Anda di halaman 1dari 5

Peranan Guru Dalam Menangani Masalah Sosiobudaya

Sebagai seorang guru, adalah penting untuk mengetahui dan ambil peduli akan siapa sebenarnya
pelajar-pelajar atau komuniti di dalam sesebuah kelas. Guru juga perlu meneliti akan pendekatan yang
bersesuaian yang dibawa oleh setiap pelajar, bakat serta minat mereka ke dalam situasi pembelajaran.
Sewajarnya guru perlu mengetahui bahawa setiap individu pelajar adalah berbeza dari aspek budaya,
latar belakang keluarga, dan tahap sosioekonomi yang mana sedikit sebanyak memberi kesan kepada
gaya dan corak pembelajaran mereka. Setelah guru mampu memahami serta mengenali setiap jenis
pelajar didalam kelas, impaknya pelajar boleh mencapai kejayaan daripada hasil pembelajaran mereka di
sekolah

http://qalish.com/2011/01/kepelbagaian-pelajar.html

i. Penerimaan dan layanan yang adil

Mengikut Noriati at el mengenali latar belakang pelajar, taraf sosioekonomi, tempat tinggal, budaya, adat
resam, kepercayaan dan agama akan membolehkan guru memberikan layanan yang lebih adil kepada
individu pelajar. Guru tidak seharusnya melayan pelajar sebagai satu kelompok individu, kelompok kelas
sosial atau kelompok mengikut kaum etnik tetapi sebagai individu yang mempunyai keunikan. Justeru,
guru perlu memberi layanan yang adil mengikut keperluan individu pelajar.

Guru hendaklah mengajar tanpa mengira kaum atau status sosial seorang murid dengan mewujudkan
kumpulan pelbagai kategori supaya murid-murid yang tercicir tidak merasa tersisih.Guru perlu melayan
keperluan murid ke arah memperkembang potensi mereka secara optimum. Mereka dapat
berkomunikasi dengan baik antara satu sama lain tanpa ada perasaan rendah diri. Menurut Rohand
Meighan (1986), Kelas Sosialmengambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan di dalam sesuatu
bangsa yang sama.

ii. Strategi pembelajaran yang sesuai.

Setiap seorang pelajar itu adalah unik. Keunikan mereka tidak sama antara satu sama lain. Seorang guru
tidak boleh menganggap semua murid boleh belajar dengan cara yang sama. Biasanya penyampai
seseorang guru itu bergantung pada persekitaran tempat tinggal pelajar, status sosioekonomi keluarga
dan gaya pembelajaran. Guru harus berusaha untuk menolong murid memahami dan membentuk nilai,
sikap serta tingkah laku yang sesuai. Dengan mengambil kira faktor-faktor yang membantu pembelajaran
guru dapat menyediakan pembelajaran yang berkesan mengikut kemampuan. Menurut Dunn dan Dunn
(1979), setiap individu mempunyai gaya pembelajaran tertentu. Oleh itu, guru perlu didedahkan kepada
pengetahuan tentang gaya pembelajaran dan bagaimana menyesuaikan gaya pembelajaran pelajar
dengan pengajaran guru agar dapat mencapai pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang.

This study source was downloaded by 100000817355485 from CourseHero.com on 06-07-2022 06:17:02 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/55981469/Peranan-Guru-Dalam-Menangani-Masalah-Sosiobudayadocx/
Selain daripada itu juga, interaksi sosial mampu menangani isu-isu berkaitan dengan cara bagaimana
pelajar berinteraksi semasa proses pembelajaran. Menurut Reichmann dan Grasha (1974) telah
menyarankan beberapa jenis pelajar berasaskan kepada cara yang paling mereka gemari semasa belajar.
Antaranya adalah, pelajar yang ingin belajar secara bersendirian, kolaboratif, penyertaan dan kompetitif.
Dunn & Dunn (1978) mengkategori gaya pembelajaran kepada 18 kategori berdasarkan unsur-unsur asas
tetapi diklasifikasikan dan diringkaskan kepada empat perkara sahaja berdasarkan rangsangan (stimuli)

iii. Pengurusan bilik darjah

Pengurusan hal-ehwal murid dalam bilik darjah melalui pendekatan penyayang yang ditunjukkan guru
dapat menjinakkan mereka, bercakap bahasa lembut, menegur dan membetul kesilapan dengan cara
berhemah, di samping menggunakan segala sifat akan mempercepat proses kecintaan dan kesetiaan
murid terhadap gurunya. Guru perlu melayan keperluan murid ke arah memperkembang potensi mereka
secara optimum. Faktor ini mendesak guru menggunakan kemahiran secara optimum dalam pengurusan
bilik darjah, dan adalah penting kepada guru untuk memahami tingkahlaku dan budaya murid supaya
sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat.

http://www.authorstream.com/Presentation/izzyati009-775697-pembentukan-persekitaran-
pembelajaran-yang-kondusif-2/

Menurut Noriati A Rashid et al mengurus pelajar yang ramai berlainan latar belakang bukanlah sesuatu
yang mudah. Sebagai satu komuniti kecil di dalam bilik darjah, kawalan tingkah laku dianjurkan melalui
peraturan dan rutin harian bilik darjah. Pematuhan peraturan menjadi satu keperluan untuk
mewujudkan suasana yang terkawal.

iv. Penglibatan aktif murid

Lave dan Wenger (1991) mencadangkan supaya seseorang individu akan menjadi seseorang yang
berpengetahuan dan berkemahiran dalam penglibatannya. Beliau boleh mengembangkan identitinya
serta perasaan kepunyaannya terutama sebagai ahli kepada sesuatu kumpulan. Wenger (1998)
mengembangkan pandangan mengenai pembelajaran melalui penglibatan sosial berkenaan. Guru mesti
menolong murid membentuk Konsep Kendiri Positif supaya mereka dapat mengikuti pembelajaran
dengan perasaan yang seronok.

v. Aspirasi /Jangkaan guru

This study source was downloaded by 100000817355485 from CourseHero.com on 06-07-2022 06:17:02 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/55981469/Peranan-Guru-Dalam-Menangani-Masalah-Sosiobudayadocx/
Aspirasi bermaksud cita-cita dan harapan seseorang dalam sesuatu aspek kehidupan. Pencapaian
akademik adalah satu aspek persekolahan yang tidak dapat dipisahkan dari kehidupan pelajar.
Bagaimana pencapaian akademik pelajar adalah berbeza-beza kerana dipengaruhi oleh pelbagai faktor.
Latar belakang pelajar adalah faktor yang sering disebut sebagai pengaruh utama kepada perbezaan
dalam pencapaian akademik yang pelbagai.

Pengetahuan mengenai latar belakang pelajar serta budaya dan gaya pembelajaran banyak membantu
guru dalam menyediakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada setiap pelajar dan
menarik kesungguhan serta usaha untuk mencipta pengalaman-pengalaman pembelajaran yang
pelbagai. Kepelbagaian pengajaran yang sesuai dengan tahap serta gaya pembelajaran pelajar mempu
memberi pulangan yang cukup baik kepada semua pelajar tanpa mengira kepelbagaian yang wujud di
dalam sesebuah bilik darjah. Dengan kata lain, ia dapat meningkatkan metodologi pengajaran dan
amalan bagi pelajar-pelajar tertentu akan menghasilkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang
lebih bermakna dan bukan hanya berorientasikan kepada peperiksaan semata-mata.

Ini kerana tanggungjawab seorang guru bukan sahaja mendidik dan menyampaikan ilmu pengetahuan.
Kepada pelajar tetapi turut mempunyai satu tugas yang besar dalam memahami dunia pendidikan yang
sebenar terutama pengurusannya di dalam sesebuah bilik darjah. Hal ini kerana realitinya, kini pelajar
yang wujud dalam sesebuah kelas adalah datang dari pelbagai latar belakang yang berbeza antaranya
adalah usia, jantina, bangsa, etnik, personaliti, bahasa, status ekonomi keluarga, kesihatan, lokasi tempat
tinggal, fizikal, tingkah laku dan sosial. Kesemua aspek ini mempengaruhi penerimaan serta minat pelajar
untuk terus belajar dan diaplikasi dalam kehidupan sebenar.

http://qalish.com/2011/01/kepelbagaian-pelajar,html

Seseorang guru perlu bijak menangani kepelbagaian tahap pencapaian murid. Ini kesan daripada
kepelbagaian tahap sosioekonomi mereka. Setiap murid mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza.
Seseorang guru perlu bijak dalam memotivasikan pelajar untuk menyiapkan kerja rumah dan membuat
tugsan yang diberikan. Guru perlu menggunakan pelbagai strategi dan teknik yang berbeza untuk
mengajar dan memberi kefahaman kepada pelajar.

This study source was downloaded by 100000817355485 from CourseHero.com on 06-07-2022 06:17:02 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/55981469/Peranan-Guru-Dalam-Menangani-Masalah-Sosiobudayadocx/
vi. Bahasa

Dalam bidang pendidikan, Akta pelajaran 1961 yang dirangka berasaskan Penyata Razak 1956 dan
Laporan Rahman Talib 1960 menekankan penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa perpaduan.
Penyata Razak 1956 menyatakan

“Tujuan dasar pelajar di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan budak-budak daripada
semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua
bangsa dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar, walau pun
perkara ini tiada dapat dilaksanakan dengan serta merta melainkan hendaklah diperbuat dengan
beransur-ansur”. (Penyata Razak, perenggan 12, 1956)

Penggunaan bahasa merangkumi penggunaannya secara betul dan jitu di dalam dan di luar bilik darjah.
Contohnya, di dalam kelas sebaik-baiknya hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan kerana
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran walaupun terdapat pelbagai kaum di dalam kelas
tersebut supaya satu persekitaran yang kondusif dapat terbentuk.

Menurut Syed Ismail Syed Mustapa (2012) aspek bahasa harus diberi pertimbangan yang sewajarnya
oleh guru. Murid yang terdiri daripada pelbagai kaum pastilah menyebabkan berlakunya dialek bahasa
yang sedikit sebanyak akan memberi impak kepada pembelajaran. Jurang yang berlaku akibat daripada
penggunaan bahasa dialek haruslah dielakkan.

Penggunaan bahasa yang Standard akan memberi peluang sama rata kepada murid untuk mengambil
bahagian dalam aktiviti Pembelajaran Faktor ini mendesak guru menggunakan kemahiran secara
optimum dalam pengurusan bilik darjah, dan adalah penting kepada guru untuk memahami tingkahlaku
danbudaya murid supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat.

Kesabaran, kecekalan dan kesungguhan untuk membentuk perangai murid kadang kala mengambil masa
yang agak lama. Apabila berlaku perubahan ke arah kebaikan, berilah pengiktirafan dan penghargaan
terima kasih.

vii. Pelbagai kaedah pembelajaran

Guru harus menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap pencapaian
murid. Guru juga perlu memberi tunjuk ajar untuk mengatasi masalah akademik murid yang lemah

This study source was downloaded by 100000817355485 from CourseHero.com on 06-07-2022 06:17:02 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/55981469/Peranan-Guru-Dalam-Menangani-Masalah-Sosiobudayadocx/
melalui pelbagai kaedah yang sesuai seperti penganjuran kem-kem motivasi dan sebagainya. Masa
pengajaran dapat digunakan semaksimumnya untuk melakukan banyak aktiviti yang merangsangkan
minda. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan kata-kata bermotivasi dan penuh dengan senyuman
dan jenaka (Sense Humour).

Guru juga perlu menghormati murid-murid, bersikap adil, hukuman berbentuk deraan tidak seharusnya
dilaksanakan kerana akan menyebabkan hubungan murid dengan guru akan renggang serta memberi
teguran umum berbentuk nasihat tetapi bukan leteran. Guru perlu bertanggungjawab untuk
membentuk komuniti pembelajaran yang mesra murid berasaskan latar belakang dari pelbagai Sosio-
Budaya.

KESIMPULAN

Negara Malaysia mempunyai pelbagai budaya dan sosiobudaya yang berbeza antara satu sama lain.
Kepelbagaian masyarat ini memerlukan usaha berterusan untuk membentuk masyarakat yang saling
memahami antara satu sama lain. Khususnya apabila berlaku pertembungan budaya antara setiap
kumpulan. Dalam proses tersebut melibatkan peringkat integrasi antara kaum. Proses ini adalah
bertujuan menyatupadukan pelbagai kelompok masyarakat dengan menghilangkan perbezaan identiti.
Proses ini juga merujuk kepada penyatuan kelompok yang berbeza latar belakang dan menjadi satu entiti
yang terikat oleh norma dan nilai serta kepentingan bersama.

Sebagai seorang pendidik sudah menjadi tanggungjawab guru untuk membimbing pelajar mencapai
potensi diri dalam pencapaian akademik dan sosial. Guru perlu mengkaji dan memahami sosiobudaya
setiap pelajar untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran supaya tidak ada murid yang
merasa tersisih. Kepelbagaian sosiobudaya yang wujud di dalam bilik darjah memerlukan guru
mengambil perhatian yang sesuai bagi membolehkan setiap pelajar mendapat peluang yang adil untuk
pembelajaran yang berkesan.

This study source was downloaded by 100000817355485 from CourseHero.com on 06-07-2022 06:17:02 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/55981469/Peranan-Guru-Dalam-Menangani-Masalah-Sosiobudayadocx/
Powered by TCPDF (www.tcpdf.org)

Anda mungkin juga menyukai