Anda di halaman 1dari 1

Terdapat beberapa kebaikan kepada Malaysia yang telah lama mengamalkan sistem tersebut.

Antaranya ialah terdapat pendapat yang mengatakan bahawa sistem demokrasi ini prihatin
atau peka terhadap kepentingan rakyat. Tidak seperti corak pemerintahan seperti monarki,
diktaktor dan autokrasi yang memberi keutamaan kepada golongan minority yang memegang
kuasa memerintah ataupun golongan bangsawan. Demokrasi tidak mengambil kira
kepentingan golongan tertentu kerana sistem ini menganggap semua lapisan masyarakat
adalah sama dan layanan yang sama harus diberikan. Sebagai contoh rakyat biasa digalakkan
untuk terlibat sama dalam menentukan dasar atau polisi kerajaan dengan mengemukakan
beberapa cadangan, bahkan juga rakyat berhak untuk membantah segala cadangan kerajaan
sekiranya kerajaan yang sedang memrintah tidak dapat memenuhi kehendak rakyat atau
menyeleweng daripada dasar yang telah dipersetujui. Demokrasi diasaskan atas prinsip
kesamaan. Dari aspek hak, setiap rakyat di anggap mempunyai hak yang sama serta berhak
untuk menikmati kemudahan dan perkhidmatan yang sama. Oleh itu, Negara yang
mengamalkan demokrasi perlu membantu rakyat yang masih mundur untuk merapatkan
jurang perbezaan taraf masyarakat contohnya seperti bidang pendidikan dan ekonomi.
Demokrasi menggalakkan pembangunan diri rakyat. Tingkah laku individu bukan sahaja
boleh mempengaruhi bentuk kerajaan malahan juga pemerintahan rakyat dianggap lebih baik
dalam membangunkan sifat – sifat yang dikehendaki. Demokrasi bertindak ke atas individu
supaya menjadikan mereka berfikiran bermasyarakat dan berinisiatif untuk menyelesaikan
masalah rakyat serta menjadikan rakyat yang aktif menjadi pasif. Pendapat yang mengatakan
bahawa golongan elit bersikap lebih rasional daripada kebanyakan manusia lain yang telah
ditolak berasaskan sejarah, ini kerana fikiran yang waras menentukan sikap seseorang
sedangkan bijak pandai lebih bertindak tidak rasional. Seterusnya, demokrasi juga
mengglakkan semangat bekerjasama yang merupakan salah satu cara terbaik untuk
menyatupadukan rakyat melalui demokrasi dengan menghubungkaitkan seseorang individu
dengan kumpulan tujuan sosial.

Anda mungkin juga menyukai