Anda di halaman 1dari 42

POLITEKNIK SANDAKAN SABAH

BAJA ORGANIK CECAIR SISA AGRO

MELSON LAI KOK FUNG


(27DAG19F1036)
NORSYUHADDAH BINTI ABD AMID
(27DAG19F1006)
NAS ASNINA BINTI JUDIN
(27DAG19F1063)
FARINAH BINTI ALIMAT
(27DAG19F1089)

JABATAN AGROTEKNOLOGI DAN


BIO-INDUSTRI

SESI 1 : 2021/2022
LAPORAN PROJEK DIPLOMA AGROTEKNOLOGI SESI 1: 2021/2022
POLITEKNIK SANDAKAN SABAH

BAJA ORGANIK CECAIR SISA AGRO

MELSON LAI KOK FUNG


(27DAG19F1036)
NORSYUHADDAH BINTI ABD AMID
(27DAG19F1006)
NAS ASNINA BINTI JUDIN
(27DAG19F1063)
FARINAH BINTI ALIMAT
(27DAG19F1089)

Laporan ini dikemukakan kepada Jabatan Agroteknologi dan Bio-Industri


sebagai memenuhi sebahagian syarat penganugerahan
Diploma Agroteknologi

JABATAN AGROTEKNOLOGI DAN


BIO-INDUSTRI

SESI 1: 2021/2022

I
AKUAN KEASLIAN DAN HAK MILIK

BAJA ORGANIK CECAIR SISA AGRO


1. Kami mengakui bahawa ‘Projek tersebut di aras’ dan harta intelek yang ada
didalamnya adalah hasil karya/reka cipta asli kami tanpa mengambil atar meniru
mana-mana harta intelek daripada pihak-pihak lain.
2. Kami bersetuju melepaskan pemilikan harta intelek ‘Projek tersebut’ kepada
Politeknik Sandakan Sabah bagi memenuhi keperluan untuk penganugerahan
Diploma Agroteknologi kepada kami.

Diperbuat dan dengan sebenar-benarnya diakui oleh yang tersebut ;


1) MELSON LAI KOK FUNG )
( No. Kad Pengenalan : 001127-12-0945) MELSON LAI KOK
FUNG

2) NORSYUHADDAH BINTI ABD AMID )


( No. Kad Pengenalan : 010117-12-0700) NORSYUHADDAH
BINTI ABD
AMID

3) NAS ASNINA BINTI JUDIN )


( No. Kad Pengenalan : 010222-12-0470) NAS ASNINA BINTI
JUDIN

4) FARINAH BINTI ALIMAT )


( No. Kad Pengenalan : 990917-12-6306) FARINAH BINTI
ALIMAT

Di hadapan saya,
NURUL SAFEZA BINTI ABDUL HAJIS )

(No. Kad Pengenalan : 900731-12-6162) NURUL SAFEZA BINTI


ABDUL HAJIS
Sebagai Penyelia Projek Pada
Tarikh : …………………

II
PENGHARGAAN

Assalammualaikum,
Bersyukur kepada ilahi kerana dengan izinnya kami sekumpulan dapat
menyiapkan Projek Akhir Tahun yang telah diusahakan selama ini yang
bertajuk Baja Organik Cecair Sisa Agro. Projek ini amat penting bagi
kami kerana ia adalah salah satu subjek yang terkandung dalam silibus
semester 5.

Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada individu yang banyak


memberi bimbingan dan semangat kepada kami iaitu Puan Noor Anizah
Binti Maarof selaku penyelia pertama kami dan Cik Nurul Safeza Binti
Abdul Hajis selaku penyelia seterusnya yang banyak memberi tunjuk
ajar sepanjang menyiapkan projek ini.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang bersama-sama


berhempas pulas dalam menyempurnakan Projek Akhir Tahun ini.Akhir
sekali terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu kami
secara langsung atau tidak langsung sepanjang kami menyiapkan projek
ini.

III
ABSTRAK

Projek ini dijalankan untuk menghasilkan satu baja organik cecair yang diperbuat
daripada 4 gabungan sisa iaitu sisa kulit terlu,kulit udang,kulit pisang dan gula merah.
Dengan menggunakan baja organik cecair ini, projek dapat menghasilkan baja
organik daripada sisa agro dan dapat membantu dalam pengurusan sisa dengan
betul.Projek ini dapat menyumbang kepada pengurusan sisa dengan betul dan mampu
mengawal masalah pembuangan sisa yang tidak terkawal dimasa hadapan.
Berdasarkan carta alir yang disediakan ia dapat mengetahui cara penghasilan projek
tersebut dengan mudah. Dengan adanya projek ini dapat membantu masyarakat
pertanian untuk mengatasi masalah pada tanaman. Kesimpulannya, baja organik
cecair ini dapat memberikan khasiat pada tanaman.

kata kunci: kulit telur,kulit pisang,gula merah, kulit udang,baja organik cecair.

IV
SENARAI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT


AKUAN KEASLIAN DAN HAK
HAK MILIK
PENGHARGAAN
ABSTRAK
KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
SENARAI SIMBOL
SENARAI SINGKATAN

1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
1.2 Latar belakang Kajian
1.3 Penyataan Masalah
1.4 Objektif Kajian
1.5 Skop kajian
1.6 Skop kajian
1.7 Kepentingan kajian
1.8 Rumusan

2 KAJIAN LITERATUR / LAPANGAN


2.1 Pendahuluan
2.2 Sisa Kulit Telur
2.3 Sisa Kulit Udang
2.4 Sisa Kulit Pisang
2.5 Gula Merah

3 METODOLOGI / REKA BENTUK

3.1 Sayur Sawi


3.2 Bahan&Alatan
3.3 Proses Pembuatan
3.4 Perawatan
3.5 Rekabentuk eksperimen
3.6 Jangkaan Projek
3.7 Rumusan

V
BAB PERKARA MUKA SURAT

4 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN


4.1 Pendahuluan
4.2 Dapatan Kajian
4.3 Perbincangan
4.4 Rumusan

5 KESIMPULAN DAN CADANGAN


5.1 Pendahuluan
5.2 Kesimpulan
5.3 Cadangan
5.4 Limitasi Kajian
5.5 Rumusan

RUJUKAN
LAMPIRAN

VI
SENARAI JADUAL

NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.3.1 Bahan yang diperlukan

3.3.2 Peralatan yang digunakan

3.5.1 Parameter sayur sawi

3.6.2 Rawatan secara rawak ke atas


16 pokok sawi.

VII
SENARAI RAJAH

NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.4.1 Carta alir proses pembuatan baja


Organik cecair

3.6.1 Carta alir reka bentuk eksperimen

VIII
SENARAI SIMBOL

Simbol

ml Militer
cm Sentimeter
L Liter
Kg Kilogram

IX
SENARAI SINGKATAN

EM Efektif Mikrob

CO2 Karbon dioksida

MSW Municipal Solid Waste

X
BAB 1
PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN
Sejak sekian lama penggunaan baja kimia digunapakai dalam pertanian secara
besar-besaran dan memberi kesan yang buruk kepada tanah seperti meninggikan asid
pada tanah serta mampu mengurangkan hasil pertanian,oleh itu penggunaan baja kimia
perlu dikurangkan dalam aktiviti pertanian dan bertukar kepada penggunaan baja
organik kerana baja organik adalah baja semulajadi yang dihasilkan menggunakan
bahan yang mengalami proses pereputan dan menghasilkan nutrien penting yang
diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan serta memberikan kebaikan kepada mikroorganisma
dalam tanah

1
1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Projek ini dijalankan kerana penghasilan baja organik menggunakan sisa-sisa


terbuang tidak begitu banyak digunakan pada masa kini sehinggakan sisa-sisa tersebut
dibuang begitu sahaja membuatkan pencemaran. Oleh sebab itu, projek ini dijalankan
adalah untuk menghasilkan baja organik daripada sisa-sisa agro agar dapat
menguruskan sisa-sisa tersebut dengan betul . Dengan adanya projek ini, produk dapat
dikembangkan lagi dengan menggunakan sisa-sisa agro yang terbuang dan dapat
menghasilkan baja organik yang diperbuat daripada 4 gabungan jenis sisa iaitu kulit
pisang, kulit telur, kulit udang dan gula merah. Hal ini demikian dapat menambah
kesuburan tanah tanpa meninggalkan kesan buruk kepada tanah. Selain itu, baja organik
bukan sahaja mesra alam tetapi juga mengandungi nutrien yang amat diperlukan oleh
tanah (Mutakhir (2019), 16650 Tan sisa makanan dibuang setiap hari).

Oleh itu, dengan gabungan 4 jenis bahan akan memberikan kesan yang baik ke atas
tanaman sawi. Hal ini kerana, kulit pisang menjadi salah satu alternatif bahan baja
organik yang murah dan mudah didapati. Bukan sahaja boleh menikmati buahnya yang
berkhasiat tetapi juga kulitnya yang diolah menjadi zat makanan kepada tanaman.Kulit
pisang juga sangat kaya dengan kalsium, magnesium, sulfur, potassium, fosphat dan
sodium. Kesemua bahan ini amatlah membantu kesuburan tanaman dari segi
pengeluaran akar yang banyak, pertumbuhan galak dan penghasilan bunga dan buah
yang tinggi (Aniza Pratiwi 2020).

Seterusnya, kulit telur pula kaya dengan kalsium yang berubah menjadi kalsium
karbonat dan berfungsi meningkatkan pertumbuhan tanaman. Kalsium penting untuk
membina ‘tulang’ yang sihat padan dinding sel tumbuhan. Kajian menunjukkan
kalsium dari kulit telur boleh mengurangkan keasidan tanah dan menjadikannya
medium yang baik untuk pertumbuhan optimum bagi tanaman. Disamping itu, kulit
udang juga sangat membantu mengeluarkan pucuk baru. Zat yang terkandung dalam
kulit udang iaitu kitosan menjadi baja semula jadi dalam membantu melawan jangkitan
fungus (Impiana (2017), Baja kitosan dari kulit udang).

2
Akhir sekali, gula merah juga membantu dalam proses tumbesaran tanaman. Ini
kerana gula merah mengandungi khasiat seperti vitamin B1, B2, B3, vitamin C, asam
folat, karbohidrat, kalsium, zat besi, protein, lemak, serat, kalium dan magnesium.

1.3 PENYATAAN MASALAH

Mengapa projek ini dipilih kerana,pada masa kini pengurangan penggunaan baja
organik sangatlah sedikit. Dengan menggunakan baja organik ini ia dapat
membekalkan nutrien yang diperlukan pada kadar yang lebih perlahan dan disebabkan
itu, pengguna lebih memilih menggunakan baja kimia kerana kesannya yang cepat
menyebabkan penggunaan baja organik berkurang. Oleh sebab itu, dengan penghasilan
baja organik yang berbentuk cecair akan mempercepatkan lagi penyerapan nutrien ke
dalam tanaman.

Seterusnya, pengurusan sisa yang tidak terkawal. Pembuangan sisa yang tidak
diuruskan dengan betul menyebabkan masalah seperti pencemaran bau dan sekaligus
akan menyebabkan persekitaran menjadi kotor. Oleh sebab itu, pengitaran semula sisa
untuk dijadikan baja organik dilakukan untuk mengurangkan kesan kepada kesihatan
dan persekitaran.

Selain itu, ketidaksuburan tanah jika menggunakan bahan kimia. Tanah yang berasid
disebabkan penggunaan baja kimia yang berlebihan mengakibatkan tanah kurang subur
dan menjejaskan tanaman. Justeru itu, penggunaan baja organik mampu meningkatkan
keupayaan tanah untuk menampung air dan nutrien dalam tanah dengan lebih cekap. Ia
juga memberi manfaat kepada cacing tanah dan hidupan mikrob yang bertindak
menjadikan tanah lebih subur.

3
1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Dengan menggunakan baja organik cecair ini, projek dapat menghasilkan baja
organik daripada sisa agro dan dapat membantu menguruskan sisa dengan betul. Proses
penghasilan baja organik ini menggunakan sisa agro sebagai bahan utama seperti kulit
telur, kulit pisang dan kulit udang. Oleh sebab itu, projek ini menyumbang kepada
pengurusan sisa dengan betul dan mampu mengawal masalah pembuangan sisa yang
tidak terkawal di masa hadapan. Isu semasa menyatakan bahawa sisa domestik yang
tidak diurus dengan baik mendatangkan masalah seperti pencemaran bau dan
pencemaran air lalu menimbulkan ketidaksenangan masyarakat sekeliling. Oleh itu,
penggunaan sisa dalam penghasilan baja organik ini memberi kesan yang baik dari segi
pengurusan sisa dengan menghasilkan sesuatu yang lebih berfaedah iaitu baja tanaman.

Seterusnya, baja organik cecair ini dapat membantu meningkatkan kesuburan tanah.
Baja organik semestinya dihasilkan menggunakan bahan organik dan memberi hasil
yang mesra alam tanpa meninggalkan kesan buruk kepada tanah . Justeru itu , baja
organik tidak merosakkan tanah para pengguna berbanding baja kimia yang
meninggalkan kesan buruk seperti menurunkan pH tanah dan mengakibatkan tanah
berasid . Selain itu , baja organik ini bukan sahaja mesra alam , ia juga mengandungi
nutrien yang diperlukan tanaman tanpa meninggalkan kesan negatif kepada tanah .

1.5 SKOP KAJIAN

a) Kajian ini hanya melibatkan penghasilan baja organik daripada sisa agro seperti kulit
pisang, kulit telur dan kulit udang.

b) Bahan yang digunakan daripada sumber bahan organik sahaja.

c) Menjalankan kajian baja organik daripada sisa agro di nurseri Politeknik Sandakan
Sabah ke atas tanaman sayur iaitu sawi.

4
1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

1. Untuk menggalakkan penggunaan baja organik

Para petani dapat mengetahui tentang kebaikan yang ada pada baja organik dan
kesan pengunaan baja organik ini terutamanya kepada hasil pertanian kerana dengan
menggunakan baja organik ini hasil pertanian akan bebas daripada bahan kimia dan
mudah untuk dipasarkan kerana kualitinya yang lebih terjamin.

2. Dapat mengetahui kebaikan yang ada pada baja organik.

Penggunaan baja organik diketahui lebih mesra alam kerana tidak memudaratkan
tanaman dan penggunaan baja organik ini juga tidak mencemarkan air bawah tanah
berbanding baja kimia yang mampu mencemarkan air bawah tanah.

3. Untuk membekalkan sumber nutrien yang mencukupi kepada tanaman.

Baja organik melepaskan nutrien secara perlahan-lahan dan sistematik. Baja


organik mengurai nutrien dalam tanah secara perlahan-lahan dan ini akan menjadikan
tanaman menerima nutrien semula jadi yang menggalakkan kesuburan dan
perkembangan tanah yang maksimum.

5
1.7 RUMUSAN

Penghasilan baja organik cecair ini melibatkan bahan-bahan daripada sisa buangan
organik seperti kulit telur, kulit udang dan kulit pisang dengan objektif kajian iaitu
menguruskan sisa pembuangan dengan betul agar dapat mengurangkan isu
pembuangan sisa yang tidak terkawal. Kajian ini juga bertujuan untuk menggalakkan
penggunaan baja organik berbanding baja kimia agar pencemaran tanah dapat
dikurangkan.

6
BAB 2
KAJIAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN BAJA ORGANIK

Menurut Yahaya dan Lau (2013) baja organik adalah sebatian baja yang
mengandungi satu atau lebih jenis bahan organik. Bahan-bahan tersebut adalah najis
haiwan, sayuran atau gabungan jenis kedua duanya sekali. Baja organik ini mempunyai
kesemua nutrien utama walaubagaimanapun dalam kuantiti yang lebih rendah daripada
baja kimia. Faktor utama penggunaan baja organik ialah keasidan tanah meningkat dan
tekstur tanah juga semakin merosot disebabkan oleh penggunaan baja kimia yang
berlebihan. Selain itu, pengurusan bahan buangan industri pertanian yang tidak
terkawal, terutamanya industri kelapa sawit. Bahan buangan daripada industri kelapa
sawit merupakan salah satu penyumbang terbesar kepada pencemaran alam sekitar dan
juga kos pengurusannya yang tinggi.

Menurut kajian oleh Marpaung (2014) baja organik mempunyai manfaat antaranya
dapat mendorong dan meningkatkan pembentukan klorofil daun sehingga dapat
meningkatkan kemampuan fotosintesis tanaman dan penyerapan nitrogen dari udara.
Selain itu, dapat meningkatkan daya tahan tanaman terhadap kekeringan dan serangan
patogen penyebab penyakit, merangsang pertumbuhan cabang serta meningkatkan
pembentukan buah dan bunga dan mengurangi daun gugur. Baja organik dibuat
daripada bahan berupa sisa ternakan, sisa industri, hormon tumbuhan dan bahan-bahan
alami lainnya yang diproses secara ilmiah dengan memanfaatkan mikroorganisme.

Hasil kajian Musnamanar (2006) baja organik berbentuk cecair mengandungi bahan
kimia rendah iaitu sebanyak 5%, baja tersebut dapat diaplikasikan ke atas tanaman
mahupun langsung ke tanah kerana baja berbentuk cecair mudah diaplikasikan dan
tidak menyebabkan kelebihan kapasiti baja. Baja berbentuk cecair mampu larut 100%
sehingga tidak menyebabkan konsentrasi baja yang berlebihan pada suatu tempat. Baja
organik cair dapat mengatasi difesiensi nutrien secara cepat.

7
2.2 SISA AGRO

Sisa agro ditakrifkan sebagai sisa atau sampah yang tidak diingini daripada hasil
aktiviti pertanian seperti kulit buah-buahan , daun-daun kering, sisa dari ladang dan
lain-lain yang berkait dengan bidang agro . Sisa pertanian juga adalah bahan yang
dilupuskan kerana tidak digunakan lagi ataupun tidak mempunyai sebarang nilai dari
segi ekonomi hasil daripada aktiviti manusia dan juga haiwan. akan tetapi, sisa ini boleh
diproses dan digunakan semula seperti fokus kajian ini iaitu menghasilkan baja
daripada sisa-sisa agro . Pembuangan sisa-sisa agro mempunyai pelbagai jenis kesan
kepada persekitaran dan ekonomi ,oleh sebab itu pentingnya pengawalan sisa-sisa
buangan . Sisa pertanian, seperti tongkol jagung, sekam padi, jerami padi dan jerami
gandum, adalah kira-kira 2 bilion tan di seluruh dunia. Sampah hutan berjumlah kira-
kira 0.2 bilion m3, MSW 1.7 bilion tan dan sisa industri 9.1 bilion tan. Oleh sebab itu,
pengawalan sisa amat penting lalu menyebabkan fokus kajian ini penting untuk
mengurangkan kesan pembuangan sisa dengan menghasilkan baja organik daripada
sisa tersebut.

Sisa-sisa buangan mempunyai nilai tersendiri biarpun berbentuk sisa kerana


terdapat fungsi lain untuk ia digunakan contohnya kulit buah-buahan masih mempunyai
pelbagai jenis nutrisi jika diproses menjadi baja untuk tanaman . Dengan mengumpul
sisa-sisa agro tertentu, penghasilan baja organik mampu dilakukan manakala masalah
pembuangan sisa berlebihan pula mampu dikurangkan. Hal ini menyebabkan sisa sisa
agro yang dibuang dapat dikitar semula untuk kepentingan tertentu.

8
2.3 KULIT TELUR

Menurut kajian oleh Tashandra (2019) telur merupakan makanan sumber protein
utama kepada manusia kerana ia mengandungi 11 vitamin dan nutrisi yang berbeza
antaranya ialah vitamin B2, vitamin D, vitamin E, vitamin B5, vitamin B12 dan
sebagainya. Bukan itu sahaja, kulit telur juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri
iaitu kalsium yang berubah menjadi kalsium karbonat dan berfungsi meningkatkan
pertumbuhan tanaman. Ianya juga penting dalam membina tulang yang sihat pada
dinding sel tumbuhan. Kajian menunjukkan bahawa kalsium dari kulit telur boleh
mengurangkan keasidan tanah dan menjadikannya medium yang baik untuk
pertumbuhan optimum bagi tanaman.

Menurut kajian oleh Aditya (2014) kulit telur termasuk dalam sampah organik
yang belum dikelola dengan baik. Sebesar 0.121% adalah kandungan kulit telur yang
terdiri dari kalium 8.977% adalah kalsium 0.394% fosforus dan 10.541% adalah
magnesium. Kulit telur yang mengandungi kalsium ini sangat besar dan dapat
dimanfaatkan sebagai baja organik bagi tanaman. Selain daripada fosforus dan kalium,
unsur nitrogen juga merupakan unsur penting yang dapat membantu dalam
pertumbuhan tanaman. Selain itu, N juga sangat diperlukan untuk pembentukan atau
pertumbuhan bahagian vegetatif tanaman seperti daun, batang dan akar. Penggabungan
dari ketiga-tiga bahan tersebut dapat menambahkan kandungan unsur hara N, P dan K
yang tinggi pada baja cecair untuk pertumbuhan tanaman.

9
2.4 KULIT PISANG

Menurut kajian oleh Amallina (2020) kulit pisang mempunyai banyak khasiat
antaranya kalsium, magnesium, sulfur, potassium, fosphat dan sodium. Kesemua bahan
ini amat penting buat kesuburan tanaman dari segi pengeluaran akar yang banyak,
pertumbuhan galak dan penghasilan bunga dan buah yang tinggi. Disamping itu, kulit
pisang antara elemen yang mudah terbiodegrasi iaitu dapat diuraikan atau direputkan
melalui tindakan biologi oleh mikroorganisma seperti bakteria.

Menurut kajian oleh Siboro (2012) kulit pisang dimanfaatkan sebagai baja cecair
organik lebih baik. Hal ini disebabkan baja cecair organik memiliki beberapa kelebihan
iaitu diaplikasikan dengan lebih mudah, unsur nutrien dalam baja cecair mudah diserap
tanaman, mengandungi banyak mikroorganisma, mengatasi kekurangan nutrien,
nutrien mampu dihasilkan dengan cepat.

10
2.5 KULIT UDANG

Kajian yang dijalankan ini melibatkan kulit udang daripada udang litopenaeus
vannamei atau lebih dikenali sebagai udang putih iaitu spesies haiwan yang berasal dari
perairan Amerika Tengah dan Selatan seperti Ekuador, Venezuela, Panama, Brazil dan
Mexico. Udang putih ini memiliki beberapa kelebihan antaranya ialah mempunyai daya
tahan yang cukup baik terhadap penyakit serta jangka pertumbuhannya yang cepat.

Menurut kajian oleh Aan (2017) kulit udang mempunyai kitin dan kitosan yang
banyak digunakan dalam industri pertanian. Kitosan diperbuat daripada cangkerang
hidupan laut atau dikenali dengan nama Crustaceans seperti kerang-kerangan, udang
dan ketam. Kitosan ini memberikan banyak kebaikan kepada tanaman kita salah
satunya boleh dijadikan baja semulajadi kerana tumbuhan menyerap zat nutrien tanpa
unsur baja kimia yang lain. Disamping itu, kitosan juga mampu merawat tumbuhan dari
segi benih dan racun perosak bio untuk membantu tumbuhan dalam melawan penyakit
jangkitan kulat.

Menurut Qistina Irdina (2016) kitosan ini amat membantu tanaman dengan cara
melindungi tanaman dari diserang perosak dan penyakit. ini kerana badan serangga dan
kulit telur serangga yang mempunyai banyak kitin akan dimusnahkan oleh bakteria
pemakan kitin yang terhasil daripada baja yang mempunyai kitosan. Disamping itu, ia
juga sesuai digunakan untuk penanaman sayur dan buah buahan kerana bahan yang
digunakan adalah 100% daripada bahan organik sahaja. Selain itu, kitosan ini juga
membantu tanah menyerap nutrien secara semulajadi dengan cekap dan berkesan. Hal
ini menggalakan aktiviti mikrob dalam tanah.

11
2.6 GULA MERAH

Menurut ( Romatech agro, 2013 ) Gula merah atau nama lainnya molasses
banyak digunakan didalam sektor pertanian dan perternakan. Ia merupakan sumber
energi utama dan merupakan hasil utama dalam pengolahan gula. Molasses yang
diperbuat daripada tebu mengandungi 25-40% sukrosa, protien sekitar 3% dan abu yang
dikisar antara 8-10%. Ianya terdiri daripada K,CA,CL dan GARAM SULFAT.
Molasses atau gula merah merupakan sumber mineral yang terbaik walaupun umunya
ia mengandungi kandungan vitamin yang rendah. Kandungan air yang digunakan
secara komersial dalam sekitar 25%. Brix (molasses brix) adalah istilah yang digunakan
sekarang untuk menunjukan komposis molasses. Brix dapat mengambarkan angka yang
digunakan untuk mengindikasikan peratusan gula dalam larutan sukrosa. Dalam
kandungan molasses yang sangat bervariasi masalah akan dapat dihadapi. Jenis
tebu,umur,kualiti tebu,kesuburan tebu,cara penuaian dan proses pengolahan sangat
berpengaruh terhadap pertanian. Dalam kandungan molasses, molasses dapat
digunakan bersama dengan EM (effective microb) dalam pertanian yang bertujuan
untuk meningkatkan aktiviti mikrob. Mikrob yang telah aktif bersama molasses akan
bertindak sebagai agen untuk merenjatkan pembiakan bakteria jahat serta dapat
meningkatkan populasi bakteria baik. Selain itu, ia juga berfungsi sebagai baja siraman
untuk membekalkan nutrien tambahan yang diperlukan.

Apabila gula merah masuk kedalam tanah,ia akan dipecahkan menjadi fruktosa dan
glukosa. Tetapi disini glukosa sangat penting dalam penanaman kerana glukosa adalah
penggerak berlakunya banyak proses,khususnya pemakanan dan pernafasan. Selain itu,
dengan wujudnya karbon dioksida, glukosa akan menjadi bahan untuk membina
molekul organik kompleks. Akar akan mereput jika berlakunya kekurangan karbon
dioksida (CO2) di dalam tanah. Oleh sebab itu, berlakunya kerjasama bersama efektif
mikrob (EM) agar dapat memberikan penbebasan karbon dioksida daripada penguraian
bahan organik.

12
2.7 SAWI (BAK CHOY)

Sawi putih atau lebih dikenali sebagai sayur bok choy adalah sejenis sayuran
berdaun dari keluarga Cruciferae dengan nama saintifik Brassica rapa subsp chinensis.
Berasal daripada China, sayuran sejenis kobis ini telah pun ditanam oleh rakyat China
melebihi 5,000 tahun yang lalu tetapi kini ditanam diseluruh dunia sehingga kini. Sawi
bok choy kelihatan seperti sayur saderi tetapi berbeza dengan daun hijau gelap di atas
dan tangkai putih tebal sayur ini mudah dibezakan daripada sayuran yang lain. Dari
segi rasa pula, daun hijau bok choy mempunyai rasa pahit ringan seperti sayur bayam
manakala batang putih sayuran tersebut mempunyai sifat rangup dan segar. Sawi putih
yang bersaiz 6 hingga 24 inci ini pula mudah ditanam kerana tumbuh dengan cepat,
mudah dijaga dan tidak memerlukan baja yang berlebihan lalu menyebabkan sayuran
ini mudah didapati dimana-mana sahaja.

Menurut kajian Natalie B. (2018) sayur bak choy ini mempunyai pelbagai nutrisi
yang baik seperti vitamin C dan vitamin E. Selain penuh dengan pelbagai kebaikan ,
sayuran ini juga mengandungi kalori rendah lalu sesuai untuk dijadikan makanan diet.
Kajian menunjukkan bahawa memakan bak choy mampu menghalang pemakan
daripada menghidapi pelbagai penyakit dan juga kanser seperti kanser peparu , prostat
dan kolon . Hal ini disebabkan kandungan folat yang tinggi dalam sayuran tersebut ,
folat adalah sejenis nutrisi yang membantu DNA untuk kembali pulih ataupun
mengelakkan DNA daripada mengalami kerosakan yang mampu mengakibatkan kanser
pada badan. Oleh sebab itu , sayur bak choy ini memerlukan kandungan N,P dan K
yang mencukupi agar tanaman tersebut tumbuh dengan nutrisi yang lengkap untuk
pengguna. Kajian yang dijalankan fokus kepada membekalkan sayuran tersebut dengan
N, P dan K dengan menggunakan baja organik yang diperbuat daripada sisa agro yang
mampu membekalkan nutrisi yang diperlukan oleh tanaman.

13
2.8 RUMUSAN

Fokus kajian ini kepada penggunaan bahan bahan sisa buangan bukan sahaja
untuk mengelakkan pencemaran sisa buangan daripada berlaku malah penggunaan
sisa buangan juga memberikan kebaikan lain seperti nutrien yang terkandung dalam
bahan bahan tersebut. Setiap sisa bahan buangan organik mempunyai nutrien
tersendiri seperti 11 jenis vitamin yang terkandung dalam protein kulit telur manakala
kulit udang mengandungi kitosan yang mampu melindungi tanaman daripada
dijangkiti penyakit. Seterusnya, penggunaan bahan seperti kulit pisang yang
mengandungi kalsium, magnesium, sulfur, potassium, fosphat dan sodium yang
diperlukan untuk tanaman. Pemilihan bahan-bahan dalam projek ini pula fokus
kepada nutrien yang diperlukan untuk sawi bak choy kerana sayuran jenis ini mudah
ditanam oleh kerana itu, galakkan penggunaan baja organik pula akan lebih luas.

14
BAB 3
METODOLOGI

3.1 PENGENALAN

Pelaksanaan projek adalah satu kaedah yang dijalankan dimana ia memudahkan


kerja-kerja yang dilakukan mengikut objektif yang telah diberikan. Seterusnya, dengan
adanya pelaksanaan projek ini ia dapat membantu untuk memahami perjalanan proses
pembuatan baja organik cecair tersebut dengan lebih terperinci dari peringkat pertama
sehingga ia selesai dan menerangkan bahan dan peralatan yang digunakan dalam
melaksanakan projek untuk mencipta baja organik cecair ini. Selain itu, ia juga
menerangkan bagaimana baja organik cecair dihasilkan dan seterusnya dapat menguji
keberkesanan baja tersebut.

15
3.2 CARTA ALIR

MULA

PENYEDIAAN BAHAN

PEMPROSESAN BAJA

PROSES PENANAMAN

TIDAK
PENGUJIAN
PRODUK

YA

PENGUMPULAN DATA

KEPUTUSAN

AKHIR

16
3.3 BAHAN DAN PERALATAN

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat baja organik cecair adalah kulit
pisang, kulit telur, kulit udang, gula merah, biji benih sawi dan juga tanah.

JADUAL 3.1 BAHAN YANG DIPERLUKAN

BIL. BAHAN YANG DIPERLUKAN KUANTITI


UNTUK MEMBUAT BAJA

1. Kulit pisang 700gram

2. Kulit telur 100gram

3. Kulit udang 200gram

4. Gula merah 1kg

5. Biji benih sawi 1 bungkus

6. Tanah 5kg

Peralatan yang digunakan semasa membuat baja organik cecair adalah polibeg untuk
menanam pokok sawi, penapis untuk menapis sisa-sisa agro setelah dikisarkan,
penyedok digunakan untuk menyedok tanah masuk kedalam polibeg, sudu untuk
mengacau sisa-sisa yang telah dikisar didalam baldi agar sebati, pengisar digunakan
untuk mengisar sisa-sisa agro, penyiram digunakanuntuk menyiram sayur yang telah
ditanam, dulang semaian digunakan untuk menyemai biji benih sawi dan baldi
digunakan untuk menyimpan sisa-sisa agro yang telah dikisar.

JADUAL 3.2 Peralatan yang digunakan dalam kajian

BIL. PERALATAN YANG KEGUNAAN


DIGUNAKAN

1. Digunakan untuk menanam pokok


sawi.

15
Polibeg

2. Digunakan untuk menapis sisa-sisa


yang ada pada baja cecair organik.

Penapis

3. Digunakan untuk menyedok tanah.

Penyedok

4. Untuk mengacau sisa didalam baldi


agar semua sisa sebati.

Sudu

5. Untuk mengisar sisa kulit pisang,sisa


kulit telur, sisa kulit udang.

Pengisar

16
6. Untuk menyiram tanaman.

Penyiram

7. Untuk menyemai biji benih sawi.

Dulang semaian

8. Untuk penyimpanan sisa organik.

Baldi

17
3.4 PROSES PEMBUATAN

Proses pembuatan baja organik cecair adalah pertama kesemua bahan-bahan


seperti kulit pisang, kulit udang,dan kulit telur dikisar sehingga hancur. Kemudian
dimasukkan ke dalam baldi dan digaulkan sehingga sebati. Selepas itu, bahan-bahan
yang telah dikisar dimasukkan ke dalam botol besar sebesar 1.5 L. Botol tersebut
ditutup dengan rapat menggunakan kain kasar agar tiada serangga masuk. Bahan-
bahan tersebut diperam dalam masa 20 hari. Selepas 20 hari, tuang bahan-bahan
tersebut kedalam baldi dengan menggunakan penapis dan hasil tersebut telah siap dan
boleh digunakan ke atas tanaman.

Kisar kesemua bahan-


Tutup rapat dengan kain
bahan ke dalam pengisar. Selepas itu, masukkan ke kasar agar tiada serangga
Kemudian masukkan ke dalam botol besar. (1.5L) masuk.
dalam bekas dan gaul
dengan rata.

Selepas itu, tapis cecair Hasil tersebut boleh


Peram lebih kurang dalam dengan menggunakan digunakan ke atas
20 hari. penapis hasil daripada tanaman.
peraman itu.

RAJAH 3.4.1 Carta Alir Proses Pembuatan Baja Organik Cecair

18
3.5 PARAMETER

Sawi merupakan sayuran yang banyak ditanam dan dijual di pasar harian,
pasaraya atau kedai runcit dalam bentuk yang telah diikat dan ditimbang. Sawi
merupakan tanaman yang mudah ditanam dan ianya mempunyai tempoh penanaman
yang pendek kira kira 30 hari selepas penanaman. Jadual 3 menunjukkan parameter
sayur sawi yang perlu diambil kira sebelum dan selepas dituai menggunakan alat yang
sesuai. Antara parameter yang diambil setiap minggu sebelum dituai seperti kelebaran
daun, ketinggian sawi, dan ukur lilit (batang). Manakala parameter yang diambil
selepas dituai adalah kepanjangan akar dan berat sawi.

JADUAL 3.5 Menunjukkan Parameter Sayur Sawi

Bil. Perkara Alat untuk Parameter


mengukur
1. Kelebaran Daun (cm) Pembaris

2. Kepanjangan Akar (cm) Pembaris

3. Ketinggian Sawi (cm) Pembaris

4. Ukur Lilit (Batang) (cm) Benang dan pembaris

5. Berat Sawi (kg) Penimbang

19
3.6 REKA BENTUK EKSPERIMEN

Reka bentuk eksperimen ini menerangkan tentang sawi yang diberikan rawatan
secara rawak iaitu rawatan A dan rawatan B. Rawatan A diberikan baja organik
cecair manakala rawatan B tidak diberi baja organik cecair.Setiap rawatan ada 4
pokok jadi keseluruhan ada 16 pokok. Rawatan 1 tidak menggunakan sebarang baja
ke atas pokok, rawatan 2 pokok sawi diberikan baja organik cecair dengan semburan
35ml, rawatan 3 pokok sawi disembur dengan 50ml baja organik cecair dan rawatan 4
sayur sawi diberikan 100ml semburan baja. Baja akan disembur dalam seminggu
sekali sahaja. Cara susunan rawatan tersebut secara rawak.

Memberi rawatan kepada tanaman secara


rawak

Rawatan 1 Rawatan 2 Rawatan 3


Rawatan 4

Sayur sawi (Bak Sayur sawi (Bak Sayur sawi (Bak Sayur sawi (Bak
choy):Tidak choy):Diberi baja choy):Diberi baja choy): Diberi
diberi baja organik cecair organik cecair baja organik
organik cecair sebanyak 35ml sebanyak 50ml cecair sebanyak
100ml

Bandingkan rawatan 1,2,3 dan 4

RAJAH 3.6.1 Carta Alir Reka Bentuk Eksperimen

20
T1 T2 T3 T4
R1 R2 R3 R4

T4 T3 T2 T1
R1 R2 R3 R4

T3 T1 T4 T2
R4 R3 R2 R1

T2 T4 T1 T3
R4 R3 R2 R1

3.6.2 Rawatan Secara Rawak Keatas 16 Pokok Sawi

T : Tanaman

R : Rawatan

R1 : Tanpa baja

R2 : Minimum 35ml

R3 : Optimum 50ml

R4 : Maximum 100ml

3.7 JANGKAAN PROJEK

Jangkaan yang dapat dihasilkan pada tanaman sayur sawi (bak choy)
dengan menggunakan baja organik cecair adalah dijangka akan tumbuh
dengan subur dan sihat seperti yang diharapkan kerana dengan
menggunakan baja cecair ini tanaman dapat menyerap baja organik dengan
lebih cepat.

21
3.8 RUMUSAN

Proses pembuatan baja organik ini memerlukan pelbagai jenis alatan yang sesuai
mengikut situasi penyediaan seperti pengisar bagi mengisar bahan bahan agar baja yang
diproses akan menjadi dalam keadaan cecair. Antaranya adalah penapis untuk menapis
sisa ketulan yang besar dan baldi digunakan untuk menyimpan sisa ketulan selepas
ditapis. Dulang semaian pula digunakan untuk menyemai benih sawi serta penyiram
digunakan untuk menyiram tanaman sawi. Manakala, penanaman sawi ini dibahagikan
kepada dua jenis rawatan di mana 8 sawi yang pertama diletakkan baja organik cecair
dan 8 pokok seterusnya tidak diletakkan baja. Rawatan ini dilakukan untuk membuat
perbandingan diantara tanaman yang mempunyai baja dan tidak mempunyai baja.

22
BAB 4
DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

4.1 PENDAHULUAN
Bahagian ini akan memberikan gambaran menyeluruh secara ringkas mengenai projek
yang dilakukan dan membuat kesimpulan tentang hasil keputusan yang dicatat. Pada
bab ini akan diterangkan secara terperinci analisis data yang telah dilakukan dan
dapatan yang diperolehi daripada kajian yang telah dijalankan. Bab ini mengandungi
dapatan kajian yang diperoleh.

4.2 DAPATAN KAJIAN


T1 R1 T2 R1 T3 R1 T4 R1
KELEBARAN 4.5 CM 0 4.5 CM 4.5 CM
DAUN (CM)
KEPANJANGAN 12 CM 0 7 CM 8 CM
AKAR (CM)
KETINGGIAN 14 CM 0 15 CM 14.8 CM
SAWI (CM)
UKUR LILIT 0.7 CM 0 0.8 CM 0.6 CM
BATANG (CM)
BERAT SAWI 0.005 KG 0 0.005 KG 0.005 KG
(KG)

T1 R2 T2 R2 T3 R2 T4 R2
KELEBARAN 5.1 CM 4.5 CM 6.3 CM 7 CM
DAUN (CM)
KEPANJANGAN 6.6 CM 8.4 CM 15.9 CM 10.4 CM
AKAR (CM)
KETINGGIAN 17.4 CM 7 CM 14.5 CM 15 CM
SAWI (CM)
UKUR LILIT 1.2 CM 2 CM 1.3 CM 1.8 CM
BATANG (CM)
BERAT SAWI 0.005 KG 0.007 KG 0.017 KG 0.014 KG
(KG)

23
T1 R3 T2 R3 T3 R3 T4 R3
KELEBARAN 4.8 CM 5 CM 5.7 CM 4.7 CM
DAUN (CM)
KEPANJANGAN 17.2 CM 11 CM 8.5 CM 14.7 CM
AKAR (CM)
KETINGGIAN 14.5 CM 12.7 CM 16.8 CM 14.5 CM
SAWI (CM)
UKUR LILIT 1.4 CM 1.4 CM 1.7 CM 1.3 CM
BATANG (CM)
BERAT SAWI 0.013 KG 0.007 KG 0.013 KG 0.012 KG
(KG)

T1 R4 T2 R4 T3 R4 T4 R4
KELEBARAN 5.3 CM 5.6 CM 4.7 CM 6.1 CM
DAUN (CM)
KEPANJANGAN 10 CM 7.5 CM 9 CM 12.8 CM
AKAR (CM)
KETINGGIAN 15.1 CM 15.4 CM 13 CM 14.6 CM
SAWI (CM)
UKUR LILIT 1.5 CM 1.7 CM 1.4 CM 2 CM
BATANG (CM)
BERAT SAWI 0.010 KG 0.011 KG 0.008 KG 0.017 KG
(KG)

4.3 PERBINCANGAN
Terdapat 4 jenis rawatan yang dilakukan, dalam rawatan 1 tidak disemburkan
sebarang baja dan hanya disiram baja, manakala di dalam rawatan 2, 3, dan 4
diberikan baja dengan sukatan yang berbeza. Dalam rawatan 2 disembur baja cecair
organik sebanyak 35ml , dalam rawatan 3 disembur baja sebanyak 50ml dan dalam
rawatan 4 pokok disembur baja sebanyk 100ml. Untuk perbandingan dalam rawatan
1 tanaman 3 lebih besar, dalam rawatan 2 pula tanaman 4 lebih besar, dalam rawatan
3 tanaman 3 lebih besar dan dalam rawatan 4 tanaman 4 lebih besar antara semua
dan tanaman yang membesar dengan lebih cepat adalah dalam rawatan 4. Tanaman
yang terbaik adalah tanaman yang mendapat rawatan 4 kerana mendapat lebih
banyak baja dan nutrien yang mencukupi antara semua tanaman serta pertumbuhan
yang memberangsangkan.

4.4 RUMUSAN
Melalui projek bab ini, penyelidikan membincangkan serba sedikit tentang
keberkesanan baja keatas tanaman sayur sawi (Bak Choy). Semua keterangan diatas
adalah bertujuan untuk memenuhi prospek kajian penyelidikan mengenai tahap
pengetahuan penyelidik tentang keberkesanan yang diperolehi.

24
BAB 5
KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 PENDAHULUAN
Bahagian ini akan memberikan gambaran keseluruhan secara ringkas mengenai kajian
yang dilakukan dan membuat kesimpulan serta cadangan untuk penambahbaikan
dalam projek ini agar dapat memperbaiki kekangan yang dihadapi.

5.2 KESIMPULAN
Bahagian ini akan memberikan gambaran menyeluruh secara ringkas mengenai projek
yang dilakukan dan membuat kesimpulan tentang kekangan yang dihadapi oleh
pengkaji.

5.3 CADANGAN

Oleh kerana sisa-sisa agro pada masa kini tidak diuruskan dengan baik, maka ia
menyebabkan berlakunya pencemaran yang tidak dapat dikawal. Oleh sebab itu,
adalah lebih baik jika sisa-sisa agro itu dikumpul dan digunakan untuk memproses
baja organik yang boleh digunakan ke atas tanaman seperti sawi.

5.4 LIMITASI KAJIAN


Dalam perlaksanaan projek ini, terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh
pengkaji. Masalah utamanya adalah mencari sisa-sisa agro yang diperlukan. Pencarian
sisa-sisa agro ini tidaklah mudah kerana pada zaman kini, manusia tidak lagi
mengumpulkan sisa-sisa dengan baik malah membuang sisa tersebut begitu sahaja
tanpa fikir kebaikannya. Selain itu, kekangan lain yang dihadapi pula adalah
disebabkan pandemik yang berlaku di negara Malaysia. Hal ini menyebabkan
penyediaan bahan-bahan sukar untuk dicari kerana banyak pasar raya yang diarahkan
tutup.

25
5.5 RUMUSAN
Melalui projek bab ini, penyelidik membincangkan serba sedikit kekangan yang
dihadapi seperti sukar mendapatkan sisa-sisa agro. Semua keterangan diatas adalah
bertujuan bagi memenuhi prospek kajian penyelidik mengenai tahap pengetahuan
penyelidk tentang kekangan yang dihadapi.

26
RUJUKAN

Tutsoy,O.,Barkana D. E.,&Tugal,H. (2018) Design of a completely model free adaptive control


in the presence of parametric, non-parametric uncertainties and random control signal
delay .ISAT ransactions ,76,67–77.

Effect of Nitrogen Fertilizer and Organic Fertilizer again st Physical Properties of Corn
Starch Local Manado Yellow. (2018). International Journal of Chem Tech Research.
Published.

Waste Management Referees–2008.(2009).Waste Management, 29(1), 490–497.

Herliati, H., Sefaniyah, S., & Indri, A. (2019). Pemanfaatan kulit pisang. Jurnal
Teknologi,6(1),1–10.

Fletcher, A. J. (2016). Applying critical realism in qualitative research:methodology meets


method. International Journal of Social Research Methodology,20(2),181–194.

Vimala P, Iilias MK, Salbiah H.(2001), Yield responses of vegetables to organic fertilizer, Journal of
Tropical Agriculture and Food Science 29, 17-28.

Mustakim N.S., Ramli M.W., & Weng C.N.(2019), The community awareness towards river pollution
issue in Sungai Pinang, Pulau Pinang, Geografia-Malaysian Journal of Society and Space 15(3).

Ali H., Dermawan D., Ibrahim M., & Yaacob S.(2017), Society and the practice of solid waste,
Geografia-Malaysian Journal of Society and Space 8(5).

Merdu J.A., Er AC., Samsudin S., & Maizan N.(2020), Kajian perbandingan bagi penanaman organik dan
konvensional di Cameran Highlands, Pahang, Journal of Society Science Advanced Research 1(2),
43-60

Kothari, R., Verma, S., & Tyagi, V. V. (2012). Role of Various Vermi composting Parameters in Green
Sustainable Approach. In A. Singh, R. P (Ed). Organic Fertilizer: Types, production and
environmental impact (85-96). Nova Science Publisher

27
LAMPIRAN

28

Anda mungkin juga menyukai