Anda di halaman 1dari 14

KURSUS:

PPPY1222
METODOLOGI DAKWAH

TAJUK TUGASAN:
DAKWAH PARA RASUL-NABI SULAIMAN

PENSYARAH:
DR. MOHAMAD ZULKIFLI BIN ABDUL GHANI

DISEDIAKAN OLEH:
SITI NURHALIZA BT ABDULLAH (A177583)
DAKWAH PARA RASUL-NABI SULAIMAN

1.0 PENGENALAN

Menurut al-Ghazali (1981), dakwah merupakan usaha para nabi dan rasul sejak zaman
dahulu dalam menyampaikan ajaran dan membimbing umat manusia ke arah jalan kebenaran.
Muhammad al-Ghazali menjelaskan maksud dakwah sebagai satu program yang lengkap,
kesemua peringkatnya mengandungi semua ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh manusia
bagi menjelaskan tujuan dan matlamat hidup serta menyingkap petunjuk jalan yang menjadi
petunjuk dan panduan kepada mereka.

Seterusnya, Muhammad Quraish Shihab (1994), mendefinisikan dakwah sebagai


seruan atau ajakan kepada keinsafan, percubaan untuk mengubah sesuatu keadaan menjadi
keadaan yang lebih baik dan sempurna, baik secara peribadi mahupun dalam kalangan
masyarakat. Dakwah bukan sekadar usaha untuk meningkatkan pemahaman dalam tingkah
laku dan pandangan hidup saja, tetapi juga menuju sasaran yang lebih luas. Lebih-lebih lagi
harus lebih berperanan menuju kepada pelaksanakan ajaran Islam secara lebih menyeluruh
dalam berbagai aspek.

Secara etimologi, kata dakwah berasal dari kata kerja )‫ دعوة‬-‫ (دعا – يدعو‬da’a, yad’u,
da’watan yang berarti mengajak, menyeru, memanggil atau mengundang (Ahmad Warson
Munawwir, 1997).

Dakwah di dalam al-Qur’an bagi pengertian mengajak ditemukan sebanyak 46 kali, 39


kali dalam erti mengajak kepada Islam serta kebaikan, dan 7 kali mengajak ke neraka atau
kejahatan.

Seperti yang kita ketahui, nabi dan rasul diutuskan Allah kepada umat manusia agar
kembali dalam mentauhidkan Allah, mengesakan-Nya. Mereka dilantik dari kalangan manusia
agar manusia mampu memahami risalah yang diutuskan. Sekiranya dilantik dari kalangan
malaikat atau jin, nescaya akan timbul pelbagai isu.

Bilangan para nabi dan rasul tersangatlah ramai iaitu seramai 124,000 nabi dan rasul
adalah seramai 313 rasul tetapi yang wajib kita ketahui adalah seramai 25 sahaja. Pelbagai
cabaran, suka dan duka yang dihadapi para nabi dan rasul dalam menyampaikan risalah dan
dakwah agar manusia kembali kepada ajaran yang benar, mentauhid dan megesakan-Nya.

2.0 BIODATA DAN KEPERIBADIAN NABI SULAIMAN

Nama penuh Nabi Sulaiman ialah Sulaiman bin Daud bin Isya bin ‘Uwaid bin ‘Abir
bin Salmun bin Nakhsyun bin ‘Uwainadzab bin Irm bin Hasrun bin Farish bin Yahudza bin
Ya’qub bin Ishaq bin Ibrahim a.s. Beliau adalah anak kepada Nabi Daud a.s. bin Isya dari
keturunan Yahudza bin Ya’qub bin Ishaq bin Ibrahim a.s. Beliau merupakan keturunan Nabi
Ibrahim yang ke-13.

Setelah Nabi Daud a.s wafat, Nabi Sulaiman mewarisi kerajaannya dalam kalangan
Bani Israel semasa beliau berumur 13 tahun. Firman Allah SWT di dalam surah al-Naml ayat
16,

‫َّاس عُ لِ ْم نَ ا مَ نْ طِ َق ال طَّيْ رِ َوأُوتِينَ ا ِم ن ُك ِل َش ْْي ٍ ۖ إِنَّ ََٰه َذ ا‬


ُ ‫ال َٰيََٰٓأَيُّ َها ال ن‬ َ ِ‫َو َور‬
َ َ‫ث ُسلَْي ََٰم ُن َد ُاو َۥد ۖ َوق‬

( ٦١ ) ‫ين‬ِ ْ ‫لَ ُهو ٱلْ َف‬


ُ ‫ض ُل ٱْل ُمب‬ َ

Maksudnya: “Dan Sulaiman telah mewarisi Daud, dan dia (Sulaiman) berkata: “Wahai
manusia! Kami telah diajari bahasa burung dan kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya,
(semua) ini benar-benar suatu kurnia yang nyata”.

(al-Naml, 16)

Nabi Sulaiman mendapatkan warisan kerajaan serta kenabian dan bukannya warisan
harta benda kerana para nabi dan rasul tidak diwarisi harta bendanya sebagaimana orang biasa
mewarisi harta bendanya. Bahkan, harta benda para nabi dan rasul itu adalah sedekah ke atas
orang orang fakir dan orang-orang yang memerlukan tanpa mengkhususkan hanya bagi
keluarganya sahaja. Selain itu, Nabi Daud juga mempunyai anak lain selain dari Nabi
Sulaiman. Oleh itu, beliau (Sulaiman) tidak diistimewakan dalam hal harta benda dari anak-
anaknya yang lain.

Nabi Sulaiman juga seorang yang soleh dan taat dalam beribadah kepada Allah SWT.
Sejak kecil lagi, beliau menunjukkan kesolehan dan ketaatan beribadah sehingga kelahirannya
dan kehadirannya ke dalam keluarga Nabi Daud disebut di dalam al-Qur’an. Firman Allah
SWT di dalam surah al-Ṣãd, ayat 30,

﴾٠٣﴿ ‫ َٰٓۖأ ََّواب‬, ُ‫َوَوَهْب نَا لِ َد ُاوۥ َد ُسلَْي ََٰم َن نِ ْع َم ٱلْ َعْب ُد إِنَّه‬

Maksudnya: “Dan kepada Daud Kami kurniakan (anak bernama) Sulaiman; dia adalah
sebaik-baik hamba. Sungguh, dia sangat taat (kepada Allah)”.

M. Quraish Shihab (2006), menafsirkan ayat tersebut bahawasanya Allah


mengurniakan kepada Nabi Daud banyak anak, salah seorangnya adalah Sulaiman. Sulaiman
adalah sebaik-baik hamba, seorang yang amat taat serta selalu kembali kepada Allah dalam
segala persoalan kerana yakin bahawa segala rancangan manusia tidak akan terlaksana dengan
sempurna tanpa pertolongan dari Allah SWT. Menurut al-Maraghi (1946) pula, Nabi Sulaiman
selalu beribadah kepada Allah sebagai tanda ketaatannya, malahan sebahagian besar waktunya
dimanfaatkan untuk beribadah kerana yakin jika mahu mendapatkan pertolongan dan petunjuk
dari Allah, harus sentiasa berbuat baik dalam erti beribadah kepada-Nya.

Di samping itu, Nabi Sulaiman seorang yang cerdas dan bijak membuat keputusan.
Salah satu buktinya adalah kemampuan beliau dalam mengambil keputusan ketika kaumnya
berselisih di antara pemilik tanaman dan pemilik kambing. Hal ini kerana, tanaman dalam
sebuah sebidang tanah dimakan oleh kambing yang pemiliknya adalah orang lain. Firman Allah
SWT di dalam surah al-Anbiya’, ayat 78-79,

ِ ِ ِِ ِ ِ ِ ِ ‫ث إِ ْذ نَ َفش‬
ِ ‫ان فِى ٱْلحر‬
ِ ‫وداو‚د وسلَي َٰمن إِ ْذ يح ُكم‬
‫اها ُسلَْي ََٰم َن‬ َ ‫ت فيه َغنَ ُم ٱْل َق ْوم َوُكنَّا ل ُحكْمه ْم ََٰشهد‬
َ َ‫) فَ َف َّه ْمن‬۸۷( ِ‫ين‬ ْ َ َْ َ ْ َ َ َْ ُ َ َ ُ ََ
ِِ ِ َ َ‫وُك اًّل آتَْي نَا ُحكْما و ِع ْلما و َس َّخرنَا َم َع َداو‚ َد ٱْل ِجب‬
َ ‫ال يُ َسب ْح َن َوٱلطَّْي َر َوُكنَّا فَاعل‬
)۸٩( ‫ين‬ ُ ْ َ ً َ ً َ

Maksudnya: Dan (ingatlah kisah) Daud dan Sulaiman, ketika keduanya memberikan keputusan
mengenai ladang, kerana (ladang itu) dirosak oleh kambing-kambing milik kaumnya. Dan
Kami menyaksikan keputusan (yang diberikan) oleh mereka itu.

Maka, Kami memberikan pengertian kepada Sulaiman (tentang hukum yang lebih tepat); dan
kepada mereka masing-masing Kami berikan hikmah dan Ilmu, dan Kami tundukkan gunung-
gunung dan burung-burung, semua bertasbih bersama Daud. Dan Kamilah yang
melakukannya.
Menurut Abi Ja’far Muhammad Ibnu Jarir al-Tabari (1978), dalam Tafsir al-Tabari,
beliau mengemukakan bahawa suatu ketika dua orang lelaki (pemilik tanaman dan pemilik
kambing) datang menghadap Nabi Daud. Berkata pemilik tanaman; orang ini telah melepaskan
kambingnya di tanamanku sehingga menghabiskan (makan dan merosakkan) tanamanku.
Maka, berkata Nabi Daud, pergilah dan seluruh kambing itu adalah milikmu (pemilik
tanaman).

Ketika perjalanan pulang, pemilik kambing berselisih dengan Nabi Sulaiman lalu
menceritakan kepadanya tentang keputusan Nabi Daud tersebut.

Setelah itu, Nabi Sulaiman menghadap (berjumpa) Nabi Daud lalu berkata;
sesungguhnya keputusan mengenai perkara ini tidak seperti yang engkau putuskan. Bertanya
Nabi Daud, lalu bagaimana yang seharusnya? Jawab Nabi Sulaiman, serahkan kambing itu
kepada pemilik tanaman sehingga dapat mengambil manfaat dari susunya, anak-anak dan
bulunya. Kemudian, serahkan tanaman itu kepada pemilik kambing agar dia menggarap ladang
itu sehingga menjadi seperti keadaannya yang asal semula. Apabila semuanya selesai, masing-
masing mengambil hak masing-masing semula dimana pemilik tanaman mengambil ladangnya
kembali dan pemilik kambing mengambil kambingnya kembali. Berkatalah Nabi Daud; ya,
kepurtusan seperti kamu ambil dan saya ambil (setuju) keputusan seperti itu.

3.0 MUKJIZAT NABI SULAIMAN

Nabi Sulaiman terkenal dengan kerajaan, kekuasaan dan kemampuannya yang tidak
dimiliki oleh manusia pada umumnya. Beliau mempunyai takhta yang luar biasa, tentera
daripada golongan Jin, dari kalangan manusia bahkan dari kalangan haiwan serta berkeupayaan
untuk berkomunikasi dengan haiwan dan memahami pertuturan mereka.

Beliau boleh mengenal pasti dan memahami maksud yang terkandung dalam suara
haiwan-haiwan, begitu juga sebaliknya haiwan-haiwan dapat mengerti apa yang diperintahkan
dan diucapkannya kepada mereka. Pemgetahuannya tentang kebolehan memahami bahasa
haiwan dinyatakan di dalam al-Qur’an di dalam surah al-Naml, ayat 18-19,
ِ ِ ۟ ِ ۟
‫ودُُۥ َوُه ْم ََل‬ ْ َ‫َّى إِ َذآَٰ أَتَ ْوا َعلَ َٰى َواد ٱلن َّْم ِل قَال‬
ُ ُ‫ت نَ ْملَة َٰيََٰٓأَيُّ َها ٱلن َّْم ُل ْٱد ُخلُوا َم ََٰسكنَ ُك ْم ََل يَ ْحط َمنَّ ُك ْم ُسلَْي ََٰم ُن َو ُُن‬ ََٰٰٓ ‫َحت‬

َّ ‫ت َعلَ َّى َو َعلَ َٰى ََٰولِ َد‬


َّ َ ‫ك ٱلَّت َٰٓى أَنْ َع ْم‬ ِ َ َ‫اح ًكا ِمن قَولِها وق‬
ِ ‫ب أَوِز ْعنِى أَ ْن أَ ْش ُكر نِعمت‬ ِ ‫) فَت ب َّسم ض‬٦١ ( ‫ي ْشعرو َن‬
َ ََ ْ َ َٰٓ ْ ‫ال َر‬ َ َْ َ َ ََ ُُ َ
)٦ ٩( ‫ين‬ ِ ِ ََّٰ ‫وأَ ْن أ َْعمل صَٰلِحا تَرضَٰىه وأ َْد ِخ ْلنِى بِرحمتِك فِى ِعب ِاد َك‬
َ ‫ٱلصلح‬ َ َ ََْ ََُْ ً َ ََ َ

Hingga ketika mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut, “Wahai semut-semut!
Masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak dipijak oleh Sulaiman dan bala
tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari”.

Maka dia (Sulaiman) tersenyum lalu tertawa kerana (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia
berdoa, “Ya Tuhanku, anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang
telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan agar aku
mengerjakan kebajikan yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke
dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh”.

(al-Naml, 18-19)

Seterusnya, beliau juga dapat berbicara dengan burung. Sebagaimana firman Allah
SWT di dalam surah al-Naml ayat 16-17:

‫َّاس عُ لِ ْم نَ ا مَ نْ طِ َق ال طَّيْ رِ َوأُوتِينَ ا ِم ن ُك ِل َش ْْي ٍ ۖ إِنَّ ََٰه َذ ا‬ ُ ‫ال َٰيََٰٓأَيُّ َها ال ن‬ َ ِ‫َو َور‬
َ َ‫ث ُسلَْي ََٰم ُن َد ُاو َۥد ۖ َوق‬
ِ ۡ ‫ ( وح ِشر لِسلَ ۡي َٰمن ُنُ ۡودُ‚ ِمن ۡٱل ِج ِن و‬٦١ ) ‫ضل ٱلْمبِين‬
ِ ‫ٱَل ۡن‬
)٦۸( ‫س َوٱلطَّۡي ِرفَ ُه ۡم يُ ۡوَزعُ ۡو َن‬ َ َ ُُ ُ َ ُ َ ُ َ ُ ُ ُ ْ ‫لَ ُه َو ٱلْ َف‬

Maksudnya: “Dan Sulaiman telah mewarisi Daud, dan dia (Sulaiman) berkata: “Wahai
manusia! Kami telah diajari bahasa burung dan kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya,
(semua) ini benar-benar suatu kurnia yang nyata”.

Dan untuk Sulaiman dikumpulkan bala tenteranya dari jin, manusia dan burung, lalu mereka
berbaris dengan tertib.

Nabi Sulaiman juga boleh memahami percakapan semut. Firman Allah di dalam surah
al-Naml, ayat 17-19,

ِ ۟ ۡ ۡ ۡ ۡ ِ ۡ ‫وح ِشر لِسلَ ۡي َٰمن ُنُ ۡودُ‚ ِمن ۡٱل ِج ِن و‬


ِ ‫ٱَل ۡن‬
ْ َ‫َّى إِ َذآَٰ أَتَ ْوا َعلَ َٰى َواد ٱلن َّْم ِل قَال‬
‫ت نَ ْملَة َٰيََٰٓأَيُّ َها‬ ََٰٰٓ ‫) َحت‬٦۸( ‫س َوٱلطَّي ِرفَ ُهم يُوَزعُو َن‬ َ َ ُُ ُ َ ُ َ ُ َ
ِ ‫) فَت ب َّسم ض‬٦١ ( ‫ٱلنَّمل ْٱدخلُ ۟وا م َٰس ِكنَ ُكم ََل يح ِطمنَّ ُكم سلَي َٰمن وُنُودُۥ وهم ََل ي ْشعرو َن‬
َ َ‫اح ًكا ِمن قَ ْولِ َها َوق‬
‫ال‬ َ َ ََ ُُ َ ْ ُ َ ُ ُ ُ َ ُ َ ْ ُ ْ َ ْ َ ْ َ َ ُ ُ ْ
‫ك فِى‬ ِ ِِ
َ ‫ضَٰىهُ َوأ َْدخ ْلنى بَِر ْح َمت‬
ِ ‫ َّ وأَ ْن أَعمل‬
َ ‫صَٰل ًحا تَ ْر‬
ِ ِ ‫ب أَوِز ْعنِى أَ ْن أَ ْش ُكر نِعمت‬
َ ‫ك ٱلَّت َٰٓى أَنْ َع ْم‬
َ َ َ ْ َ َّ ‫ت َعلَ َّى َو َعلَ َٰى ََٰول َد‬ َ ََ ْ َ َٰٓ ْ ‫َر‬
ِ

)٦ ٩( ‫ين‬ ِ ِ ََّٰ ‫ِعب ِاد َك‬


َ ‫ٱلصلح‬ َ

Maksudnya: Dan untuk Sulaiman dikumpulkan bala tentaranya dari jin, manusia dan burung,
lalu mereka berbaris dengan tertib. Hingga ketika mereka sampai di lembah semut; berkatalah
seekor semut, “Wahai semut-semut! Masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak
dipijak oleh Sulaiman dan bala tentaranya, sedangkan mereka tidak menyadarai”. Maka dia
(Sulaiman) tersenyum lalu tertawa kerana (mendengar) perkataan-perkataan semut itu. Dan dia
berdoa. “Ya Tuhanku, anugerahilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah
Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan agar aku mengerjakan
kebajikan yang Engkau ridai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan
hamba-hambamu yang saleh”.

Peristiwa ini berlaku semasa Nabi Sulaiman dan rombongannya yang terdiri dari jin,
manusia dan burung dalam perjalanan hendak berjihad. Kelompok manusia bertugas untuk
berjihad, sedangkan kelompok jin bertugas membantunya, dan kelompok burung bertugas
melindunginya dari cahaya matahari. Ketika rombongan Nabi Sulaiman hendak mendekati
lubang semut di daerah Syam, tiba-tiba seekor semut melihat pasukan itu, kemudian semut itu
mengkhabarkan kepada kelompoknya. Maka, Nabi Sulaiman pun tersenyum ketika mendengar
dan bersyukur kepada Allah SWT yang telah menganugerahkan kelebihan, kemampuan
memahami bahasa semut.

Di samping itu, Nabi Sulaiman juga dianugerahkan kelebihan dapat mencairkan


tembaga sebagaimana Nabi Daud ayahnya yang dianugerahkan dapat mencairkan besi. Dari
tembaga itu, Nabi Sulaiman melaksanakan apa saja yang dikehendaki walaupun besi itu dalam
keadaan dingin, tanpa memerlukan api.

Selain itu, antara mukjizat Nabi Sulaiman ataupun keistimewaan lain yang telah Allah
kurniakan kepada beliau ialah dianugerahkan dapat bergerak dengan menggunakan angin
sebagai pengangkutannya, dapat memerintah golongan jin, merupakan antara raja dan nabi
yang memiliki kekayaan melimpah-ruah yang terdiri daripada segala jenis logam dan permata
yang indah serta tidak ternilai harganya. Istananya terpancar indah ditaburi intan permata yang
berkilau-kilauan. Beliau juga terkenal dengan kebijaksanaan, keadilan, cerdas serta berilmu.
Firman Allah SWT di dalam surah al-Ṣãd ayat 36,
ۡ ۡ ۡ ِۡ ‫فس َّخ ۡرنا له‬
﴾٠١﴿ ‫اب‬
َ ‫ص‬ ُ ‫ٱلري َح تَج ِر َّ بِأَم ِرُِ ࣠ ُر َخآَٰ ًٍ َحي‬
َ َ‫ث ا‬ َُ َ َ َ

Maksudnya: Kemudian Kami tundukkan kepadanya angin yang berhembus dengan baik
menurut perintahnya ke mana saja yang dikehendakinya.

Menurut Abi al-Husain (1999), rukhãun pada ayat tersebut berasal dari perkataan
rakhã. Kata akarnya adalah daripada huruf ra, kha dan harf al-Illah yang bererti layyinun yakni
lemah lembut. Menurut M. Quraish Shihab (2006), ayat tersebut menjelaskan bahawa sebagai
tanda pemenuhan doa Nabi Sulaiman, Allah SWT menundukkan angin buatnya yang
berhembus sepoi-sepoi atau lemah lembut. Al-Maraghi, menurutnya pula berjalan dengan
lembut dan taat kepada Nabi Sulaiman, tidak menolak keinginannya walau ke arah mana pun
yang diperintahkan oleh Nabi Sulaiman. Namun, terkadang Nabi Sulaiman juga memerlukan
angin yang kencang terutamanya ketika ingin cepat sampai ke sesuatu destinasi. Sebagaimana
firman Allah SWT di dalam surah al-Anbiya’, ayat 81:

ِِ ِ ِ َِّ ِ ‫اص َفةً تَج ِر َّ بِأَم ِرُِۦۤ إِلَى ْٱلَر‬


ِ ‫ٱلريح ع‬ ِ
َ ‫ض ٱلتى بَََٰرْكنَا ف َيها َوُكنَّا ب ُك ِل َش ْى ٍ ََٰعلم‬
)۷٦( ‫ين‬ ْ ْ ْ َ َ ِ ‫َول ُسلَْي ََٰم َن‬

Maksudnya: “Dan (Kami tundukkan) untuk Sulaiman angin yang sangat kencang tiupannya
yang berhembus dengan perintahnya ke negeri yang Kami beri berkat padanya. Dan Kami
Maha Mengetahui segala sesuatu”.

Kalimah ‘ãṣifah membawa pengertian kencang dan apabila digabungkan dengan

kalimah al-rihu (‫يح‬ِ maka membawa maksud angin yang kencang (Departemen Agama RI.,
َ ‫)ٱلر‬
2002).

Allah memberi kemuliaan kepada Nabi Sulaiman dengan kebolehan menundukkan


angin, sama ada angin yang lemah lembut dan angin yang kencang, bergantung kepada
keperluan beliau.

Malahan, Nabi Sulaiman juga dapat menentukan kadar atau tempoh (lamanya) angin
bertiup. Firman Allah di dalam surah Saba’, ayat 12:
ۡ ۡ ۡ ۡ ‫ٱلرۡيح غدوها ش ۡهر ورواحها ش‬
)٦١(......‫َسلنَالَه‚ َع ۡي َن ٱل ِقط ِر‬ ‫أ‬
‫و‬ ‫ر‬‫ه‬ ۡ ِ
َ َ َ َ ُ َ َ َ َ َ ُّ ُ ُ َ ِ ‫َول ُسلَي َٰم َن‬
Maksudnya: “Dan Kami (tundukkan) angin bagi Sulaiman, yang perjalanannya pada waktu
pagi sama dengan perjalanannya sebulan dan perjalanannya pada waktu petang sama dengan
perjalanan sebulan (pula) dan Kami alirkan cairan tembaga baginya”…….

(Surah Saba’, 12)

Nabi Sulaiman pernah melakukan perjalanan dari Baitul Maqdis menuju Istakhar
dengan tempoh perjalanan dari pagi sehingga petang sahaja sedangkan kalau perjalanan biasa
boleh mengambil masa sehingga sebulan lamanya.

4.0 DAKWAH NABI SULAIMAN

Allah mengurniakan kepada Nabi Sulaiman pelbagai kenikmatan bermula dari


singgahsananya yang megah, kemampuan berkomunikasi dengan haiwan-haiwan, hingga para
jin dan haiwan ditundukkan sebagai pasukannya (tentera). Sehinggalah pada suatu hari Allah
mempertemukan beliau dengan Ratu Balqis yang turut memiliki singgahsana yang besar dan
kerajaan yang makmur tetapi mereka termasuklah para pembesar kerajaannya menyembah
matahari sebagai Tuhan mereka. Ratu Balqis adalah seorang Ratu dari kerajaan negeri Saba’.

Pertemuan dan perkenalan antara Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis melalui burung hud-
hud kerana ketika sedang terbang ia ternampak ratu bersama pengikutnya sedang menyembah
matahari. Oleh sebab itu, Nabi Sulaiman ingin berdakwah kepada mereka agar kembali kepada
Allah yang Esa dan bukannya menyembah matahari sebagai Tuhan.

Pertama sekali, melalui surat yang diutuskan kepada Ratu Balqis melalui burung hud-
hud. Surat itu merupakan ajakan dakwah untuk hanya taat kepada Allah dan rasulnya serta
kembali bertaubat dan tunduk kepada kekuasaan-Nya. Berkata Nabi Sulaiman: “Janganlah
kalian berlaku sombong kepadaku iaitu sombong untuk taat kepadaku dan menjalankan
perintahku, datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang sedia mendengarkan perintah
serta sedia taat tanpa ada permusuhan dan kesombongan”.

Surat ini sampai kepada Ratu Balqis melalui burung hud-hud ketika ratu itu sedang
bersendirian. Kemudian, burung hud-hud menunggu di sekitar istana menanti jawapan dari
sang ratu tersebut. Maka, Ratu balqis mengajak pembesar-pembesarnya untuk bermesyuarat.
Firman Allah di dalam surah al-Naml ayat 29,
Maksudnya: Dia (Balqis) berkata, “Wahai Para Pembesar! Sesungguhnya telah disampaikan
kepadaku sebuah surat yang mulia”.

Perutusan menggunakan surat ini adalah dakwah korespondensi. Dakwah


korespondensi adalah dakwah dengan menggunakan surat. “korespondensi” diertikan sebagai
sebagai “surat” yang diperbuat dari kertas atau bahan lain seperti kain atau sesuatu yang lainnya
yang mempunyai fungsi untuk ditulis keatasnya dengan pelbagai isi dan tulisan. Surat adalah
media utama sebagai alat komunikasi yang di dalamnya terdapat pelbagai tulisan, isi dan berita
yang hendak disampaikan dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain. Sejak zaman dahulu
surat sehingga sekarang surat adalah mempunyai hubungan yang erat dengan kehidupan
manusia. Isi kandungan surat bersifat umum dan sesuai ditulis dan dikirim pada bila-bila masa
mengikut keperluan, tujuan dan kepentingan surat tersebut ditulis

Surat yang dikirim kepada Ratu Balqis tiada siapa yang mengetahui isi kandungannya
sebelum ratu itu sendiri yang membacakannya secara terbuka. Sebagaimana firman Allah di
dalam surah al-Naml ayat 29-31,

Maksudnya: Dia (Balqis) berkata, “Wahai Para Pembesar! Sesungguhnya telah disampaikan
kepadaku sebuah surat yang mulia”. Sesungguhnya surat itu dari Sulaiman yang isinya:
“Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Janganlah engkau berlaku
sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang – orang yang berserah diri.”

Ratu Balqis menyifatkan surat tersebut dengan kalimah “karim”. Perkara ini
menunjukkan bahawa kalimah yang ditulis di dalam surat tersebut merupakan kalimah yang
penuh dengan kebijaksanaan, gaya bahasa yang indah dan sopan.

Surat ini juga menunujukkan beberapa perkara seperti Nabi Sulaiman menetapkan dan
menyatakan keesaan Allah, kekuasaan dan sifat rahmat-Nya. Seterusnya, Nabi Sulaiman
melarang Ratu Balqis dan pengikut-pengikutnya untuk mengikuti hawa nafsu dan
memerintahkan mereka untuk datang kepadanya dalam keadaan berserah diri. Metode seperti
ini juga telah digunakan baginda Nabi Muhammad SAW. Baginda juga menulis surat kepada
para raja dan para pemimpin Arab, mengajak mereka masuk Islam, menuju jalan Tuhan dengan
cara bijaksana dan memberi nasihat yang baik.

Seterusnya melalui kekuasaan dan kemampuan yang Allah kurniakan kepada beliau
dibuktikan saat Ratu Balqis akan datang ke singgahsananya. Nabi Sulaiman mahu agar
singgahsana Ratu Balqis dipindahkan dari negara Yaman ke negara Syam. Peranannya adalah
sebagai bukti tentang kenabiannya serta kekuasaan dan kemampuan Allah yang menakjubkan
yang dapat menciptakan sesuatu yang diluar batas tangkapan (kekuasaan) manusia. Firman
Allah di dalam surah al-Naml ayat 38-39,

Maksudnya: Berkata Sulaiman: "Wahai para pembesar, siapakah di antara kamu


sekalian yang sanggup membawa singgasananya kepadaku sebelum mereka datang kepadaku
sebagai orang-orang yang berserah diri". Berkata 'Ifrit dari golongan jin: "Aku akan datang
kepadamu dengan membawa singgsana itu kepadamu sebelum kamu berdiri dari tempat
dudukmu. Sesungguhnya aku benar-benar kuat untuk membawanya lagi dapat dipercaya".

Ifrit menyatakan bahawa bahawa ia sanggup memindahkan singgasana Ratu Balqis


sebelum Nabi Sulaiman berdiri dari tempat duduknya. Kemudian, singgahsana tersebut hadir
dihadapan Nabi Sulaiman. Kehadiran singgasana ini akan membuat Ratu Balqis merasa takjub
dan kehairanan, sehingga dia akan semakin tertarik dengan keistimewaan Nabi Sulaiman.
Tambahan, Ratu Balqis merupakan seorang wanita. Wanita merupakan insan yang memiliki
naluri menyukai kemewahan.

Beliau juga menyambut kedatangan Ratu Balqis dengan istana yang lantainya ditukar
kepada kaca jernih yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Di bawahnya terdapat air
yang mengalir dengan berbagai jenis ikan yang terdapat di dalamnya. Ketika Ratu Balqis
memasuki istana tersebut dan melihat kaca yang licin itu, ratu itu menyangka bahawa di dalam
ruang itu terdapat air yang banyak sehingga ratu tersebut mengangkat kainnya sedikit sehingga
ke paras betis agar tidak basah dek terkena air. Melihat keadaan Ratu Balqis itu, Nabi Sulaiman
pun berkata kepada Ratu tersebut bahawa ruang itu adalah diperbuat dari kaca yang di
bawahnya terdapat air yang mengalir.

Di saat itu, Ratu Balqis menyedari bahawa demikian agungnya Nabi Sulaiman dengan
ilmu dan kekayaannya. Bahkan dengan kesedaran itu, ratu itu semakin yakin bahawa apa yang
dilakukannya selama ini pada dasarnya telah menganiaya dirinya sendiri dengan menduakan
dan telah menderhaka kepada Allah SWT dan akhirnya ia pasrahkan dirinya bersama Nabi
Sulaiman kepada Allah SWT, Tuhan Yang Maha Kuasa, Maha Esa yang merupakan pencipta
alam semesta ini.

Dengan cara dan kaedah yang digunakan Nabi Sulaiman, beliau dapat menarik simpati
Ratu Balqis yang saat itu menjadi penguasa di negeri Saba’. Dihadapan Nabi Sulaiman, Ratu
Balqis menyatakan kerendahan hatinya dan kesediaannya untuk beriman kepada Allah dan
meyakini Nabi Sulaiman sebagai nabi dan rasul utusan Allah serta meyakini bahawa Sulaiman
adalah seorang Nabi yang memiliki mukjizat. Beliau juga mengakui bahawa ajaran Nabi
Sulaiman merupakan ajaran yang haq, bersumberkan dari Tuhan penguasa alam semesta.

Nabi Sulaiman tidak menghina sembahan mereka tetapi mengajak kearah kebenaran
dengan hikmah dan bijaksana. Islam sendiri bahkan melarang menghina orang lain kerana
penghinaan tidak mendatangkan apa-apa faedah. Manusia ini adalah insan yang mudah
tersinggung yang merupakan fitrah manusia itu sendiri terutama sekali melibatkan hati dan
emosi.

Dalam surat yang diutus oleh Nabi Sulaiman ketika berdakwah kepada Ratu Balqis
tidak ada unsur penghinaan dan mempersenda terhadap sembahan Ratu Balqis. Nabi Sulaiman
hanya menyampaikan kepada Ratu Balqis agar dia tidak berlaku sombong dan memintanya
(Ratu Balqis) untuk datang ke singgasananya dalam keadaan berserah diri. Beliau juga tidak
memanggil Ratu Balqis dengan panggilan yang tidak baik, tidak merendahkan singgahsananya
dan tidak menghina para pembesarnya.

Di samping itu, Nabi Sulaiman juga tegas terhadap sasaran dakwahnya. Hal ini ketika
Ratu Balqis mahu memberi hadiah kepada Nabi Sulaiman. Tegas di sini adalah tidak ragu-
ragu, jelas, benar dan nyata. Bersifat tegas akan memberi kejelasan sasarannya, pendirian dan
kesungguhannya memperjuangkan keyakinan yang dipunyai. Ini merupakan salah satu sifat
yang harus dimiliki oleh para pendakwah. Para rasul adalah mereka yang sangat tegas dalam
menyampaikan dakwah dan mempertahankan prinsip agama.

Sifat tegas beliau dibuktikan dengan penolakan hadiah yang dibawa oleh delegasi Ratu
Balqis. Penolakan ini dilakukan kerana hadiah yang diberikan kepada Nabi Sulaiman bertujuan
agar beliau tidak mengganggu kekuasaan Ratu Balqis. Ini mengisyaratkan agar beliau
menghentikan dakwahnya, padahal hal itu merupakan sesuatu yang tidak mungkin dilakukan
oleh beliau sebagai seorang nabi dan rasul yang berkewajiban untuk menyampaikan dakwah.
Penolakan ini dapat dilihat dalam firman Allah di dalam surah al-Naml ayat 36-37,

Maksudnya: Maka tatkala utusan itu sampai kepada Sulaiman, Sulaiman berkata: "Apakah
(patut) kamu menolong aku dengan harta? Maka apa yang diberikan Allah kepadaku lebih
baik daripada apa yang diberikan-Nya kepadamu; tetapi kamu merasa bangga dengan
hadiahmu. Kembalilah kepada mereka, sungguh Kami akan mendatangi mereka dengan bala
tentera yang mereka tidak Kuasa melawannya, dan pasti Kami akan mengusir mereka dari
negeri itu dengan terhina dan mereka menjadi (tawanan-tawanan) yang hina ".
Ucapan Nabi Sulaiman A.S “Apakah kamu mendukung aku dengan harta ?” beliau
tujukan kepada pemimpin delegasi untuk disampaikan kepada Ratu dengan maksud ucapan ini
adalah menolak hadiah tersebut. Menurut Zamakhsari, alasan Nabi Sulaiman menolak
pemberian Ratu Balqis adalah bahawasanya apa yang diberikan Allah jauh lebih baik daripada
apa yang Ratu Balqis berikan kepadanya, kerana sesungguhnya Allah SWT telah memberikan
kepadanya agama yang mana itu merupakan nikmat dan sebuah keberuntungan yang sangat
besar atau kekayaan yang sangat melimpah. Dan Allah juga memberikan kepadanya
kenikmatan dunia yang sangat banyak.

Dalam penolakannya, Nabi Sulaiman menggunakan gaya bahasa untuk menyatakan


sesuatu dengan tujuan merendahkan diri. Perkara ini juga pernah terjadi kepada Rasulullah
SAW ketika kaum musyrikin penyembah berhala menawarkan kepada Nabi Muhammad Saw
agar baginda menyembah tuhan-tuhan mereka selama satu tahun, lalu kemudian mereka
(musyrikin) menyembah Tuhan Nabi Muhammad SAW selama satu tahun juga. Maka, surah
al-Kafirun menjadi perintah dari Allah untuk menolak tegas tawaran keji mereka. Allah
memilih kata-kata dan susunan kalimah dalam surah al-Kafirun yang sangat keras dan sarkastis
untuk menolak tawaran mereka yang terlalu keji itu. Namun, di akhir ayat-Nya pun, Allah tetap
berbelas kasih pada mereka dengan kalimah penutup yang berbunyi "Bagimu agamamu, dan
bagiku agamaku".

5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, Nabi Sulaiman merupakan salah satu daripada para nabi dan rasul
yang merupakan utusan Allah yang diutuskan untuk kesejahteraan umat manusia daripada terus
berada dalam kejahilan. Beliau dipertemukan oleh Allah dengan Ratu Balqis melalui perantara
burung hud-hud. Pada awalnya, Ratu Balqis dan para pembesarnya menyembah matahari.

Berjayanya Nabi Sulaiman dalam mengislamkan Ratu Balqis adalah dari kaedah-
kaedah yang digunakan dalam menyampaikan risalah dakwah. Metode yang beliau gunakan
adalah antara metode yang diguna oleh Rasulullah saw untuk berdakwah kepada umatnya.
Metode dakwah para nabi dan rasul adalah kaedah yang terbaik dan dapat diaplikasikan pada
zaman ini.
RUJUKAN
Ahmad Sharifuddin Mustapha & Mohd Zain Mubarak. 2006. Dakwah Melalui Muzik dan
Nyanyian: Suatu Perbincangan. Kertas Kerja Seminar Serantau Dakwah dan Kesenian.
Anjuran Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia. Selangor, 7-8 Ogos.

Afrizal El Adzim Syahputra. 2019. Metod Dakwah Nabi Sulaiman dalam Perspektif al-Qur’an.
Jurnal Studi Islam 15 (1): 81-100.

Aminudin Basir @ Ahmad & Akila Mamat. 2012. Dakwah kepada Masyarakat Bukan Islam
Menerusi Interaksi. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari 5: 77-89.

Al-Hafizh Ibnu Katsir, Abu al-Fida’ Ahmad bin Badruddin & Abu Hudzaifah, Lc. 2007. Kisah
Para Nabi dan Rasul. Jakarta: Pustaka as-Sunnah.

Dr. H. M. Amir HM, M.Ag. 2013. Kisah Nabi Sulaiman dalam Al-Qu’ran dan Relevansinya
dengan Pendidikan Islam. Makassar: Pusat Kegiatan Belajar Masyarakat Rumah Buku
Carabaca.

Muhammad Amin Hasan, Mohd Azrul Jaafar, Ahmad Irdha Mokhtar, Anuar Puteh, Zulkifli
Aini & Mohamad Zulkifli Abdul Ghani. 2014. Kepimpinan dalam Kisah Nabi
Sulaiman AS dengan Hudhud. Jurnal al-Hikmah 6 (2): 119-128.

Anda mungkin juga menyukai