Anda di halaman 1dari 14

6.

0 Kajian tinjauan pasaran industri tenusu Malaysia


Dr. Chubashini Suntharalingam dan Muhamad Faireal Ahmad

6.1 Pendahuluan
Selama 50 tahun, dua strategi utama telah diterima pakai oleh kerajaan untuk menangani pengeluaran
susu tempatan yang rendah dan mengurangkan pergantungan kepada produk tenusu yang diimport
(Sim dan Suntharalingam 2015). Dua strategi ini adalah pengeluaran dan perdagangan. Bagi strategi
pengeluaran, koloni ternakan tenusu telah ditubuhkan di Selangor dan Negeri Sembilan dan ladang-
ladang tenusu berskala besar telah ditubuhkan di Johor, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak
semasa Rancangan Malaysia Pertama, Kedua dan Ketiga. Tujuan ladang dan koloni ini diwujudkan
adalah untuk meningkatkan pengeluaran susu tempatan. Lembu kacukan telah diterima pakai di ladang-
ladang ini dan baka import dari iklim sederhana telah diperkenalkan untuk membangunkan sektor
tenusu. Lembu tenusu utama di Malaysia pada mulanya adalah daripada baka Local Indian Dairy (LID).
Baka ini berasal dari India dan telah dapat menyesuaikan diri dengan baik di bawah iklim tempatan
dan dengan input nutrisi makanan yang rendah. Tetapi malangnya, LID mengeluarkan sedikit susu
(Panandam dan Raymond 2005). Untuk mengatasi pengeluaran susu yang rendah oleh LID, kacukan
F1 Friesian Sahiwal dari New Zealand dan Australia diimport (Dijkman 1992). Terdapat perbezaan yang
besar dalam pengeluaran susu antara kedua baka ini. LID hanya dapat mengeluarkan susu sebanyak
3.0 kg/lembu manakala kacukan Friesian Sahiwal dapat mengeluarkan susu sebanyak 6.1 kg/lembu
(Devandra dan Wanapat 1986). Talukder et al. (2003) juga telah menunjukkan bahawa lembu kacukan
Friesian Sahiwal menghasilkan komposisi susu yang lebih baik dan berkualiti. Sivarajasingam dan
Kumar (1989) menunjukkan bahawa susu dan pembiakan lembu tenusu boleh meningkat dengan ketara
dengan pengacukan LID atau dengan lembu Zebu tempatan melalui penggunaan gen “pool” Friesian.
Walaupun pelbagai program pembiakan diusahakan untuk meningkatkan pengeluaran susu lembu segar
tahap sara diri Malaysia (SSL) untuk susu hanya adalah pada tahap 5% pada tahun 2012. Kemungkinan
SSL susu adalah rendah disebabkan oleh peningkatan bilangan penduduk.
Strategi pengeluaran juga telah memberi tumpuan kepada pelaksanaan Program Pembangunan
Tenusu Negara (NDDP) pada tahun 1974. Ia dimulakan disebabkan aspirasi Malaysia untuk mencapai
sekuriti makanan dalam industri tenusu. NDDP digubal bawah Dasar Ekonomi Baru (Osman 1984)
dalam Rancangan Malaysia Kedua. Tujuan NDDP adalah untuk memenuhi permintaan susu segar
tempatan melalui penubuhan ladang pekebun kecil tenusu, pembangunan pusat pengumpulan susu,
mewujudkan saluran keluar pasaran susu segar dan pengimportan lembu tenusu (Osman 1984). Semasa
pelaksanaan NDDP, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk
membantu penternak tenusu. Perkhidmatan ini termasuk latihan, penyeliaan, memberi bantuan dalam
mendapatkan pinjaman, ujian kualiti susu, pengangkutan, penyimpanan, dan pemasaran susu (Dijkman
1992). Sembilan belas pusat pengumpulan susu (MCC) yang berdekatan dengan kawasan pengeluaran
susu telah ditubuhkan dalam tempoh Rancangan (1976 – 1980) Malaysia Ketiga bagi merangsang
pengeluaran susu segar. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Keempat (RMKe-4), pada awal tahun
1980, bilangan MCC meningkat kepada 43. Hasil daripada penambahan bilangan MCC, Rancangan
Malaysia Kelima (1986 – 1990) melaporkan bahawa pengeluaran susu meningkat tiga kali ganda,
daripada 8.3 juta liter kepada 28.9 juta liter. Kilang pemprosesan susu bawah suhu ultra tinggi juga
telah ditubuhkan di Johor pada masa itu bagi memproses susu segar. Namun begitu, pada 1980-an,
kerajaan telah mula memberi penekanan yang lebih tinggi kepada konsep perindustrian, penswastaan
dan perdagangan. Disebabkan peralihan fokus, industri pertanian secara umum dan sektor tenusu,

1
secara khususnya tidak mendapat perhatian yang mencukupi bagi mempertingkatkan hasil pertanian,
termasuk juga dalam pengeluaran susu segar. Projek-projek pembangunan tenusu telah dikecilkan (scale
down) dan sebilangan besar MCC digabung supaya mereka lebih kos efektif dan bagi memudahkan
penyelenggaraan. NDDP telah meningkatkan SSL susu dari 0.4% pada tahun 1974 kepada 5% pada
tahun 1994. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh peralihan fokus, sektor tenusu telah menjadi
kurang penting untuk dibangunkan. Apabila krisis kewangan Asia melanda pada tahun 1997, kerajaan
terdesak semula untuk meningkatkan sekuriti makanan dan telah cepat bertindak dengan menggubal
Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3), bagi tempoh 1998 – 2010. DPN3 adalah versi yang telah
ditambah baik dari Dasar Pertanian Negara Kedua (1992 – 2010). Di bawah DPN3, usaha telah diambil
untuk memulihkan dan membangunkan semula sektor tenusu bagi meningkatkan SSL susu supaya dapat
mengurangkan pergantungan negara kepada import. Untuk mencapai objektif ini, pemasaran susu
telah dicadang untuk diperkukuhkan melalui penubuhan pusat pengedaran dan penggunaan teknologi
komunikasi untuk mengakses maklumat pasaran akan dibangunkan. Namun begitu, tiada laporan yang
dijumpai bagi menunjukkan hasil usaha ini. Walaupun pelbagai usaha digunakan untuk meningkatkan
pengeluaran susu segar, namun pengeluaran susu tidak dapat menampung permintaan susu yang
semakin meningkat. Bagi menangani cabaran ini, kerajaan telah beralih kepada strategi perdagangan.

Sumber: FAOSTAT 2014

Rajah 6.1: Pengeluaran susu lembu di Malaysia

Kesan daripada pelaksanaan Program NDDP dan DPN3, pengeluaran susu lembu di Malaysia
telah berjaya ditingkatkan daripada 20 juta liter kepada lebih 78 juta liter (Rajah 6.1).
Walau bagaimanapun, disebabkan kekurangan sokongan dari pihak kerajaan pada awal 1980- an,
pemproses produk tenusu telah mula bergantung kepada produk yang diimport bagi menangani
permintaan susu yang tinggi. Bagi menunjukkan situasi sebenar sekuriti tenusu di Malaysia pada masa
kini, Suntharalingam dan Ahmad (2015a) telah menggunakan model imbangan dagangan makanan
(food balance sheet). Jadual 6.1 menunjukkan imbangan dagangan untuk pelbagai produk tenusu.
Imbangan dagangan Malaysia adalah negatif bagi susu dan produk berkrim yang mengandungi lemak
kurang daripada 1% (susu skim rendah lemak) dan lebih 6% (susu tepung penuh). Malaysia hanya
mempunyai bekalan yang mencukupi bagi susu dan produk berkrim yang mengandungi lemak lebih
daripada 1% dan kurang daripada 6%.

2
Jadual 6.1: Imbangan dagangan untuk pelbagai produk tenusu

Komoditi dan penerangan Imbangan dagangan

2008 2009 2010 2011 2012

Susu dan krim tidak manis, kandungan 6,424,541 (2,501) (451,979) (241,386) (2,258,120)
lemak dengan berat tidak melebihi 1%.

Susu dan krim tidak manis, kandungan 4,316,726 3,775,289 13,163,183 8,092,309 9,300,153
lemak dengan berat lebih dari 1% dan
kurang dari 6%.

Susu dan krim tidak manis, kandungan (1,572,708) (3,180,456) (5,247,965) (4,205,353) (4,866,232)
lemak dengan berat melebihi 6%.

Sumber: UN Comtrade

Jadual 6.2: Sumber import susu dan krim tidak pekat/manis, kandungan lemak tidak melebihi 1%

Negara import Kuantiti import (liter)


2008 2009 2010 2011 2012
Australia 461,625 475,545 335,550 167,386 1,518,701
USA 34,433 19,404 88,867 17,559 143,254
New Zealand 253,525 79,710 37,030 71,984 159,245
Netherlands 30,090 6,277 86,714 2,150 239,266
United Kingdom 14,054 87,256 82,421 68,424 79,021
Sumber: UN Comtrade

Jadual 6.3: Sumber import susu dan krim tidak pekat/manis, kandungan lemak melebihi 6%

Negara import Kuantiti import (liter)


2008 2009 2010 2011 2012
New Zealand 485,885 1,047,370 1,491,089 1,724,330 2,186,335
Peranchis 590,494 491,762 481,754 468,739 371,716
Singapura 668,708 1,251,405 1,865,623 1,746,765 1,483,108
Jerman 234,789 329,752 473,346 380,011 509,666
Netherlands 282,363 39,652 168,662 87,619 43,501
Australia 98,998 211,199 214,947 126,614 307,473
Belgium 21,870 73,116 132,153 262,826 26,327
USA 90,909 94,010 25,445 17,288 29,546
Denmark 16,118 28,964 65,047 29,739 42,736
Sumber: UN Comtrade

Bagi mengurus defisit imbangan dagangan bagi dua produk tenusu di atas, Malaysia mengimport
dari pelbagai negara destinasi (Jadual 6.2 dan Jadual 6.3). Strategi perdagangan diguna pakai untuk
mengurangkan risiko menghadapi kekurangan bekalan susu, terutamanya semasa krisis makanan.
Dengan mempelbagaikan sumber import, Malaysia akan kurang bergantung kepada satu negara import
untuk membekalkan produk tenusu.
Walaupun strategi pengeluaran telah diguna pakai bagi meningkatkan pengeluaran susu tempatan
dan mengurangkan pengimportan produk tenusu, namun, tiada perubahan yang ketara didapati bagi
memulihkan semula pengeluaran susu tempatan bagi menampung permintaan. Permintaan bagi produk
tenusu terus meningkat, kemungkinana berpunca akibat pertumbuhan bilangan penduduk Malaysia.
NDDP cuma dapat meningkatkan tahap sara diri (SSL) susu daripada 0.4% pada tahun 1974 ke 5% pada

3
tahun 1994 dan peningkatan ini tidak berkekalan. Pada tahun 2002, SSL untuk susu hanya 3% (DVS
2004) dan pada tahun 2012, SSL kembali kepada tahap 5% seperti yang dilaporkan di dalam tahun
1994. SSL susu kekal pada tahap 5% kerana tidak dapat menampung permintaan penduduk Malaysia.

6.2 Latar belakang


Pada masa ini masih kurang kajian berkaitan pemasaran susu segar dan ini telah menimbulkan jurang
bagi memahami sepenuhnya industri tenusu di Malaysia. Oleh kajian ini dijalankan untuk menilai
situasi semasa sektor ternakan tenusu dari pasaran dan aspek pemasaran susu tempatan di Malaysia.
Kajian ini dijalankan bagi mencapai objektif berikut:
• Untuk memahami pasaran dan pemasaran susu segar dan produk tenusu
• Untuk mengenal pasti isu dan cabaran yang berkaitan dengan industri tenusu

6.3 Metodologi Kajian


Data untuk kajian ini telah dikumpul daripada penternak tenusu semasa lawatan lapangan melalui
temubual yang dijalankan dengan menggunakan soal selidik separa berstruktur. Laporan ini hanya
melaporkan dapatan kajian awal yang melibatkan seratus sebelas petani dari zon selatan, utara dan
timur dari Semenanjung Malaysia. Sampel saiz kajian ini mewakili 30% daripada jumlah penternak
tenusu di setiap negeri yang dilaporkan di Semenanjung Malaysia. Zon Selatan meliputi Johor. Zon
utara meliputi negeri Perak, Perlis dan Pulau Pinang manakala Zon Timur meliputi negeri Terengganu
dan Pahang.

6.4 Dapatan Kajian dan Perbincangan


6.4.1 Klasifikasi Penternak Tenusu
Majoriti (85%) daripada penternak tenusu yang terlibat dalam kajian ini tergolong dalam
klasifikasi kecil di mana bilangan induk lembu susu adalah kurang daripada 30 ekor.

6.4.2 Purata Pengeluaran Susu


Pada umumnya, pengeluaran susu oleh penternak di Semenanjung Malaysia adalah sebanyak
5,967 liter/pengusaha/sehari. Pengeluaran susu oleh petani di zon timur adalah lebih tinggi,
iaitu 7,112 liter diikuti oleh zon selatan (7,005 liter) dan zon utara (3,784 liter). Pengeluaran
yang tinggi di zon timur adalah disebabkan kemasukan pihak anchor company “Holstein Milk
Company” yang mengeluarkan sebanyak 5,300 liter/sehari

Jadual 6.4: Purata pengeluaran susu segar mengikut zon


di Semenanjung Malaysia

Zon Pengeluaran susu sehari (liter)


Utara 3,784
Selatan 7,005
Timur 7,112

4
6.4.3 Campuran Pasaran (Marketing Mix)
6.4.3.1 Produk
Rajah 6.2 menunjukkan taburan susu atau produk susu yang kerap dijual oleh
penternak lembu tenusu. Susu mentah (tidak diproses) adalah yang paling tinggi
penjualannya (95%), diikuti dengan susu perisa (2%) dan susu pasteur (2%). Susu
perisa dan susu pasteur digemari oleh penduduk di negeri Pahang (zon timur) dan
Pulau Pinang (zon utara). Yogurt yang dihasilkan oleh penternak lembu tenusu
sendiri mempunyai permintaan yang tinggi oleh penduduk di zon utara dan
selatan.

Rajah 6.2: Susu dan produk susu yang ditambah nilai yang kerap dijual
oleh penternak lembu tenusu

6.4.3.2 Pasaran dan Harga Produk


Seksyen ini akan membincangkan pasaran dan harga susu segar mentah, pasteur,
perisa dan yogurt antara tiga zon.

6.4.3.2.1 Harga Susu Segar Mentah


Secara umumnya, susu segar mentah dipasarkan ke tujuh tempat, iaitu kuil,
rumah/individu, agen/vendor, restoran, koperasi, pemproses/pengilang dan kedai
runcit (Jadual 6.5). Rumah atau individu menawarkan harga paling tinggi iaitu
RM5.48/liter manakala koperasi menawarkan harga paling rendah untuk jualan
susu segar mentah iaitu RM2.27/liter. Perbezaan harga ladang yang paling tinggi
antara tiga zon adalah jualan susu ke kuil (RM1.00/liter), diikuti dengan jualan

Jadual 6.5: Tempat pasaran dan harga ladang bagi jualan susu segar mentah

Tempat pasaran Harga ladang (RM/liter)


Zon utara Zon selatan Zon timur Perbezaan
(maksimum/minimum)
Kuil 4.00 4.26 5.00 1.00
Rumah/individu 4.73 5.48 5.00 0.75
Agen/vendor 3.46 3.45 3.39 0.08
Restoran 3.97 3.68 3.88 0.29
Koperasi 2.66 2.65 2.27 0.40
Pemproses/pengilang – 2.88 2.95 0.07
Kedai runcit – 3.50 – –

5
ke rumah atau individu (RM 0.75/liter). Ini menunjukkan bahawa pihak rumah/
individu dan kuil adalah dua pihak yang memiliki kuasa membeli yang besar bagi
susu segar mentah. Pasaran formal adalah di mana susu dihantar ke koperasi dan
pasaran tidak formal meliputi pasaran selain koperasi. Perbezaan harga ladang
bagi pasaran formal-tidak formal untuk jualan susu seliter ialah RM2.07 bagi
zon utara, RM2.83 bagi zon selatan dan RM2.73 bagi zon timur. Dapatan ini
juga menunjukkan bahawa pasaran tidak formal (rumah/individu) menawarkan
harga paling tinggi bagi jualan susu segar mentah dan pihak rumah/individu
bagi zon selatan menawarkan harga paling tinggi antara tiga zon dengan harga
RM5.48/ liter.

6.4.3.2.2 Pasaran dan Harga Ladang Bagi Jualan Susu Pasteur


Susu segar pasteur dipasarkan di tiga tempat sahaja iaitu rumah/individu, agen/
vendor dan kedai runcit (Jadual 6.6). Susu segar pasteur hanya dijual di zon
utara dan timur dan dalam kuantiti 500 ml. Penduduk zon timur menawarkan
harga yang tinggi bagi susu pasteur. Perbezaan harga ladang antara dua zon ialah
RM1.30/500 ml dan harga ini ditawarkan oleh dua pihak iaitu rumah/individu dan
agen/vendor. Bagi pasaran formal-tidak formal, perbezaan harga ialah RM1/ ml
bagi zon utara dan RM1.67/ml bagi zon timur.

6.4.3.2.3 Pasaran dan Harga Ladang Bagi Jualan Susu Perisa


Susu perisa dipasarkan di empat tempat sahaja iaitu rumah/individu, agen/vendor,
restoran dan kedai runcit (Jadual 6.7). Susu perisa banyak dijual di  keempat-
empat tempat pasaran di zon utara manakala zon selatan cuma menjual kepada
isi rumah/individu. Susu perisa keluaran penternak lembu tenusu boleh didapati
di rumah/individu dan melalui agen/vendor di zon timur. Susu perisa dijual dalam
kuantiti 200 ml. Perbezaan harga ladang antara tiga zon bagi susu perisa ialah
RM0.90/200 ml bagi rumah/individu dan RM0.03/200 ml bagi agen/vendor. Ini
menunjukkan isi rumah dan individu mempunyai kuasa membeli yang tinggi bagi
susu perisa. Antara tiga zon, penduduk zon timur menawarkan harga tertinggi
iaitu RM2.40/200 ml dan jualan ke pasaran tidak formal sahaja yang wujud bagi
susu perisa.

6.4.3.2.5 Pasaran dan Harga Ladang Bagi Jualan Dadih


Dadih dipasarkan di tiga tempat sahaja iaitu, rumah/individu, agen/vendor, dan
restoran (Jadual 6.8). Dadih dijual dalam kuantiti 200 mg dan di zon utara, dadih
boleh didapati di ketiga-tiga tempat seperti yang disebut di atas manakala di zon
selatan ia hanya dijual ke rumah/individu. Di zon timur ia dijual ke rumah/
individu dan di restoran. Dadih tidak mempunyai permintaan yang tinggi di zon
selatan, mungkin kerana tiada pengeluaran dadih oleh penternak tenusu di zon
ini. Perbezaan harga ladang antara tiga zon bagi dadih adalah tertinggi bagi jualan
ke rumah/individu, sebanyak RM0.18/200 mg. Antara tiga zon ini, pihak rumah/
individu yang menawarkan harga tertinggi bagi dadih bagi ketiga-tiga zon iaitu
antara RM1.82/200 mg – RM2/200 mg. Agen/vendor di zon timur menawarkan
harga yang paling rendah iaitu RM1.60/200 mg.

6
Jadual 6.6: Tempat pasaran dan harga ladang bagi jualan susu pasteur

Tempat pasaran Harga ladang (RM/500 ml)


Zon utara Zon timur Perbezaan
(maksimum/minimum)
Rumah/individu 4.00 5.30 1.30
Agen/vendor 3.00 4.30 1.30
Kedai runcit   3.63 –

Jadual 6.7: Tempat pasaran dan harga ladang bagi jualan susu perisa

Tempat pasaran Harga ladang (RM/200 ml)  


Zon utara Zon selatan Zon timur Perbezaan
(maksimum – minimum)
Rumah/individu 1.95 1.5 2.40 0.90
Agen/vendor 1.70   1.73 0.03
Restoran 1.50 – – –
Kedai runcit 1.80 – – –

Jadual 6.8: Tempat pasaran dan harga ladang bagi jualan dadih

Tempat pasaran Harga ladang (RM/200 mg)  


Zon utara Zon selatan Zon timur Perbezaan
(maksimum – minimum)
Rumah/individu 1.82 2.00 2.00 0.18
Agen/vendor 1.70 – 1.60 0.10
Restoran 1.70 – – –

Jadual 6.9: Tempat pasaran dan harga ladang bagi jualan yogurt

Tempat pasaran Harga ladang (RM/seliter)


Zon utara Zon selatan Perbezaan
(maksimum – minimum)
Kuil – 6 –
Rumah/individu 6.85 7.40 0.55
Restoran 7.00 6 1.00
Kedai runcit 4.65 4.90 0.25

6.4.3.2.6 Pasaran dan Harga Ladang Bagi Jualan Yogurt


Dua zon sahaja yang memasarkan yogurt, iaitu zon utara dan selatan. Di zon
selatan, yogurt dipasarkan di empat tempat sahaja iaitu kuil, rumah/individu,
restoran dan kedai runcit (Jadual 6.9). Ia boleh didapati di tiga tempat sahaja
di zon utara iaitu rumah/individu, restoran dan kedai runcit. Perbezaan harga
yang ketara antara dua zon ini adalah jualan ke restoran, di mana zon utara
menawarkan harga yang lebih tinggi berbanding dengan zon selatan. Perbezaan
harga yang paling minimum adalah penjualan ke kedai runcit. Pihak rumah/
individu di zon selatan menawarkan harga yang tinggi, iaitu RM7.40/liter diikuti
dengan pihak restoran di zon utara iaitu RM7/liter. Jualan ke pasaran tidak formal
sahaja yang wujud bagi yogurt.

7
6.4.3.2.7 Pasaran dan Harga Ladang Bagi Jualan Produk Tenusu dan Bahan Buangan
Lembu Tenusu
Penternak tenusu juga menjual produk tenusu yang lain seperti minyak sapi,
“candy” dan ais krim. Harga yang ditawarkan adalah tertakluk kepada permintaan
pengguna. Bahan buangan lembu seperti najis dikeringkan dan digunakan
sebagai baja dan ada sebilangan penternak yang menjual baja tahi lembu kepada
pengguna yang duduk berdekatan ataupun yang dikenali.

6.4.3.3 Promosi Susu dan Produk Tenusu


Secara umumnya, tiada aktiviti promosi dilakukan bagi pemasaran produk tenusu.
Majoriti penternak tenusu menjual susu ataupun produk tenusu kepada kenalan
ataupun yang dirujuk oleh kenalan. Ada juga sebilangan yang berunding dengan
pihak restoran ataupun kedai runcit apabila mereka mengunjungi pasaran ini.

6.4.3.4 Pembungkusan
Pada umumnya, pembungkusan produk tenusu adalah amat ringkas. Penternak
menggunakan botol terpakai atau membungkus susu di dalam plastik.
Pembungkusan yang diguna pakai oleh penternak tenusu adalah seperti yang
berikut:

a. Susu segar – tong “churn” ataupun botol mineral

c. Dadih

d. Yogurt
b. Susu perisa - botol susu kecil

8
Pembungkusan oleh penternak tenusu tidak menarik perhatian dan tidak
mengandungi label. Faktor ini yang menyebabkan pengguna tidak begitu
berkeyakinan untuk membeli produk daripada penternak tenusu tempatan.

6.4.4 Isu dan Cabaran berkaitan Sektor Tenusu


Isu dan cabaran berkaitan sektor tenusu boleh dikelaskan seperti yang berikut:
1. Kekurangan penternak lembu tenusu yang berkemahiran
Dalam tahun 1970-an dan 1980-an, penternak kecil lembu tenusu tidak mempunyai
pengalaman, kemahiran ataupun pengetahuan dalam mengurus penternakan lembu
tenusu. Latihan yang diberi tidak mencukupi bagi menolong para penternak mengurus
ternakan lembu tenusu mereka. Disebabkan kekurangan tenaga pekerja yang berkemahiran,
kebersihan ladang tenusu tidak terjaga dan teknik memerah susu juga tidak mengikut
prosedur yang betul. Ramai penternak tidak mementingkan kualiti susu kerana harga yang
diterima oleh penternak tidak mengikut gred yang ditetapkan oleh pihak koperasi/MCC.
Ini kerana penyimpanan dan pengangkutan susu segar adalah berasaskan satu tangki
besar. Setiap susu segar yang diterima daripada pihak penternak akan dikumpulkan dan
digabungkan di dalam satu tangki yang besar oleh pihak koperasi/MCC. Walaupun pihak
koperasi/MCC mengambil sampel dari setiap penternak bagi menilai kualiti susu, namun
akhirnya kesemua susu akan bercampur dan dihantar ke pihak pemproses. Harga yang
ditawarkan oleh pihak pemproses adalah berdasarkan kualiti susu setangki dan bukannya
kualiti susu hasil pengeluaran setiap penternak. Berasaskan kaedah ini, pihak penternak
tidak bermotivasi untuk meningkatkan kualiti susu pengeluarannya kerana harga yang
diterima adalah sama, sama ada susu yang dibekalkan tinggi kualitinya atau tidak. Tiada
perbezaan harga bagi penternak yang mengeluarkan susu berkualiti mengikut teknik
pemerahan dan penyimpanan serta pengedaran yang baik berbanding dengan penternak
yang tidak mematuhi teknik pemerahan dan penyimpanan serta pengedaran yang betul.

2. Prestasi baka yang rendah dan ketidakupayaan dalam mengadaptasi diri dengan keadaan
persekitaran tempatan
Potensi genetik yang kurang berkualiti bagi lembu tenusu telah menyumbang kepada
tahap pengeluaran susu yang rendah dan pendedahan lembu kepada penyakit adalah
semakin meningkat. Malaysia masih bergantung kepada lembu import dan bekalan lembu
tenusu didapati dari Thailand, Australia dan New Zealand. Kekurangan penumpuan

9
terhadap pembangunan sektor tenusu Malaysia telah menyebabkan Malaysia tidak dapat
menghasilkan baka lembu tempatan yang berkualiti.

3. Amalan pengurusan ladang tenusu yang tidak menentu serta kekurangan makanan ternakan
yang bernutrisi
Pengeluaran kekal rendah kerana amalan pengurusan dan penyimpanan rekod ladang
tenusu masih tidak mencapai standard. Penternak tenusu berskala kecil yang memiliki
kurang daripada 30 haiwan tenusu biasanya masih menggunakan sistem manual bagi
menguruskan ladang ternakan tenusu dan masih ada sebilangan penternak yang gagal
mengemukakan sebarang rekod. Lembu susu juga didapati tidak diberi makanan berkhasiat
yang mencukupi dan faktor ini telah mengakibatkan produktiviti yang rendah. Menurut
Devandra dan Wanapat (1986), lembu susu yang mengeluarkan susu memerlukan bekalan
makanan yang mencukupi serta makanan tambahan. Kualiti makanan harus dititkberatkan.
Para penternak harus memahami penggunaan pati, komposisi makanan, peringkat laktasi
dan penggunaan pemakanan standard bersama dengan rutin makanan yang pelbagai akan
membantu lembu susu meningkatkan penghasilan pengeluaran susu. Kajian ini mendapati
rutin pemakanan lembu tenusu adalah tidak standard bagi semua penternak. Pemakanan
lembu tenusu bergantung kepada pemahaman penternak dalam penjagaan lembu tenusu.
4. Kos lembu import yang tinggi
Satu lagi cabaran kepada pembangunan sektor tenusu Malaysia adalah kos pengeluaran
yang tinggi. Malaysia mengimport kebanyakan haiwan ternakan dari Thailand, Australia
dan New Zealand. Permintaan yang semakin meningkat daripada negara pengimport lain
dan bekalan terhad haiwan pembiak baka berkualiti telah mengakibatkan kos import yang
lebih tinggi untuk Malaysia
5. Kos makanan ternakan yang tinggi
Kawasan tanah dan padang ragut yang terhad untuk penternakan lembu ditambah dengan
kos makanan ternakan yang tinggi terus mengekang pembangunan pengeluaran susu di
negara ini. Satu kajian inovasi ternakan yang dijalankan oleh Suntharalingam et al. (2015b)
mendapati sejak enam dekad yang lalu, daripada sejumlah 40,180 paten yang diluluskan
di Malaysia, hanya 69 paten berkaitan dengan industri ternakan. Salah satu penemuan
yang penting dalam kajian ini adalah ciptaan inovasi yang berkaitan dengan industri
ternakan adalah tertumpu kepada teknologi berkaitan makanan ternakan. Dapatan kajian
menunjukkan implikasi ekonomi yang besar, kerana ia mengesahkan dua faktor yang
menyebabkan harga makanan ternakan yang tinggi di Malaysia: (1) bahan-bahan makanan
yang diimport adalah tertakluk kepada turun naik/fluktuasi harga komoditi global, dan
(2) sebahagian besar inovasi ternakan yang dijana berasal dari negara maju (Eropah dan
Amerika Syarikat) yang diadaptasi mengikut keadaan tempatan. Harga makanan ternakan
yang tinggi menyebabkan penternak terpaksa mencari sumber makanan alternatif, tetapi
ketersediaan dan persaingan harga memainkan peranan utama dalam kos pengeluaran
dalam bidang ternakan.
6. Kekurangan tenaga doktor veterinar
Majoriti daripada penternak lembu tenusu mengadu bahawa mereka mengalami kesusahan
untuk mendapatkan bantuan daripada doktor veterinar bagi menolong dalam penjagaan
lembu tenusu mereka. Beberapa faktor yang menyumbang kepada isu ini adalah seperti
yang berikut:
a. Doktor veterinar yang berkhidmat dengan kerajaan tidak mempunyai pengalaman
yang mencukupi bagi mengurus haiwan ruminan yang besar seperti lembu tenusu

10
b. Doktor veterinar yang berkhidmat dengan kerajaan tidak berminat untuk memberi
perkhidmatan bagi haiwan ruminan yang besar seperti lembu tenusu.
c. Doktor veterinar yang berkhidmat dengan kerajaan tidak bersedia untuk turun ke
ladang selepas waktu pejabat
d. Doktor veterinar yang berkhidmat dengan kerajaan tidak pandai menyesuaikan diri
dengan cara pengurusan ladang lembu tenusu

Disebabkan cabaran ini, pihak penternak terpaksa membelanjakan wang yang banyak
bagi mendapatkan khidmat bantuan doktor veterinar swasta. Kos perkhidmatan yang tinggi
pula menyebabkan para penternak cuba untuk mengatasi masalah haiwan peliharaannya
dengan cara tersendiri yang berkemungkinan tidak memberi penjagaan yang sempurna
dan mengikut kebajikan haiwan tersebut.
7. Kekurangan tenaga kerja agen pengembangan
Disebabkan oleh taburan penternak lembu tenusu yang tidak menentu, kawasan yang harus
diberikan perkhidmatan oleh seseorang agen pengembangan adalah luas. Disebabkan
perkhidmatan yang boleh diberikan oleh seorang agen adalah terhad dalam tempoh
sehari, maka terdapat kesusahan bagi agen pengembangan untuk memberikan liputan
perkhidmatan kepada semua penternak di bawah jagaannya dalam masa yang ditetapkan
atau diperlukan oleh pihak penternak.
8. Keselamatan makanan
Disebabkan oleh penjagaan, teknik pemerahan yang tidak mengikut standard yang
disyorkan, ketidaklengkapan sistem rantaian sejuk, keselamatan makanan merupakan satu
isu yang harus diberi perhatian yang mendalam.
9. Kemudahan infrastruktur yang tidak lengkap, teratur dan baik
Lembu tenusu memerlukan serat yang tinggi dan rumput Napier adalah paling sesuai
untuk tujuan ini. Namun begitu, tanah, buruh serta peralatan (chopper) tidak mencukupi
untuk tujuan ini.  Kawasan TPKM serta Padang Ragut yang disediakan oleh kerajaan adalah
tidak sesuai untuk penternakan lembu tenusu kerana tanah berbukit bukau (tidak sekata),
jalan berlobang dan rosak (Rajah 6.3). Sekiranya kerajaan memberi keutamaan kepada
pembangunan tanah bagi penanaman rumput Napier, ia boleh membantu mengurangkan
pengurangan import makanan ternakan. Begitu juga sumber air dan elektrik. Ramai
penternak menggunakan tanah terbiar di pedalaman untuk menternak lembu di mana
sumber air dan elektrik sama ada tiada/tidak mencukupi. Mereka terpaksa menggunakan
sumber sendiri bagi memastikan sumber air (dari kolam buatan manusia, tangki air
sendiri)  dan bekalan elektrik (dengan kuasa generator yang memerlukan kos yang tinggi)
ada. Kemudahan asas/infrastruktur harus diperbaiki untuk menolong penternak lembu
tenusu terus menjalankan aktiviti ternakan ini. Tambahan pula, ramai penternak juga
mengalami masalah dengan kekangan kawasan tanah. Mereka terpaksa pindah keluar
dari kawasan kerana projek pembangunan diberi lebih keutamaan berbanding dengan
penternakan lembu tenusu, walaupun mereka telah menduduki/menternak di sesuatu
kawasan untuk masa yang panjang. Sekiranya kemudahan/infrastruktur tidak diberi/
diperbaiki, sudah semestinya penternakan lembu tenusu di Malaysia tidak mempunyai
masa hadapan.
10. Pasaran dan pemasaran
Rumah sejuk bagi penyimpanan dan rantaian sejuk bagi penghantaran susu segar sangat
terhad dan tidak menggunakan teknologi terkini. Kebanyakan penternak lembu tenusu
tinggal jauh daripada MCC ataupun dari tempat pemasaran susu. Kebanyakan mereka
mengangkut susu segar mereka di dalam tong “churn” bawah iklim yang panas (Rajah

11
Rajah 6.3: Jalan yang berlubang dan rosak Rajah 6.4: Churn/tong penyimpanan susu

6.4). Proses penyimpanan susu di dalam “churn” sepatutnya tidak lama supaya kualiti
susu tidak terjejas. Namun begitu, disebabkan perjalanan yang jauh, mereka terpaksa
menghadapi risiko susu yang berkemungkinan mempunyai bilangan bakteria yang tinggi.
Susu sepatutnya disimpan pada suhu 4 ºCelcius. Pelabelan bagi produk tenusu keluaran
pihak penternak juga tidak memberangsangkan.
11. Syarikat Anchor
Pada masa kini, untuk memenuhi tahap sara diri produk tenusu yang mencukupi, kerajaan
telah menggubal satu cadangan dalam mewujudkan perkongsian strategik dengan syarikat-
syarikat di luar negara di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP). Perkongsian ini telah
dibentuk melalui dua projek permulaan (EPP) yang terletak bawah skop Bidang Ekonomi
Utama Negara (NKEA). Walaupun pada masa ini Malaysia telah menggunakan NKEA dalam
ETP bagi menangani pengimportan susu cair, terdapat beberapa cabaran yang dihadapi
oleh penternak tenusu. Antara isu berkait termasuklah anchor company yang disenarai
pendek tidak menjalankan tanggungjawab seperti mana yang dipersetujui. Penternak
tenusu tidak dibimbing dengan elok, pemilihan penternak tenusu bagi memasuki koloni
anchor company dibuat secara tidak adil (terdapat orang tengah yang terlibat), penternak
tenusu yang terlibat dengan koloni anchor company tidak puas hati dengan layanan serta
komitmen anchor company. Ramai penternak tidak mengetahui bahawa peralatan dan
kemudahan yang diberikan oleh anchor company merupakan hasil daripada pelaburan/
sumbangan kerajaan dan bukannya dimiliki oleh anchor company. Oleh itu, apabila
seseorang penternak ingin keluar dari koloni anchor company, beliau terdesak untuk
menyerahkan kembali peralatan yang diperoleh dulu. Disebabkan oleh cara penyampaian
peralatan yang tidak sempurna, maka para penternak yang mengalami kesusahan apabila
mereka tidak ingin bersama lagi bawah pengurusan ladang anchor company.

6.5 Saranan
Sektor tenusu Malaysia perlu berusaha untuk meningkatkan kecekapan dalam pengeluaran dan pada
masa yang sama memperkukuhkan sistem pemasarannya. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa
petani harus dilatih bagi mengamalkan rejim rumusan makanan yang betul bagi mengendalikan
pengurusan makanan yang teratur. Keperluan pemakanan lembu tenusu mesti dipatuhi supaya susu dapat

12
dihasilkan dengan kuantiti yang tinggi. Sektor tenusu perlu memberi penumpuan kepada pembangunan
rantaian nilai seiring dengan peningkatan pengeluaran supaya pengeluaran yang berlebihan bagi
mencapai keperluan SSL dapat ditampung dengan teknologi rantaian nilai yang cekap, sistematik,
kurang pembaziran, efektif dan efisien. Pelaburan dalam teknologi perlu ditekankan untuk menolong
dalam mencapai kemajuan pemasaran, genetik, pemakanan dan pengurusan ternakan. Usaha-usaha
perlu diambil bagi mewujudkan sistem pengesanan untuk membantu petani mengurus ladang dan
lembu dengan menggunakan sistem rekod ladang.
Untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja mahir, agensi bawah Kementerian Pertanian
dan Asas Tani seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian
Malaysia (MARDI) boleh menawarkan latihan dan menyediakan kursus-kursus sijil penternak lembu
tenusu dan pembangunan produk tenusu kepada belia dan individu yang berminat untuk terlibat dalam
sektor ini. Sokongan daripada kerajaan akan membantu memperkukuhkan kembali sektor tenusu dan
menolong meningkatkan pengeluaran tenusu tempatan ke arah memenuhi permintaan yang semakin
meningkat bagi produk tenusu. Dapatan kajian inovasi ternakan yang dijalankan oleh Suntharalingam
et al. (2015b) mengesyorkan bahawa jika teknologi yang dijana menggunakan dana awam, kesan
limpahan teknologi harus memberi manfaat kepada pengguna (penternak) dan masyarakat Malaysia dan
bukan sebaliknya. Sudah tiba masanya bagi Malaysia untuk menilai semula dasar dan program industri
ternakan yang sedia ada.
Untuk makanan ternakan, satu cara untuk mengurangkan kos makanan ternakan adalah di mana
para penternak dibimbing untuk menggunakan formulasi makanan ternakan yang betul supaya bahan
makanan ternakan yang digunakan serta masa pemakanan adalah mengikut standard, berdasarkan
baka, persekitaran serta peringkat tumbesaran lembu tenusu. Salah satu cara lagi untuk mengurangkan
pengimportan bekalan makanan ternakan adalah untuk memastikan tanah padang ragut adalah
mencukupi dan tanah untuk menanam rumput juga adalah mencukupi.

6.6 Rumusan
Beberapa dasar dan program yang berkaitan dengan sektor tenusu telah digubal dan diterima pakai
untuk memulihkan semula dan membangunkan sektor tenusu Malaysia sejak 40 tahun yang lalu.
Walau bagaimanapun, kerana kerajaan beralih tumpuan ke arah perindustrian dari 1980-an hingga
awal 2000-an, industri pertanian mengambil tempat duduk belakang dan banyak projek pembangunan
sektor tenusu diabaikan. Selain itu, dengan kekurangan sokongan kerajaan, susu yang diimport terus
membanjiri pasaran Malaysia, menimbulkan kesusahan kepada penternak tenusu tempatan yang tidak
dapat memasarkan susu segar pada harga yang kompetitif. Namun demikian, strategi yang disyorkan
oleh kerajaan melalui NPP telah menunjukkan beberapa kemajuan dan harus dipantau secara berterusan
bagi meningkatkan lagi usaha pembangunan dan membantu penternak mengurangkan kos pengeluaran
mereka supaya sepadan harga susu yang diimport.
Bagi memenuhi permintaan produk tenusu yang semakin meningkat, penting bagi penternak tenusu
dilengkapi dengan kemahiran dan alat yang diperlukan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan
keperluan pengguna hari ini. Hubungan komunikasi antara penyelidik dan agen pengembangan dengan
penternak perlu diperkukuhkan supaya proses pemindahan pengetahuan dan skil dapat berjalan
dengan lancar dan berkesan. Penggunaan teknologi moden dan program latihan akan meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran petani dan akan menolong dalam menjamin keselamatan dan kualiti
pengeluaran susu tempatan serta menambah nilai di dalam pengeluaran produk tenusu, yang mana
secara langsungnya akan menolong penternak lembu susu memasarkan susu dan produk tenusu dengan
harga yang kompetitif.

13
6.7 Rujukan
Devandra, C. dan Wanapat, M. (1986).Problems in feeding and nutrition of lactating ruminants in Asia. Food and
Fertilizer Technology Center Extension Bulletin No. 240. Taipei
Dijkman, J.T. (1992). Dairy production and crossbreeding in Malaysia: An Evaluation. Asian-Australasian Journal
of Animal Sciences 5(2): 309 – 314
DVS (2004). Livestock Statistics. Malaysian Department of Veterinary Services
Osman, A. (1984). Dairy production. Dalam: Animal Industry in Malaysia (Vijchulata, P., Bongsu T.A. dan
Dahan, M.M. (ed.), m.s. 41 – 49. Serdang: Faculty of Veterinary Medicine and Animal Sciences, Universiti
Pertanian Malaysia
Panandam, J.M. dan Raymond, A.K. (2005). Development of the Mafriwal dairy cattle of Malaysia. International
Livestock Research Institute
Sim, R.M.L. dan Suntharalingam, C. (2015). Dairy sector in Malaysia: a review of policies and programs. Diperoleh
pada 21 September 2015 dari http://ap.fftc.agnet.org/ap_db.php?id=501
Sivarajasingam, S. dan Kumar, A.R. (1989). Distribution and production characteristics of Friesian crossbred cattle
in Malaysia. MARDI Res. J. 17(1): 91 – 106
Suntharalingam, C.dan Ahmad, M.F. (2015a). Strategies addressing food security concerns within the Malaysian
dairy industry. Proc. of 6th Pan Commonwealth Veterinary Conference and the 27th Veterinary Association
of Malaysia (PCVC6 & 27VAM), 23  –  27 Mac 2015, Kuala Lumpur, Malaysia, Commonwealth Veterinary
Association and Veterinary Association Malaysia, m.s. 135 – 136, Kuala Lumpur, Malaysia
Suntharalingam, C., Sithambaram, S., Graff, G. dan Saari, N.A. (2015b). Characterizing innovation in the livestock
industry: a Malaysian case. International Journal of Tropical Agriculture 33(2): 879 – 885
Suntharalingam, C., Sithambaram, S. Graff, G., Ahmad, M.F., Saari N.A. dan S. Saad, M.M. (2015c). Livestock
innovations in Malaysia: Are we heading in the right direction? Kertas kerja yang dibentangkan di 10th MARDI
Science and Technology Exhibition (MSTE) 25 – 27 Ogos 2015
Talukder, M.A.I., Panandam, J.M., Halimatun, Y. dan Idris, I. (2013). Milk composition and quality of Sahiwal-
Friesian crossbred cow studied in Malaysia. The Agriculturists 11(2): 58 – 65

14

Anda mungkin juga menyukai