Anda di halaman 1dari 4

Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia

(RAPID)
Pelaburan terbesar industri hiliran PETRONAS di Malaysia, dengankos pelaburan
sebanyak RM27 billion dan meliputi kawasan seluas 6,239 ekar di Pengerang, Johor.
Kompleks Bersepadu Pengerang, Petronas (PIC) membentuk sebahagian besar dari
Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC). Projek PETRONAS's PIC direka
untuk pembahagian produk petrokimia premium untuk pasaran tempatan dan juga
untuk menampung produk dan komoditi tenaga berasaskan petrokimia untuk lagi 20
tahun. Ia juga akan mematuhi kehendak kerajaan dalam melaksanakan Euro 5. PIC
terdiri dari projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia
(RAPID) dan 6 kemudahan sokongan. Proses penapisan minyak yang pertama
dijangka akan bermula pada 2019

RAPID

Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia atau lebih dikenali


dengan RAPID adalah Projek di bawah Perbadanan Petrokimia dan Penapisan
Minyak PETRONAS (PRPC).

Proses penapisan dan penguraian minyak akan menyediakan bekalan kepada loji
petrokimia. Loji penapisan tersebut mempunyai kapasiti sebanyak 300,000 tong
sehari (lebih kurang 47 juta liter sehari anggaran) dan loji penguraian wap minyak
akan mempunyai kapasiti pengeluaran sebanyak 3 juta tan setahun produk
(Ethylene, Propylene dan C4 - C6 olefins).

Rapid disokong oleh 6 kemudahan sokongan untuk samada membekalkan tenaga,


penerimaan produk, belakan bahan mentah. Ia adalah ;-
1. PCP & PTL (Pengerang Co-Generation Plant)

2. PDT2 (Pengerang Deepwater Terminal 2)


3. UF (Centralised & Shared Utilities & Facilities
4. PAMER (Projek Air Mentah RAPID)
5. RGT2 & PGP (Re-Gasification Terrminal 2)
6. ASU (Air Separation Unit)
Loji Kojana Pengerang (PCP)

Loji kojana Pengerang, atau lebih dikenali dengan nama PCP adalah projek dibawah
Pengerang Power Sdn. Bhd., dimiliki sepenuhnya oleh Petronas Power Sdn. Bhd.

PCP adalah satu dari 6 kemudahan sokongan dibangunkan dalam kawasan Kompleks
tersebut. Apabila siap kelak, PCP mampu menjana keseluruhan kompleks dengan
menjana kuasa elektrik sebanyak 1,220 Megawat. (hampir menyamai loji janakuasa
Lumut dan Jimah - Wikipedia) dan juga menyediakan bekalan stim tanpa henti
sebanyak 1,480 tan sejam untuk kegunaan loji didalam komplek.
PDT2 (Terminal Laut Dalam Pengerang)

Ini adalah projek dibawah Pengerang Terminal (two) Sdn. Bhd. (PT2SB), satu
usahasama diantara Dialog Equity (Two) Sdn. Bhd., PRPC Utilities & Facilities Sdn.
Bhd., Vopak Terminal Pengerang BV and Setiausaha Negeri, Johor (Incorporated).

PT2SB, akan mengambil tanggungjawab untuk membangunkan, membina dan


operasi kemudahan tersebut untuk mengendali, menyimpan dan mengedarkan
minyak mentah, petroleum, bahan kimia dan stok suapan petrokimia, produk dan
produk sampingan dari dan kepada kompleks RAPID. Kemudahan penyimpanan akan
mempunyai kapasiti kira-kira 1.7 juta meter padu dan jeti laut dalam sebanyak 11
dermaga kapal.
(UF) Kemudahan dan Utility Berpusat.

Utiliti, pembangunan tapak dan kemudahan fasiliti diperlukan oleh kompleks akan
disediakan oleh PETRONAS Refinery & Petrochemical Corporation Utilities &
Facilities (PRPC UF) Sdn. Bhd., anak syarikat di bawah kumpulan PETRONAS. Asas
projek UF adalah mengambilkira keperluan keseluruhan kompleks.

PAMER (Projek Air Mentah RAPID)

PAMER adalah dibawah seliaan PETRONAS Refinery & Petrochemical Corporation


Water (PRPC Water). Oleh kerana kapasiti yang tidak mencukupi jika bekalan air
terawat diambil dari sumber air berdekatan, Negeri Johor akan membina kemudahan
baru yang akan membawa air dari Sungai Sedili Besar, yang terletak 80km di utara
kompleks.

Skema bekalan air mentah ini termasuklah pembinaan stesyen slaur masuk di Sg.
Sedili Besar, empangan dan stesyen pam penggalak (booster pump) di Sg. Seluyut,
takungan air di Bukit Panjang dan paip air sepanjang 88km.

Pada Mac 2013, Kerajaan Johor telah menyerahkan perlaksanaan PAMER ke


PETRONAS. Keseluruhan skema ke kompleks akan berjalan dalam 2 fasa.

Fasa 1: Dikenali sebagai PAMER, melibatkan pembinaan dan pemasangan


kemudahan untuk membekal 230 juta liter sehari bekalan air mentah untuk RAPID
dan 30 juta liter sehari untuk kegunaan negeri. Fasa 1 juga termasuk pembinaan
infrastruktur dan fasiliti dan perolehan tanah (land acquisition) untuk keperluan Fasa
2.
Fasa 2 : Melibatkan pemasangan fasiliti tambahan untuk membekalkan 260 juta liter
sehari bekalan air mentah ke pengguna masa depan kompleks dan juga keperluan
negeri. Fasa 2 akan diambilalih oleh bahagian lain.

Projek yang melibatkan pembekalan 230 juta liter air mentah sehari ke RAPID terdiri
dari pembinaan dan pemasangan fasiliti-fasiliti berikut :-

Kerja-kerja salur masuk ; Salur masuk, stesyen pam air mentah, kolam tadahan banjir,
stesyen suis dan transformer terletak di Sungai Sedili Besar, kira-kira 80km utara
kompleks.

Empangan Seluyut ; Empangan utama, empangan tambahan, bangunan pentadbiran,


rumah pam, stesyen suis, store dan kira-kira 1,007 hektar kawasan sekeliling. Kapasiti
anggaran, simpanan selama 8 bulan (berdasarkan 260 juta liter sehari.)

Stesyen Pam Penggalak; Stesyen pam, stesyen generator, stesyen suis dan
transformer.

Takungan terminal; takungan konkrit, rumah suis dan substation. Anggaran kapasiti ;
12 jam simpanan

Bekalan air mentah :


1. 19km paip dari salur masuk Sedili Besar ke Empangan Seluyut.
2. 56km paip berkembar dari Pam Stesyen penggalak ke Takungan Bukit Panjang.
3. 13km paip berkembar dari Takungan Bukit Panjang ke sempadan RAPID.

RGT2 (Terminal Regas 2)

Projek Terminal Regas 2 adalah dibawah seliaan PETRONAS Gas Berhad (PGB).
Objektif projek RGT2 adalah menyediakan bekalan gas utama ke RAPID, PCP dan
grid Peninsular Gas Utilisation (PGU) untuk memastikan bekalan gas yang mencukupi
ke seluruh negara.

Terminal tersebut akan menyediakan kemudahan memunggah dan menaikkan LNG,


mengendali dan regasifikasi. Loji ini mempunyai kapasiti 3.5 juta tan setahun dan akan
dihubungkan ke ke PGU menggunakan paip gas pengerang (PGP).
(ASU) Unit Pemisahan Udara

Sebuah projek dibawah PETRONAS Gas Berhad (PGB). Loji ASU memisahkan udara
kepada komponen utamanya (Oksigen dan Nitrogen) menggunakan penyulingan
pemeringkatan kriogenik pada suhu yang cukup rendah (-196 darjah celcius). ASU
juga menghasilkan bahagian gas cecair untuk disimpan sebagai bekalan simpanan.
ASU mengandungi 2 ASU train (2 x 50%) dengan kapasiti 1,600 tan sehari dan 1,800
tan sehari penghasilan Nitrogen. ASU menyediakan gas industri ke kompleks pada
kapasiti 1,584 tan sehari oksigen dan 1,370 tan sehari Nitrogen.
Info-info ini diambil dan diterjemahkan versi Bahasa Inggeris dari laman sesawang
rasmi Petronas Pengerang https://pic.petronas.com/

PCP yang dibina oleh konsortium yang terdiri dari Siemens AG, Siemens Malaysia
dan MMC Engineering Sdn. Bhd., akan mempunyai 4 unit kojana, dimana unit pertama
telah mula beroperasi pada 21 Oktober 2017.

Loji kojana yang canggih ini akan menggunakan teknologi terbaru kelas H Siemens
dengan turbin stim berkembar yang akan menjanjikan efisien yang tinggi dan akan
menjadi loji kojana terbesar di rantau ini.

Anda mungkin juga menyukai