Anda di halaman 1dari 4

Asal Dalam Ibadah Itu Haram, Bukan Sebaliknya

7 December 2013 at 22:48 Oleh Saifuddin Hamizan

Diantara sebab atau faktor yang mencetuskan salah faham masyarakat terhadap hukum bid'ah ialah
mereka dikelirukan oleh sebahagian agamawan 'pendusta' yang tidak memberitahu garis panduan
dalam tasawwur ( gambaran ) atau denfinisi atau 'guide line' dalam sesuatu bab sebelum pergi
membahaskan satu bab fikah yang lain seperti isu yasinan jumaat dan sebagainya. Mereka ini kalau
menulis risalah atau buku terus melangkah isu furu' ( cabang ) namun mengabaikan bab takrifan
ataupun panduan kaedah fiqh dalam hal yang berkaitan dengan bid'ah lalu munculnya salah faham
dikalangan orang awam tentang konsep bid'ah sehingga mereka sering berhujah dengan hujah yang
masyur iaitu antaranya :

"Apakah dalil kamu untuk melarang perbuatan sekian ? Kalau tiada dalil jangan sibukkan diri untuk
menghalang orang lain buat benda baik !"

Atas ketidak jujuran para ustaz dalam menyingkapi maksud bid'ah natijahnya lahir pemikiran sebegini
dikalangan masyarakat islam, inilah jenayah ilmiyah yang telah dilakukan ke atas ilmu agama ini, inilah
sejahat-jahat dakyah yang berjaya diterapkan sebagaimana kaum yahudi yang mentahrif ( mengubah-
ubah ) syariat yang telah ditetapkan oleh Allah swt dalam perkara ta'abbud ( hubungan insan dengan
tuhan ) .

Kaedah dalam ibadat khususiyah/ ta'abbud memerlukan kepada dalil :

1. Kaedah yang masyur dikalangan ulama' usul dan fuqaha' :

‫األصل في العبادات التحريم‬

“Hukum asal ibadah adalah haram (sampai adanya dalil).”

Penjelasan oleh Dr Yusuf al-Qaradhawi :

"Ibadah adalah urusan agama yang mesti diambil daripada jalan wahyu (al-Quran dan Sunnah), ini telah
dijelaskan di dalam hadis nabi yang sahih maksudnya: “Sesiapa yang mengada-adakan sesuatu (amalan)
dalam urusan (agama) kami yang bukan dari kami, maka (amalan) itu tertolak.” (Muttafaqun Alaih).
Demikian hakikat urusan agama ini meliputi pada dua perkara: Tidak menyembah melainkan hanya pada
Allah SWT, dan tidak beribadah melainkan dengan apa yang disyariatkan oleh Allah SWT, maka sesiapa
yang mereka-reka atau mengada-adakan ibadah walau siapa pun dia, maka ia sangat tercela dan
tertolak, hal ini kerana Allah sahaja yang layak untuk menentukan ibadah demi mendekatkan hamba
kepadanya." [1]

Dalil Yang Terbina Daripada Kaedah Di Atas :

Di antara dalil kaedah adalah firman Allah Ta’ala :

ُ ‫ين َما لَ ْم َيْأ َذنْ ِب ِه هَّللا‬ ُ ‫َأ ْم لَ ُه ْم‬


ِ ‫ش َر َكا ُء َش َرعُوا لَ ُه ْم م َِن ال ِّد‬
“Apakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka
agama yang tidak diizinkan Allah?” (QS. Al Ahzab: 21).

Juga didukung dengan hadits ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

َ ‫َث فِى َأ ْم ِر َنا َه َذا َما لَي‬


‫ْس ِم ْن ُه َفه َُو َر ٌّد‬ َ ‫َمنْ َأحْ د‬

“Barangsiapa membuat suatu perkara baru dalam agama kami ini yang tidak ada asalnya, maka perkara
tersebut tertolak.” (HR. Bukhari no. 20 dan Muslim no. 1718).

Dalam riwayat lain disebutkan,

َ ‫ْس َعلَ ْي ِه َأ ْم ُر َنا َف‬


‫هو َر ٌّد‬ َ ‫َمنْ َع ِم َل َع َمالً لَي‬

“Barangsiapa melakukan suatu amalan yang bukan ajaran kami, maka amalan tersebut tertolak.” (HR.
Muslim no. 1718).

Begitu pula dalam hadits Al ‘Irbadh bin Sariyah disebutkan bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa
sallambersabda,

‫ضالَ َل ٌة‬
َ ‫ُور َفِإنَّ ُك َّل مُحْ دَ َث ٍة ِب ْد َع ٌة َو ُك َّل ِب ْد َع ٍة‬ ‫َو يَّا ُك ْم َومُحْ َد َثا ِ ُأل‬
ِ ‫تا م‬ ‫ِإ‬

“Hati-hatilah dengan perkara baru dalam agama. Kerana setiap perkara baru (dalam agama) adalah
bid’ah dan setiap bid’ah adalah sesat.” (HR. Abu Daud no. 4607, Tirmidzi no. 2676, An Nasa-i no. 46.
Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih)

Ada sebahagian orang mengatakan "Jadi kami semua ni sesat masuk nerakalah ?" Sedangkan perkataan
ini bukan diciptakan oleh kita sebagaimana mereka yang mencipta amalan baru dalam agama, sebab
perkataan ini ada hadis daripada Nabi saw yang berupa riwayah dan dirayah serta dinilai sahih !

Perkataan Para Ulama' Syafi'iyyah Tentang Kaedah Di Atas :

‫اََأْلصْ َل فِي اَ ْل ِع َبادَ ِة اَل َّت َو ُّقف‬

“Hukum asal ibadah adalah tawaqquf (diam sampai datang dalil).” Perkataan di atas disebutkan oleh
Ibnu Hajar dalam Fathul Bari [2]

Ibnu Hajar adalah di antara ulama besar Syafi’i yang jadi rujukan. Perkataan Ibnu Hajar tersebut
menunjukkan bahawa jika tidak ada dalil, maka suatu amalan tidak boleh dilakukan. Maksudnya disini
asal ibadah adalah haram sampai ada dalil yang memerintahkan. Di tempat lain, Ibnu Hajarrahimahullah
juga berkata,

‫َأنَّ ال َّت ْق ِرير فِي ْال ِع َبادَة ِإ َّن َما يُْؤ َخذ َعنْ َت ْوقِيف‬

“Penetapan ibadah diambil dari tawqif (adanya dalil)”

Ibnu Daqiq Al ‘Ied, salah seorang ulama besar Syafi’i juga berkata,
ُ‫ َو َمْأ َخ ُذ َها ال َّت ْوقِيف‬، ‫ت ال َّت َع ُّب ُد‬ َ ‫َأِلنَّ ْالغَال‬
ِ ‫ِب َعلَى ْال ِع َبادَ ا‬

“Umumnya ibadah adalah ta’abbud (beribadah pada Allah). Dan patokannya adalah dengan melihat
dalil”. Kaedah ini disebutkan oleh beliau dalam kitab Ihkamul Ahkam Syarh ‘Umdatil Ahkam. [3]

Dalam buku ulama Syafi’iyah lainnya, yaitu kitab Ghoyatul Bayan Syarh Zubd Ibnu Ruslan disebutkan,

‫األصل في العبادات التوقيف‬

“Hukum asal ibadah adalah tawqif (menunggu sampai adanya dalil).”

Ibnu Muflih berkata dalam Al Adabu Asy Syar’iyah,

َ ‫َأنَّ اَأْلعْ َما َل ال ِّدي ِن َّي َة اَل َيجُو ُز َأنْ ُي َّت َخ َذ َشيْ ٌء َس َببًا إاَّل َأنْ َت ُك‬
ِ ‫ون َم ْشرُو َع ًة َفِإنَّ ْال ِع َبا َدا‬
ِ‫ت َم ْب َنا َها َعلَى ال َّت ْوقِيف‬

“Sesungguhnya amal diniyah (amal ibadah) tidak boleh dijadikan sebagai sebab kecuali jika telah
disyari’atkan karena standar ibadah boleh dilakukan sampai ada dalil.” [4]

Maka hasil daripada penelitian tasawwur ( gambaran ) pokok pangkal dalam isu bid'ah telah jelas disini
bahawa mengamalkan sesuatu yang berhubung dengan ibadah ta'abbud memerlukan kepada wahyu
bukan binaan akal, ini berbeza dengan kaedah dalam muamalat dan siyasah yang mana manusialah yang
mencetuskan kehidupan di dunia sehingga bila-bila, perubahan serta penambahan malah pengurangan
yang dilakukan manusia terhadap kehidupan duniawi tidak mampu terhalang oleh sesiapun dan ini
merupakan ketetapan Allah swt .

Saya ingin memetik perkataan Dr Zaharuddin Abd Rahman tentang perbezaan antara fiqh ibadat dan
muamalat [5] :

Bagi semua hukum hakam dan cara serta bentuk dalam fiqh muamalat pula, Allah s.w.t hanya
meletakkan beberapa INTI sebagai asas utama yang tidak berubah (ia dinamakan thawabit), namun
kebanyakan cara dan bentuk pelaksanaannya boleh berubah dengan perubahan zaman serta tempat.
Namun begitu, sebarang perubahan hukum mestilah diawasi oleh para ulama berkelayakan melalui
kaedah-keadah tertentu yang sukar untuk diterangkan di sini.

Displin ini penting agar kebebasan itu tidak disalahgunakan oleh sebahagian manusia yang
berkepentingan. Hasil dari prinsip muamalat yang tetap dan pelaksanaan yang flexible, Islam dapat
menyelesaikan pelbagai masalah kemanusian yang sentiasa berkembang dan pelbagai di setiap pelusuk
dunia.

Keadahnya disebut :

‫ والعادات اإللتفات إلى المعاني‬C‫األصل في المعامالت‬

Ertinya : Hukum ghalib dan asal bagi hal ehwal mu’amalat dan adat adalah kembali kepada penelitian
objektifnya ( Imam Syatibi Dalam al-Muwafaqat )

Wallahu'alam
________________Rujukan :

1. Membedah Akar Bid'ah ( Ilmu Ushul al-Fiqh al-Bidaa' Dirasah Taklimiyyah Muhimmah Fi Ilmi Ushul
Fiqh ) Syaikh Ali Hasan al-Halabi, M/s 36 , cet pertama, terbitan Pustaka al-Kautsar

2. http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?
idfrom=1130&idto=1133&bk_no=52&ID=395

3. http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?
ID=210&startno=0&start=0&idfrom=210&idto=210&bookid=80&Hashiya=2

4. http://www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?t=266254

5. Jangan Keliru : Hukum Politik, Dakwah,

Muamalat & Ibadah : http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/983-jangan-keliru-hukum-


politik-dakwah-muamalat-a-ibadah.html

Anda mungkin juga menyukai