sifat-sifat dan nilai-nilai sejagat
lagi murni untuk dihayati dan dibangunkan umat manusia di atasnya. Nilai-nilai tersebut adalah
Tauhid (I’tiqad), Amanah (ameen), Tekun (Itqaan), Cekap (khibrah), berakhlak mulia (husnu
al-khuluq), produktif (yanfa’u al-nas), ketinggian darjat keilmuan dan teknologi (ustaziyat al-
alam), keindahan (al-jamal) dan sebagainya (Ahmad Daus). Seperti yang dijelaskan dalam
kajian tersebut, jika melaksanakan perintah Allah SWT maka akan peroleh nilai-nilai murni
yang boleh membawa kepada kemajuan ummah dan memberi contoh yang baik kepada
generasi akan datang. Ini jelas, bahawa konsep nilai-nilai murni dalam perspektif Islam adalah
melalui tiga aspek dalam etika Islam iaitu aqidah, syariah dan akhlak.

Kajian Lepas Tentang Moral Dari Perspektif Agama Kristian

Dalam kajian ini membincangkan tentang apakah yang dimaksudkan dengan moral dari
perspektif agama Kristian secara umum, melihat perkaitan antara moral dan agama Kristian,
melihat bagaimanakah agama Kristian ini dapat mempengaruhi seseorang individu tersebut
dari aspek moral, mengkaji nilai-nilai yang terdapat dalam agama Kristian dalam memberi
sumbangan kepada masyarakat dan Negara serta bertujuan untuk mengkaji amalan dan
kepercayaan yang membentuk keperibadian moral yang lain. Pengkaji membuat kajian ini
secara berkumpulan jadi mereka telah menjalankan kajian ini di sekitar kawasan Tanjong
Malim, Perak dan mereka memilih sebuah gereja Roman Katolik iaitu gereja Holy Reedemer.

Mereka melakukan sesi temu bual dengan responden di gereja tersebut dan peroleh
informasi yang berguna. Dalam kajian tersebut, mereka menyatakan nama responden tersebut
iaitu Father Anthony Pillai yang mana merupakan individu yang telah lama bergiat dalam
bidang teologi agama Kristian. Seterusnya, mereka juga menjelaskan tentang perkaitan antara
moral dengan agama Kristian yang mana dalam kajian ini mereka menyatakan bahawa dalam
agama Kristian, umatnya diseru untuk saling mengasihi diantara satu sama lain, begitu juga
dengan didikan dalam moral. Dalam mengharungi kehidupan seharian yang semakin maju
selari dengan perkembangan dunia sekarang, manusia memerlukan pegangan dalam hidup agar
tidak tersesat daripada jalan kebaikan (Ebronica 2015).

Dalam kajian ini juga mereka menyatakan bahawa dalam ajaran agama Kristian
terdapat perintah-perintah yang difirmankan oleh Tuhan yang menyeru umatnya untuk
menjalani kehidupan sebagai seorang umat Kristian yang beriman dan boleh dijadikan sebagai
garis panduan. Antara perintah Tuhan tersebut ialah Perintah Sepuluh yang
mengandungi sepuluh firman Tuhan. Firman tersebut dapat mempengaruhi kelakuan
seseorang untuk membentuk keperibadian dirinya. Firman tersebut juga mengajar individu
untuk menjadi seorang yang boleh memberi sumbangan dalam masyarakat dan negara.
Menjadi seorang yang mampu menggunakan seluruh keupayaan yang ada pada diri, kelihatan
agak mustahil namun semua ini mampu ditempuh jika seseorang itu mempunyai pendirian
yang kukuh. Contohnya dalam pengajaran agama Kristian, umatnya diseru agar tidak menjadi
saksi kepada kepalsuan atau penipuan tentang orang lain. Daripada ajaran tersebut dapat kita
rumuskan bahawa dalam penyelesaian sesuatu penyaksian atau perkara, kita hendaklah
sentiasa berdiri pada penyataan yang benar dan tidak boleh terpengaruh dengan anasir lain
kerana hukumnya adalah dosa sekiranya kita berbuat sedemikian (Ebronica 2015). Melalui
kajian ini boleh dilihat bahawa agama Kristian menitikberatkan tentang peribadi seseorang
yang boleh menjurus serta menyumbang kepada negara dan masyarakat. Seperti di atas,
seseorang itu perlu menegakkan kebenaran walau apapun yang berlaku dan jika menipu maka
akan berdosalah individu tersebut.

Seterusnya dalam kajian ini juga mereka menyatakan dalam ajaran agama
Kristian, ada firman yang menyeru kita untuk berbuat baik kepada orang di sekeliling kita tidak
kira musuh, lawan atau seteru. Perbuatan seperti ini secara tidak langsung mendorong kita
untuk menjadi seorang yang pemaaf, baik hati dan penyayang. Jika kita lihat kepada
masyarakat pada masa kini, amat sukar untuk kita dapat individu yang memiliki sifat-sifat
seperti itu. Sifat-sifat seperti itulah yang amat diperlukan oleh seseorang untuk menjadi ahli
masyarakat yang sempurna (Ebronica 2015). Oleh itu, agama Kristian mementingkan nilai-
nilai murni dengan menyuruh melakukan kebaikan dengan semua orang yang mana akan
timbul nilai-nilai yang baik seperti pemaaf, baik hati serta penyayang.

Kemudian, mereka menyatakan dalam kajian itu yang mana dalam agama Kristian
juga ada ajaran yang melarang umatnya untuk melakukan perbuatan yang boleh mendatangkan
kemudaratan kepada diri dan keadaan disekeliling. Pengajaran dalam moral juga
mengandungi perkara seperti tersebut. Masyarakat diajar dan diberitahu tentang kesan
daripada perbuatan yang dilakukan sama ada kesan baik atau buruk. Larangan-larangan yang
terdapat dalam agama mengajar seseorang untuk menghindari kejahatan dan mendekatkan diri
dengan jalan kebaikan. Larangan seperti jangan mencuri atau jangan melakukan pembunuhan
menjadi garis sempadan kita sebagai manusia untuk menggunakan akal waras kita bagi
mengimbangi benda baik dan buruk (Ebronica 2015). Justeru, di sini boleh diperhatikan
bahawa agama Kristian juga mengajar untuk mencegah perbuatan yang keji yang mana boleh
menimbulkan kemudaratan.
Dalam kajian ini mereka juga membuat kajian tentang nilai-nilai, amalan dan
kepercayaan dalam agama Kristian. Pertama iaitu kasih sayang yang mana dalam tradisi
Kristian, menurut mereka agape bermaksud cinta yang meliputi keseluruhan iaitu yang sering
sinonim dengan kasih sayang Tuhan terhadap makhluk-Nya. Tuhan mengasihi dan
menyelamatkan orang yang tidak mengharapkan sebarang balasan dalam hidupnya. Cinta
seperti ini adalah kasih sayang yang diberikan Tuhan kepada makhluknya yang terpilih
sebagai contoh, apabila seseorang itu telah melakukan kebaikan seperti menolong orang yang
dalam kesusahan dia akan melakukan dengan hati yang ikhlas tanpa mengharapkan sebarang
balasan (Ebronica 2015). Hal ini menjelaskan bahawa nilai kasih sayang itu tinggi sehinggakan
menjadi intipati utama kepercayaan agama Kristian, yang mana cinta kepada Tuhan dan cinta
kepada sesama manusia.

Nilai seterusnya yang dinyatakan dalam kajian ialah kesabaran. Yang mana dalam
kajian tersebut menjelaskan definisi sabar iaitu dalam bahasa Yunani, ‘sabar’ mempunyai
dua pengertian iaitu pertama adalah semangat yang tidak pernah kenal erti menyerah kalah
sehingga akhir perjuangan (dalam penderitaan). Kedua adalah berkenaan hubungan dengan
sesama manusia sebagai contoh menahan diri untuk tidak memanfaatkan hasrat ingin
membalas dendam kerana perbuatan orang lain yang menyakitkan. Dalam kajian itu juga
menyatakan bahawa kesabaran adalah sesuatu yang harus dimiliki oleh seseorang
penganut Kristian. Rasul Paulus berulang kali mengimbau penganut Kristian untuk
saling bersabar antara satu sama lain. Bahkan, kesabaran sebenarnya adalah satu ujian yang
sebenar bagi penganut Kristian (Ebronica 2015). Kristian berpendapat bahawa kesabaran
merupakan nilai yang cukup mulia kerana akan menimbulkan sifat bersyukur di kalangan
mereka seterusnya menyatakan itu adalah sebahagian buat penganut Kristian.

Kesetiaan juga salah satu dari nilai yang terdapat dalam agama Kristian yang mana
ia berasal daripada perkataan ‘pitis’ yang bermaksud boleh percaya. Kajian ini turut
membahaskan bahawa perkataan ini menjadi perkara biasa dalam hari-hari Yunani. Menurut
penjelasan mereka, kesetiaan ini merupakaan ciri-ciri seorang yang boleh dipercayai dan
jangka setia adalah melakukan perkara dengan bersungguh-sungguh dan dalam kajian ini
mereka memberi contoh seperti membuat perjanjian agar setia dalam hubungan perlu
mempunyai sifat sabar dan setia yang tinggi walau apapun halangan yang berlaku. Mereka juga
menjelaskan bahawa Kristian mengatakan Tuhan Yesus itu adalah contoh yang terbaik bagi
mempamerkan sifat setia yang mana jika menginginkan pasangan yang setia, sesuai Tuhan
Yesus menjadi tokoh kerana beliau telah menyelesaikan tugas dan sanggup mati disalib
(Ebronica 2015).

Selepas itu, nilai yang dinyatakan dalam kajian ialah kemurahan hati dan kebaikan
merupakan dua perkataan yang hampir sama maksudnya. Menurut dalam kajian mereka ini,
kemurahan hati dan kebaikan adalah satu sikap hidup seseorang yang mempunyai kerelaan hati
memberikan pertolongan kepada orang lain tanpa mengharapkan apa-apa balasan dan ganjaran.
Justeru, dalam agama Kristian asas kemurahan hati dan kebaikan difahami sebagai
tanggapan manusia terhadap kemurahan hati dan kebaikan Tuhan yang terlebih dahulu
mengasihi manusia (Yohanes 3:16). Tuhan mempunyai keperibadian yang penuh dengan
kemurahan dan kebaikan-Nya yang tidak henti-henti memberikan keberkatan hari demi hari.
Berdasarkan kekayaan dan kemuliaan-Nya, Kristus Yesus sentiasa bermurah hati memenuhi
keperluan makhluknya. Sebab itu Tuhan Yesus memberikan arahan kepada manusia untuk
mencontohi kemurahan hati dan kebaikan kepada manusia agar sentiasa melakukan kebaikan
kepada orang yang memerlukan (Ebronica 2015). Dalam pada ini, agama Kristian
memfokuskan kepada nilai-nilai ini kerana terdapat nilai-nilai murni tersebut terdapat dalam
Tuhan mereka. Jadi bagi mereka Tuhan adalah segalanya dan perlu mengikuti serta mencontohi
keperibadian Tuhan mereka iaitu Yesus.

HASIL PERBINCANGAN

Islam amat menitikberatkan nilai dalam setiap individu yang mana Islam berpandangan bahawa
nilai ialah satu ukuran piawaian kepada manusia untuk menilai sama ada sesuatu perkara,
perbuatan atau perkataan itu baik, bermanfaat, mudarat atau tercela. Justeru, sesuatu perkara
pasti mendatangkan faedah atau sebaliknya. Jadi, dari perspektif Islam menilai sesuatu
tindakan atau perkara yang berkaitan dengan nilai melalui dengan prinsip akhlak, hukum
Syariah dan Tauhid. Jadi, dengan menggunakan prinsip tersebut nilai dapat dijustifikasikan
ketentuannya sama ada dikategorikan sebagai wajib, sunat, makruh dan haram (Shuhairimi
Abdullah, 2017). Islam menganggap nilai-nilai murni adalah sebahagian dari pembelajaran
dalam agama yang mana perlu diamalkan dalam kehidupan manusia.

Tambahan pula, dalam Al-Qura’n telah mengatakan bahawa Islam merupakan agama
yang bernilai. Oleh itu, ini memberi keyakinan kepada masyarakat Islam bahawa terdapat di
dalam isi kandungan Al-Qura’n adalah nilai-nilai murni yang mulia yang mana dalam Al-
Qura’n menceritakan serta menjelaskan hidayah-hidayah oleh Allah SWT yang ditujukan
kepada masyarakat Islam dan juga bukan Islam terutama soal akhlak. Justeru, Islam
memfokuskan tentang akhlak iaitu terdapat nilai-nilai murni dalam melahirkan ummah yang
cemerlang dengan membawa keharmonian dalam masyarakat dan negara. Oleh yang demikian,
nilai menurut perspektif Islam juga adalah suatu perbuatan yang tidak mendatangkan
kemudaratan atau kerosakan kepada diri.

Berdasarkan perbincangan dalam kajian lepas, konsep nilai-nilai murni termasuk


dalam ajaran Islam yang mengandungi tiga komponen besar iaitu aqidah, syariah dan akhlak.
Aqidah merupakan keimanan dan kepercayaan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah SWT dan
wajib menyembahNya. Selepas itu, syariah merupakan perkara yang diajar dalam Islam yang
merupakan amalan yang diperintahkan oleh Allah untuk dilaksanakan serta dipatuhi oleh
muslim seperti amal ibadat dan sebagainya. Justeru, nilai-nilai murni akan timbul dalam
seseorang individu apabila mereka melakukan perintah Allah SWT. Dengan melakukan
ibadah, mereka patuh melakukan perintah Allah dan hal ini menunjukkan sifat yang baik dalam
diri individu tersebut kerana menjaga amanah mereka yang diperintahkan oleh Allah SWT.
Sifat amanah itu sendiri jelas menunjukkan nilai murni dalam diri individu tersebut.

Selain itu, jika lihat bahawa Islam memfokuskan prinsip nilai-nilai murni dengan
melakukan kebaikan berlandaskan syariah yang ditetapkan. Jadi, terdapat dua perkara yang
Islam jadikan untuk menerapkan nilai-nilai murni iaitu melalui rukun Islam dan rukun Iman.
Jelas bahawa dalam Islam menggunakan aspek aqidah dan syariah untuk menerapkan nilai-
nilai murni, jadi rukun Iman terdapat enam perkara yang berkaitan dengan soal aqidah. Rukun
Iman ialah beriman kepada Allah, beriman kepada malaikat, beriman kepada kitab-kitab,
beriman kepada rasul, beriman kepada hari kiamat dan beriman kepada qada’ dan qadar.
Seterusnya, rukun Islam yang berkait dengan syariah iaitu mengucapkan dua kalimah
syahadah, mendirikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan
menunaikan haji bagi yang mampu. Kedua-dua perkara ini jelas menunjukkan bahawa Islam
mengamalkan konsep nilai-nilai murni melalui aspek aqidah dan syariah tersebut. Akhlak juga
Islam mengambil contoh daripada sifat-sifat Nabi Muhammad SAW yang mana siddiq,
amanah, tablig dan fatonah yang mana merupakan nilai-nilai murni yang utama.

Dalam Islam juga menyatakan supaya menjaga hubungan dengan manusia, alam dan
budaya yang mana boleh menggunakan tiga aspek tersebut dalam menjaga hubungan-
hubungan tersebut. Oleh itu, Islam adalah sebuah agama yang mempunyai nilai dan ingin
melahirkan insan yang muttaqin.

Kemudian, konsep nilai-nilai murni menurut agama Kristian, menurut kajian lepas
bahawa Kristian amat mementingkan nilai-nilai murni yang perlu diterapkan dalam diri setiap
penganutnya. Seperti yang dijelaskan, agama Kristian mempunyai ajaran yang mana Tuhan
mereka menyeru umatnya untuk mematuhi perintah-perintah bagi menjalani kehidupan sebagai
seorang umat Kristian yang beriman serta boleh dijadikan panduan hidup iaitu dinamakan
sebagai Perintah sepuluh. Perintah ini dapat mempengaruhi perbuatan seseorang untuk
membentuk peribadi yang baik. Jika diperhatikan di sini bahawa dalam ajaran agama Kristian
juga berunsurkan nilai-nilai murni yang bermatlamatkan melahirkan penganut yang cemerlang
serta menyumbang kepada masyarakat dan negara.

Perintah sepuluh ini seperti berkait rapat dengan moral dan sebagainya yang
berunsurkan melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan. Perintah sepuluh ini antaranya ialah
jangan sembah Tuhan lain kecuali Aku, jangan bagimu apa-apa patung yang menyerupai apa-
apa di langit, bumi, di air atau di bawah bumi ini, jangan guna nama Tuhan mu dengan tujuan
untuk kejahatan, tetaplah ingat dan perhatikan kedudukan hari sabtu dan pastikan ia mulia,
hormatlah ibu bapa, jangan membunuh, jangan berzina, jangan mencuri, jangan buat tuduhan
palsu, dan jangan meningini apa-apa yang dipunyai oleh orang lain. Dalam perintah sepuluh
ini menggambarkan bahawa Kristian mementingkan sifat dan keperibadian yang baik oleh
penganutnya.

Dalam asas ajaran agama Kristian iaitu Kitab Bible terdapat dua perkara iaitu ‘The
Old Testament’ atau Kitab Perjanjian Lama dan ‘The New Testament’ atau Kitab Perjanjian
Baru. Dalam kitab-kitab ini ada menjelaskan perkara yang berunsurkan nilai-nilai murni yang
berkaitan dengan moral. ‘The Old Testament’ adalah kitab yang memimpinkan manusia ke
arah kehidupan yang bermoral. Justeru, dalam kitab inilah menyatakan sepuluh ajaran dan
perintah Tuhan. Seterusnya, ‘The New Testament’ merupakan kita perjanjian yang baru yang
mengandungi panduan hidup kepada manusia untuk mencapai kebahagiaan. Oleh itu, dalam
kitab ini menjelaskan bahawa penganut Kristian hendaklah mematuhi Jesus Christ yang
menjadi penyelamat hidup mereka dan dalam kitab ini juga memberitahu beberapa perkara
yang menjurus kepada nilai-nilai murni seperti kepentingan moral yang baik.
RUMUSAN

Secara kesimpulannya, agama Islam dan Kristian mempunyai cara pengamalan dan
pemahaman konsep nilai-nilai murni tersendiri mengikut ajaran agama masing-masing. Setiap
agama ingin melahirkan individu yang cemerlang serta dapat memberi impak yang baik kepada
masyarakat dan negara. Justeru, dalam pembinaan moral yang baik serta menimbulkan nilai-
nilai murni semuanya bergantung apa yang diajarkan atau garis panduan yang ditetapkan oleh
setiap agama. Seseorang individu perlu menerapkan serta mengamalkan nilai-nilai yang
diajarkan dalam agama masing-masing, hal ini kerana jika tidak mengamalkan atau menghayati
maka sia-sia sahaja dalam mempelajari agama. Agama merupakan tunjang untuk membimbing
manusia kepada kebaikan. Oleh itu, ia juga akan memberi impak kepada negara dan masyarakat
jika tidak mengamalkan nilai-nilai murni yang mana kes-kes sosial dan jenayah akan
bertambah. Dengan memahami konsep nilai-nilai murni dalam setiap individu akan melahirkan
masyarakat dan negara yang harmoni serta aman.
RUJUKAN

Abd Shatar. (2012). Pendidikan Moral: Agama Kristian.


http://drabdshatar.blogspot.com/2012/08/agama-kristian.html.

Abd Aziz. (2009). Pengertian Dan Maksud Islam.


http://azharjin.blogspot.com/2009/04/pengertian-dan-maksud-islam.htm.

Ahmad Bashir. Nilai Dan Etika Pengurusan: Analisa Dari Perspektif Agama-Agama di
Malaysia. http://repo.uum.edu.my/1810/1/10.pdf.

Ahmad Iqram. (2018). 50 Agama Di Dunia Antara Risalah Wahyu & Akal.

Anonymous. (2012). Sejarah: Agama Kristian.


http://sejarahproject.blogspot.com/2012/05/agama-kristian.html.

Asudi Hamdun. Peranan Dan Pemantapan Nilai-Nilai Murni Dalam Membentuk Insan
Cemerlang.
https://www.academia.edu/9667526/PERANAN_DAN_PEMANTAPAN_NILAI_NILAI_M
URNI_DALAM_MEMBENTUK_INSAN_CEMERLANG_.

Ebronica Dehan. (2015). Moral Dari Perspektif Agama Kristian.


https://pdfslide.tips/documents/moral-dari-perspektif-agama-kristian.html.

Huilin. (2017). Etika Dan Nilai Murni Agama. https://www.powtoon.com/online-


presentation/ehci54glrmC/etika-dan-nilai-murni-agama/?mode=movie.

Kelvin WC. (2017). Nilai-nilai Murni Daripada Perspektif Pelbagai Agama dan Masyarakat
- Pengenalan dan konsep agama. https://www.slideshare.net/KelvinTeoWC/elmk3033-
nilainilai-murni-daripada-perspektif-pelbagai-agama-dan-masyarakat-pengenalan-dan-
konsep-agama.

Nurul Hudani. (2018). Al-Hikmah: Konsep Moral Dalam Perspektif Islam Dan Barat.
http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/329/pdf.

Salma. (2014). Pengertian Nilai Murni. http://salma217701.blogspot.com/.

Santa Barbara. (2017). Analisis Konsep Dan Nilai Murni Pelbagai Agama Dan Kepercayaan
di Malaysia. https://www.slideshare.net/jonas97777/analisis-konsep-dan-nilai-murni-
pelbagai-agama-dan-kepercayaan-di-malaysia.
Shuhairimi Abdullah. (2017). Dinamisme Nilai-Nilai Murni Menurut Perspektif Islam.
https://pubhtml5.com/rkja/azeu/basic.

Zarina Zam. (2015). Nilai-Nilai Murni Dalam Setiap Agama di Malaysia.


https://www.slideshare.net/exna/nilai-nilai-murni-dalam-setiap-agama-di-malaysia.

Anda mungkin juga menyukai