Anda di halaman 1dari 4

SK KUALA ABAI,PS 156,89158 KOTA BELUD SABAH

Tajuk: Matematik (Projek BeeSy Ruler)

Tema: Kualiti Guru Yang Kompeten dan Berinovasi

Pengenalan
Projek ini merupakan satu inovasi untuk membantu murid memahami konsep
menyambung nombor bagi menyelesaikan operasi tambah dan tolak
lingkungan 30 bagi murid Prasekolah, Pemulihan,PPKI, Tahap 1 dan Tahap
2. Numerasi adalah penting untuk mengurangkan kadar keciciran murid
berpunca daripada ketidakupayaan mereka untuk mengikuti pembelajaran.
Dengan penguasaan yang kukuh pada peringkat awal
persekolahan,kemungkinan berlaku keciciran murid daripada sistem
persekolahan dapat dikurangkan. Projek ini disertai oleh 30 orang murid yang
melibatkan murid prasekolah, Tahap 1 dan Tahap 2, murid pemulihan dan
murid PPKI.

Objektif pelaksanaan program


1. Murid dapat memahami dan menjalankan proses menyambung nombor
iaitu memulakan pengiraan dari mana-mana kedudukan dengan
mudah,cepat dan betul.
2. Memberi peluang kepada murid melibatkan diri dalam aktiviti
pembelajaran yang menggembirakan serta memberi pengetahuan dan
pengalaman dengan berkesan.
3. Membantu dalam memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran
guru di dalam kelas.

Penyelesaian Masalah
Kaedah penerangan yang sering digunakan oleh guru sering menimbulkan
kebosanan dan rasa mengantuk di kalangan murid. Dalam projek ini, strategi
yang digunakan ialah belajar sambil bermain. Melalui teknik ini juga akan
mendatangkan keseronokkan dan kepuasan kepada sesuatu topik yang
hendak disampaikan. Bentuk produk ini adalah maujud, ringan dan boleh
dipegang oleh murid. Untuk melakukan operasi tambah murid hanya perlu
memasukkan stick ke dalam lubang dan gerakkan ke arah atas manakala
untuk operasi tolak stick hanya digerakkan ke arah bawah.
Pelaksanaan Projek
Pelaksanaan projek digambarkan melalui kaedah 5W 1H
KAEDAH KETERANGAN
5W 1H WHAT Masalah dalam konsep
APA YANG DIKAJI? menyambung nombor
WHERE Makmal Komputer SK Kuala Abai,
DIMANA UJIAN PENANDA Kota Belud
ARASAN DILAKSANAKAN?
WHO Murid Prasekolah, Pemulihan,
SIAPA YANG TERLIBAT? PPKI dan murid Tahun 1-Tahun 6
yang lemah dalam ujian
WHEN 30 April 2021
BILA UJIAN DILAKSANAKAN?
WHY Bersemuka
MENGAPA UJIAN DILAKSANA 1. Ujian secara bertulis dijalankan
KAN? 2. Menganalisis dan mengkaji
skor ujian rintis secara kuantitatif.

Impak Projek
Tanpa BeeSy Ruler
1. Konsep menyambung nombor tidak berlaku langsung dan murid perlu kira
dari angka 1 untuk mendapatkan jawapan.

Menggunakan jari tangan dan kaki Mengira menggunakan lego Menggunakan teknik melukis lidi-lidi

Dengan BeeSy Ruler


1. Konsep menyambung nombor automatik akan berlaku dan dapat
menjawab kurang dari 2 minit untuk setiap soalan

Kekuatan
Projek ini mendapat kerjasama dan komitmen yang tinggi daripada pihak
pentadbir,ibu bapa,guru dan murid sekolah. Terdapat pihak dari PPD
mencadangkan supaya projek ini disebarkan ke sekolah di daerah Kota
Belud. Bahan projek menggunakan bahan terbuang dan mudah untuk
dihasilkan.

Kekurangan
Pihak sekolah menghadapi kekangan dalam menyebarluaskan penggunaan
alat dengan guru dan murid kerana gelombang Covid 19, penglibatan murid
juga tidak melibatkan jumlah murid yang ramai kerana terikat dengan SOP.

Penggunaan BeeSy Ruler bersama 30 orang murid di makmal SK Kuala


Abai

Penggunaan BeeSy Ruler oleh guru PPKI bersama murid di kelas PPKI

Keputusan murid Penyertaan Amalan Terbaik Sekolah

Semua murid yang terlibat dalam kajian ini telah berjaya kerana dapat
menjawab semua soalan dengan betul kurang dari 2 minit untuk setiap
soalan. Murid tersebut tiada asas untuk operasi yang melibatkan 2 digit tetapi
dalam masa yang singkat murid tersebut dapat menyelesaikan semua operasi
dengan cepat dan mudah.
Sekolah Bilangan Murid yang terlibat Tidak Melepasi
SK Kuala Abai 333 30 23
Hasil dapatan sebelum menggunakan BeeSy Ruler

Sekolah Bilangan Murid yang terlibat Tidak Melepasi


SK Kuala Abai 333 23 0
Setelah sekolah menjalankan ujicuba selama 1 hari keputusan yang
memberangsang telah diperolehi
Sebanyak 100% murid lulus dalam menyelesaikan operasi tambah dan tolak lingkungan 30
melalui proses menyambung nombor

Penutup
Semoga projek ini dapat memberi pengisian dan bermanfaat kepada seluruh
warga Sekolah Kebangsaan Kuala Abai di dalam usaha untuk menarik minat
murid dan membina kemahiran asas terhadap subjek Matematik. Sebagai
guru, kita perlu memastikan murid yang lemah dan mengalami
ketidakupayaan perlu diberi bantuan supaya tidak terus ketinggalan. Projek ini
juga patut diteruskan kerana dilihat dapat membantu guru Prasekolah,guru
pemulihan,guru PPKI dan Ketua Panatia Matematik untuk membantu
mengeluarkan murid dari kepompong bahawa subjek matematik itu susah.
Selain itu, sekolah juga yakin bahawa projek ini dapat menyumbang
menyelesaikan masalah asas matematik yang lebih kompleks jika murid
sudah menguasai kemahiran asas menyambung nombor. Zaman guru
sebagai sumber ilmu dan maklumat mungkin sudah tidak releven pada masa
kini. Pengajaran dan pembelajaran kini perlu penekanan kepada aspek kreatif
dan inovatif. Selain itu, pendekatan pengajaran dan pembelajaran perlu
kepada pendekatan berfokus kepada murid. Melalui inovasi dan projek ini
jelas murid akan melalui proses pembelajaran secara kendiri sebagai asas
permulaan bagi murid prasekolah dan peringkat murid seterusnya untuk
persediaan menghadapi masa depan dan guru bukan lagi sumber utama
maklumat tetapi berperanan sebagai pembimbing.

QR CODE

Penulis:
SITI ZURAIDAH BINTI SULAIMAN
GURU PRASEKOLAH

SK KUALA ABAI,KOTA BELUD

Anda mungkin juga menyukai