Anda di halaman 1dari 7

NAMA:

AHMAD BIN NAJIB (2014112)


MUHAMAMMAD AIMAN NOOR SHAH (2014109)
NUR ALIF BIN ROSZAIDI (2014104)

NAMA PENSYARAH:
USTAZ MUHAMMAD ISMAIL BIN ABDULLAH

TAJUK:
IJMAK SEBAGAI SUMBER HUKUM

PROGRAM:
DIPLOMA QURAN SUNNAH

FAKULTI:
PENGAJIAN PERADABAN ISLAM
ISI KANDUNGAN

1. MUQADDIMAH

2. PENDAHULUAN

3. IJMA DARI SEGI BAHASA & ISTILAH

4. PENDAPAT PARA ULAMA

5. SEBAB BERLAKUNYA IJMA

6. KEHUJAHAN IJMA’

7. IJMA SEBAGAI SUMBER HUKUM

8. APAKAH KESAN APABILA IJMA’ DIGUNAKAN SEBAGAI SUMBER

HUKUM

9. KESAN APABILA MENINGGALKAN IJMA’

10. KESIMPULAN

11. PENUTUP

12. BAHAN RUJUKAN


MUQADDIMAH

Alhamdulillah, bersyukur ke atas Ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,
nyawa dan juga tenaga yang dianugerahkan oleh Allah SWT, dapat juga menyiapkan tugasan
kertas kerja ini dengan jayanya. Pertama, kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini
kepada pensyarah kami, iaitu Ustaz Muhammad Ismail Bin Abdullah kerana dengan tunjuk ajar
serta bimbingan daripadanya dapat membuka ruang minda kami dan juga pengetahuan yang luas
dalam menyiapkan tugasan ini. Selain itu, kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih
yang tidak terhingga kepada. Di samping ini juga, ucapan penghargaan ini juga kami tujukan
kepada rakan-rakan seperjuangan kami yang banyak membantu dalam memberi peringatan
terhadap setiap apa yang dipelajari dan seterusnya turut sama-sama memberikan kerjasama yang
baik dengan ahli kelas.

PENDAHULUAN

Ijma merupakan suatu istilah rujukan. Ijma merupakan salah satu konsep penyelamat
masyarakat dari kekacauan.Pada suatu ketika dahulu setelah berlalunya kepimpinan para
khalifah, satu kekacauan muncul di berbagai bidang seperti masalah hukum hinggakan
masyarakat terpecah. Walau bagaimanapun,ada sebahagian orang yang berpendapat, ijma' tidak
mungkin terjadi.Akan tetapi majoriti kaum muslimin mengakui adanya ijma'.Namun, para ulama
mujtahid bersepakat untuk menjadikan ijma' sebagai hukum sandaran dalam berijtihad. Sebelum
kami berbahas lebih lanjut tentang ijma’, penulis ingin merumuskan dulu permasalahan yang
akan dibahas di sini. Fokus pembahasan dalam tulisan ini mengenai ijma’ dari segi bahasa dan
istilah, isi-isi penting tentang ijma sebagai sumber hukum syara, pendapat para ulama, apakah
kesan apabila ijma’ digunakan sebagai sumber hukum dan akhir sekali tentang kesan apabila
meninggalkan Ijma’.
Ijma dari segi bahasa1 mengandungi dua makna:
o Makna pertama ialah: ketetapan hati untuk melakukan sesuatu.
o Makna kedua ialah: sepakat, setuju dan sependapat.

Manakala ijma’ dari segi istilah ialah kesepekatan seluruh ulama mujtahid daripada
kaum muslimin pada suatu masa sesudah wafatnya Rasulullah SAW atas suatu hukum syara’.
Ibnu Taimiah pula berpendapat bahawa Ijma ialah berkumpulnya segala ulama atas suatu
hukum. Apabila telah tsabit ijma ummat (seluruh mujtahidin) atas sesuatu hukum, maka tidak
boleh bagi seseorang pun untuk keluar daripada ijma’ itu kerana umat itu yakni para mujtahidin
tidaklah bersepakat dalam kesesatan.

1
M.Jafar,Ijma sebagai sumber hukum Islam, Dosen Prodi Ahwal al-Syakhsyiyyah, Jurusan Syari’ah, STAIN
Malikussaleh Lhokseumawe Aceh, m/s 2
Daripada pendapat-pendapat mengenai istilah ijma ini, mereka tetap sependapat dengan
prinsip bahawa: -

o Ijma itu terjadi dengan kesepatan para mujtahid.


o Adanya permasalahan yang tidak terdapat dalam nas qat’i.
o Terjadi pada masa tertentu.

Dengan demikian, ijma dianggap tidak sah sekiranya: -

o Ada pihak yang tidak menyetujui.


o Hanya seorang sahaja mujtahid.
o Tidak ada ketelitian yang nyata.
o Sudah jelas terdapat dalam nyata.

PENDAPAT PARA ULAMA’


DARIPADA DEFINISI
Seperti mana yang kita ketahui, Ijma’ bermaksud sepakat atau ketetapan hati untuk
melakukan sesuatu. Namun, ada sebahagian ulama’ yang berselisih pendapat mengenai perkara
yang berkaitan dengan Ijma’ ini. Menurut Ahmad Hasan, definisi ijma’ daripada aspek etimologi
menunjukkan bahawa konsep ini semestinya telah muncul pada saat berlakunya penentangan di
dalam agama Islam. Menurut beliau lagi, Ijma’ bermaksud mengumpulkan, menyatukan,
menghimpun, berkumpul, bersatu, berhimpun atau menarik bersama-sama. Istilah yang diambil
ini berkemungkinan daripada simpulan bahasa Arab iaitu: “ajma‘tu al-nahabi,” yang bermaksud
“saya mengumpulkan dari setiap penjuru unta-unta yang merupakan barang rampasan dari
orang-orang yang sebelumnya adalah pemilik mereka, dan mengiring mereka pergi.”
Maksudnya, ia bererti pengiringan unta secara bersama-sama.
Manakala menurut Imam Al-Ghazali pula Ijma’ dirumuskan sebagai: -

‫اتفاق أمة حممد على أمر من األمور الدينية‬


Kesepakatan umat Muhammad secara khusus atau suatu urusan agama.
Menurut Imam Al-Ghazali bukti adanya Ijma’ adalah melalui kesepakatan umat
Muhammad SAW tentang kewajiban solat lima waktu dan puasa di bulan Ramadhan. Peristiwa
ini dapat dipastikan kerana seluruh umat Muhammad mengikut nas dan dalil yang pasti dalam
melakukan suatu ibadah. Mereka juga menghindarkan diri daripada perkara yang batil kerana
ianya juga seiring dengan dalil-dalil yang dinyatakan tersebut. Perkara ini sama sahaja dengan
kesepakatan mereka untuk makan dan minum kerana ianya dibawa oleh jiwa mereka sendiri,
begitu juga kesepakatan dalam mengikuti kebenaran dan mempelihara jiwa agar tidak terjerumus
ke dalam neraka.
Pendapat Imam Al-Ghazali ini adalah sama dengan pendapat Imam Al-Syafie yang
menyatakan Ijma’ itu sebagai kesepakatan umat. Hal ini dapat dipastikan dengan keyakinan
bahawa yang terhindar daripada kesalahan bukanlah secara individu, tetapi ianya adalah secara
keseluruhan. Namun menurut pendapat Imam al-Syafie, ianya mengalami perubahan dan
perkembangan di tangan para pengikutnya pada hari-hari yang akan datang.
Pendapat Imam Al-Amidi pula membataskan bahawa Ijma’ itu pada kesepakatan orang-
orang tertentu daripada umat Muhammad SAW, iaitu orang-orang yang mempunyai sebagai
pengurai dan pengikat, atau para ulama yang membimbing kehidupan keagamaan umat Islam.
Dalam hal ini, orang awam tidak diperhitungkan kesepakatannya. Namun sekiranya dilihat
dengan lebih dalam lagi, Imam Al-Amidi masih memberikan kemungkinan bahawa kesepakatan
orang awam dalam menetapkan Ijma’ dengan syarat bahawa ketentuan telahpun mampu untuk
membuat sesuatu hukum. Bagi menerangkannya, Imam Al-Amidi memberikan alternatif definisi
Ijma’ tersebut: -

‫عبارة عن اتفاق املكلفني من أمة حممد يف عصر األعصار على حكم واقعة من الوقائع‬
Kesepakatan para mukallaf dari umat Muhammad pada suatu masa atas hukum suatu kes.
Daripada definisi yang dikemukakan oleh Imam Al-Amidi ini, ianya dapat dikatakan
bahawa mereka mewakili pendapat ulama’ sunni, meskipun ada perbezaan dalam perumusannya
secara reduksi, yakni kesepakatan orang yang disebut sebagai ahl al-hill wa al- ‘aqd. Definisi ini
mengandungi lima komponen, iaitu kesepakatan ahl al-hill wa al- ‘aqd, umat Muhammad SAW,
pada satu masa, dan masalah atau kes-kes yang muncul.

SEBAB BERLAKUNYA IJMA


Menurut Imam Al-Ghazali, yang dimaksudkan dengan ijma’ adalah kesepakatan ulama
mujtahid dalam menfatwakan hukum berkaitan dengan masalah pada satu masa, baik masa itu
telahpun lewat ataupun belum dibincangkan yakni perkara itu masih dalam masa mujtahid yang
terjadi kesepakatan itu. Fatwa mereka bersumber daripada ijtihad atau bersumber daripada nas
Al-Quran atau hadis, dan fatwa mereka terjadi secara jelas dengan ucapan. Jadi, sebahagian
mujtahid yang memilih untuk berdiam atas hasil fatwa mujtahid yang lain tidak sama seperti
ucapan. Adapun berlalunya masa itu bukan sebagai syarat untuk dijadikan Ijma’ sebagai hujah
ataupun sumber hukum.
Namun disebalik perbahasan Imam Al-Ghazali terdapat persoalan bahawa, sekiranya
sebahagian sahabat mengeluarkan fatwa sedangkan sebahagian sahabat yang lain hanya diam
sahaja yakni tidak mengeluarkan sebarang fatwa, maka perkara tersebut tidak disebut sebagai
ijma’ sukuti. Kita juga tidak boleh mengatakan bahawa mereka yang diam ini telah
mengeluarkan fatwa. Menurut sekumpulan ulama, apabila suatu fatwa hukum daripada seorang
mujtahid di kalangan para sahabat sudah pun tersebar luas, sedangkan yang lain hanya berdiam
sahaja, maka diam yang mereka pilih itu sama sahaja seperti mereka sudah mengeluarkan fatwa
yang sama. Sehinggakan kesepakatan ini disebut juga sebagai ijma’ sukuti. Namun, menurut
sebahagian ulama’ yang lain, hal ini hanya memberi sumber hukum sahaja dan ianya tidak boleh
dikatakan sebagai ijma’. Manakala, ada juga sebahagian ulama menyatakan bahawa hal ini sama
sekali tidak dapat dijadikan sebagai hujah mahupun ijma’, tetapi ianya hanya sebagai dalil-dalil
yang membolehkan mereka untuk berijtihad pada suatu masalah yang berkaitan dengan hukum.

KEHUJAHAN IJMA
Allah SWT berfirman di dalam surah:

‫ٱَأْلم ِر ِمن ُك ْم‬ ‫ىِل‬‫ُو‬


۟ ‫أ‬ ‫و‬ ‫ول‬
َ ‫س‬ ‫ٱلر‬
َّ ‫ا‬۟ ‫َأطيعو‬ ِ ‫ٰيََٓأيُّها ٱلَّ ِذين ءامنُ ٓو ۟ا‬
ِ ‫َأطيعو ۟ا ٱللَّه و‬
ْ َ ُ ُ ََ ُ ََ َ َ
Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil
amri di antara kamu.

Lafaz “‫ ”ٱَأْل ْم ِر‬bermaksud urusan yang mencakup kepada urusan agama dan keduniaan
manakala kalimat “‫ر‬TT ِ ‫”أولِى ٱَأْل ْم‬
۟ bermaksud pemegang urusan yang mencakupi urusan kepala
negara, anggota perwakilan rakyat, para menteri dan lain sebagainya dan juga mencakup
pemegang urusan agama seperti para mujtahid, para mufti dan para ulama.Oleh kerana itu,
apabila salah satu dari golongan tersebut bersependapat dalam menetapkan hukum maka
hukumnya wajib untuk ditaati. Ketaatan di dalam agama terbahagi kepada beberapa bahagian,
yang pertama dan yang paling utama ialah taat kepada Allah. Taat kepada Allah kita ketahui
perintah-perintahNya untuk kita taati kerana kesemua itu terkandung dalam al-Quran. Begitu
juga taat kepada Rasulullah ‫ ﷺ‬dengan adanya hadis yang mengatur kehidupan kita di dunia ini
hinggalah ke akhirat. Kesemua tersebut boleh diketahui dari apa yang baginda Rasulullah ‫ﷺ‬
sabdakan.Adapun taat kepada ulul amri, dalam hal ini adalah para mujtahid sudah pun
bersepakat dalam sesebuah hukum.Oleh disebabkan itu, hendaklah kita mentaati mereka.
Menurut Ahmad al-Sawi firman Allah SWT dalam surah an-Nisa ayat 59 mengisyaratkan
kepada dalil-dalil fiqh yang empat yakni al-Quran, Hadis, Ijma dan qiyas.Taat kepada Allah
yakni al-Quran, taat kepada Rasul iaitu Hadis, dan taat kepada ulul amri adalah ijma’ (ketetapan
hukum yang sudah menjadi kesepakatan).
Hukum yang telah mendapatkan kesepakatan dari seluruh mujtahid muslimin pada
hakikatnya adalah hukum umat Islam seluruh dunia yang mana sumbernya dari para mujtahid.
Sungguh banyak sekali dalil-dalil Hadis dari pelbagai periwatannya iaitu umat nabi Muhammad
‫ ﷺ‬tidak akan sepakat dalam membuat kesalahan dan kesesatan. Rasulullah ‫ ﷺ‬bersabda dalam
Riwayat Ibnu Majah:

)‫ (رواه ابن جماه‬.‫ال جتتمع أميت على خطاء‬


Umatku tidak sepakat untuk membuat kesalahan. (HR.Ibnu Majah)
Di dalam hadis ini, Rasulullah ‫ ﷺ‬ingin menjelaskan bahawasanya ijma’ itu terpelihara
dari kesalahan sehingga ia merupakan satu hukum yang terikat dengan umat islam.

IJMA SEBAGAI SUMBER HUKUM


Apabila syarat-syarat ijma itu telah cukup maka hukum yang disepakati itu akan menjadi
undang-undang syara’ yang harus diikuti dan sama sekali tidak boleh dibentang. Ianya
merupakan hujah atau dalil dalam pembinaan hukum Islam. Bagi mujtahid berikutnya, mereka
tidak boleh menjadikannya keputusan itu sebagai objek ijtihadnya. Hal ini dikatakan demikian
kerana hukum yang telah ditetapkan mengenai suatu kejadian itu adalah hukum syara yang pasti
dan tidak ada jalan untuk mereka menentangnya atau menghapuskannya.

Anda mungkin juga menyukai