Anda di halaman 1dari 16

Swiss Roll ( basic)

Bahan A
---------
4 biji kuning telur (gred A)
75gm gula kastor
1tsp esen vanilla
50ml minyak masak
50ml air
80gm tepung gandum
Bahan B
---------
4 biji putih telur (gred A)
1tbsp gula kastor
1/8tsp cream of tartar
Bahan C
---------
150ml whipping cream (non dairy) - putar hingga kental
filling/ jem buah- buahan / choc ganache / cream cheese dsb
Cara - cara:
1. Pukul bahan B hingga kembang dan kental (high peak). Ketepikan.
2. Pukul kuning telur, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang. diikuti dengan air, minyak dan
tepung gandum, pukul dengan kelajuan tinggi hingga putih dan gebu.
3. Kaup balik adunan A dan B menggunakan spatula sahaja.
4. Ambil sedikit adunan dan dibahagi kepada beberapa bahagian mengikut design yang dipilih.
Letak pewarna makanan, gaul sebati dan kemudian masukkan ke dalam piping beg bersaiz kecil.
5. Pipe mengikut lukisan yang dikehendaki. Kemudian bakar selama 2-3 minit. Keluarkan dan terus
tuang baki adunan ke atas lukisan secara perlahan-lahan.
6. Bakar di dalam oven selama 20 minit dengan suhu 180c (oven wajib dipanaskan terlebih dahulu
sekurang-kurangnya 15 minit). Api atas bawah. Boleh on kipas sekiranya ada.
7. Keluarkan dari oven dan sejukkan selama 10 minit sebelum diterbalikkan di atas kertas berukuran
A3.
8. Keluarkan kertas minyak pada kek dan kemudiannya diterbalikkan semula pada kertas A3 yang
lain.
9. Sapu rata jem dan letak whipping cream. Kemudian gulung perlahan-lahan (refer video).
10. Simpan di dalam peti ais (chiller) sekurang-kurangnya 2 jam sebelum dipotong.
TIPS:
1. Alas dengan kertas minyak - BLEACHED GREASE PROOF PAPER.
2. Guna minyak masak berasaskan minyak sawit - ELAK GUNA minyak berasaskan kekacang
contohnya: cap buruh, cap helang (menyebabkan kek bau hapak dan rasa seakan-akan kek lama).
3. Guna hand mixer sepanjang proses mengadun.
4. Suhu dan tempoh masa masak bergantung kepada oven (anggaran):
oven kecil (30liter) - suhu 200c bakar 23 minit
oven besar (100liter) - suhu 180c bakar 16 minit
industrial oven - suhu 190c bakar 15 minit
Swiss Roll (advance)
Bahan A
---------
4 biji kuning telur (gred A)
75gm gula kastor

1tsp esen vanilla


50ml minyak masak
50ml air
80gm tepung gandum
Bahan B
---------
4 biji putih telur
1tbsp gula kastor
1/8tsp cream of tartar
Bahan C
---------
150ml whipping cream (non dairy) - putar hingga kental
filling atau jem buah-buahan / choc ganache / nutella / cream cheese dsb
Cara - cara:
1. Pukul bahan B hingga kembang dan kental (high peak). Ketepikan.
2. Pukul kuning telur, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang. diikuti dengan air, minyak, dan
tepung gandum, pukul dengan kelajuan tinggi hingga putih dan gebu.
3. Kaup balik adunan A dan B menggunakan spatula sahaja.
4. Ambil sedikit adunan dan dibahagi kepada beberapa bahagian mengikut design yang dipilih. letak
pewarna makanan dan gaul sebati.
5. Tambah tepung tambahan dalam adunan untuk lukisan (anggaran 2tsp adunan + 1tsp tepung
gandum) untuk memekatkan adunan tersebut supaya lukisan tidak mengembang.
6. Setelah siap lukisan, tuang baki adunan ke atas lukisan dengan perlahan-lahan sehingga habis.
7. Bakar di dalam oven selama 20 minit dengan suhu 180c (oven wajib dipanaskan terlebih dahulu
sekurang-kurangnya 15 minit) - api atas bawah, boleh on kipas sekiranya ada.
8. Keluarkan dari oven dan sejukkan selama 10 minit sebelum diterbalikkan di atas kertas berukuran
A3.
9. Keluarkan kertas minyak pada kek dan kemudiannya diterbalikkan semula pada kertas A3 yang
lain.
10. Sapu rata jem dan letak whipping cream. Kemudian gulung perlahan-lahan (refer video).
11. Simpan di dalam peti ais (chiller) sekurang-kurangnya 2 jam sebelum dipotong.
TIPS:
1. Alas dengan kertas minyak - BLEACHED GREASE PROOF PAPER.
2. Guna minyak masak berasaskan minyak sawit - ELAK GUNA minyak berasaskan kekacang
contohnya cap Buruh, cap Helang (menyebabkan kek bau hapak dan rasa seakan-akan kek lama).
3. Guna hand mixer sepanjang proses mengadun.
4. Suhu dan tempoh masa masak bergantung kepada 0ven (anggaran):
oven kecil (30liter) - suhu 200c bakar 23 minit
oven besar (100liter) - suhu 180c bakar 16 minit
industrial oven - suhu 190c bakar 15 minit
ADUNAN KHAS untuk LUKISAN.
Teknik ~ Advance
Ramai student yang mempunyai masalah adunan yang cair sebelum lukisan siap dan ini
menyebabkan kek menjadi nipis dan tidak gebu. Adakalanya design atau gambar yang perlu dibuat
memerlukan banyak warna dan ini menyebabkan adunan asal tidak mencukupi untuk lukisan + kek.
Maka saya sertakan di sini adunan khas iaitu adunan secara berasingan untuk lukisan sahaja,
setelah siap lukisan anda perlu membuat bancuhan asas swiss roll seperti biasa dan dituang ke atas
lukisan yang telah siap dan sedia untuk dibakar.
Nota :
Jangan lupa, sekiranya anda menggunakan teknik advance maka setelah adunan dibahagi kepada
warna2 yang diperlukan, letak pewarna dan perlu ditambah tepung supaya adunan tersebut lebih
pekat. Sila rujuk resepi di bawah :
ADUNAN LUKISAN.
Bahan A
1 biji kuning telur (gred A)
20 gram gula kastor
1/4 tsp esen vanilla
15 ml minyak
10 ml air
20 gram tepung gandum
Bahan B
1 biji putih telur (gred A)
1/4 tsp gula kastor
secubit cream of tartar
Cara2 :
1. Pukul bahan B sehingga kental. Ketepikan.
2. Masukkan kuning telur, gula kastor dan esen vanilla ke dalam bekas dan dipukul sehingga sebati.
3. Kemudian masukkan minyak, air dan tepung gandum putar sehingga gebu.
4. Kaup balikkan bahan A dan B sehingga sebati.
5. Adunan untuk lukisan telah sedia untuk digunakan.
Nota :
Seandainya adunan lukisan ada baki, anda tidak boleh simpan walaupun di dalam peti ais kerana
meringue akan tetap mencair perlahan-lahan. Sekiranya anda membuat swiss roll secara terus
menerus maksudnya setelah siap 1 dan sementara menunggu kek masak, anda terus melukis untuk
swiss roll kedua maka masih boleh menggunakan adunan lukisan yang sama.
TOLONG JANGAN BIARKAN LUKISAN yang telah siap terdedah terlalu lama sementara hendak
membuat bancuhan asas untuk bahagian kek. Ini akan menyebabkan lukisan mengering dan
selepas bakar lukisan tersebut akan terlampau kering, kesannya lukisan tertanggal atau tidak
melekat pada kek.
ELAK BUAT KERJA DI BAWAH KIPAS ATAU BERDEKATAN KIPAS kerana lukisan cepat kering.
Buat kerja dalam aircond takpe (motif semua student kena pasang aircond kat rumah lepas ni...
hehehe.. Just joking)
JANGAN ADA IKLAN bila membuat swiss roll kerana masa adalah musuh ketat kita. 99% gagal
dalam pembuatan swiss roll bila mengambil masa terlalu lama untuk menyiapkan lukisan dan kek.
Maximum masa adalah 30 minit ke 45 minit, cuba siapkan dalam tempoh itu.
Ukuran untuk Advance Swiss Roll

~ regular size 9 inci

~ mini size 3 inci

Re: sila refer pada gambar rajah untuk ukuran

* gambar contoh untuk ditekap sila Google dan print out. contoh: customer request gambar pengantin -
anda Google kartun pengantin atau cute couple cartoon atau wedding cartoon vector - pilih gambar
yang anda mahu, screenshot atau download kemudian ready untuk di print.

* sebelum anda print, anda kena adjust size gambar mengikut ukuran pada kertas iaitu 10cm untuk
regular size dan 5cm untuk mini - boleh guna illustrator (Ai) atau Microsoft Power Point atau Photoshop
atau Photo Editor.
UKURAN UNTUK SAIZ MEDIUM
(4.5 Inci)
Teknik ~ Advance
Sediakan kertas BGP yang berukuran 25cm (bersamaan dengan size tray 10 x 10 inci)

Ukuran untuk medium ni adalah sama dengan ukuran regular.


1. Mula² ukur 4cm dari hujung dan buat 1 garis lurus.
2. Untuk lebar gambar ukuran adalah 10cm (jangan lukis melebihi ukuran yang ditetapkan).
3. Ukuran medium adalah separuh dari ukuran regular, maksudnya 25cm bahagi 2 bersamaan 12.5cm → lukis
1 garis.
4. Kemudian lukis apa yang dikehendaki dalam petak yang telah dibuat.

Ini konon² kek yang dah siap dibakar. Sila gulung macam gambar contoh ni.

Gulung sepertimana kita gulung regular size.. pastu simpan dalam chiller

Selepas kek disejukkan beberapa jam, buka kertas A3 tu dan boleh la dipotong 2 (ukuran 4.5 inci)

PORTRAIT CONVERTER
Pada yang tertanya² macam mana nak tukar gambar portrait (gambar hidup) kepada cartoon supaya
mudah diterjemah ke atas swiss roll, berikut disenaraikan beberapa aplikasi :
1. Sketch Guru
2. Photo to pencil sketch effects
3. Sketch photo maker
4. Kusocartoon.com
Anda perlu download aplikasi tersebut di dalam handphone → play store → search mana² aplikasi
yang anda suka → download → sedia untuk diguna.
Selamat mencuba!
KENALI BAHAN²
Nota : Bahan² yang digunakan dalam resepi swiss roll, apa yang boleh digunakan dan apa yang
boleh diganti seandainya bahan/ brand yang biasa digunakan tiada.
★ Telur
~ Gred yang biasa digunakan ialah gred A, akan tetapi masih boleh digantikan dengan gred B
(masih jumlah yang sama - 4 biji), digalakkan untuk menggunakan gred AA sekiranya ada.
~ Sama ada telur dalam keadaan sejuk (fridge/peti ais) atau room temperature (suhu bilik) mana²
pun boleh terus digunakan. Cuma kebiasaannya telur lebih mudah diasingkan bila sejuk dan lebih
cepat kembang bila diputar.
★ Gula
~ Anda boleh guna gula kastor atau gula halus (lebih murah)
★ Esen vanilla
~ Boleh guna apa² brand yang disukai. Untuk rasa yang lebih sedap dan wangi anda boleh gantikan
dengan butter vanilla (rujuk gambar)
★ Cream Of Tartar
~ Sebagai penstabil untuk putih telur supaya 'meringue' tidak cepat cair. JANGAN terlebih letak
kerana ia pada dasarnya berasid akan menyebabkan rasa kurang selesa di tekak.
~ Sekiranya tiada cream of tartar, anda boleh gantikan dengan 1 sudu kecil perahan lemon atau 1
sudu kecil cuka asli (masakan).
★ Air
~ Sila guna air paip atau air sejuk.
~ ELAK guna air suam atau panas.
~ Boleh gantikan dengan susu segar (rasa lebih sedap cuma ketahanan swiss roll akan lebih
pendek - cepat rosak)
★ Minyak
~ Boleh guna apa² brand sama ada dalam botol atau peket.
~ Pastikan hanya kandungan minyak sawit, sayur sayuran atau minyak jagung.
~ JANGAN guna minyak berasaskan kekacang atau bijan - menyebabkan kek bau/ rasa tengik atau
hapak.
~ JANGAN guna olive oil (minyak zaitun)
~ Baca label kalau was².
★ Tepung
~ Apa saja brand boleh digunakan, murah atau mahal tiada beza.
~ Sekiranya tiada tepung gandum, anda boleh juga menggunakan tepung superfine, tepung
redrose, plain flour atau tepung kek TANPA serbuk penaik.
~ Tidak perlu diayak.
★ Whipping cream (non dairy) / Fresh cream
~ Jenama yang saya suka guna :
1. Value pride
2. Topping pride
3. Vivo
~ Sebab :
1. Stable, mudah handle dan cepat kembang.
2. Kurang manis.
3. Murah.
~ Sekiranya tak suka fresh cream, anda boleh gantikan dengan buttercream atau kastard cream.
filling yg sy gunakan dlm swiss roll → chocolate spread, strawberry dan blueberry. Anda bole guna apa saja
filling yg disukai - peanut butter, nutella, kaya dsb.
★Strawberry/ blueberry → filling, jem atau pie filling (ada buah/ lebih kasar)
★Chocolate → spread, filling atau ganache
Re: yg dinyatakan di atas semua bole digunakan cuma pastikan anda cas mengikut kos bahan yg dibeli.

Antara barangan keperluan dalam proses pembuatan swiss roll.


1. Loyang 10 x 10 x 1
2. Sudu metrik 1/8 tsp
3. Kertas A3 
4. Bleached grease proof paper
KENALI OVEN
~ Tips ini khas untuk penghasilan swiss roll. Akan tetapi seperti biasa, anda masih perlu memahami ragam
oven masing².
★ Swiss roll perlu dibakar dengan suhu yang lebih tinggi daripada kek biasa tetapi dengan tempoh masa yang
lebih singkat. Baru la swiss roll masak dengan gebunya.
★ Oven yang baru dibeli dengan oven yang sudah lama digunakan (walaupun kapasiti dan brand adalah yang
sama), suhu yang perlu di set tidak sama, tahap kepanasan oven mungkin sedikit berubah. Diibaratkan orang
tua yang dah tak larat berjalan maka oven yang dah lama guna mungkin kurang panas, sebab itu suhu kena set
tinggi skit.
★ Swiss roll yang dibakar sempurna, bila disentuh dengan jari, ia tidak melekat. Bila ditepuk kek ia melantun.
Masak atau belum masak kek itu tidak dapat ditentukan dengan cucuk menggunakan lidi, sila tengok
permukaan kek → sepatutnya keperangan dan kering.
★ Refer pada setiap gambar sebagai panduan untuk menetapkan suhu bagi percubaan yang pertama kali.

Oven berkapasiti rendah - 30 Liter


Oven yang kecil dan comel

★ Suhu 200°c - 210°c


★ Bakar selama 20 - 23 minit

Oven yang berkapasiti tinggi - 100 Liter


Contoh brand : The Baker, Milux, Trio, Zanussi, Europa dan sebagainya

★ Suhu 170°c - 180°c


★ Bakar selama 15 minit

Industrial oven

★ Suhu 180°c - 190°c


★ Bakar selama 13 - 15 minit
HARGA SWISS ROLL (tahun 2017)
~ penentuan harga adalah subjektif mengikut design yang diminta oleh customer. Complicated atau
tidak, susah atau senang sesuatu lukisan itu bergantung kepada skill masing², mungkin pada saya
lukisan tu mudah tapi bagi anda mungkin susah, jadi letak la harga mengikut kesesuaian. Berikut
adalah rujukan (anggaran harga) yang anda boleh ikut.
Nota : walaupun kos pembuatan swiss roll adalah murah tapi anda kena ingat! Kita jual "seni" bukan
kek kosong semata². Adalah lumrah seandainya customer komplen swiss roll ini mahal. Biar la
harga yang kita letak berbaloi dengan masa yang kita guna untuk menyiapkan produk.
*sila rujuk gambar untuk contoh² harga
Regular size (9 inci panjang)
Kosong : RM20
Simple / Tulisan sahaja : RM25 
Rainbow : RM30
Kartun (simple) / + Tulisan : RM30 - 35
Kartun (detail) / + Tulisan : RM35 - 40
Potret : RM40 - 50
Medium (4.5 inci panjang)
~ minimum order 2 (sebab 1 adunan dapat 2) dan customer wajib order dalam gandaan 2 contoh: 2 ,
4 , 6 , 8 dsb
Kosong : RM12 x2 roll = RM24
Simple / Tulisan sahaja : RM15 x2 roll = RM30
Rainbow : RM17 x2 roll = RM34
Kartun / + Tulisan : RM17 - 22 x2 roll = RM**
Mini (3 inci panjang)
~ minimum order 6 (sebab 1 adunan dapat 6) dan customer wajib order dalam gandaan 6 contoh 6 ,
12 , 18 , 24 dsb
*setiap 6 roll tetapkan hanya 1 design
Kosong : RM4 x6 = RM24
Simple : RM5 x6 = RM30
Tulisan sahaja : RM6 x6 = RM36
Rainbow / Kartun (simple) : RM7 x6 = RM42
Kartun / + Tulisan (perkataan yang pendek² sahaja contoh : Adam , Lisa , 2 tahun dsb → ruang kecil
makin susah nak buat dan tak muat) : RM8 - 9 x6 = RM**
Unroll version (kek square 5 inci x 5 inci ~ 4 layer)
RM40 - 50 → depend pada tambahan deco, filling dan design
Unroll version (kek square 10 inci x 10 inci)
● 2 layer : RM70 - 80
● 3 layer : RM90 - 150
→ depend pada tambahan deco, filling dan design
Filling : (anda tentukan filling yang majoriti customer akan suka)
1. Strawberry
2. Blueberry
3. Orange marmalade
Premium filling : (customer perlu tambah RM5 untuk size regular, RM3 untuk size medium (setiap
satu), RM1 untuk size mini (setiap satu), RM10 untuk size 5" swiss kek dan RM15 - 20 untuk size
10" swiss kek.
1. Chocolate
2. Nutella
3. Cream cheese
4. Peanut butter
Nota :
Cara saya tentukan harga → contoh :
SITUASI 1
Customer : saya nak order swiss roll yang besar (kita anggap size regular) design hello kitty, gambar
je pastu nak filling strawberry.
Harga : RM30 
Sebab : design kartun yang simple dan filling biasa² je
SITUASI 2
Customer : saya nak order mini swiss roll tema spiderman dan boleh saya request filling nutella?
Oo.. nanti tulis Alfie is 8th.
Saya : ok puan, mini swiss roll minimum order 6 dan kena order dalam gandaan 6 maksudnya 6, 12,
18, 24 dan seterusnya. Untuk tema yang puan nak, saya cuma boleh lukis kepala spiderman dan
tulis nama Alfie is 8th.
Customer : ok, kalau mcm tu saya nak 18 roll.
Harga : (RM8 + RM1) x 18 roll = RM162
Sebab : design kartun + tulisan + premium filling
SITUASI 3
Customer : saya nak order swiss roll untuk buat doorgift, boleh bagi diskaun tak kalau order banyak?
Saya : (kita anggap mini swiss roll) saya boleh bagi 10% diskaun sekiranya puan order lebih dari 60
roll.
Sebab : untuk menyiapkan satu2 swiss roll akan mengambil masa, jadi tak berbaloi seandainya kita
bagi diskaun yang banyak untuk customer.
KELAYAKAN untuk mendapatkan diskaun 10% :
1. Regular size - lebih dari 10 roll
2. Medium size - lebih dari 20 roll
3. Mini size - lebih dari 60 roll
Nota : anda digalakkan untuk bagi FREE riben terutama untuk order mini swiss roll daripada bagi
diskaun (terpulang atas masing2 dan mengikut situasi)
REGULAR SIZE

RM25 RM 25 RM30 RM32 RM35 RM37

MEDIUM SIZE

MINI SIZE
Jenis² casing (code) untuk pelbagai size swiss roll.
● Mini (size swiss roll 3 inci) - MSR100
● Medium (size swiss roll 4.5 inci) - OP-L006S
● Regular (size swiss roll 9 inci) :
~ Penutup rata - CH-16-A
~ Penutup dome - L006
● Double (2 regular size swiss roll) - ARO 400
As salam dan salam sejahtera student²
Berikut adalah senarai barang yang boleh anda order dan dipos terus kepada anda. Sila whatsapp
dan berurusan dengan En Reza.
Whatsapp 018 2557306
Whatsapp 018 2557306
Whatsapp 018 2557306
★ Loyang 10 inci x 10 inci x 1 inci = RM17
★ Color set (10 warna 30ml setiap satu) = RM50
✩ Merah
✩ Oren
✩ Kuning
✩ Hijau
✩ Biru
✩ Ungu
✩ Pink
✩ Brown
✩ Hitam
✩ Putih
(Warna juga dijual secara berasingan - 1 botol RM5)
★ Kertas Bleached Grease Proof (BGP) 
200pcs per set = RM16
Nota : Harga POSTAGE tertakluk kepada berat barang dan kawasan penghantaran. Sila hubungi En
Reza untuk order, bagi senarai barang bersama kuantiti, En Reza akan quote CAS POSTAGE.

JANGKA HAYAT SWISS ROLL


KETAHANAN (EXPIRED DATE)
Swiss roll yang sudah siap digulung atau dijadikan swiss kek (unroll version) mempunyai ketahanan
yang berbeza mengikut filling dan cream yang digunakan. Berikut adalah anggaran ketahanan swiss
roll:
SUHU BILIK (ROOM TEMPERATURE)
Fresh cream - 1 hari (kemungkinan 6-8 jam sekiranya keadaan tempat agak panas contohnya
outdoor)
Buttercream - 3 ke 4 hari
Kastard cream - 1 hari (kalau dibiar lebih lama cream akan bertukar menjadi masam)
Creamy cheese - 1 hari
RUANG DINGIN (CHILLER) ~ peti ais biasa tau bukan bahagian sejukbeku
Fresh cream - 10 hari
Buttercream - 10 hari
Kastard cream - 3 ke 5 hari
Nota :
Pastikan swiss roll yang disimpan di dalam chiller sentiasa berada di dalam bekas bertutup atau
kotak, jangan dibiar terdedah kerana permukaan swiss roll akan menjadi kering.
Cara membuat swiss roll pattern zebra.
TEKNIK ~ BASIC
Nota: sila baca arahan pada setiap gambar dengan teliti. Untuk cara² membuat adunan asas swiss
roll dan juga menggulung boleh rujuk di pin post
Cute Swiss Roll

By:
Sweet Gula
Manis-manis dengan pink heart

“Permudahkanlah Ya Allah , Jangan kau persulitkan. Akhirilah dengan kebaikan”

Anda mungkin juga menyukai