Anda di halaman 1dari 10

DEVELOPMENT COMMUNICATION ( UC020102)

TAJUK:

PROGRAM PENTERNAKAN BURUNG WALIT UNTUK MENDAPATKAN SARANG DI KALANGAN


PENDUDUK KAMPUNG KOTA KLIAS, BEAUFORT, SABAH

ANJURAN:

PELAJAR KURSUS KOMUNIKASI PEMBANGUNAN ( DEVCOM ) SEMESTER 1 2015

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH ( UMS )

1. NAMA PENSYARAH - JUWAHIR KAYAN


2. AHLI KUMPULAN - MOHD. TAMIMI BIN AG.TAMIN
(BA15110325)
- Mohd. Hafizuddin Bin Hashim
(BA15110318)
- MOHD.IZHAM
- MOHD. KHAIRIE
1. PENGENALAN / INTRODUCTION

Industri penternakan burung walit atau nama saintifiknya, ‘aerodramus fuciphagus’ untuk
mendapatkan sarangnya semakin popular di negara ini. Burung walit adalah burung dari
keluarga burung Apodidae. Apodidae merupakan perkataan yang berasal dari Yunani,
apous, yang bererti tanpa kaki. Hal ini, disebabkan burung walit memiliki kaki yang sangat
pendek dan hanya gemar untuk hinggap di permukaan yang rata. Burung ini juga memiliki
kemiripan dengan burung layang-layang, namun jika dilihat dengan teliti kedua-duanya
tidak memiliki persamaan. Kemiripan burung walit dan burung layang-layang adalah akibat
daripada evolusi konvergen, dimana kedua jenis burung memiliki gaya hidup yang sama
iaitu memburu serangga semasa terbang. Antara contoh burung walit adalah burung walit
sapi. Walit sapi juga dikenali sebagai white-bellied swiftled yang bererti walit berperut putih.
Ukuran badan burung ini adalah sekitar 10 cm dan lebar sayap pula adalah 21 cm. Bahagian
badan burung ini bewarna hitam kehijaun dan bahagian bawah atau perut bewarna klabu.
Bahagian perut yang bewarna keputihan merupakan ciri-ciri utama burung walit sapi dan
hujung paruh burung ini melengkung seperti kuku. Selain itu, burung ini mudah untuk
beradaptasi dengan manusia sehinggakan mereka tidak memiliki rasa takut untuk bersarang
di rumah penduduk, kedai-kedai, pejabat, pasar, masjid, sekolah dan sebagainya.

Sarang burung walit dihasilkan oleh pelbagai jenis spesis burung tersebut dan sarang
burung ini memiliki pelbagai jenis warna dan bentuk. Antaranya adalah sarang putih, sarang
hitam, sarang rumput, sarang merah, dan sarang kuning. Sarang putih biasanya dihasilkan
oleh walit aerodramus fushipagus, berasal dari gua dan rumah. Selain itu, sarang ini
memiliki pelbagai ciri seperti bewarna putih kekuningan, tebal dan berbulu. Warna sarang
dipengaruhi oleh persekitaran. Sebagai contoh, sarang akan bewarna suram dan kotor jika
burung walit membuat sarangnya di gua. Manakala, sarang akan menjadi cerah dan bersih
jika burung tersebut membina sarang di rumah. Sarang putih ini berbentuk seperti mangkuk
yang dibelah, bewarna putih, jernih, tidak retak, dan bersih daripada bulu. Ukuran sarang ini
adalah 6-10cm. Seterusnya, adalah sarang hitam dihasilkan oleh burung walit jenis
aerodramus maximus. Burung walit jenis ini membentuk sarang dari bulu-bulu yang
dilekatkan dengan air liurnya dan dilekatkan pada permukaan dinding gua. Sarangnya
bewarna hitam kerana terhasil daripada air liur yang bercampur dengan air liur dari bulunya.
Harga sarang ini tidak semahal sarang putih. Antara ciri ciri sarang hitam adalah sarang ini
bewarna hitam dan ukuran sarang hitam adalah 5-7cm. Seterusnya, adalah sarang rumput.
Sarang burung walit yang berbentuk rumput biasanya dihasilkan oleh walit Collacalia
Esculanta, Aerodramus fuchipagus atau maximus. Sarang ini biasanya bewarna kehijauan,
kerana air liur bercampur dengan lumut, rumput kering dan daun. Sarang ini selalunya
dilihat di gua atau perumahan. Kemudian adalah sarang merah. Sarang burung walit yang
bewarna merah dihasilkan oleh burung walit Aerodramus fuchipagus. Sarang ini sangat
mahal dan jarang ditemui. Sarang ini hanya dihasilkan pada musim hujan yang berasal dari
rumah walit yang memiliki kelembapan udara yang sangat tinggi. Selain itu, sarang ini tidak
memiliki sebarang kekotoran yang melekat pada sarang. Kemudian saiz sarang adalah 9 cm
dan berat mencapai 9 gram. Seterusnya, adalah sarang kuning. Sarang ini pada mulanya
bewarna putih sehingga lama kelamaan akan berubah menjadi bewarna kuning terutamanya
jika disimpan di kawasan yang tidak kering. Perubahan warna ini adalah disebabkan oleh
perubahan oksida di udara sehinggakan menukar warna sarang putih menjadi kuning.

Perlis merupakan contoh negeri yang terlibat dengan penternakan burung walit ini.
Secara umumnya, sarang burung walit ini diperbuat daripada air liur haiwan tersebut dan
mempunyai nilai yang tertentu dengan nilai harga yang berbeza berdasarkan jenis dan
warna. Sebagai contoh, sarang burung bewarna hitam dijual pada harga RM 1500
sekilogram, yang bewarna putih RM 3000 sekilogram manakala kuning RM 25000 sekilogram
dan merah RM 45000 sekilogram. Dianggarkan sehingga kini terdapat lebih 10000 premis
membela burung walit di seluruh negara dengan nilai eksportnya lebih RM 500 juta. Malah
pada tahun 2015 industri ini dijangka mampu menyumbang sebanyak 5 bilion kepada
pendapatan negara.

Pelbagai langkah yang dijalankan oleh kerajaan untuk meningkatakan dan


membangunkan industri sarang burung walit ini. Sebagai contoh, di negeri Perlis, melalui
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) akan mewujudkan model rumah penternakan burung
walit yang hanya memodalkan RM50000. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas
Tani dan Pembangunan Koperasi negeri, Sabry Ahmad berkata, langkah tersebut bertujuan
melahirkan usahawan-usahawan kecil dari kalangan para petani melalui tunjuk ajar JPV.
LATAR BELAKANG PROJEK / PROJECT BACKROUND

PERBINCANGAN MASALAH

Penternakan burung walit sebenarnya memiliki potensi yang besar untuk dibangunkan di
Malaysia. Dengan nilai pendapatan yang mampu meningkatkan taraf hidup penduduk
industri ini dijangka akan meningkat setiap tahun. Di Malaysia industri penternakan burung
walit dijadikan sumber ekonomi yang utama dengan nilai pendapatan setahun mencecah
sehingga RM 1.5 bilion. Sarang burung walit mendapat permintaan yang tinggi di China di
mana sup sarang burung tersebut dilihat menjadi pengukur kepada status seseorang
individu. Malaysia merupakan pengeluar sarang burung ketiga terbesar di dunia selepas
Indonesia dan Thailand dengan purata lebih 12 tan sarang burung dihasilkan sebulan.
Penternakan burung walit amat senang untuk dilakukan kerana burung ini mudah berhijrah
ke kawasan-kawasan bandar dan mendiami bangunan-bangunan lama yang menyerupai
gua batu tempat habitat asalnya. Oleh itu, penternak burung akan membuat bangunan batu
yang mempunyai ciri persamaan gua batu atau mengubahsuai bangunan lama menjadi
kawasan sarang burung ini.

Industri burung walit memiliki potensi besar dalam pasaran dan menjadi pilihan
utama usahawan pada masa kini. Dari sudut sejarah, penuaian sarang burung walit dari
gua-gua secara komersial bermula sejak 100 tahun dahulu di Malaysia. Penuaian sarang
burung yang pertama adalah di Gua Niah, Sarawak pada tahun 1878. Industri burung walit
semakin berkembang memandangkan industri ini mendapat permintaan tinggi kerana
kandungan khasiatnya yang tinggi. Hal ini, telah mendorong Kementerian Pertanian dan
Industri Asas Tani untuk menggalakkan lebih ramai usahawan untuk terlibat dalam industri
burung walit. Habitat asal bagi burung walit adalah di gua, kini terdapat 50000 premis
burung walit di rumah-rumah kedai di kawasan bandar seluruh negara. Hal ini,
menimbulkan bantahan penduduk setempat berhubung masalah bau dan bunyi yang amat
kuat. Sebagai contoh, najis burung tersebut telah mengotorkan kereta, halaman rumah,
kain dan sebagainya. Oleh itu, Jabatan Perkhidmatan Vertirinar (JPV) selaku agensi peneraju
bagi pembangunan telah mengeluarkan garis panduan berkenaan industri burung walit yang
membabitkan aspek pelesenan, persampelan, pengeluaran, dan pengeksportan. Sebagai
contoh di Sarawak, undang-undang berkenaan industri burung walit ini telah diwujudkan di
mana kerajaan negeri telah melarang premis burung walit dibina di kawasan bandar.
Menerusi Bahagian Khidmat Sokongan dan Pembangunan Industri(KSI) dan
Bahagian Industri Tanaman, Ternakan dan Perikanan(ITTP), Agro Bank dan Jabatan
Perkhidmatan Verterinar (JPV), telah mengadakan seminar Pembiayaan Industri Burung
Walit. Malaysia kini berusaha untuk menjadi pembekal utama sarang burung walit
menjelang tahun 2020. Walaupun industri burung walit memberikan keburukan tetapi jika
diurus dengan baik industri ini mampu memberikan impak positif kepada masyarakat.
Kementerian Kesihatan telah mengesahkan sarang burung walit sebagai bersih dan boleh
dimakan serta burung tersebut tidak membawa vektor penyakit seperti selesema burung.
Sarang burung walit sebenarnya memiliki pelbagai khasiat. Menurut kajian perubatan Cina di
Beijing mendapati sarang burung walit boleh dijadikan agen pemutihan kulit dan baik untuk
kesihatan mata. Bagi penghidap asma, sarang walit ini mampu memulihkan sistem
pernafasan dan memperkuatkan paru-paru. Hasil daripada eksperimen dan penelitian
menunjukkan bahawa sarang burung walit memiliki pelbagai manfaat kepada manusia. Zat
kolagen yang terdapat dalam setiap sarang burung walit dapat melancarkan pembuluh
darah, meningkatkan nafsu makan serta memperbaiki saluran pencernaan.

Selain itu, sarang burung walit dapat mengurangkan kahak dan menyembuhkan
batuk kerana nutrisi yang terdapat pada sarangnya bagus untuk paru-paru dan menguatkan
saluran pernafasan. Pengambilan sarang burung walit ketika kehamilan dapat mengurangi
rasa sakit pada punggung, memperkuat paru-paru bayi yang dikandung dan mempercepat
proses penyembuhan setelah melahirkan. Bagi wanita, pemakanan secara teratur dapat
meningkatkan daya metabolisme, memperbaiki kulit serta melambatkan proses penuaan.
Selain itu, bagi orang tua pula pemakan secara teratur dapat menguatkan urat dan tulang
serta meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit. Untuk kanak-kanak, sarang
burung walit dapat memperbesarkan daya serap nutrisi yang ada pada setiap makanan dan
memperkuatkan paru-paru. Kebaikan yang seterusnya adalah sarang burung ini dipilih
sebagai makanan yang amat baik kepada para perokok selain dapat mengurangkan kesan
yang ditimbulkan daripada nikoton dan mencegah serangan barah. Sebelum memakan
sarang burung, kita perlu memasaknya dengan ukuran air 500ml dalam bekas hingga
mendidih. Kemudian masukkan sarang burung dan kecilkan api. Biarkan sarang burung
masak hingga menaikan buih dan kembang. Simpan sarang burung yang telah dimasak tadi
ke dalam flask atau kelalang mengikut sukatan anda dan ditambah air panas. Goncang
sebelum meminumnya dan bakinya disimpan dalam peti sejuk. Sarang burung ini boleh juga
dihidangkan dalam bentuk sup.
5P PROJEK / PROJECT 5P’s

1. PRODUCT / PRODUK

Berdasarkan matlamat dan objektif yang telah ditetapkan, produk atau idea yang
ingin kami sampaikan kepada masyarakat ialah mengenai peluang dari segi ekonomi
dalam penternakan Burung Walit. Pada masa ini, penternakan burung walit untuk
mendapatkan sarang semakin menjadi tumpuan dalam pasaran dunia. Melalui
matlamat ini, beberapa program dan tentatif telah digariskan untuk memastikan idea
yang ingin disampaikan ini dapat disebar luas dan memberi kesan yang positif,
khususnya kepada golongan sasaran yang telah ditetapkan dan juga kepada
masyarakat secara amnya.

2. PRICE / HARGA

Beberapa pendekatan telah dibuat dalam program ini untuk mendapatkan dana bagi
tujuan merealisasikan tentatif yang telah pun dirangka dalam bahagian tentatif
program. Sebuah program jualan amal iaitu jualan barangan terpakai telah dibuat
untuk mengumpul dana bagi merealisasikan rangka kerja projek ini. Selain daripada
itu, beberapa dana bantuan juga telah disalurkan oleh beberapa pihak yang telah
menyokong program ini seperi Ahli Parlimen Kawasan Beaufort, Dato Hajah Azizah
Datuk Seri Panglima Hj. Muhammad Dun, dan juga Majlis Belia Sabah. Hasil daripada
kutipan dana tersebut, sebanyak RM3000 telah berjaya dikumpul dan digunakan bagi
menampung kos perbelanjaan program ini terutamanya dari segi kos perbelanjaan
makanan dan juga kos perbelanjaan peralatan program.

3. PLACE / TEMPAT

Berdasarkan perbincangan yang telah dibuat, kami telah bercadang untuk


menjadikan Kampung Kota Klias, Beaufort, Sabah sebagai lokasi pilihan. Pemilihan ini
adalah berdasarkan kumpulan sasaran yang telah pun ditetapkan, iaitu dari kalangan
penduduk kampung Kota Klias. Kebenaran untuk meggunakan fasiliti di bilik gerakan
telah mendapat kelulusan daripada ketua kampung, Hajah Jamilah Binti Abdul
Murad. Antara fasiliti yang akan digunakan dalam program ini adalah seperti dewan,
bilik gerakan dan masjid.
4. PROMOTION / PROMOSI

Beberapa inisiatif telah digunakan untuk mempromosikan program ini. Beberapa


bulan sebelum program ini dilancarkan, sebuah pertemuan akan diadakan dengan
ketua kampung. Dalam sesi ini, beberapa penerangan mengenai program ini akan
dilakukan untuk mendapat persetujuan ketua kampung agar program ini dapat
dihadiri oleh penduduk kampung. Selain itu, promosi melalui edaran iklan di kawasan
Kota Klias juga akan dilakukan supaya dapat menarik perhatian dan minat dalam
kalangan penduduk.

5. POLITICS / POLITIK

Untuk mendapatkan pengesahan bagi mengadakan program ceramah berkenaan


penternakan burung walit ini, perjumpaan dengan Pegawai Jabatan Haiwan
Beaufort, Dr. Daud Yusof telah dilakukan dan juga surat kebenaran mengadakan
program dibuat bagi mendapatkan pengesahan untuk mengadakan program ini di
Kampung Kota Klias, Beaufort, Sabah. Seterusnya, pihak penganjur akan
mendapatkan persetujuan daripada ketua kampung Kota Klias, Hajah Jamilah Binti
Abdul Murad bersama-sama dengan surat kebenaran daripada Pegawai Jabatan
Haiwan Beaufort akan dipersembahkan supaya program ini mendapat persetujuan
dan sokongan daripada ketua kampung.
ANALISIS SWOT

 STRENGH
Kekuatan dalam projek ini ialah terdapat banyak populasi burung walit di kawasan
projek. Selain itu, nilai harga sarang burung walit yang dihasilkan di rumah lebih
mahal berbanding yang berasal dari gua. Hal ini, disebabkan produk sarang burung
walit yang dihasilkan di rumah mempunyai kualiti lebih baik iaitu sarang yang
dihasilkan lebih putih, bersih, bentuk sarang sempurna dan keadaan bersih
berbanding sarang walit yang berasal dari gua. Sarang burung walit juga mempunyai
khasiat yang tinggi. Selain itu, menerusi bahagian khidmat sokongan dan
pembangunan industri(KSI) dan bahagian industri tanaman dan ternakan(ITTP),
agro bank dan jabatan perkhidmatan verteriner(JPV), telah mengadakan seminar
pembiayaan industri burung walit. Melalui sokongan tersebut projek ini dijamin dapat
dilaksanakan oleh penduduk kampung kerana mendapat sokongan daripada
organisasi-organisasi tersebut. Oleh hal yang demikian, program ini dijangka akan
mendapat sambutan baik daripada penduduk kampung yang disasarkan dalam
projek ini.

 WEAKNESS

Antara kelemahan yang dikenal pasti ialah kos pengeluaran yang tinggi. Kos
pengeluaran sarang burung walit terdiri dari kos tetap dan kos yang berubah-ubah.
Kos tetap terdiri daripada upah tenaga kerja untuk penjagaan dan pemuliharaan
sehingga proses penuaian, kemudahan untuk tenaga kerja, kos elektrik, telefon dan
air. Manakala kos yang berubah-ubah pula ialah pembelian makanan tambahan dan
ubat-ubatan serta kos pembersihan sarang. Selain itu, kelemahan yang lain ialah
kekurangan maklumat berkaitan pasaran. Maklumat pasaran burung walit masih
terhad. Permodalan juga menjadi faktor kelemahan dalam projek ini. Hal ini,
disebabkan modal untuk membina rumah untuk burung walit adalah mahal iaitu RM
50000 hingga 200000. Faktor kelemahan yang lain ialah jumlah pengeluaran sarang
burung walit yang sedikit setiap kali masa penuaian.
 OPPORTUNITY

Antara peluang yang dikenal pasti dalam projek ini ialah adanya penggolongan
harga. Adanya penggolongan harga berdasarkan warna dan bentuk sarang walit
bertujuan untuk menentukan nilai harga sarang burung walit yang dihasilkan. Sarang
burung walit mempunyai tiga penggolongan harga iaitu kelas A, kelas B dan kelas C.
Selain itu, peluang yang lain ialah kemajuan dalam bidang teknologi, maklumat,
komunikasi dan pengangkutan. Kemajuan dalam bidang teknologi contohnya alat
pemanggil burung walit supaya burung walit tertarik untuk tinggal didalam rumah
yang disediakan. Kemajuan dalam bidang pengangkutan pula terutamanya jalan
yang baik memberikan kemudahan untuk memasarkan produk yang dihasilkan.
Kemajuan dalam bidang komunikasi seperti pengunaan telefon dan internet dapat
membantu serta melancarkan kegiatan pemasaran terutamanya dalam memberikan
maklumat pasaran. Selain itu, antara peluang yang lain ialah permintaan eksport
sarang burung walit yang meningkat.

 THREAT

Terdapat juga halangan dalam melaksanakan projek ini iaitu kos bahan bangunan
untuk pembinaan rumah burung walit meningkat. Hal ini, disebabkan ekonomi
negara yang sentiasa berubah-berubah. Selain itu, adanya halangan perdagangan
mahupun didalam negara ataupun antarabangsa. Halangan yang lain lagi ialah
berkembangnya isu penyakit burung walit. Hal ini, disebabkan ada yang berpendapat
bahawa burung walit juga penyebar virus selesma burung.

Anda mungkin juga menyukai