Anda di halaman 1dari 12

BAB KELIMA

RUMUSAN

5.1 Pengenalan

Bab ini memberi focus kepada perbincangan, cadangan dan kesimpulan kajian. Setiap persoalan

kajian berdasarkan kepada hasil dapatan kajian telah huraikan berpandukan tinjauan literatur.

Selain itu, implikasi dan cadangan bagi kajian seterusnya serta kesimpulan berkaitan dengan

kajian telah dinyatakan dengan jelas.


5.2 Perbincangan Tentang Masalah

Daripada kajian pengkaji dapat mengenal pasti beberapa masalah PdP atas talian oleh para

pendidik di Daerah Klang, Selangor. Terdapat 31.25% responden mengatakan bahawa pelajar

tidak dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran di atas talian disebabkan mengalami

ganguan internet. Ia menjadi masalah untuk PdP atas talian dengan berkesan. Murid –murid ini

merasakan dirinya asing daripada PdP. Maka, mereka tidak dapat melibatkan diri mereka secara

aktif semasa PdP atas talian.

Selain itu, 18.75% responden mengatakan bahawa kekurangan pemahaman terhadap

pengajaran atas talian yang diajar oleh guru juga menjadi masalah dalam PdP atas talian .

Mereka juga mengatakan bahawa suara guru tidak jelas semasa dijalankan mengajar atas talian

disebabkan murid yang tinggal di rumah yang disempit dan perlu berkongsi bilik bersama adik-

beradik yang lain sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Hal ini pasti menjadi antara

cabaran pembelajaran atas talian buat mereka, tambah-tambah pelajara yang akan menghadapi

peperiksaan besar seperti SPM. Suasana riuh di rumah, ruang belajar yang tidak selesa akan

menyebabkan mereka sukar untuk memberi tumpuan ketika sesi e-pembelajaran dijalankan.

Malahan, 18.75% responden menyatakan bahawa tidak mempunyai kemudahan seperti

telefon pintar dan computer juga menjadi satu halangan kepada pelajar sekolah untuk mengikuti

pengajaran dan pembelajaran di atas talian. Ini kerana, pelajar-pelajar ini kebanyakkannya

berasal dari kawasan luar bandar dan ditetapkan sebagai orang miskin.
Selain daripada itu, 12.50% responden mengatakan bahawa sikap pelajar tidak dinafikan

ketika pembelajaran bersemuka, ada sesetengah pelajar yang tidak memberi tumpuan ketikan

guru mengajar, inikan pula ketika guru mengajar, inikan pula ketika sesi pembelajaran atas

talian. Kecewa melihat sikap pelajar yang tidak berdisplin dalam menuntutu ilmu. Bukan itu

sahaja, ada juga dalam kalangan pelajar yang sertai kelas atas talian seperti Google Meet sekadar

untuk memenuhi jumlah kehadiran. Hakikatnya, di sebalik kamera yang senjaga dimatikan,

mereka melakukan kerja-kerja yang tidak berkaitan. Hal ini akan mengganggu proses

pembelajaran yang dijalankan dan menyebabkan masa tidak mencukupi. Maka, para pelajar

seharusnya memberi kerjasama yang baik sepanjang PdP dilaksanakan dan guru juga harus

bersifat tegas terhadap pelajar.

Sebaliknya, 6.25% responden berpendapat bahawa, masalah kesihatan pelajar juga

merupakan masalah PdP atas talian yang dihadapi oleh pelajar sekolah menengah di daerah

Klang. Masa skrin yang berlebihan mendorong kepada masalah kesihatan pelajar. Sekiranya

pelajar menghadap skrin untuk masa yang berpanjangan, mereka akan mengalami sakit mata

serta sakit kepala. Kemurungan serta kegelisahan juga turut berlaku akibat mereka berkurung di

rumah sepanjang pandemik ini. Kadangkala, pelajar juga mengalami masalah postur yang teruk

dan masalah fizikal yang lain kerana terus membongkok di depan skrin untuk masa yang agak

lama.

Akhir sekali, 12.50% responden menyatakan bahawa, pelajar mengalami tekanan

emosi. Peringkat awal pelaksanan PKP seakan memberikan “rahmat” kepada pelajar kerana

tidak perlu hadir ke sekolah dan menjalani aktiviti PdP harian atas talian. Akan tetapi, jangka
sama PKP yang lama dan dilanjutkan pula dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang

lama menjadikan pelajar mulai rasa bosan terkurung dirumah. Murid tidak dapat bertemu rakan

sebaya, bermain dan berbual dengan sahabat karib di sekolah ataupun menjalani aktiviti ko

kurikulum. Ini mengakibatkan emosi murid mulai mengalami ketidakstabilan. Sesi pembelajaran

atas talian yang mempunyai jadual tertentu yang telah ditetapkan oleh pendidik perlu juga

mengambil kira peranan murid untuk membantu ibu bapa di rumah.


5.3 Cadangan Mengatasi Masalah

Kajian ini dijalankan untuk guru sekolah menengah dan murid-murid sekolah menengah. Hasil
daripada kajian ini beberapa cadangan yang diharap relevan dan berguna kepada pelbagai pihak
untuk masa akan dihasilkan.

5.3.1 Guru Sekolah

Sepertimana yang kita tahu, tidak semua warga pendidik di Malaysia mahir dalam bidang

teknologi kerana ada dalam kalangan mereka sudah berusia dan tidak terdedah dengan teknologi

digital masa kini. Ini adalah salah satu cabaran pembelajaran atas talian yang perlu dihadapi oleh

guru-guru untuk melaksanakannya kerana ia mengambil masa yang agak lama bagi guru yang

kurang mahir dengan aplikasi atas talian untuk menyediakan bahan mengajar yang lengkap dan

mampu menarik perhatian para pelajar. Pembelajaran dalam talian terutama google classroom

yang diamalkan di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terbukti cukup membantu guru

selain aplikasi zoom bagi membolehkan interaksi secara terus dengan pelajar dapat dilakukan.

Para guru turut memanfatkan media social seperti whatsapp dan telegram dengan sebaik-

baiknya untuk memnyampaikan pelbagai maklumat arahan dan latihan. Semuanya ini untuk

memastikan pembelajaran pelajar tetap lancar walaupun mereka tidak berada di dalam kelas dan

bilik kuliah. Kajian Mohamad Nizam (2016) juga menunjukkan para pelajar yang menggunakan

aplikasi telegram dalam PdP bersetuju telegram mudah digunakan untuk berkongsi video, nota,

dan makluman. Mereka juga bersetuju kualiti nota dan video menggunakan telegram sangat baik.

Google Classroom juga menjadi pilihan kebanyakan guru sekolah menengah dalam menjalankan

PdP. Ini turut dipersetujui oleh (Basilaia, Dqubuadze, Kantaria, & Chokhonelidze, 2020) yang
menyatakan Google Classroom mewujudkan persekitaran pembelajaran bersama dengan

perkongsian bahan yang pelbagai dari aplikasi berbeza. Isna (2019) melalui kajiannya mendapati

Google Classroom membuatkan pelajar lebih banyak berkomunikasi dengan pengajar kerana

secara atas talian dan tidak bersemuka. Ia sangat sesuai dengan pelajar yang pemalu dan motivasi

rendah.

Justera itu, pemilihan platform yang bersesuaian amat penting dalam proses pengajaran

dan pembelajaran terutama kepada guru yang mengajar PdP atas talian. Ini bertujuan

mengelakkan berlakunya lag atau screen freeze  yang boleh mengganggu tumpuan pelajar

sekiranya kelas atas talian dilakukan secara bersemuka. Guru perlu mengetahui tahap kestabilan

internet, sama ada rendah, sederhana atau tinggi sebelum memilih platform pengajaran yang

bersesuaian. Menurut Pusat e-Pembelajaran dan Sumber Pengajaran, Universiti Malaysia

Pahang(2020), sekiranya capaian internet rendah, platform seperti WhatsApp, Telegram dan

Instagram sesuai dijadikan platform pengajaran murid.  Bagi capaian sederhana, platform seperti

Youtube dan Kahoot sesuai digunakan, manakala bagi capaian tinggi, platform bersemuka

seperti Zoom, Microsoft Team, Skype dan Google Meet sesuai digunakan. Kaedah pengajaran

terbeza sesuai dijalankan menggunakan platform yang berbeza kepada pelajar berdasarkan jenis

capaian internet murid. Meskipun dilihat sebagai satu cara yang rendah, kaedah ini dilihat

berkesan dalam membolehkan pembelajaran murid dicapai secara maksimum.

Namun, melihat penularan wabak Covid 19 secara positif, ia mencetuskan satu semangat

dan usaha yang luar biasa bagi pendidik di Malaysia dalam memastikan murid tidak ketinggalan

dalam pendidikan. Para pendidik mestilah sedaya upaya menjadi kreatif dalam mempelbagaikan
kaedah pengajaran. Mereka haruslah meningkatkan keupayaan mereka untuk mendidik seiring

dengan kemajuan teknologi. Selari dengan normal baharu, pembelajaran secara atas talian ini

memerlukan komitmen dan sokongan tidak terhingga ibu bapa dalam membantu guru mendidik

murid.

Namun begitu, kesungguhan dan rasa tanggungjawab para guru di Malaysia ini harus

dipuji kerana mereka tetap berusaha untuk belajar cara menggunakan aplikasi digital yang ada

semata-mata untuk menyampaikan ilmu kepada para pelajar.

5.3.2 Murid –Murid

Implikasi pelaksanaan pembelajaran dalam talian adalah pengurusan emosi. Ini mengakibatkan

emosi murid mulai mengalami ketidakstabilan. Sesi pembelajaran atas talian yang mempunyai

jadual tertentu yang telah ditetapkan oleh pendidik perlu juga mengambil kira peranan murid

untuk membantu ibu bapa di rumah. Oleh yang demikian, satu platform kaunseling khas perlu

diwujudkan oleh pihak sekolah. Platform ini perlu diuar-uarkan kepada murid bagi

membolehkan mereka menghubungi guru-guru kaunseling sekiranya mereka mengalami

ketidakstabilan emosi. Sokongan kaunseling amat perlu semasa perintah kawalan pergerakan ini

selain membantu murid berdepan dengan normal baharu pembelajaran.

Implikasi seterusnya, pelaksanaan pembelajaran dalam talian ini adalah pentaksiran

holistic. Persoalan timbul apabila bagaimana pentaksiran dapat dijalankan bagi memenuhi

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Jika sebelum ini, pentaksiran dijalankan secara bertulis
akibat daripada penutupan sekolah dan sesi persekolahan, kaedah pentaksiran secara holistik ini

dilihat kaedah paling ideal dalam mengukur tahap pengetahuan murid. Kaedah pentaksiran ini

yang merupakan kombinasi daripada subjek teras yang merupakan lapisan pertama dan elektif

sebagai lapisan kedua kaedah pentaksiran ini mampu mengukur keupayaan pemikiran aras tinggi

murid. Pada masa yang sama, kombinasi ini juga boleh disertakan dengan subjek Pendidikan

Islam dan Moral sebagai lapisan ketiga yang berupaya mengukuhkan penerapan nilai kepada

murid.

Kaedah pentaksiran berasaskan projek yang boleh dilaksanakan bersama keluarga, kajian

kes, ulasan artikel, menjalankan eksperimen dan merekabentuk poster mampu memenuhi

keperluan komponen pembentukan intelektual, rohani, emosi dan jasmani. Ini secara tidak

langsung memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang ingin melahirkan murid yang

seimbang dari aspek jasmani, emosi , rohani dan intelektual.

Melihat penularan wabak COVID19 secara positif, ia mencetuskan satu semangat dan

usaha yang luar biasa bagi pendidik di Malaysia dalam memastikan murid tidak ketinggalan

dalam pendidikan. Para pendidik berusaha sedaya upaya menjadi kreatif dalam

mempelbagaikan kaedah pengajaran. Mereka tanpa segan silu berguru bagi meningkatkan

keupayaan mereka untuk mendidik seiring dengan kemajuan teknologi. Selari dengan normal

baharu, pembelajaran secara atas talian ini memerlukan komitmen dan sokongan tidak terhingga

ibu bapa dalam membantu pendidik mendidik murid. Ibu bapa perlu memahami normal baharu

pendidikan, memberikan ruang kepada anak-anak menghadiri kelas atas talian serta turut

memantau sesi pembelajaran dan kerja sekolah mereka. Usaha luar biasa ini tidak terkecuali

memerlukan komitmen murid yang tidak berbelah bahagi. Penglibatan murid dalam kelas atas
talian ini bukan sahaja sekadar mendengar celoteh pendidik, tetapi memberikan respons serta

menyiapkan tugasan yang diberikan. Sekiranya murid tidak memberikan komitmen secukupnya,

ia seakan ‘bertepuk sebelah tangan’, manakan jadi ilmu yang dihulurkan bersambut kepada

murid. Jelas bahawa keupayaan memberikan khidmat pendidikan yang terbaik kepada murid

semasa wabak COVID19 ini memerlukan usaha dan tenaga yang luar biasa daripada semua

pihak, ibu bapa, pendidik dan murid.

5.3.3 Kajian Masa Depan

Pengkaji mencadangkan supaya kajian ini dilaksanakan di daerah dan negeri lain supaya dapat

mengetahui masalah PdP atasi dalam talian oleh guru sekolah menengah. Kajian juga boleh

dijalankan di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Cina. Kajian –kajian seperti ini akan

mendedahkan masalah guru sekolah mengikut daerah dan negeri masing-masing.

Cadangan kajian yang seterusnya ialah pengkaji menjalankan kajian ini untuk

mengetahui masalah guru terhadap diatasi dalam talian di PdP. Pelbagai kajian yang melibatkan

pensyarah , siswazah telah dijalankan. Oleh itu, kajian-kajian bakal dijalankan perlu difokuskan

kepada murid sekolah rendah kerana pendidikan sekolah rendah merupakan asas kepada segala

jenis ilmu. Oleh itu, kajian perlu difokuskan lebih kepada murid sekolah rendah.

Kajian-kajian mengenai masalah PdP dalam talian adalah berkait dengan pendidikan

yang sangat penting supaya pelbagai pembahuruan dan pengubahsuaian dapat dilaksanakan bagi
mencapai objektif dan matlamat system pendidikan pada masa kini. Generasi yang akan datang

perlu bersedia untuk menerima PdP dalam talian dalam proses pengajaran dan pembelajaran

sepenuhnya supaya dapat melahirkan generasi yang berteknologi.

5.4 Kesimpulan

Kesimpulannya, dapatan kajian mendapati guru-guru memberikan pandangan yang positif

dan bersedia melaksanakan pembelajaran dalam talian semasa tempoh pandemik Covid-19 ini

namun cabaran yang dihadapi menjadi kekangan kepada guru dan pelajar untuk

melaksanakannya secara berkesan.Guru dan pelajar kebiasaannya melaksanakan sesi

pembelajaran bersemuka namun demikian apabila berlaku pandemik seperti ini, ia menuntut

semua guru untuk beralih kaedah pembelajaran secara tiba-tiba tanpa persediaan yang rapi.

Cabaran yang dihadapi guru perlu diambil kira dalam proses menjadikankan kaedah Heumenutik

ini sebagai satu alternatif pembelajaran yang dapat membantu memudahkan urusan guru di

samping menarik minat pelajar agar lebih kreatif serta berkembang seiring dengan

perkembangan dunia pendidikan.Oleh itu,dapatan kajian ini penting kepada pihak

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), memandangkan hasil kajian ini dapat dijadikan

panduan untuk merancang sesi pembelajaran dalam talian kecemasan menggunakan

teknologi pendidikan yang ada seiring dengan peredaran masa kini. Di samping itu,

pembelajaran dalam talian melalui pendekatan Hemenutik dilihat dapat memberi impak besar

selaras dengan kecenderungan pelajar yang sudah terdedah kepada laman sosial. Namun

demikian, kaedah pembelajaran Hemenutik ini memberi manfaat kerana pelajar bersosial
dan juga belajar secara maya bersamaguru dan rakan-rakan. Satu kajian lanjutan yang lebih

mendalamdiharapkan dapat dijalankan dengan menggunakan kaedah penyelidikan yang

berbeza, pemboleh ubah tambahan dan responden dalam kawasan lainuntuk mencapai

kesimpulan yang lebih baik.

Diharapkan kajian ini dapat membantu pihak pengurusan sekolah, phak pengurusan KPM

dan kementerian untuk tindakan lanjut dalam memastikan pembelajaran secara digital di bandar

mahupun luar bandar berjalan dengan baik.


RUJUKAN

 Abdul Kadir, Syazwani. (2020). The Use of Social Media in Millennials’ Teaching
and Learning Activities in Design-Related Course. Environment-Behaviour
Proceedings Journal, 5(13), 133. https://doi.org/10.21834/e-bpj.v5i13.2087

 Ahmad Zaki Miruddin, Dr. Ahmed Thalal Hassan, Ahmad Abdul Rahman, Nor
Abdul Rahman dan Mohd Shahriman Abu Bakar (2014). Penggunaan Aplikasi
Atas Talian Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Ketiga:
Pengenalan Kepada Quizlet.Com. Prosiding Seminar Antarabangsa Kelestarian
Insan 2014 (INSAN2014).

 Bao, W. (2020). COVID-19 and atas talian teaching in higher education : A case
study of Peking University. (March), 113–115. https://doi.org/10.1002/hbe2.191

 Basilaia, G., Dgebuadze, M., Kantaria, M., & Chokhonelidze, G. (2020). Replacing
the Classic Learning Form at Universities as an Immediate Response to the COVID-
19 Virus Infection in Georgia.

 Isna Normalita Sari, (2019). Terhadap Efektivitas Pembelajaran Mahasiswa


Universitas Islam Indonesia Skripsi. Fakultas Ekonomi Universitas Islam Indonesia
Yogyakarta. (2019).

 Jan, A. (2020). Atas talian Teaching Practices During COVID-19: An Observation


Case Study. SSRN Electronic Journal. https://doi.org/10.2139/ssrn.3584409

Anda mungkin juga menyukai